“Saya susah hati,” kata Nasir.
“Kenapa?” saya menoleh ke arahnya.
“Bulan depan saya akan menyertai ‘kelab ustaz’!” ujar beliau.
“Kelab Suami Doktor ke?” saya bertanya.
“Ya. Tak lama lagi Insya Allah,” kata Nasir lagi.
“Alhamdulillah. Welcome to the club, akhi!” saya teruja dan menumpang gembira.
Di kalangan rakan yang mengenali, istilah ‘Kelab Suami Doktor’ itu sinonim dengan saya. Hingga ada yang secara lurus bendul mahu mendaftarkan diri dengan organisasi yang hakikatnya hanya gurauan sesama kami sahaja.
Saya menumpang kereta Nasir untuk pulang daripada menjalankan sebuah program latihan siswazah. Perjalanan sejam menuju ibu kota tidak kami sia-siakan kerana walaupun sama-sama tinggal di Kuala Lumpur, peluang berjumpa dan berbual bukan selalu diperolehi.
Satu bentuk usrah barangkali.
“Mengapa susah hati?” saya teringat balik kepada soalan asal Nasir.
“Macam-macam cerita yang saya dengar. Trauma barangkali. Malah sekarang ini pun sudah ketara sibuknya bakal isteri saya,” cerita beliau.
“Oh begitu. Anta pun apa kurangnya. Jurutera atau doktor, sibuknya lebih kurang sahaja” saya cuba mengendurkan persepsi Nasir.
“Selain apa yang ada dalam buku Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga, apa yang boleh ustaz nasihatkan saya? Nasihat ringkas dan padat untuk saya pegang” pinta Nasir.
TAHAP TOLERANSI

“Hmm… ana menimbang-nimbang permasalahan yang sampai ke pengetahuan. Rasanya, kebanyakan kita mempunyai tahap toleransi sekadar lima tahun sahaja. Selepas lima tahun, mula berantakan, bermasam muka, tak bertegur sapa, malah membelakangkan semua hasil mahsul Tarbiyah hingga tergamak bermain kayu tiga,” saya memulakan kisah.
“Berat tu, ustaz. Apa penyelesaiannya?” Nasir kelihatan sedikit resah.
“Tidak semudah itu untuk memberi penyelesaian. Tetapi sekurang-kurangnya ustaz boleh cadangkan satu petua penting” saya menambah.
“Apa dia?” beliau bertanya.
“Kurangkan SEPATUTNYA di dalam hidup ini!” saya cuba membuat rumusan yang mudah saya dan Nasir ingat tatkala melayari kehidupan berumahtangga.
Mungkin pelik bunyinya.
Memang SEPATUTNYA adalah sesuatu yang diperlukan untuk kita menetapkan matlamat, tetapi ia juga boleh menjadi racun yang memusnahkan kehidupan berumahtangga tatkala SEPATUTNYA menjadi sesuatu yang dipertahankan melebihi APA YANG PATUT.
“Sepatutnya, awak sebagai isteri kenalah…” ayat ini boleh dituturkan oleh sang suami dari pagi ke pagi.
“Awak sebagai suami, sepatutnya…” balas si isteri pula.
Sukar untuk sebuah rumahtangga berdiri dengan aman apabila terlalu banyak SEPATUTNYA yang diperjuangkan. Jika di dalam Bahasa Inggeris, SEPATUTNYA itu adalah sebuah EXPECTATION. Kita meletakkan banyak jangkaan dan jangkaan itulah yang kemudiannya berubah menjadi kekecewaan.
PEMIKIRAN IDEAL
Semasa mula berumahtangga, dengan pemikiran yang ideal tentang Bait Muslim, kita merancang pelbagai benda.
Misalnya, si isteri bercita-cita untuk si suami menjadi Imam Mithali dalam sebuah rumahtangga. Mengimamkan solat, memberi tazkirah dan membacakan hadith kepadanya setiap hari dan pelbagai impian yang indah lagi sempurna.
Bukan sahaja dalam soal ibadah dan amalan Islam di dalam rumahtangga, si isteri juga mahu suaminya menjadi seorang menantu yang diidam-idamkan oleh ibu bapanya. Menantu yang boleh diharap, yang pandai mengambil hati mertua dan terpercik pujian kepadanya kerana bijak menemukan calon suami yang begitu.
Itulah impiannya.
Impian yang kemudiannya mula memberanakkan pelbagai SEPATUTNYA di sepanjang pelayaran rumahtangga.
Suami pun sama juga.
Beliau mengidamkan sebuah kehidupan yang teratur, tidak perlu lagi bersusah payah ke dapur seperti di alam bujang yang serba kurang. Isteri dikahwini dengan 1001 harapan agar dapat berperanan dengan cemerlang, malah bayangan ibunya sendiri yang bermujahadah membesarkan beliau dan seisi keluarga menjadi kayu ukur untuk menilai pencapaian isteri yang dinikahinya itu.
Harapan.
Tempat kelahiran banyak SEPATUTNYA apabila satu demi satu harapan itu tidak kesampaian.
“Tapi ustaz, bukankah SEPATUTNYA itu perlu supaya kita boleh muhasabah tahap masing-masing?” soal Nasir kepada saya.
“Betul. Namun jika kita bercakap tentang soal survival rumahtangga, SEPATUTNYA itu juga memerlukan muhasabah yang khusus. Periksa balik dari semasa ke semasa, mungkin ada beberapa SEPATUTNYA yang perlu kita uzurkan. Terutamanya suami” saya menambah.
“Misalnya?” Nasir tidak puas hati.
KISAH TELADAN

“Macam yang anta katakan tadi, anta mengharapkan agar isteri anta menjadi menantu yang baik kepada ibu bapa anta. Namun selepas lima tahun berumahtangga, isteri anta masih tidak mesra dengan mertuanya. Tetapi dia masih seorang isteri yang baik. Bincangkanlah hal ini dengan isteri. Ruang untuk beliau membuat perubahan, memerlukan anta untuk mengundurkan beberapa SEPATUTNYA. Kalau anta masih mahu mempertahankan expectation di awal perkahwinan dahulu, takut-takut yang dikejar tidak dapat ketika yang dikendong berciciran. Reality check, kata orang kampung ana!” saya menyambung lagi.
“Hmm. Takut saya. Ustaz sendiri masa baru-baru kahwin macam mana ustaz amalkan bab SEPATUTNYA ini?” soal beliau.
“Di awal perkahwinan, kami tinggal berjauhan. Ana di Belfast dan isteri di Galway, kemudiannya Letterkenny. SEPATUTNYA selepas kahwin kami dapat bersama sepuas-puasnya, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Malah selepas mendapat tahu yang isteri mengandung, SEPATUTNYA ana yang turun ke Galway atau naik ke Letterkenny melawat isteri. Tetapi hujung minggu adalah kemuncak kesibukan ana. Maka Ummu Saif yang turun naik bas pergi ke Belfast dalam keadaan sarat mengandung. Apa nak buat?” saya membuka cerita.
“Tahan ke?” Nasir seakan-akan tidak yakin.
“Kami berkahwin semasa usia lebih kurang anta dan bakal isteri. Tidak sampai seminggu selepas akad nikah, Ummu Saif sudah memulakan rotation beliau sebagai doktor junior yang menjalani tempoh housemanship yang sangat menekan. Kerja separuh mati, balik rumah sudah tidak punya sisa tenaga untuk buat apa-apa. Sebagai suami, ana ada banyak SEPATUTNYA yang boleh ditimbulkan. Tetapi menyedari akan realiti, banyak SEPATUTNYA yang ana buang” saya mengimbau kisah lama.
“Misalnya?” soal Nasir.
“Ana kemas rumah, ana masak dan bawa makanan ke hospital. Dan jika dua-dua sudah terlalu letih untuk balik, kami bermalam sahaja di Doctor Rest yang sempit itu. Esok paginya ana bawa bekas-bekas makanan kotor itu balik ke rumah untuk dibasuh. Cuba untuk bahagia dengan keterbatasan yang ada,” saya berkongsi kisah dengan bakal suami doktor yang seorang ini.
“Sampai bila proses membuang SEPATUTNYA itu perlu dibuat?” Nasir cemas.
“Sampai MATI. Sampai terkambus di liang lahad!” saya menjawab ringkas.
“Suami sahaja?” Nasir gelisah.
PERAWAN MANJA
“Kalau perempuan daripada zaman batu sampai zaman hutan batu mampu bergadai nyawa beranak, beranak dan beranak, mengapa lelaki hari ini yang sudah tidak mengangkat pedang di medan jihad tidak mampu untuk BERJIHAD menjaga rumahtangga? Manja sangatkah perawan akhir zaman sekarang?” saya cuba menyuntik semangat.
“Beratnya jadi suami. Mesti mampu sabar sampai ke mati!” ulas Nasir. Pendek.
“Sabar itu di permulaan sahaja. Insya Allah ia akan naik taraf menjadi redha” saya menokok.
“Susah saya nak bayangkan macam mana suami sabar dan redha sampai ke kubur” Nasir jujur memberitahu.
“Sebab itu ramai anak menjadi pening melayan ibu yang tua selepas kematian ayah!” saya terkenang kisah seorang teman.
“Kenapa?” Nasir tidak faham.
“Hebatnya seorang suami dan ayah, dia mengundurkan banyak SEPATUTNYA hingga dibawa ke kubur. Tolak ansur ayah itu menjadi pakaian yang menghijab kekurangan si isteri yang juga ibu kepada anak-anak mereka berdua. Apabila ayah sudah tiada, barulah kelemahan-kelemahan si ibu muncul menjadi ‘perangai’ yang meletihkan anak-anak. Lepas ayah mati, baru nampak rupa emak yang tidak pernah dilihat sebelum ini.” saya mencukupkan penjelasan.
![]()
“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka” [al-Baqarah 2: 186]
Suami yang menjadi pakaian isteri itu menyembunyikan kelemahan-kelemahan si isteri dengan penuh sabar dan redha hingga dibawa mati bersama ke kubur, sampai anak tidak nampak kelemahan ibu mereka sepanjang ayah ada bersama. Dia dikebumikan bersama banyak SEPATUTNYA yang dibawa mati tanpa rasa terkilan.
“Inikah maksudnya ERTI HIDUP PADA MEMBERI bagi seorang suami, ustaz?” tanya Nasir.
“Ya. Ia bukan slogan. Tetapi sumber kekuatan diri,” saya menyetujui beliau.
“Dari manakah kekuatan itu mahu dicari?” Nasir melangsaikan pertanyaan.
“Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan benda yang TIDAK PATUT. Jadi berpada-padalah pada melayan SEPATUTNYA yang banyak hinggap ke diri. Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat, sehinggalah kita berjaya untuk benar-benar percaya, bahawa kita hanyalah HAMBA kepada-Nya. Hamba tidak layak meminta-minta dan meletakkan pelbagai standard atau jangkaan hidup. Fokuskan kepada peranan, dan syukuri setiap yang diterima, biar sekecil mana pun ia” saya selesai berkongsi pandangan.
“Ustaz rasa saya mampu?” Nasir menoleh ke arah saya.
“Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!” saya tersenyum.
Kami sama-sama sepi.
Merenung hutan belantara yang luas terbentang di kiri dan kanan lebuh raya. Hutan tebal yang menyembunyikan 1001 isi dan rahsia, seperti sebuah perjalanan rumahtangga yang tidak diketahui akan rupa kembaranya di hari-hari muka.
Selamat berumahtangga, Nasir.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Salam….membaca sambil memiikirkan rumahtangga sendiri… betul…kene banyak buang SEPATUTNYA
InsyaAllah..kena lebih tekankn kpd APA YANG PATUT..perlu untuk lbih memahami..sbb ape yg semue mahukan dlm hdup berumahtangga bkn hanya stakt 5thn, tp slame2nye..
Terima kasih atas panduan ustaz ini. InsyaAllah saya akan amalkan bagi mendepani cabaran hari muka.
Salam
hehe..saya suke mainan ayat ustaz..
sepatutnya..apa yang patut..tidak patut..
memang patut pon ustaz menjadi ustaz..eceh
Assalamualaikum ustaz,
tertarik pada bahagian Perawan Manja mengingatkan saya kisah Lahuma dan Jeha dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Dr. Shahnon Ahmad.Ada juga percikan pengalaman peribadi melihat opah sendiri.
p/s:saya belum berumah tangga
@muhammad fakhruddin,
Sampai ke sudah saya tak jumpa novel tersebut dijual. Hanya mengenang filem yang pernah ditonton lama dulu sahaja.
@Abu Saif, novel saya saya baca tu pun kepunyaan mak saya,koleksi daripada zaman persekolahannya.
Tak silap,novel tu dah diulang cetak oleh Alaf 21.
@muhammad fakhruddin, salam ustaz,
ada aja di pasaran novel itu. Terbitan alaf 21..
…Baca novel tu masa darjah empat..
satu lagi persiapan yang diperlu buat diri ini sebelum melangkah ke alam perkahwinan,syukran ustaz atas perkongsian
syukran ustaz atas pencerahan ini.
dah memang sepatutnya kita cuba mengelak untuk hal yang bakal menjadi tidak patut.
dan kita patut tahu bahawa kita sepatutnya buat apa yang kita patut buat.
Salam,
Hmm, patutlah dah rasa bahagia je skrg, dah byk SEPATUTNYA terpadam menjelang ulang tahun ke 12 perkahwinan
Wsalam @Kak Ija,
Hah, tu testimoni orang yang lebih berpengalaman. Terima kasih Kak Ija
Syukran jaziilan ust.
Artikel ini ‘memotivasikan’ sy utk terus pandang ke hadapan. Insya Allah, inilah keputusan yg terbaik..
@myikhwanfiideen, kahwin dulu syeikh,nta mampu wahai zul sabah
@ridwanto, t’ma kasih utk ‘felo’ sy..
Alhamdulillah,
Terimakasih ustaz. Artikal ini membuatkan hati saya sayu kerana saya seorg suami yg sukakan ‘sepatutnya’…mungkin kerana saya berasa tertekan. InsyaAllah, saya berazam utk membuang/menguzurkan ‘sepatutnya’ itu..namun perubahan itu bukannya semudah bicara & janji..kekuatan akal & iman!!
Ana tetap optimis ustaz…Book satu tempat Kelab Suami Doktor…hehehe. =)
salam, boleh ustaz ulas dengn detail brknaan dgn sabar dan redha?
Tak pernah memikirkan SEPATUTNYA sepanjang perkahwinan. Cuma dulu selalu membezakan cara isteri membuat kerja rumah dengan mak sendiri, terutamanya masak-memasak (bab makan la nie..) Alhamdulillah pelbagai pengalaman dapat ditempohi sepanjang perkahwinan yang akan menyambut ke usia 13 tahun dalam masa 2 minggu lagi.
Syukur juga atas pemberian dari Allah atas kejayaan anak dalam UPSR, mendapat 5A. Doa dari Ustaz terima kasih diucapkan.
Semoga rumahtangga ku ini diberkati Allah dan kekal hingga ke akhir hayat.AMIN.
Salam. Alhamdulillah..bahan pembacaan yg baik, sama ada utk mereka yg belum berumah tangga, mahupun mereka yg sudah berumah tangga.
Indah isi yg disajikan…seiring dgn gaya bahasa yg dipertonjolkan.
Moga Allah merahmati ustaz.
kene baca banyak kali ni biar jadi panduan dan ingatan sendiri
hehehehe
Salam ustaz…
info yang sangat berguna buat semua…
terima kasih.
salam..
senang hati rasanya bila ada pihak yang sudi memahami kami bakal2 Dr ni (dan memahamkan org lain)..
jzkk ust
artikel ini membantu ana lebih yakin bpegang pd prinsip – bersedia menerima SEADANYA (by lowering the expectations)
assalamualaikum..
Saya sangat memahami perasaan Nasir kerana saya juga mempunyai sedikit kerisauan yang sama. Bolehkah saya terus bersabar dan menenggelamkan rasa “SEPATUTNYA” itu. Harap-harap nasihat-nasihat ustaz ini boleh kami kuatkan dalam hati dan terus applikasikan dalam rumah tangga yang bakal dibina nanti. InsyaALLAH.
Terima Kasih banyak-banyak ustaz!
@Mukhriz, b
Assalamualaikum, saja nak kongsi. Saya pun kdg2 ada fikiran ‘sepatutnya’ tu, dan merasakan yang saya sahaja yang terpaksa tolerate ‘kekurangan’ pasangan.
Tapi, salah satu cara efektif yang saya guna utk menghilangkan fikiran ‘sepatutnya’ ni, saya ingatkan kembali diri yg saya sendiri byk kekurangan dan pasangan saya pastinya sudah byk memendamkan fikiran ‘sepatutnya’ terhadap saya. Dua2 pihak ada kelemahan dan Allah ciptakan kita berpasangan, yg dapat melengkapi dan mengatasi kekurangan bersama2.
mgkin diri ini mampu untuk buang pkataan SEPATUTNYA itu.. insyaAllah… tp.. sumber kekuatan diri “ERTI HIDUP PADA MEMBERI” agak menakutkan… mampukah diri ini memberi seperti yg pasangan mahukan?? memenuhi segala hasratnya.. memenuhi segala kehendaknya… bila pkirkan hal untuk berumahtangga pkara itu akan tfikir.. mampukah aku…..
Banyak belajar dari artikel kali ini, terutama untuk saya, sebagai persediaan ke arah membina baitul muslim Insyaallah.
hayai ne…=)
satu perkongsion ilmu yang sangat sesuai untuk anta……Mudah-mudahan anta dapat Guna lps kahwin……
betol..betol..betol..we should never EXPECT from other people…nanti kecewa sendiri..lebih baik kita yang proaktif-mulakan dulu
Syukran, ustaz..
salam ustaz.. sangat bermanfaat tulisan ustaz ni… bg yang setahun jagung berumah tangga…dapatlah saya mengrefesh diri yang serba kekurangan… [ana kelab isteri duktorr..]
teringat pesanan bonda: buang perkataan INGATKAN…
abang lapar ke..INGATKAN abang kenyang… INGATKAN abang tak kesah saya keluar..INGATKAN tak payah masak….
Salam…
memang betul kita jangan senang nak mematutkan org…..nanti jari akan tertunding kepada diri sendiri juga…
dan saya juga tertarik dengan pendapat nur ilani…kita memang kena selalu ingat dan beringat tapi bukan INGATKAN..ni juga salah satu masalah yang sering timbul dalam rumahtangga…kita kdgkala suka take easy hingga lupa pada tggjwb kita…
Salam,
sepatutnya…. jadi begitu
sepatutnya…. jadi begini.
tak dapat saya menolak apa yang ustaz perkatakan. too many expectations and too little satisfaction.
kdgkala saya rasa hidup perlu ikut skrip. hero dan heroin mesti kahwin dan hidup bahagia sehingga akhir hayat mereka.
agaknya sebab tulah, bila perkahwinan ada masalah kita merasakan tidak normal.
sebab dalam cerita cinderella, happy ending.
cerita snow white juga happy ending.
banyak lagi cerita yang diperdengarkan dari kecik, semuanya happy ending.
kesimpulannya, skrip hidup kita berbeza dari orang lain.
kita perlu terima kenyataan.
Terima kasih atas artikel ustaz.
May Allah bless you and family.
@liz,
sangat menarik dgn kenyataan realiti yg tertulis. kisah hidup kita bukan dongengan dan mungkin jauh dari apa yg kita pernah bayangkan. fitrah manusia yang lemah, suami, isteri, anak adalah muslim.konsep ‘erti hidup pada memberi’ penting dalam meneruskan perjuangan dakwah Rasulullah dalam mendekatkan manusia kepada Allah.
Kesimpulan artikel di atas:
SEPATUTNYA kita hidup untuk memberi
@rohul, SEPATUTNYA kita hidup sebagaimana SEPATUTNYA YG ALLAH KEHENDAKI.
p/s:tak semestinya kita memberi, kerana redha itu terkadang dalam menerima.
masyaALLAH, artikel yg sangat menarik ustaz.. buat pengetahuan ustaz, saya baru je sebulan berkahwin dan terpaksa meninggalkan suami di Johor, dan saya di Sarawak… Sangat bagus dijadikan panduan..
Salam Ustaz,
Alhamdulillah artikel yang mmg di nanti- nanti. Ada persoalana yang perlu diajukan untuk memotivasikan pasangan kita. kekadang kita akan dengar dan lihat dalam tempoh ‘HO’ ni memang agak menyukarkan. Jadi dari artikel ini apa sepatutnya kita lakukan? Nasihat untuk kuatkan semangat ke? atau pinjam telinga dengar semua keluhan ?
Alhamdulillah artikel yg best! moga dapat jadikan panduan buat diri ini yang sedang merangkak.=)
salam ustaz.
Satu artikel yang menarik dan sepatutnya!
wassalam.
Someone said to me:
“ish, siapa laa nak kawen dengan doktor, sibuk sangat. Isteri patutnya sibuk dgn kerja-kerja rumah, layan suami anak2.. bla bla bla”
and I snapped back:
“ha’a, ye la tu (nada menyindir), kalau isteri ke mak hang sakit ke, nak bersalin ke, kena bedah ke, semua doktor lelaki yang buat, suka laa ek?”
saya sambung lagi:
“org perempuan yang jadi doktor ni mulia tau, never look down on them. They sacrificed a lot to serve the ummah. Tah-tah lagi mulia jadi suami diaorang”
p/s: i’m not a doctor.
@karipap, salam, setuju ngan karipap.. nntah, kadang2 kesian tgk wanita2 kt, yg amik medik, perangai pun ok2, tp sbb nak jd doktor, tak ramai yg nak kawin ngan diorang.. alasan? sebab tak nak beristerikan doktor yg sibuk…
pelik, kt sibuk minta wanita ke depan, sibuk nak doktor wanita yg sambut anak kita, tapi tak pernah nak kerjasama ngan doktor wanita… kesian kat doktor wanita.. amik bidang sibuk, kurang org nak amik ,jadikan isteri..
padahal, si dia tu nak tlg isteri2 umat islam, biarlah perempuan muslimah juga yg menyambut anak2 yg nak bawa panji islam..
hrp msg2 koreksi diri semula
salam
artikel yang berkualiti ustaz!!
tapikan ustaz bagaiman pula SEPATUTNYA dapat diamalkan dalam sepasang suami isteri yang bergelar doktor?
adakah lain pula SEPATUTNYA?
Saya geli hati jugak baca artikel ustaz kali ni. Tapi mmg betul apa yg ustaz ckp kan. Perkahwinan ni sememangnya realiti. Terlalu bnyk pengorbanan yang perlu diberikan oleh both sides untuk menghidupkan dan memanjangkan usia perkahwinan. Saya dah melepasi ‘penggal’ pertama fasa 5 tahun dan bakal memasuki tahun kelapan bbrp hari lagi. Ternanti2 nak masuk tahun ke-10. Inshaallah buat pusingan pertama, rasa2 mcm berjaya hehe sbb kami tak rasa mcm dah lama kawin dan sentiasa mcm pengantin baru —> ayat suami.
Anyway, saya kurang bersetuju dgn pendapat ustaz iaitu bila si ayah mati, si ibu mula tunjuk ‘perangai’ sbb setakat pengalaman peribadi saya melihat saudara2 terdekat, si ayah lebih bermasalah bila si ibu meninggal sbb org perempuan ni bila takde suami, panjang langkah berjalan ke sana sini dan sibuk dgn mcm2 aktiviti tapi suami yg kematian isteri di hari tua, antaranya memeningkan anak2 nak cari calon isteri baru, masalah siapa nak jaga makan pakai bagi yg jenis serah semua kat isteri sblm tu, etc etc. Perempuan secara azali nya berdikari, sentiasa multitasking dari muda ke tua unlike lelaki only single task at a time. Eh dah melalut nampaknya.
@hudhud,
setuju dgn ketidaksetujuan tu. [part baru nampak belang ibu bila ayah dah meninggal].
@jalan2blog,
mungkin dua-dua betul…ade yg begitu dan ade yg sebaliknye…sebab masing-masing melengkapi
Salam Ustaz,
.
memang SEPATUTNYA artikel ini dibaca oleh para lelaki/wanita
SEPATUTNYA tu mmg elok utk kita buat benckmark. Tapi bila buat penilaian tu kenalah PATUT-PATUT. Jgn terlalu mengharapkan kesempurnaan sbbnya kita sendiri pun bukan sempurna sgt, walaupun kejadiannya sempurna.
Jgn terlalu fikirkan SEPATUTNYA, tapi APA YANG PATUT, sbb itu realiti/ keperluan kehidupan
.
Yang PATUT tu kerjakanlah. Yg TAK PATUT tu tinggalkan lah.
@patut-patut,
menarik pula bila sebut kalimah ‘patut’ ni…
tapi blh pening jga..
Yeap dis article should read by all men & women..
sush hidup ni bila terlalu demand..nanti kekecewaan mudah berteman…
…diulang lagi..alam ini bukan dijadikan untuk kita seorang…Sepatutnya ialah kita menginginkan orang lain jadi macam kita…pasangan,kawan,anak2,jiran…
terima kasih ustaz, entry yang begitu realitas dan menyentuh jiwa saya sebagai suami yg seusia 8 tahun perkahwinan ini. jazakalah..
salam…
memang best sangat2..walaupun ana belum berkahwin, tapi amalan membuang SEPATUTNYA wajib dalam kehidupan sehari-hari..
syukran jazilan sebab artikel ni banyak mentyedarkan ana dalam meneruskan kehidupan hari ini, esok dan akan datang..
dalam kehidupan seharian bg insan yg belum@sudah berumahtangga. hayati doa rabithah. …”perindahkanlah tawakkal kami kepadaMU”.apa yg saya dapat dr artikel ni dgn pengalaman diri sendiri. 1.terima ujian dgn kesyukuran tanda kasih Allah-2.berusaha hadapi ujian sbb Allah tgk usaha, keputusannya Allah yg tentukan n hanya doa yg mampu mengubah ketentuan-3.Tawakkal dengan bersabar,bersangka baik dgn Allah kerana pasti ad hikmah di sebaliknya-Redho.
pembetulan maksud doa Rabitah “…dan keindahan tawakkal kepadaMu”
Salam,
Maksud artikel ini boleh diadaptasi dlm kehidupan seharian…bukan sahaja dalam kehidupan berkeluarga…
alhamdulillah…artikel ni bkn sj bguna tuk sang suami isteri je.tp patut jga dimanfaatkan oleh anak2..wallahu taala a’alam..
Isi yang sangat membina dan mampu merubah persepsi ana.
Adaptasinya bukan sekadar alam rumah tangga, tapi bila timbul pertindihan soal yang mana LAGI PATUT dalam hidup. Jazakallah ustaz…
@fareast: mabruk ya akh, dah jumpe calon ke? jgn lupe jemput ana =p
Salam ustaz,
Akhirnya artikel ini membantu melegakan dan merungkaikan dilema ana yang dalam perancangan…amin…
Mencari ma’na dalam perkahwinan…
“Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan benda yang TIDAK PATUT. Jadi berpada-padalah pada melayan SEPATUTNYA yang banyak hinggap ke diri. Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat, sehinggalah kita berjaya untuk benar-benar percaya, bahawa kita hanyalah HAMBA kepada-Nya. ….”
Artikel ni sungguh bermanfaat dalam usaha kita bermuhasabah hubungan suami isteri. Ana pun salah seorang ahli “Kelab Suami Doktor” juga, malah isteri semakin sibuk sejak menyambung pelajaran ke peringkat pakar untuk selama 4 tahun… Selama 6 tahun sebelum ini dia bersabar semasa ana sambung study, kali ini ana kena bagi peluang dia mencapai cita-cita impiannya… teruskan usaha unstaz menulis artikel2 menarik untuk panduan kami… Syukran
Salam Ustaz,
Artikel yang amat bagus. Saya bagi 8 bintang untuk artikel ni… Amat bermanfaat
Beautiful.
“Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!” saya tersenyum.
Suka ayat neh..kelebihan ustaz dalam membina dan susun ayat mmg mantap. Teruskan..bila lagi ustaz nak tulis novel plak? huhu..mesti fenomena.
ya, betul….selalunya ia hanya bertahan 5 tahun, selepas itu samaada itu hancur meletup atau rahmat Allah membuka setiap persepsi salah masing2 selama ni, ketika itulah nikmat perkahwinan sebenar dikecapi. TAPI jangan alpa kerana bukan menjadi suatu jaminan bahawa ia takkan berulang kembali EXACTLY macam yg dilalui 5 tahun pertama. maka selalulah pohon dan duduk bawah rahmat Allah Taala.
EXTRA SABAR
“a good wife for a male doctor is not a female doctor but, a good husband for a female doctor is a male doctor” terbaca phrase ni dalam makalah medik UIA sebelum kawen dulu. ada benarnya dan inilah yang memotivasikan diri nak memahamkan kerjaya seorang doktor muslimah.
semoga Allah mengangkat martabat mereka termasuklah isteri tercinta.
“abang, mama mana?” “oncall!!”- dialog dengan anak umur 4 tahun. Alhamdulillah dia dah boleh terima situasi camni.
welcome to the club
Hmnn sepatutnya, Ustaz kena buat entry yang… hehehe gurau aje…
Kawin isteri doktor memang susah. Bukan ingin menakutkan tapi prepare untuk realiti.
SEPATUTNYA sebenarnya adalah mangsa, kerana SEPATUTNYA tak salah. Yang salah ialah sepatutnya pada persepsi/fikir kita kerana SEPATUTNYA yang mengikut kehendak Allah itu tak pernah salah. cuma kitalah yang lemah, dhaif dan buta dari SEPATUTNYA mengikut kehendak Allah itu.
Allah telah menghidupkan kita sebagaimana yang SEPATUTNYA dan tidak pernah sekali pun meletakkan kita dalam hidup yang TIDAK SEPATUTNYA. cuma kita sahaja yang tidak nampak apa yang SEPATUTNYA itu menyebabkan kita kufur dengan berbuat yang TIDAK SEPATUTNYA. maka perbuatan yg TIDAK SEPATUTNYA kita itu akan dibalas pula dengan balasan yang SEPATUTNYA oleh Allah yang kita rasa TIDAK SEPATUTNYA. “ada paham?”
contoh
NIKMAT(sepatutnya) + SYUKUR(sepatutnya) = TAMBAHAN NIKMAT(sepatutnya)
NIKMAT(sepatutnya) + KUFUR(tidak sepatutnya) = AZAB/BALA(sepatutnya)
kita je yang selalu nampak azab/bala tu TAK SEPATUTNYA sebab tak nampak kufur kita penyebabnya.kalau nampak….maka azab/bala tu kita akan redha sebab itulah yg SEPATUTNYA.
ingatlah bahawa rasa kita berada dalam hidup yang TIDAK SEPATUTNYA@tidak redha dengan takdir itu samalah dengan mengatakan yang Allah itu zalim.
begitulah juga dengan saya ni yang telah mengabaikan untuk buat kerja rumah sebab amat tertarik dengan isu ni akan menyebabkan saya menerima apa yang SEPATUTNYA dari isteri tercinta kejap lagi.
wallahua’lam.
salam smuee…
yang sedang2 sj dlm kehidupan
insya Allah tenang =)
SELAMAT PENGANTIN BARU
BWT RAJA NASIR & RATU… =)
Bismillah
Exactly.
*Nodding my own head with agreement.
Setelah setahun kahwin ni baru rasa cabaran menangkis sikap SEPATUTnya dalam mendepani konflik atau stress dalam rumahtangga.
SePATUTnya yang memadamkan yang PATUT.
Diakui juga betapa suami sangat banyak bekorban (walau ana isteri kelab suami doktor) dan menutup/menerima dengan kekurangan si isteri ini yang terlalu banyak.
Bukan senang menjalani hidup rumahtangga seoptumis mungkin dalam skeptik seperti di seisi honeymoon season. Kami masih terus ingin belajar.
Belajar berlumba-lumba untuk memberi dan menghilangkan sepatutnya, inshALLAH.
Salam..
emmm..sungguh menginsafkan.thanks us. tumpang tanya yer. Blh tak us bg alamat PASTI tmn midah.takpun any landmark. dkt ngan sek men @ sek ren @ any surau.anak us kat ctu dulukan. bila-bila masa yang us free. tak perlu rush. SYUKRAN JAZILAN.
mantap artikel ni….bukan mudah untuk bergelar doktor muslimah…masa mula-mula saya nak ambil medic pun, ayah dah pesan tentang bagaimana nak menjaga rumahtangga jika sibuk bekerja nanti…tak mengapa…jikalau niat kita betul…saya yakin Allah akan memudahkan segalanya…=)
ehm betul..ustaz..yg selama ni tak pernah terpikir ..yg difikirkan hanyalah menuntut hak sepatutnya begini..begitu….semua yg indah2 yg diimpikan tp lupa…tuk menerima seadanya dan memberi ape yg sepatutnya..
menginsafkan…
jazakallah
Nice one!!
Ni la rupanya redha dalam cintra tu ya…
Saya rasa terharu dan teringat suami saya bila baca artikel ini….alhamdulillah mendapat suami yang menjadi pakaian saya selama ini..
salam ustaz….nangis saya baca artikel ustaz ni…teringat pengorbanan yg suami saya lakukan untuk saya…sama2 bermalam di hospital tatkala saya oncall, siap bawa anak sekali…rasa bersalah saya pada suami kerana walaupun 3 tahun telah berlalu, saya masih belum dapat habiskan h.o…suami dah mula rasa susah hidup bersama saya dek masalah kerja….housemanship memang mencabar ustaz…saya dah hilang minat untuk bekerja tapi suami msih berharap saya terus bekerja sebagai doktor…boleh beri sedikit nasihat?
???? ???? ???.??? ??????? ???? ???? ?? ??????? ????? ??? ??? ??????
Maaf ust, saya tulis ayat dalam bahasa arab,rupanya tak boleh. dalam bahasa melayulah : Moga Allah berkati ust,artikel ni memang menjelaskan lagi apa yang kurang jelas. memang PATUT artikel ni di baca oleh semua rakyat Malaysia.
SEPATUTNYA suami yg menafkah isteri(isteri x payah keja)TAK PATUT isteri turun padang menanggung family…kita sendiri mencipta masalah kemudian menyalahkan SEPATUTNYA dan TAK PATUT
may Allah bess ust n family
@along,
doktor perempuan bukan turun padang tanggung family kowtt…
tapi turun padang tanggung keperluan masyarakat.bukan cipta masalah.tapi mengurangkan masalah doktor malaysia kurang. dah memang lebih ramai perempuan pon yg belajar. lelaki kt pusat serenti kowtt..
along lelaki 75 tahunkah?pemikiran zaman bila tu??
hehehe…sowi jht. i’m 19. not 75
me,
turun padang demi masyarakat heh?
tapi kenapa terlalu ramai, sampai hampir penuh hospital2 dengan doktor perempuan? sangat tak seibang tu beb
tak tahulah lepas ni bidang urologi pun dikonker doktor2 perempuan heh….siaplah bini2 patient meradang melihat doktor2 perempuan “”merawat” ehem ehem suami mereka heh
fakulti perubatan sepatutnya ambil berat pasal hal ni….kembalikan kepada sistem temuduga dan banteras kebanjiran perempuan di fakulti perubatan…4:1 di fakulti aku…apa sudah jadi?
takpe along takpe….berfikiran kolot tapi mempunyai sifat2 anak jantan jauh lebih baik dari pemikiran terkini tapi bersifat sissy, dayus dan “takut” pada perempuan.
ps: ramai doktor2 andartu di hospital2 kerajaan, kebanyakan doktor lelaki kahwin selain doktor , tu lecturer aku yang cerita heh….patutlah panas baran je
*bless
Peringatan yang sangat padat dan bermakna buat orang2 bujang seperti ana agar fikir betul2. Jzkk ustaz.
Salam ‘alayk..
Erk? Suatu ketika dahulu, maybe i have the same thought as yours.
Tapi, skrg ni, bila dah blajar, baru saya tahu tanggungjawab seorang Dr.
Ok ,katakan semua pelajar2 perubatan perempuan, lps je kahwin, trus duduk rumah. Yup, on 1 side, bagus..
Tp, cuba sdr fikirkan, kalau semua orang mcm tu, alamatnya xdela doktor2 perempuan kat hospital.
Bukanke fardhu kifayah tu? At least ada dr perempuan utk treat female patients?
Sekadar pendapat utk difikirkan dari saya yg masih blajar,menghabiskan med course dan masih belum tau apa akan jadi dihadapan..
Wallahua’lam
Tak perlu risau
dah terlalu berlambak doktor2 perempuan kat hospital
sehinggakan di wad urologi pun doktor2 nya adalah perempuan….tiap2 hari pergi rawat ehem ehem lelaki
dan ramai yang jadi andartu….sebab doktor lelaki kebanyakan cari isteri selain doktor…kalau mencari doktor perempuan pun boleh dibilang dengan jari
amacam? masih nak habiskan med course heh?
@dR RoSmEy,
yang andartu bukan hanya doktor.
ramai jantan yang macho dan tidak sissy, tidak dayus dan tidak “takut” pada perempuan (juga tidak takut Tuhan), mati syahid di jalan sampah masyarakat…
@Abu Saif,
terima kasih ustaz=)!
asala tanah a.k.a med
Ustaz, saya harap ustaz dapat garap lebih banyak idea untuk naikkan semangat juang kaum lelaki….maafkan mamala…kalau ada lelaki tersentuh.. sebab mamala sedih.. mamala dok rawat…..anak2 mamala kata kawannya gelarkan mamala jadi doktor bawah jambatan…. moga kita masih dapat merubah negara….walaupun dgn cara yg paling lembut..dan perlahan…
Ops, the above is a reply to Along( who commented on 5/12/2009; 8:16 am
sukenyer saya cite ustat ni..fikiran sbeginilah yg SEPATUTnya ada pada zaman sekarang. 4 thumbs up!
Alhamdulillah saya suka dapat membaca perkongsian ustaz tentang realiti rumahtangga. Jadi tazkirah yang sangat baik untuk kami yang bertatih di alam rumahtangga.
Saya suka web ni ada macam-macam jenis info dan isu.
Tentang rumahtangga, amat bagus ustaz detailkan isu-isu yang bermain2 dalam rumahtangga supaya kami jadi generasi suami isteri yang lebih matang, lebih bertoleransi.
Membaca perkongsian ustaz tentang rumahtangga banyak membantu saya masuk ke alam perkahwinan dengan hati & minda yang lebih terbuka, expectation yang direndahkan, jadi ada banyak masa menikmata sisi manis dan bahagia rumahtangga dari melihat kekurangan pasangan yang sebenarnya kita semua memang banyak kurang dan banyak salah.
salam..
wah..ustaz..
besar pengorbanan seorang suami doktor ye..
em..ana skang sedang blaja medic di uia.
penah juga terfikir tentang bab2 kahwin ni..
mengakui hakikat kehidupan doc yang sangat bz,kesian juga pada suami bila dah kahwin nanti..
baru2 ni ana ada hadiri ceramah ustaz bertajuk ‘student just don’t care’..
banyak input yang ana dapat. jazakallah ustaz..doakan ana dan para sahabat yang lain terus istiqamah di jalan dakwah dan tarbiah..sampaikan salam saya pada ummu saif ye..:). moga Allah sentiasa memberkati ustaz sekeluarga..ameen..
Salam,
Terima kasih utz atas artikel yg menarik ini. kadang2 bila dah lama jadi ahli kelab suami doktor ni, dah tak sedar pengorban diri sendiri buat isteri, seolah menjadi tangungjawab/lumrah sehari2 dan senang melakukannya. banyak benda yg diangao biasa tapi bila baca artikel ini baru tau benda tu bukan kebiasaan suami2 hehehe.Alhamdulillah isteri ana begitu menghargai apa yang ana lakukan. mungkin jugak kerana ana menikahi zaujah ana ketika dia masih tahun tiga. melalui sama2 melihat para2 doktor ini belajar hampir setiap waktu,hatta tengah masak pun.sesudah berkerja pun kene belajar jugak…mudah2 Allah permudahkan urusan zaujah ana, beri khidmat untuk wanita2 muslim di bumi sakura ini. terima kasih
salam ustaz..
terima kasih untuk artikel ni.
alhamdulillah..besar impaknya kepada para pembaca termasuk saya.
bertolak ansur dan saling memahami amat penting dalam hidup kita. sy akan brusaha untuk praktikn dlm hidup..
“erti hidup pada pemberi”..hehe suka ayat ni
Salam ustaz.
Saya rasa lebih insaf selepas baca artikel ustaz ini.
I’m a seventeen-year-old student, just to let you know. Now I’m beginning to realize I shouldn’t ask too much from my parents. Instead, do more, that’s what I should do.
Nak tu lah, nak ni lah, macam-macam hal… Mama dan ayah dah banyak belanja, tau, Dian! Bila nak sedar-sedar ni?!
maaf, ustaz, saya sedang merefleksi diri…
Terima kasih ustaz kerana mengingatkan kami supaya mengurangkan kemahuan sambil berusaha tingkatkan amal. Itulah yang Sepatutnya.
sebenarnya ini lah romantik sebenarnya yang dicari dalam sesebuah hubungan rumahtangga…
bukan pada nilai memberi bunga..coklat..atau ungkapan i love u sahaja
salute pada abi dan ammu saif!
Assalamualaikum ustaz ..
artikel yang sangat menarik..isu nya seakan-akan kecil tetapi besar impaknya dalam kehidupan seharian..ramai manusia seolah-olah memandang ringan akan hal sebegini
saya seperti nasir,insya allah akan menjadi ahli kelab suami doktor.tapi saya seorang peguam
Pada mulanya timbul banyak keraguan di hati akan kehidupan yang bakal ditempuhi selepas berkahwin kelak, kerana banyak cerita-cerita yang saya perolehi semuanya menyatakan rasa negatif untuk berkahwin dengan seorang doktor.
Tetapi alhamdulillah banyak juga rakan-rakan yang memberikan buah fikiran akan pengalaman masing-masing dalam hal ini.
terima kasih ya!
ermmm….Assalaimualaikum semua…saya nak tanye ustaz…dari mana ustaz dapat sumber kekuatan diri untuk terus ‘mengistiqamah”erti hidup pada memberi’sehingga ke hari nin..? ye lah..kita nin manusia punya banyak kelemahan tambahan pula dengan persekitaran hari nin yang semakin melalaikan.