ATN Drama vs Buku: Tajuk Serupa Tetapi Tidak Sama

April 9th, 2010 by Abu Saif 3:32 am | 11,658 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

Semenjak sebulan dua yang lalu, saya semakin kerap diajukan soalan yang bertanyakan tentang sebuah drama bersiri bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA di ASTRO PRIMA 105.

Apakah drama tersebut berdasarkan buku saya yang mempunyai tajuk yang sama, AKU TERIMA NIKAHNYA?

Drama Aku Terima Nikahnya yang diarahkan oleh Saudara Saipul Bahari Othman, diterbitkan oleh Layar Consult Sdn. Bhd. Skripnya ditulis oleh guru skrip saya, Ustaz Zabidi Mohamed. Drama komedi 13 episod ini sudah beberapa kali ditukar tajuknya, tetapi pihak Layar Consult Sdn. Bhd. mencadangkan tajuk Aku Terima Nikahnya sebagai tajuk muktamad untuk drama ini.

Ia adalah sebuah drama yang berdiri sendiri, berdasarkan garapan penulis skrip dan pengarah, bukannya berdasarkan buku saya yang kebetulannya mempunyai tajuk yang sama, Aku Terima Nikahnya.  Mungkin kekeliruan timbul kerana Layar Consult Sdn. Bhd. adalah syarikat bersaudara dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku saya.

Perkembangan berkaitan dengan drama tersebut boleh dibaca di blog Ustaz Zabidi Mohamed.

Situasi seperti ini juga pernah berlaku apabila drama Tersungkur di Pintu Syurga yang tersiar di Astro Prima baru-baru ini. Ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan buku tulisan Ustaz Zabidi Mohamed dengan tajuk yang sama, Tersungkur di Pintu Syurga.

Semoga setiap karya yang dihasilkan dengan maksud yang baik kepada umat diberikan Taufiq oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Maaf Saya Tidak Suka Buku Ustaz! Ketika saya kehilangan momentum menulis, ada sahaja benda menarik yang...
  2. Sidang Media Drama CINTA SEMPURNA Alhamdulillah, penggambaran drama CINTA SEMPURNA berjalan lancar. 300 orang warga...
  3. Sesi Ramah Mesra di Pesta Buku Terima kasih kepada seluruh pembeli buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Genap...
  4. FITRAH: Dari Blog ke Drama TV Saya bukan penulis skrip. Saya memang tidak pandai menulis skrip....
  5. Saya Tidak Suka Buku Ustaz Sebab… Begitu banyak pandangan dikongsi bersama oleh pembaca selepas saya siarkan...

Advertisement

17 comments

  1. pak din says:

    Semoga setiap karya yang dihasilkan dengan maksud yang baik kepada umat diberikan Taufiq oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.

    • pak din 31 says:

      ” … asyik cerita bab kahwin , sampai terlupa bab dakwah. saya kira itu agak tersasar dari matlamat kita diutuskan ke muka bumi ini.”

      Kalau seseorang berkahwin pada usia 25, dan hidup sehingga usia 60 (ikut Sunnah Nabi) bermakna 75% dia hidup berkahwin (10 tahun kehidupan awal belum baligh)

      Pentingnya bab nikah kahwin, tidak dapat difnafikan dan usha Ustaz meningkatkan mutu perkahwinan adalah antara usaha yang sangat murni.

      Perlunya juga mengembangkan minda, ialah melebarkan cakupan perkahwinan itu, kerana ia bukan isu hari nikah sahaja tetapi, melibatkan ‘damai dan perang’ di hari-hari seterusnya.

      Maka kahwin ialah isu penserasian, mula dengan dua alien dari planet berbeza, kemudian bagaimana untuk mencari penserasian untuk TERUS HIDUP BERSAMA dalam perbezaan.

      Apabila kahwin itu menjadi hanya menghisap madu, maka pasangan berebut memilih hakim untuk berpisah, setelah awalnya berebut memilih wali/saksi untuk bernikah.

      Index 5

  2. aini308 says:

    Tapi apa salahnya jika karya tuan difilemkan atau didramakan, jika ia menandatangkan kebaikan.

  3. Kak Ija says:

    Salam ustaz,

    Memang sejak buku ustaz keluarga kami sentiasa menjadikannya hadiah perkahwinan. Suami akak sedang menikmati buku Bercinta Sampai Ke Syurga menjelng ulang tahun kami yang ke 12 (he3, saje je nak nyakat org2 yg tension baca crite2 mcm bagus nih, akak terbaca seimbas lalu entri yg terbaru psl org2 meluat)

  4. rohul says:

    saya dah beli 2 naskah. satu untuk saya lagi satu pun untuk saya.

  5. asyraf says:

    sahabt saya memperkenalkn buku ni..pada mulanyer sy pikir hanyalah cter jiwang2..hehhehe…tp..ternyata salah…btol2 membuka minda sy,pikir dluar kotak….lebey2 lg tentang msalah couple yg melanda remaja kini,termasuk majoriti sahabt sy…. kini,sy byk promote kat shabat sy yg laen…tq ustaz..harap dpt teruskan lg berkarya demi kejayaan kter bersame ddunia dan dakhirat…

  6. salam.. walaupun sering mengikuti artikel-artikel di saiful islam.com, saya tak pernah baca walaupun sebuah buku ustaz hasrizal.
    teringin nak dapatkan satu, tapi saya di Mesir, sukar pula nak dapatkan.. :(

  7. naimisa says:

    Ini salah satu strategi pemasaran sebenarnya.

  8. Umar al Khattab says:

    walaupun ada nilai market strategi, saya nak tanya juga..akan harga buku “Aku Terima Nikahnya”..belum sempat ditemui..walau beberapa kali ke kedai buku tapi selalu terbeli buku yang lain…
    Buku yang baik perlu segera dibaca…

  9. dzuha says:

    Salam ustaz,

    Tak timbul ker isu Intelectual Property (IP). Last time, ada timbul isu McDonald saman restauran makanan McCurry(sebab pakai istilah Mc). Ana pun hampir confuse sebab dok cari jugak, celah mana jalan cerita nie nak samakan dengan artikel2 ust sebelum nie.tapi tak jumpa. Anyway, cerita itu ada banyak manfaat diselang seli dengan komedi sikit2. Moga usaha agama Allah ini terus berkembang dari masa ke masa.

  10. Mohd Syazwannuddin says:

    buku aku terima nikahnya saya fikir bukan tentang cinta antara lelaki dan perempuan tetapi cinta ibu bapa terhadap anaknya

  11. pak din 31 says:

    “Ia adalah sebuah drama yang berdiri sendiri, berdasarkan garapan penulis skrip dan pengarah, bukannya berdasarkan buku saya yang kebetulannya mempunyai tajuk yang sama, Aku Terima Nikahnya.”

    Dalam kehidupan semasa (sekarang) isu harta intelek menjadi keutamaan untuk dilindungi, akibat dari penerimaan kita kepada nilai Barat bernama kapitalism.

    Ada perbezaan ketara antara harta intelek mengenai cara kerja manusia (makhluk) atau Arts, dengan Carakerja Tuhan (Khaliq) atau Sains.

    Menjadi satu kehairan, kiranya isu harta intelek, yang telah menjadi tongak bangunnya kapitalism, juga diserapkan di dalam pembikinan media tarbiah (film, elektrnik atau cetak) yang melibatkan Agama (bertujuan mengenal Allah)

    Di satu tangan lain (on the other hand), penelitian akan memaparkan ada hubung-kait rapat Arts dan Sains, dengan peringatan bahawa kita harus membudayakan Seninya Carakerja Allah, yang asasnya ialah Sains.

    Sekali lagi isu keseimbangan dan penserasian amat perlu dalam kehidupan, antara meniru bulat-bulat (taklid) atau tiru untuk berkat (iktibar).

    Index 5

  12. naz says:

    salam ‘alaikum..
    saya setuju dengan perkongsian dari Pak Din..
    cerita sekarang lebih fokus kepada isu rumah tangga sahaja.Permasalahan asas (akar) dalam masyarakat kita masih belum disentuh secara sepenuhnya. semoga pada masa akan datang, drama-drama dan cerita di layar perak berjaya mengorek asas permasalahan masyarakat Islam di Malaysia ini. kepada aini308, Pak Din tak cakap pun drama yang ada sekarang ni salah, cuma perlu di perkemaskan lagi objektifnya seperti pandangan yang saya cakapkan tadi. Allahu a’lam..

    • daing says:

      Assalamualaikum…

      saya rasa fokus rumahtangga amat perlu masa kini kerana
      1) Ia selaras dengan. firman Allah SWT yang bermaksud ” Wahai Orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari Neraka”.
      2) Untuk mengubah masyarakat(macro) harus bermula pada diri sendiri, rumahtangga sendiri (micro) kerana jika masing-masing memelihara keluarga mereka insyaAllah penyakit masyarakat boleh diubati. Disebabkan fitanh akhirzaman yang dahsyat di masa kini.
      3) Keluarga yang diberkati Allah merupakan contoh tauladan pada keluarga yang lain (kaedah dakwah sebenar)
      dan lain-lain tentu sdr/sdri Naz boleh fikir sendiri..
      Ini tidak bermakna kita mementingkan diri sendiri sama sekali tidak.

      Namun para pendidik sperti ustaz sentiasa membimbing masyarakat melalui ceramah dan tulisan mereka..Wallahua’lam itu yang saya faham

  13. naz says:

    walailumussalam daing..
    ok baik saya terima pandangan daing. sebelum itu,fokus kita disini sekarang adalah untuk ‘memfokuskan’ lagi KONSEP DRAMA di television. harapnya, perbincangan kita ini nanti tak melencong ke arah lain pula. baik saya tak bantah pun drama di television cuma saya harap drama yang ada di television itu jalan ceritanya lebih realistik, tidak dramatik sangat. Biasanya cerita di television hanya memfokuskan masalah cinta dikalangan hero dan heroin, tak kiralah konsepnya ISLAMIK ataupun TIDAK ISLAMIK. jadi disini saya hanya mengharapkan drama Malaysia di television itu lebih realistik. Konklusinya saya tidak bantah drama di Malaysia cuma mengharap konsepnya lebih realistik. Contohnya cerita Kun Fayakun (drama Indonesia). Ustaz boleh saya tau macam mana nak upload drama Kun Fayakun kat Ustaz supaya dapat di buat rujukan. Wallahu ‘alam.

  14. hubahuba23 says:

    ustaz. saya baru khatam aku terima nikahnya, yang dibeli pada IBFKL2010 yang lepas. sangat banyak manfaat dan membuka minda. ada cerita yang lucu, tak kurang juga yang sangat menyentuh hati. semoga lebih ramai lagi orang yang akan membaca buku ini, dan mendapat manfaat, terutamanya dalam menghadapi kehidupan setiap hari.

  15. Nurcahaya says:

    Salam..

    Saya ada terlihat naskah2 tersebut..InsyALLAH..Saya akan memilikinya kelak…

Leave a Reply