
MASJID KETEREH
[kredit foto: http://www.flickr.com/photos/kelantan/2671627358/]
Saya tidak boleh memikirkannya.
Pemergian Arman terlalu mengganggu fikiran.
Pada keterbatasan hubungan selepas cangkul dan tanah yang memisahkan, hanya doa yang mampu saya kirimkan.
Namun dengan sedikit keupayaan yang ada, saya gagahkan juga untuk terbang ke Kota Bharu.
Ketika ini, saya sedang menumpang teduh di pejabat Dr. Zakuan Zainy Deris di USM Kubang Kerian. Tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dengan penerbangan segera Air Asia tengah hari tadi, saya menyimpan hajat mahu mengiring pergi jenazah Arman yang diterbangkan pulang dari Jordan, dengan jangkaan masa ketibaan pada pukul 7 petang nanti.
Saya sendiri tidak pasti apakah masa mengizinkan saya untuk mengiring al-Marhum hingga ke ‘teratak’ persemadiannya di kampung kelahiran di Ketereh. Pesawat Air Asia berlepas pulang ke Kuala Lumpur jam 10:50 malam dan saya difahamkan sekurang-kurangnya sejam masa diperlukan untuk bertolak dari Ketereh ke Lapangan Terbang.
Saya berasa amat terkilan.
Jamnul Azmin pergi selama-lamanya ketika saya masih di Ireland. Karim, Azamiruddin dan terkini Rosdi, semuanya pergi mengejut tanpa sempat saya berbuat apa-apa. Kali terakhir bertemu, wajah terukir senyuman, tiada pertemuan berikut, selain berita pergi yang tidak kembali.
Ya Allah,
Hanya Engkau yang Maha Menilai hajatku. Andai tidak sampai aku ke sisi persemadian sahabatku, sampaikanlah doaku untuk menemannya di Sana. Itulah hak terakhirnya ke atasku yang mampu kutunaikan…

“Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada lima: menjawab ucapan salamnya, melawatnya ketika sakit, mengiring jenazahnya ke perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
16150 Kubang Kerian, Kelantan Darul Naim
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Begitulah kita sehari-hari. Sampai masa diri sendiri yg pergi, kita tidak terkejut lagi
“mengiring jenazahnya ke perkuburan”
Semoga beliau berbahagia di sana
salam takziah…
ustaz, hak muslim terhadap muslim ada 5.
hadith tu ada 4 je…
@tobie,
Tersurat di Hadis tersebut hanya 5, tetapi tersirat disebaliknya terlalu banyak.
yg tertinggal…raddu ssalam tu…
ustaz….nanti khabarkan tentang dia lagi yer…sblm dikebumikan. saya nk tahu sgt2…blog dia pun dh tk da…uhhuhuh
salam ust..itulah lumrah kehidupan..entah bl maut dtg menjemput kt pula..mg Allah kurniakn husnul khatimah pd mrk dan pd kita jg..
Salam..masih teringat ketika berurusan dgn ust Arman,berjabat tangan dgnnya..rasa baru smlm berjumpa..semoga ditempatkan beliau bsama2 org yg soleh..Husnul Khatimah Insya Allah..
Semoga niat ustaz Hasrizal yang mulia itu diterima oleh Allah. Moga juga almarhum Ustaz Arman ditempatkan bersama golongan yang beriman. Doakan sahabat kita ustazah Suriani dan anak-anaknya terus tabah menghadapi hari-hari mendatang biar pun tanpa Almarhum di sisi mereka. Amin ya rabbal aalamin.
Inna lillahiwainna ilaihiraajiiuun
Moga roh dicucuri rahmat
Alfatihah..
x sangka ziarah ke rumah allahyarham ust Arman di Amman eid fitr yg lalu pertemuan & perpisahan yg terakhir…
Sungguh memilukan..
Sungguh manusia x mengetahui bila saat ajal dtg menjemput
Alfatihah
Apabila ustz memperingatkan kembali hadith berkenaan hak-hak seorg Muslim ke atas muslim yang lain membuatkan kita tersedar ada hak yang belum kita tunaikan atau berat untuk menunaikannya.
Walhal baginda Rasul SAW menggariskan beberapa perkara sesuai statusnya sebagai saudara seakidah kita.
Mudah-mudahan kita tidak lagi alpa.
terkejut juga bila mendapat khabar ini daripada sahabat di australia. Ustaz Arman dan zaujahnya adalah senior kami di sekolah menengah dulu. masih teringat kuliah Allahyarham mengenai jihad di bumi jourdan, sahabat beliau yang di bunuh Israel.memberi semangat kepada kami.
AL-FAtihah
best la bace kisah hidup ni… semoga kalian sehat2 slalu
Al Fatihah, takziah atas pemergian sahabat ustaz.Moga ruhnya di cucuri rahmat berpanjangan, ameen..
bertemu dan berpisah adat manusia biasa..dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali..semoga ustaz tabah menghadapi saat ini
Al-Fatihah, takziah buat keluarga dan ustaz sebagai sahabat beliau. Moga Ustaz Arman dicucuri rahmat dariNya. Allah, sesungguhnya kita akan kembali ke alam Baqa’…
al-fatihah..
seperti respon saya terhadap kematian michael jackson dan puteri diana yang kita harapkan muslim,sememangnya kematian bagi makhluq dianggap tiba -tiba.
tapi disisi Allah,memang sifat maut itu tiba-tiba dimata kita tapi satu penetapan terperinci dan lengkap dengan peluang seadil adilnya sebelum maut datang.
satu kadar yang sesuai dan ditetapkan di lauhul mahfuz dan kita pun redha.
satu yang sedih jika blog ulama terhenti dengan pemergiannya.
doakan tahfiz saya terus hidup di kampung halaman saya sekalipun saya pergi ke luar negara dan luar alam dunia:alam barzakh suatu masa nanti…
puan idah
0194021234
Takziah kepada zaujah almarhum ust Arman dan anak-anaknya.Semoga almarhum ditempatkan bersama para solehin dan siddiqin.Di bumi Syam beliau menimba ilmu dan dibumi barakah itu beliau dipanggil mengadap Ilahi.
al-fatihah untuk ust Arman Rusoff.. knangan di maahad hamidiah dtg mengimbau~~ moga ditempatkan bersama para solihin..
takziah dan alfatihah buat ustaz arman…moga rohnya ditempatkan bersama org2 yg soleh…teringat kembali kenangan bersama ustaz arman di bumi hamidiah…Ya Allah lindungi la ia dan tempatkan la ia di syurgamu….amin…