
Sedap dan berkhasiat.
Susah sungguh untuk mendapatkan makanan yang seimbang pada kombinasi kedua unsur itu.
Sedap sering memudaratkan.
Berkhasiat tetapi membantutkan selera makan.
Usaha mengubah gaya hidup sihat di Malaysia yang dipromosikan sebagai syurga makanan ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Kesukaran itu ditambah lagi dengan budaya masyarakat kita yang melayan tetamu dengan makan, tanpa mengira masa.
Saya sedang berusaha untuk keluar dari belenggu itu, walaupun setiap kali saya membuka topik ini, komen akan pantas menjadikan diri saya sebagai liabiliti ke atas mesej yang saya bawa. Sindiran lebih mudah diterima berbanding kata perangsang.
Tidak mengapa, ubat memang pahit, walaupun tidak semua yang pahit bisa mengubat.
Setahun mempromosikan ISLAM SYARIATIK dan ISLAM SAINTIFIK di dalam kuliah, saya sering memberikan contoh makanan yang menepati kehendak Islam ialah makanan yang bukan sahaja HALALAN (Syariatik) malah THAYYIBAN (Saintifik).

“Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang HALAL lagi BAIK, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata” [Al-Nahl 16: 114]
Saya tidak mahu tercicir daripada menghayati apa yang saya sampaikan.
Justeru banyak pengubahsuaian telah dibuat berkaitan pemakanan di rumah. Apa yang tinggal, adalah kawalan ke atas hajat-hajat di luar semasa berprogram.
Teh tarik sepekat dan semanis mungkin, sate, nasi kambing, kuih ketayap berinti kelapa manis, adalah di antara hidangan yang sering menjadi cara pihak penganjur menyatakan penghargaan kepada penceramah dan tetamu. Ia mungkin sesekala bagi penganjur, tetapi ia adalah cabaran harian buat penceramah yang setiap hari tugasannya adalah sama.
Saya cuba meyakinkan pihak surau, masjid khususnya di tempat yang saya mengajar tetap, untuk tidak teragak-agak mengecualikan saya daripada menu itu. Jika telah terhidang, saya sentuh sedikit seadanya dan jika dicadangkan untuk pergi makan selepas berkuliah, saya mohon izin untuk pulang awal.
Mungkin terlalu kecil signifikasi usaha saya ini ke arah peningkatan kesihatan diri. Tetapi saya bersungguh-sungguh mengusahakannya, selain pengubahsuaian cara hidup dan memaksa masa untuk senaman di celah keadaan hidup yang sungguh tidak sihat ini. Ada kemungkinan kebanyakan ustaz harus menyalahkan diri sendiri atas cara hidup yang tidak sihat. Namun usaha membuat perubahan diri amat tidak disokong oleh persekitaran yang sentiasa mahu menggembirakan para ustaz dengan MAKAN dan KENDURI.
Ada pihak yang marahkan saya, digesa bersyukur dengan kurniaan Allah dan kenangkanlah orang lain yang tidak banyak pilihan makanan dan kebuluran. Saya menginsafinya. Tetapi pihak tersebut perlu ingat, apabila seminggu saya tidak menjamah nasi dan makanan yang manis, khususnya di sebelah malam, tiba-tiba saya melanggar aturan itu, ia telah mengheret saya 2 minggu ke belakang usaha keras tersebut.
Berpatah balik itu sangat menjejaskan motivasi diri. Rasa bersalah itu sering menyebabkan saya menjadi pening dan akhirnya terpaksa memuntahkan kembali apa yang dimakan agar boleh tidur dengan tenang.
Sukar sekali.
ALTERNATIF
Bersama entri ini, saya sertakan resepi sejenis makanan Turki yang amat ringkas, sedap dan berkhasiat sebagai gantian kepada makanan-makanan yang saya berjaya tinggalkan untuk menu jamuan selepas ceramah. Tempoh penyediannya adalah 10 minit.
MENEMEN

Bahan A
Dua ulas bawang putih – dihiris halus dan dicincang
Setengah labu bawang besar – dihiris halus dan dicincang
Separuh lada hijau atau paprika – dihiris halus dan dicincang
Tomato – dibuang kulit dan dipotong kiub
Bahan B
Sedikit serbuk kasar lada hitam
Secubit serbuk cili
Sedikit serbuk daun pudina kering
Sedikit serbuk daun oregano (jika suka)
Sebiji telur rendah kolestrol
Secubit garam
Sesudu minyak zaitun
Cara memasak
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bahan A sehingga lembut. Jangan tumis hingga perang atau rangup. Kemudian masukkan bahan B dan tumis untuk seminit lagi. Kemudian masukkan tomato. Untuk membuang kulit tomato, cara mudahnya adalah dengan mencucukkan tomato itu kepada hujung pisau dan salaikan di atas api dapur seketika sehingga kulitnya merekah dan tanggal. Kulit tomato agak susah untuk dihadam di dalam perut dan kadang-kadang menimbulkan rasa tidak selesa memakannya.
Tomato segar juga boleh diganti dengan tomato kiub di dalam tin. Cuma, tomato ini biasanya agak masam, dan menambah gula akan mengurangkan tahap kesihatan makanan ini. Cara yang boleh dilakukan ialah dengan membuang air tomato di dalam tin tersebut.
Setelah bahan tumisan bersama tomato lembut, masukkan secubit garam mengikut kesesuaian. Perlahankan api dan pecahkan telur di atas tomato itu dan gaulkan perlahan-lahan pecahan telur itu agar rata tetapi jangan sampai telur itu mengeras.
Menemen ini sedia untuk dimakan.
Pasangan terbaik untuk mencicahnya adalah roti Baguette atau French Bread yang agak rangup di luar tetapi lembut di dalam. Ia sesuai untuk sarapan pagi, tetapi boleh juga menjadi makan malam yang agak ringan ketika mulut anda rasa teringin menjamah sesuatu yang sedikit berempah.
Per Serving: 278 Calories, tetapi boleh dikurangkan lagi dengan menggunakan minyak zaitun dan bukannya mentega (resepi asal), serta telur yang rendah kalori seperti yang saya gunakan.
Menemen juga biasanya dihidang terus di dalam kuali yang diguna untuk memasaknya. Jadi, pilihlah kuali yang tidak mengaibkan tuan rumah, jika anda mahu mengajak tetamu mencicah sama. Cicah juga, mulakan dari tepi-tepi menemen dan bukan dari tengah kuali.
Selamat mencuba.
Hidup sihat!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Salam kesejahteraan…
Banyak benda kita hajat nk menjaga tpi persekitaran pula tidak membina…pemakanan apatah lagi iman dalam diri…
bila mana ust kata malaysia syurga makanan..mmg betullah..di bumi firaun ni terasa benar byk kekurgnnya..bersyukur menjadi org Malaysia tapi kena bersabar mengawal diri dalam kenikmtn makann msia..
antara nikmt yg sering kita abaikn nikmat sihat.dalam konteks ni kadang2 kita seolah2 hidup utk mkn sehingga akhirnya memudaratkn diri sendiri..dari pemaknn yg tidak dijagalah ibu segala penyakit akn muncul..Wallahu3alam
Moga ust sentiasa dirahmati dan dikurniakn kesejahteraan..
ps::akan mencuba resepi ust =)
Salam,
Saya pula bertungkus lumus untuk gemukkan isteri saya yang terlalu kurus
Wasatiah dalam segala hal termasuk agama. Ada orang taksub makan. Taksub politik. Taksub akan tokoh. Taksub agama apakah boleh ya.
Saya takut nanti taksub dengan penangan menemen pula hehe.
Subhanallah.. lapa plak bla bc bhgn bwh..
-sykrn ust-
Assalamualaikum Ustaz,
Risau sy bila ustaz menulis tentang bagaimana ustaz muntahkan semula makanan yg dimakan. Harap ustaz takkan teruskan amalan tersebut di masa akan datang kerana ia boleh membawa kepada bulimia, suatu penyakit yang berbahaya kepada kesihatan. Apa-apa pun sy doakan usaha ustaz diberkati Allah
antara perkara lain yang membimbangkan adalah kombinasi makanan atau hidangan melayu yang dikatakan tidak sesuai.
Ish, kena check menu Rasulullah jelah kalau macam ni. Lagi satu isunya adalah penyediaan makanan melayu juga agak lama kalau dikira dari pemotongan bawang.
Org lain mati tak makan, takkan kita mati kerana makanan…oh! halalan tayyiban.
@Kak Ija,
ya, betul pak din, …takkan kita mati kerana makan
laaa patut la restoran iran kat tempat saya tinggal ni selalu salai tomato bila hidang sekali dengan koobideh kabab. ada sebab rupanya…
arab mesir panggil resepi ini SYAKSUKAH..sedap2…boleh didapati di semua kedai tukmiah dan ful..
oh tak tau pula ini sama ngan syaksukah..erm..tak perasan ingredientnya sama..tau makan aje
kiranya berbeza nama…
Ustaz tahu tak resipi Humus + habbah falaafil? Boleh kongsi sekali kat sini.. he he he..
Oo.. Menemen.. Ni nama Turkish atau memang standart nama dia begini? Sebab kami kalau malas masak, buat makanan ni saja. Kenyang dan mudah. Budak Arab yang ajarkan pun. Cuma Arab tak letak telur.
Sampai hari ini saya memang tak ingat apa nama masakan ni. Menemen? Hm.. Boleh la buat modal kalau junior tanya ‘Apa ni kak??’ (^o^)V
sedap je nampak..boleh try ni. Kena cari daun pudina & oregano dulu ler tapi…
@Daing,
Saya tak bubuh oregano. Sekadar cadangkan. Pudina kering kalau takde, pudina segar pun ok. Cincang sampai halus.
“Sindiran lebih mudah diterima berbanding kata perangsang.”
Setuju!
Satu lagi. Ha ha, sempat nak pesan juga eh Ustaz kat perenggan akhir tu. Pasal nak cicah kena mula dari tepi. Memanglah orang-orang ni, hal macam tu pun kita nak kena ajar.
278 kalori… ok jgk tu. bolehlah cuba resepi ni this weekend… anak2 sedarapun tgh ramai kat rumah ni ha.
ah.. nampak macam best.
tq ustaz.
‘Sikap bazir makanan’
Oleh Norakmah Mat Youb
Norakmah@bharian.com.my
GEORGETOWN: Kira-kira 45 peratus daripada 10,000 tan sisa pepejal yang dibuang setiap hari di tapak pembuangan sampah negara ini terdiri daripada makanan, sekali gus menunjukkan sikap suka membazir di kalangan penduduk.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamad Idris, berkata antara penyumbang terbesar pembaziran itu ialah pengusaha hotel dan restoran.
Katanya, keadaan itu tidak dapat diterima kerana ia menjurus kepada pembaziran secara besar-besaran kerana kebanyakan makanan yang dibuang itu masih dalam keadaan elok.
@Kak Ija, mati kerana makan …
macam omelet!! mesti cuba..
Great recipe..
good for baby’s recipe also, minus the cili and salt…
Alhamdulillah, sedap dan berkhasiat nampaknya ni
2 hari lepas menonton The Biggest Loser Asia di Hallmark Channel. Ada salah seorang peserta komen bila tengok portion makanan yang disediakan untuk sarapan pagi, yang portion itu sangat kecil berbanding yang biasa dia makan, dan makanan-makanan tu nampak terlalu mahal. Bab makanan sihat tapi mahal tu disokong oleh beberapa orang peserta lain. Ayat balas health instructor tu lebih kurang di bawah, yang membuat saya terkesima seketika.
“Do you know how much it costs to treat cancer and diabetes on a yearly basis, if you keep on ‘saving’ by eating the way you are now? You’ll spend $30,000-$40,000 (US dollars) a year.”
@Sabariah,
… =)…saya pun tengok jugak…betul la yang kita selalu dengar “health is the greatest investment”…. =))
good, great recipe….take care of ur health, u gonna save ur life.
mungkin boleh kita popularkan IMP…(islamic manufacturing practice)…
http://halaalan.com/
I keep my husband word – how can we do the best in our ibadah, if we are unhealthy – this is really motivate me! from that moment, i tried to make the only healthy yet delicious recipe.
@diZZYana,
good cause. i am now trying to get myself healthier n fitter. suddenly it comes to me during aidiladha holiday that at least theoretically, i have to be fit in order to perform hajj effectively and efficiently.
jadikan makananmu sebagai ubat, dan ubat sebagai makananmu. Tak salah menikmati makanan yg lazat2,cuma kuantitinya perlu dikawal, makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Cara penyediaannya dan bahan2 juga perlu dititikberatkan, contohnya gunakan susu sejat utk gantikan santan, atau vco(virgin coconut oil ) utk buat nasi lemak. Dalam HPA sendiri dah ada banyak produk makanan termasuk sardin dlm tin. Bukan saje nak promote, tp sardin dlm tin kebanyakannya akan membuatkan org yg ada minor asma akan semakin kronik dan org yg tiada asma akan dpt asma. Sahabat2 semua, jenguk2lah web HPA utk perluaskan konsep makanan halallan thoyyibah dlm hidup kita. Wallahualam.
Stuju!
hmm..betul2.ada juga arab yang ajarkan.memang tak letak telur pun.namanya bandurah maqli.lain sikit la.rasanya,saya dah pernah masakkan untuk kelawar hijau ni.lupa agaknya dia;p
lapa….
alhamdulillah me n my husband practice healty food di rumah. susahnya, bila balik kampung. my husband belasah sungguh. air tangan maklah katakan.
@ummizaima,
sesekali jadi ubat, kata orang tua-tua.
masakan emak, telur goreng dengan kicap pun sedap. namanya air tangan…
@Abu Saif,
ya betul. kalu boleh nk isteri masak macam mak masak, tp kan dia pun biasa makan air tangan mak dia.. so kena balancekan air tangan dua mak pulak..
Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan…
Sebab itu ramai juga yang makan benda-benda yang Haraman Tayyiban, tanpa sedikit pun rasa segan dan malu.
Assalamualaikum ustaz…
Menarik topik ni..dan sangat penting untuk kita sebagai pendakwah.
Saya ingin berkongsi satu pengalaman bagaimana sya mampu berhenti dr tabiat buruk merokok.
Pertama sya membuat penyataan matlamat..walaupun sekecil mungkin.Kedua saya ikut aturan dan janji pada diri sendiri agar kita yakin dengan diri. sekali kita tunaikan janji pd diri agar x sentuh rokok ari ni..saya percaya pd. diri saya..pd. masa yg sama saya membaca karya Abu Sangkan..jadi idea buat apa saja kerana Alah Taala menguasai motivasi saya…jadi hari kehari saya percaya pada diri untuk menjauhi tabiat buruk itu…Dan buku 7habit( Stephen R. Covey) sangat banyak membantu..
Ini sekadar pengalaman saya dan mungkin x sesuai untuk semua org..ttp mungkin mampu mencetus idea..
Apapun..saya mendoakan kesihatan ustaz terus berkekalan..kerana saya peminat penulisan ustaz..”Pengurusan ialah melakukan perkara dengan betul,kepimpinan ialah melakukan perkara yang betul”
….Tahniah kerana kejayaan saudara…InsyaAllah, ustaz juga akan berjaya kerana saya percaya tiada sesuatu yang akan mempengaruhi ustaz,kerana ustaz adalah proaktif.
…la takhf wa la tahzan ,innaAllah maana…
@Mohd Azri,
Wsalam wbt.
Terima kasih atas perkongsian yang sangat memotivasikan diri. Teruskan. Saya mencontohi anda…
@Mohd Azri,
tahniah.
tentang rokok.. pengalaman saya sedikit berbeza di mana tanpa sebarang sbb yg konkrit, tiba2 sahaja pada suatu hari, rokok yg saya hisap rasa tak sedap.. dan begitulah seterusnya sudah hampir 1 tahun lama nya..
puas saya memikirkan nya, akhirnya saya berpendapat, mungkin ini tanda Allah telah makbulkan doa insan tersayang di sekeliling saya.
Terima kasih ustaz,
artikel ini memang membuka minda saya tentang pemakanan yang sihat.Terutama sekali kepada pekerja kolar putih yang tidak mempunyai kesempatan untuk bersenam dan terdedah kepada gaya hidup yang tidak sihat.
Moga-moga kenyataaan yang disampaikan membawa pengajaran kepada seluruh umat akan kepentingan menjaga pemakanan untuk memelihara mental dan fizikal
~sekali lagi sykr USTAZ
Salam..
benar tu ustaz.. Saya antara org yg sedikit risau dgn keadaan fizikal ustaz. Tmbh pulak bila pegang title ustaz/penceramah, mmg saya perhatikan penganjur tu bersusah payah nk sediakan mknn pdhal kita xckp pun mereka perlu buat begitu. Tu bru ustaz/penceramah..
Mcm saya kdg2 tu sampai nk p umah org lain cthnya ziarah saudara mara or kwn2 saya xnk ckp ttg kedatangan saya. Bukan apa, saya xnk mereka bersusah pyh sediakan juadah utk tetamu. Bila dibgtau awal2 nk dtg dan jgn msk apa2, mereka kata ok. Sampai umah mereka, mcm2 lauk n juadah ada. Mmg disarankan kita kena muliakan tetamu ttp bukan spt begitu. Sabda Rasulullah pun ada bgtau muliakan tetamu walaupun dengan segelas air sejuk. Tp di sini mentaliti org melayu kita yg selalu mcm tu.
InsyaAllah, ustaz akan berjaya dengan perancangan ustaz. Mudah2an ramai yg memahami niat baik ustaz untuk jaga kesihatan.
salam…
ustaz, saya cuma confius, telur rendah calori to apa?…mmm…setahu saya omega-3 enriched eggs pon sama dengan telur biasa in term of calorie and cholesterol…beza cuma enriched wif omega sahaja…minta maaf ye ustaz..
@roza,
wsalam.
ok la, tak payah bubuh telur. cicah tomato je.
@Abu Saif,
…tak ustaz, saya memang nak tahu…telur apakah… =))…
sedapnya ustaz..lagi berkhasiat=)…
insya-Allah pasti sy m’cubanya..
blog tip kesihatan bahasa melayu
http://thesecretmedicines.blogspot.com/
http://sembangherba.blogspot.com/
you are what you eat
Alhamdulillah, bila tinggal di luar negara, dapatlah konsep halalan toyyiban dicuba sebanyak mungkin. awalnya memanglah susah ..mana taknya nak makan karipap sebijik pun kena buat ..tapi saya cuba sikit-sikit, kalau lebih bekukan makanan, rajin jugak tonton tv on health issue dan cari resepi-rsepi sihat.ada satu yang sangat menarik, sesuai untuk mereka yang suka kari etc .. but in healthy way jeenaskitchen.blogspot,
balik malaysia takut saya tengok orang malaysia makan .. nasi kandar 24 jam. faktor sekitaran memang memainkan peranan .. saya yang tersangat jarang makan lepas 7.30 malan di uk ended up hampir tiap-tiap malam makan 9-10 malam.
cakap kat hubby no wonder ada kawan-kawan belum 40 dah dapat sakit kronik … hampir semuanya berpunca dari makanan.
Honestly saya lebih percaya makanan di Uk yang ‘suitable for vegetarian’ dari makanan di malaysia yang ada logo ‘halal’.
Tapi semuanya terpulang pada diri sendiri, ramai yang pandang kecil isu ini seolah-olah menjaga kesihatan bukannya sebahagian dari tuntutan Islam .. semoga Ustaz berjaya. Saya pun tengah proses ‘kecilkan’ bahagian yang patut .. doakan saya Ustaz!
@zu_uk, Ya, kebanyakan penyakit berpunca dpd makanan – ayat ini biasanya merujuk kpd:-
* Lebihan makanan, tetapi ayat tersebut perlu juga dirujuk kpd :-
* Pemilihan makanan yg kurang berkhasiat – yang tdk dpt memenuhi nutrien harian kita
@Sahawati,
of course that was what I meant, pemilihan makananan yang kurang berkhasiat, hatta kalau yang sihat pun tapi berlebihan akan membawa kesan yang sama.
Cuma saya ingin tekankan tentang bila masak sendiri, kita boleh kontrol dan ganti dengan alternatif yang lebih baik, has anyone tried baked onion bhaji yet? rasa sama tapi kalori kurang kerana gunakan minyak yang teramat sedikit, berbeza dengan beli di take away. tapi kalau masak sendiri pun masih gunakan kaedah guna minyak berlebihan, full fat, high in sugar & salt- sama jugak tak sihatnya.
Shall I put my statement this way:
Banyak penyakit berpunca dari makanan yang diambil oleh KITA yang samada tak tahu atau tak kesah akan kesan pengambilannya atau pengambilan yang berlebihan. Bukan makanan yang salah …
@zu_uk,
Solusi masalah pengambilan lebihan makanan: Jika tak mampu melakukan puasa Nabi Daud – puasa selang sehari, kenapa tidak kita cuba mengamalkan puasa sunat sekurang-kurangnya puasa Isnin & Khamis?
Ustaz, saya antara peserta yg terpilih untuk menyertai cabaran fitness competition yg dianjurkan oleh muslimmatter.com di US. Antara kisah awalnya, ianya bertujuan menjadikan gaya hidup sihat sbg amalan, bkn semata2 menurunkan berat badan. Menurut pihak penganjur, seringkali para pendakwah sendiri tidak ikut apa yg didakwahkan iaitu jgn ikut nafsu tp bila makan, pakai taram je. Taram bkn bermaksud bedal semua tp tak ikut cara yg sihat.
Kesemuanya seramai 20 peserta, 10 muslimin 10 muslimat. Pertandingan bermula dari 1 dec 2009 selama 6 bln. Setiap minggu kami akan mengamalkan tabiat2 tertentu based on hadith2. Untuk minggu ini, kami diajar makan setiap 2-4jam saja n stick to it for 7 days. Sewaktu mkn, kena betul2 menikmati mknn tersbt without apa2 distraction e.g. Sambil tgk tv. Bila food habis, wait for 15 mins. If still lapar add a little more. Pastu stop for at least 2 hrs. Next wk, habit#2 is eliminate processed food. Untuk workouts plak, kami guna sistem P90x which is v efficient n easy even for bz ppl.
Kami ada forum sendiri tp bleh baca kat website gak. Sisters boleh remain anon. Ada gak hb n wife jd competitors. Dorang ni semua under almaghrib institute which cater for US muslim youths. Taktahu ustaz pnh dgr ke tidak tp their talks mmg lain dari yg lain, modern n yet very informative. Kalaula kat msia ada mcm tu inshaallah boleh attract budak2 melayu ni.
Salam. makanan melayu boleh dimakan tetapi dgn tahap sederhana. Insyaallah kesihatan terjaga. wasatiah 2 sgt bagus. kalu orang hidangkan untuk kita, makanlah tapi beringat-ingat. di rumah pula kita ubah menu untuk kesihatan. kalu makan di luar pilih yang paling kurang berlemak atau berminyak. kuasa memilih di tangan kita.
@tulip,
maaf, tp makanan melayu kah yg salah.
oh, saya sangat-sangat setuju. susah juga apabila kita berusaha menjaga diri tetapi diperkecilkan pihak lain. ada juga program seperti kempen kesedaran diabetes yang dalam forumnya berbincang tentang diabetic diet dan sebagainya tapi apabila selesai majlis pihak penganjur menyediakan kuih manis, dan minuman manis pada pengunjung. lalu bagaimana itu? saya juga sebelum ini mengamalkan amalan pemakanan yang tidak begitu sihat, namun apabila saya cuba berubah, ramai yang memperkotak-katikkan. sabar je la. yang merana nanti diri sendiri juga. bukan mata yang memandang, tapi bahu yang memikul.
dari belfast dah cakap dah….
terima kasih atas menu… dah cuba buat sarapan pagi cecah dengan roti…hmmm sedap, sedap sedap… cuma tak letak daun pudina je, takut rasa colgate pulak nanti.. sarapan pagi hujung minggu yang ceria sebab ada menu baru…. sebut betul-betul — menemen!!!
tambah lagi title baru utk ustaz,
Ustaz Chef Hasrizal!!