Nostalgia Tanah Suci

November 28th, 2009 by Abu Saif 12:38 am | 3,421 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

Ibadah Haji itu penuh simbolik.

Merenung dan mencari maksud di sebalik ibadah Haji, memerlukan manusia mencelikkan mata hati serta melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Ada cerita di sebalik setiap satu perbuatan.

Ada hikmah di sebalik setiap satu tindakan.

Haji mencelikkan mata hati agar manusia pergi jauh meninggalkan apa yang sekadar terlihat di mata, kepada apa yang lebih menjejak makna.

Nostalgia Tanah Suci adalah nasyid pertama yang saya hasilkan ketika bergelar mahasiswa di bumi Jordan.

Semasa kunjungan pertama ke Tanah Suci, hati saya tersentuh tatkala ada sebahagian ahli rombongan yang terlalu teruja dengan kehebatan binaan dan lautan manusia, hingga kata-katanya hanya berbekalkan mata yang tidak menyentuh makna.

Masih terkenang, di suatu tengah hari ketika duduk beriktikaf di tingkat atas al-Masjid al-Haram, saya diberitahu oleh seorang teman bahawa perjalanan pulang kami selepas Umrah akan diisi dengan program ziarah ke Universiti Islam Madinah. Sebuah majlis ramah mesra bakal diadakan dan saya dijemput untuk bernasyid bersama kumpulan Usrah al-Firdaus.

Itulah lamaran yang menjadikan saya salah seorang daripada anggota kumpulan nasyid itu.

Bersandar di sebuah tiang al-Masjid al-Haram, saya lakarkan sebuah sajak yang rentaknya dicipta kemudian, tatkala kami sudah melambaikan perpisahan ke Kaabah menuju Madinah.

Nasyid ini disampaikan secara solo di majlis ramah mesra tersebut.

Ia kemudiannya dimuatkan ke album Gemilang yang diterbitkan pada tahun 1995. Nasyid dirakam dengan dendangan trio bersama Ustaz Fazdi Harun, Ustaz Mohd. Erfino Johari dan saya.

Berikut adalah liriknya:

NOSTALGIA TANAH SUCI

Permaidani Urdun kau tinggalkan
Mengatur langkah bersama impian
Merentasi bumi yang gersang dan sunyi
Menyahut lambaian Tanah Suci

Hari duka disulami pilu
Kau tinggalkan seribu batu yang lalu
Memahat indah sebuah tugu harapan
Mencari kelahiran kedua

Wahai saudara lontarkan pandangan
Siapakah dirimu semalam
Tertunaikan segala cita dan azam
Yang kau hikayatkan kepadaku

Ukiran batu engkau kagumi
Runtuhnya ummah tak kau sedari
Jutaan ummah yang meniti di hati
Tapi di mana kekuatannya

Bumi itu telah kau tinggalkan
Sedang dirimu bagai semalam
Bicarakanlah pada perasaanmu
Sementara hari masih ada

Permaidani Urdun kau tinggalkan
Mengatur langkah bersama impian
Merentasi bumi yang gersang dan sunyi
Menyahut lambaian Tanah Suci

Hari duka disulami pilu
Kau tinggalkan seribu batu yang lalu
Memahat indah sebuah tugu harapan
Mencari kelahiran kedua

Menyahut lambaian Tanah Suci

Tanah Suci dan nostalgianya

Lagu dan Lirik: Hasrizal Abdul Jamil
Nyanyian: Trio Fazdi Harun, Mohd. Erfino Johari dan Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus, Jordan
Album: Gemilang (1995)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Bintang Ramadhan di Tanah Kepulangan “Mr. Imam, bolehkah awak bacakan saya mana-mana kenyataan al-Quran yang...
  2. BERSIH: Agar Tanah Airku Terus Bermaruah “Pembangkang sungguh tidak bersemangat menghadapi pilihanraya. Jika yang lepas, mereka...
  3. Buang Bayi: Kejutan Budaya di Tanah Air Sendiri “Rizal, hati-hati di luar negara nanti. Takut terkena kejutan budaya!”...
  4. Nostalgia Biasa-biasa Yang Luar Biasa Saya, Khairul Anuar (On) dan Syamsul Jamil “Apa kita nak...
  5. Tetamu Dataran Syam Versi PERTAMA 2010 Era 1990′an, bumi Jordan kaya dengan nasyid. Sekurang-kurangnya ada tiga...

Advertisement

7 comments

  1. Kak Ija says:

    Kali pertama belajar mengenai ibadah Haji di dalam kelas Pengetahuan Agama Islam, antara fadilatnya adalah menyatukan semua ummat Islam seluruh dunia. Sehingga kini akak rasa adalah

    bersatu tetapi tidak sehati,
    berkumpul tidak disusul,
    berjumpa tidak bersapa,
    bertemu tidak bertamu.

    Alangkah ruginya…

    p.s. ibrah yg lain ustaz tulis diupdate status fb

  2. joegrimjow says:

    salam
    best best
    nanti bley datang sheffield masuk NEXT ni
    ;-)

  3. HOT ZOOM says:

    salam aidil adha.

  4. adikeica87 says:

    Hehe..saya x dapat tangkap la ustaz suara ustaz yang mana dan suara ustaz erfino yang mana~

    Adeh..

    Aah la Joe, leh datang NEXT kat Sheffield..Collaborate lagi dgn ust Erfino Johari

  5. kaklang says:

    salam…
    teruja sgt2 nk p bwt Umrah
    dpt ziarah mekah dn madinah =)

  6. mfmj says:

    salam. erfina johari tu ustaz yg dekat IKIM tu ker?

  7. mfmj says:

    erfino johari (sori…)

Leave a Reply