
“Macam Abu Saif sendiri pun pengunjungnya juga bukan semua sukakannya. Ada yang meluat bila nampak nak tunjuk terlebih pandai..serba serbi tahu. Itulah hakikatnya, banyak blogger sekarang menulis pun niat tak betul, nak popular… tunjuk bagus.. Pembaca menilai ikut naluri masing-masing… adakala tepat adakala prejudis. Saya sendiri pun adakalanya begitu bila membaca blog ini (Ummusaif.Com) dan Saifulislam.Com. Sesetengah topik jadi meluat. Bukan sengaja nak meluat… tapi naluri timbul sendiri hasil dari pembacaan…ramai yang begitu.” - petikan komen di Ummusaif.Com.
Saya tidak berhajat mahu memberi sebarang ulasan tentang isi kandungan komen di atas. Komen seperti ini datang hampir setiap hari.
Tetapi apa yang ingin disentuh adalah tentang satu persoalan yang boleh menjadi titik muhasabah buat diri saya dan kita semua.
Seandainya penulis komen itu berdiri di hadapan saya, apakah beliau akan bercakap perkara yang sama dengan telus seperti itu?
IDENTITI TERSEMBUNYI
Keunikan medan internet, ialah pada kemudahan menyembunyikan identiti. Kita boleh menulis, memuji, mengkritik, malah menghina dan memfitnah, tanpa perlu bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis. Adakalanya apa yang ditulis itu sangat besar kesannya hingga boleh mencetuskan mudarat ke atas mangsa. Tetapi pemangsa tidak perlu peduli tentang hal itu kerana identitinya selamat terselindung, terutamanya apabila komen ditulis dengan identiti dan email yang tidak benar, atau menggunakan perkhidmatan hosting blog percuma seperti di Blogspot dan WordPress.
Bercakap sesuka hati di internet di sebalik penyamaran identiti memberikan satu bentuk kebebasan yang hampir tidak pernah dikecapi di sepanjang sejarah manusia. Biar pun setiap negara mempunyai akta-akta yang digubal untuk menguruskan kebebasan ini, ruang terbuka yang bebas lagi percuma itu terlalu gergasi untuk ditundukkan oleh sebarang bentuk kawalan.
RACUN YANG MEMUSNAH
Kita sama-sama dapat melihat bagaimana sebuah dinasti pemerintahan, sebuah parti memerintah, sebuah gerakan Islam atau public figure menempuh pengalaman-pengalaman luar biasa yang tidak pernah dialaminya sebelum ini, hingga membawa sebahagiannya menjadi telur di hujung tanduk. Semuanya gara-gara lontaran bicara di medan internet yang sangat besar kesannya kepada pihak yang dituju.
Penyembunyian identiti boleh memberikan rasa gagah yang luar biasa kepada seseorang. Perasaan itu yang sebelum ini lebih ketara dikecapi oleh pembunuh bersiri yang menikmati setiap kemusnahan yang berjaya dilakukannya tanpa pendedahan identiti, kini mampu untuk turut dirasakan oleh mereka yang menulis di internet. Penyembunyian identiti di internet adalah suatu peluang baru yang datang secara percuma untuk kegunaan manusia.
TERSELAMAT?
Tetapi, sejauh manakah seseorang itu terselamat daripada tanggungjawab?
Renungilah sepotong pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ini:

Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah tetamunya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Akta-akta masih lemah pada mencari pemangsa.
Namun bagi pemangsa yang Muslim, yang bersyahadah dengan kalimah Tauhid, renungilah amaran Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja…”
BERIMAN KEPADA ALLAH
Lupakah dia itu kepada Allah?
Tuhan yang Sami’ dan Basir, yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.
Apabila seseorang itu mahu menterjemahkan nafsu amarah, rasa hasad, benci atau apa-apa sahaja ekspresi yang negatif kepada bentuk tulisan, di manakah dia ‘meletakkan Allah di dalam pertimbangan’? Bakal mangsanya tidak akan tahu. Tetapi lupakah dia kepada Tuhan itu?
Tuhan yang Maha Memerhati, Meneliti, Mendengar, lagi Menghitung setiap butir huruf dan perkataan yang diluahkannya?
Seseorang yang beriman kepada Allah tidak akan terlajak menggunakan kebebasan menulis dan penyamaran identiti.
Mangsanya tidak tahu. Tetapi Allah Maha Tahu.
BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Setiap kali jari menaip, huruf-huruf yang keluar itu semuanya pasti menjadi satu antara dua. Sama ada ia menjadi pahala yang membekal diri menuju Syurga, atau menjadi butir bara dosa yang menyalakan api Neraka. Tiada yang pergi bagai debu tanpa sebarang nilai.
Dia sudah lupa akan apa yang telah ditulisnya semalam.
Tetapi Allah tidak lupa.
Dosa dan pahala sudah terakam.
Akhirat menanti dengan janji balasan.
Seorang manusia yang meyakini Akhirat sebagai negeri menerima balasan amal, akan berfikir dua kali sebelum jari jemarinya menterjemahkan ekspresi diri kepada tulisan di blog sendiri, di blog orang lain, atau di mana-mana.
KESAN SALAH GUNA
Penyalahgunaan kebebasan beridentiti di internet menimbulkan beberapa kesan yang serius ke atas Iman seseorang. Antaranya:
- Menyemai sifat tidak bertanggungjawab ke atas perbuatan.
- Menyemai sifat pengecut kerana tidak berupaya untuk bersemuka menyatakan pendapat.
- Menyemai sifat Nifaq atau bermuka-muka antara sikap online dan sikap offline.
- Menghakis imannya kepada Allah.
- Menghakis imannya kepada Hari Akhirat.
Justeru, beringat-ingatlah kita setiap kali memindahkan rasa kepada kata.
Sama ada ia menjadi pahala, atau berubah menjadi dosa.
Renungi firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” [al-Nisaa' 4: 114]
Bertaqwalah kepada Allah.
Berkatalah yang baik-baik.
Atau diam itu lebih menyelamatkan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Salam.
Mungkin sesetengah post yang telah di baca terkena batang hidung orang yang tidak puas hati. Tapi dia tak ada keberanian untuk berkata depan-depan dan menyembunyikan identitinya
Tidak semua orang akan puas hati dengan kita. Tapi, doa sahaja pada Allah agar orang tidak puas hati tersebut di lembutkan hatinya supaya tidak timbul hasad dengki yang melampau kelak.
salam,
kdg2 kita terpaksa mentup telinga utk maju kehadapan.
apa lah nk dikira sgt dgn pandangan manusia daripada pndangan PENCIPTA.
Assalamualaikum ustaz, ingin saya menambah sedikit ulasan ustaz
Apa yang ustaz katakan di situ bukanlah bererti tidak langsung boleh mengkritik, tetapi dalam hal situasi itu, ia menimbulkan prasangka dan fitnah yang buruk.
Semua orang bebas mengkritik.
Tetapi mengkritik ada juga adabnya, fahami dahulu sebagaimana yang disebut nabi;
Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya dan tidak mengecewakannya (membiarkannya menderita) dan tidak merosakkannya (kehormatan dan nama baiknya). [Hadis Riwayat Muslim]
Penyakit ‘anonymous’ yang destruktif ini kadangkala memang macam tulah ustaz. Tatkala ada post yang menyetujuinya, dia diam sepi mengangguk. Tetapi apabila ada hal lain yang menyalahi dan mengganggunya,
Dia MELETUP.
Tidak ada yang konstruktif.
Ibarat datang berkunjung ke rumah dan mengkritik rumahtangga orang. Lalu dia pergi beredar puas.
Terima kasih ustaz memberi tahu.
@Akmal Hakim,
Terima kasih atas komen akhi yang tepat dengan apa yang cuba saya sampaikan.
Err, yang lain pun bagus juga
@Akmal Hakim,
Salam,
Saya amat berpuas hati membaca komen anda yang singkat ini tapi amatlah bernas!
Post abu saif kali ini membuatkan saya terpanggil untuk meletakkan nama sebenar saya sebagai pengomen disini
(tak pernah dibuat)
Terima kasih atas post yg banyak memberi peringatan ini
“Berkatalah yang baik-baik. Atau diam itu lebih menyelamatkan…”
Terima kasih.
kadang kala cakap2 orang boleh jadi titik reflection untuk diri kita..Tapi kadang2 terlalu takut pada kata2 orang buat kita statik pada satu titik tanpa kemajuan..
Moga kita tahu apa yang terbaik..
Jazakallah…Post ust hari ini sedikit sbyk menenangkan jiwa saya…Kita ada Allah, Allah akan menjudge segala-galanya..
sejak kebelakangan ini, sesak memikirkan sikap manusia bila hilang adab dan tercicir sikap..apatah lagi bila kita yang terkna…
Apakah manusia itu lupa..setiap manusia itu juga ada kelemahan.. Yeap blh menegur tapi biar kena caranya..
Moga Allah ampunkn kita andai ada slh bicara dan tertingkah kata..
@sinar,
saya suka ayat awak “kita ada Allah..”
@aelin,
semua sedia maklum…
ana mengingatkan shj… =)
@sinar,
menjudge
tersedak dewan bahasa dan pustaka
gurau sahaja
@Abu Saif,
=) mungkin satu hari nanti bakal dimasukkan di dalam silibus DPB…
InsyaAllah…nanti ana kena lebih berhati-hati agar DBP tak tersedak lagi..
Kalau mereka tak setuju, biarkan saje.. Niat yang baik untuk berkongsi ilmu memang kadang-kadang disalah erti…
Mungkin dia tak puas hati entri Abu Saif kena batang hidung dia… Wallahu ‘alam…
~Mungkin kerena berbeza fahaman dalam sesetengah hal menebabkan dia tak puas hati…
teruskan dakwah Abu Saif~
Assalammualaikum,
Saya fikir.. kita abaikan sahaja dia ustaz. Abaikan saja.
@Cik Som,
kadangkala bibir bertutur ‘abaikan’ tapi hati?
Setiap kerja perlu dipertanggjawabkan. Akhirat kita tidak akan terlepas.
Aantara etika komen. Bubuhlah nick name(kalu tak nak guna nama sebenar). Paling baik kalu sertakan sekali blog atau emel untuk dihubungi. Tunjukkanlah sedikit rasa tanggungjawab terhadap komen anda.
@joe pg,
indeed. itulah yang saya maksudkan di dalam artikel ini.
Salam.
Terima kasih atas perkongsian komen. Apa yang Akmal sebut di atas tu, dekat dengan maksud yang cuba saya sampaikan melalui artikel ini.
Artikel ini bukan keluhan atau luahan rasa kecewa tentang kritikan tidak beradab yang diberikan contoh di awal artikel. Jauh sekali meminta simpati.
Tetapi saya cuba menganalisa artikel tersebut dari sudut kesannya ke atas iman si pemberi komen.
Saya telah, sedang dan akan terus mengabaikan kehadiran komen sebegitu saban hari. Tetapi yang mahu dikongsikan ialah peringatan kepada kita semua bahawa apabila kita komen bukan-bukan di mana-mana blog, perbuatan itu mencederakan iman kita, sebelum ia mencederakan perasaan orang yang dihentam.
@Abu Saif,
saya pasti komen-komen begitu tidak menjadi kudis untuk ustaz terus berdakwah..insyaAllah
Salaam Ustaz.
Banyakkan bersabar. Orang macam tu diiktiraf wujudnya – siap ada term spesifik lagi: “keyboard warrior”. Pakai keyboard beranilah dia. Kalau berhadapan, menikus pijak semut pun tak mati. I have come across a few people like that. DI Internet cakap berapi, bawa berjumpa Ya Rabbi nak extract one greeting pun susah…
wah~ saya juga pernah terkena. Agak memberi kesan juga. Tapi, akhirnya saya tahu siapa dia yang pengecut tu. Mungkin cemburu kot.
Ust,
salam dan selamat menanti awal Muharram (advance beberapa hari).
Interactive communication yg hampir tiada limit spt i-net ini memanglah gitu, kekadang senang org terasa, terguris, termeluat, kerana yg ditulis dan yg membaca penulisan kekadang tidak dari kelompok pemikiran yg sama.
tapi, dengan yakin kita pegang bahawa, segala yg kita tulis, komentar atau entry, akan kita dipertanggungjawabkan di hari Perkiraan nanti.
Ustaz,
sejak saya baca komen budak tu di Ummusaif.com bbrp hari lepas, ayat-ayat dia yg berbaur kebencian tu berlegar-legar kat kepala saya ni. Saya cuba nak cari cara / susun ayat buat menyedarkan dia yg terang-terang tak matang. Syukurlah Ustaz dah bersuara dulu. Api memang jangan dilawan dengan api.
Saya guna perkataan ‘budak’ sebab naluri saya kata macam tu. Ada budak yg masih budak tapi dah matang dia tetap bergelar budak. Ada juga orang tua yg tak matang-matang, tetaplah dia bergelar budak. Dan terus diperbudak nafsu amarah & kebencian yg bersarang di hati.
Prinsip saya sebelum buka mulut atau langkah jemari di keyboard ‘think before u throw!’
Wallahu’alam
@aelin,
selalunya yang komen begitu adalah emak-emak.
takpe, yang penting rumahtangganya baik-baik belaka. Kita sama-sama doakan.
@Abu Saif,
lumrah orang benci kita biasanya sama ada org tu ‘sama’ dgn kita ie sebaya, sama status dgn kita atau lbh tua dpd kita dan org itu tidak ada apa yg kita ada. Dia tak blh terima kita lbh bagus dpd dia.
Itu konsep benci, dengki atau meluat.
Org takkan meluat atau dengki kt kita kalau org itu lbh dpd kita.
sekadar perumpamaan…
sangat suka jawapan ni!
@Abu Saif,
saya guna nama pena, tapi dari email address Ustaz tau dah kan, siapa saya
kerja baik lagu tu la abu saif. Tu sebabnya Rasulullah SAW dok pesan suruh kita sabar dalam perjuangan dakwah ni.
Rasulullah SAW dan ulama’ pewarisnya banyak yang kena tohmah dan cacian. Ni kira baru sikit. Tak sampai kena lempar batu dan ditahan dalam penjara.
Sedangkan harga syurga dan mardhatillah tu bukannya murah semurah senyuman yang dilemparkan.
Sebaik2 manusia yang maksum pun orang caci-hina, inikan pula kita yang serba kurang.
Teruskan berdakwah Abu Saif. Syaitan dan pengikut2nya takkan senang duduk selagi tak berjaya menghancurkan penda’ei macam enta.
@juman adiknya jumin,
aha… macam yang ana tulis kat atas tu, artikel ni bukan keluhan perasaan. ana tak luak sikit pun Insya Allah dengan komen-komen seumpama itu. Tetapi apa yang nak dibincangkan ialah berleluasanya sikap lontar batu sorok tangan tu.
Kalau dibiarkan sahaja tanpa teguran, takut-takut orang yang buat akhlak buruk ni jadi ipar kita, jadi menantu kita, jadi cikgu anak kita… kan buruk akibatnya tu… so, tak boleh dibiarkan tanpa usaha membetulkannya sebab sikap tu salah di sisi agama.
Assalamualaikum Ustaz,
Bagus artikel ustaz ni, sy setuju dgn kandungannya.
Sy anti Anonymous. Bagi sy mereka yg berselindung di sebalik nama ‘anonymous’ ni adalah golongan pengecut. Sy tak kisah dikomen apa sahaja di blog, asalkan ada cara untuk sy follow-up sekiranya tak puas hati dgn apa2 komen yg ditulis, e.g. email, blog link, etc. Mana boleh ‘abaikan sahaja’. Bukan semua org boleh bersabar, bukan semua komen yg boleh diterima dgn sabar. Sy pernah mengalami kesedihan yg panjang angkara komen2 yg menyakitkan hati begini.
Kalau nak tulis sebarangan tapi tak berani nak bertanggung-jawab dgn komen yg diberi, baik tak payah komen. Itulah pendapat sy, wassalam.
teringat kisah cicak yang pekak..
sejak kewujudan komunikasi sosial…since IRC age, syndrome ‘remain-anonymous’ dah lama berlaku. perang penaklukan #channel IRC dulu pun byk manusia yg ada syndrome ni. Let alone hackers yang pastinya mahu remain anonymous.
Tapi mereka ni bila ada peluang anda berjumpa di dunia nyata, anda rasa nak tenyeh je muka depa ni. Dalam cyber bukan main imej…di dunia luar cuma si keding yang sukar menyusun kata yang panik yang tak pandai main bola.
Komen seperti ini datang hampir setiap hari.
Budaya sorok ni agak lama berdasarkan pada adanya pepatah Melayu, “baling batu sembunyi tangan”, cuma niatnya dahulu untuk bersembunyi kurang mudah untuk tercapai, berbanding menyorok di web. Apapun di web setiap ip masih ada alamat Roh dan Jasad penulisnya.
Salam ustaz
semoga sesiapa yang membaca artikel ini akan tersentuh sensitiviti imannya
cuma ada sikit typing error pada ayat :
“Seorang manusia yang meyakini Akhirat sebarang negeri menerima balasan amal, akan berfikir dua kali sebelum jari jemarinya menterjemahkan ekspresi diri kepada tulisan di blog sendiri, di blog orang lain, atau di mana-mana.”
semua nasihat dan pencerahan dari artikel ustaz, saya cuba sesuaikan dgn suasana sekeliling saya. banyak perkara baru yang saya dapat belajar dari blog ustaz ni. banyak juga perkara sama yang benar-benar berlaku pada diri saya sendiri. saya cuba berubah kepada yang lebih baik dan jujur.
syukran ustaz.
“Macam Abu Saif sendiri pun pengunjungnya juga bukan semua sukakannya. Ada yang meluat bila nampak nak tunjuk terlebih pandai..serba serbi tahu.”———-> saya rasa memang ustaz pandai dan serba serbi tahu. Apa salahnya? Tidak ramai yang begitu (serba serbi tahu)- masak boleh, dakwah boleh, tulis buku boleh, berlakon boleh, berdating- dgn isteri pun boleh, sound penuh hikmah pun boleh. All rounded kata orang London.
“Itulah hakikatnya, banyak blogger sekarang menulis pun niat tak betul, nak popular… tunjuk bagus..”———> saya rasa bukan Ustaz hendak popular, tetapi populariti yang datang kepada Ustaz. Apa salahnya?
“Pembaca menilai ikut naluri masing-masing… adakala tepat adakala prejudis.” ————–> memang benar, tetapi haruslah berani. Bukan keyboard warrior-bak kata Peminat Keretapi.
“Saya sendiri pun adakalanya begitu bila membaca blog ini (Ummusaif.Com) dan Saifulislam.Com. Sesetengah topik jadi meluat. Bukan sengaja nak meluat… tapi naluri timbul sendiri hasil dari pembacaan.” ———–>Dibaca sebagai, “bukan sengaja hendak cemburu, tapi Ustaz ni memang buat saya cemburulah. Apa saja situasi, Ustaz ni relax saja… Apa saja topik, ulasannya serba tahu… cemburunya saya.”
“ramai yang begitu.”———> Memangpun pengunjung web Ustaz ramai. Apa salahnya?
@umi azrini,
what you see is what you get.
who you are determines how you see.
mari bersama hindarkan diri daripada Percival Lowell Syndrome (cari kat Google sama-sama)
sekali serang, ambik gedebuk kene balik semula…semoga yang terasa dan bakal terasa dapat jadikannya sebagai pengajaran.
salam…
sifat lempar batu sembunyi tangan ni laa banyak membuatkan org lain jatuh… kemudian, mereka pergi dgn senang hati…
Takpe, Allah nampak… senyum laa skarang, cebik laa kemudian… kan ustaz?
Inilah yang susah ni.
Satu hal sahaja.
Dengki. -:D
Semoga teruskan sahaja usaha yang baik.
Membazirkan masa melayan orang-orang seperti itu hanya membantutkan usaha murni.
Pada saya, ustaz memang banyak tahu.
Kalau adapun perbezaan pendapat, ustaz tetap ada hujahnya sendiri dan saya rasa memang perlu pelbagai pendapat dan rasa, barulah boleh belajar banyak perkara.
Ustaz pun pada saya memang banyak kelebihan dan kebaikannya. Sesetengah orang bila dah dihentam begitu, mesti akan tulis,
“Suka hatilah, ni kan blog saya, suka hati saya lah nak tulis apa, nak tunjuk pandai ke,awak kalau tak suka tak yah datang blog saya”…
Tapi, ustaz menjawab dengan berhikmah. Harus orang yang menulis begitu terkesan dan muhasabah diri bahawa seketul hatinya sedang ada titik hitam hasad.
Teruskan berdakwah ustaz dan insyaAllah saya akan terus menyumbang untuk perjalanan server ustaz.
?? ?? ???? ???? ?????? ???? # ??? ?????? ???? ?? ??? ??????
man zallazi turdha sajayaahu kulluha #
kafa bilmar-i nublan an tu’adda ma’aayibuhu
teruskan menulis ustaz
mungkin juga orang yang berkenaan ikhlas menegur lalu menggunakan medium IT yang ada….
kita bersangka baik dan muhasabah saja
@harnisz,
IKHLAS itu bermaksud suci dari unsur yang asing. Niat yang ikhlas itu bermaksud, tiada unsur lain yang menjadi motif perbuatan kecuali Allah.
Justeru, ikhlas tidak akan menerbitkan perkataan atau perbuatan yang tidak disukai Allah. Perkataan yang mencederakan manusia lain, mustahil datang dari apa yang dinamakan IKHLAS. sesungguhnya ikhlas bukan retorik atau perkataan kosong tanpa makna.
Ia besar
HIDUP USTAZ!!!!!
MATIKAN SETAN2 DURJANA!!!!!
Maaf, semangat tengah berkobar ni.
yo!!
samalah dengan majoriti yang komen entri ini. ramai je yang sokong abusaif tapi tak dedahkan identiti pun. sedaplah mereka mengapi-apikan.
padahal entri ini minta semua dedahkan kerahsiaan identiti.mungkin tak faham bahasa kot, termasuk saya.
@pengomen yang tak faham bahasa, kita semua tak bertanggung jawab untuk bagi semua org kenal kita untuk komen disini. yang penting abu saif kenal kita yg komen disini…walaupun tak kenal secara dunia nyata kurang2 email address dan nama yang diberi adalah yang benar bukan yang tipu. saya dgn abu saif clear benda ni.
@ro ya alip dhod,
betul tu. sbb tu saya bgtau dah, kat Ustaz. Ni saya pakai nama pena, tapi thru email address tu insha Allah Ustaz ingat lagi kat saya..hihi
@aelin, Sebenarnya, ada juga sebab lain kenapa orang suka bagi nama pena sahaja ;p
Yang penting, jangan menyebarkan fitnah dan jangan menyakiti orang lain.
Tegur-menegur biarlah ikhlas kerana ALLAH. Niat nak membetulkan orang lain atas dasar sayang saudara seagama.
InsyaALLAH, orang lain boleh rasa, marah itu kerana sayang atau kerana benci.
Terima kasih atas input berkaitan topik ini. Dan saya bersetuju dengan comment2 yang diberi. Tindakan penulis-penulis sebegini bukan hanya merosakkan mangsanya, bahkan orang-orang di sekeliling mangsa. Situasi yang sama baru berlaku dalam organisasi kami. Akibat dari tulisan tanpa nama, orang lain yg tidak bersalah turut terpalit ‘lumpur’ yang dibawa. Kerna kita akan mula mencari-cari di kalangan kita, ‘siapakah si jahat tangan’ itu? Mulalah timbul keraguan sesama sendiri, kerana ada yg bersetuju dengan pandangannya dan ada yang membangkang, jadi siapa team A, siapa pula team B…ahh…panjang pula permasalahan di organisasi kalau melibatkan penulis tanpa nama. Kalau dalam blog ni, boleh di ‘DELETE’ aje…
Namun kesannya pasti tertinggal kan ustaz..
salam to all..
whatever it comes to you, let it be..
ALLAH knows the very best in your life..
wassalam
Assalamualaikum
just tersenyum melihat lambang university sy kt saifulislam.com even sbagai survey =)
Salam..
Saya pun setuju dengan ustaz. Walaupun xde blog sendiri, kdgkala bila tgk komen2 yg dilontarkan kpd empunya blog lebih kpd perasaan mazmumah. Xkira la dia dengki ke, marah ke dsebagainya. Org2 mcm ni xpenah nk fikir dulu sebelum bercakap ( dlm internet fikir dulu sebelum menaip).. Janji dpt tegakkan benang yg basah atau hentam empunya blog sudah terasa puas. Org2 mcm ni xpenah fikir adakalanya Allah nk beri petunjuk/ajar perbuatan diorg ni melalui blog org lain agar diorg ni sedar. Malangnya, keadaan sebaliknya yang berlaku.
salam,
saya pernah dengar pepatah mengatakan ‘kadang kala kritikan musuh adalah lebih baik diambil kira daripada pujian seorang sahabat’. ini kerana musuh hanya nampak kekurangan kita sebaliknya sahabat hanya melihat kebaikan kita. kekurangan diri kita yang disebut terang-terang oleh seorang musuh adakalanya boleh dijadikan pengajaran supaya kita dapat memperbaiki kelemahan untuk menjadikan diri kita lebih baik. saya akui banyak kritikan yang tidak membina sebaliknya hanya menghentam tanpa usul periksa dan dipengaruhi pemikiran negatif terhadap seseorang dan kadangkala kritikan itu hanya lebih menjurus kepada fitnah. walau bagaimanapun, saya rasa pada awal kemunculan blog ini dan blog ummusaif, komen-komen negatif seperti itu jarang sekali muncul. tapi bila sudah semakin bertambah setiap hari, mungkin ada sudut yang perlu diperbetulkan.sesuatu yang berlegar difikiran saya, kedua-dua blog ini mengajak kepada kebaikan. tetapi mengapa semakin hari, semakin ramai pula pengunjung yang semakin kurang akhlaknya. yang menghantar komen-komen negatif itu juga nampaknya pengunjung tetap, dan bukannya hanya singgah sekali dua. adakah apa yang diperolehi setiap hari di blog ini tidak mampu untuk menjadikan seseorang itu lebih baik daripada sebelumnya? atau mungkin juga semakin lama pengunjung hanya membaca kisah-kisah ustaz seperti buku cerita dan bukannya untuk menjadikannya teladan untuk diri sendiri?
@azuni,
izinkan saya untuk tidak bersetuju dengan pandangan anda. Saifulislam.Com hampir tidak pernah mendapat kritikan yang tidak beradab daripada pengunjung lazimnya terutamanya yang konsisten berinteraksi dengan saya serta pengunjung yang lain. Malah ramai daripada pengunjung di Saifulislam.Com ini yang akhirnya menjadi sahabat-sahabat saya di luar sana. Lebih bermakna, kali pertama bersua muka, sudah terus mesra seperti sudah lama kenal, hasil interaksi positif di sini.
Memang ramai pengunjung lazim yang sudah tidak memberikan komen. Tetapi sebabnya saya letakkan pada tidak konsistennya saya dalam menonjolkan topik-topik yang dekat dengan mereka. Antara artikel yang sudah sangat kurang saya tulis adalah artikel yang bersifat akademik dan philosophical. Ia menyebabkan ramai regular visitors tidak memberikan komen, walaupun mereka masih berkunjung.
Tetapi saya tidak nafikan ada beberapa pengunjung regular yang sudah meninggalkan Saifulislam.Com kerana berkecil hati dengan statement saya. Saya tanpa rasa malu, merendahkan diri meminta maaf kepada mereka atas kegagalan saya mengawal emosi pada beberapa insiden berkaitan.
Tetapi untuk mengatakan bahawa komen-komen yang teruk itu lazimnya datang daripada regular visitors, saya tidak setuju.
Dan saya tidak sama sekali mendakwa bahawa saya sudah berjaya mencapai misi amar makruf nahi munkar. Masih banyak penambah baikan yang mesti saya buat.
Setakat ini, hampir 90% komen yang offside atau tidak berakhlak adalah datangnya daripada individu yang saya tidak kenal, atau memang semenjak ziarah pertamanya sudah cari pasal dengan semua orang.
Semoga Allah menunjukkan kita jalan kebaikan bersama, ameen.
Komen dari kenalan yang rapat sering membuat kita tersenyum walaupun pada pandangan orang luar agak kasar bahasanya.
Sesiapa yang ada masalah peribadi mungkin boleh buat temujanji dengan ustaz untuk beramah mesra.
p/s: Mat Arau pun dah lama tak singgah kat sini
salam’alaik,
apalah kiranya kita sama2 manfaatkan persamaan, bukan mencari2 perbezaan,
betapa pentingnya ‘adab’ dalam menulis dan mengkritik…
penyokong fan club ustaz pun jangan di SIO aje pijak semut tak mati minta orang beradab, kita juga biar beradab juga apabila komen di blog lain (tak jadi anonymous).biar cakap serupa bikin.
lebih-lebih lagi bila kes nak pertahankan pendapat ust hasrizal. mungkin sebab ada so called pembela saifulislam yang buat onar di luar, orang luar datang sini dengan prejudis.
Itulah cabaran namanya betul tak Ust? Di mana ada Muhammad disitulah adanya Abu Jahal(Di awal dakwah) Di mana ada Manusia dan disitulah adanya syaitan(sampai mati). Mungkin pengkritik tu dia tak nak hipokrit cuma dia tidak tahu yang mana lebih mudhorat antara diam dan bercakap.
Maafkan saya….
ustaz, nk tanya sedikit. ada sedikit kekeliruan..
melalui hadis di atas, adakah seseorg yang menulis sesuatu yang dia xbuat tetapi perkara tu mengajak ke arah kebaikan (org kata ckp xserupa bikin), adakah ia tergolong dalam berkata-kata yang baik?
Salam,
setuju dgn ro ya alif dhod,
seperti menghadiri rumah terbuka, yang penting kita dikenali oleh tuan rumah. Mengenali di antara pengunjung bukan syarat utama cuma perlu beradab.
Hanya ingin menambah petikan Kalamullah
“Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! ”
(al-Hajj: ayat 72)
sama-sama renungkan
Ustaz,
saya minta izin share something ni saya dapat dari crescentlife.com.
Four Rules of Communication:
1… Is it true?
2… Is it necessary?
3… Is the motive pure?
4… Is it beneficial?
If you can’t say ‘yes’ to all of them, zip your mouth!
Terimakasih.
@aelin,
good one!
Alhamdulillah. Satu artikel utk hati dan imanku utk bermuhasabah. Alhamdulillah.
Salam Ustazi,
Tetiba ana teringat suatu status facebook :
kehairanan [terhadap diri sendiri juga]… sungguh kita menyanjung Jepun pencipta Robot Asimo, sungguh kita menyanjung Cina pencipta kertas, sungguh kita menyanjung seseorang kerna kehebatan petah berkata-kata hatta berdakwah; tetapi mengapa tidak sanjung Pencipta kepada pencipta sedangkan setiap ciptaan yang kita sanjung kita sanjung penciptanya? Culas sungguh kita~ Astaghfirullah~
Ana melihat komen di atas [merujuk kepada kepala artikel kali ini] dan seumpamanya adalah disebabkan mungkin kita terlalu melihat kebaikan yang terzahir pada penulisan apa bentuk sekalipun itu, datang daripada orang itu semata-mata. Selalu respons yang diberi selepas teruja membaca dan menelaah artikel, kita sering terpacul :
Wah hebatnya UZAR dengan penerangan ilmiahnya!
Ya Allah bagus betul artikel Ustaz Has kali ini, boleh buat modal usrah!
Mantop teguran Ustaz Asri dekat blognya~
Tidak salah memuji dan menyanjung penulis-penulis; namun kadangkala akibat terlalu menyanjung dan memuji menyebabkan kita tetiba lupa diri, siapakah yang memberikan anggota berupa mata, telinga, rasa dan sebagainya untuk kita melihat kebaikan itu. Bukankah Dia semata?
Siapakah yang memberikan pengetahuan kepada Uzar untuk menulis?
Siapakah yang memberikan ilham pemerhatian kepada Ustaz Has untuk meninta?
Siapakah yang mencurahkan ilmu kepada Ustaz Asri untuk menzahirkan ilmu pemberianNya?
Jika tidak Dia? Allah swt jualah~
Bukannya apa, takut-takut nanti, akibat terlalu menyanjung si penulis atau ustaz atau ulama’; siapa jua manusia yang hebat yang kita idolakan itu akan memberikan modal kepada syaitan laknatullah yang licik itu seraya dia yang laknatullah itu segera membisik~
Ko tak rasa die tunjuk-tunjuk je ker?
Ko tak rasa die saje nak “promote” diri?
Ko tak rasa die saje nak hentam orang padahal diri sendiri tak terjaga?
Kalau yang kuat iman, terus segera bersangka baik.
Tapi kalau yang lemah…nauzubillah, moga dijauhkan.
Sebab itu, setiap kali kita lihat yang bagus, menarik dan “best” dari saifulislam.com, atau zaharuddin.net mahupun dr maza; mari kita terapkan dalam diri; hebat macam mana pun tulisan mereka, sungguh itu bukan semata-mata usaha mereka, bahkan :-
1. Pemberian Allah swt juga. Pemberian nikmat yang hebat kepada para ustaz ini kerna berjaya menyampaikan dakwah dengan baik. Pemberian rezeki yang insyaAllah berkat kepada kita kerna alhamdulillah kita berpeluang untuk membaca dan moga-moga dipermudahkan untuk mengamalkan.
2. Kebaikan yang terpancar ini bukan hasil kerja mereka seorang. Malah, kalau tiada karekter-karekter lain seperti Ustaz Nushi, Furkan, Pak Cik Said, Fatih malah Sultan Ahmet III pastinya Ustaz Has sendiri pun tidak mampu menukilkan pengembaraan sebegini hebat. Semuanya kerna rencanaNya jua menyatukan semua karekter ini dan Ustaz Has biiznillah ditakdirkan menjadi penulis persis Tun Sri Lanang dalam plot penceritaan kehidupan realiti ini.
Pendek kata, nampak kebaikan penulis; cepat-cepat ingat Allah swt dan ucap Subhanallah banyak-banyak….
dan…
Auzubillahiminassyaitanirrajim
=)
Ameen~
[ana tukar nama tue ustaz, takut orang lain terkena panah; kalau ustaz nak panah, panah ana ya ustaz =)]
Semakin yakin dengan kata-kata masyhur :
Unzur ma qila, wala tanzur man qala~
See what is said, and do not see who said!
@ibnu yusoff,
benar seperti yag diperkatakan…
tersenyum sendiri bile membacanya
Selalunya manusia melhat orang lan mengikut nilaian dirinya.
Kalau dia baik, maka dia menyangka baik pada orang lain.
Kalau dia jahat, dia akan sangka .jahat pada orang lain
salam
Ustaz,
sebenarnya, mereka yang berpenyakit macam ni ramai, siapa tidak cemburu melihat kebahagiaan ustaz, tambah2 lagi cabang populariti sudah bertambah, mempunyai isteri bergelar seorang doktor, dan 4 cahaya mata yang comel2, jadi kegeraman mereka itu menyebabkan pada awalnya mereka tidak mahu mengomen, cuma menjadi silent reader, tetapi apabila ada sahaja satu point yang membolehkan mereka mengkritik habis2an, terus mereka melontarkan peluru tanpa mampu berfikir tentang sensitiviti manusia lain lagi.
wallahua`lam
Assalamualaikum, Ustaz.
Lama tak komen, tapi tetap berkunjung (am I right – I mean the language). Setuju dengan Raja Marzuqi.
what you see is depending on your eye glass. if your eye glass is blue, you see yellow as green. if your eye glass is green, you see red as brown. your eye glass is your worldview.
salam,
harap Ustaz membaca komen saya. Saya kerap juga melayari blog ustaz. Ada sebahagian isu, saya rasa setuju,. adakalanya tidak. Dan kebanyakan isu yg saya tidak bersetuju adalah berkaitan dengan isu semasa., kerana isu ini lebih terdedah kepada pelbagai pendapat dan kritikan,. Sesetengah tulisan ustaz, adakalanya saya rasakan agak bias. Tapi x bermakna saya meluat ustaz. Saya pernah menghadiri program yg dikelola ustaz semasa di kolej. Saya tak bersetju, tapi saya tak meluat.
@atif, assalamualikumwarahmatullahiwabarakatu..
bismillahirrahmanirrahim..
sama2 lh kita mencari jln terbaik dlm meraikan perbezaan pendapat ini.. malah sesetengah kebenaran xperlu dilaung2kn dan dihujah2kan sehingga myebabkan pepecahan umat Islam.. Insyallah kebenaran itu akan muncul sendiri.. cuma perlu bersabar sehingga tiba waktunya..
bile tengok balik komen yg diberikan pd ustz 2, scr xlangsung mencerminkan siape peribadi sender 2..kolot..dengki..pemikiran jumud..ish, ade lagi orang melayu mcm ni..sudahlah, hentikan!
Salam…herm…xpatut betul org yg ska bgi komen mcm tu..
Apa prsaan Abu Saif & Ummu Saif ble dpt komen mcm tu?
assalamu’alaikum ustaz…
kalau perangai macam saya ni termasuk tak? saya suka guna medium internet macam gtalk, email, untuk menegur…. tapi orang tu tau la identiti saya.. cuma kalau face to face, agak susah nak berkomunikasi….
macam mana dengan sikap macam tu ustaz?
assalamualikumwarahmatullahiwabarakatu..
bismillahirrahmanirrahim..
pada saya, kita hanya perlu ambil yg positif shj perkara ini..
lihat la semua ini sebagai ujian untuk kita perbaiki diri.. xperlulh terlalu menghurai ksalahn sender itu.. krn yg dtg itu semuanya dgn izin Allah.. mungkin juga ini peringatan dariNya.. kita x tau..
situasi pada hari ini pun, begitu ramai yg menyokong dan membantu ustaz.. Bayangkan bgaimana situsi Rasullullah ketika mula mnyampaikan Islam.. Baginda dicaci, dihina dan byk lagi.. adakah baginda mencari kesalahan org2 yg mmbencinya itu? Memperbetulkan mereka terus dgn hujah2?
Saya juga berpendapat isu sebenarnya bukanlah samaada identiti itu dirahsiakan atau tidak.. kerana kalaupun dikenali sender tersebut dan berlaku perdebatan siapa betul siapa salah.. kemudian ada pemenangnya dan yg kalah..
Adakah itu caranya Islam dismpaikan?
Saya sebenarnya amat berterima kasih atas nas2 yg dinyatakan ustaz di atas sbg panduan kpd semua.
Saya percaya ustaz sudah memberi yg terbaik dalam usaha menegakkan Islam dgn bermcm cara tetapi mungkin tidak akan cukup untuk memuaskan semua orang terutama bg yg sentiasa mcari kesalahn org lain.. ~mungkin sy sdri..
Harapan sy, pada tiap apa yg terjadi pd diri kita dpt diambil pengajarannya kerana semua yg berlaku atas kehendakNya..
Salam..
Kita membaca dan berfikir kemudiannya..=)
Baru perkara sorok2 identiti nie tak berlaku..
Assalamualaikum wbt.
Katakan tidak kepada manusia tidak bernama.
Menasihati manusia dengan baling batu sembunyi tangan adalah satu sifat tidak bertanggungjawab.
Dengan sebab penyamaran inilah manusia mampu menjadi bukan setakat talam dua muka, bahkan tiga empat jenis muka di alam maya kerana boleh menyamar.
Sentiasalah berbuat baik dan jangan mengharap orang membalasnya.
Janganlah hairan jika orang yang kita beri tongkat,
menggunakannya untuk memukul kita,
kerana tabiat manusia memang begitu…..
apa yg ustaz tulis itu benar…bernilai sebagai tazkirah utk kita semua, terutama yang gunakan jari jemari di atas keyboard komputer utk meyampaikan rasa….tapi tulisan itu tetap menampakkan kemungkinan ustaz terguris rasa.
medan dakwah ustaz, termasuklah medan laman blog,tidaklah manis sepanjang masa , dalam kebanyakan yg tenteram dgn tulisan anda mungkin ada sorang dua yang meluat dan ‘cemuh’ membacanya. Apatah lagi rasa meluatnya turut dikongsi dgn semua pengunjung yang lainnya….manakan kita boleh bohong utk dapat menerima tanpa rasa ‘sentuhan’ apa-apa.
saya lebih bersetuju jika entri ustaz ni dikirimkan tanpa dikepilkan ‘pandangan’ anony itu.Kita bukanlah pendakwah yang manja utk merasa ‘termengaduh’ dgn komen sekecil itu…
salam juang dari saya…
@ummuhanah,
seperti yang telah ditulis, saya mencatat artikel ini adalah untuk kita semua berusaha membendung perbuatan bercakap tanpa rasa takut kepada Allah, yang semakin berleluasa termasuk di halaman-halaman web Islam. Ia adalah keruntuhan akhlaq yang perlu ditangani dan diketengahkan agar kita sama-sama bertindak, sebelum akhlaq itu berjangkit kepada diri kita, suami kita, isteri kita, anak-anak kita, menantu kita hingga keburukannya memberi kesan langsung kepada hidup kita nanti.
Tetapi jika tetap mahu ditafsirkan sebagai luahan rasa kecewa peribadi saya, ala-ala ‘pendakwah yang manja’ seperti nukilan ukhti, saya menerima seadanya.
Sudah 10 tahun saya berblog, mudah-mudahan Allah tambahkan kekuatan untuk 10 tahun akan datang dan seterusnya, ameen.
@Abu Saif,
Serious, saya tergelak besar sambil tersipu-sipu malu bila pandangan macam ni terkeluar..Terasa lucu pulak bila ada pandangan mengatakan ustaz hasrizal pendakwah ala-ala manja gitu..adoi..minta baca la semula karangan-karangan beliau..
@ummuhanah,
saya tak rasa ustaz begitu. tak ada salahnya sertakan komen kritikan itu sebagai contoh. Tulisan ustaz lebih kepada peringatan utk diri dan pembaca semua dan tidak patut dinilai sebagai tulisan meluah rasa kecewa. Jauh sekali dari menjadi ‘pendakwah yg manja’
@abu awazim,
saya juga tersenyum sendiri…selama saya mengikut blog ini, tidak pernah pula terbaca artikel bernada kecewa, hampa dan putus asa…
@abusaif,
setuju dgn ustaz, keruntuhan akhlak yg dah semakin kritikal…perlu cepat bertindak sblm ia semakin berjangkit. Moga dikurniakanNya ketabahan dan kekuatan.Aamiin.
sungguh, ustaz sangat sensitif orangnya…
jadi apalah ‘dayanya’ tulisan saya itu jika turut menyinggung rasa….maka maafkanlah saya…
@ummuhanah,
tidak menyinggung sama sekali.
cuma sudah terbiasa mengambil peduli tentang nilai setiap kalimah yang ditulis dan dibaca…
@ro ya alip dhod,
@Abu Saif,
@Kak Ija,
” mudah-mudahan Allah tambahkan kekuatan untuk 10 tahun akan datang dan seterusnya, ameen.”
assalamualaikum.wbt
moga ustaz dalam keadaan yg sihat selalu
sy tak pandai dalam soal komen mengomen ni. sy cuma nak bg sedikit pendapat. dalam artikel ini ada byk perkara. sy kategorikan artikel ini kepada kategori ‘artikel ancaman’. kerana isinya berbentuk memberi peringatan dan juga ancaman bg kesalahan2 yg dibuat. alangkah baiknya jika artikel ini disertai dengan ‘artikel bimbingan’(guidance article) yg content nya memberi guideline dalam melakukan sesuatu perkara cthnya kritik dalam cara yg betul dan tepat selaras syariah.
juga artikel pujian;
sebagai cth
artikel ancaman atau peringatan= kesan2 atau balasan2 atau azab2 yg bakal diterima oleh si pelaku
artikel bimbingan=cara yg betul dalam melakukan sesuatu(cth cara berbeza pendpat dgn btul)
artikel pujian=balasan2 baik yg diterima pelaku jika dilakukan dgn cara yg betul
sy mohon maaf jika komen sy ini berbeza pendapat dengan arus ‘saifulislam.com’. sy cuma berharap ustaz dpat menimbangkannya. ini hanya pendapat. ble diambil dan ditolak bila2 masa.
wallahualam…
@wan hashim,
ancaman pulak ye? hmm… macam-macam…
ala kulli haal. terima kasih
as aelin stated:
Four Rules of Communication:
1… Is it true?
2… Is it necessary?
3… Is the motive pure?
4… Is it beneficial?
If you can’t say ‘yes’ to all of them, zip your mouth!
so, ambil lah yang baik, yg terasa boled diguna pakai ambillah..bila tidak bersetuju dgn sstgh pndpt diamlah..kadangkala pndapat y lain dr y lain itu pun belum tntu jua boleh diterima…
apa pun Allah jua yang tahu apa ader dalam hati manusia…
Wallauhalam…
Saya rasa pelik bila ada orang yang dengan sewenang2nya memberitahu satu dunia melalui blog (atau apa2 je lah yang boleh digunakan)untuk memberitahu dunia yang dia tidak suka, benci, meluat atau yang sewaktu dengannya…
Apa yang ada dalam hati mereka? Mereka tak rasa bersalahkah? Tambahan pula mereka membenci orang yang takde kena mengena pun dengan hidup mereka. Pelik?
Kita memang tak boleh nak buat semua orang suka kat kita. Tapi kalau saya, memang tak tergamak buat begitu walau betapa teruknya saya tidak suka kat seseorang. Kalau ada terbuat pun mesti akan rasa takut dan bersalah.
Tak suka orang pun sebab orang tu pernah ada sejarah kurang baik dengan diri ini.
Saya sedikit setuju dengan komen UmmuSaif yang ini:
“lumrah orang benci kita biasanya sama ada org tu ’sama’ dgn kita ie sebaya, sama status dgn kita atau lbh tua dpd kita dan org itu tidak ada apa yg kita ada. Dia tak blh terima kita lbh bagus dpd dia.Itu konsep benci, dengki atau meluat.Org takkan meluat atau dengki kt kita kalau org itu lbh dpd kita.sekadar perumpamaan…”
Tapi, mungkinkah?? Inikah manusia atau inikah orang melayu?
Salam Ziarah..
p/s: lupa nak bagi salam tadi
itulah cabaran pendakwah, kalau tak mampu membalas kata2nya dengan cara yg lebih berhemah, tak layaklah digelar pendakwah(macam akhil hayy)…
Berikut adalah petikan mutiara daripada buku “How To Win Friends & Influence People” oleh Dale Carnegie yang pada pandangan saya menepati isu perbincangan entri ini.
“If you want to gather honey, dont kick over the beehive”.-Chapter 1 page 3
The resenment that criticism engenders can demoralize employees, family members and friends, and stil not correct the situation that has been condemned.
He further says,
Lets realize that criticisms are like homing pigeons. They always return home.Let`s realize that the person that we are going to correct and condemn will probably justify himself or herself,and condemn us in return….
Sekiranya berkesempatan saya amat mengesyorkan semua rakan-rakan dapat membaca buku ini untuk kefahaman yang lebih jelas. Saya secara peribadi bersetuju dengan pandangan beliau. Diharap Ustaz dan rakan-rakan dapat memberikan komentar. Sekian
@Afifi, suka buku ni. Dah baca beberapa kali dan sedang mencari masa untuk membacanya lagi. Banyak cadangan yang masih belum dipraktik
salam alaik..apa yang saya tahu,saifulislam.com berjaya menjadi salah satu medium untuk saya ‘belajar’ daripada pengalaman orang2 yang lebih tua secara santai..lebih-lebih lagi dalam hal urusan menangani konflik rumah tangga,SYUKRAN JAZILAN USTAZ:)
cikgu silat sy kata: jgnlah takut org membenci kita dlm menyampaikan kebenaran kerana ada org lain yg menyukainya….
small matter je…
assalamu’alaikum ustaz.
lama dah ana jadi silent reader di blog ni.
1st and last comment inshaAllah
~ana amat berminat dengan cara pemikiran dan method analisa yang akal ustaz gunapakai.gerakan enjin berfikir yang bagi ana, acapkalinya menghasilkan ‘bernas!’
jazakAllah khairal jaza’ atas semua yang disuluhkan
Saya rasa ‘keyword’ komen berbaur benci yang di’quote’ ustaz itu adalah ‘tunjuk bagus’, ‘tunjuk terlebih pandai’ dan ‘serba serbi tahu’.
Ini bukanlah berniat taksub membela ustaz Hasrizal.
Baiklah, kalau begitu sebagaimana disangka, mari kita tanya ustaz kita tentang konsep thermodynamic equilibrium. Mestilah mengelintau ustaz kita pergi mencari sumber sumber, kerana itu bukan bidang beliau (betul ke ustaz?). Jawapan yang afdal dari ustaz seharusnya lah mengesyor pada si penanya untuk menanya pada yang ahlinya. Paling paling tidak ustaz kita akan bagi beberapa pautan halaman web supaya si penanya boleh rujuk.
Saya yakin, memang ada blogger yang ‘setup’ laman hanya untuk tunjuk pandai, tunjuk ‘terer’, hanya nak cipta trafik bagi keuntungan e-dagang dan sebagainya. Cuma usahlah pukul rata (generalisasi).
Setiap soalan sudah tentulah ustaz atau sesiapa saja cuba memberikan jawapan terbaik dari sudut kepakaran masing masing. Itu saja. Tetapi, tiada paksaan kepada sesiapa untuk menerima jawapan itu.
Lagi satu, bayangkan jika ustaz tidak ‘kemaskini’ blog ini hanya untuk memenuhi tuntutan pengomen itu untuk tidak tujuk pandai, tidak tunjuk tahu serba serbi dan tidak tunjuk bagus, apa nak jadi dengan blog ni?
dah lah woi….. secara tak sedar korg suma dah tertggi rasa…