
“Sebaik-baik kamu ialah kamu yang apa?” mungkin terlontar soalan seperti ini.
“Kamu yang solat Subuh berjemaah setiap pagi?” satu jawapan cadangan.
“Kamu yang berumrah di Mekah setiap Ramadhan?” boleh jadi juga.
“Kamu yang hafiz al-Quran?” mungkin dan barangkali.
Semua amalan di atas amat tinggi nilainya. Namun kesemuanya masih sebuah proses. Bukan itu matlamat akhir dalam beragamanya kita dengan Islam. Setiap proses itu perlu dibuktikan keberkesanannya dengan hasil.
Salah satu hasilnya ialah:
“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!” [Hadith daripada Aisyah radhiyallaahu ‘anha, dikeluarkan oleh al-Tirmidhi]
Hasil segala ibadah yang tinggi itu diukur dengan AKHLAQ dan akhlaq paling utama adalah pada tatacara seseorang itu bermuamalah dengan ahli keluarganya.
Tingginya kepentingan dan keperluan memelihara institusi keluarga, saya berusaha sedaya upaya untuk memberikan sepenuh komitmen kepada program yang bersangkutan dengannya.
Hari ini, Sabtu 21 November 2009 saya digandingkan bersama Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah sebagai panelis bagi Forum Cabaran Mendidik Generasi-Y anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Sutera, Surau Taman Sutera, Persatuan Penduduk Bandar Cheras Jaya dan Masjid Manbaeil Uloom Cheras Jaya. Program yang berlangsung di Masjid Taman Cheras Jaya ini, diserikan juga dengan kehadiran pengantara yang tidak asing bagi sesiapa sahaja yang menonton TV3 iaitu Saudara Ahmad Fedtri Yahya, pengacara rancangan Malaysia Hari ini.

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat. Forum yang asalnya patut bermula pada jam 9 dan tamat jam 11, bermula lewat setengah jam tetapi berlanjutan selama tiga jam hingga mencecah hampir ke pukul 1 tengah hari. Hadirin tidak berganjak, dan terus memberikan tumpuan penuh kepada perbincangan.
Tajuk ini asalnya pernah menjadi tajuk seminar yang saya sampaikan di Kepala Batas beberapa bulan yang lalu. Pihak Persatuan Penduduk Taman Sutera dan surau mereka, melamar saya dengan harapan tajuk ini dapat juga dikupas untuk dikongsi bersama penduduk sekitar Cheras Jaya. Saya menerima dengan penuh rasa syukur dan bersungguh.
Tidak mudah untuk menangani cabaran Generasi Y. Mereka ini yang lahir pada sekitar tahun 80′an membawa kepada akhir 90′an, biar pun di sesetengah negara digelar sebagai Generasi MTV, tetapi saya lebih menyetujui pandangan bahawa signature kepada generasi ini adalah pada akses serta dampingan yang akrab dengan kecanggihan alat telekomunikasi, internet dan maklumat.
Segalanya menjadikan mereka terpaksa mengadap cabaran-cabaran halus yang amat sukar untuk ditangani, melainkan ibu bapa, guru, pendakwah dan sekalian yang memikul tanggungjawab mendidik generasi remaja ini mempersiapkan diri dengan beberapa kelengkapan pendidikan dan dakwah yang menepati keadaan mereka.
Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah tidak lokek berkongsi pengalamannya mendidik anak-anak beliau sendiri yang berada di dalam lingkungan generasi-Y itu. Saya yang anak-anak masih kecil ini, memanfaatkan pengalaman berinteraksi dengan remaja di dalam sebegitu banyak program bersama mereka, dengan maksud mahu melontarkan signifikasi tajuk kepada hadirin.
Agar mereka nampak betapa besar dan seriusnya tajuk ini.

Kali pertama digandingkan bersama Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah, Ummu Saif mengambil peluang bergambar kenangan bersama
Namun, walaupun tajuk ini besar lagi kritikal, syukur Alhamdulillah kombinasi kami bertiga kekal dalam lingkungan format yang santai, ceria tetapi menyentuh langsung kepada tajuk-tajuk yang diberikan. Sukar untuk saya ringkaskan isi kandungan forum 3 jam itu. Akan tetapi, artikel-artikel berikut dibawa secara langsung di dalam jawapan saya kepada soalan-soalan yang dikemukakan:
- Dialog Gen-Y: Antara Iman dan Kufur
- Selamatkan Uda dan Dara Dengan Hikmah Puasa
- Mendidik Anak Ilmu Kebal
- Kita Dapat Apa Yang Kita Beri
- Tanpa Kasih Sayang Peraturan Jadi Beban
- Dosa Kita Mengatasi Kesalahan Anak-anak
- Lindungi Diri Lindungi Keluarga dan Ahli
- Sebuah Perhatian: Anugerah Buatmu Sayang
- Bagaimana Untuk Saya Pulang ke Rumah?
- Lelaki dan Keluarga, Seperti Imam dengan Makmumnya
- Jiwa Dai’e Otak Faqih
- Kausa Prima Sebuah Agenda
- Merebut Saham Anak Muda
- Pelajar oh Pelajar!
- Ulasan Tabiat 5: Berusaha Untuk Memahami, Sebelum Difahami
- Akhlaq Itu Bukan Lalang
Semoga apa yang diwacanakan di Forum Cabaran Mendidik Generasi-Y berkenaan berjaya memberikan bahan fikiran dan tindakan untuk setiap mereka yang hadir dan disebar luaskan manfaatnya. Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana mengusahakan forum ini pada hari pertama bermulanya musim cuti persekolahan anak-anak.

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari kalangan isteri dan zuriat kami: perkara-perkara yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa” (al-Furqan 25: 74)
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





assalamualaikum…
forum yg menarik dan bermanfaat bg golongan remaja dan ibu bapa sbg org yg paling hampir dgn remaja..Semoga ilmu yg diperolehi dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya…
Pengalaman dan pengetahuan yg disampaikan oleh gandingan ustaz dan ustazah dato’ menjadikan audiens sukar untuk berganjak sebelum tiba di penghujung diskusi…Tahniah…
tiada rakaman kah ustaz? kot boleh download dari internet.
saya ialah anak kepada seorang ayah yang pernah belajar sekali dgn ustaz
@ezza,
siapakah gerangan si ayah itu?
tiba-tiba terasa begitu tua diri ini
assalamualaikum,
ust cuma nak bertanya.. Y tu dirujuk kepada apa?sekarang Y ..kalau ikut urutan..huruf y dah ada kat hujung..lepas tu z
@sofi abdullah,
wa’alaikumsalam.. Y tu short form kepada “WHY” atau dalam bahasa melayu ialah “MENGAPA/KENAPA”. Ust guna Y ni sbb golongan remaja antara golongan yang selalu ingin mengetahui sesuatu perkara baru atau bertanya kenapa itu, kenapa ini dan macam2 kenapa.Jadi, golongan ibubapa/org yg lg tua dr golongan remaja ni perlu ada kemahiran untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada golongan Y.
@aman_82,
tak pernah tahu pun itu maksud Y. setahu saya Y itu ialah Millennium.
@Abu Saif, selama ini saya berfikiran sama seperti @aman_82. y2k rupanya… ingatkan gen-why? huhu…
Assalamualaikum Ustaz.
Ya.., memang terlalu sukar bagi saya mendidik anak-anak remaja ini. Kerna saya sedang menghadapi dilema ini. Mempunyai anak lelaki berumur 17thn dan 16 thn. segala resepi yang saya tahu dah di cuba tapi tak nampak benih kejayaan, namun yang nampak bertambah sukarnya perjalanan.
Ya Allah permudahkan segala urusanku..
Wassalam.
assalamualaikum kak nisha,
maaf kalau menyebok kak, cuma nak share satu cara yang kakak sorang ni buat…caranya reverse psychology. Anak dia selalu pasang lagu kuat2 siap jerit2. Dia tak marah tapi dia buat macam anak dia buat jugak,menyanyi terjerit2 jugak,siap join anak tu…sampai anak dia kata” nampak buruk la mama buat gitu”….lepas tu dia cakap kat anak ” macam tu rupa anak mama”…anak dia gelak dan janji tak kan buat lagi. Kakak try control diri akak, jgn terus marah budak2 tu..kalau di marah makin menjadi…bykkan doa. Selamat Mencuba. Wassalam
@sumaiyah,
Tak marah pun.., cuma senyum dalam tangisan je. Ikut resepi Dr Fadilah Kamsah. Kena cakap baik-baik dan usap kepala anak tu..
ustaz, bagaimana pula nak didik adik beradik. kalau adik mungkin boleh ditegur dan mereka senang menerima tetapi bagaimana dengan abang atau kakak (kerana mereka lebih tua)?
@rabbani ‘aisy,
tegur dengan sikap, bukan dengan cakap
salam us, untuk pengetahuan semua, dr yusof al-qardawi ada menulis satu buku bertajuk: ummatuna bainal qarnain.. pada saya, buku tu sgt bersesuaian dgn geneasi y yg dimaksudkan…
syukran atas perkongsian us..
saya terbayangkan sekiranya ustaz dapat membina satu kelas khusus untuk golongan muda yang sanggup, bersungguh dan berintelek supaya orang yang mempunyai cara fikir mcm ustaz lebih ramai dan menjadi pelapis kepada ustaz demi membawa perubahan ummah yang lebih gemilang..
(saya bukan ta’asub kepada ustaz, kerana ta’asub HANYA kpd Allah dan Rasul sahaja dibenarkan)
doakan kami,pelajar2 di bumi mesir ini
ermm…better diam…betul kata ustaz…tegur dengan tindakan….kalu na ustaz….kena plus nangis dan doa…