Imej Baru: Melakar Semangat Remaja Islam

November 23rd, 2009 by Abu Saif 6:04 am | 2,564 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

Melihat remaja di usia ini adalah seperti melihat diri sendiri 10 tahun yang lalu, serta melihat anak-anak sendiri, 10 tahun yang akan datang.

Besar kenangan, sebesar harapan.

Kem Hijrah Remaja Islam (KEM HIJRI) lahir daripada keduanya.

Segalanya dihimpun dalam catatan saya tentang realiti dan harapan seorang anak muda yang dilakar 15 tahun yang lalu.

Imej Baru, demikianlah tajuk nasyid yang saya karang serta persembahkan bersama Usrah al–Firdaus 15 tahun yang lalu di bumi Jordan. Tatkala menelusi kembali rangkap demi rangkap, ia sangat menepati semangat KEM HIJRI yang bakal berlangsung Disember ini.

IMEJ BARU

Hidup bagaimanakah yang engkau rasa bahagia
Penuh makna ada cita
Diri yang sudah tidak lagi punya pertimbangan
Menerima apa sahaja

Dalam pencarian menentukan arah tujuan
Berbekalkan hanya perasaan
Hanya mengikut arus perjalanan rakan-rakan
Juga gaya teman-teman

Wahai sekalian rakan
Dengarlah, ini pesanan
Kami adalah teman
Yang inginkan kebaikan

Pencarianmu itu
Tak ada kesudahannya
Jika kau tak bertanya
Pada Tuhan yang memberikan jawapan

Telah dinyatakan tujuan kita diciptakan
Bukan untuk ini semua
Masa depan agama dan nasib yang tak terbela
Semuanya di tangan kita

Pemuda yang semangat jihadnya teguh di hati
Tidak akan gentar dicabar
Tinta emas yang mencatatkan sejarah gemilang
Telah pasti ia kan berulang

Yang perlu hanya kesedaran
Bersama diri yang ada kekuatan
Iman dan kesabaran
Yang mesti diusahakan

Banggalah dengan gayamu
Hidup seorang pejuang
Nyatakan pada dunia
Masa depan untuk Islam, untuk kita

Lagu, lirik dan nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995

Moga semangat itu tersuntik ke jiwa setiap anak remaja yang menyertainya.

Ketemu di sana dengan izin-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. KEM HIJRI: Kem Hijrah Remaja Islam 1430 Saya menerima banyak permintaan daripada ibu bapa, agar menganjurkan kursus-kursus...
  2. Ini Sahajakah Imej Malaysia? Gambar Hiasan “Alah payunglah payung, ketipang payung. Payung sutera anak...
  3. Sikap Baru Untuk Malaysia Baru   foto Kemenangan dan kekalahan di dalam Pilihanraya Umum ke-12...
  4. Buat Kalian Yang Baru Pulang Kehidupan di UK dan Ireland dengan Malaysia itu banyak bezanya...
  5. Mencari Bahasa Baru Perubahan itu perubahan yang besar. Daripada debat tentang konsep-konsep Islam...

Advertisement

7 comments

  1. zaidah says:

    Kenapa kadang2 selepas anak2 balik dari motivasi, bukan setakat tidak berubah walau sehari dua tapi menjadi lebih teruk seolah2 melepaskan geram. Alhamdulillah tidak terjadi kepada saya tetapi kepada rakan saya.

  2. introspeksi_jordan says:

    nak dengar juga ustaz dendangkan nasyid ni.boleh dijadikan sebagai halwa telinga.

  3. Kak Nisha says:

    Assalamualaikum semua.

    Rasanya macam berminat nak joint ustaz punya, tapi nat solat Istikharat dulu sebab boleh kata tiap-tiap tahun hantar tapi tiada perubahan.

    Wassalam

    • sofi abdullah says:

      kak nisha,
      jgan mengharapkan perubahan serta merta dari anak setelah pulang dari kem..mungkin perubahan tu akan nampak pada jangka masa panjang…lagi satu..ibu bapa perlu follow up..dengan pengisian yg disamapaikan dalam kem…itu lah antara beberapa nasihat yang sempat saya ambil dari dr hasmadi..apabila diajukan soalan yg sama

  4. salam alhamdulillah sekurang2nya da pengisian jua cuti sekolah anak-anak ini

  5. naim says:

    salam ustaz. bagaimana ana nak upload mp3 nasyeed ini…

Leave a Reply