Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.
Dalam 1000 debaran menyambut amanah Alllah berupaya penyertaan anak remaja di dalam KEM HIJRI 1431, Alhamdulillah program kemuncak Saifulislam Training & Consultancy bagi tahun 2009 selamat melabuhkan tirainya.
72 orang anak remaja antara 13 ke 19 tahun meyertainya.
Ramai yang datang dengan kedut 1000 di dahi, kami bekerja keras untuk mencipta senyuman sempurna di wajah mereka. 3 hari 2 malam adalah tempoh masa yang terlalu singkat untuk merombak belasan hidup pengalaman hidup tetapi formula PERCAYA untuk BERJAYA dan RANCANG untuk MENANG, telah dikongsikan dengan sepenuh hati oleh semua yang terlibat menjayakannya.
Tahniah juga saya ucapkan kepada seluruh pasukan segar Saifulislam Training & Consultancy. Ini adalah program pertama kami dihimpunkan dalam satu keluarga, sebuah pasukan yang saya kalungkan 1000 harapan untuk menambah jumlah anak muda yang hidupnya penuh dengan rasa keyakinan yang tinggi bahawa ERTI HIDUP PADA MEMBERI.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





tahniah ustaz, semoga lebih ramai menyertainya di masa depan:)
Lupa nak tulis, nanti ada anak, saya nak hantar juga
moga adik2 yg menyertai program tersebut lebih bermomentum untuk meneruskan hari2 dalam kehidupan dengan penuh bermatlamat dan bermakna
memang patut pun awak hantar anak awak..mulakan dari skrang..hantar adik2 dan anak saudara, atau mana2 saja kenalan..boleh syorkan ke..
Awak juga kena hantar jugak kat situ, Saifulislam tak guna metod biasa2 tau
Tahniah Ustaz, cuma satu je yang nak saya komen..next program diharap pihak petugas memantau kegiatan yg tak berapa sihat peserta umpamanya merokok…yalah takut2 nanti lain yang diharap lain pulak jadinya anak2 kita ……
@Ibnudaud, InsyaAllah, pihak kami akan memperkemaskan lagi program ini dari semasa ke semasa.
Regrads,
Mohd Dzulhuzmi Nasruddin
Pemasaran dan Publisiti STC
Terima kasih dan tahniah buat semua peserta, dan penggerak Kem Hijri. Keep it up!
Pihak kami akan terus memperbaiki mutu pengurusan dalam kem-kem seterusnya. InsyaALLAH
Salam hormat,
Asyraf Shari
Pengarah Modul dan Kejurulatihan STC.
alhamdulillah…seronoknye mendengar, dan pastinya perasaan itu lebih seronok buat yang mengalaminya..
berharap dapat berkecimpung dalam dunia fasilitator macan ni juga..
Gembira mendengar maklum balas baik ini.
salam
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diizinkan Kem Hijri 1431 ini berjalan lancar dari awal ke akhir..
Terima kasih buat U.Hasrizal, A.Dann, A.Dzul, A.Ilmam, A.Ashraf, Wali, K.Jannah dan K.Fazlin di atas peluang dan tunjuk ajar yang diberikan.. Satu pengalaman baru buat anie as salah seorang fasilitator merangkap peserta secara tidak rasmi. Pertama kali join Kem Hijri dan pembawaannya memang lain daripada yang lain.. Pendekatan ilmiah yang santai tetapi padat melalui kuliah2 santai, slide, tayangan video dan banyak lagi… Secara peribadi, ianya sangat2 menarik..dan harapan saya semoga semua peserta memperolehi input dan pengajaran yang menarik dan bersedia untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Insya allah. Chaiyok2. Perubahan mungkin tidak akan berlaku dalam keadaan terdekat tapi akan datang… Paling kelakar bila Malam Kreatif Muda, majoriti mengajuk gaya Ustaz waktu kuliah…’Minta maaf Dewan Bahasa dan Pustaka’. huhu.. Tahniah buat semua peserta2 KEM HIJRI 1431 yang hadir dengan pelbagai ragam dan gaya… dan Terima kasih sekali lagi buat semua warga STC… harap x jemu jemput untuk jadi Fasi lagi… pengalaman baru sebenarnya…mengendalikan remaja sekitar umur 13-19 tahun… =)
salam..saya rase kem ni menarik..insyaAllah kalau ada kesempatan nak pergi juge…
salam alaik,
pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan oleh ust.hasrizal bagi bagi berkongsi pengalaman saya sebagai penderma hati. Alhamdulillah, sabutan amat baik daripada peserta dan juga petugas yg terlibat. semoga usaha baik akan diteruskan demi memajukan ummah sepanjang masa..
wallahualam
Good job!!! Emm… macam mana Lin ngan Jannah leh jadi Fasi neh??? Erm… kompius…
kem hijri best.thn ni nk join lagi