Pecah Kaca Pecah Gelas, Rosak Bahasa Nak Baca Pun Malas

“Ust, sy cdgkan spy ut tulis artikel ttg Badi’zman Said Annursi!” email seorang pembaca kepada saya.
“Sy harap ust dpt update blog ust dgn lbh krp lagi sbb hari2 sy buka n baca. Just 4 ur info!” tulis seorang pembaca di shoutbox blog saya.
Email dan komen di blog dengan bahasa (ejaan) sedemikian rupa semakin menjadi-jadi.
Malah ejaan cacat seperti itu juga diguna pakai di dalam video montaj program, pada kain rentang iklan, malah di televisyen juga! Saya terkasima melihat sebuah syarikat televisyen swasta menulis perkataan KEBANYAKAN sebagai KBNYKN di dalam ringkasan berita teksnya!
Sukar untuk saya nafikan, bahawa hati saya selalu mahu terus tertutup rapat apabila menerima email atau apa-apa pesanan seperti ini. Secara spontan saya akan skeptik untuk melayan apa sahaja permintaan yang datang dalam bahasa yang ditulis sedemikian rupa. Ia seperti mencerminkan yang penulis menulis sesedap rasa dan bukan menulis dengan minda sedar yang sedar (taqwa?)
Main hentam sahaja!
OBSES?
“Abang obses sangat sebenarnya” kata isteri saya.
“Tetapi ia terlalu asas. Masakan boleh dianggap obses kalau yang dituntut adalah perkara asas?” saya cuba menjustifikasikan kehendak diri.
“Rasanya sudah cukup cantik begitu,” komen isteri saya.
“Tak boleh. Table mesti justified!” saya membantah.
Menulis dan mengeja dengan betul dan cermat adalah sesuatu yang amat saya tekankan. Bahasa saya bukanlah bahasa tinggi, tetapi saya tidak suka berbahasa rendah, pada ejaan, ungkapan dan tulisan.
Huruf besar dan huruf kecil, ‘di’ yang didekat atau dijauhkan, adalah ‘tajwid’ asas Bahasa Melayu yang telah saya pelajari semenjak di sekolah rendah. Biar pun ada khilaf antara mazhab Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim dengan yang lain, saya yakin khilaf itu tidak ada yang pergi kepada mengharuskan tunggang langgang tatabahasa dan ejaan, biar apa alasan pelakunya sekali pun.
TAJWID UNTUK SEDAR
Bagi saya, apabila seseorang itu menulis dengan cermat terhadap ejaan dan tatabahasa, dia menulis dalam keadaan ’sedar’ terhadap apa yang ditulisnya. Lebih bertanggungjawab lagi beradab. Dia sedar dia sedang berbahasa dengan menggunakan apa, dengan siapa, di dalam situasi yang bagaimana, pendek kata dia bukan menulis secara membabi buta.
Terkini, saya jadi rimas dengan tulisan-tulisan ala trengkas ini. Saya jadi sy, kenapa jadi knp, malah baik boleh dieja sebagai ba8! Jika sesekali tentu sahaja saya tidak kisah. Tetapi jika di seluruh tulisan diringkaskan, saya menjadi rimas.
Jika di SMS, ada rasionalnya. Jumlah karakter yang dihadkan untuk satu SMS, menjadikan setiap huruf itu bernilai.. Tetapi jika ia turut sama mempengaruhi tulisan biasa, saya tidak menyukainya.
Teknologi memang bagus. Kerana ICT, banyak perkara yang dahulunya sukar kini jadi mudah. Khidmat telegram pun sudah pupus kerana adanya SMS.
Tetapi banyak juga benda yang dahulunya indah, kini jadi pudar dan hambar.
PANDUAN SMS
Akhirnya Dewan Bahasa dan Pustaka selaku pemegang amanah ke atas penjagaan bahasa kita, telah menerbitkan sebuah manual panduan menggunakan ringkasan perkataan di dalam SMS. Ia suatu usaha yang harus dipuji dan saya mengalu-alukannya.
Tetapi setelah selesai membaca panduan tersebut, saya kira ia mungkin tidak akan dipandang sebelah mata pun oleh majoriti pengguna telefon bimbit dan khidmat sms di negara kita. Entahlah, mudah-mudahan saya tidak pesimis, tetapi saya merasakan bahasa hanya dapat dibetulkan penggunaannya selepas dibetulkan jiwa manusia yang menuturkannya.
Jika tiada rasa kasih kepada bahasa, bagaimana mungkin ada kemahuan untuk menjaga dan menghormatinya.
Siapakah yang sudi mengasihi bahasa kita, jika bahasa kita sendiri sentiasa menjadi anak tiri di sekolah hingga ke universiti? Apatah lagi perkataan bahasa kita yang popular di Parlimen hanyalah *&^*^%$%%#^!!!
Pemimpin borek, rakyat rintik!
TIDAK PANDAI BERBAHASA
Pernah saya terfikir, kenapa generasi muda hari ini tidak pandai berbahasa? Cakapnya kasar, tidak pandai mengambil hati, tulisnya keras ayatnya pedas. Hingga generasi separuh tua seperti saya ini, ramai yang bosan melayan mereka.
Mungkin ia adalah kesan sampingan teknologi. Jika dahulu, kita banyak berinteraksi dengan manusia, tetapi kini banyak yang bersifat virtual, dengan mesin tanpa jiwa dan rasa. Bercakap dengan skrin!
Maka bahasa yang ditulis semakin pudar daripada seni dan warna. Membaca tulisan pun sudah seperti ungkapan matematik tanpa perasaan.
“Ahh, buang masa sahaja. Janji mesej sampai” alasan yang diberi.
Sedangkan manusia masih memiliki naluri yang sama. Suka pada keindahan bahasa, cenderung kepada pengaruh kata-kata.
Mungkin kerana itu, semakin ramai anak muda yang sesat dalam kehidupan hanya kerana terlalu mudah jatuh ke permainan kata-kata. Cukup sekadar disuntik sedikit rasa, terus rabun dari menilai yang mana intan yang mana kaca.
“cinta itu kurap, makin digaru makin sedap!”
Ayat sebusuk ini pun sudah bisa memutikkan cinta!
Anda yang memperlekehkan bahasa, akhirnya anda sendiri yang menjadi mangsa permainan kata-kata. Anda menulis bahasa kaca, akhirnya anda sendiri yang terluka.
Saya dari generasi yang berbeza, maka maafkan saya jika semua email yang ditulis dengan ejaan yang caca merba, saya bakul sampahkan sebelum habis membaca.
BAHASA BLOG
Saya sering singgah bertamu di halaman blog ramai anak muda yang hebat-hebat ilmu mereka.
Ada kalanya, saya suka mengambil manfaat daripada blog mereka kerana pelajar-pelajar di menara gading ini banyak mengenengahkan topik-topik yang hanya diperolehi oleh mereka yang duduk di dalam dunia kampus. Ia berguna untuk diri saya, juga dakwah yang saya laksanakan.
Isinya hebat, malah rujukan-rujukannya juga mantap.
Tapi sayang seribu sekali sayang, ia ditulis dengan bahasa sampah! Bukan sahaja ejaannya tidak tentu hala, malah pemilihan perkataannya juga buruk lagi merugikan.
“Benda nie kalo korang nak tahu, ulamak kiter dah bahas panjang giler kat dlm bk jar wa ta’dil. Korang tak kesian ke tgk ulamak susah2 buat kajian, pehtu korang main ckp ikut suka jer bab2 muawiyah dgn ali ni. Cb korang baca btl2 dlm bk al-awasim minal qawasim yg ibn al-arabi tulih 2. kire sume benda ader dah disebut kat c2…”
Ini adalah contoh petikan yang tidak dipetik dari mana-mana blog, tetapi saya tuliskan sendiri dalam format bahasa yang sering saya temui di blog anak-anak muda yang berilmu tetapi tidak berbahasa itu. Ungkapan bahasa yang rendah seperti ini tidak melayakkan tulisan tersebut menjadi buku, biar pun potensi isi kandungannya sangat baik. Ia suatu pembaziran.
Malah saya kira, mereka ini membaca tulisan para ilmuan Islam sekadar mengambil ilmu, tetapi tidak terkesan dengan bahasanya.
Sungguh merugikan.
Sahabat saya, Dr. Gabriele Marranci juga, semasa menyemak tesis PhD pelajarnya, pernah memberitahu saya:
“You know brother, I have sometimes to read essays in broken language, but often it ends in broken marks!”
REAKSI
Berikut adalah reaksi Puan Ainon Mohd. Sifu PTS apabila ada penulis yang menulis di dalam mailing list beliau dengan bahasa caca merba:
Gaya bahasa macam gaya bahasa saudara ini tidak digunakan dalam al-Quran, mahu pun dalam sunnah Nabi Muhammad SAW. Semua ejaan dalam Quran adalah ejaan sempurna, dan Nabi Muhammad tidak bercakap menggunakan bahasa macam bahasa budak belum matang dan rendah taraf pendidikannya.
Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor










































about 2 years ago
Saya setuju 200% dengan ustaz dalam hal ini. Dialog ustaz dengan isteri itu, lebih kurang dengan dialog saya dengan isteri.
Seperti ustaz, saya boleh maafkan penggunaan singkatan di SMS, tapi dalam email, forum dan lain-lain? Menyampah!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Amat bersetuju. Bahasa jiwa bangsa. Bersama menjaga kesucian bahasa dan kemurnian susila. Wallahu a’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ya ustaz………..
“bahasa mencerminkan nilai jiwa”….indah bahasa menyejukkan mata membaca setiap bait yang ditulis…..walhal dalam sms sekalipun, ada jugak shortform yang langsung kita tak faham,terpaksa 2 3 kali ulang baca…baru dapat the main point…..mungkin our mindset dah diinfeksi dengan virus shortcut verbal technology yang memang makin kronik sekarang ni…..mungkin tak lama lagi dah melarat jadi akut… bahasa yang sopan,sedap dibaca, mudah diterima….
Respond to this comment [with empathy]
Abu Umar reply on October 30th, 2008 12:13 pm:
azzahra,
Tidak semestinya singkatan perkataan sahaja yang merosakkan bahasa, bahasa rojak pun memberi sumbangan kemusnahan yang tidak kecil juga peratusnya.
Respond to this comment [with empathy]
hazmer reply on January 14th, 2010 7:10 pm:
@Abu Umar, sekurangnya paham….tapi kalau bahasa singkatan ni…..pikir 2ke3 kali baru boleh paham…
Respond to this comment [with empathy]
hillmee rifin reply on January 25th, 2010 10:22 pm:
assalamualaikum saudara,.’pikir 2ke3 kali baru boleh paham’…bukan bahasa singkatan ke??
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Memang zaman kini begitulah ustaz. Penggunaan bahasa kini telah bercampur aduk dan bahasa yang digunakan juga dipengaruhi oleh ideologi baru.. Inilah yang berlaku bila zaman yang inginkan segera hinggakan maknanya menjadi haru biru.. Saya sendiri pun walaupun sms cuba sedaya upaya untuk mengelakkan ayat ringkas kerana kita tak tahu samada mesej itu dapat sampai ke penerima…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
berburu ke padang datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum ustaz, bila baca posting ustaz kali saya teringat waktu2 yg terpaksa balas sms semata2 nak suruh pengirim tu tulis balik in full sebab saya langsung tak faham apa yg dia tulis dalam mesej tu in the first place. :p Chatting pun kadang2 macam tu jugak. Tak susah pun sebenarnya tulis dengan cermat tanpa dipendekkan, lebih senang dan lagi cepat sampai maksudnya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
setuju!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum…..
Marah benar nampaknya Pok Sheikh ? ‘ala kulli hal…. Selamat Menjawab e-mail dan surat-surat yang dikirimkan. Ma Qolla Wa Dalla…!!!!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum ustaz..
Terlebih dahulu, bagaimana dengan keadaan mata ustaz itu? Sudah semakin sembuh? Semoga semakin bertambah baik.
Saya benar-benar setuju dengan pendapat ustaz itu. Saya pernah juga terima email atau mesej-mesej dari insan-insan yang amat suka menggunakan ejaan yang ringkas! Kadangkala saya akui saya sendiri tidak faham atau dengan kata lain amat sukar untuk menerima maksud yang hendak disampaikan oleh mereka.. Tertekan juga apabila membacanya.. Tetapi apabila membaca dengan cara satu persatu, barulah menerima maksud penghantar tersebut. Macam kanak-kanak sekolah tadika lah pulak..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Pedas dan panas tulisan anta kali ni. Rasanya macam lembing menjunam atas kepala, apa pun syabas teruskan menulis.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Alhamdulillah ustaz, rasanya inilah kali pertama saya tengok komen di blog ustaz ini menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam..
Mr. Perfectionist, please stand up? hehe sikit – sikit macam OCD pun ada
[Walaupun hanya table sahaja yang bermasalah tetapi saya mesti membetulkan sama alignment perenggan agar justified.] Jangan marah
Anak saya si Ahmad, cakap still pelat, tapi kalau bab menyusun toys dia, lurus selurus pembaris. Kalau tersentuh sikit, siap betulkan balik hehe. Hmm.. ni sipi – sipi obsessive – compulsive jugak ni. Jangan jadi sampai macam cerita The Monk udah
Respond to this comment [with empathy]
ummusaif reply on January 14th, 2010 7:31 pm:
@shiha,
rindunya pada dia…
Respond to this comment [with empathy]
Kak Ija reply on January 15th, 2010 7:15 am:
@ummusaif, Ini kes pulun belajar kot.
Respond to this comment [with empathy]
shiha reply on January 15th, 2010 11:47 pm:
@ummusaif,
sob sob.. you are not the only one… sayapun rindu kat Kak Muna dan Kak Ija juga..
Kak Muna, boleh misscall saya? I’ve lost your number. Ada kisah menarik nak cerita hehe
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana nak sama Ustaz Saiful seorang
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalammualaikum ustaz. terima kasih kerana membangkitkan isu ini. Saya sangat berterima kasih. Diharapkan artikel ini boleh menyedarkan dan menyuntik perasaan mereka yang sering ‘memperkosa’ bahasa kita. Syukran.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam’alayk Ustaz, saya dulu pun seperti ustaz jugak, bab-bab tatabahasa terutamanya BM rasa nak macam yang dalam kamus jer..tapi lama-lama dek teknologi yang menekan, akhirnya hilang keprihatinan tu, tulis dalam komputer pun nak shortform jugak..huhu…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ustaz,
“bakulkan sampahkan” atau “..bakul sampahkan”
Wallahua’lam
ABU SAIF SAYS:
“Sudah dibetulkan. Terima kasih”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam 3aleyk~
Hmm~Memang pedas pon post ustaz kali nih. Saya nih maybe termasuk dalam kelompok yg berlainan;p. Pernah je ada org yang suruh saya reply balik sms sebab x paham short form yang diguna. Entahla. Mungkin krn dh persekitaran sebegitu. Nowadays, mana ada teenagers yang still use BM yang asli. Ada tu, mungkin ada but one in a millions, i might say.
But still, i do love literature ;p. Perhaps, masa time sekolah dulu, cikgu2 yang mengajar BM x tekankan sgt kot and also zaman sekarang nih dah berbeda dengan yang dulu~
(pertama kali saya type in a proper way as mcm buat karangan masa sekolah since hbs SPM ;p)
Respond to this comment [with empathy]
Husaini Ibrahim reply on January 14th, 2010 5:08 pm:
@meds, ini dikatakan proper ways?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
BULAN JULAI BULAN MEMBACA. rasanya ustaz pernah ada entry yang berkisar tentang bahasa singkatan ni dulu. dah tak ingat tajuk apa
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamu’alaikum..
Setuju dengan Ustaz, bahasa jiwa bangsa. Boleh ringkaskan bahasa tetapi jangan terlalu ringkas.
Bahasa itu indah! Siapa lagie yang diharapkan untuk mengindahkan bahasa melainkan bangsa itu sendiri..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum semua,
Saya sangat bersetuju dengan entry Ustaz pada kali ini. Sebenarnya penggunaan bahasa sama ada melalui penulisan atau berkomunikasi ianya menunjukkan keperibadian seseorang. Kita boleh menilai seseorang secara kasar melalui gaya bahasa yang di gunakan. Betul tak Ustaz?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
menarik sungguh artikel ustaz kali ni. saya sendiri pun selalu mencuba untuk menggunakan bahasa melayu yang betul (terutamanya dalam penulisan), dan cuba elak dari menggunakan bahasa ringkasan, contohnya dalam chatting, seperti sudah menjadi tabiat saya untuk mengeja semua perkataan dengan penuh, bukannya diringkaskan. cuma kalau dalam sms, terpaksa juga guna beberapa ringkasan untuk menjimatkan ruang. saya sendiri kadang-kadang mengalami masalah untuk memahami beberapa ringkasan yang digunakan, kena baca dua tiga kali, baru dapat faham. terima kasih ustaz kerana sentiasa berkongsi artikel-artikel menarik di sini. ^_^
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
man man brader
tangkap rilek le…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya rasa antara puncanya ialah orang Melayu tak ramai yang reti taip keyboard guna sepuluh jari. Saya lihat di US, orang yang tak celik IT sekalipun boleh menaip dengan betul.
Cadangan saya, kunjung kedai CD komputer beli CD menaip Mavis Beacon. Seingat saya dulu, latihan selama seminggu sudah cukup untuk mencapai kepantasan menaip lebih 40 perkataan seminit.
Respond to this comment [with empathy]
Amin007 reply on October 23rd, 2008 11:43 pm:
saya adalah salah seorang yang suka taip pakai 2 jari.
tapi macam mana pun saya cuba guna ayat penuh
dalam apa juga penulisan saya di forum, blog dan sebagainya
cuma ada masalah sikit penggunaan istilah inggeris dalam komputer.
ada kalanya saya campur aje melayu dan inggeris
dengan harapan ada orang cepat faham apa yang nak saya sampaikan.
dalam masa yang sama saya cuma guna melayu dalam istilah komputer.
atau pun saya terjemah aje terus , contoh
shutdown – tembak jatuh
macam tak kena pulak
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Bahasa jiwa bangsa
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
off topic;
crimsomskye, kenapa awak tukar link blog awak yg lama tuh! Penat saya mencari semenjak awak tukar link address. Janganlah sembunyi diri!
Ustaz,
Tahniah atas entry kali ni. Tiga tahun yg lalu, saya pernah ditegur dengan cara penulisan shortform saya juga. Hasilnya, saya pon dah jadi macam Ustaz, kadang-kadang menyampah pada shortform yg keterlaluan, kadang2 saya pendekkan juga, tapi tidaklah keterlaluan. Dan satu lagi, kadang2 saya menyampah juga dengan penulisan saya sendiri yg kdg2(buat lagi!) bercampur BM dan English.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
aduh, terasa sungguh diri ini yang kerap menggunakan kependekan-kependekan yang tidak perlu.
Apa pun, budaya memendekkan bahasa ini haruslah kita sama-sama elakkan kerana satu masa kelak akan menjadi budaya generasi akan datang. Lihat saja di Singapura, sehinggakan pelajar-pelajar sekolah rendah menulis karangan dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan-perkataan singkatan….
Mahukah kita bahasa kita sedia ada ini menjadi sedemikian rupa?
Maaflah ustaz, membebel plak di sini… =)
@Karkun the Legend
Ustaz Hasrizal, anaknya nama Saiful Islam…. Bukan Ustaz Saiful…. =P
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
InsyaAllah kita ambil apa yang baik sebagai teladan..saya sendiri dalam usaha memartabatkan kembali bahasa sendiri..hanyut juga dalam arus pemendekan bahasa ni.
Rumah limas anjung puaka,
Bunga kemuning tumbuh di muara,
Tercemar jiwa maruah terluka
Andai bahasa kita dipersia
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Tapi saya terfikir fenomena bahasa ni secara global. Mengapa masyarakat di Indonesia, Thailand (pengamatan sendiri) begitu memartabatkan bahasa mereka? Ambil contoh buku. Kalau di Malaysia, buku pengetahuan khususnya, yang ditulis dalam bahasa Malaysia boleh dikira. Berbeza di Indonesia. Usah berbicaralah tentang Jepun. Saya terfikir, mungkinkah fenomena ni disebabkan cara merdeka? Sebab kita merdeka agak ‘mudah’, maka kita tidak begitu menghargai bahasa, budaya, agama sendiri?Dibandingkan dengan cara Indonesia merdeka daripada Belanda, mereka merdeka dengan jiwa dan harta. Tapi ini hanya analisa umum saya.
-care to comment-
Respond to this comment [with empathy]
syauqah-wardah reply on January 25th, 2010 10:35 pm:
@athirah mustafa, Bercakap soal kemerdekaan, teringat saya pada kelas Malaysian Political Ideas & Experience. Belajar tentang bagaimana kemerdekaan Tanah Melayu & Indonesia dicapai. Adakah hal bahasa sebegini tidak akan berlaku sekiranya kita menerima konsep ‘Melayu Raya’ (bergabung Tanah Melayu dan Indonesia)? Jawapannya mungkin ya. Tapi apa yang lebih merisaukan saya adalah pluralisme agama di sana membuatkan saya lebih bersyukur tidak bergabung dengan mereka. Walau bagaimanapun, tetap ada pro & kontra dalam isu ini. Agaknya, ada benarnya pendapat mengatakan Jepun sebenarnya ke Tanah Melayu untuk membebaskannya daripada tangan British, bukan untuk menjajahnya. Fikir-fikirkan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
yer la,sy snggh stju ngn apa yg ustat ckpkn ni,bhsa bdk2 zmn skrg ni tau nk rngkas jer,smpi kte pn ssh nk phm kn? apa pn,gd lck to ustt,may Allah bless u!
Respond to this comment [with empathy]
syauqah-wardah reply on January 25th, 2010 10:37 pm:
@harimau comel, saya tidak faham bahasa awak. Maaf.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Islam itu terang dan jelas..ianya jadi kabur bila tiada ilmu..bila tiada ilmu maka tiada la hakikat..
Ibadah tiada kesan,kata-kata tiada kefahaman..
Wallahualam..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamu’alaikum Ustadz,
Salam kenal, ustadz. Ini kali pertama saya memberi comment, walaupun sudah sering mengunjungi blog ustadz. Saya berasal dari Indonesia dan sudah tinggal di Malaysia selama 5 tahun.
Saya setuju dengan pendapat ustadz mengenai penulisan dalam bahasa Melayu. Menurut pengamatan saya, orang Malaysia tidak menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan benar. Saya dapati mereka lebih bangga berbahasa Inggris. Sehingga apabila berbicara dalam bahasa Melayu pun, masih juga harus dicampur dengan bahasa Inggris (bahasa rojak). Sayangnya bahasa rojak ini juga turut digunakan oleh pegawai-pegawai kerajaan, universiti, bank, dan tempat-tempat formal lainnya.
Semasa saya menjadi pensyarah di sebuah universiti swasta di Bandar Baru Bangi, ada seorang pelajar yang menulis sebuah email kepada ketua jurusan di tempat saya mengajar. Apa yang membuat saya prihatin adalah pelajar tersebut menggunakan bahasa Melayu versi sms yang banyak singkatan. Semestinya ini adalah sebuah email formal karena ditujukan kepada ketua jurusan.
Saya suka mendengar cara P. Ramlee berbicara dalam filem-filem nya. Hampir sama dengan bahasa Indonesia. Bahasa Indonesia sendiri berasal dari bahasa Melayu Riau.
Wassalam
Respond to this comment [with empathy]
hudhud reply on January 14th, 2010 11:43 am:
@ema,
saya teramat setuju dgn tuan. indonesians sgt berbangga dgn bahasa mereka dan menuturkannya dgn indah sekali. perkara ini dapat dilihat di sana bilamana dari si penjual buah hingga kpd peringkat tertinggi, menggunakan bahasa yg sama. rakyat indonesia juga rata2 tidak kasar dan bertutur dgn lemah lembut.
Respond to this comment [with empathy]
zairin reply on January 14th, 2010 11:06 pm:
@hudhud, bahasa kamu sungguh indah ya? sudah seperti orang malaysia. sangat fasih dan rasanya mungkin lebih baik dari orang malaysia sendiri.
Respond to this comment [with empathy]
zairin reply on January 14th, 2010 11:07 pm:
@zairin, maaf, sebenarnya komen di atas untuk ema. silap klik.
Respond to this comment [with empathy]
hudhud reply on January 14th, 2010 11:10 pm:
@zairin,
ini kerana saya sememangnya org malaysia hehe. tapi pandangan saya ini berdasarkan pemerhatian sewaktu berpeluang ke bandung, jakarta, bogor etc serta peluang bergaul dgn rakan2 sekelas buat masa ini. rakyat indonesia (jgn diadili dari pembantu rumah) mmg rata2 tidak berckp kuat/kasar apatah lagi menggunakan bahasa pasar.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Setuju dengan pendapat ustaz.Saya sendiri pun merasai apa yang dirasai oleh ustaz.Melihat tulisan seumpama itu membuatkan kepala saya menjadi sakit.Sakit yang tidak ada ubatnya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
OK-OK apa kata sama-sama ambil point yang paling penting. Cakap biar terang. Mendengar dan membaca biar dada lapang. Bukannya Ust Hasrizal nak sempurna setiap perkataan. Tapi sebagai meminta perhatian antum.
Macam Mufti Harussani kata ada 100,000 murtad. Jumlahnya mungkin tidak betul, tapi kalau kata ada 50 org sudah murtad kita tak endah. Padahal 1 orang murtad pun dah cukup buruk.
Karl Marx( atau mungkin lain-lain pemimpin komunis rusia) “seorang mati adalah menyedihkan, 100 orang mati adalah tragedi, 100,000 orang mati adalah statistik”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Itu kisah pada zaman ini. Saat dan ketika ini. Zaman SMS. Kini ada doktor yang canggih tidak perlu secara bersemuka dengan pesakit, sekadar “mewakilkan” robot untuk melihat keadaan pesakit. Hal ini akan terus berkembang dan akhirnya sampai ke negara kita. Bagaimana pula nanti bahasa anak muda ketika itu?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
betul tu ustaz…hal begini diambil remeh oleh semua orang sehingga digunakan di waktu yang tidak sepatutnya dan menyebabkan ia meninggalkan kesan dalam hidup seseorang..semasa peperiksaan guna singkatan akan mampu buat keputusan A jadi B…
betul tak???
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Kalau kita guna bahasa singkatan dalam subjek bahasa melayu SPM keputusan A akan bertukar menjadi E , dan jika lebih ‘bernasib baik’ kita takkan dapat sijil SPM. Jadi kepada calon SPM tu cubalah menulis dengan sebaiknya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Pd pndngn sy, sy melihat secara positif pggunaan ringkasan perkataan dlm bahasa melayu sbg satu perkembangan bahasa.
Cuma perkembangan terbaru ini memerlukan pengawalan, penstrukturan & garis panduan.
Cuba bandingkan ringkasan ejaan perkataan ini dgn tulisan jawi suatu ketika dahulu.
Respond to this comment [with empathy]
syauqah-wardah reply on January 25th, 2010 10:43 pm:
@ahmh, maafkan saya. Saya tidak bersetuju dengan pendapat Tuan yang mengatakan isu ini adalah perkembangan bahasa. Saya berpandangan, apa jua bahasa yang asal atau asli itu ada keindahannya yang tersendiri. Ibarat sekuntum bunga mawar yang sangat ini ketika semua kelopaknya bergabung dan mekar bersama. Jika ada kelopak-kelopak yang dibuang atau dicabut, pastinya mawar itu tidak lagi seindah sifat asalnya. Begitu juga bahasa.
Respond to this comment [with empathy]
syauqah-wardah reply on January 25th, 2010 10:44 pm:
@syauqah-wardah, *ralat: “Ibarat sekuntum bunga mawar yang sangat indah…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam
betul tu ustaz..kalau setakat dalam sms memang pakai short-form je.
tapi bila nak bincangkan hal-hal serious, kalau cara penulisan tu sendiri tak serious,mungkin agak susah orang nak terima apa yang nak disampaikan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam,
tumpang setuju. ana pun generasi muda juga, tapi turut rimas membaca short form!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
Terima kasih dan tahniah kerana menulis tentang isu ini. Moga kita akan sedar betapa sudah banyak keroskan yang kita timpakan kepada bahasa ibund kita. Sudahlah agama pun tidak kita jaga, bahasa pun kita sendiri yang pinggirkan dan musnahkan.
Jangan terkejut, yang menulis guna bahasa sekera-sekerat dan campur-campur ini bukannya tidak berpelajaran. Sekurang-kurangnya ada SPM. Yang punya ijazah dan PHd pun ada yang gunakan bahasa yang rendah budi!
Marilah kita murnikan kembali bahasa, seperti mana kita mahu Islam itu kembali berdaulat. Kita berlaku zalim kepada bahasa, kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Kalau kita tak berubah sekarang, kita akan dikenang sejarah sama seperti mereka yang menghapuskan tulisan Jawi – dikutuk oleh generasi akan datang.
Respond to this comment [with empathy]
SangPelangi reply on October 21st, 2008 6:19 pm:
Bahasa Jawi, pendedahannya amat sedikit. Tiada lagi diterbitkan buk daftar kata baru untuk cara menulis jawi untuk istilah-istilah terkini. Akhbar pun disiarkan sekali seminggu. Itu pun sisipan kecil (entah diselak atau tidak oleh para Melayu.)
p/s: Wah, bro Jiwa Rasa sudah turun padang. Salam lebaran bertaut dari SangPelangi. Hehe.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Sependapat dengan Ustaz
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salaam.
erm, ejaan BM standard tak menggambarkan loghat bhs. terus, penulis tak bertanggungjawab menggambarkan sifat peribadi.
ustaz!! saya obses dengan matematik. saya kecil hatilah ustaz kata ungkapan matematik tak ada perasaan. ungkapan matematik lebih tulus, kerana ada nilai ukuran tepat dan lebih ikhlas (objektif). bahasa indah2 ni, kebanyakan perkataan (adjektif) yang digunakan lebih subjektif dan bergantung kepada ‘opinion observer’. kebanyakan adjektif tak menggambarkan ukuran yang tepat. saya bersetuju ‘bertolak ansur’ lebih baik dalam berkomunikasi. tak apa lah, saya maaf kan ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ya saya ada terfikir nak buat proposal research pasal kesan bahasa sms dalam penulisan pelajar
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum semua,
menarik entry kali ini, kerana saya juga seorang yang “cerewet” dan “sensetif” apabila membaca penulisan yang tidak tersusun struktur ayatnya. Terutamanya huruf besar selepas tanda nokhtah dan ‘di’ yang digunakan samada ianya untuk kata kerja atau menunjukkan tempat. Saya perasan tabiat ini sudah sebati dengan diri saya kerana cikgu Bahasa Melayu semasa di sekolah rendah sangat tegas semasa mengajar kami dahulu. Saya ingat lagi,setiap kali penulisan mesti dibulatkan merah yang sangat menyakitkan mata di tempat kesalahan dilakukan. Jadi saya akan berusaha untuk mengurangkan warna merah yang akan cikgu buat dalam buku penulisan saya. Pelik bukan,bagaimana seseoang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang walaupun masa silam sudah lama berlalu. Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar yang diberikan.semoga bermanfaat. wallahu’alam.wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
SAYA SANGAT BERSETUJU..SAYA SENSITIF BILA IMBUHAN DIJARAKKAN ATAU TAK..WALLAHUA’LAM..
MARI BERSAMA MEMARTABAT BAHASA..
BAHASA JIWA BANGSA
Respond to this comment [with empathy]
SangPelangi reply on October 21st, 2008 6:15 pm:
Penulisan dengan huruf besar semuanya, memberi maksud penulis sedang menjerit.
Adab menggunakan tanda baca juga membawa perasaan ketika menulis.
Diharap tanda baca tidak dientengkan lagi dikalangan kita.
~tinta juga pedang~
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
betul cakap ustaz
maafkan sebab pernah juga guna perkataan sedemikian rupa..huhu
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Betul betul dan sokong dengan pendapat ustaz tapi masalahnya ialah :- … ‘ tajwid Bahasa Malaysia’ vs ‘ Tajwid Bahasa Melayu’ ?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
A BIG YAY.
Saya sarankan ustaz hantar article ni ke astro@15, NTV7, TV3, TV8 and TV9. Dia oranglah sebenarnya pengiklan utama yang memartabatkan bahasa singkat ni melalui kiriman2 sms yang dihantar anak-anak muda utk buat ucapan di kaca TV. Latar belakang sms2 ni selalunya muzik video. Sungguh menyakitkan mata lah. Sekarang RTM pun dah tiru juga sebab penyiaran sms yang tak membawa apa2 faedah tu is an income generating airtime. Masa berita pun kadang2 kat bawah tu ada message ucapan yang entah apa2. Bukan saja menyakitkan mata, tetapi membazir !
Cuma bila ustaz hantar kat Astro, Media Prima dan RTM, ustaz buat artikel ni dalam versi bahasa singkat. Kalau its painful, ustaz upah sesiapa yang memang suka pakai bahasa singkat ni untuk translate article ustaz ni ke bahasa singkat. Hopefully, then they got the message.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaykum wbt.
Kalau saya menulis sms kepada ibu bapa, saya memang sedaya upaya menggunakan perkataan penuh tanpa ringkasan. Tapi jika kepada rakan-rakan, penggunaan ringkasan adalah kerana kebiasaan.
Saya juga gemarkan bahasa yang indah. Kependekan ini juga bagi saya merosakkan bahasa. Teknologi memang ada baik dan buruknya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum..
saya rasa ok je guna singkatan ni…tapi kena tengok org la kot..sesetengah org x kesah pun..hal kecik je..tp kalo ustaz kesah, kenala kitorg hormati ustaz..
p/s- lebih suka if ustaz lebih terbuka..
Respond to this comment [with empathy]
ummulubna reply on January 14th, 2010 11:42 am:
Hanya yg memahami sahaja yang faham..kan!
Perkara yang biasa akan menjadi tabiat… penulisan atau percakapan.
Cintailah bahasa kita!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
sokong nicx…
pandai2 ler. asal msg difahami org udah. jgn terlampau short form sgt smp ssh nk translate.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
utk sms boleh dimaafkan. utk yg lain cubalah dielakkan..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
em.Apabila merasai diri yang bakal menerima, pasti sahaja tulisan yang akan dibuat lebih hati-hati. Seberapa kita mahu selesa, sebegitu “mereka” perlu diselesakan..
~ ikut jenis orang
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum ya Ustaz,
ana akur dengan pendirian dan pandangan ustaz, mula hari ini ana akan cuba untuk ubah ‘fael’ buruk ana dalam menaip….
doakan… syukran,
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Isu ni orang dah stop bagi komen tapi saya baru baca hari ni dan saya ada sedikit perkongsian untuk semua..
Saya pernah menulis kepada DBP mengenai isu perkataan “mendokumentasikan” dan “mengimplimentasikan”. Pada hemat saya, kedua-duanya tidak boleh diterima pakai dalam bahasa kita dan ia dipersetujui oleh mereka (DBP). Maaf ustaz, ustaz ada pernah menggunakan perkataan “mendokumentasikan” dalam tulisan ustaz “Habit 4: Think Win-Win Untuk Survival Dakwah” dalam sub-topik “Think Win-Win”. Tak mengapa, belajar kan tak pernah berhenti..
Saya sertakan komen yang saya utarakan dan juga maklum balas dari DBP.
Pendapat saya:
Dokumentasi datang dari perkataan English, documentation, yang bermaksud proses memperelok dan menyediakan satu² dokumen. Sekarang kita sering disogokkan dengan perkataan mendokumentasikan yang jelas pada mereka yang menggunakannya membawa maksud yang sama dengan perkataan English, documentation. Tetapi, sedarkah kita bahawa terdapat pertindihan imbuhan pada perkataan mendokumentasikan tersebut? Dokumentasi itu sendiri adalah proses, ditambah dengan imbuhan me-kan, terbentuk perkataan yang sebenarnya terdapat lebihan penggunaan imbuhan. Jadi, pada hemat saya yang tak seberapa ini, jika ingin sangat menggunakan perkataan dokumen tersebut, apa salahnya jika gunakan sahaja perkataan mendokumenkan? Begitu juga dengan perkataan mengimplimentasikan. Bukankah implimentasi (implimentation) bermaksud proses pelaksanaan sesuatu tugasan? Jadi terdapat juga pertindihan imbuhan pada perkataan mengimplimentasikan. Kan lebih senang dan mungkin lebih tepat kalau kita gunakan sahaja perkataan melaksanakan?
Sebahagian daripada respon DBP (Pedoman Bahasa Klik DBP 17 Mei 2006):
…Peraturan ini sepatutnya dipatuhi juga bagi proses pembentukan kata-kata pinjaman yang lain. Misalnya, dalam bahasa Melayu kini, kita bertemu dengan ‘tradisi’ (tradition) di samping ‘tradisional’ (traditional) dan ‘mendokumenkan’ (documenting) di samping ‘mendokumentasikan’ (documentation). Oleh itu jika kita memilih
tradisi sebagai kata dasar bagi kata pinjaman yang dipinjam
daripada bahasa Inggeris tradition, maka bentuk imbuhannya
mestilah mengikut sistem imbuhan bahasa Melayu. Begitu juga
dengan dokumen yang dipinjam daripada perkataan Inggeris
document. Dengan ini bermakna hanya akan wujud bentuk berimbuhan seperti berdokumen (documented), mendokumenkan (documenting) dan pendokumenan (documentation) dan bukannya
‘mendokumentasikan’…
Untuk teks yang lebih lanjut, boleh dapatkan di sini –> http://notes.ump.edu.my/fkksa/Klik%20DBP%20Mei%202006.pdf
(rujuk halaman empat, ruangan Pelik-pelik Bahasa).
Itu sahaja buat perkongsian. Di kalangan rakan-rakan, saya memang dikenali dengan “pencinta bahasa” walaupun sebenarnya saya tak berbakat pun untuk menulis. Cuma mungkin sedikit kurniaan Allah yang menyebabkan saya agak sensitif dengan isu bahasa.
Wallahu’alam..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Walaupun saya menitikberatkan tentang penggunaan bahasa,
tapi saya tidak berapa kisah jika menerima bahasa yang kurang elok..
Mungkin jiwa manusia lain2, tapi yang penting semua manusia mencintai keselesaan dan keindahan..
^_~
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum,ustaz..
Saya sokong…
Semoga bahasa melayu dapat dihayati oleh para penulis blog,khususnya…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Bagus kerana ada ramai pejuang bahasa. Tetapi cuba semak balik berapa banyak kalimah yang sememangnya asal kata Melayu. rata-ratanya kata pinjaman. Berbahasa tinggi dalam penulisan berbentuk pandangan dan laporan mesyuarat, menulis puisi dan novel adalah kerja harian saya. Tetapi saya tak pernah pula tutup mata untuk tulisan yang ‘rosak bahasa’ ini. Yang penting apa isinya. Apa-apa pun kita tak boleh buat orang berfikir seperti mana kita berfikir. dan mereka pun tak boleh buat kita berfikir cara mereka. Yang dididik ialah bersatu tuju hala pemikiran dan jika perbezaan pendapat tidak dapat dielakkan, perbezaan itu pula kena dihormati.
Jadi apa-pe pong, korang ada otak, korang pikir la sendiri. yang baik dari dari Allah, dan yang buruk tu sebabnya perangai kiter ni memang dah buruk. Cuma tak sedor diri aje gamaknya!!!.
Wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Artikel lama dihidupkan kembali. =)
Atas dasar memperbetulkan laras bahasa, menjadi antara sebab saya membuka cawangan baru. Hehe. Harapnya istiqamah dalam meneruskan penulisan dengan laras bahasa yang betul.
(sudah 3 tahun tamat SPM, dah tak tahu lagi mana yang betul, mana yang salah. huhu. kena belajar balik nampaknya. T_T)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Pembetulan.
Yang kurik itu *kundi,
Yang merah itu saga.
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Sudah diulaskan di sini:
http://www.sangpelangi.com/hutang-budi-atau-kenang-budi.html
Kak Nisah juga menulis:
http://annyss.blogspot.com/2006/04/kurik-kundi-merah-saga.html
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Wah, sudah 64 komen! Memang hangat juga topik ini!
Bila saya fikirkan kembali, bagus juga bahasa Jepun dan Cina, kerana dengan penggunaan character kanji mereka memang telah ringkas dan tidak boleh diringkaskan lagi! Maka tidak tersebar gejala ringkas perkataan di kalangan pelajar sekolah, cuma terdapat penggunaan bahasa slang, seperti ‘korang’ di dalam Bahasa Malaysia.
Respond to this comment [with empathy]
malaya reply on January 15th, 2010 8:47 am:
@Ibnu Alwi, saya menunggu blog awak ditulis dalam Bahasa Melayu piawai, bukan yang rojak. Sayang sebab isi kandungan blog yang menarik ‘dikotori’ oleh penggunaan bahasa yang caca-merba.
Respond to this comment [with empathy]
Ibnualwi reply on January 19th, 2010 3:35 pm:
@malaya, Erm, saya rasa sudah menjawab soalan ini dalam blog saya, jadi saya takkan ulang di sini.
Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi atas teguran.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Teguran ini teringat macam dalam filem Seniman Bujang Lapok, babak Sudin bercakap dengan Singh.
P Ramlee marah Sudin cakap kasar. Singh tu pun perli dan cakap “Bahasa menunjukkan bangsa.”
Lepas tu datang pekerja studio tu, tanya kenapa 3 bujang lapok tu datang dan bila singh jawab semua tu datang nak cari kerja, dan pekerja tu kutuk, singh tu jawab balik lebih kurang, “Sama orang Melayu pun tak mahu nak sokong. Macam mana mahu maju?”
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
setuju dgn ustaz..smpai tuntutan salam & jawab salam hanya seringkas ini:-
slm..wslm..askm..akum..dll byk lagi versi salam yg diterbitkan..
nak jawap pon seba salah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Err.saya setuju hanya sebahagian daripada apa yang ustaz tulis.(Apakah ini namanya menongkah arus?)
Bahasa itu indah,penting dan perlu dijaga.Dan antara cara paling berkesan untuk menjaganya adalah menggunakannya dengan cara yang betul.Itulah namanya memartabatkan bahasa.Ya,saya setuju.
Namun,penggunaan bahasa itu juga berbeza mengikut keadaan dan tempat.Menggunakan bahasa `malas` sms dalam penulisan artikel yang ilmiah akan merendahkan tahap ilmu tersebut.Bermakna kita berlaku zalim kerana tidak meletakkan sesuatu pada haknya.
Sama la juga dengan e-mail jemputan ke,ketua jabatan ke,perlu disusun dengan tertib,sesuai dengan kedudukan.
Tetapi bagaimana pula kalau `chatting?`.Nama pon `borak kosong`,apatah lagi jika `multiple chat`,memerlukan kepantasan dan keringkasan?Bahasa `malas` bertukar fungsi menjadi bahasa yang senang cepat dan ringkas dibaca,yang mana apabila ditutup kotak windows,akan hilang.Yang disimpan dan dikenang adalah isinya.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on October 22nd, 2008 12:26 am:
ia belum cukup untuk menongkah arus kerana raksasa gorgon telah menentang sesuatu yang di luar gelanggang
entry ini adalah berkenaan penggunaan bahasa retak di dalam surat menyurat, penulisan blog, email dan lain-lain SELAIN CHAT DAN SMS.
kalau masa chatting, terpulang si ikan semilang.
tapi kalau asyik chatting dan sms hingga tidak mampu berbahasa betul semasa menulis surat rasmi…. maka kasihan oh kasihan… itu sahaja
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sepatutnya kita rasa gembira dan bangga apabila menggunakan tatabahasa dan ejaan yang lengkap dan betul.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Setuju sangat-sangat, memang kadang-kadang sampai menyampah melihat ’short forms’ yang caca merba di merata forum.
Akhirnya saya tidak faham apa yang ingin disampaikan kerana dah habis tenaga untuk memahami bahasanya.
Saya sedaya upaya menulis dengan ejaan penuh mungkin kerana selepas SPM saya pergi belajar menaip , walaupun tak habis belajar tetapi banyak membantu saya untuk menaip dengan laju dan tanpa melihat teks.
So, galakkan adik-adik kita pergi belajar menaip selepas SPM, mungkin nampak remeh tapi besar juga implikasinya.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam Ustaz,
Tahniah atas blog ustaz yg amat bagus ini. Ini kali pertama saya menulis ‘comment’ di blog ustaz. Saya dah lama mengikuti blog ustaz & hampir setiap hari baca karya ustaz bila ada kesempatan masa.
Berkenaan topik yang disentuh hari ini, saya amat setuju dengan pandangan ustaz. Saya pun mempunyai pandangan yang serupa, kalau perkataan diringkaskan hanya sekadar dalam sms, saya masih boleh terima. Tapi kalau digunakan keterlaluan, risau akan merosakkan bahasa kita suatu hari nanti.
Saya rasa lega bila baca kupasan topik ini oleh ustaz hari ni, sebab saya sangka hanya saya yang ‘pelik’ masih ‘bothered’ dengan isu ini…mungkin pada pandangan orang lain, jika kita tulis ejaan penuh, kita dikira sebagai seorang yang ’skima/nerd’. So it’s good to know that many others are still concerned about the “downgrading” our our beloved language.
Pada saya, tidak kira sama ada bahasa Melayu, Inggeris walhal bahasa apa-apa sekali pun dalam dunia ni, saya lebih suka menuturkan secara betul. Bukan sahaja penggunaan bahasanya betul, malah ia lebih sedap didengar telinga.
Salam…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Alamak ustaz, maaf tersilap taip..
“….many others are still concerned about the “downgrading” OF our beloved….”
Salam..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
SALAM USTAZ. SAYA SOKONG PANDANGAN USTAZ. UNTUK PENGETAHUAN USTAZ, SAYA JUGA DI ANTARA GOLONGAN YANG ‘OBSES’ BAK KATA UMMU SAIF TERHADAP EJAAN DAN TATABAHASA.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salamwbt.
saya teramat setuju tang bahasa di blog-blog. kita yang mulanya nak blajaq daripada blog depa terus hilang mood. saya sendiri secara peribadi, cuba jaga ejaan dalam menulis artikel. tapi bab guna bahasa rojak BM BI, couldnt help it. masih sedang memperbaiki diri.
kelakar bila baca semua komen-komen artikel ni, masing-masing cuba ’sahut seruan’ dan maintain ejaan asli. hehe. kecuali # 17, #23 dan beberapa lain.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
never thought of it that way. a fresh thought..to be reflected upon. 50%-50% on it though, i guess i already expressed this yesterday.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum…
saya bukan tak setuju dengan pendapat ustaz..
tapi pada pendapat sy,. tak menjadi msalah selagi bahasa yg digunakan masih boleh difahami..sebb walaupun dalam singkatan..tapi masih lagi dapat difahami secara umum…
cuma saya rasa kurang wajar cara ustaz menegur penghntar email tersebut.
“…..bahawa hati saya akan terus tertutup rapat apabila menerima email atau apa-apa pesanan seperti ini. Secara spontan saya akan sinis dan ‘menyampah’ untuk melayan apa sahaja permintaan yang datang dalam bahasa yang ditulis sedemikian rupa………”
sebb bg sy penggunaan bahasa yg tak senonoh, lucah dsbgnya, lebih perlu diambil berat berbanding penggunaan singkatn…
lagipun zaman sekrg byk remaja mengunakan bahasa yg demikian..bg sy perkara ini adalah disebbkan peredaran zaman.
bukan apa….jangnlah sampai remaja2 zaman sekrg yg majoritinya mengunakan bahasa sedemkian menjauhkan diri dari org2 berilmu..jika sy pengirim email tersebut..sy sendiri akan berasa amat sedih dan kecik hati dgn teguran sedemikian.tujuannya hanyalah untuk memberi cdgn, tetapi yg “tersurat” pula yg di”highlight”kan..lebih2 lagi sebgai pengunjung setia blog ini.
seperkara lagi…golongan yg arif dgn penggunan bahasa semestinya akan ‘menyampah’ atau tdk senang dgn penggunaan bahasa sedemikian tetapi amat menyedihkan jika perkara ini menjadi penghalang kpd perkongsian ilmu….wallahualam
P/S -sy minta maaf jika pendapat sy ini menguris mana2 pihak..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on October 22nd, 2008 9:01 pm:
Oleh kerana saya masih berlapang dada, maka email-email itu terus saya jawab… saban hari saya menjawab entah berapa email dengan pelbagai isu juga masalah. saya masih menjawab email-email tersebut. malah saya bukan setakat menjawab email, sebaliknya berlapang dada bertemu dengan remaja-remaja yang Allah jua Maha Tahu, apa kesannya orang tua seperti saya menggauli mereka.
Namun jika hal ini dibiarkan, ia seumpama remaja-remaja berjumpa dengan ibu bapa, tok wan dan pak penakan, bertanya soalan sambil mulut penuh dengan kuih batang buruk!
Kerana sayang, selalunya serbuk yang menyembur tu dilap sahaja oleh orang-orang tua ni di muka masing-masing. Tetapi kalau selalu sangat… naik juga tangan ke muka anak cucu yang tak reti-reti
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya sebenarnya agak keliru apabila ustaz sering meletakkan tanda koma di luar ayat kurungan dialog. Contohnya,
“Abang obses sangat sebenarnya”, kata isteri saya.
Bukankah yang sebetulnya:
“Abang obses sangat sebenarnya,” kata isteri saya.
Maaf, saya yang dhaif ini sekadar bertanya..
Respond to this comment [with empathy]
kamal reply on January 17th, 2010 11:06 am:
@MS Rizal, Wah, perasan pulak saudara dengan benda mcm ni. Saya cuba semak beberapa buah novel yang ada, ternyata format yang digunakan sebagaimana yang saudara cakap. Tanda bacaan (koma, seruan, soal dsb) baru tutup pengikat kata.
Ustaz mazhab lain kot … ?
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on January 17th, 2010 4:52 pm:
@kamal,
semua entri selepas teguran MS Rizal sudah saya betulkan mengikut cara yang sepatutnya. Semua pembetulan saya adalah pahala untuknya
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum ustaz,
baru hari ini berkesempatan membaca entry ni. menarik. terasa pon ada. huhu….bukan terasa bab tulisan singkat atau bahasa (alhamdulillah ana mula menulis blog dengan mementingkan ejaan-ejaan tanpa singkatan), tetapi bab ‘gaya penulisan’. bukan apa, ana cuma nak tarik perhatian orang-orang yang “tak alim”,”tak sekolah agama”, “rockers” atau “mat-mat lepak” untuk membaca tulisan ana.
syukran akhi abu saif kerana sudi mengingatkan. ana tak nak jadi penulis yang macam ustaz reka bout ‘jar wa ta’dil’ tu. hehehe…..
“Kerana sayang, selalunya serbuk yang menyembur tu dilap sahaja oleh orang-orang tua ni di muka masing-masing. Tetapi kalau selalu sangat… naik juga tangan ke muka anak cucu yang tak reti-reti”—-nak tergelak membacanya (kalau dibayangkan), sabo jela ye ustaz? naik tangan ke muka tu kalau bahasa ‘tak sesuai’nya pelempang la ye dak? hehe…akhi abu saif mengajar kita marah tak semestinya harus dengan bahasa yang kasar. kalau tulis ‘pelempang’ kan sama je, tapi bahasa PENULIS, bahasa DAIE, haruslah berakhlak. kerana nabi contoh kita tak mungkin akan berbahasa yang kasar. barulah tertarik para mad’u, sahabat dan musuh….=)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya rasa ibubapa memainkan peranan yang besar untuk memastikan anak-anak bercakap seterusnya menulis dalam bahasa yang baik dan beradab. Betulkan di rumah, Insya Allah, menjadi pedoman untuk mereka ketika berada di luar. Contohnya, gunakan perkataan “meninggal dunia” menggantikan perkataan “mampus”, “buang air besar” bukan “b*rak”, “betul” bukan “giler”.
Saya terus menjadi pembaca setia blog al-fadhil Ustaz sebab saya dapati unsur “berbahasa dengan baik” dan “berbudi bahasa” ada di sini. Tahniah!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam.
Tidak ada bangsa besar di dunia yang maju dengan meminggirkan bahasanya sendiri.
Penggunaan bahasa rojak dalam urusan rasmi atau fungsional sifatnya MESTI dielakkan. Hal ini menunjukkan penghormatan kita terhadap bahasa kebangsaan. Manusia yang menggunakan bahasa rojak mengalami masalah pada peringkat berfikir.
Sasterawan Negara Usman Awang (Allahyarham) mengeluh di akhir usianya dengan mengatakan bahawa manusia pada zaman ini semakin kurang ajar kerana meminggirkan sastera. Barangkali mengambil subjek atau kursus sastera tidak menjamin masa depan, kononnya. Sedangkan Allahlah yang Maha Memberi.
Saya tamat pengajian dari sebuah universiti sesudah melangsaikan yuran pengajian yang tertunggak. Beberapa bulan sebelum peperiksaan akhir, pihak universiti meminta (baca:memaksa) pelajar yang berhutang menjelaskan yuran pengajian (saya dibenarkan berhutang kurang daripada RM500) jika ingin menduduki peperiksaan. Saya berdoa agar dapat melunaskan hutang tersebut. Semester terakhir diganggu dengan hutang dan saya merasakan universiti kejam terhadap saya sedangkan saya tidak mendapat apa-apa biasiswa atau pinjaman.
Alhamdulillah, saya berjaya membayar yuran tertunggak universiti. Caranya ialah menggunakan kemahiran berbahasa. Saya menulis sepucuk surat kepada seseorang dan meminta jasa baiknya membantu saya, tapi tidak semestinya dalam bentuk kewangan. Sebulan dua selepas itu, saya menerima sekeping cek bernilai lebih daripada RM3000 dan dengan cek itulah, saya membayar yuran.
Tuhan Maha Menolong, tetapi kita mesti berusaha dengan kemampuan kita. Salah satunya dengan bahasa.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamu’alaikum wrt. wbrt.
pada penghematan saya, kematangan berbahasa mencerminkan halatuju pemikiran seseorang itu. malah ia boleh didefinisikan sebagai seseorang yang agak cerewet dalam pemilihan kosa kata dan mementingkan mutu gaya berbahasa. namun kematangan sebegini memainkan peranan untuk memulihara keindahan sesuatu bahasa kendatipun sering disalahtafsirkan oleh pelbagai pihak yang kurang mengerti betapa perlunya seseorang warga dalam sesebuah negara mahupun bangsa menjiwai dan seterusnya mengaplikasikan penggunaan sesuatu bahasa untuk berkomunikasi dan menyampaikan apa jua pun dengan berkesan. bahasa mencerminkan pola pemikiran untuk berfikir secara analitikal dan kritikal.
tiap-tiap bahasa itu indah; manfaatkanlah dengan bersyukur dan cuba mengaplikasikannya.
man jadda wajadda; jazakallah.
assalamu’alaikum wrt. wbrt.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Siapa makan cili, dia yang akan merasa kepedasannya.. Saya selalu menggunakan bahasa ringkas dalam e-mail dan friendster. Alhamdulillah, saya berkesempatan membaca artikel ustaz. Insya Allah saya akan menjaga kehormatan Bahasa Melayu selepas ini. Terima kasih Ustaz
=)
Pagi tadi saya belajar bahasa komputer iaitu “Java”. Tatabahasa “Java” perlu dijaga supaya program dapat dijalankan. Serupa juga dengan Bahasa Melayu… Muhasabah diri saya sendiri…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya bersetuju 100% dengan pandangan ustaz mengenai bahasa ringkas yang selalu digunakan dalam sms dan semasa chatting. saya memang tidak gemar menggunakan cara ejaan dan bahasa tersebut kerana ada yang meringkaskan bahasa sesuka hati sehingga maksud sebenar mesej yang ingin disampaikan tidak dapat difahami.
Bahasa jiwa bangsa.
Respond to this comment [with empathy]
about 6 months ago
assalamualaikum ustaz..terima kasih atas teguran yang membina ini..biarlah ianya pedas sikit tapi inputnya dapat diterima umum..ana juga termasuk dalam golongan remaja yang menulis ’shortform’ dan memang ianya macam menjadi darah daging kami..hu3..tanpa sedar tertulis juga bahasa singkatan yang sepatutnya hanya digunakan dalam sms..apa2 pun insya Allah kami akan berusaha untuk berubah..berubah kearah yang lebih baik..
Respond to this comment [with empathy]
about 6 months ago
Assalamualaikum. Saya suka apa yang diketengahkan oleh ustaz melalui arikel ini..Kita kena biasakan menulis perkataan yang tertib dan beradab, shotform atau tulisan ringkas mungkin sesuai pada tulisan sms yang panjang-panjang, SIAPA LAGI YANG MAHU MEMBUDAYAKAN BAHASA YANG BAIK DAN TERTIB. Harap-harap ramai yang tahu bila dan dimana penggunaan dan tulisan shotform yang sesuai dimana dan masa keadaanya, bukan main pakai letakkkkk….shortform tu.hehehe..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Artikel ini sepatutnya satu Malaysia baca
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
salam
apabila ustaz menerbit semula artikel lama
pasti ada sesuatu yang menerkam jiwa
dek teguran lama diendah tidak
lantas teguran itu dikembali semula selak
agar jiwa ini tidak mati
bukankah istiqamah itu wajib diperhati
memang pedas seperti cili
alhamdulillah terima kasih dauh keladi
moga Allah swt merahmati~
bertampi-tampi~~~ =)
Respond to this comment [with empathy]
son of joseph reply on January 14th, 2010 2:08 am:
@son of joseph, astaghfirullah, typo~ daun bukan dauH~
maaf
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on January 14th, 2010 2:13 am:
@son of joseph,
Lihat di sidebar kanan, cuba baca 20 komen terakhir dan hadamkan ejaan yang digunakan. Pasti anda akan tahu betapa remuknya jiwa tua seperti saya ini. Hingga hilang minat menghabiskan bacaan setiap komen.
Kotor
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Bahasa jiwa bangsa,
Teknologi telah mematikan akal dan perasaan manusia untuk berhubung dengan naluri.
Saya teramat bersetuju dengan ustaz tentang hal ini dan sering saya tekankan di dalam mana-mana penulisan saya samada email mahupun di dalam blog bahawa bahasa melambangkan tahap profesionalisme dan adab kita.
Bukankah bahasa yang indah dan tersusun kemas itu menyejukkan mata.
Moga si anak muda tercelik matanya akan keagungan bahasa…..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Saya sungguh teruja. First time nampak semua comment ditaip dengan penuh. Huah2. Lepas kena tegur baru kita semua sedar rupanya. Alhamdulillah.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Saya amat-amat setuju Ustaz.Syabas kerana bangkitkan isu ini.Tak ramai ustaz yang nak bercakap soal Bahasa terutama Ustaz Melayu yang nak sebut tentang Bahasa Melayu.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
terima kasih ustaz. semoga semua sahabat-sahabat yang membaca akan menyedari akan perkara ini…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Assalamualaikum semua,
Alamak ustaz, terkena kat batang hidung saya. Saya memang ada masalah dengan imbuhan ‘di dan ke’. Lepas ni kena berhati-hati. Terima kasih atas teguran yang membina.
Wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Abu Umar,
Dalam tulisan ustaz juga ada bahasa rojak.
Lihat baris ke-17,
“Tak boleh. Table mesti justified!” saya membantah.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on January 14th, 2010 8:57 am:
@Umar,
Wahai saudara Umar yang budiman,
Ayat itu adalah ayat dialog. Kalau saya tulis “Tak boleh, carta itu hendaklah disamakan kiri dan kanannya”, ada pula yang melabel saya munafiq kerana kononnya bercakap demikian di dalam kehidupan seharian! Sebab itu saya tulis seperti apa yang disebut. Dan untuk menandakan berlakunya kemasukan perkataan asing, saya sengetkan ejaannya… ITALIC.
Haih!!!
Respond to this comment [with empathy]
khairul reply on January 14th, 2010 11:45 pm:
haha. yang ni kelakar. penat betul jadi ustaz ni sebenarnya : )
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Entah kali ke berapa post ni terpaksa dimunculkan..
Tak mengapalah, saya rasa yang memberi komen-komen ‘itu’ adalah pelawat baru SIO. Harap-harapnye lah..
Tapi kalau yang sudah TIGA kali membaca artikel ini mengulang kesalahan yang sama dan masih tak rasa dilempang, mungkin patut dibom dengan C4.
Dibakar rumah mereka? Oh.. Itu bukan budaya kita..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on January 14th, 2010 8:57 am:
@Syahida Majid,
Biasanya pengunjung baru.
Pengunjung lama pula menghilangkan diri.
Harga yang terpaksa dibayar
Respond to this comment [with empathy]
Kak Ija reply on January 14th, 2010 9:09 am:
@Abu Saif, Salam Ustaz,
Hmm, terasa akak.
Berkunjung tetap berkunjung cuma kurang memberi komen.
Selamat meneruskan agenda di Bandung
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on January 14th, 2010 9:16 am:
@Kak Ija,
Cepat akak bertindak
Bukan apa, bila saya baca balik komen-komen dari atas ke bawah, terasa begitu banyak kehilangan. Ada nama yang sudah lebih setahun tidak muncul. Tetamu-tetamu tentu ada alasan masing-masing. Tetapi bagi tuan rumah, banyaklah muhasabah yang berlaku.
Teh tak sedap ke, kuih tak elok, atau kerusi tak kemas, atau laman tak bersapu… mungkin tuan rumah yang bermasalah. Kurang manis dalam berbahasa dan bermuka
Respond to this comment [with empathy]
Kak Ija reply on January 14th, 2010 9:23 am:
@Abu Saif,
Bagi diri akak, tiada cacatnya SIO ni, mungkin akak tak habis hadam “Erti Hidup Pada Memberi”.
Sekarang akak sedang terkial-kial menulis data analisis, bermujadah juga dibuatnya.
Kirim salam pada Ummu Saif yang pulun kerja demi ustaz nak ke Bandung, dan Saifulislam yang sudah menjadi “Little Khalifah”.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Saya pun rasa macam pernah baca entri ni. Mungkin memang parah tahap bahasa sekarang.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Salam,
Tahniah, aku terima nikahnya akan ke kaca TV.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Menyebut soal bahasa, apabila saya menegur kawan2 FB agar lebih menjaga adab berbahasa – maksud saya agar menjaga ‘tajwid’ dan tatacara menyampaikan mesej/komen, maka mereka menuduh saya seorang yang skema.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
salam wbth ustaz,
amat sependapat dengan ustaz, saya menunggu artikel ini diterbitkan untuk kesekian kalinya, akhirnya muncul kembali..
kerana bahasa kita kenal agama, lalu menjaga bahasa sebahagian kerja agama..merosakkan bahasa seolah mengundang bahaya pada nilai agama.
jom jaga bahasa kita.!!
sekian.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
hehehe… macam2 ragam penulis komen nih..tergelak sorang2 pulak membacanya..
penat den..penat lagi ustaz melayan depa ni..
aduhai anak bangsaku…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Assalamualaikum
Bahasa adalah tanda kehalusan jiwa sesorang sebenarnya. Kita sebagai manusia biasa, samada sedar atau tidak sangat suka kepada bahasa yang indah-ondah sebenarnya. Kenapa agaknya kita boleh lagi mendengar lagu-lagu lama yang kita sebutkan “evergreen”? Kerana bahasanya yang puitis!
Dan jangan nafikan ANTARA sebab utama kenapa kita suka baca blog Saifulislam.com ini, ialah kerana lenggok bahasanya!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Assalamualaikum Ustaz,
Saya amat bersetuju dengan hal ini. Kadang kala terasa sedih dengan keadaan rakan-rakan yang gemar berbahasa singkat ini. Disebabkan saya sendiri telah banyak menulis laporan semasa pengajian saya, saya sudah terbiasa dengan menulis dengan perkataan yang penuh. Walaupun laporan tersebut dalam Bahasa Inggeris sekalipun, tetapi sikap sedemikian akan dibawa ke apa jua keadaan.
Selalu saya dengar, apabila kita bercakap, bahasa kita tunggang langgang. Ini merupakan satu cercaan terhadap bahasa kita. Tidak guna kita memprotes PPSMI jika bahasa yang dipakai sehari-hari masih tidak memuaskan, walaupun ianya masih bahasa melayu, tetapi lenggoknya hilang. Jika dibandingkan dengan Bahasa Inggeris, tatabahasa kita hancur semasa kita bertutur. Agaknya ini yang menyumbangkan kepada kemerosotan bahasa kita. Tengoklah sesetengah drama kita, bahasa yang dipakai, yang akan diikut oleh anak-anak muda, boleh dikatakan tidak mencapai piawaian.
Itu belum lagi isu merojakkan bahasa. Bercampur Bahasa Melayu dan Inggeris. Malah lebih menyedihkan apabila bakal-bakal pensyarah serta pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara merojakkan bahasa sedemikian di dalam emel yang ditulis.
Saya akui saya juga kadang-kala bersalah dalam hal-hal di atas. Saya tidak sempurna. Tetapi ambillah ini sebagai pedoman buat kita semua, terutama diri saya sendiri. Semoga kita dapat meninggikan martabat bahasa kita.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Saya dahulu-dahulu menggunakan bahasa yang separuh-separuh tak formal juga. Dari juga ke ‘juge’, bila jadi ‘bile’.
Sekarang apabila saya menulis dengan cara yang lebih betul, tak kiralah di sms ataupun shoutbox sekali pun, saya rasakan seolah-olah diri saya benar-benar menikmati rasa dalam berfikir dan mengolah.
Nasib baik kategori bahasa ’sy’ dan ‘ak’ ini dikategori bahasa remaja. Mungkin agak kasar andai saya mengatakan itu bahasa tak matang, tetapi mungkin juga dalam memilih penulisan sebegini mereka berada di kelompok penulis-penulis sms yang sangat giat (tentu sekali golongan remaja). Apatah lagi sms juga mempunyai ruang yang sangat ‘limited’.
Sebelum ini ustaz ada menulis perkara yang sama, dan kali ini juga perkara yang sama. Baguslah ustaz dapat kupaskan kembali, supaya mereka mencontohi.
Pada saya penggunaan bahasa ini ibarat makan buah. Kalau menggunakannya sikit-sikit, ibarat makan sekitar kulitnya sahaja. Alangkah baik jika kita makan isi-isinya sekali, menikmatinya bersama zat-zat yang ada?
Respond to this comment [with empathy]
Wardatul Shaukah reply on January 14th, 2010 3:53 pm:
@Akmal Hakim,
kalau ‘bila’ jadi ‘bile’ tu ok lagi. tapi kalau dah jadi ‘bilew’. tu yang buat geli-geleman membacanya.
banyak lagi perkataan-perkataan gedik seperti;
saya = sayew
orang = owang
sorry = sowie
yeke = ye kew
ada pulak pergi tambah ‘w’ kat hujung perkataan. entah motif apa entah. menggedikkan ayat lebih teruk dibandingkan dengan meringkaskan ayat.
“betul kew? apew bendew nieww..?” wheww muncung-muncung mulut membacanya.
aduhai..
Respond to this comment [with empathy]
zairin reply on January 14th, 2010 11:20 pm:
@Wardatul Shaukah, setuju sangat-sangat. Sebenarnya apa tujuannya tambah “w” di hujung perkatan. Ntahlah. Nak kata budak-budak sekolah saja yang guna, tak juga. Pernah juga terima sms dari orang dewasa yang guna perkataan “w” ini, macam tak sesuailah pula. Seperti kata saudari, memang geli geleman bila membacanya.
Respond to this comment [with empathy]
ibnu ali reply on January 17th, 2010 5:17 am:
@Wardatul Shaukah,
Itu bukan meringkaskan dah. Itu menambah-nambah yang tak perlu. Bid’ah dalam tulisan Malaysia.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
salam ustaz..
saya sokong…!
bahasa jiwa bangsa..!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
salam..aduh..memang dah jadi kebiasaan.nampaknya kena tulis penuh mulai hari ni..sebenanya memang diakui bangsa Melayu termasuk saya tidak ada nilai2 meghargai bahasa kita.entah di mana silapnya..wallahua’lam..
Respond to this comment [with empathy]
cahaya pencinta reply on January 14th, 2010 1:08 pm:
@cahaya pencinta,
ttg sms mmg kita cuba buat seringkas mungkin.maklumlah kalau boleh satu sms satu page…wallahua’lam..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Salam ustaz,
bermanfaat artikel kali ini.
bagaimana pula orang yang suka mencampur adukkan bahasa melayu dan bahasa inglish?
adakah ini juga merosakkan bahasa?
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Bismillah…
Assalamualaikum Ustaz,
Saya tak pernah komen di blog Ustaz, walaupun saya sering mengunjunginya.
Tapi, kali ni saya dah tak boleh sabar, sebab topik yang diketengahkan amat menyentuh!
Sayangilah bahasa anda, wahai anak muda.
Sesungguhnya ia adalah intisari firman Allah kepada Musa dalam menyeru Firaun, “Faqula lahu qaulan laiyinan laallahu yatazakkaru au yakhsya”.
Terima kasih, Ustaz. Alf mabruk! ^_^
Bilal bin Jailani
Hayy Asyir, Nasr City, Cairo
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Ustaz,
Got trouble with sms shortform?
There’s an app for that.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
alhamdulillah, nampaknya bukan saya sahaja yang tidak sukakan laras bahasa anak2 muda sekarang…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Salam,
Berbahasa rojak itu kadang-kadang gambaran kepada fikiran yang rojak, terutama pada remaja dan pelajar sekarang.
“HILANG BAHASA, LENYAPLAH BANGSA”
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
ust.
Yang kurik itu kendi… bukan kundi kan?
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Salam.Terima kasih ustaz atas artikel yang sangat menyedarkan semua ini terutamanya bangsa melayu yang kurang pandai menjaga bahasa.Saya sangat bersetuju dengan ustaz.Kadang-kadang,apabila segelintir anak muda yang terlalu menjaga bahasa sama ada dari segi percakapan ataupun penulisan,mereka sering dianggap terlalu skema,tidak maju dan pelbagai gelaran yang kurang enak diberikan.Hairan bila anak melayu kita kata begitu.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Salam.
Ustaz dan sahabat-sahabat,
yang kurik itu kundi,
yang merah itu saga;
kalau baik budi,
indahlah bahasa.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Salam,
Pernah sekali saya mencuri baca sms anak remaja perempuan saya dan cuba untuk membacanya. Saya jadi seperti anak2 tadika yang baru mengenal huruf….sungguh tergeliat betul lidah. Saya menegur anak tapi dia cuma tersenyum dan berkata ‘Itu la bahasa sekarang mama!’. Dia juga menceritakan pernah dalam karangan dia membuat bahasa sms kerana sudah terbiasa….
Apakah tindakan yang perlu kita buat supaya anak-anak berdisplin menggunakan bahasa?
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Oh, inilah bahana SMS! Semenjak ‘terpaksa’ mengajar BM kerana kekurangan guru, barulah saya sedar kelemahan berbahasa dalam kalangan generasi muda zaman sekarang. Saya turut menggunakan singkatan semasa ber’sms’ tetapi masih tahu menggunakan bahasa Melayu yang betul. Namun kebanyakan pelajar saya menggunakan bahasa SMS walaupun dalam karangan. Kesalahan ejaan mudah seperti ’saye’, ‘kene’, ‘rase’, ‘kalo’ dan banyak lagi dilakukan kerana mereka rasa itulah ejaan sebenar! Itupun belum lagi disemak dari sudut tatabahasa dan struktur ayatnya. Tetapi hal ini tidaklah menghairankan kerana kadangkala tulisan di akhbar, berita di tv dan kata-kata menteri pun banyak kesalahan tatabahasanya. What you see is what you get, maybe?
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Alhamdulillah, saya berubah menulis secara formal dengan penggunaan bahasa yang betul setelah banyak membaca di blog ustaz. Berdakwah menggunakan bahasa. Terima kasih ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Ya betuull..!
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Salam Ustaz
Alamak terasa la pula saya…
Isk…
Terima kasih ustaz atas teguran
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Salam,
Rasanya generasi 70 an macam saya pun jadi tak lalu nak baca ayat-ayat macam ni ustaz. biasanya yang saya tengok generasi 80 an suka menggunakan singkatan melampau ni.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Semalam dalam kelas Bahasa Arab (BA), Ustaz yang mengajar ada berkata “orang arab sendiri masih ramai yagn tidak betul nahu bahasa arabnya bila bercakap/menulis… pelajar luar dari Saudi akan ramai yang boleh skor markah tinggi dalam subjek BA menandingi pelajar tempatan…”
Maka begitulah agaknya suasana orang melayu generasi baru/lama dalam negara Msia yang mengetahui bahasa disebabkan ‘keturunan’ dan bukan atas dasar ‘dipelajari’.
Respond to this comment [with empathy]
ibnu ali reply on January 17th, 2010 5:01 am:
@adros1428,
Yang menariknya Ulama Nahu yang terkenal Sibawaih pun bukan dari kalangan orang Arab.
Bahkan kalau awak dengar bahasa arab yang keluar dari mulut Syeikh Hamzah Yusuf, seorang “mat saleh” Amerika amat sedap didengar dari doktor-doktor kuliah di Al Azhar.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
assalamualaikum..
ust..bukankah al-quran dahulu ditulis dalam bentuk ringkasan seperti bahasa sms sekarang ust?
dulu tak ada baris..sin pun tak ada “gigi”..dll…
harap ust komen..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on January 15th, 2010 8:22 am:
@abu uwais,
wsalam wbt.
sin tak ada gigi, tapi sin masih ada. la ni sin tu dibuang terus.
bahasa arab ketika itu ditulis ringkas bukan sebagai ringkasan tetapi memang itulah bentuk tulisan pada masa tersebut. apabila format ringkas itu menimbulkan masalah, maka ia diperbaiki sedikit demi sedikit kepada tasykil yang lebih lengkap.
lagi pun, tak ada dalam sejarah bahasa arab, perkataan ana ditulis sebagai anar atau anta dieja sebagai antau!
inilah kali pertama saya jumpa ‘usaha’ menjustifikasikan bahasa sms dengan menyandarkannya kepada sejarah penulisan al-Quran.
Haih!
Tak terlintas di fikiran langsung
Respond to this comment [with empathy]
ibnu ali reply on January 17th, 2010 4:58 am:
@Abu Saif,
Hehehe.
Tapi bahasa pasar arab Mesir banyak yang ringkas.
Bahasa arab bukan ditulis dengan ringkas. Tetapi ianya kemajuan tulisan dalam bahasa tersebut. Terutama ulama-ulama a’jam atau musta’tib yang mahu mengajar bahasa arab dan Al Quran kepada bangsa mereka. Jadi ini semua kesan terhadap kemajuan bahasa.
Kelakarlah enta ni Abu Uwais.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
umat zaman sekarang semuanya nak ringkas & segera ustaz. smpi bab sembahyang pun kalau boleh dikerjakan dengan seberapa ringkas yg boleh. klu boleh cuma niat sembahyang sahaja.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Salam ukhwah..Terima kasih di atas nasihat yang diberikan oleh ustaz. Memang tidak dinafikan golongan muda sekarang amat rendah dalam kualiti bahasanya termasuklah saya yang sedang memberi komen ini.Justeru marilah sama kita membuat anjakan paradigma untuk membetulkan akhlak dan budi bahasa kita. Memang susah untuk kita berubah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain. Tapi PERCAYAlah kita akan BERJAYA apabila kita mampu berubah kearah yang lebih baik. Terima kasih sekali lagi kepada ustaz yang tidak jemu dan sentiasa beriltizam untuk membentukkembali masyarakat yang makin hari semakin terpesong dari naluri sebenar yang di dambakan manusia iaitu keindahan.Di sini saya berazam untuk memperbaiki cara tulisan dan percakapan saya supaya ia nampak lebih hidup dan menyeronokkan.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Saya tidak tahu kalau sudah ada yang menulis satu perkara ini dalam ruangan komen untuk tajuk ini ustaz. Saya tidak membaca satu persatu sebab banyak betul, maaf untuk itu.
Saya pernah dipesan akan satu hal ini tentang SMS dan suka untuk berkongsi di sini – bila menggunakan SMS, yang dipendekkan adalah mesejnya, bukan ejaannya! Namun, berapa orang sangat yang betul-betul faham akan hal ini. Atau faham tapi itulah, buat tidak peduli.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
salam..mmm tetibe terfikir, org yg tulisannya xbrapa betul dan tepat nie ibarat menggambarkan personaliti dan jiwa individu tu. people said a character can be displayed through what is written..huhu sekadar mmberi pandangan
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Assalamualaikum Ustaz,selalunya saya cuma membaca tulisan Ustaz tanpa memberi sebarang komen,tetapi artikel ini membuaat saya terpanggil untuk komen.
Memang saya sokong sangat sangat apa yang Ustaz kata itu.Anak melayu sekarang sudah tak reti bahasa.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Saya amat bersetuju. Cumanya kadang-kadang tertulis juga di ruangan komen. Tetapi, kalau sms terpaksa juga gunakan perkataan pendek-pendek yang sedemikian.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
@meds,
haha…semua yang nak post kat sini..kene tulis macam ni..[proper ways??]
thanks ustaz..x pernah lak saya fikir menda nie banyak gak efek die rupenyer…hihi..selepas ni saya akan lebih berhati hati
Respond to this comment [with empathy]
ibnu ali reply on January 17th, 2010 4:53 am:
@adiknaquiah,
Macam sama sahaja?
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Saya bersetuju dengan saudara.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Memang betul. Bahasa kita melambangkan siapakah kita. mungkin boleh dibuat ‘analogy’ semakin rosak bahasa semakin rosaknya bangsa dan juga ugama.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Assalamualaikum tuan,
Ini persoalan sikap. Kita tidak boleh berhenti daripada memperjuangkan bahasa dalam apa bentuk sekalipun. Sekian ramai orang yang mahu menghancurkan Bahasa Melayu (bahkan di kalangan orang Melayu sendiri yang berbuat demikian) dan juga agama Islam, perjuangan mesti terus!
Tentang SMS – kependekan kepada short message service – yang dipendekkan haruslah mesej bukannya ejaan. Ini bukan short spelling service. Ramai anak-anak / remaja kita yang gagal memahami kemahiran ini.
Saya memang tidak raikan sebarang komen di blog yang tidak dieja sebaik mungkin. Ini menunjukkan sikap penghantar komen yang tidak serius. E-mel yang dihantar dalam bentuk itu akan saya kembalikan dan minta tuannya membetulkan ejaan dan tatabahasa yang asas. Kalau huruf besar, huruf kecil dan ejaan ’saya’ pun tinggal ’sy’, saya tak fikir orang ini serius mahu berurusan dengan saya.
Memang benar, ada masa kita mahu berbahasa santai. Namun, mereka yang menjadi pengamal bahasa singkatan/SMS, bahasa rojak ini selalunya tidak menggunakannya di dalam situasi/majlis yang sesuai.
Kehebatan dan ketinggian bangsa terletak juga pada bahasanya.
Teruskan perjuangan, tuan.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
terima kasih kerana membangkitkan isu kesedaran menggunakan bahasa dan ejaan yang betul dan lengkap. Orang muda sekarang yang terlalu ‘high tech’ cukup senang dengan bahasa ringkas, akhirnya bahasa sendiri rosak.
Saya perhatikan ramai anak muda, sudahlah bahasa inggeris pun banyak salah ‘grammar’ dan berkualiti rendah, bahasa melayu pun hancur…
Teguran buat buat semua dan diri sendiri juga selaku anak muda
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
saya setuju sangat dengan topik ni
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
asSalamu ‘alaikum.
ustaz, pautan ke savefile.com itu masih berfungsi ke? saya dah tekan, tapi tak jumpa sebarang fail untuk dimuat turun.
Respond to this comment [with empathy]
Amin007 reply on January 27th, 2010 4:05 am:
@syarief, rasanya anda boleh rujuk halaman sesarang http://www.dbp.gov.my/khidmatsms.pdf
Respond to this comment [with empathy]
syarief reply on January 27th, 2010 1:18 pm:
@Amin007, jazakumulLahu khair. terima kasih saudara amin.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Assalamu’alaikum Ustaz.
Saya juga turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan dalam tulisan ustaz berkaitan dengan penulisan dalam gaya bahasa dan nahu yang betul. Menguasai bahasa (apa pun bahasa) akan mencerna daya fikir dan daya menulis untuk menyampaikan maksud atau buah fikiran dengan jelas supaya dapat difahami dengan jelas oleh pembaca atau yang mendengar ungkapan yang kita nyatakan.
Kegagalan menguasai bahasa dengan betul akan dapat mengakibatkan maksud yang ingin disampaikan tidak kesampaian kerana kegagalan penutur atau penulis mengungkapkannya dalam ungkapan yang boleh difahami oleh pembaca dan pendengarnya. Apatah lagi alangkah baik sesuatu yang dibicarakan itu dalam ungkapan yang mudah tanpa istilah-istilah pinjaman yang mungkin juga tidak difahami oleh penutur atau penulis itu sendiri.
Terima kasih ustaz atas isu yang sangat bermakna ini
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Assalamualaikum Ustaz.
Syabas saya ucapkan di atas artikel Ustaz ini. Bahasa melambangkan jiwa, kalau jiwa kacau maka kacaulah bahasanya. “Consistency in writing” juga penting dan ini dapat dilihat pada forum-forum politik masa kini. Bahasa juga melambangkan keperibadian. Bahasa yang sempurna melambangkan seorang yang teliti, bahasa yang bersimpang-siur melambangkan kekalutan.
Tidak kira remaja, yang berumur kalau bahasanya kesat dan mencerca itulah keperibadiannya yang sebenar. Penulisan adalah akal yang dilisankan atas kertas, corak pemikiran, pendiriaan dan keperibadian.
Ustaz, masyarakat masa kini amat kurang membaca, kalau membaca pada yang terpilih sahaja, kalau membaca hanya sekerat-sekerat sahaja. Bila berhujah, itulah jadinya fitnah, terapung tanpa penjelasan yang mendalam. Emosi melebihi akal pemikiran, keuntungan dikejar peribadi dikorban, maka jadilah seorang Muslim pada nama namun jiwanya tidak Islam.
Sekali lagi syabas di atas artikel Ustaz. Wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Saya sangat setuju dengan ustaz.Bahasa jiwa bangsa. Kalau bukan orang Melayu, siapa lagi yang nak jaga bahasa sendiri.. kasihan tengok cikgu-cikgu yang mengajar bahasa Melayu.. penat-penat ajar sungguh-sungguh, lain pula jadinya.. bagaikan bahasa Melayu yang sebenar hanya layak di dalam kertas peperiksaan saja..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Budi bahasa budaya kita…
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Salam ustaz,
Ana sokong apa yang ustaz bahaskan. Ana sendiri pun kalau membaca blog yang ditulis dalam ringkasan, ana rasakan bahawa orang tu seperti tidak serius dalam penulisannya. Main hantam sahaja asalkan point yang dia nak bagi, sampai.
Ana sekarang belajar di salah sebuah negara yang amat mencintai bahasa mereka. Walau dalam universiti mereka sendiri pun, bahasa ibunda mereka masih digunakan namun mereka mampu melahirkan orang hebat-hebat seperti Jan Purkinje. Amat berbeza dengan negara kita yang lebih mengutamakan bahasa asing berbanding bahasa sendiri. Bahasa Melayu dikatakan bahasa kebangsaan tapi kenapa di universiti dan di sekolah menggunakan bahasa lain sebagai bahasa perantara?
Wallahu’alam.
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
salam..teringat kata-kata pensyarah ana..” saya tidak suka bahasa kita dilacurkan.”..huhu
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
“Lacurkan?” pensyarah saya pun ada cakap macam tu. Macam sama pensyarah jer, hehe
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
Assalamu’alaikum,
Pada tengah malam sewaktu mengulangkaji pelajaran (jam 1.00 pagi atau 2.00 pagi), anda mendapat SMS yang berbunyi:
“dr rosnah bt apa?”
Apakah yang patut anda jawab untuk membalas SMS tersebut? Mungkin akan ada yang menjawab “tengah tidur la kot, dah pukul 2 pagi ni” atau “mana la tau dr rusnah buat apa”.
Sedangkan SMS tadi berkehendakkan nama ayah Dr. Rusnah. Nak salahkan siapa kalau salah maklumat yang diberi jika tulisan kamu tidak difahami kerana tulisan kamu terlalu singkat?
Singkat pakaian nampak salahnya,
Singkat tulisan nampak masalahnya?
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
kembang kuncup tali kecapi
kenyang perut kentut berapi
bahasa jiwa bangsa
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
saya rasa pelik sekali kenapa artikel ini diulang kembali.
saya cuba membaca kembali komen-komen dari atas hingga ke bawah.
dari apa yang saya pelajari kebanyakan orang-orang muda macam saya suka menulis berdasarkan percakapan harian. kerana itu “sahaja” jadi “aje” sebab dalam percakapan harian banyak guna perkataan “aje” dari “sahaja”
rasanya dekat sekolah dahulu ada ajar yang bahasa percakapan atau bahasa pasar adalah berbeza dengan bahasa penulisan. cuma apabila dah habis sekolah, kebanyakan kita memahirkan bahasa pasar dari memahirkan bahasa penulisan kecuali dalam hal surat-menyurat rasmi seperti permohonan kerja, pinjaman, sambung belajar di peringkat tinggi dan sebagainya.
untuk perhatian, pengalaman saya dalam menulis surat antara jabatan kerajaan, ikutkan ada singkatan yang biasa diamalkan. antaranya “sk” untuk “salinan kepada”. mula-mula tak dihiraukan sangat kerana melihat surat-surat yang terdahulu memang sudah tertulis demikian. tetapi apabila melihat kepada singkatan yang dibenarkan oleh dbp, memang sudah termaktub.
masalahnya dbp hanya terbitkan dalam bentuk pdf bukan dalam buku. rasanya nak juga rasanya nak cetak sendiri cuma hakcipta nak bayar dekat siapa?
atau patut diletak dalam kamus dewan?
Respond to this comment [with empathy]
kamal reply on January 19th, 2010 11:29 am:
@Amin007, sedikit ‘common sense’ dengan apa yang dipelajari dalam kelas BM masa kat sekolah dulu rasanya dah cukup untuk digunakan dalam penulisan seharian. Tak perlu rujukan lengkap dari DBP.
Respond to this comment [with empathy]
Amin007 reply on January 21st, 2010 12:39 am:
@kamal, kat sekolah dulu ajar sikit sahaja. rasanya dalam panduan sms tu agak lengkap juga.
http://www.dbp.gov.my/khidmatsms.pdf
ini adalah senarai pendekan kata yang dibenarkan oleh DBP
Respond to this comment [with empathy]
about 2 weeks ago
Biasakan yang betul,
Betulkan yang biasa!
Acapkali kita tersasar daripada laras bahasa umpamanya, temu janji sebenarnya janji temu,
penghawa dingin yang betul pendingin hawa…..!
Cinta akan bahasa, bangsa dihormati dunia.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 weeks ago
Setuju. Terima kasih Ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 weeks ago
Saya setuju. Orang yang berilmu tetapi berbahasa ringkas tidak ubah seperti doktor yang perokok.
Tapi, saya banyak kali juga terserempak dengan perkataan ringkas pada komen isteri ustaz. Sememangnya tidak semua memahami cara ustaz yang agak tegas pada bahasa itu.
Saya dapat bayangkan bagaimana isteri ustaz tegur “Abang obses sangat sebenarnya” tu.. hehe…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 weeks ago
assalamualaikum ustaz…
merujuk kepada diri saya sendiri sebagai seorang pelajar dan remaja.. remaja2 zaman sekarang bukannya malas dan malu nak menulis dalam perkataan yang lengkap atau tak tahu hormat kepada mereka yang lebih tua, tapi dek kerana terbiasa dengan perkataan2 ringkas tambahan pula takut dilabelkan sebagai “skema” oleh rakan2 membuatkan mereka (dan saya) menjadikan menulis dalam perkataan2 ringkas sebagai satu tabiat sehingga sukar untuk dikikis.
alhamdulilLah dengan penulisan ustaz terbit hasrat di hati untuk memperbaiki kelemahan diri ini… terima kasih ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 weeks ago
Salam ustaz..
Artikel ustaz membuat saya terfikir, kenapa orang Melayu dah jarang guna Bahasa Melayu bila bercakap dengan intelektual, sebaliknya guna English..
Mungkin sebab bila guna bahasa Melayu, terpaksa fikir tentang huruf besar kecil, nak jaga kalau-kalau tak guna bahasa singkatan..
Tapi, kalau English, akan naturally tulis word by word dengan tertib..
Jujurnya, sukar nak berblog tanpa guna singkatan dan perkataan yang menunjukkan keremajaan, sebab nak tarik minat pembaca di kalangan umur sendiri..
Tapi saya tahu, tak mustahil..
Sama-sama martabatkan bahasa kita..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 weeks ago
Kepada semua termasuk ustaz..saya nak beri pandangan..cubala jgn nk kondem org tulis itu tk kena ini tk kena dan macam2 lg..tk semestinya cara dia menaip ada kene mngena dengan takwa atau peribadi penulis itu sendiri..mcm la kita bagus sangat..dia menulis dengan ikhlas..dan seharusnya kita menerima dengan ikhlas..nk berdakwah tk perlu kondem orang sana sini..penulisan di sms atau email tkde kene mengena dgn martabat bangsa atau bahasa..kadang2 saya tengok cara ustaz ada kekurangannya..maaf tk semua ustaz kene caranya..kita bukan maksum..harap maklum..
Respond to this comment [with empathy]
Amin007 reply on January 23rd, 2010 1:25 am:
@seiko, ustaz kita ini suka pada keindahan bahasa. lagipun kalau nak tulis ringkasan, rasanya dbp pun dah bagi panduan. dalam surat-menyurat dalam jabatan saya pun ada singkatan juga.
masalah sekarang blog ustaz kita ini bukannya handset yang boleh terima mesej pendek. kalau saya nak salin satu artikel dalam blog saya pun boleh dalam ruangan komen ini.
terlalu banyak singkatan yang kita memandai sahaja buat tanpa rujuk dbp akan memeningkan orang nak faham apa yang kita cuba sampaikan. kena pulak maksud singkatan kita mungkin berbeza dengan orang punya maksud.
rasanya ramai sekarang guru bahasa melayu akan pening kalau budak-budak sekolah guna bahasa singkatan. bahasa percakapan atau bahasa pasar berbeza dengan bahasa tulisan.
nak memandaikan bangsa, kena ajar penggunaan bahasa yang betul. nanti anda akan rasa perbezaa guna bahasa pasar atau bahasa tulisan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 weeks ago
Assalamualaikum,bagi saya,saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh ustaz,kerana bahasa semuanya rosak,alhamdulillah keinginan saya untuk memperbaiki kelemahan diri bertambah tambah selepas berkahwin kerana suami saya seperti ustaz juga.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 weeks ago
“Saya dari generasi yang berbeza..”
Ustaz Hasrizal, tidak ada bezanya kita dalam urusan bahasa. Saya sangat mengambil perhatian dalam hal ejaan dan ‘tajwid’ asas Bahasa Melayu, garisan dan jadual ketika menulis atau merekodkan sesuatu.
Tapi, Ustaz. Saya sedih juga dengan diri sendiri apabila terlalu biasa dengan penggunaan Bahasa Inggeris di kampus membuatkan saya ‘hilang ingatan’ kepada sesetengah perkataan Bahasa Melayu. Kadang-kadang, apabila sudah puas mencari perkataan dalam BM tapi masih gagal dijumpai, saya akan ‘italic’kan perkataan BI itu dalam penulisan saya. Saya harap itu jalan yang terbaik bagi saya untuk memelihara ketertiban saya dalam tulisan tersebut (walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju).
Respond to this comment [with empathy]
about 2 weeks ago
Mungkinkah akan hilangnya ‘MELAYU’ di dunia? Munginkah kata-kata Laksamana Hang Tuah suatu ketika dahulu hanyalah cerita sang pendusta? terbitnya kesedaran dalam diri anak muda sepatutnya dipupuk dari kecil lagi. Tak perlu tuding jari pada sesiapa. Sebab jawapannya ada pada diri kita sendiri. Allahua’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 weeks ago
mmg xde org y maksum.. sy ni pn bkn nak kt ap sgt r.. tp kn, bhs 2 indah sbnr nyer.. huhu..
Okey lah. Saya sendiri mengaku yang saya pun suka sangat tulis ’short’ ni, tapi setelah terbaca artikel Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz kesedaran dengan sendirinya hadir dalam diri saya. Pandanglah sesuatu dengan pandangan positif, bukan pandang sesuatu dengan pandangan orang yang tak sayang bahasa & bangsanya sendiri.
nak harapkan siapa lagi untuk membela bangsa & bahasa kita kalau bukan kita sendiri?
maafkan saya & gembira selalu!!!(“,)
ingat! kita bukan orang yang maksum.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 week ago
saya lebih suka baca yang bahan yang dalam ”bahasa rosak” berbanding yang ayat formal ikut tertib tatabahasa. Sebab bosan. yang ”bahasa rosak” tu lagi seronok
Bila nak baca bahan yang bahasa formal macam blog ni dan buku2, saya akan set kat kepala dulu ‘penting ni…kena jugak bace’ =)
tapi bila buat esei dan jawab exam tak pernah lagi keliru atau tersalah ejaaan. saya ingat lagi pesanan2 cikgu sekolah dulu….hehe
Respond to this comment [with empathy]
anna ariana reply on January 31st, 2010 9:43 pm:
@me,
salam saudara,
saya rasa saudara ini mesti berusia dalam lingkungan belasan tahun atau awal dua puluhan. saya hormat personal preference saudara tentang saya-suka-baca-bahan-berbahasa-rosak-kerana-bahasanya-tak-bosan, namun pada hemat saya, soal ejaan itu amat penting.
saya masih ingat puan ainon memblog, beliau forward satu emel yang ditulis dalam bahasa singkatan kepada beliau. dari sini, kesimpulan yang boleh saya dapat ialah remaja-remaja macam kita ni dah terlalu terbiasa menulis dalam ejaan singkat, bukan menulis dalam ejaan yang betul. jika dalam bentuk sms, masih ada excuse lagi, namun jika dalam bentuk komen-blog atau emel, buta bahasa itu namanya.
saya sendiri menyampah menerima mesej ejaan ringkas daripada kawan-kawan. nak kata bayaran sms mahal sangat, sekarang ni youthclub ada, upax ada, tak payah nak berkira bayar lebih untuk sms. kalau susah nak taip, gunalah blackberry atau blueberry, apa susah? yang penting, etika berbahasa itu ditepati. saya bukan berlagak skema, namun membetulkan budaya itu sesuatu usaha yang memerlukan ketajaman lisan. resam manusia, sudah terasa baru tengadah.
yang molek itu budi,
yang indah itu bahasa,
kan?
p/s
mungkin saya kurang empati, ribuan maaf saya ucapkan. namun resam remaja, saya memang tak mampu menyembunyikan kejengkelan hati. maaf diucapkan jika komen ini menyakitkan hati sesiapa. kita kan remaja.
Respond to this comment [with empathy]