Aku Mampu Mengubahnya

December 22nd, 2009 by Abu Saif 10:48 pm | 8,871 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

Rupa asal saya pada usia 1 tahun, 1976

Saya tidak pernah dipanggil si kurus.

Sentiasa dipanggil si gemuk, badak, giant dan macam-macam lagi, sehinggalah akhirnya saya jadi betul-betul gemuk. Hingga saya rasa berdosa bekerja di Institut Jantung Negara, dan menahan pedih apabila dicaci oleh pemberi komen di blog yang menulis sesedap rasa.

Saya mencari-cari kekuatan untuk membuat perubahan.

Akhirnya saya teringat sesuatu.

Satu kepedihan yang tidak pernah sembuh daripada diri.

Saya memanjat tangga pentas menerima pelbagai anugerah kecemerlangan pada tahun 1992, tetapi apa yang saya lihat hanyalah linangan air mata bonda di kerusi hadirin, melihat kejayaan saya yang diraikan tanpa seorang bapa.

Saya anak yatim.

Abah meninggal dunia tepat pada malam ulangtahun kelahiran saya yang ke-17.

Pemergiannya sungguh mengejutkan.

Rasanya setelah 17 tahun abah pergi meninggalkan kami, kesannya masih belum sembuh daripada keluarga. Masih ada luka-luka pada wajah bonda, abang-abang dan diri saya kerana terlalu terkejut dengan pemergian abah.

Hanya saya dan bonda yang tahu perasaan sebenar berada di pentas pagi itu

Saya hampir tidak berdaya menempuh SPM.

Menangis berhari-hari di bilik asrama. Bagai separuh gila jadinya.

Malam kertas pertama SPM, saya demam. Sukar sekali saya mengutip kekuatan untuk meneruskan hidup tanpa abah.

Keputusan SPM disambut tanpa kehadirannya. Pelbagai anugerah diterima tanpa abah di sisi. Terbang ke Jordan meninggalkan bonda sunyi sendiri. Perkahwinan adik beradik saya canggung tanpa abah menemani. Abah tidak sempat menimang cucu, malah tidak sempat bermenantu.

Sakitnya sungguh mendalam.

Saya tidak sanggup membayangkan anak-anak saya menanggung sakit yang sama. Saya tidak tergamak memikirkan isteri saya menempuh pengalaman membesarkan anak-anak seperti ibu saya tanpa suami di sisinya.

Jika mati atas asbab yang di luar kuasa kita, itu lain ceritanya.

Tetapi janganlah mati kerana penyakit-penyakit yang saya ada ruang untuk mencegahnya.

Percaya dan berjaya.

Saya memulakan langkah untuk berubah. Dan saya tidak malu memperkatakannya.

Dengan semangat HIJRAH 1431 ini, saya mampu mengubahnya. Insya Allah.

Mungkin sudah banyak mulut yang terlopong apabila seorang ustaz gemuk ini bercakap tentang perubahan diri, gaya hidup dan pemakanan dalam seminggu ini. Saya memperkatakannya dengan penuh rasa daripada hati.

Saya tidak peduli sama ada surau dan masjid mahu mengubah menu mereka untuk menyelamatkan ustaz-ustaz daripada terus dibunuh dengan makanan. Tetapi saya membuat keputusan sendiri, bahawa circle of influence saya adalah diri saya sendiri.

Berapa banyak yang mampu saya ubah?

Kejayaan bukan destinasi. Ia sebuah perjalanan. Saya sudah memulakan langkah pertamanya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. 13 April Menjengah Emosi 17 tahun engkau menemaniku sebagai bapa 17 tahun juga engkau...

Advertisement

122 comments

  1. mawaddah says:

    mulakan langkah..
    biar sesusah mana..
    sekurangnya belajar utk memulakan..
    moga berjaya kekalkan diet seimbang dan sihat..

  2. alhammasiyy says:

    assalamualaikum..

    saya doakan ustaz semoga ustaz berjaya menempuhinya..allahumma amin..

  3. InsyaAllah Ustaz…yakin boleh mesti boleh..akak pun sedang berusaha..

    Ya..untuk kita lebih fit dan bertenaga lagi..bukan saja setakat anak-anak kita masih memerlukan kita..tapi untuk agama,masayarakat dan negara…InsyaAllah..:))

    Kalau kena kejar dgn FRU atau bedilan gas takla tercungap2…persediaan:))

  4. orange says:

    sayu pulak rasanya. PERCAYA DAN BERJAYA USTAZ!

  5. asri says:

    semoga berjaya.kurangkan manis dlm makanan,lebihkan manis dlm senyuman.

  6. zz says:

    Sedih & sebak. Artikel yang boleh memotivasikan diri saya sendiri. Saya mungkin bukan dari orang yang gemok/berbadan besar semasa kecil hingga ke dewasa. Tapi ia bermula apabila masuk ke usia 24 tahun hinggalah berkahwin bertambah lagi berat badan. Pernah sekali semasa menimbang berat badan dengan mesin yang boleh bersuara keluar dari mesin itu “ANDA TERLALU GEMOK”. Aduh, pedihnya.
    Cuma sekarang saya berusaha dalam kegiatan bermain badminton & ke gym di pejabat. Alhamdulillah dari segi stamina naik tangga, berjalan jauh dah ada peningkatan. Cuma tabiat makan lagi yang masih tak dapat diubah.Kena usaha lebih ni..

  7. nadilah says:

    semoga berjaya ustaz!

  8. Hari2 rasa mcm nak p joging,tapi mcm tersekat kat kerongkong je bile nak wat,tak terluah melalui perbuatan..insyaAllah,jika saya berusaha,ada hasilnya..tq for this inspirational articles ya ustaz..sgt membantu saya yg ketandusan sokongan moral:)

  9. Ummu Saifullah says:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Kerana badan akak yang montel macam ustaz, akak selalu membuat alasan untuk tidak menghadiri banyak program terutama reunion. Sakit hati bila orang tuduh kita tidak dapat menahan nafsu makan kerana itulah andaian kebanyakan orang. Gemok kerana banyak makan. Macam-macam nasihat diberi untuk kurangkan nafsu makan. Pedih bila memikirkannya. Siapa yang tidak mahu sihat dan fit?

    If you have hypothyroidism and hormone deficiency problem and your life is depended on daily doses of steroid, it is hard for you to stay slim. I try to think positive. As long as my blood pressure is normal, blood sugar level is normal, cholesterol is normal, I try not to listen to negative comments on my eating disorder (according to those who assume that akak gemuk disebabkan banyak makan.

  10. ami says:

    Salam ustaz… jemput ke tempat sy utk analisa kesihatan percuma dan satu cadangan untuk langkah susulan…insyaAllah..

  11. sinar says:

    Percaya dan berjaya…

    Dua kalimah yang cukup terkesan sehari dua ini sebaik sahaja melihat rakaman MHI..

    Apa yang ana perlu perbaiki adalah keyakinan diri dan percaya. Baru akan berjaya. Selalu sangat ‘under estimate’ diri sendiri, itulah yang meluputkan kejayaan dan kemajuan diri.

    Moga Allah rahmati dan membuka jalan untuk ustaz realisasikan apa yg dihajati.

  12. Haan says:

    Saya pun PERCAYA yang ustaz akan BERJAYA… (^_^)

  13. kita says:

    tahniah ustaz….teruskan terus kan teruskan

  14. ikhwana says:

    salam ustaz, semoga berjaya.chaiyok chaiyok . ustax saya didalam kategori org yang “susah untuk berubah” tapi tahun ni azam saya untuk kuruskan badan. jom ustaz kita kuruskan badan yeaah..

    saya begitu tertarik mendengar ustaz kata “susah daripada susah” umpama terkena di batang hidung saya :D . jom ustaz kita berubah

  15. alexumar says:

    Kejayaan bukan destinasi. Ia sebuah perjalanan

    pastinya semua tidak mempersetujui . tapi kemahuan diri .

    terus juang

  16. soulart says:

    syabas ustaz.. teruskan usaha..

  17. Akmal Hakim says:

    InsyaAllah ustaz boleh berubah. Isteri doktor, itu sebenarnya bonus ustaz.

    Saya bersyukur mak seorang farmasi. Pelajaran saya tentang makanan tak banyak, tetapi setiap kali makan, mak mesti mengajar sesuatu.

    Daripada kecil yang tahu ilmu tentang kencing manis, hinggalah besar ni tentang perkara-perkara yang menjadi CARCINOGENIC.

    Saya cuba sedaya upaya untuk prihatin dengan hal-hal makanan ni. Mengetahui di Malaysia ni kita tak banyak education kesihatan, ada education dari keluarga tulah saya manfaatkan sepenuhnya.

    Apa pun, sekadar pengetahuan yang saya tahulah, mengelakkan penyakit tu cerita kedua. Yang paling penting, jauhkan seboleh-bolehnya perkara yang menjadi RISK FACTOR kepada penyakit lain.

    :)

  18. zu_uk says:

    saya pun dalam proses …walaupun belum tahap obese tapi diri sendiri rasa tak selesa .. dari awal 2009 cuba nampaknya belum berjaya, sedih bila baju baru pakai sekali dua dah tak berapa muat ..

    semoga saya berjaya kali ni.., saya azam pound to pound, setiap 1lb weight lose saya akan bagi £1 to charity – target saya in 6 month dapat achieve the desired weight. dan saya akan cari 2-3 orang untuk sponsor weight lose charity ini.

  19. afiqmnoor says:

    Ustaz, saya pun sama mcm ustaz. Dah seminggu xmakan nasi, tak naik lif pakai tangga je. Office pulak tu kat tingkat 16. Harap2 ada lah perubahan.

  20. Adam says:

    Salam Ustadz,

    Saya cadangkan ustaz untuk join gym. Mengikut kajian, adalah lebih pantas untuk lemak terbakar dengan mengangkat berat dibandingkan cardio (jogging, running etc.)

    Tapi kalau ustaz nak berjogging, jangan ikut cara lama. Google HIIT. Saya pernah ditempat ustaz dan merasai keperitannya, tapi sekarang saya sudah berubah.

    Wassalam.

  21. musafirlalu says:

    semoga berjaya ustaz.. insya Allah.

  22. ummusaif says:

    STOP SMOKING! (alhamdulillah ustaz tidak merokok)

    Men dont need cholestrol/hi Blood pressure to get a massive heart attack.

    Enough with SMOKING can kill them young and quick.

    So many patient get heart attack before 40 nowadays.
    Beware!!

    • roza says:

      @ummusaif,

      betul ummusaif…saya setuju…saya risau tengok lelaki2 yang saya sayang sekeliling saya merokok…mereka cuba, tapi belum berjaya..kesian..

  23. cahayakemenangan says:

    Salam ustaz..
    kenapa saya menangis bila baca entry ini yer??
    saya kurus dan mungkin x benar2 paham pe yg dirasakan oleh kawan2 yg sedikit berisi,
    tapi saya benar2 dapat merasakan aura yang ustaz alirkan dalam tulisan ini.. mungkin itu aura perubahan dari diri ustaz.

    Tapi pe yg saya dapat ialah, berubah kepada yg lebih baik..

    Saya akan doakan kejayaan Ustaz!!!

  24. Kak Nisha says:

    “Kejayaan bukan destinasi. Ia sebuah perjalanan. Saya sudah memulakan langkah pertamanya”.

    Wah! Tahniah Ustaz. AKak pun perlu berubah tapi bab lainlah.

    Khas untuk ustaz..
    1. Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

    2. Kita pasti akan teru..s, Melakar Perjalanan, Mencanting Duka, Mewarnai Kehidupan, Membasuh Sisa, Berbatiklah Cabarannya. Teruskanlah PERJUANGAN selagi Jari boleh menari, selagi Hati tidak mati, selagi Nafas belum berhenti, selagi Jasad belum dikebumi.

    Wassalam.

  25. ibnuabas says:

    Ustaz tak lah gemuk, tapi saya tengok badan ustaz mantap dan berisi. Tapi bila manusia nak mencaci, ada je la~

  26. kokmi says:

    InsyaAllah, kami semua disini mendoakan yg terbaik untuk Ustaz. Kurus pun kena jaga kesihatan juga, ada juga kes kolestrol jahat dalam si kurus, lebih menakutkan ia menyerang pembuluh darah (betulkan infonya jika salah..)
    Teruskan usahanya… :)

  27. Iman Aisyah says:

    Salam ustaz,

    PERCAYA dan BERJAYA!

    sungguh padat dan ringkas..semoga dengan kedatangan hijrah ini, melangkah ke perubahan.

    Jazzakallah ustaz dan keluarga.

  28. ladyct says:

    InsyaAllah berjaya… tapi saya sendiri adakalanya ‘terbabas’ jugak! Biasanya cover balik dengan pasang CD aerobik di rumah je masa anak2 keluar main di padang ;)

  29. Umi says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Sebak sy baca artikel ni kerana pengalaman yg sama juga menimpa kami adik-beradik, tapi dgn ibu..bukan ayah. Penyakit barah usus yg tak tahu dari mana puncanya, mungkin keturunan atau cara hidup..menurut kata kakak yg juga seorg doktor. Sy yg tak pernah ambil pot tentang pemakanan, apa lagi nak bersenam, memang berubah selepas itu. Sy tau kalau dah jd sebab ajal, jadi juga. Tapi sy tak mau di hujung hayat sy sekiranya sy menderita penyakit yg sama sy berkata, “Kalaulah aku…”

    Sama2lah kita berusaha, ya ustaz..insyaAllah.

    • ami says:

      @Umi,
      betul tuh… sayu jugak tengok org lain ada maktok n tokwan.. Alhamdulillah anak masih ada satu-satunya maktok (ibu saya), arwah ayah meninggal sewaktu saya dlm pantang, sempat la memandikan cucu di awal minggu pertama usia… ayah dan ibu mertua memang dah lama tiada…
      ikrar saya akan sentiasa sihat selagi Allah mengizinkan untuk saya berpeluang bersama cucu di usia tua saya… (sy muda lagi, baru anak sorang)…
      itu adalah antara waktu2 gembira seorang anak kecil bersama datuk dan nenek… tambahan pula mak bapak busy sokmo…insyaAllah…

  30. Rohaya says:

    Salam, semoga dipermudahkan, ameen.

  31. yangbaik says:

    Salam, pengalaman yang hampir sama… cuma saya tak pernah melihat ayah saya… hanya gambar pengganti diri
    Kekuatan semangat saya taklah sekuat ustaz sekeluarga…namun perjalanan kita sama iaitu mencari keredhaan Allah.

  32. fae says:

    minum air masak byk-byk (8 gelas 1 hari), u cant drink anything else unless u consume enough water in a day,

  33. Cik Som says:

    Salam Ustaz,
    Suami saya rasanya sudah lebih sebulan memulakan diet. Dalam 3 minggu pertama, dia langsung tak sentuh nasi. Baru-baru ini barulah dia makan nasi, itupun dalam amount yg sangat kecil. Memang betul-betul berubah. Saya pula mula menukar menu makanan di rumah untuk support diet dia. Sudah lama rasanya tak masak kari, masak lemak dsb. Saya lihat dia sekarang semakin sihat, dulu kalau masa dia tidur, bunyi dengkurnya macam orang tidak cukup oksigen, sekarang alhamdullilah, dengkurnya sudah sangat jarang dan perlahan.
    Saya percaya, ustaz juga boleh berjaya. InsyaAllah, moga Allah kuatkan semangat.

  34. Sufi says:

    Salam Ustaz,

    moga berjaya ye.. =).

  35. aman_82 says:

    ustaz kena tabahkan diri dan kuatkan semangat untuk kembali sihat. kurus xsemestinya sihat, tp kalau orang berbadan besar selalu dikaitkan dengan pelbagai mcm penyakit.

    1) pagi2 ustaz bangun terus minum air suam 2 gelas. kumur2 dan telan ngan air liur tu. xperlu bersugi sbb ni sunnah Rasulullah. Saintis jepun pun dh buktikan amalan ni.

    2) amalkan makan ikan berbanding ayam atau daging.

    3) paling kurang ustaz kena lebihkan minum air suam. bukat setakat 8 gelas. lebih dari tu lagi bagus. 8 gelas tu bersamaan 2 liter.

    4) ustaz kena lebihkan makan serat mcm quaker oat, roti gandum.

    kalau ustaz nk bertukar2 idea ngan saya pun boleh. ustaz email je saya..:-)

  36. zah says:

    Semoga berjaya

  37. Azrul says:

    Kalau nak try aikido, kelas paling dekat dengan rumah Abg. Has ada kat Kelab Darul Ehsan rasanya. Boleh contact cekgu dia directly kat sini suzaliemohd@yahoo.co.uk (Sensei Suzalie) (kalau nak call, contact me, nanti saya bagi no dia). Izham ada jugak kata dia nak masuk tapi belum sampai seru agaknya :) . Satu benefit aikido nih, satu kelas yg sejam setengah tu memang betul2 exercise, tapi tak sedar. (Sebab best :) kawan pun banyak ) tau2 habis baju basah lenjun dengan peluh. Lagi pun aikido ni ada “philosophical depth” sikit la banding dengan joging aje.

  38. ummuamjad says:

    salam…
    merasa terpanggil untuk bantu ust dan sesiapa yg mengalami overweight.. bole try dgn diet seimbang melalui senaman atleast setengah jam setiap mg ataupun try herbalife… minuman kesihatan..byk perubahannya…slamat berjaya

  39. trueWorrior says:

    Salam…

    InsyaAllah.. ustaz mampu lakukan nya…

    p/s: ustaz bkn gemuk lah.. tp comel.. ^_^

  40. abuluqman says:

    Salam,

    Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Sepekara lagi tentang “membunuh dengan makanan” .. ini bukan kali pertama tetapi saya sudah diberitahu banyak kali oleh para ustaz.. sebagai contoh, semasa cuti sekolah macam sekarang ni, ustaz akan mendapat deretan undangan kenduri kahwin dan adakalanya 5 undangan dalam satu hari .. menu nasik minyak & daging & air manis & dan pelbagai makanan yg kalau dimakan berlebihan boleh membunuh. Saya pun mohon kalau ustaz dan ummu saif boleh adakan entry untuk pemakanan sihat ..

  41. Alhamdulillah,bagus juga.kuatkan azam ustaz.

    banyakkan aktiviti cardio,cycling,jogging ,swimming,

    pemakanan juga perlu di jaga,jaga minyak n kolestrol dan elakkan amik karbohidrat yang banyak masa dinner.

    td ana baru berjalan di tasek baru di ampang hilir(ana tak boleh jogging,badan berat)

  42. ummu widad says:

    akum ustaz.. dari segi fizikal saya memnag sama masalah dengan ustaz.mula masuk sekolah asrama badan makin dipam pam.last timbang sebelum bersalin ialah 108 kg.saya buat exercise dan saya aktif.. tinggal lagi masalah control makan dan lemak kental susah nak pergi. then saya cuba jus diet mate 5 tu.saya masih exercise n makan nasi dengan sedikit setiap hari. alhamdulillah berkesan.dan saya jalani hidup lebih sihat.kolestrol ok,blood presure ok,no diabetes, buah pinggang ok.alhamdulillah saya pregnant sekarang.. tanya ummu saif,kalau kalau ianya dapat membantu.

  43. ummu nouha says:

    ..insyaallah..selagi ia tidak dimulakan..kejayaan itu terlalu jauh dr bayangan..tahniah..sayapun on the way..:) org tengok mcm tak percaya..hakikatnya overweight dan obes..ishh.. teruk3..
    ayuh…jihad nafsu..demi kesihatan utk jihad kepada Islam pula..selamat berjaya..

  44. crew says:

    salam
    consider bicycling as a mode of transportation…. ride your bicycle as much as you can especially for short distance destination such as going to surau, visiting a relatives/friends place, light grocery shopping, etc, etc

  45. le_bai_lamos says:

    Please stay as u r ustaz…kurus tak semestinya sihat…yg penting kita jaga pemakanan dan selalu bersenam…insyallah sihat sentiasa..ermmm btw ur not fat ur just adorable hehehe

  46. Teman says:

    Go! Go! Go! sesama le kita ustaz, tiada yang mustahil dengan izin-Nya setelah usaha dari kita.

  47. lutfihafifi says:

    Selamat Berdiet…semoga Ustaz Sihat selalu…

  48. wardahbiru says:

    salam ustaz…
    bi iznillah..

  49. nurul says:

    memang sesuai masuk the biggest loser ni.. hehe.. gurau je ustaz :)

    selamat berdiet ustaz! yang penting badan sihat!

  50. dhuat says:

    Cayalah Ustaz!

    Saya pun nak sihat.
    Sekarang ini, saya terlebih sihat hehe.

    Pepatah inggeris mengatakan
    “When your intention is clear, the method will appear”

    Yuk berusaha!

  51. maisarah says:

    teruskan niat ustaz yg baik tu…semoga kekuatan dr Allah buat ustaz..ameen..
    There is NO SECRET INGEREDIANT,you just have to BELIEVE ustaz…do your best…

  52. Asrul Safwab says:

    Gud luck Ustaz….ana pun tengah berusaha turunkan berat badan juga….

  53. liza says:

    Jom ustaz…..saya pun berusaha secara perlahan untuk menguruskan badan. When u look good, u feel good. Sihat kita, bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk keluarga. Insyallah…go.go..go…:P

  54. shahir says:

    salam ustaz,
    rasanya ustaz tergolong dlm kategori gemuk yang sihat…bukan gemuk yang berpenyakit..jadi tak perlu lah risau..
    saya melihat ada orang yang elok dilihat berbadan kurus..berbadan gemuk..sederhana dsb..anyway, saya sokong je apa langkah yang terbaik utk ustaz.
    tiadalah lagi abu panda kalau dah kurus :)

  55. shab says:

    ….Salam…saya juga seperti ustaz….paling syahdu saya terfikir berapakah berat saya bila mati kelak…………amalan saya?hmmm sukar saya terangkan, saya sentiasa berdoa agar kematian saya dalam keadaan husnul khatimah dan segalanya dimudahkan oleh Allah….Saya masih berusaha untuk kurus ,saya harap kematian saya tidak menyusahkan sesiapa….
    …..SEKADAR MELUAH DAN BERKONGSI PERASAAN……

  56. reza says:

    Sebenarnya saya dah lama nak tulis,tapi takut ada yang terasa.

    Saya berfikir bahawa badan kita ini amanah Allah.Kegagalan kita untuk mengawal nafsu makan,dan berusaha untuk mengekalkan kesihatan ini,mungkinkah ini juga akan disoal Allah?Kalau ya maknanya saya pon telah mengkhianati amanah ini.

    Apa-apa pon saya ucapkan ‘all the best’ and ‘ganbatte kudasai’ kat ustaz.Err…kalau nak try teh jepun habaq mai la kat kitorang.Mula2 je tak suka.Lama2 sodapp jugak.

    • cahaya pencinta says:

      @reza,

      salam.mungkin ini kuar tajuk..tp anda mengingtkan sy pd seorg shbt..die pon sering selitkan bhs jepun dlm kate2 die sbb die suka sgt cerita jepun..malah slalu selitkan sekali loghat n9 sbb die wpun org sbh slalu join program permanis.,loghta kedah lom lagi die gn..subhanallah..

  57. makan kunyah 40x..pasti cepat kenyang..
    Bagi sy, nasi xperlu di’puasa’kn. ttp kna makan. Kalau nk kurus pn, kurangkn makan mknn yg brlemak mcm kek, aiskrim, mknn bergorng. nasi xbersalah..tp jgn bnyk sgt plak..bersederhana…islamkan suka bersederhana saja..

  58. wan74 says:

    be happy ustaz, gemuk tak semestinya pendek umur. yg penting jangan stress dan terima diri seadanya. orang kurus pun ramai gak mati muda seperti accident dan akibat smoking. hidup ini terlalu sinkat untuk dipaksa berlapar dan strenous exercise. just my 5 cents.

    • cahaya pencinta says:

      salam.mgkin terlalu lmb sy reply, tp berlebihan berat bdn merupakan slh satu adjustable risk factor utk byk mslh medical.
      konsep anda sm mcm bila perokok kate “ala..org xisap rokok pon leh kena lung cancer” tp bknkah usaha tu kn ada?mcm mn nk sihat klu xusaha?bkn kite nk cantik or kurus tp nak sihat..tp klu dah usaha penyakit dtg, itu criter lain.yg ptg usaha kite ada.Allah ada plan utk tiap umatnya..Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui..
      mgkin sy xrs sbb sy plak t’golong dlm kategori bertentangan..terlalu kurus, underweight.wpun org xpndg org underweight sbngaimana kbykan org pndg org yg lebih berat bdn, tp sy pon berusaha utk tmbh berat spy lebih sihat..
      wallahua’lam..

  59. Kehilangan adalah satu bentuk kekuatan yang memerlukan penglihatan yang tahu mentafsir

    Apabila ayah saya meninggal, saya meletakkan azam, mudah-mudahan nama ayah saya dalam setiap buku saya disebut menjadi doa para pembaca.

    Allah izinkan saya melihat nama ayah saya pada setiap buku yang terbit.

    —–

    Isu budak gemuk ini ramai yang sebenarnya tidak sedar kata-kata mereka mencipta double standard. Kita boleh lihat apabila yang kurus bertambah berat dia rasa sangat hodoh apabila berat naik. Tanpa sedar ayat yang ditulis tidak menghormati hati orang lain.

    Meskipun ada menafikan tidak merendahkan kedudukan orang yang ekstra saiz, tapi kata-kata yang ditulis dalam blog dan ucapan merasai kehodohan bertambah berat badan sebenarnya tanda-tanda jelas yang cuba dinafikan sikap double standard yang sudah menjadi subconcious mind.

    Hahah! sebagai orang yang melalui dua fasa itu, saya lebih berhati-hati menggunakan perkataan itu.

    Teringat seorang guru saya, beberapa tahun mengenalinya sekalipun dia tidak gunakan perkataan gemuk, tetapi besar. Anak-anak muridnya tidak terasa pun. :)

    Mungkin dia faham konotasi emosi gemuk dan besar, rasa hati berbeda.

  60. tulip says:

    salam. turut teruja untuk mengecilkan badan bila baca artikel ustaz ni. Dulu saya pun penah kena kutuk gemuk gedempol dan hitam legam walhal emak saya keturunan cina. mulut orang hendak mencaci bukan boleh kira. apa pun kadang kala jadi juga motivasi pada kita untuk berubah. moga usaha ustaz berjaya amin

  61. Ummu Saifullah says:

    Waalaikumussalam Ustaz

    Tentu saja sudi, terima kasih.

  62. Tazli says:

    Ustaz..jom! Ana pun dah usaha ..Alhamdulillah ada la turun 10kg dari april haritu.. tapi mendepani winter di UK ni..adus..perut asyik grumbling ja.. nak jogging.? sejukkk..

  63. minn ahmad says:

    saya pon ustaz, azam tahun baru hijrah, masihi ngan tahun baru cina nanti nie pon…

    kita tengok eh, sapa the biggest looser ampang – cheras..

    haha..

    all the best!!!

  64. islah says:

    salam,,

    semua peng’komen’ doa lah untuk ana sekali..ana pon sama juga,,ada azam yang sama,,,letih sudah berpenyakit sbb badan besar ni!

    You are what you eat..

  65. achik_insaf says:

    Langkah Pertama adalah Harapan,
    Sedangkan tidak Melangkah Langsung TIADA HARAPAN!!!

    Ayuh berhijrah untuk kejayaan

    Note : Pesanan untuk diri sendiri yg fakir

  66. Nik Abdul Razak says:

    salam,hu2,Alhamdulillah, saya ada kawan=)
    (saya skrg ni pun on diet)
    Moga kita berjaya ustaz!

  67. “Kejayaan bukan destinasi. Ia sebuah perjalanan. Saya sudah memulakan langkah pertamanya.”,
    Barakallahu fik. Takbir utk ust Hasrizal,Allahuakbr.

  68. sangtawal says:

    salam ustaz,

    amat tertarik dengan kata-kata ini :

    “Kejayaan bukan destinasi. Ia sebuah perjalanan. Saya sudah memulakan langkah pertamanya”

    semoga ustaz istiqamah dan selamat berjaya.

    wassalam.

  69. Daing says:

    Ya, Anda Mampu. Semoga berjaya…

  70. md abdulah says:

    Salam Ustaz…moga sentiasa dalam Rahmat Allah SWT…saya ada tengok siri The Biggest Loser ..walaupun siri ini tidak Islamik (aurat x jaga)tapi keazaman setiap peserta boleh diambil manfaat…Jika silap boleh perbetulkan…Moga Ustaz tetap istiqamah dalam perjuangan…salam..

  71. al aqso says:

    semoga ustaz berjaya mencapai target…
    ikhlas sy katakan,mmg sy kurang senang tgk org berbadan ‘besar’ nie sbb sy rs mereka nie x jg kshtn n kuat mkn…tp sy bangga ngn ustaz sbb sanggup berubah…sy doakan ustaz berjaya…insyaAllah..

    • Abu Saif says:

      @al aqso,

      bila anak dah empat, kerja nak bagi anak makan tu dari pagi sampai ke malam, membusutkan diri di dalam kereta berjam-jam sehari melayan traffic jam dan yang perempuan pula dah ada empat manusia mengembungkan perutnya 9 bulan setiap kali, menyusukan mereka… nak maintain anggun macam zaman anak dara dan bujang senang dulu, bukan satu benda yang mudah.

      tambahan pula, ada yang mengalami pelbagai masalah kesihatan yang membabitkan steroid, yang menyebabkan water retention dalam diri, menambahkan lagi sebab susah nak maintain saiz pakaian.

      tapi itu bukan alasan. mereka tetap berusaha kerana kurus tak semestinya sihat, namun gemuk biasanya mesti tak sihat.

      kata-kata perangsang lebih bermakna berbanding kata-kata yang menambah depresi yang hanya menyebabkan dia makan lebih lagi sampai MATI!

      Banyak sikit makanan untuk ulat dalam kubur, katanya nanti!

  72. Izhar says:

    insya-Allah saya doakan Ustaz berjaya dalam usaha ini.

    Salah seorang sahabat saya, yang sepanjang saya mengenalinya sejak tingkatan 1 adalah seorang yang obese. Baru-baru ini beliau menziarah rumah saya, sehingga saya yang menunggu di depan rumah pun tidak mengenalinya kerana penampilannya yang berubah 100%. Beliau mengambil 6 bulan untuk menurunkan lebih 30kg berat badan dengan hanya pergi ke gym. (tanpa sebarang ubat pelangsing etc)

    selamat berjuang!

  73. makngah says:

    Makngah suka nak berkongsi dengan ust webside ni.Dr Palani tak kutuk makanan di sekeliling kita dan tidak terlalu memuji makanan orang lain. Bacalah…

    http://ecohealingsystem.blogspot.com/

  74. nita says:

    mengalir air mata taktakal membaca artikel ini. terkenang zaman sy dulu yg memakai pakaian saiz xl malah pakaian bekas suami sy selalu jadi pilihan .namun segalanya sudah berubah tatkala mengalami ujian runtuhnya mahligai tersyg. akhirnya sya kini sudah berubah kepada saiz m. stlh 8 tahun ia tetap kekal dan ada hikmah apabila daripada perut tinggi dari dada kepada sebaliknya. skrg sy cukup mejaga makan. mungkin boleh berkongsi ngan ustaz makan beras tak berkanji adalah antara cara yg baik. mlm kurang makan. srapan ngan oat. klu dihidang kat masjid ustaz pilihlah yg plg kurg “lemaknya”. selamat berjaya ustaz.mudah2an satu hari sya berpeluang mendengar ceramah ustaz live.

    salam ukuhwah

  75. rohul says:

    i felt the same way on my graduation last week. i wasn’t happy, i never smiled upon graduating.

  76. kamalhakim says:

    Assalamu’alaikum ustaz.
    Terharu saya apabila baca post ni. Alhamdulillah, Allah tunjukkan saya dengan cara yang tak disangka. Tempoh hari terlintas di fikiran “Tak mahukah ustaz hasrizal kurangkan sikit berat badan? Nampak besar.” Tapi saya terfikir kemudiannya, “(xde kaitan dengan ustaz) Adakah seseorang tu nak kurus tu sebab nak sihat, atau nak nampak elok? Nanti jadi lain pulak niat dalam hati tu”. Kemudian saya terfikir pula “Ustaz kan sibuk, x sempat”. SubhanAllah, Allah melalui post ni (wallahu a’lam) connect ingatan saya kepada ustaz, dan ustaz postkan pula post ni.

    InsyaAllah, ustaz boleh :D

  77. kamalhakim says:

    Pembetulan

    SubhanAllah, Allah melalui post ni (wallahu a’lam) connect ingatan saya kepada ustaz melalui ustaz postkan pula post ni.

    Ustaz, saya nak bertanya tentang G

  78. kamalhakim says:

    Galway. Saya x tahu nak contact ustaz macam mana, nak add kat facebook, facebook kata “This user already has too may friends”, so saya post di sini.

    tq ustaz :)

  79. 2 tahun lepas saya obese. tiba2 baju raya saya tak muat dipakai dihari raya :( . kembara saya ke utara sumatera titik tolak saya berdiet.

    ramai orang gemuk cuba sedaya upaya menerima diri mereka seadanya dan sentiasa mengatakan pada diri sendiri ‘OK’ untuk jadi gemuk. Saya juga dulu begitu. Saya membina keyakinan diri walau saya gemuk. Hingga saya terfikir, bagaimana doa saya supaya diberi kesihatan, dipanjangkan umur boleh dimakbulkan Allah tapi dalam masa yang sama saya tidak menjaga kesihatan diri? Bukankah itu 2 halyang bertentangan?

    Maka saya mengambil keputusan untuk berdiet. Lalu saya buat sedikit research – kerana sumber2 dari forum terutamanya sangat tidak boleh dipercayai – mereka diet untuk cantik jadi sanggup berlapar dan mengzalimi diri sendiri.

    Sekarang saya tidak obese lagi. Dari baju kurung saiz L kini saya boleh menyarung saiz S.

    saya tetap anti orang yang memandang org gemuk sebagai freak. kalau gemuk dah dilihat seperti cacat, bagaimana mereka menerima orang cacat?

  80. ben kareem says:

    semoga berjaya… :)

  81. nobita says:

    ha ah..sy amat brsetuju dgn puterikalimah4…org yg mkan gelojoh tu sbb x kunyah bnyk kali walaupon buknlah sampai 40x..kan?

  82. nobita says:

    ha ah..sy amat brsetuju dgn puterikalimah4…org yg mkan gelojoh tu sbb x kunyah bnyk kali walaupon buknlah sampai 40x..kan?

  83. nobita says:

    itu lah..gemuk juga anugerah ALLAH..xbaik pndang org yg x elok.

  84. SallehuddiN says:

    Aslm w.b.t Abu Saif,

    semoga berjaya untuk azam Ustaz. Tips ana, belah limau nipis, minum setiap pagi & malam sebiji. Tak mengurangkan jisim badan tapi darah lancar, insyaAllah.

    peace :)

  85. el falahyn says:

    salam wrmt..

    tertarik utk bersama komen di sini..

    Remmember, you are what you eat.
    Believe this ust, what u’re doing indeed is one of the great ways to ensure that u’ll achieve ur weight goal;getting support from everyone around u. inshallah, u’ll make it!

    Antara tips lain, bina komuniti / cari geng yang boleh bersama-sama ust utk mencapai cita-cita murni ni..:)

    I did it,and life is getting lovelier hamdan lillah.

    waffaqakallah ust!! Li ma fihil khayr..:)

  86. sebirulangit says:

    sesungguhnya langkah pertama pembuka kepada kejayaan…semoga brjaya ustaz!!

  87. hazmer says:

    serius ustaz saya ni macam le sejenis dgan ustz. Gemuk,orang slalu pandang redah kat orang mcam kite nie,ramai kekawan kate nak tengok saya kurus diorang kata handsome kalau kurus …hehe..tapi saya nak kurus bukan kerna nak handsome tapi saya nak sihat tubuh badan & saya nak aktif dalam sukan..saya minat martial art tapi tubuh badan penghalang.. saya tekad nak kurus tahun nie…insyaallah moga kita transform jadi kurus yee….

  88. nun says:

    salam ustaz, azam yang bagus, tapi ustaz pernah kurus diwaktu sekolah dulu… pasti boleh.

    sayu membaca kisah pemergian abah ustaz.

    saya terlalu kurus…. tak cantik juga. kena azam nak tambah berat badan…

    p/s bertuah ada ummu saif…
    bertuah saif…

  89. Zainal says:

    Rabbuna yusahhil wa yunajjih laka ya ustaz!

  90. faiz says:

    insyallah
    dengan ade tekad dan usaha
    anta bole berjaya

  91. salam Ustaz..pengalaman kehilangan ayah di usia remaja adalah begitu perit bagi ibu yang bergelar janda anak 3.
    Pemergian ibu juga 3 tahun selepas kematian ayahanda saya.terkapai-kapai kami tiga beradik…sedih terkenang masa dulu…..

  92. suffian atthauri says:

    salam ustaz
    saya boleh membantu ustaz u dapatkan berat badan yg ideal
    do contact me ye @ 013-300 6431

  93. nur atielia says:

    salam….ustz
    sy sokong sepenuhnya…uszt tak la gemuk sgt..jst big size jer…ada ustz yg lg gemuk…well….
    kdg2 tgk dia ckp pn mengah….
    ustz so far sy..tgk ok je bila bg kuliah…just sk pakai baju kaler biru tua kot…heheh…
    chayo!chayo…
    bg fit skit..utk kesihatan…

  94. husna says:

    azam kita sama ustaz. sy dan suami sudah lama memikirkan keadaan ini. amat sedih jika berlaku kepada agamawan dan cendiakiawan kita.pergi di saat manusia lain belum puas berkongsi ilmu dan petunjuk.mgkin ramai antaranya terlepas pandang ttg ilmu2 kesihatan yg asas. kdg2 ada yg berat bdn ideal tp serangan jantung.akhirnya melihat sendiri hadis gambaran jasad Rasulullah saw baginda bertubuh yg ideal.no over or obes. tahniah ustaz!

  95. zakuan says:

    Assalammualaikum ustaz..tahniah atas azam itu…. darah jenis apa? pergi ke drlam.com untuk mengetahui jenis makanan yg paling sesuai utk jenis darah kita….Insya Allah bermanfaat.

  96. asiah rosedi says:

    semoga berjaya ustaz

  97. Lenny says:

    ustaz, i give you tips. Makan beras perang. Saya makan beras perang dan banyakkan sayur, dalam sebulan saya turun 4kg. Itu pun belum sempat exercise lagi. Kalau exercise agaknya boleh lebih banyak turun. :-) Beras perang tak sedap, tapi lebih baik daripada beras biasa. Dan saya makan nasi pun sehari sekali aje. Jgn tak makan terus nanti sakit lain pulak.
    Good luck.

  98. Amin007 says:

    saya dah baca komen dari atas sampai ke bawah, tengah-tengah siap ada iklan lagi hehehe.

    saya sekarang cuma risau perut membesar aje. saya pantang jumpa makanan, mesti licin habis hehehe. nasib baik saya berbasikal ke pejabat hari-hari. mungkin ada hikmah kenapa Allah tak luluskan ujian kereta jpj hehehe.

    cuma saya akan makan ketika lapar saja. kenduri kahwin dah jarang pergi, cuma kenduri doa selamat aje yang hadir. tapi perut tetap kembung/gemuk hehehe.

  99. tim says:

    hati manusis xpernah puas. gemuk dikata, kurus pun jd mangsa.
    prinsip saya, hidup dan mati kita bukan atas umpat keji orang.
    tapi kdg2, ia boleh menjadi pendorong untuk menjadikan diri kita sebagai manusia yg lebih baik. semoga berjaya ustaz, insyaAllah niat yang baik akan dpermudahkan jlnnya

  100. Hasnah says:

    Salam Ustaz,

    Saya dari kecik tak pernak kurus. At least ustaz pernah kurus juga masa form 5 dulu.

    Support u all the way for wanting to lose weight. I hope i can do the same too.

    Mudah2n berjaya….

  101. hazmer says:

    saya gemuk….yang merisaukan saya nanti ,plkn, pasal kena lari dah tu saya pun tak larat….dengar kata jurulatih lagi suka dera budak yang badan besar…

  102. amrikl98 says:

    salam ustaz

    He he teman pun ade juge ngutuk mike pasai gemuk ha ha,ampun pak ustaz

  103. cahaya pencinta says:

    salam..prevention is better than cure..smoga ustaz berjaya..ustaz pn msti tau obesiti mrupakan faktor boleh ubah yg mnyumbang byk penyakit..sy doakan ustaz berjaya..
    sy agak tersentuh sbb sy jgk mengalami pengalamn lebih kurg dgn ustaz.arwah abah meninggal btul2 sbulan b4 sy SPM. mlh ms PMR sms ujian percubaan xsilap sy arwah jg dimasukkan ke hospital hmpir sebulan2.Allah sj yg tau btapa sy gugat dan goyah ms tu.
    alhamdulillah result yg sy perolehi bolehlah dikatakan cemerlang.
    wpun slps arwah xde sy seolah2 hilang smgt sy, hingga bri kesan sgt2 mndlm dlm akademik sy hngga akhir2 ni,alhamdulillah, skali lg Tuhan bntu sy, sy dah temui matlamat sy.cm skang sy perlu memikirkan sebarang kemungkinan dan perlu bersedia lebih..wallahua’lam

  104. hillmee dq says:

    salam ustaz..satu artikel yg bagus,dan sangat bermotivasi ustaz..saya pun agak berbadan besar dan sedang cuba untuk mengurangkannya…saya cadangkan agar ustaz membaca buku tulisan ‘kevin zahri’ mengenai penurunan berat badan ustaz..tapi ana tak ingatlah tajuk buku tue..memang sangat membantu ustaz dari segi informasi dan praktikalnya..apa-apa pun semoga berjaya ustaz…SYABAS!!!

  105. hamba Allah says:

    salam, ustaz, kene kurangkan makanan yg ada kolestrol n kalori yg tinggi… terutamanya ayam yg jual d pasaran, minyak masak yg paket plastik tu dll…

Leave a Reply