Jadilah Manusia Hebat

December 24th, 2009 by Abu Saif 1:40 pm | 8,442 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

“Macam mana ye ustaz? Susah apabila kita minat satu bidang tetapi mak ayah desak kita ambil bidang yang lain,” keluh seorang peserta KEM HIJRI baru-baru ini.

“Memang susah. Hidup atas bayangan dan impian orang lain memang susah. Sifirnya mudah, terpaksa adalah terseksa, betul tak?” saya memetik kembali ungkapan slot NIAT di awal program.

“Saya belajar di kelas Sains. Emak dan ayah tidak habis-habis mendesak saya agar selepas SPM tahun depan ni, saya belajar bidang perubatan untuk jadi doktor” kata beliau.

“Awak tak suka jadi doktor?” saya bertanya.

Beliau menggelengkan kepala.

“Awak nak jadi apa?” saya menyoal lagi. Seperti ayat cikgu saya 25 tahun yang lalu.

“Ahli perniagaan. Saya minat bisnes!” kata pelajar tersebut.

Salah satu petanda yang kita sudah mula berhasil membina jambatan hati bersama peserta ialah apabila waktu senggang antara slot terisi dengan kehadiran mereka untuk berbincang dengan kita. Seorang demi seorang datang, mahu meluahkan masalah yang terbuku di hati. Saya sentiasa memuji-muji Allah apabila ada peserta yang datang untuk berkongsi kerana itu petanda yang baik bahawa sudah ada rasa percaya di hati peserta kepada kita.

Bukan mudah.

Jurulatih atau penceramah sering dilihat sebagai orang upahan ibu bapa atau majikan jika dalam kes pekerja. Penceramah diupah agar membasuh mereka supaya insaf dan boleh terus diarah dan dimanipulasi sekembalinya daripada kursus. Berat sungguh persepsi itu!

Maka perjuangan langkah satu setiap jurulatih atau penceramah adalah untuk meruntuhkan persepsi itu dan menggantikannya dengan rasa percaya mereka bahawa kita tidak berada di posisi correcting people, sebaliknya lebih mengusahakan connecting people.

“Pernah berbincang tentang hal ini dengan emak dan ayah?” saya bertanya.

“Susah. Baru nak cakap dah kena potong” kata beliau.

Wajahnya sugul.

Sayang sekali. Seorang anak yang bijak dan sebaik beliau, perlu sugul dengan tekanan yang hakikatnya tidak susah untuk diselesaikan jika ibu bapa membuka lebih ruang untuk pandangan anak didengari sebelum mengharapkan pandangan mereka didengar si anak.

“Pertamanya, ustaz sangat percaya dengan perbincangan. Sama ada di peringkat antara negara, kerajaan memerintah, suami isteri, ibu bapa dan anak-anak serta sesama kawan, berbincang adalah langkah penyelesaian yang sangat hebat. Kalau belum bincang, usahakan perbincangan. Tapi kalau tidak berhasil, izinkan ustaz untuk quote balik kisah Kungfu Panda yang kita analisa semalam” saya menyambung diskusi.

Beliau tersenyum.

Di dalam KEM HIJRI kali ini saya mengajak peserta menonton filem animasi Kungfu Panda daripada perspektif baru. Hampir kesemua peserta sudah menontonnya tetapi apabila diberikan ‘cara memandang’ yang baru, mereka seakan-akan baru pertama kali menontonnya.

“Po bercita-cita mahu menjadi juara Kungfu. Manakala Mr. Ping si ayahnya, mahukan Po menjadi pewaris kepada perniagaan mee istimewanya itu. Mr. Ping sentiasa teruja mahu mewariskan perniagaannya kepada Po sehingga dia hampir-hampir tidak pernah perasan akan impian Po yang amat berbeza. Menderita bukan?” saya memulakan kisah.

“Sama macam situasi saya,” kata peserta berkenaan.

Beberapa orang rakannya yang baru selesai minum teh, datang menumpang dengar.

“Tetapi Po tidak sedar, segala penderitaan emosi dan fizikal yang dialaminya akibat tekanan impian Mr. Ping sebenarnya adalah latihan dan pengalaman yang melatih beliau menjadi hebat. Sesuatu yang tidak ada di dalam silibus pengajian The Jade Castle yang ditempuh oleh Furious Five dan Tai Lung!” saya menambah.

“Maksud ustaz?” beliau sedikit kebingungan.

“Pertama sekali, kemahiran mengangkat lima mangkuk mee di sebelah tangan, bukan benda mudah. Kemudian, Furious Five tidak menjadi The Dragon Warrior kerana mereka hanyalah pelajar yang cemerlang menghabiskan silibus. Tiada kelebihan. Tai Lung pula walaupun menjadi seorang yang sangat hebat, gagal menjadi  The Dragon Warrior malah gagal mengalahkan Po sebab dia tiada pengalaman sehebat Po. Apa pengalaman hebat yang Po ada?” saya menduga adik-adik yang terlopong di meja.

“Tak pastilah ustaz!” kata salah seorang peserta yang menongkat dagu semenjak tadi.

“Tai Lung sentiasa dapat apa yang dia mahu. Dia tidak mampu menerima jawapan TIDAK dalam hidupnya. Itu menjadikan dia tamak dan gopoh. Berbeza dengan Po yang lama belajar bertolak ansur dengan kehendak Mr. Ping.  Dia akhirnya menjadi seorang yang lebih cekal, tabah, dan yang paling penting, TENANG!” saya menyambung.

“Dan lucu!” usik seorang adik yang kelihatan teruja dengan perkongsian kami.

“Betul. Maksud ustaz, kalau kamu nak jadi doktor, dan perjalanan kamu menjadi doktor itu lancar tanpa cabaran, kamu hanya akan jadi doktor biasa. Kalau kamu nak jadi ahli perniagaan dan perjalanan kamu untuk mencapai cita-cita itu smooth tanpa halangan, kamu hanya akan menjadi ahli perniagaan yang biasa-biasa sahaja. Tetapi kesabaran kamu menempuh dunia yang realitinya seperti ini, akan menjadikan kamu seorang yang lebih sabar dan bersyukur satu hari nanti” saya meneruskan celoteh.

“Realiti macam mana tu, ustaz?” tanya pelajar tadi.

“Dalam realiti kehidupan, kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka. Jadi kita kena belajar untuk suka apa yang kita dapat! Itulah kehidupan namanya,” saya menjawab.

Mereka termenung. Sepi seketika. Peserta lain sudah mula masuk semula ke dewan mengambil tempat.

“Kalau ditakdirkan kamu tetap mengambil bidang perubatan, tidak semestinya kamu tidak boleh berniaga. Kamu boleh membuka klinik selepas beberapa tahun menjadi doktor, kamu boleh menjual peralatan perubatan, kamu boleh membuka pusat Hemodialisis, dan macam-macam lagi. Malah boleh juga menjual tshirt labuh Muslimah secara online!” saya memberikan cadangan berupa win-win situation kepada beliau yang berkonflik dengan ibu bapanya.

Beliau tersenyum.

Ada rasa lega terpancar pada wajahnya.

“Dan apabila Po menjadi The Dragon Warrior serta berjaya menyelamatkan seluruh China dengan mengalahkan Tai Lung, Mr. Ping memeluknya dengan bangga dan heboh bercerita kepada orang lain bahawa si Panda Gemuk itu adalah anaknya. Penuh bangga. Maknanya, semasa Mr. Ping mahu anaknya menjadi penjual mee yang hebat, beliau sebenarnya mahu anaknya menjadi orang berjaya. Cuma ia diungkapkan sebagai penjual mee. Tetapi apabila Po berjaya menjadi juara Kungfu yang terhebat, ia tetap memenuhi impian si ayah kerana setiap ayah menginginkan anaknya menjadi manusia hebat. Bukan doktor, bukan ahli perniagaan, tetapi menjadi manusia yang hebat. Betul tak?” saya mahu menghabiskan segera perbualan.

“Betul, betul, betul!” kata seorang lagi, meniru lagak Upin dan Ipin.

“Formulanya ialah?” saya mendarat ke sebuah kesimpulan.

There is no secret ingredient, you just have to BELIEVE!” jawab mereka beramai-ramai.

Kesemua mereka beredar mengambil tempat semula untuk slot yang berikut. Saya yang kekeringan tekak terus menyambung ‘ceramah’.

Demikianlah rutin seorang jurulatih.

Dia mesti bangun sebelum peserta lain bangun, dan bercakap serta berbual dan berkomunikasi tanpa henti, kemudian tidur selepas peserta lain tidur.

Rahsianya?

There is no secret ingredient, you just have to BELIEVE!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Didikan Allah Untuk Bakal Manusia Hebat Macam mana ya ustaz? Bagaimana nak buang perasaan ini?” tanya...
  2. Manusia Berhubung Dengan Perasaan “Ustaz, saya hairan macam mana ustaz kawal kursus yang ustaz...
  3. Ukhuwwah Manusia Hamba Membuat kesimpulan ukhuwwah di hadapan Imperial Palace, Tokyo “Usrah bukan...
  4. Manusia Itu Yang Utama “Cadangan ustaz, elok kita peruntukkan satu malam untuk peserta membuat...
  5. Penceramah Itu Manusia Biasa Kenangan bersama Dr. Abdul Aziz Hanafi ketika mengunjungi kota London...

Advertisement

56 comments

  1. eman says:

    this article is so awesome..trima kasih ustaz..i really adore ur writing.keep it up

  2. entah says:

    saya baru dapat result.dan saya failed.terus mintak dlm hati,ya Allah,tlg pujuk aku..terus terasa nk bukak saifulislam.com.terus baca entry ni.dan rasa terpujuk kembali..alhamdulillah..

    terima kasih ustaz.trima kasih byk3 =)

    • ukhtimujahadah says:

      ana… ana sokong pendapat kamu…ana secara tak sengaja buka laman ni…sebelum ni just dengar2 ja…mohon copy artikel utk simpanan sy..utk dibaca dan dikongsi tatkala saya mencari sinar dalam tarbiyah..syukran…

  3. salamullahi alaikum wbth…salam pencerahan seterang cahaya matahari..

    alhamdulillah…artikel yang same baiknye dengan artikel yang lain lain..walaupun ringkas dan bersahaja tapi ustaz mampu membangkitkan rasa keterujaan utk terus membaca untuk tahu dan seterusnya tenggelam dalam lautan makna dan pengajaran yang dapat dicapahkan melalui setiap KEYWORD menuju MAHU…hehe..berfalsafah plak…

    “Dalam realiti kehidupan, kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka. Jadi kita kena belajar untuk suka apa yang kita dapat! Itulah kehidupan namanya.”

    betul tu ustaz..quran pun ade nyatakan bolehjadi apa yang kamu suka tu sebenarnya tidak baik bagi kamu..dan bolehjadi apa yang kamu tak suka itu adalah terbaik buat kamu…(lupe ayat berapa…)

    semuanya ada hikmah..dan TUHAN TIDAK SEKALI-KALI MENZALIMI HAMBANYA…

    to adik entah ..jgn frust sgt..nanti terbuka pintu godaan syaitan buat kita…semua org pernah alami kegagalan…dan ianya terbukti adalah guru yang LEBIH BAIK dari KEJAYAAN…

    thanks ustaz…saya dah baca hampir kesemua entri ustaz..siap print lagi utk simpanan pribadi..sakit mate bace melalui skrin..adela dalam seribu muka surat lebih..banyak pengajaran y sy dapat..dah jadi macam RISALAH NUR syed Nursi dah plak ..hehe..byk beri pencerahan kepada umat…(versi ust lebih mudah difahami..hehe)

    “jadilah manusia hebat…”

    sama ada hebat di dunia sahaja..atau hebat di akhirat jua..hebat di mata manusia sahaja..ataupun hebat di mata Allah juga..hebat IQ sahaja..ataupun hebat IQ,SQ,EQ juga..semuanya di tangan kita…kan2…buatlah pilihan yang terbaik…

    “There is no secret ingredient, you just have to BELIEVE!”

    itulah THE POWER OF BELIEVE…KUASA DISEBALIK KEIMANAN KEPADA ALLAH..menjadikan kita redha dgn setiap takdirnya dan menjadikan kita sentiasa termotivasi untuk melihat dunia dan kehidupan dengan lebih positif…

    separuh penuh atau separuh kosong?

    terpulang kepada kita…k..salam..

  4. misna says:

    betul, kadang2 dgn pengalaman hidup yg sedikit, pelajar lepasan spm masih kabur sbnarnya ttg profession apa yg dia nak jadi..jgn terburu2 dalam tindakan, byk berbincang dgn org yang lebih tua.
    kisah 1 :abg kawan saya, lagi 1 sem nak abis degree, tiba2 stop dan tukar course semata2 tidak minat..alahai, 1 sem je , tak salah kan dapat dua degree..tp akhirnya berjaya juga di bidang baru yg dia ceburi
    kisah 2: adik saya, dulu lepasan teknik, best student in cateering, kalau ikut layak dapat biasiswa ke oversea untuk course masak2, tp sambung UIA bidang law,sbb ramai kata result dia sesuai ambik law, n lebih kurang win2 la, sambil ambik law, boleh berniaga buka restoren, n now tukar course ke KLMU bidang hotel..walaupun result dia excellent masa law, hingga apply ipta lain di bidang catering, seme balas nak bagi sambung law juga except KLMU, maka banyakla terpaksa berhabis duit..tp insyaAllah, sbg seorang yg rajin dan bersungguh2, saya yakin dia akan berjaya dalam hidupnya
    kisah 3: dia ambil medic result dia seme A, tp rasa tak dapat ikut dan tukar course, sometimes minat menentukan juga pilihannya
    kisah aku: ….lbh kurang cam tu jg, at least berjaya, tp tak tahu masa depan..yg penting..usaha hingga ke nafas yg terakhir

  5. akmal says:

    There is no secret ingredient, you just have to BELIEVE!

    bukan mudah nak percaya. apatah lagi bila keadaan semasa menekan kita seolah-olah tiada ruang untuk meletakkan sebarang harapan apatah lagi kepercayaan…
    sama juga bila saya baca bab meyakini masa depan adalah milik Islam, saya terfikir, mesti ramai remaja-remaja macam saya, bukan tak tahu kebenaran janji Allah, tapi somehow hati susah nak percaya…

    mungkin ustaz ada secret ingredient untuk percaya dan meyakini?

    • nabil says:

      @akmal,
      lepas baca komen kamu ni, memang tepat la statement di atas tu.

      There is no secret ingredient, you just have to BELIEVE!

      no tips, no secrets, just keep on believing!!and trying.

    • Saya Yakin says:

      @akmal,

      Saya pun satu masa dulu terfikir jugak camni.. tapi bila sudah mula mengenali diri sendiri.. tau kelemahan dan kekuatan.. ditambah dengan keyakinan kepada buku panduan yang sangat hebat – Al-Quran n Sunnah… Saya yakin.. Saya boleh buat..

      Sebelum saya nak merubah masyarakat itu.. Saya kena ubah diri saya sendiri dulu.. Kalau diri pun tak boleh diubah.. memang cita-cita nak lihat masa depan Islam tu takkan kemana-mana..

      Apabila saya yakin kepada diri sendiri.. Maka saya mula melihat pintu-pintu peluang yang terbuka dihadapan.. menunggu untuk saya buka dan masuk je..

      Apa yang ada di sebalik pintu itu tidak perlu difikirkan sangat lagi… Yang perlu.. bergerak dulu.. apa-apa jadi.. kita plan lepas nih pulak.. :-) Just Go on.. semua tu pengalaman kan.. pengalaman pasti akan mematangkan fikiran..

      Masa depan Islam.. InsyaAllah kerana saya yakin kepada kebolehan yang Allah dah bagi nih… WallahuA’lam.. semoga kita Ikhlas dalam jalannya.. Ameen..

      minta maaf ustaz.. panjang pulak.. huhu..

  6. Iskandar aka DR Bubbles says:

    Saya suka entri ini!

  7. hidayah naim says:

    saya suka artikal2 ustaz. saya mintak izin copy beberapa artikal untuk perkongsian dengan rakan2 saya ye ustaz..

  8. formula baru dalam menghuraikan sebahagian persoalan2 rumit kehidupan,
    alfu mabruk ustaz~

  9. mas says:

    salam ustz..
    kebetulan mmg saya suka sgt dgn kungfu panda tu..:)
    memng relate dengan kehidupan sebenarnya..sya lebih jelas selepas huraian ustaz seperti di atas..manusia perlu jadi hebat..

  10. pelajar... says:

    saya terharu mmbaca entry ini..
    itulah apa yang saya lalui sekarang…
    dan saat-saat ini sangatlah sukar..
    kerana bidang perubatan adalah antara bidang that u hv to learn by heart..suatu benda yang blum mampu lagi saya capai…
    entry ini sangat memberikn kekuatan yang saya perlukn sekarang..thanks ustaz…

  11. hilmi laden says:

    terima kasih ustaz..artikel yang menarik..jadi lah insan yang hebat! =)

  12. nur ain says:

    assalamualaikum..
    artikel ustaz kali ini benar2 menyentuh hati saya kerana saya juga berada dalam situasi itu.terima kasih ustaz!

  13. Nurul Huda says:

    salam
    kne kreatif dlm berusaha tuk mmuaskn ht sume pihak, biarpn sukar…

  14. aelin says:

    Ustaz betul2 ajak adik2 tu tonton KFP dalam kem kali ni. Dilatih pula menonton dgn angle berbeza. Syabas!
    Saya suka!! :)
    (err.. saya belum lagi baca pun entri2 ustaz yg sblm ni psl Kem Hijri. Tgh baca dari latest to older post)

  15. iDea says:

    artikel ni comel! syukran atas pencerahan. :)

  16. ahyana says:

    syukrn ustz.x sdr air suam mglr ke pp.trnspirasi.. trutama tme part ayhnya brkata nk anknya jd manusia y hebat..btul,smua mk ayh mahukn mcm tu. hbtnya prncgnMu ALLah.. ujian itu sbnrnya mematgkn dn mjdkn kta utk lbh kuat, lbh luar biasa dr y biasa2..jdknlh kmi hmba2mu y brsyukur dgn ujian2Mu.

  17. Yuana says:

    Terharu membaca.
    Alhamdulillah, saya tidak menjadi paksaan ibu bapa. Cuma ada part lain yg saya diduga.

    Tak nampak apa2 sms tgk filem kungfu panda ni. Kena banyak berfikir lagi.

  18. nawwar says:

    -bismillah-

    salam :)
    sekadar berkongsi, tidak mustahil menjdi ‘doktor-usahawan’ dan pelajar tersebut tidak perlu susah hati..
    saya pernah menghadiri slot motivasi oleh seorang doktor yg juga usahawan..
    saya kagum akan datuk dr zainuddin wazir, seorang doktor, lalu menjadi pakar bedah jantung..dan dia juga merupakan head of kolej acms, sebuah kolej perubatan.
    antara rahsia beliau, sentiasa improve pencapaian dgn short term targets yg silih berganti setelah tercapai. dlm kata lain, bliau tidak akan duduk dlm zon selesa lama-lama ttpi akan mencari sesuatu yg lebih baik utk dicapai..
    dan kini, setelah title ‘pakar bedah jantung’ dia menjadi bisnsman pula..
    sekian~

  19. ayuni says:

    alhamdulillah..sangat bermotivasi dengan entry ustaz pd kali ini.kene btg hidung sndiri.terima kasih buat ustaz.teringat pesan dr seorang lecturer,
    ‘anda perlu lakukan sesuatu yg anda minat.jika tidak minat,cube timbulkan rasa minat kerana kita akan gembira dengan apa jua bidang yg kita ceburi.insyaAllah..’

  20. Nice2knowU says:

    trime kasih ustaz..keme dah jauh lencongnye dok sini

  21. ain says:

    mak dan ayah saya pun sgt berharap saya jadi doktor…tp saya tak minat..bila saya fail, mcm biasa lah…saya kena marah. tapi saya cuba juga habiskan medic ni. mereka ungkit tentang byk duit dihabiskn utk study saya… :( saya sedih…mereka cuma nampak, glamour dan kayanya hidup doktor tu!apakah dgn jadi doktor sahaja kehidupan terjamin????duit banyak???

  22. Mullah TTDI says:

    Salam Ustaz

    Satu lagi artikel yang membanggakan dan mengejutkan diri dan minda saya. Sometimes, your articles make me inspired… Keep the good work….

  23. rohul says:

    i have faith in whatever i do

  24. nurr says:

    Salam Ustaz,

    terima kasih. artikel yang membuka minda.syukran ustaz.

  25. wardahbiru says:

    salam ustaz..
    terima kasih untuk post kali nie..
    mmg mbuat saya berfikir dgn lebih positif lagi ttg kehidupan kita..
    “Dalam realiti kehidupan, kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka. Jadi kita kena belajar untuk suka apa yang kita dapat! Itulah kehidupan namanya,”
    terima kasih ustaz..buat pngtahuan ustaz, sy dulu nak smbung dlm bidang prubatan,tp tak ada rezeki, so skrang sy dalam bidang perakaunan. walau tak pernah terfikir nak ambik bidang nie, atas galakan keluarga, sy tabahkn hati untuk habiskn pengajian..Alhamdulillah, sejak bc artikel2 ustaz,bnyak perkara yg dulu sy selalu merungut tp skrg nie sy lebih brfikiran positif. motivasi ustaz byak mematangkn fikiran pembaca!
    terutamanya saya..hehe…
    moga Allah sentiasa mmbri ustaz kekuatan untuk meneruskan jihad.

  26. akram says:

    assalamualaikum ustaz bila lagi nak buat program? bila dah baca artikel ni cam nak join program ustaz……

  27. ben kareem says:

    Assalamualaikum ustaz.. Alhamdulillah, usaha connecting bukan correcting yang saya buat di program2 yang saya dan kawan2 kendalikan sememangnya berkesan..

    Jadi jurulatih umpama jadi kawan kepada mereka, hingga kadang2 rahsia yang ibu bapa mereka tidak tahu mereka berani luahkannya kepada kita..

    Tiada lafaz yang membunga di dlm hati kecuali Alhamdulillah bila mereka mula rapat dengan kita..

    Sekarang ni saya sentiasa berhubung dengan mereka, nk pastikan tarbiyah yang mereka terima di kem sentiasa berterusan dan nk mereka sedar bahawa kita sentiasa ada untuk masalah mereka..

    Terima kasih ustaz kerana usaha dakwah ustaz yang satu ni.. :)

  28. Abu Zahra says:

    Alhamdulillah…syukuran ya ustaz.. trima kasih atas ilmu ni..

  29. nur says:

    Assalamua’laikum ustaz
    here i would like to share some experience. my story ni twist cerita adik yang minat pada business cuma bezanya parents saya harapkan saya ambil education.hajat di hati nak jadi doktor tapi parents cakap ambil education.now dah final sem insya-Allah.sepanjang pengajian banyak cabaran + dugaan yang dilalui.rasa macam tak kena pendidikan dengan jiwa saya plus subjek yang agak berat bagi saya especially time first year.rasa nak tukar kos je time tu.tapi alhamdulillah berkat doa my parents saya akhirnya berjaya berada di final sem sekarang. saya cuba mencari hikmah yang tersembunyi dan akhirnya saya yakin dengan pilihan my parents saya even hati saya tidak sepenuh rela pada mulanya now i can say thank you to my parents =)

    yakinlah apa yang kita tidak suka itu jika terjadi pada kita adalah yang terbaik.Allah sebaik2 perancang.

  30. atif says:

    maaf ustaz, saya merasakan, jawapan yg ustaz berikan kepada pelajar itu, kurang tepat. Saya tidak merujuk kepada semua nasihat ustaz kepada pelajar itu, tetapi apabila ustaz menyatakan, jadi dr. pun boleh berniaga. Kita sudah ramai dr, jurutera, tetapi terlepas pandang muslim dalma bidang perniagaan. Ahli korporat Muslim yang outstanding. Kita amat ketandusan mereka. Tak perlulah saya terangkan betapa pentingan bidang ini kepada dunia. Ustaz, saya pernah melalui apa yang pelajar itu lalui. Saya ada berbincang dgn ibu-bapa saya, dan akhirnya saya memilih jalan yang mereka tidak setujui. Adakah saya anak yang degil?! Tanya diri kita, untuk apa dan siapa kita hidup? Untuk parents? Sooner, our parents will leave this world forever.. so, for whom. for the eternal God, Allah. Tapi, Alhamdulillah, akhirnya mereka dapat menerima cita2 saya, cuma perlukan masa. Saya berharap agar pelajar terbabit dapat meneruskan cita-citanya menjadi ahli perniagaan. Fokus, biar tajam, biar hebat,. Jangan bebankan diri dengan sesuatu yg kita tidak gembira melakukanya. Life is so short,. live life to the fullest.

    Atif, dr to engineer, canada

    • Abu Saif says:

      @atif,

      tidak mudah untuk satu pengalaman peribadi mahu diolah menjadi panduan umum.

      • atif says:

        @Abu Saif,

        maaf ustaz,.
        saya terima sebuah e-mail yang mengatakan saya biadap sebab membalas komen ustaz di atas ini. Saya tak kenal siapa yang membalasnya, tetapi beliau membahasakan dirinya, ana(saya). Terima kasih kerana mengatakan saya biadap. Saya tak tahu statement saya biadap atau tidak. Minta ustaz nilai sendiri. Tapi cukuplah saya memetik kata2 dari seorang cendiakawan Islam dari Eropah,Sheikh Tariq Ramadan, yang saya dengar dari seminar beliau: “deep faith, critical mind.. essence of Islam”. Lebih kurang begitu bunyinya,. apa yang beliau cuba maksudkan, jangan malu bertanya, memberi pendapat malah mengkritik pendapat orang lain walau guru kita sekalipun. Bagi saya, soal biadap atau tidak, saya sendiri tidak pasti bahasa bagaimana perlu digunakan. Apakah definisi lembut dan beradab itu? Minta maaf kalau memang saya biadap.

    • Lenny says:

      @atif,
      Dear Atif, apa yang Atif cakap tu betul juga. Tapi kalau faham apa yg ustaz cerita tu, pertamanya dia suruh pelajar tu bincang dengan ibu bapanya. Dalam masa nak tunggu bincang ustaz pun ceritalah moral KungFu Panda tu sebagai alternatif. Ertinya ustaz suruh pelajar tu bincang mudah-mudahan orang tuanya berubah fikiran dan memahami. Kalau tidak juga maka ada cara lain untuk memahami macam cerita KungFu Panda tu. Yang penting segala masalah ada penyelesaian. Seperti Atif juga yang akhirnya ada penyelesaian kan? Congrats and good luck.

      • tipah says:

        @Lenny,
        Salam
        Thanks Lenny,.
        Sebenarnya, saya x lagi rasa ruangan komen ni sesuai untuk perbincangan or kritikan, sebab susah untuk menyatakan idea kita secara jelas. Always need face to face conversation. Thanks for being cool.

        Jazakallah

  31. atif says:

    tambahan sikit, janga lupa berdoa dan solat istikharah,. tu penting,.

    atif

  32. atif says:

    Kadang2 terlintas juga di fikiran. Kenapa harus anak sahaja yang mengalah dan menerima hakikat dan bersabar dengan keputusan yang dibuat orang lain. Susah nak jumpa dengan ibu bapa yang redha dan sabar menerima keinginan anaknya. Adakah kebanyakan ibu-bapa di Malaysia begini. Mungkin statement ini agak skeptikal. Atau mungkin risiko yang tinggi dalam bidang perniagaan membuatkan ramai ibu-bapa takut untuk melihat anaknya menceburi bidang ini, hingga Muslim di malaysia jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi. Saya tertanya-tanya.., dan terus bertanya,..

  33. Aqtar Mohamed says:

    “Dalam realiti kehidupan, kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka. Jadi kita kena belajar untuk suka apa yang kita dapat! Itulah kehidupan namanya.”

    very nice ustaz. very creative of you to use this animated film to teach a beautiful message. masya Allah. =)

  34. Ummu ayman says:

    Saya peminat setia abusaif.com, dan slalu menceritakan semula kisah/cerita yg dipaparkan kepada anak2 yg menginjak usia remaja. Saya guna cerita ustaz utk menyampaikan point kpd anak2 krn sedar mmg sukar menyelami hati anak. Jadi saya jdkan abusaif.com & beb yg lain sbg silent guru to guide me thru krn fikiran kita penuh dgn expectation thdp anak. Anak pula tidak dpt faham tujuan ibubapa yg inginkan mrk berjaya kehidupan dunia & kumpul cukup bekalan akhirat. Hasil dari cerita2 saya, dua org anak remaja saya dengan rela hati mengikuti Kem Hijri baru2 ini. Tidak sabar berjumpa sendiri dengan ustaz yg selalu mrk dengar ceritanya juga pengarang buku Rindu Bau Pohon Tin yang mereka jadikan antara bacaan sebelum tidur. Yang sulung begitu terpengaruh hinggakan ingin belajar di Mut’ah kelak…Dari cerita2 mereka dua beradik, banyak yang diperolehi dari Ustaz Comel [panggilan mereka beri] dari kem tersebut. Cuma saya agak terkilan kerana tiada sesi perkongsian bersama ibubapa sewaktu penutup – harap ustaz boleh pertimbangkan untuk kem2 akan datang. Anak2 yang teruja dengan kemungkinan adanya aktiviti luar yang mencabar bdasarkan tempat kem diadakan juga sedikit terkilan kerana hanya berpeluang meranduk air di pagi terakhir. Mungkin kem akan datang boleh dipanjangkan waktunya…Ustaz, izinkan saya terus berkongsi pengisian dari abusaif.com dgn anak2 remaja saya…Terima Kasih atas segalanya semoga Allah memberi kebaikan dari segala kebaikan yang ustaz berikan kepada pembaca abusaif.com

  35. siti says:

    Salam..sy juga mengalami masalah yang sama.. sy pada awalnya tidak meminati jurusan perubatan dan amat meminati kos engineering… Namun, family sy suruh sy amek kos perubatan.. Tapi, Alhamdulillah, akhirnya sy minat jurusan ini dan sy rasa kadg2 kte perlu mendengar pandangan parents n family because mereka sebenarnya lebih tau ape yang terbaik dan ape yang mereka lakukan hanya untuk kebaikan kita.. Thanks 2 all of u

  36. shuffick says:

    menarik.. sapa sangka cerita kartun mampu diungkap kepada sebuah cerita motivasi yang cukup bagus.. terima kasih ustaz…

  37. nani says:

    mmg menarik baca setiap tulisan ustaz..penuh bermakna…latest baca tulisan ustaz dalam majalah anis keluaran jan’10 berkaitan “SEPATUTNYA”..cukup membuatkan diri bermuhasabah..

  38. Umar says:

    Ya akhi…ana membaca komen artikel enta…sumenya memuji..ana jadi tertanya-tanya juga…tidak terganggukah konsentrasi enta untuk berdakwah…ana belum pernah di puji dan dipuja akan hasil kerja yg ana lakukan..jadi belum tahu bagaimana rasanya di puji berterusan begini…

    • Abu Saif says:

      @Umar,

      Tukar pujian itu kepada satu sahaja maksud iaitu “mereke menerima apa yang disampaikan”. Tidak lebih daripada itu. Justeru memuji tidak menambah apa-apa, mengeji pun tidak mengurang apa-apa, Insya Allah.

      Sebab tu dalam Bahasa Arab, bila disebut syukran, kita membalasnya dengan AFWAN. Maaf, sebab syukran itu selayaknya hanya kepada Dia.

      • Umar says:

        @Abu Saif, semoga dapat bertemu enta pada satu hari nanti dan bertukar pandangan dalam urusan dakwah di jalan ALLAH

      • @Abu Saif,

        salam perjuangan…

        ana juga pernah mengalami dilema seperti peserta tersebut. Ayah inginkan ana menjadi doktor, emak pula meminta supaya mengikut jejak langkah ayah supaya menjadi pakar bahasa Arab.

        ayah ana berjaya pujuk emak lalu ana meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Unhas Makassar, namun takdir Allah belum sempat menghabiskan pengajian ayah dipanggil pulang menghadap-Nya…

        kini ana ikut nasihat emak belajar bahasa Arab pula di UIAM.

        ??? ???? ?? ???

  39. asyikin says:

    sy ade masalah yg sme cm adik tu..cuma bezanya sy dh graduate, spatutnya tahu apa yang sy nak buat dalam hidup saya. tapi bila sy rs sy dapat ape yang sy nk, mesti ada halangan.hinggakan sy hmpir putus asa mencuba.

    terima kasih ustaz, artikel ni berjaya buat sy merenung kembali kehidupan.

  40. Amin007 says:

    ikutkan saya ada buat luahan hati saya dalam bab menentukan cita-cita di blog saya

    http://jangkaan.name.my/blog/2009/12/apa-yang-ada-pada-masa-depan/

    “kawan aku ada kata kat aku, nasib baik aku pilih berhenti awal sebab dapat kerja tetap dengan kerajaan. ayah aku kata kenapa taknak habiskan belajar, rugi buat pinjaman pelajaran mara. mak aku tak berkata apa-apa lagi pasal tu. cuma aku kena bayar penuh pinjaman pelajaran mara. nak buat rayuan bayar sebahagian namun mara nak tengok keputusan semester aku. entah mana aku letak huhuhu. jadi …

    apa yang ada pada masa depan???”

    apa pun keadaan kita berbeza dengan keadaan orang. mungkin mengambil moral dari cerita kungfu panda memberi ketenangan kepada budak tersebut dalam bab nak berbincang dengan ibu bapa dia. tak pun ajak ibubapa tengok cerita fungfu panda lepas tu pandai-pandailah budak tu nak mulakan perbincangan.

    namun macam mana pun nak cari keadaan anak dan ibubapa setuju satu keadaaan yang sukar melainkan kalau dia orang dah tengok cerita kungfu panda hehehe.

    nak carilah filem fungfu panda ni hehehe

  41. semoga kite akan jadi yang hebat didunia dan diakhirat..=)

  42. cahaya pencinta says:

    salam..mmg sbnrnyer criter2 kartun akan diselitkan pengajaran.cm mcm mn penonton mntafisrkan.alhamdulillah, ustaz brjya mnggarap criter kungfu panda tu dgn cemerlang utk dijadikan panduan.
    soal karier ibu bapa mmg main peranan besar.sy sndiri sjk kecil arwah ayah asuh sy spy jdi doktor.sbbnye arwah ms tu sakit teruk sejak accident(mslh jntung) jd die sematkan pd sy utk jd doktor utk merawat arwah.tp bl arwah kembali ke rahmatullah sms sy form 5 sdikit sbyk sy tergugat.sy hilang arah.bl msuk matrik dpt result xsmpi 4.00 sy trus kecewa.sy xmmpu pgg amanah sy pd arwah nk jd doktor.sy ttup mnda sy n xpk psl pluang blajar kat oversea.slps t’pk pon wpun meluap2 prasaan nk pegi, keadaan kewangan kelurga xmengizinkan.
    ada abg sy kate sggup biaya sy blajar di swasta, tp sy xmau terlalu mnja.akhirnya sy yg kecewa mmbuat kputusan ikut kwn amik nursing kat UKM ni.
    subhanallah, betapa Allah sygkan sy, sy di uji lagi.sy perlu repeat a year kat sni. mgkin sbb niat sy blajar ni xbtul jd Allah menguji dan alhamdulillah, kini azam sy cm satu, sy nk tmtkan pengajian..sy nk bekerja bersungguh2nk bls js mak, biar abg sy rs puas krn berkorban byk utk support sy dlm blajar. sy ttpkan niat, sume ni kerana Allah.Allah berikan sy satu jln yg penuh liku hingga sy terasa nikmatnya bila sy ketemu jalan sy..spt quote dr sebuah buku-kebun nasihat taman pendengar- “sekiranya kehidupan ini pahit rsnya, sungguh dr kepahitan itu aku mendapati buah yg manis”..alhamdulillah..sy smakin merasa nikmat dan manisnya hidup ni..

  43. Dalam realiti kehidupan, kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka. Jadi kita kena belajar untuk suka apa yang kita dapat! Itulah kehidupan namanya,”

    i like when pple play with words..lebih memahami..huhu..mybe sy jenis absctract-type.. syukran

Trackbacks /
Pingbacks

  1. Jadi Manusia Hebat « Izuddin Helmi

Leave a Reply