“Mengapa usaha memahamkan generasi muda hari ini tentang dakwah mesti berbeza dengan usaha kepada generasi 10 atau 20 tahun yang lalu?” salah seorang peserta bertanya kepada saya.
Tajuknya adalah berkaitan dengan Penjenamaan Semula Dakwah (Rebranding Dakwah).
Soalan itu tepu dengan isu.
Kepantasan teknologi maklumat, sistem pengangkutan dan serba serbinya, menjadikan perbezaan umur 10 tahun itu cukup besar dan membentuk jurang generasi yang signifikan.
Saya menjawab soalan yang ditanya itu dengan cerita.
15 TAHUN YANG LALU
“Assalamualaikum” saya memberi salam.
“Waalaikum salang. Nok bercakap dengang siapa?” jawab seorang perempuan usia pertengahan dengan loghat Terengganu yang pekat.
“Dengan Shamsuding, mokcik. Anok Pok Amang!” saya membalas.
“Pukul berapa mu nok cakap?” tanya beliau lagi.
“Pukul 4, buleh dok mokcik?” saya cuba mencadangkan masa.
“Insya Allah. Mu telepong balik deh pukul empak!” jawab makcik berkenaan.
“Alhamdulillah. Terima kasih mokcik. Assalamualaikum” saya lega.
Mungkin dialog di atas menimbulkan kehairanan jika dibaca pada tahun 2009. Tetapi itu adalah perkara biasa yang pernah saya alami 15 tahun lalu semasa mahu bercakap dengan seorang rakan yang tinggal di Marang. Hanya ada satu telefon awam sahaja di kampung berkenaan. Makcik yang rumahnya terletak di sebelah telefon ini, menjadi kenalan saya secara tidak langsung semata-mata kerana beliau menjadi orang tengah untuk saya bercakap dengan Syamsuddin.
SALING MEMERLUKAN
Kebanyakan aktiviti, memerlukan kita untuk saling perlu memerlukan, bertolong-tolongan serta berinteraksi antara satu sama lain.
Tetapi suasana itu bukan lagi suasana yang mendominasi kehidupan masyarakat kita di tahun 2009. Khususnya di kalangan remaja.
Jika dahulu, hanya ada satu radio kotak kayu di kampung, justeru untuk mendengar radio, semua orang harus bertemu, dan berkumpul. Interaksi berlaku.
Kini suasana itu digantikan dengan Ipod atau Walkman yang menyumbatkan telinga setiap pemilik untuk berada di dunianya sendiri, terpisah daripada segala yang berada di sekeliling. Ia membunuh interaksi.
Jika dahulu, kebanyakan permainan yang menghibur petang kanak-kanak adalah permainan yang memerlukan mereka untuk bermain bersama-sama. Galah panjang, konda kondi dan banyak lagi. Ia merangsang interaksi.
Tetapi zaman berlalu dan permainan itu digantikan dengan Playstation.
Jika di suatu ketika, Playstation II masih dimainkan sekurang-kurangnya dengan seorang regu, tetapi kini dengan kemunculan PSP, Playstation juga menjadi permainan peribadi yang mengheret pemiliknya masuk ke satu dunia yang terpisah daripada persekitaran. Ia membunuh interaksi.
Interaksi adalah proses yang mengembangkan potensi pemikiran, emosi, fizikal dan spiritual seorang manusia. Kerana itu, bayi amat memerlukan kepada interaksi bersama ibu bapa dan manusia yang ada di sekitarnya. Seorang bayi yang dibesarkan tanpa interaksi yang memenuhi keperluan naluri ini, membesar dengan kecacatan jati diri yang serius.
Malah ketiadaan interaksi akan menghilangkan cermin bagi seseorang untuk meneroka potensi dirinya. Sama ada dirinya sentiasa ‘perasan bagus’ atau tenggelam dalam kelemahan kerana gagal mengeluarkan potensi diri yang sebenar.
“Souls are like athletes who need opponents worthy of them if they are to be tried and extended and pushed to the full use of their powers” – Thomas Merton
Interaksi inilah yang dibunuh oleh cara hidup semasa.
Justeru, Islam mengangkat interaksi dan pergaulan yang menjadi keperluan fisiologi, emosi, mental dan spiritual ini sebagai tuntutan agama. Interaksi dinobatkan sebagai amal yang afdhal bagi setiap Mukmin.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”
IMPLIKASINYA
Implikasi kemunduran interaksi dan pergaulan amat melata.
Ia membentuk sikap tidak peduli (Aku Tidak Pedulisma?) dan amat mementingkan diri sendiri (self centered).
Bermula daripada terhakisnya hubungan sesama ahli keluarga, merosotnya kerukunan tetangga, hinggalah menjurus kepada sulitnya seruan dakwah dijadikan agenda kehidupan.
“Usaha untuk menjernihkan fikrah tentang dakwah, bukan lagi soal memberikan kefahaman kepada rakan-rakan kamu tentang dakwah, malah ia memerlukan satu usaha untuk mengubah cara hidup (lifestyle) amilin dakwah GEN-Y ini. Itulah cabaran besarnya!” saya menyimpulkan penjelasan.
Besar isunya.
Tamrin fikrah GENERASI IPOD bukan sekadar menghuraikan maksud dalil-dalil yang bercakap tentang dakwah. Tetapi merancang satu latihan amali yang boleh meyakinkan generasi muda ini untuk keluar daripada kepompong zon selesa mereka, ‘menyusahkan diri’ dengan mengambil peduli terhadap orang lain… iaitu sesuatu yang sangat bertentangan dengan apa yang telah didefinisikan sebagai kehidupan oleh GEN-Y ini.
“Macam mana caranya?” tanya peserta kursus amilin dakwah tersebut kepada saya.
“Saya tiada jawapan mudah. Tetapi apa yang saya lakukan sekarang kepada kalian, itulah sebahagian ikhtiar yang boleh dipertimbangkan,” saya menjawab.
Dakwah bukan semata-mata kewajipan. Ia adalah wasilah memberi yang menghadiahkan makna hidup. Kepuasan.
Dakwah bukan semata-mata akibat tekanan persekitaran dan segala faktor luaran. Tetapi ia adalah dakwah yang inside-out.
Dakwah bukan stress, kerut dahi, bermuram durja, tetapi ia boleh ceria, mendamaikan juga menenangkan.
Dakwah itu bisa menyeronokkan. Lebih seronok daripada mendengar IPOD dan bermain PSP.
Anda mampu menikmatinya.
Mulakan dengan mekanisma Solat Berjemaah!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Saya setuju dengan pandangan ustaz. Mulakan dengan solat jemaah!
Saya berpendapat, solat jemaah merupakan suatu sumber kekuatan untuk kita terus istiqamah dalam berdakwah.
Namun, buat masa ni, kelihatan masjid dan surau masih tak meriah dengan jemaah yang ramai. Maka, ia merupakan cabaran buat kita semua untuk memupuk minat sahabat lain utk bersama solat jemaah.
Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan juga sedang berusaha untuk memanfaatkan medium internet utk tujuan dakwah.
Jemput sahabat-sahabat ke iluvislam.com
JZKK
Hmm, terfikir, kalau masih ada dialog ‘mokcik’ seperti di atas.
Zaman manusia lebih selfless. Zaman makcik jual nasi lemak 20sen, lebih kepada nak jadikan bekal untuk budak sekolah rendah, dan balik modal sahaja…
@zacharias,
zaman ni zaman semuanya dinilai dgn duit…budak2 pon dah pandai..bila ditanya bila besar nak jadi apa?dijawabnya,nak jadi kaya….
maka lahirlah generasi yang mahu jadi doktor kerana duit,mahu jadi engineer kerana duit,mahu jd lawyer kerana duit,etc…
Subhanallah, begitulah dunia di akhir zaman.Oleh itu mari kita tingkatkan keimanan kita agar tidak terlalubersifat kebendaan.(walau pun ianya subjektif)
salam ustaz,
psp boleh juga main berdua..guna bluetooth, dgn syarat pemain kedua juga mempunyai psp
salam ustaz
galah panjang suatu permainan berpasukan sementara konda kondi lebih kepada individual game..apapun kedua-duanya memang ada elemen interaksi sesama pemainnya….saya rasa permainan ini sudah pupus skrg….
Salam ustaz…syukran atas entri…terjwb tentg Gen-Y…membuatkan ana terfikir lbh mendlm…dakwah mesti seiring zaman…rindu zmn sek rendah mengaji dan solat berjemaah di masjid Kg Bendang Panjang, K.Kangsor…nasik lemak yg harganya masih 20sen
@wardina,
bila berkata pasal nasi lemak….baru je beli pagi tadi…dulu rm 0.20, sekarang rm 2.00…:)
Salam ustaz,
Itu baru cerita tentang dakwah Gen-Y. Belum masuk lagi cerita Qudwah dalam Gen-Y tak gitu?
Adakalanya saya pun tertanya-tanya. Saya lahir tahun 90 dan proses perubahan berlaku sangat cepat. Bukan sekadar teknologi era baru. Tapi MENTALITI era baru ni.
Maka tentulah gaya berfikir saya dahulu yang terima perubahan cara ‘rotan’ teruskan mengubah dengan cara ‘rotan’, sedangkan dewasa ini budak-budak lebih menerima cara berlembut.
Yang kita pula menyangka mereka manja.
Tapi itulah situasinya. Perlukan satu perubahan yang cepat memahami situasi sekarang.
Ini baru cerita 10-15 tahun perubahan yang ketara. Saya tak tahulah generasi 10-15 tahun yang akan datang bagaimana~
Maksudnya kita kena pandai sesuaikan diri dengan golongan zaman sekarang ni? macamana pula yang mengalami krisis identiti golongan y pun tidak x pun tidak, zaman dulu pun tidak, zaman sekarang pun tidak?
satu renungan buat diri sendiri.. yang mendapati diri nya semakin sukar untuk berbual dengan manusia lain hatta kaum keluarga sendiri.
Hebat sungguh pelaksanaan solat secara berjemaah.. kemudian kewajipan solat jumaat sehari dalam seminggu.Umrah dan Hajj.
perubahan zaman dan kehebatan teknologi tidak boleh membunuh interaksi yang dilakukan di atas oleh umat islam…
mngkin di masa hadapan ,teknologi memungkinkan sesebuah organisasi besar akan kurangkan interaksi antara pekerja-pekerja tetapi kita masih boleh berinteraksi ketika itu melalui ibadah.
Subhanallah. Hebat sungguh deen kita
salam ustaz,
ada beza iPod dgn PSP…..
geng sy guna iPod utk baca quran & hadis, tonton/dengar ceramah, menelaah dsb
tapi PSP mmg just for gaming
@catalina,
kalau dengan quran dan hadith sekali pun, ia tetap sama iaitu MENGURANG DAN MEMBUNUH INTERAKSI
salam wbt.
alhamdulillah, at least dapat juga ’saham’ akhirat pada kelalain (khusyuk) bermanfaat.
salam ziarah dari bumi anbia’
@Abu Saif,
erm, adakah melayan blog tak dikira sbg ‘mengurang dan membunuh interaksi’?
atau boleh dianggap ‘keluar daripada kepompong zon selesa’?
Betul lah tu. Adik-adik sy pun bila sy bawa mereka berjalan2 ke tempat baru, mata mereka asyik terpaku ke HP saja, sampai sy bising2 baru mereka simpan HP tu. Belum ckp bila dah ada IPOD..dah tak dpt nak appreciate keindahan alam sekitar sbb asyik main game. Apa lagi dgn kehadiran MySpace, Friendster, Facebook..mereka boleh mencari teman2 sekepala dgn mereka yg ibu bapa tak dapat nak monitor. Bukan macam dulu, semua kawan2 anak-anak ibu bapa akan kenal sbb mesti datang rumah. Sekarang mereka berkunjung2an di laman web, namun kesan interaksi sama ada positif atau negatif tetap dapat dirasakan. Sy pernah baca ada kes bunuh diri sbb dibuli di internet. Zaman dah berubah…
@Umi,
kadang2 myself also find escapism in the net for example kalu nk cari geng sekepala sembang pasal perkembangan bola Jerman (contoh), sbb tak jumpa kawan2 di dunia realiti semua sokong team lain! nk buat camno..
Teringat permohonan anak mintak ada TV dlm kereta…… saya cakap :” Umi bw jalan untuk lihat keindahan alam, nak tgk TV kat umah pun boleh…”.
jazakallah ust kerana ingatkan tentang kita mula langkah dengan solat.
tapi,tu lah yang payah,payah nak laksanakan…
tapi tulah langkah mula yang harus dilalui,kalau seorang muslim itu tidak ambil peduli langkan ini,pasti ada kecacatan dalam tarbiah hiupnya…
apa pun mari kita buat,jangan bak kata seorang sahabat “di bibir sahaja”.
dalam bab ni kita harus malu kepada sahabat tabligh kita,
mereka katakan iman,kemudian amal,
kita juga kata iman,tapi amal kita?.
dan dalam langkah ini,kita memerlukan,paham kenapa perlu buat,tekad yang kuat untuk buat,lingkungan kawan yang memotivasikan,pengajian yang istiqamah,
berusaha meninggalkan amal mungKAR,dan terpenting ikhlas kerana Allah..
hiduplah dalam suasana ilmu,iman,amal,cinta dan ukhwah.
salam..
bercakap tentang kemunduran interaksi ini. HaWa juga merasainya.
kadang2 masa singkat bersama teman2 serumah di waktu makan misalnya, masing2 masih mahu memegang handphone berinteraksi dengan orang lain.
kemudian bila selesai, masing2 meluru laju masuk ke dalam bilik masing2 melayani teman2 di messenger atau facebook.
seolah2 hanya teman2 yang jauh2 saja bernilai bagi diri dan rasa perlu dihargai. sedang teman2 yang di sekililing sedikit saja rasa peduli.
rungsing juga bila difikirkan. ukhuwah kian longgar. bertambah beratlah soal dakwah ingin diperkatakan.
Salam ustaz,
“Dakwah bukan semata-mata kewajipan. Ia adalah wasilah memberi yang menghadiahkan makna hidup.”
sangat setuju…..
Ustaz,
Dlm Oprah ada baru2 ni dibangkitkan isu2 bgmana pelajar2 perempuan di US jadi mangsa rogol dan sebagainya hanya dgn kuasa internet. Juga ada di highlight bgmana child porno semakin menjadi2 di sana hinggakan ada akta baru digubal mengenainya. Betul2 jadi penyakit. Ada yg hingga bunuh diri dsbnya. Interaksi dgn keluarga sgt minima sbb bnyk habis masa dlm bilik aje. Generation gap menyebabkan ibubapa sukar sgt2 nak berbincang dgn anak2 wpun parents dah usaha tapi selalu tersilap cara. Susah nak difahami generasi Y ni. Itu di US dan seringkali apa yg berlaku di US, kemudiannya akan berlaku di tempat2 lain termasuk Msia. Baru2 ni Friendster buat ‘housekeeping’ dgn compare pada list of mereka yg ada kesalahan jenayah seksual dgn list of members and found out ada 70,000 penjenayah berdaftar dgn Friendster. Yg lawaknya, kenapa la dorang ni guna nama sebenar.
Berckp pasal solat jemaah pulak, parents zaman skrg busy sampai tak sempat solat berjemaah kat surau/masjid. Anak2 lelaki tak dibawa bersama ke masjid dan ke mana2 program keagamaan. Parents balik rmh dah penat, anak2 seharian dgn maid. yg dah besar sikit, sibuk dgn tv or internet. Hasilnya, kita lihat lagi 10-15 tahun.
@hudhud,
mmg benar , apa yang berlaku di US sekarang akan sampai ke negara kita dalam 20-30 tahun lagi.
itu yang kita kena berwaspada.
salam ust,
saya setuju dgn pandangan ust ttg sudah kurangnya interaksi di zaman ini, tak tau la pulak macam mana caranya di tahun2 hadapan dgn teknologi yg makin canggih, mungkin tidak langsung perlu keluar rumah.
saya juga berpendapat pendekatan dakwah harus diselarikan dgn teknologi utk kita dekat dgn remaja. bila duduk di kuliah atau solat berjemaah, kita byk dpt lihat org2 tua atau yg sebaya dgn kita shj, x ramai remaja atau golongan muda yg hadir.
Alhamdulillah sudah ada usaha penggunaan teknologi dalam berdakwah. kita bole belajar tajwid melalui iphone, bole baca Quran siap dgn terjemahannya, bole dgr ceramah sambil menuju ke tpt kerja, ada rancangan Tanyalah Ustaz di tv, etc.
Mmg guru dan interaksi diperlukan dlm mempelajari agama, ttp kita bole jdkan teknologi sebagai titik permulaan perlahan2 kita tarik golongan remaja kpd Islam.
Teknologi sudah pasti akan bertambah canggih, bagaimana kita adapt dan menggunakannya utk berdakwah adalah cabaran bersama.
Tahniah kpd ust dgn usaha blog ini, semoga Allah berkati usaha ust dan diberikan kekuatan utk teruskan
menarik topik ni. Byk juga yg saya sembang bersama rakan2 saya sebelum ni..
ya teknologi canggih mmg ada pro dan konsnya.
paling sedih bila terlalu obses dhn iphone, facebook dan sistem hubungan eletronik yg lain, hubungan secara direct dgn keluarga pulak yang berkurangan.
Org selalu menggunakan alatan eletronik ni utk bergubung dgn mereka yg jauh. tp terlalu asyik sehingga ahli keluarga terabai.
Sepatutnya bila dgn famili, handphone/laptop kena put aside. Baru lah yg dikatakan dgn kualiti time dgn famili.
Ni tak ke hulu hilir dgn laptop dan handphone dok ‘berukhwah’ tapi dgn famili sendiri cuma waktu nak makan sahaja. Itu pun kadang2 masih ada handphone sebelah pinggan makan.
Masa tgk tv, nak tido, drive kereta, dan dlm toilet pun sibuk berinternet/sms/emel. They would rather talk to their handphone/laptop than their wives, kids or housemates.
Dulu, ada org buat study/survey how much seseorg tu bergantung pada handphone.
Maka saya ajak kepada semua esp yg tinggal dgn famili atau ber-housemate, apakah nisbah pertuturan anda dgn ‘housemates’ anda berbanding dgn komunikasi dlm iphone/facebook/blog/sms anda??
Kalau kurang dari 1, maknanya u r in trouble. Sila muhasabah..
p/s: mungkin itu adalah antara penyebab mengapa hati anda sentiasa tidak tenang dan resah gelisah..
@ummusaif,
p/s: mungkin itu adalah antara penyebab mengapa hati anda sentiasa tidak tenang dan resah gelisah..
Aslm w.b.t,
Saya setuju dengan kenyataan ummusaif tu.
Nak cerita sikit, dulu saya pemain online game tegar (Ragnarok, MapleStory etc.) selama 2 tahun lebih. Sekarang, alhamdulillah dah stop dan dalam proses pemulihan drp ketagihan tersebut.
Masalahnya nak betulkan balik komunikasi lisan dengan famili(dan masyarakat). Amat sukar, sebab biasa depan komputer(dulu berhenti untuk solat/makan shj.), cakap pun jadi ‘tune-less’, rasa kekok tak berkesudahan.
masalah dah jadi terbalik, adik-beradik/nephews pulak terbawa penyakit ketagih game online tu,
Jadinya, dulu mereka ‘sound’ saya, sekarang saya tak tahu pulak camana nak nasihat mereka?
Saya selamatkan diri dari kesukaran tersebut, dengan cara ber-talaqqi dengan Ustaz berdekatan rumah. Ustaz buat rawatan Darussyifa’ (informal). Siang praktikal(skrg tahun 2 politeknik), malam ke tempat Ustaz mengaji.
Alhamdulillah, gelisah hilang & serba sedikit belajar berkomunikasi dengan manusia.
@SallehuddiN,
Kids, husbands or wives who attach themselves with gadgets more than their beloved ones is definitely a wrongdoing. No justification for that. If it’s already considered as an addiction, then a serious detox is needed to treat the addiction.
But almost all types of addiction is a kind of reaction to something. Meaning, this gadget obsession is actually a SYMPTOM and not the primary cause of the problem, socially speaking.
All of us should ask ourselves why people especially the youngsters turn to drug? What happened in their life that lead them to drug.
Parents should ask why their kids are so obsessed with their gadgets, facebook and friendsters? Compare yourself with all the idiots on your children’s friend list. Are you as understanding as them? Are you as entertaining as them? What happened to your relationship with your children at the first place, before you start blaming the techno as the reason why the gap between you and your children is widening.
I found many school children who are so crazy about the gadgets and they have the financial strength to get almost anything they wish in this life. But they are not the happiest kids I found. They are the saddest kids while we think they so enjoy playing their games and surfing the internet.
Same goes to husband or wife whom their spouse are spending more time with ‘strangers’ rather than their beloved one. What they are doing is definitely wrong. But do spend some time and reflect ourselves, do we appreciate the ‘offline session’ of our gadget maniac spouses, and are you as ‘cool’ as those alternate environment given by the techno?
Our kids love something and we love something else. Whatever they love to do, will invite our famouse NO word. Everything that is civilized in our definition is a NO to our kids. Jumping on the bed, NO. Shouting, NO. The only YES is either to keep mouth shut, our do the homework accordingly. And that is not fun and funny at all.
Our spouse loves something, but we loves something else. We don’t even bother what our spouse loves and try to please her or him. What do we do when our husband or wife is tired. Do we ease them or do we annoy them with our endless complain? Or at least we try to find a better time to initiate the discussion?
Then, there goes the escapism. The internet and gadget addiction.
To me, those who are gadget maniac, be them spouses or kids, they are the painkillers addicts. They are sick, and we might be the primary cause of it. Not the gadget which is natural.
I guess, an article would be nice to discuss this matter in depth.
@Abu Saif,
Maybe, to summarize, it goes like this. Imagine that all those ‘idiots’ on our children’s facebooks appear physically in front of them.
If our children are still more attached to those “idiots” than to us as their parents, it really means that something wrong with us. Maybe we are dull, not funny, not socially bla bla bla. so, there is the ‘escapism’ comes into the picture.
However, if the otherwise happens, the tech and gadgets should take the blame.
good theory?
@Abu Saif,
” They are sick, and we might be the primary cause of it. ”
Thank you Ustaz. On the other hand, we (Persatuan Siswazah Sabah) just ran an ISC program near K.K. (papar, Sabah). Hoping to see more consciousness on the youngsters.
I gonna seek ur help on Tamrin next time
syukran. wslm.
@ummusaif,
salam..
waa..sy sgt terkesan dgn comment nie.
syukran a’la kulli hal..
alhamdulillah.
mengingatkan diri ini y terleka..
btol3..kualiti time dgn family n org sekeliling….
dlm pada tu boleh juga berdakwah skali kan..insyaAllah…
@ummusaif, thanks ummu saif..i got that…
salam…
saya kira ada satu kekurangan yang cukup ketara pada interaksi melalui maya ini. di mana sentuhan? di mana belaian? inilah kekurangan yang patut diisi oleh ibu bapa mahupun para pendakwah dalam memenangi hati anak muda yang gersang. kita mampu berubah agar mereka berubah!
salam,ustaz,mintak maaf mungkin lari sikit dari entri ustaz,tapi,nak mintak pandangan ustaz tentang artikel oleh “Abu Yusuf -10/12/2009 at 12:23 PM” dalam blog ni,tentang doa awal n akhir tahun.
http://ohislam.com/doa-akhir-tahun/
Jazakallah
@fadzli,
off topik ni. biasanya ustaz tak brp gemar diskas topik bukan pd tmptnya. nanti meleret semua ikut terkeluar tajuk.
sekadar tips..
hmm..betul gak yea
salah satu perbezaan generasi sekarang dengan dahulu adalah berkurangnya interaksi sesama sendiri dek kebanjiran teknologi sedia ade
maknenya dalam nak menyeru dakwah kepada generasi sekarang,antara cabarannya ialah menyedarkan tentang hidup berinteraksi antara muslim atau peduli satu sama laen la kan..betul ke pandangan ni?
hmm..kene ambik buat muhasabah ni..
pandai ustaz cakap terengganu.serba boleh ustaz ni.hihi
terima kasih ustaz.. amat menarik sekali entri ini. memberi semangat agar saya terus kuat dan berani untuk menghadapi tamrin-tamrin yg akan datang.
amat tertarik sekali dgn ‘zon selesa’.
sememangnya kami remaja takut untuk meninggalkan zon selesa ini. Astaghfirullah
setuju dgn ustaz..
masalah kehandiran gadjet ini
tlah membunuh interaksi..
bagaimana dakwah hndk terlaksana??
“2. Jasad wujud di Alam dalam bentuk materi (matter atau material) sementara roh adalah di dalam bentuk tenaga. Tenaga adalah keupayaan untuk menjalankan kerja. Bagi membekalkan tenaga kepada makhluk, Allah membentuk materi yang membolehkan makhluk menggunakan tenaga yang diberikan secara terkawal dan time-dependent (asas kehidupan).” http://sharudin.com/2009/12/15/sa94-al-quran-hebat-muslim-heboh/#comment-7866
“Malah ketiadaan interaksi akan menghilangkan cermin bagi seseorang untuk meneroka potensi dirinya. Sama ada dirinya sentiasa ‘perasan bagus’ atau tenggelam dalam kelemahan kerana gagal mengeluarkan potensi diri yang sebenar.” – dari artikel
Pada saya, kefahaman kepada Rukun Ikhsan akan memperbetul tujuan berICT, terutama IPOD, IPHONE, atau I-RAP (brand baru?).
ermm setuju.based on own my experience…drpd solat jemaah ni bru sy sedar sy ada melakukan kesilapan dlm solat yg boleh menyebabkaan solat sy terbatal..so dr sini sy sedar akan kepentingsn jemaah antranya mampu membetulkan kesilapan2 yg kita lakukan n boleh menjejaskan ibadat seharian and mampu menambah kenalan..
Salam Ust,
Bila baca artikel ini, saya terfikir kenapa adik-adik saya begitu inginkan gadjet-gadjet hiburan dan komunikasi yang begitu canggih, kerana mampu mengasingkan diri mereka dari orang lain dan hidup dalam dunia mereka tanpa perlu memikirkan orang lain memberi kepuasan kepada mereka
salam semua.
sangat setuju dengan pandangan ustaz.
boleh dikatakan teknologi ini adalah dicipta untuk melalaikan jika kita tidak bijak menggunakannya! hanya sedikit dari kita yang memanfaatkan teknologi kearah usaha dakwah!
salam ustaz..
saya setuju betul dengan pendapat ustaz ini. tetapikan, manusia kini sebenar sama dengan manusia dahulu.. Tuhan tetap Allah yang Maha satu, Dia melihat hambanya yang bertaqwa. Sejauh mana suasana mengubah..kita tetap menyembah Allah yang kekal. Yang menyedihkan sekarang, mereka sudah tidak menghambakan diri pada Allah tetapi menjadi hamba kepada harta benda dan nafsu seperti PSP, ipod, iphone, Playstation, GBA dan sebagainya..
moga ambil pengajaran..
http://aktivismuaz.blogspot.com
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”..
Alhamdulillah ustaz.saya rasa tenang dgn ayat ini
entry yg membuat sy berfikir, perlu ubah gaya hidup ni..
slowly and hopefully it will sustain
saya bukanlah generasi millennium dan hanya membesar di zamannye,dan begitu juga rakan2 saya.
cuma ayat anta yang terakhir, bermula dengan solat jamaah. saya memang setuju. tetapi setuju tak bermakna mampu dilaksanakan.
saya nak minta idea,buat sesiapa saja yang baca ini ataupon pernah mengalami seperti ini.
macamna kalau org ajak solat berjemaah pon ditolaknya terang2terangan.dan bukan org yang jahil islam yang menolak tetapi org yg setiap hari solat dan menghafal quran lebih hebat dr org lain, tetapi solat berjemaah dianggap suatu yang susah dan tidak penting oleh kerana waktu yang tidak cukup, macam nak pergi study group. jadi kalau org yang alim pon tolak solat jemaah,rakan2 lain yang dating pon halal lagi la. astaghfirullah.saya pertama kali megalami peristiwa ini bila masuk universiti.
di asrama saya ada ratusan pelajar tetapi di surau hanya 2-5 org sahaja yang solat berjemaah dan selalunya isya sahaja.dan gejala ini bukanlah antara generasi ipod.
saya buntu. wassalam
kalo orang yang asyik sangat baca buku.. sampai tak berinteraksi dengan dunia luar.. pun bahaya.. pun bahaya..
@sha,
good reminder. coz at times, i am one of those.
salam,
secara peribadi saya x setuju bla dikatakan org yg asyik baca buku blh bt smpi x berinteraksi dgn dunia luar.. membaca kn jambatan ilmu..dgn membaca memberi kita baca maklumat & dgn membaca jg blh menambah ilmu kita ada & blh dikongsi dgn org lain..ni pn dinamakan interaksi jg..apa pn tq coz memberi peringatan tentang hal ni sebab sy sndri sorg yg sgt suka membaca..
salam wbt.
alhamdulillah, at least dapat juga ‘saham’ akhirat pada kelalain (khusyuk) bermanfaat.
salam ziarah dari bumi anbia’
syukran.. satu artikel mendidik jiwa anak muda