
“Okay, jumpa hari Jumaat”, saya melambai kepada Munawwar sebaik sahaja kelas terakhir petang Rabu itu selesai.
Ketika kawan-kawan saya yang lain pulang ke rumah, setiap Rabu petang, saya akan menyertai kesibukan di perhentian bas universiti. Berebut-rebut dengan pelajar tempatan yang mahu pulang ke kampung masing-masing.
Saya tiada kampung yang hendak dituju.
Namun setiap hujung minggu (Khamis dan Jumaat), saya akan ke Amman.
Pemergian saya ke Amman kadangkala bukanlah ada tujuan yang tertentu. Akan tetapi ia mungkin boleh menggambarkan perasaan saya ketika itu, hingga jarang benar saya menulis tentang Jordan di blog Saifulislam.Com.
Puas saya memujuk diri untuk menerima ketentuan bahawa saya adalah pelajar di Universiti Mu’tah. Tetapi setiap kali saya cuba memujuk, pelbagai rasa memberontak terbit lantas mengundang resah, sepanjang 5 hari saya di Mu’tah. Akibatnya, habis sahaja kelas pada petang Rabu, saya segera berangkat ke Amman, demi mencari ketenangan diri.
Perjalanan ke Amman bukanlah suatu pengalaman yang menyeronokkan. Setiap Rabu, saya akan bergelumang dengan perangai pelajar tempatan yang sungguh menyakitkan hati dan badan. Berebut bas, bertolak-tolak dan berasak-asak, adalah suatu kemestian. Jangan cuba untuk bersopan, kerana tiada siapa yang tahu menunjukkan penghargaan.
”Tak boleh, tak boleh, kerusi itu mahjuz! Saya sudah ’tempah’ ia untuk kawan saya!”, kata seorang pelajar.
”Apa mahjuz mahjuz? Mana ada mahjuz mahjuz. Semua bayar serupa, siapa yang sudah masuk ke dalam bas, kerusi yang ada adalah untuknya!”, sesekali saya hilang sabar dan melawan.
Berebut untuk mendapatkan tempat di dalam bas, sungguh membengangkan. Paling buruk, jika di bulan Ramadhan. Pernah sekali, semasa di perhentian bas Karak, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, orang ramai berebut mahu menaiki coaster ke Amman, berebut-rebut tahap gila, hingga akhirnya coaster itu terbalik! Mujur tiada yang cedera.
Ya, tiada yang mustahil di sebuah negara seperti Jordan.
Ketika di dalam bas, masalah paling besar adalah rokok.
Bas berhawa dingin, semua tingkap tertutup rapat, dan hampir kesemua lelaki merokok di dalam bas. Apabila saya tiba di Amman, tiada beza antara bau baju saya dengan mereka yang merokok. Sungguh memualkan.
”Entah kenapalah rokok arab ni busuk ya amat!”, kata Razak yang kebetulan menaiki bas bersama saya.
”Ntah! Macam bau tahi!”, saya membalas. Kira-kira sesuai dengan darah saya yang sudah separuh mendidih.
Tiba di Wehdat, saya akan mengambil teksi putih menuju ke ’Abdali, atau pun ke pusat bandar (Wast el-Balad). Jika ada duit lebih, saya akan singgah ke kedai-kedai buku seperti Dandis, Dar ’Ammar dan beberapa buah kedai buku yang lain.
DI SWEILEH
Selepas menghabiskan masa seketika di kedai buku, saya akan meneruskan perjalanan dengan coaster ke Sweileh. Itulah destinasi yang saya tuju, singgah bermalam sama ada di apartment Ustaz Misbah di atas kedai runcit Tul Karm, atau di rumah kawan-kawan yang lebih dikenali sebagai Darul Ulum.
Jika di rumah Ustaz Misbah, keseronokan saya ialah pada memasak. Ustaz Misbah sering mengajak saya memasak dan kenangan yang tidak boleh saya lupakan ialah semasa beliau dan Ustaz Shamsul membeli arnab beku dari Safeway.
”Nak masak apa ye arnab ni?”, tanya Ustaz Shamsul.
”Aduh… sebelum tanya nak masak apa, tolong ana keluarkan kepala arnab tu dari dalam perutnya tu!”, saya memejamkan mata.
Saya tidak ada masalah untuk makan sate arnab atau burger arnab. Tetapi untuk memasak arnab seekor, hampir putus nyawa saya dibuatnya.
Walaupun Ustaz Misbah ada pelbagai urusan dengan pelbagai jenis manusia, kegembiraan saya bermalam di rumahnya tertumpu kepada keseronokan kami masak memasak, berbincang isu-isu semasa, dan bertemu dengan pelbagai orang yang sering menjadikan apartment beliau sebagai rumah transit.
Tanya sahaja sesiapa yang ke Syria dan Iraq pada pertengahan 90’an, hampir kesemuanya pernah singgah dan bermalam di ’Hotel Misbah’ itu.
TURKI PULA
Kediaman Ustaz Misbah telah diangkat ke taraf antarabangsa apabila Abdullah Koçyigit dan Resul Tuzel dari Turki tinggal bersamanya. Maka satu bilik menjadi bilik Malaysia, dan satu bilik menjadi bilik Turki.
Di bilik Abdullah
Ketika itulah, hubungan saya menjadi sangat rapat dengan mereka berdua, di samping rakan-rakan Turki yang lain. Sehinggalah akhirnya, Abdullah mengambil keputusan untuk mencuba nasib di UIAM, manakala Resul pula berhijrah ke Yaman. Perasaan ketika itu amat sedih, kerana saya tahu apakah yang memaksa mereka berdua untuk mengambil risiko pergi ke Malaysia dan Yaman dalam keadaan yang serba kekurangan.
Apabila kerajaan Turki bertindak membatalkan pengiktirafannya kepada universiti-universiti di Timur Tengah, pelajar seperti Abdullah dan Resul jadi tersepit. Pembelajaran mereka tidak diktiraf, maka mereka tidak mendapat status pelajar. Mereka yang tidak berstatus pelajar diwajibkan menyertai perkhidmatan tentera dan inilah yang menjadi tekanan kepada mereka.
Abdullah membawa diri ke UIA di Malaysia tetapi beberapa kekurangan pada dokumen yang dibawa, Abdullah gagal mendapatkan tempat. Beliau terpaksa balik ke Turki dan khabarnya pada masa itu, beliau dihantar menjadi tentera di kawasan Van di Timur.
Resul pula melarikan diri ke Yaman. Lebih setahun saya terputus berita mengenainya. Hinggalah Resul muncul kembali di Jordan dalam keadaan fizikalnya yang jauh berubah.
”Berbulan-bulan, saya hanya makan labu”, kata Resul.
Masalah visa telah menyebabkan Resul terpaksa menumpang di rumah-rumah penduduk tempatan yang belas terhadapnya. Beliau sempat mengaji dengan beberapa orang masyaikh di sekitar San’a, tetapi akhirnya terpaksa balik ke Turki dan berita akhir ketika itu, Resul dihantar ke kawasan Diyarbakir sebagai tentera.
”Kasihan ana tengok budak-budak Turki. Semangat tinggi nak belajar tapi macam-macam halangan yang mereka tempuh. Memang betul biasiswa ni melemakkan budak Malaysia. Kufur nikmat!”, saya merungut ketika berkumpul di Darul Ulum.
JORDAN DI AWAL 90′AN
Awal kedatangan saya dan rakan-rakan ke Jordan pada tahun 1993, layanan yang kami terima dari penduduk tempatan sungguh luar biasa.
Kalau ke masjid, semua pakcik melayan kami seperti anak-anak mereka. Ajak makan ke rumah, usah ceritalah. Malah lebih dahsyat, pihak universiti sendiri menatang pelajar Malaysia seperti minyak yang penuh.
Memang kami seperti minyak pun. Banyak duit…. persepsi penduduk tempatan begitu. Khususnya di kalangan landlords!
”Duit berjalan!”, kata sesetengah mereka.
Tetapi tidak saya nafikan, memang layanan yang baik itu adalah give and take yang seimbang. Pelajar Malaysia terkenal dengan akhlak yang baik, jarang menimbulkan masalah dan sifat memuliakan tetamu di kalangan orang Arab telah menjadikan pelajar Malaysia yang ’tahu membawa diri’ itu semakin disayangi.
Hinggakan ada satu dua subjek semasa saya di Tahun 1, peperiksaan akhir kami jadi luar biasa sebab ada soalan versi pelajar Jordan dan ada soalan versi kami. Soalan versi kami dipermudahkan ayatnya untuk menyokong pembelajaran kami yang rata-rata masih berhempas pulas mahu menguasai Bahasa Arab.
Tetapi pelajar Malaysia jugalah yang menghancurkan segala-galanya.
JORDAN SENASIB SEKOLAH PONDOK
Jordan, senasib dengan tempat orang mengaji agama, jadi tempat pembuangan orang. Macam nasib sekolah pondok.
Mereka yang datang kerana cintakan ilmu, dibayangi oleh mereka yang datang atas faktor-faktor yang lain.
”Saja hantar ke Jordan, kot-kotlah boleh jadi manusia”, kata sesetengah ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sana.
Jadi manusia? Manusia yang macam mana?
Memang tidak dinafikan yang Jordan ada banyak ulama, syuhada’, anbiya’, tetapi Jordan juga banyak pelesit. Ada pelesit Arab, pelesit Yahudi pun semakin memancar di televisyen selepas perjanjian damai 1995.
Mereka yang datang ke Jordan atas semangat yang tinggi terhadap Islam dan ilmu pengetahuan, akan dimotivasi oleh para ulama, syuhada’ dan anbiya’. Kerana limpahan ilmu dan ilmuannya, saya terubat hati malah sayang dan sering rindukan Jordan.
Tetapi saya tidak dapat melupakan pencemarannya. Bagi yang datang kerana ilmu, saya sudah ungkapkan di dalam nasyid TETAMU DATARAN SYAM. Tetapi bagi yang datang ke Jordan hanya dengan harapan untuk jadi manusia, sekadar untuk suka-suka atau sudah tidak tahu hendak ke mana… di sinilah titik yang membawa kepada rosak segala-galanya.
KITA DI EROPAH?
Pernah di suatu malam, saya dan beberapa rakan pergi ke Safeway untuk membeli bahan masak. Jam sudah lewat tengah malam.
”Eh, tu bukan pelajar Malaysia ke tu?”, saya menunding jari ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang sedang beratur di kaunter.
”Amboi, pakai seluar jeans lagi. Budak universiti mana ni?”, kata Syamsul.
“Daripada kita dok cakap belakang, jom tanya. Dah pukul 12 malam ni. Arab paling jahat pun tak merayau jam 12 malam”, saya mengajak Syamsul.
“Assalamualaikum!”, saya memberi salam.
“Waalaikum salaaam”, jawab salah seorang mereka.
Apa hal pulalah dengan budak-budak perempuan ni. Mereka membeli chocolate bar, cereal, susu dan buah strawberi.
“Kamu semua duduk di mana? Kalau dah selesai boleh kami hantarkan. Bahaya malam-malam ni”, kata Syamsul kepada mereka.
Salah seorang daripada mereka mengeluarkan sejambak kunci sambil memusing-musingnya di hujung jari…
“Tak apa, kami ada kereta sendiri!”, jawabnya dengan penuh mengada-ngada.
Laa Ilaaha Illallaah… patutlah merayau ke Safeway sampai jam 12 malam. Mereka menyewa kereta sendiri.
Menyewa kereta itu sudah jadi suatu perkara baru, merayau di tengah-tengah malam… semuanya kerana mereka perasan yang mereka berada di Eropah barangkali.
Sebab itu saya malas nak tulis tentang Jordan…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











ASSALAMUALAIKUM,
WALAUPUN JORDAN BAGI USTAZ ADALAH KENANGAN YANG TIDAK SEMANIS TURKI, NAMUN BAGI SAYA PULA, SAYA AMAT MERINDUI UNTUK KE JORDAN LAGI, UNTUK SAMBUNG BELAJAR. DI SANA ADA SESUATU YANG ISTIMEWA IAITU KELAS2 TALAQQI DENGAN PARA ULAMAKNYA YANG SAYA PASTI USTAZ PERNAH MENJADI DI ANTARA MURID2 MEREKA. DISINI KURANG, WALAUPUN ADA, NAMUN X SAMA.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Syukran ustaz. Sungguh, jauh perjalanan luas pandangan. Alhamdulillah saya telah ziarah ke lapan buah negara Eropah, dan malangnya tak ada satu pun lagi negara Arab. Insya Allah dalam perancangan. Secara amnya, saya dapati banyak perkara ‘Islami’ dan sikap ‘Islamik’ yang masyarakat Eropah amalkan meski mereka tidak menganut Islam dan menyebutnya Islami dan Islamik. Malah saya dapati masyarakat Muslim yang komited dengan agama Islam juga terserlah sikap keIslamian dan keIslamikan mereka. Semoga masyarakat Eropah dipermudahkan dalam perjalanan dan pencerahan mencari Tuhan. Wallahu a’lam.
Imam Shafie rahmatullahi ‘alaih telah berkata benar dengan kata-katanya tentang faedah bermusafir. Beliau menyatakan: “Bermusafirlah kamu, kamu akan bertemu ganti dengan orang yang kamu tinggalkan. Hendaklah kamu berpenat-penat kerana sesungguhnya kelazatan hidup itu adalah di dalam berpenat-penat.”
Syukran Akhi Muhtar suhaili, semoga doa anta dimakbulkan Allah. Ana lepas ni akan ke Madinah, anta tak sampai lagi ke bumi Anbiya tu? Bila nak ke negara arab nanti dahulukanlah Mekah dan Madinah yer.
masyallah..
Assalamualaikum wbt….
Buat semua, semoga berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayang NYA.
Ustaz,
saya mewakili Angkatan Pemuda Pemudi Islam Malaysia (API) mohon maaf dan minta izin daripada ustaz, untuk sebarkan maklumat di bawah dengan menggunakan ruangan ini sebagai platform.
Terima kasih.
SEMINAR UPAYA DAYA MENANGANI LIBERALISASI ISLAM
Anjuran Bersama
Persatuan Ulama’ Malaysia Caw. Pulau Pinang (PUMPP)
Sekretariat Falsafah & Sains Islam (SEFSI), USM
Angkatan Pemuda Pemudi Islam Malaysia (API)
Tarikh : 28 Julai 2007 (Sabtu)
Tempat : Dewan Kuliah SK 2, USM
Masa : 9.00 pagi – 5 petang
Pengenalan Tentang Islam Liberal ; Isu-Isu Latar
Perantara : Dr Mohd Farid Mohd Sharif
Panel I : Dr Wan Salim Mohd Noor
YDP Persatuan Ulama Malaysia Caw Pulau Pinang
Sejarah Perkembangan Islam Liberal
Perantara : Dr Mohd Farid Mohd Sharif
Panel II : Dr Muhammad Azizan Sabjan
Koordinator SEFSI USM
Pengamatan Islam Liberal & Serangan Terhadap Syariah di Malaysia
Perantara : Ustaz Hafiz Nordin
Panel I : Prof Madya Dr Fadhullah Jamel
NYDP PUMPP
Barat & Liberalisme Islam
Perantara : Ustaz Hafiz Nordin
Panel II : Abu Saif Al-Mahshari
Setiausaha PUMPP
Pertanyaan, Sila Hubungi Saudara / i ;
Shamsul: 019-440 3060/ Azrul: 012-480 0384/
Sakinah: 019-446 5852/ WanAzilina: 012-560 7547
Yuran Penyertaan: Dewasa – RM 15.00 dan Pelajar – RM 5.00
SEMUA DIJEMPUT HADIR..!!
assalamu`alaikum ustaz
boleh saya tanya kenapa ustaz tulis sebegini?
“Tetapi pelajar Malaysia jugalah yang menghancurkan segala-galanya.”
Assalamualaikum,
Musytaaqun bil urdun!
Saya adalah seorang bekas pelajar Jordan.Memang menyedihkan untuk diakui, sbahagian pelajar yang daang adalah kerana pengharapan ibu bapa supaya mereka jadi baik.
Bila baca artikel us, teringat kata-kata tuan guru Nik Abdul Aziz ketika memberi amanat kepada pelajar melayu pada tahun 2002, “Di tanah arab ni, malaikat yang ‘paling baik’ pun ada, syaitan yang ‘paling jahat’ pun ada.
Pengalaman sebagai bekas pimpinan persatuan, berhadapan dengan pelajar yang menjadi harapan ibubapa untuk ditarbiah adakalanya amat memeritkan.Tambahan bila us sebut Mu’tah, pasti para senior akan tergambar daerah pelajar melayu yang tak pernah sunyi dari masalah.
‘ala kullin, kepada sahabat-sahabat, adik-adik yang ditahun 1 dan 2 yang masih berada di sana, cubalah sebaik mungkin untuk mewujudkan bi’ah ilmiah,bi’ah solehah, kembalikan kegemilangan pelajar jordan pada awal tahun 90-an, yang melahirkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Ustaz Khairudin Aman Razali, Dr Asri,Ust Hasrizal dan lain-lain..Selamat berjuang!
“Amboi, pakai seluar jeans lagi. Budak universiti mana ni?”, kata Syamsul.
“Daripada kita dok cakap belakang, jom tanya. Dah pukul 12 malam ni. Arab paling jahat pun tak merayau jam 12 malam”, saya mengajak Syamsul.”
—>> saya bukan bekas student dijordan, tapi saya selalu memerhati dan pernah saya suarakan pada suami, walau saya tidak berniqab, tapi dimana2 itulah saya, tidak berubah pemakaian walau dimana saya berada.
walau suami sama sprti ustaz, ‘merajuk’ dgn jordan tapi saya masih menyimpan satu harapan utk kesana kerana ‘buah hati’ saya bersemadi disana….
salam.
saya baru sahaja sampai ke jordan. InsyaAllah bulan 9 nih, genap setahun. Memang betol ustaz cakap, sini yang baik ada yang kurang baik pon ada. Kita lah yang kena pilih mana baik, diambil buat iktibar, mana yang kurang tuh..faham2 je lah..
Tapi, saya suka duduk sini. Memang kata orang hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Tapi Jordan nih luar biasa sikit. Hanya yang pernah sampai ke sini yang dapat rasa. Mungkin sebab bumi anbiya’, bumi kinanah. Walaupun saya bukanlah pelajar aliran agama, tapi saya suka biah arab kat sini.
Sekarang nih, pelajar Malaysia dah ramai kat Jordan nih. Macam-macam perangai dah ada. Kalau ustaz cakap pasal seluar jeans, dah biasa rasanya kat sini. Mungkin kerana jauh dari mak ayah atau mungkin memang salah sahabat2 yang kurang menegur. Entahlah. Harapnya biah Islami kat Jordan nih kekal sampai bila-bila,enshaAllah.
Kenapa ustaz suka ke Amman dan tak suka tinggal kat Mu’tah? Saya belum pernah sampai Mu’tah lagi. Jauh katanya~hihi..
terasa sedih lak bc entry ustaz kali ni..huhu..mula2 smpai jordan dulu mmg terkejut jugak..b4 smpai sy terbyangkan jordan nih mmg islamic but..bile smpai je terkejut jgak tgk org arab die…rokok n coca cola mmg x dpt dipisahkan..time summer skrg lg la..ramai yg dh yg cam x cukup kain..
pape pun..sy bersyukur sgt dpt jordan coz kt sini dpt belaja erti kehidupan sbnr..kelas2 agama pon dpt pegi even sy bkn aliran agama….kt sini sy tgk akak2 senior yg medik pon cam ustazah..
kt jordan ni yg baek ade yg x baek pon ade..terpulanglah kpd kita tuk memilih yg mane..
a’kum kpd sume……..
jika nk dibandingkan pelajar malaysia di jordan masa zaman 90 an dan sekarang mmg ade jurang yg ketara…..terutamanya mu’tah……itu mmg x dinafikan….suasana biah solehah di kalangan mahasiswa malaysia semakin lupus…..dan masalah ikthikat semakin hari semakin membimbangkan……harap2 PERMATA sesi baru ni peka terhadap masalah2 ini sebagai mana ucapan pengarah MSD JORDAN pada AGM permata baru2 ni ” jangan sampai nanti ada yg kembung perut sudah lah” …malu MSD…..malu pelajar mu’tah….malu pelajar jordan……malu malaysia…….
bab berebut bas x perlu la nak cakap..mmg sikapnya mcm tu. xkira prmpn atau lelaki, sama sahaja..
bab arab isap rokok dan minum bebsi (pepsi), kita ambil iktibar saja..
harapnya bab kembung perut tuh dijauhkan Allah. Semoga kami di sini dan seluruh muslim amnya, di bawah lindungan dan rahmat Allah.
pada awalnya teruja tgk tajuk ttg Jordan,tapi spr.sebelum ini ust.pasti menceritakan ttg.betapa teruknya Jordan,seolah tidak ada apa-apa yang baik ,sedih betul sy,di mana-mana pun ada yg.baik dan buruknya tp setiap artikel ust.mengenai Jordan sungguh menyakitkan hati.Seolah-olah Jordan tak ada sumbangan langsung pada ust.
walau apa pun cerita ust.bagi sy.Jordan banyak mentarbiah diri saya, mengajar sy.erti kehidupan.itu yg.dpt sy katakan,ini mungkin kerana sy. tak sehebat ust.yg hidup di turki dan iris yg boleh memp
erlekehkan jordan.
ABU SAIF SAYS:
“Tak semua artikel tentang Jordan negatif. Banyak juga yang sifatnya bersahaja. Artikel tentang masalah air, biasa sahaja. Malah seronok menulisnya. Artikel tentang latar belakang nasyid Usrah al-Firdaus semuanya biasa sahaja. Artikel tentang nasyid Tetamu Dataran Syam tidak negatif. Ana pun tak tahu, Sahabat Lama rujuk kepada artikel mana apabila Sahabat Lama kata “betapa teruknya Jordan, seolah tidak ada apa-apa yang baik”…
Cuma yang pasti, ana kurang menulis tentang Jordan berbanding lokasi lain. Kurang menulis kerana sukar untuk menulis mengenainya. Sukar sebab, ana mengambil masa yang lama untuk mempositifkan semua yang berlaku. Bukan sebab banyak benda tak elok, tapi sebab banyak peristiwa sedih. Nak mempositifkan kesedihan, tidak semudah menulis tentang perkara-perkara yang menyeronokkan.
Saya juga sama seperti Sahabat Lama…Jordan sangat banyak mengajar saya erti kehidupan… dan hidup saya di Turki bukan alasan untuk memperlekehkan Jordan… yang baik disebut baik, yang buruk disebut buruk secara baik, supaya jadi teladan. Tetapi keruntuhan moral sesetengah warga Malaysia di Jordan, adalah suatu pencemaran kepada bumi Anbiya, yang hanya Allah SWT sahaja boleh memaafkan pelakunya”
Ustaz Hasrizal yang dihormati, semoga dirahmati Allah swt sekeluarga hendaknya…
Izinkan hamba mencelah, dengan izin tuan punya blog.
KEPADA SEMUA BLOGGER YANG DIKASIHI BERSERTA ORANG AWAM. Anda semua dijemput hadir ke :
“INTERNATIONAL ISLAMIC FAIR 2007 YANG AKAN BERLANSUNG ESOK DI PWTC,KL…DARI 27 -29 JULAI.
KEDATANGAN ANDA SEKELUARGA BERSERTA RAKAN TAULAN AMAT DIALU-ALUKAN. BERILAH SOKONGAN KEPADA SATU-SATUNYA PESTA ISLAM ANTARABANGSA YANG ADA DI BUMI MALAYSIA INI. SOKONGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENJAYAKAN PRODUK, PERKHIDMATAN DAN HIBURAN CARA ISLAM YANG KAMI ANJURKAN. PADA HARI SABTU MALAM AHAD NANTI PIHAK KAMI AKAN MENGADAKAN KONSERT CARA ISLAM BESAR-BESARAN DI MATRADE HALL, JALAN DUTA. KONSERT AKAN BERMULA PADA PUKUL 9 MALAM HINGGA 11 MALAM.
ANTARA ARTIS LUAR NEGARA YANG AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN ADALAH MUHAMMAD AL HUSAYAN DARI KUWAIT, MILOUD DARI FRANCE DAN AA’SHIQ AL RASUL DARI UK. KUMPULAN NASYID HIJJAZ JUGA AKAN TURUT SERTA. TIKET KONSERT BOLEH DIDAPATI DISANA ATAU DI PWTC REGISTRATION COUNTER. tq.
#Kepada Ustaz Hasrizal yang disayangi kedatangan saudara ke PWTC bersama famili, saya anggap sebagai satu tanda sokongan. Ana secara peribadi amat berbesar hati…
Ayuh kesana! SOKONG ISLAM! Macam-macam ada…
Brother Anwar Arabi
sila layari http://sabapersonalalbum.blogspot.com/ (weblog tak rasmi)
atau boleh terus masuk ke : .IIF4ummah.com atau .IIFportal.com
Brother Anwar Arabi | Homepage | 07.26.07 – 12:57 pm | #
tepat sekali apa yang ustaz tuliskan tu.. & peristiwa terakhir yang ustaz tulis tu pun masih berlaku….
dari dulu lagi saya tringin nak ke jordan..tapi bila baca pasal air tu bimbang plak hehe..jauh perjalanan, luas pengetahuan
owh..saya pernah transit di jordon dalam perjalanan ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah diberi kesempatan juga melawat beberapa tempat sekitar Amman. Antara perkara yang tidak dapat saya lupakan ialah, kenapa makanan org jordon masam (semasa makan di hotel)?hehe..wallahu’alam..:)
org jordan mmg suka makan yg masam2 , yg manis2, & diorg mmg pantang kalo pedas… hatta kalau pedas tu kita Malizi rasa “Alah, camni pun pedas ke?” pun diorg dah kelam kabut cari air minum…
just nak tanya.salah ke seorang perempuan pakai jeans? Bagaimana kalau dengan jeans itu memudahkan pekerjaan dan pergerakan dan bagaimana kalau ia juga hanya satu kebiasaan?
assalamualaykum wbt.
ustaz, terima kasih sebab tulis mengenai jordan. Saya suka baca tulisan ustaz, dan saya rasa lagi suka bila ustaz tulis mengenai jordan sebab kena tepat pada saya.
ustaz, saya bukan mahu bersikap ke`mantiqah`an, tapi saya tak rasa keadaan di Mu`tah sama dengan keadaan di Irbid, ataupun di mantiqah lain di Jordan. Saya rasa lebih banyak baik dari buruknya di irbid. Jadi, saya rasa lebih sesuai digunakan `cerita tentang Mu`tah` berbanding `cerita tentang Jordan`.
Ustaz, saya nak minta jasa baik ustaz kalau ada kelapangan untuk menulis mengenai tips-tips kejayaan kepada mahasiswa luar negara. Semoga kami menjadi orang yang berjaya macam ustaz.
Salam irbed,
Pada pendapat akak semua artikel yang ustaz tulis adalah tips-tips kejayaan kepada umat Islam. Akak tolong jawab sebab ada kemungkinan ustaz akan berdiam diri terhadap cadangan seperti ini. Untuk ustaz dan irbed, maaf atas sebarang kesilapan tanggapan.
ABU SAIF SAYS:
“I wish that everyone can read my unwritten message like Kak Ija does. Thanks Kak Ija…
“just nak tanya.salah ke seorang perempuan pakai jeans? Bagaimana kalau dengan jeans itu memudahkan pekerjaan dan pergerakan dan bagaimana kalau ia juga hanya satu kebiasaan?”
Sdri, cuba bayangkan situasi tu..ia berlaku di awal2 90an yang mana di Jordan budaya memakai jeans di kalangan wanita amatlah ganjil, nak-nak pakai jeans kan ke sinonim dengan pakaian yang menampakkan bentuk tubuh..dah aurat dah tu..memang merosakkan nama Malaysia..huhu
ABU SAIF SAYS:
“Ya. tips untuk membaca dengan betul ialah, baca dalam konteks artikel yang ditulis. Jeans tu dipakai oleh ‘ustazah’ di awal 90an yang mana rata-rata pelajar malaysia memakai jubah satu warna dan tudung labuh yang bulat. maka jeans adalah sesuatu yang sangat kontra pada zaman itu. even kalau tahun 2007 pun, seorang doktor pakai jeans, tak sama impression yang terhasil berbanding dengan ketua dewan muslimat atau ustazah di halaqah TV9 pakai jeans!”
Pasal jeans tu, saya rasa..cuba kita tgk dulu environmentnya. Kalau yg pakai jeans tu budak medik dan belajar di western countries spt di UK, mungkin tak jadi hal. Tp kalau study syariah/bidang agama dan belajar di timur tengah, tidak sesuai benar rasanya..bagaimana kita nak jadi teladan kepada anak atau adik didikan kita. lebih2 lagi suatu hari nanti kita maybe akan jadi tenaga pengajar/ pakar dalam bidang agama. Nak kata jeans perlu dipakai kerana cuaca sejuk, rasanya pelajar2 yg memakai jubah dan memakai seluar tights di dalam jubah lebih efisien dan tidak menghadapi sebarang masalah semasa belajar di UK atau Ireland. Di malaysia pun kita pakai baju kurung, kebarung ke mana2. Tak perlu pakai seluar jeans.
Rasanya ramai sahabat-sahabat Ex Jordan terutamanya ex-Mu’tah merasa za’lan apabila digambarkan Jordan @ Mu’tah semacam negatif saja. Mungkin kenangan pahit Akhi Hasrizal pada satu-satu peristiwa membuatkan beliau menulis seperti di atas. Bagi ana Muktah merupakan kenangan yang amat Istimewa yang tak dapat dilupakan walaupun terdapat peristiwa pahit…Tapi itulah kemanisan yang menjadi pengajaran kepada kita… Terasa amat rindu sekali untuk ke bumi mu’tah lagi terutamanya mengingatkan disitulah bersemadinya beberapa Syuhada Sahabat Rasulullah yang syahid pada peperangan Mu’tah… Bertapa tenangnya semasa berada di AlMazar Al Janubi.
Kalaulah syuhada’ di tepi rumah kita itu dihormati dan Ma’rakah Mu’tah itu dihargai, saya percaya Sirah pelajar Malaysia di Mu’tah, Jordan dan keseluruhan bumi Anbiya’ itu akan jadi berbeza. Ketika bumi itu dikotori oleh akhlaq kita dulu, berapa ramai yang segan dengan Jaafar, Zaid dan Abdullah, sebelum saya tanya tentang malu kita kepada TUHAN Jaafar, Zaid dan Abdullah?
Apa yang saya hadapi semasa tinggal di Mu’tah, memang personal dan saya mendepaninya pun dengan penuh sendirian dan penderitaan. Tetapi bukan itu asas keluhan saya. Kesedihan saya terhadap kenangan di Jordan adalah merujuk kepada semua catatan hitam kita dan rakan-rakan kita selama menumpang di bumi Isra’ wa Mi’raj itu.
Semasa saya mengambil subjek Tamadun Islam di Andalus, prof saya menegur sikap umat Islam… lantaran rindu mereka kepada Andalus, mereka hanya mahu mengenang keindahan Al-Hamra tetapi malas menganalisa segala jenayah moral selama mereka menghuni Semenanjung Iberia itu.
Jangan kerana kenangan manis dan rindu dendam itu, kita mudah lupa kepada catatan salah dan silap kita yang mungkin masih belum terpadam di sisi Tuhan.
Dan siapalah saifulislam.com untuk mengubah apa yang anda percaya tentang Mu’tah dan Jordan. Ia hanya nukilan peribadi seorang manusia bernama Hasrizal…
[...] saya menulis CERITA TENTANG JORDAN?, saya didatangi oleh beberapa email juga komen dari x-Jordan yang tidak menamakan diri mereka untuk [...]
takut pulak nanti ust marah sebab bincang pasal jeans aje. Tapi ada sape2 boleh datangkan dalil yg mengatakan wanita boleh pakai jeans?? Agama ini ikut perintah Allah dan sunnah Nabi Muhammad saw. Bukan ikut nafsu. Yg kata mudah buat kerja klu pakai jeans tu bukan dalil…tu nafsu…..bila iman dah tersangat dhaif mmg susah nak paham agama apa lagi klu nak amalkan agama. Ingat! Ilmu blh jadi penyebab hampir kepada Allah dan blh jugak jadi peyebab jauhnya seseorg drpd Allah. Bilakah ini terjadi…Bila ilmu diamal akan dekat kita dgn Allah…bila tidak diamal jadi jauh kita drpd Allah. Sebab tu yg mula2 masuk neraka ialah yg ada Ilmu tapi tak amal. Hari ni pun ramai ust asyik cerita penting ilmu tapi tak sentuh ttg bahaya klu tak amal..
Mu’tah Terlalu Istimewa..
Pasal jeans tu, saya rasa..cuba kita tgk dulu environmentnya. Kalau yg pakai jeans tu budak medik dan belajar di western countries spt di UK, mungkin tak jadi hal. Tp kalau study syariah/bidang agama dan belajar di timur tengah, tidak sesuai benar rasanya..bagaimana kita nak jadi teladan kepada anak atau adik didikan kita. lebih2 lagi suatu hari nanti kita maybe akan jadi tenaga pengajar/ pakar dalam bidang agama. Nak kata jeans perlu dipakai kerana cuaca sejuk, rasanya pelajar2 yg memakai jubah dan memakai seluar tights di dalam jubah lebih efisien dan tidak menghadapi sebarang masalah semasa belajar di UK atau Ireland. Di malaysia pun kita pakai baju kurung, kebarung ke mana2. Tak perlu pakai seluar jeans.
Ya.. saya sangat setuju… lebih2 lagi, KEJAB2 pakai jubah@telekung labuh, jumpa di tempat lain pula, balik malaysia contohnya PAKAI JEANS…yg mana satu pilihan dihati..???
lawak sampai guling2 beli bace artikel pasal joden…
saye hari2 kutuk arab joden…
sabar jelah….
kadg2 mereka melampau…..
Moga-moga sahabat saya yang berada di Jordan sekarang membaca artikel ni.
Akhi Shiekh….Ada tak artikel tentang Syria…
ABU SAIF SAYS:
“Unfortunately, saya tak dapat menulis apa-apa tentang Syria, sebab hanya singgah sehari en route ke Turki. Susahnya nak masuk Syria zaman tu…”
Salam…
Sayapun ex-Jordan. Memang dari dulu saya dah perasan Ust. Hasrizal tidak berminat bercakap mengenai Jordan berbanding Turki dan Ireland. Seperti kebanyakan ex-Jordan, Jordan tetap istimewa di hati-hati kami, mungkin sebab kita jumpa yang baik-baik saja atau mungkin sebab kita tidak berkesempatan ke tempat-tempat lain seperti Ust, jadi kita tak ada untuk dibandingkan. Apa-apapun, masing-masing ada citarasa sendiri, tidak adil kalau kita merendah-rendahkan apa orang lain suka. Kalau kita tak suka makan durian, jangan kata durian tak sedap, walhal dia raja buah Malaysia.
Harap lepas ni, Ust tak payah tulis lagi mengenai Jordan, pandangan Ust tu Ust simpan elok-elok dalam diri Ust sendiri sebab kalau Ust tulis jugak secara terbuka di sini, ia akan menyentuh hati orang-orang seperti saya yang mengharapkan kebaikan yang jauh lebih banyak di blog ini
ana cukup pelik begitu ramai ex-jordan yang begitu sensitif mengenai jordan. Biar mengakui apa yang dikatakan oleh ust hasrizal tetapi nampak seolah-olah tidak rela perkara tersebut disebut. Mungkin kerana tidak mahu ijazah dari jordan yang di pegang turun nilai sahamnya.
Saya rasa ust hasrizal sudah habis menggubah kata2 untuk mempositif perkara yang buruk.
Disini saya berasa amat kecil untuk bercakap kerana saya tidak pernah menuntut di luar negara dan saya tidak mampu untuk berasa tersinggung terhadap negara lain.
Hmm…
blog ni blog saya. Tak suka baca tulisan saya sila tekan button ALT dan F4. Saifulislam.Com bukannya “terbuka di sini”. Anda yang membukanya.
Sensitiviti yang tak kena tempat oleh x-Jordan menggambarkan kepada pembaca apa sebenarnya masalah ustaz-ustaz ni…. Besar egonya, sebesar statusnya yang dinikmati di dalam masyarakat. Menegur ustaz, sudah jadi seperti mengusik harimau yang tidur. Sungguh berisiko.
Walhal kita memang intentionally kacau harimau-harimau ni supaya mengaum dan keluar berburu, jangan tidur memanjang.
Untuk saya melihat buruk dan baik pada apa yang ada di Jordan, ia tidak perlu sampai saya kena ke UK dll baru nampak. Kebaikan dan keburukan bukanlah sesuatu yang terlalu abstrak. Manusia yang paling rendah akal pun boleh kenal antara ‘bunga’ dan ‘tahi’. Begitu juga dengan mahmudah dan mazmumah pada akhlaq.
Sesungguhnya komen-komen defensif x-Jordan hanya melengkapkan “CERITA TENTANG JORDAN” itu sahaja. Anda yang mendedahkan masalah JORDAN kepada pembaca-pembaca Saifulislam.com yang cerdik-cerdik belaka di sini.
Tidak ada sesiapa pun yang berhak untuk tentukan apa yang saya patut tulis dan tak patut tulis. Prinsip akhlaq yang saya pegang sudah cukup untuk menjadi panduan, sebagaimana saya juga mencadangkan semua orang untuk melakukan perkara yang sama.
I totally understand about people pushing to get on any public transport. It always happen in malaysia. Why cant people just form a line and wait for your turn. We all are in a hurry and always rushing. It doesnt make any difference anyway coz in the end you’ll end up being exhausted (pushing) and in bad mood. im currently studying in Adelaide and I love the people and the city here. There was one time I walked back home and I had to pass through king william street which is ‘the hub’ for busses from all direction. It was around five and obviously there were alot of business people waiting for the bus. It surprised me that there was a really long line. I thought some superstar was in town and they all wanted an autograph but it turns out they’re just waiting for the bus. It doesnt matter what bus ur taking, people just automatically form a line. I thought to myself, if only the malaysians would have this system in their mind then joy would spread all around. Its idealistic but its nice to look at it that way.
And the other day I was really anxious to get on the free bus that I didnt wait for people to get out of the bus. Then an old man came up to me and said “you know, you should wait for people to go out of the bus first. that would have been easier for both of us”. I was surprised and very embarassed. I still remember it until today.
About sekolah pondok: I really respect people who learn at sekolah pondok. In my opinion, I think they’re just the same as student who study at university.
Asssalamu alaikum
Izinkan ana memberi pandangan walaupun agak terlewat kerana baru sahaja membaca catatan ini.
Ana tak tahu apa tujuan us .hasrizal memaparkan kisah siswi yang pakai jeans dan keluar tengah malam pukul 12 malam.Harap2 bekas siswi tadi terbaca dan sedar akan perbuatannya salah dan bertaubat.
Dan ustaz akhiri catatan dengan sebab salah satu kes tadi beliau malas nak menulis tentang Jordan.Allahu ‘aklam.
Cuma kalau dapat difikirkan, timbul persoalan pada ana siapa siswi tersebut? Adakah siswi tersebut kuliahSyariah??? sebab dulu ada juga pelajar Msia yang ke Jordan ambil Perubatan dan bidang Ekonomi ( di Philadelpia University kat Amman) jadi harap pembaca jangan cepat pandang serong??? Kalau pelajar Syariah juga , ana rasa mereka ni tak dapat tarbiah , tak de usrah.Pergi Jordan kerana mak bapak suruh belajar. Setuju tak , wahai pembaca?
Ana perasan us Hasrizal tidak banyak menulis tentang Jordan ,apa boleh buat .Mungkin banyak peristiwa dan detik2 yang dilalui yang ” kurang enak ” pada dirinya yang memahat rasa kecewa dengan sikap pelajar Malaysia.
Disini ana ingin berkongsi dengan pembaca, alhamdulillah dengan kehendakNya , ana berada di bumi Urdun antara Ogos 1994- Sept 2000.Ana adalah generasi pertama Univ AlBayt yang ditentukan Allah berada di U yang baru, yang pokok-pokoknya hanya setinggi betis sahaja.Kami sampai penghujung musim panas 1994 , bayangkan merasai kepanasan yang berbeza dari Malaysia.
Sampai sekarang menjadi kenangan kpd ana, Us Hasrizal mendendangkan lagu Dataran Syam semasa AJK sambutan membawa kami dari Queen Alia Airport ke Suwaileh dan ana ditempatkan di rumah Us. Azhar Yaakob.
Pada ana , di Jordanlah tempat yang paling banyak mengajar erti kehidupan dan kematangan.Semasa di sekolah ana tidak pernah diberi peranan memimpin, bersyarah…tetapi selepas setahun ke Al-Bayt U, ana sudah diberi tanggung jawab termasuk dalam PRISMA( Persatuan Mahasiswa Malaysia U-AlBayt .
Dan pada hari, peluang ana belajar B.Arab di Jordanlah yang membolehkan ana berani tampil berkhutbah , berforum, berdiskusi ,berbahas (terakhir Bahas Bahasa Melayu 2007)dan biasa dicari untuk jadi mc majlis .Ana bersedia untuk memberi kuliah -kuliah dimasjid, rasanya kalau ana dulu belajar U dalam Malaysia belum tentu….. DiJordan alhamdulillah bakat ana yang dulu masa sekolah sifar..tetapi kerana sahabat2 selalu menolak kita kedepan , ada hasilnya .Kenapa ana berkata demikian sebab tak semua orang mampu bercakap dikhalayak ramai walaupun dia seorang peramah.
Teringat ana Ustaz Farid Rawi dan Ustaz Uda Kasim yang sekarang dikenali ramai ,dulunya mereka selalu dijemput mengisi program. pelajar Harap mereka tidak lupa kepada sahabat 2 yang berada di belakang tabir mengatur program.
Kembali kepada catatan Us Hasrizal, pada ana mungkin ada sesuatu yang menyebabkan catatan beliau demikian? Ana bersyukur kerana ditempatkan di Mafraq , utara Jordan . Oleh kerana kami generasi pertama, kamilah yang membentuk biah disana .Alhamdulillah gen 1994 dan 1995 kebanyakannya tiada masalah.Pada tahun 1995 pelajar Msia ke Jordan begitu ramai.
Apa yang disedari, (maaf kepada x Mutah U,) kalau ana di Karak/ Mutah mungkin ana pun pening. Sebab itulah rasanya Us Hasrizal kerap keluar ke Amman pada hujung minggu . Suasana di Mutah berbeza , sebab ramai siswa siswi disana adalah pelajar persendiriaan tajaan )(FAMA )- father and mother.Pada tanggapan ana bila ramai yang persendirian , ada yang ke Jordan kerana ibubapa ada wang , tapi anak mereka bukan nak belajar sangatpun. Sebab itu, maaf kata di Mutah kita boleh tengok pelajar Msia berbagai ragam feel dan pakaian ( bukan semua)
Semasa ana belajar dulu juga siswa-siswi di Muhafazah KARAK/ MU’TAH kadang2 suka bincang perkara khilaf sehingga bermasam muka dan timbul pelbagai cerita. Pernah ketika ana ke Mutah diberi artikel topiknya: Cara membasuh Ikan sebelum dimasak yang rasanya taklah besarpun tapi jadi isu ?? Hatta kadang merekani yang syabab bincang itu dan ini pasal fiqh , tapi tak tahu pula nak berhenti merokok! Pelajar persenderian abanyak menimbulkan imej kurang baik ( sebahagian pergi dengan result SPM yang sederhana ) Namun tidak dinafiakan ada yang kesana memang ikhlas menuntu ilmu.Pun begitu pelajar2 tajaan KPM, JPA da Yayasan Negeri pun yang atk bagus akhlak.
Apapun, pendek kata banyak perkara manis dan ada juga kenangan mengguris rasa dan jiwa. Namun yang kurang baik itu,, rasanya taklah perlu kita paparkan kepada umum.
Ya… pasa l sikap Arab, apa yang ana lihat ada aspek2 yang baik juga dikalangan Arab Jordan . Ketika ana di Mafraq, jarang bertemu orang2 Arab dewasa lepak direstoran seperti kita di Malaysia . Ana juga tak pernah bertemu Arab yang pondan atau maknyah..Di Mafraq kalau naik coaster atau bas , penumpang wanita sama ada muda/tua atau tidak mengandung mereka diberi tempat duduk, perkara ini masih jarang di Malaysia. Teksi kalau penumpang wanita duduk di kerusi belakang dan banyak lagi yang positif.Dikalngan pelajar Msia di U-AlBayt seorang pensyarah Dr. Solah Jarrar telah menulis satu kolum dalam akhbar Ar-Rakyu memuji akhlak pelajar Msia terutama akhawat…walaupun ada segelintir yang susah diajar . DiMafraq PRISMA tidak galakkan siswi tinggal diluar kampus U. dan mereka dilarang keluar selepas Magrib atas faktor keselamatan.
Setelah meninggalkan bumi Jordan hampir 8 tahun yang lalu, ana masih merindui bumi Urdun , tahun lalu kerap juga bermimpi berada di Amman , Suwaileh , Mafraq dll …ia sekadar mainan tidur.
Harapan ana kepada siswa-siswi Msia diJordan .. buktikan kepada Arab …oarang Melayu lebih baik bila kita berpegang kepada ISLAM..Arab tinggal Islam tiada apa..??Berdakwahlah billisan wa bil haal.Kepada pelajar perubatan di JUST dan lain2 pelajar Urdun bumi Anbia . Jangan anda cemarkan kebaikan abang2 dan kakak anda selama ini . Sesungguhnya ribuan graduan Jordan sedang menabur bakti dibumi Malaysia dari Perlis ke Sabah. Wassalam
sekali lagi ana berasa kerdil kepada mereka yang graduate oversea.(pls read in between the line) . Ust Hasrizal ana cadangkan mulai hari ini tulis mengenai Malaysia dengan cara yang paling manis, paling molek, paling cantik. InsyaAllah tiada siapa marah. Malah ‘ramai’ yang suka. Mungkin juga akan ramai yang nak termuntah
“Ukhwah persaudaraan islam itu begitu indah.Atas nama islam,kita berwehdah.Syukran jaziilan.”
“Keberkatan dan kemanisan perjuangan,hanya untuk mereka yang sanggup berjihad dalam kepayahan,mampu bekorban dalam tangisan,dan rela imannya diuji dalam keperitan..” ~(juga pesanan buat diri insan yang menulis ini sendiri..)-salam perjuangan buat ustaz hasrizal sekeluarga di kala penghujung syawal.
pengalaman yang ustaz nukil, sebijik macam yang pernah ustaz ana ceritakan.
namanya beliau Ustaz Anuar Musyaddad Lokman.
ust kenal?
salam..
abu dzahin org yang paling lambat baca artikel ustaz hasrizal tentang cerita pasal Jordan.. walau apa pun, sebagai x-mu’tah student..terasa terpanggil utk berkongsi sebaris dua rasa dan resah..mungkin rindu dan kenangan semasa di mu’tah.
Abu dzahin kenal ustaz Hasrizal..kenal hati budi..faham apa yang dimaksudkan ustaz dalam artikel ini, bukan kerana sedikit pengalaman pahit( dulunya ) semasa di mu;tah..tetapi rupanya yang pahit itulah yang terlalu manis untuk dikenang.
Syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan kerana memberikan hadiah mu’tah yang istimewa kepada abu dzahin utk merasai nikmat hidup suka dan duka di bumi mu’tah..biarpun mu’tah tidak sehijau edirne di utara turkey dan penduduknya tidak seramah keluarga ahmet di bolvadin.. namun, mu’tah menyimpan seribu pengalaman..
takdir Tuhan yang Maha Tahu..yang tersurat dan tersirat, pentas hidup abu dzahin selalunya tempat yang pada mulanya bukan pilihan abu dzahin sendiri..bermula di zaman sekolah..alam universiti..alam kerja… namun apa yang dilalui..membuatkan iman dan yakin pada Allah makin kuat dan teguh..Allahlah segala2nya..ketentuan Allah yang terbaik..rupa2nya yang bukan pilihan pertama bagi perkiraan kita yang serba tak tahu ini..itulah yang paling hebat. Itulah yang abu Dzahin belajar tentang mu’tah..bukan hanya bumi yang penuh dengan barakah..tetapi bumi yang menyimpan rahsia suka duka..pengalaman dan keindahan yang tidak pernah bercetak.
Setiap kali ummu dzahin bertanya pelbagai soalan, terutama bila membuka album abu dzahin semasa di mu’tah..abu dzahin akan teringatkan pesanan Dr.Abdul Rahman al-kilanni..semasa hari2 terakhir berada di urdun,seorang pensyarah di Fakulti syariah un. mu’tah..biarpun abu dzahin bukan dari fakulti syariah..hubungan yang rapat dgnnya menyebabkan pesanannya sentiasa menjadi ingatan..”ceritalah yang baik2 tentang urdun bila berada di negeri sendiri…” pesanan ini sentiasa hijau di ingatan abu dzahin.
wasalam
oh, betapa rindunya pada bumi urdun! ingin terbang ke sana…… jika ada hayat, ingin kuulangi detik2 di sana
ust boleh ceritakan dgn lebih lanjut ttg university zagazig di egypt.ceritakan suasana disana. kerana sy ingin melanjutkan pelajaran dlam bidang perubatan di sana.terima kasih.
Salam hakim,
Ustaz abu saif tak pernah ke Mesir. So, saya tak pasti sama ada abu saif blh jawab soalan saudara…
Assalamu Alaikum
Dear Brother Hasrizal
How are you Brother? I miss you very much.
I am very happy to see our pictures here in your web site. Thank you very much. I wish to see you again.
Please note my contact informations.
Tel : 00 90 216 364 63 21
fax : 00 90 216 364 63 23
mobile tel : 00 90 532 360 70 42
e mail : exporterline@yahoo.com
Best Regards
Abdullah Koçyi?it
Assalamualaikum,
buat semua akhawat Irbid 96-2002 KPM, salam ukhwah , semoga kenangan kita bersama di bumi urdun akan kekal dalam ingatan selagi hayat dikandung badan.
Syukran Urdun di atas ilmu yang terbentang luas…
salam..jari ini terus saja menekan klik pada artikel ini setelah membaca tajuknya.memang sah budak jordan!hihi..saya baru sahaja menamatkan pengajian di sana.dan dalam tempoh menunggu saat untuk pulang ke tanah air,ramai adik-adik yang bertanya,”macam mana?banyak tak pengalaman di bumi jordan ni?”saya lantas menjawab,”cukup banyak.yang manis,yang pahit.hmm..banyak juga yang pahit.”tapi apapun,saya memandang segalanya dari sudut yang positif.moga-moga kita jadi mu’min yang lebih kuat melalui pengalaman yang diperolehi.insyaAllah..(baca komen-komen di sini yang ramai juga dari jordan membuatkan saya rasa seolah-olah reunion pula:)
Assalamualaikum…
sy baru sahaja mengenali website ini dan 2 buah buku tulisan ust. amat menarik, bagus dan ada isi tersurat & tersirat yg berguna. Bila baca ttg Rindu Bau Pohon Tin cukup seronok & menarik. Cume pada mereka yg menghentam cara ust. bercerita itu jgn la emo sgt. Pada pendapat sy lontaran & kt2 ust. memberi input utk berfikir, berigt & pentarbiahan. cube tgk buku beliau ada menulis Travelog Tarbiah. Klu nak ktuk kat Malaysia pon blh. Tp disitu nilainye ust minta mrk yg belajar ke Jordan atau mana2, spy istiqamah dlm ilmu yg dipelajari. kaut sebanyak mungkin ilmu disana. Sy bukan la pelajar lulusan aliran agama & tak tingggi mana pon. Blajar pon tak jauh mn & x pnh dpt jauh2. cuma lulusn diploma kejuruteraan sahaja & bekerja lain bidang. klu nak dibandgkan ilmu Islam ni tdk setebal mn, cetek je. Cuma igt, matlamat kita hidup didunia ini adalah 6M= menegakkan, memperjuangkan, mencari,mempelajari, mengamalkan & menyebarkan Islam. Dunia ini utk bekalan disana.
Kepada ust. teruskan penulisn. Walaupon terdapat kirtikan yang pelbagai itu adalah lumrah kehidupan. kerana setiap yg membaca tidak sm sudut pemandanganya. Syukran Ust. penulisan ini mmg memberi semangat membina walaupon sy x merasainya dengan nyata.
salam ustaz dan saudara semua,
1-ustaz sedar tak sahabat yang ust rindui ada bagi contact terkini dia kat dalam ni?semoga ust dapat ubati kerinduan pada akhi abdullah tu….
2-ust tulislah perasaan ustaz tu,memang bangsa arab ni samseng gila.coaster pun terbalik!nak pelik apa ustaz,queen rania tu macamana pakaiannya?suami dia muncul dalam youtube bergelak ketawa dengan pemimpin yahudi sambil tepuk perut dengan mulut nganga,kepala ke belakang terbahak bahak ketawa….tajuknya shater shater yang saya percaya bahasa perli ditujukan pada suami dia.shater tu kan bagus maknanya.
3-saya banyak pengalaman dengan bangsa asing kerana bisnes kecilan,dakwah,silaturrahim,ziarah,musafir dan sebab saya kawin dengan seorang jurutera dari mesir.memang jahat la arab arab ni sampaikann suami saya pun meluat orang arab sendiri!
4-tapi saya tetap jalinkan ukhuwah sebab ramai yang baik dari yang tidak yang sudi berbaik dengan kami.
5-saya berdebat dengan arab mesir sebab penindasan pada wanita,haiwan dan anak perempuan sampai rasa nak tembak depa.
6-saya faham perasaan ustaz,tapi ustaz mungkin tak dapat selami jiwa saya sebagai isteri bila cakap bab bangsa biadap ni….saya pun terkejut keluarga suami lemah lembut dan perlahan suaranya berbanding cerita cerita orang tentang arab.dan suami saya lembut tertib.tu yang terkejut sampai nak bunuh arab ni….adoiiii ustaz, ustaz zaharudin kata hanya arab syria dan moroko yang lembut dan hormat bangsa asing.
7-kita melayu ni taat pada rasul.china dapat islam direct dari sahabat.melayu dapat islam sekadar dari saudagar dan ulama saja pun dah seluruh empayar masuk islam tanpa soal! punyalah baik tapi arab,islam turun tepi tangga dia,quran turun dalam mulut dia,nabi dan rasul darah daging dia .pun ditentangnya!memang samseng.jadi pujuklah hati ustaz agar dapat ubati rasa terguris tu….bukan ustaz je sedih.saya faham hati ustaz….
8-lastly ustaz doakan saya menetap dimadinah sampai kiamat dengan iman yang selamat…
salam, ustaz saya nak bertanyakan tentang suasana di universiti yarmouk..memandangkan tunang saya baru melanjutkan pelajaran ke sana pada 29.09.09
Assalaamualaikum
Tertarik dengan tajuk artikel di atas tentang Jordan. Tertarik juga dengan komen-komen yang diberikan. Oh,ya…salah seorang komentor di sini,Ibnu Za ada menyatakan Yg Berhormat Tuan Guru Nik Aziz pernah melawat pelajar-pelajar di Jordan, tahun 2002. Saya pernah mendengar bahawa ada seorang pelajar Malaysia yang pernah mengarang sebuah syair Arab khusus kepada Tn Guru Nik Aziz. Berita itu tersebar luas di Malaysia tatkala itu. Dengar khabar juga, pelajar itu adalah satu-satunya pelajar Malaysia yg berkebolehan mengarang syair Arab.Saya tidak pasti berita itu, kerana tidak pernah pula dipaparkan syairnya kepada Tn Guru itu di mana-mana.
Oleh itu, saya hendak kepastian daripada Us.Hasrizal dan rakan-rakan di sini yang mengetahui berita itu. Adakah benar berita itu? He’s the only Malay student in Jordan who can write Arabic poem, really?