Resepi Lawan Menjadi Kawan

December 30th, 2009 by Abu Saif 1:04 pm | 7,717 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

Ilmam, Wali, Zul dan Ashraf, antara tenaga pasukan KEM HIJRI 1431

“Kenapa dalam program anjuran pelajar universiti, kita perlukan ramai fasilitator hingga ada program yang ahli jawatankuasanya lebih ramai daripada peserta, sedangkan dalam program kendalian syarikat jururunding latihan, kita boleh kurangkan jumlah fasilitator ke tahap minima?” saya bertanya.

Kami baru sahaja selesai menutup KEM HIJRI.

Setelah semua peserta dan ibu bapa beredar, kami bertungkus lumus mengemaskan lokasi dan menyudahkan majlis dengan minum petang sambil membuat post-mortem ringkas sebelum bersurai.

“Hmm, berapa jumlah minima yang dimaksudkan?” tanya salah seorang fasilitator.

“Kalau berdasarkan pengalaman ana mengendalikan program, sama ada pesertanya adalah kelompok pekerja atau pun pelajar sekolah menengah, jumlah terkecil yang pernah berlaku ialah tiga orang” saya menjawab.

Janggal sekali.

Lebih janggal apabila anjakan yang ingin dibuat ialah pada paradigma program zaman menara gading, dengan program zaman pasca graduan. Zaman pekerja yang tiada lagi sandaran pengaruh Majlis Perwakilan Pelajar atau apa-apa badan yang seumpama dengannya.

Semuanya atas inisiatif diri sendiri.

Di dalam program kali ini, KEM HIJRI mempunyai saya sebagai jurulatih utama, bersama Syakir, Danial, Ashraf, dan Dzulhuzmi. Pengarah Saifulislam Training & Consultancy yang seorang lagi, Ahmad Asyraf  Shari tidak dapat hadir bersama walaupun sudah sedia bertungkus lumus sebelum program bermula. Kami juga dibantu oleh beberapa orang fasilitator seperti Ahmad Ilmam (UIA), Waliyuddin (UKM), Anie (UM) serta Jannah dan Fazlin dari UIA.

Pasukan KEM HIJRI 1431 ini dikurniakan masa hanya sekitar seminggu untuk membuat persiapan kejurulatihan dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Jumlah 10 orang pengendali ini adalah jumlah yang besar. Jika dinisbahkan kepada kumpulan nasyid, mungkin ia ala-ala kumpulan Rabbani. Tetapi sebuah syarikat jururunding latihan mahu peranan setiap orang dioptimumkan.

“Macam mana dua tiga orang mengendalikan program 70 orang, ustaz?” timbul satu soalan.

“Semuanya berbalik kepada konsep kepimpinan yang pernah ana tulis iaitu MANUSIA BERHUBUNG DENGAN PERASAAN” saya menjawab.

Danial sedang mengalu-alukan ketibaan peserta KEM HIJRI

Para anggota Saifulislam Training & Consultancy perlu merujuk kepada bahan-bahan yang telah saya muatkan di blog sejak sekian lama. Artikel ‘Manusia Berhubung Dengan Perasaan Itu‘ adalah lontaran idea saya tentang teknik pengendalian program yang berorientasikan objektif. Jika matlamat sebuah program adalah untuk mengubah minda dan kepercayaan peserta tentang sesuatu, maka penderaan fizikal dan pencabulan rasional dan emosional adalah kesalahan pendekatan yang merugikan.

Berikut adalah sebahagian sedutan artikel itu yang saya kongsikan bersama warga kerja Saifulislam Training & Consultancy yang baru:

Ya, bagi seorang pelajar, mungkin agak menghairankan bagaimana saya dan tenaga kerja Fitrah Perkasa boleh mengendalikan kursus selama 3 Hari 2 Malam, sedangkan nisbah fasilitator dengan peserta ialah 1:25 malah pernah 1:40.

Ia bukanlah soal pelajar atau pekerja. Tetapi cara kita menilai dan melayan kemanusiaan manusia.

“Apabila kursus bermula, kita kena faham yang mungkin 90% daripada peserta itu hadir kerana terpaksa. Hadir kerana diwajibkan oleh syarikat” saya memulakan perkongsian idea.

“Rasa terpaksa itu selalunya bukan dibuat-buat. Memang setiap seorang peserta itu datang dengan membawa luggage kehidupan masing-masing. Ada yang terpaksa meninggalkan ibu di hospital. Ada yang terpaksa mengupah pemandu teksi untuk mengambil dan menghantar anak di sekolah. Ada yang isteri terpaksa mengambil cuti, dan macam-macam lagi” saya mahu pelajar ini melihat apa yang tidak diperlihatkan.

KEPEDULIAN

“Ingat tak kepada ungkapan yang ustaz selalu sebut tentang hal ini?” saya bertanya.

“Apa dia ustaz?” pelajar itu tidak pasti.

“People don’t care how much you know until they know how much you care! Orang tak peduli sebanyak mana kita tahu, sehinggalah mereka tahu sejauh mana kita peduli” saya cuba mengingatkan pelajar tersebut.

“Oh, ya saya ingat dah” katanya sambil tersenyum.

Sesi pertama saya bersama peserta mana-mana kursus, saya dilatih di Fitrah Perkasa supaya mengusahakan keselesaan peserta. Tunjukkan kepada mereka dengan hati yang tulus ikhlas, bahawa kita memahami dan mengambil kira kesusahan masing-masing untuk datang ke program tersebut. Saya perlu tenteramkan peserta dan “cuba mengambil hati mereka”.

“Kursus ini tidak ada agenda cium pokok, makan bubur kulit limau, atau rendam kepala dalam air. Kursus ini kursus tuan-tuan dan puan-puan. Solat 5 kali, makan 6 kali! Anggap sahajalah ia cuti-cuti Malaysia. Jalan-jalan cari…?” saya mencuba ice-breaking.

“Makannn!!!” sahut peserta diiringi gelak ketawa mereka.

“Sudah-sudahlah cari makan tu ya. Biarlah kali ini kita jalan-jalan cari ilmu pula!” saya atau mana-mana sahaja fasilitator Fitrah Perkasa akan berusaha memesrakan diri dengan peserta.

Ketika itu lazimnya peserta ini akan bergurau sesama mereka.

“Ha, tu la nko, asyik fikir makan aje. Malu la sikit kat ustaz!” kata seorang peserta kepada rakan di sebelahnya.

Saya hanya membiarkan mereka saling bergurau. Tetapi mata saya terus memerhati seorang demi seorang peserta. Siapakah di peringkat itu yang masih sejuk dan beku. Masih masam dan berwajah jemu. Perhatikan… dan camkan orang dan namanya.

Semasa sesi perkenalan selesai, ketika orang sedang makan-makan, saya atau mana-mana fasilitator akan datang secara halus kepada peserta yang pendiam itu, duduk di sebelahnya, dan menawarkan kuih yang diambil.

Bertanyakan nama, rumah di mana dan cuba cari satu dua tajuk yang boleh dijadikan titik perbualan.

“Oh, Encik Zam tinggal di Cheras. Saya pun sama. Cuma saya di Taman Midah. Encik Zam duduk di bahagian Cheras yang mana?” saya mengusahakan perbualan.

“Saya di Cheras Jaya” jawab peserta tersebut perlahan.

“Gitu… saya tak tahu sangat Cheras Jaya di sebelah mana. Cuma adalah perasan signboard tu” saya menyimpulkan persoalan yang dikongsi.

Cukup setakat itu. Apabila dia sudah sudi menjawab soalan yang ditanya, ia sudah cukup baik. Tidak perlu dikorek pada masa itu masalah yang dihadapinya. Simpan di hari kedua nanti. Jangan jadi ‘penceroboh’, menceroboh hidup orang. Cukup sekadar kita tunjukkan dengan perbuatan yang kita ini pedulikan dia. Kehadirannya kita sedari dan telah ditanda dengan perbualan ringkas itu.

Begitulah selalunya.

HASAN AL-BANNA DARI KACA MATA ABBAS AL-SISI

Saya sentiasa ingat kisah yang diceritakan oleh Abbas Al-Sisi di dalam bukunya “Jalan Menuju Hati“ tentang pendekatan Hasan al-Banna di dalam dakwahnya.

Suatu ketika seorang lelaki datang ke pejabat Ikhwan al-Muslimin untuk mendaftar sebagai ahli. Apabila Hasan al-Banna melihatnya, beliau berkata, “Assalamualaikum ya Muhammad”

Lelaki itu amat terkejut. Bagaimanakah Hasan al-Banna tahu namanya. Kata Hasan al-Banna, “aku pernah mendengar rakanmu melaungkan namamu semasa kita di sebuah stesyen keretapi!”

Begitu sekali Hasan al-Banna sensitif dalam memenangi hati manusia di sekitarnya. Ia bukanlah skill yang dibuat-buat, tetapi datang dari jiwa yang mempercayai bahawa manusia berhubung dengan perasaan, bukan formaliti dan ilmu kepandaian. Apatah lagi hubungan paksaan.

SUKA MENGHINA DAN MEMALUKAN PESERTA

Namun saya tidak nafikan, dalam pelbagai program sama ada di peringkat pelajar sehinggalah ke alam pekerjaan, memang ramai yang suka membuat pendekatan memalu dan mendera peserta.

“Minta maaf tuan-tuan dan puan-puan. Di sini tak ada Dato’ dan Datin, tak ada Bos dan Manager, semua jawatan tu gantung kat pintu masuk tu. Di sini, saya bos!” kata seorang penyelia kursus.

“Kamu semua akan diuji sejauh mana ketahanan fizikal dan mental. Maka jangan nak mengeluh kalau makanan tak seperti yang diharapkan” kata pengarah sebuah program induksi pelajar.

Lalu peserta dikerah mendengar ceramah sehingga pukul 1 pagi. Kemudian bangun jam 4 untuk Qiamullail. Seterusnya sarapan pagi hanya roti keras cicah air sejuk. Dan makan tengah hari, nasi bubur bercampur kulit oren dan biji kopi.

Apa alasan berbuat demikian?

Mahu membina ketahanan mental.

Ketahanan mental atau masalah mental?

TENTERA LAIN

Saya tidak pasti dan tidak ada membuat kajian, dari manakah datangnya kepercayaan perbuatan memalukan manusia dan mendera fizikal, boleh membawa kepada ketahanan diri yang diperlukan? Di dalam sirah Nabi SAW, yang telah berjaya melahirkan pahlawan yang hebat-hebat, saya tidak ketemu pendekatan mendera mental sebagai pembina jati diri sebaik-baik umat itu. Soal kelasakan, ia mungkin tidak perlu dibuat-buat, kerana memang nature kehidupan Arab itu kasar dan amat mencabar.

Namun saya akui, pendekatan itu sudah pun diterima sebagai sebahagian proses membentuk pasukan keselamatan. Polis, tentera, dan mereka yang seangkatan dengannya. Tentu kelasakan begitu adalah sebahagian daripada proses pembentukan.

Tetapi untuk kursus motivasi, program induksi pelajar baru, atau Tamrin membina kefahaman Islam… perbuatan-perbuatan seperti itu hanya memperbodohkan peserta sahaja. Tambahan pula anda hanya penganjur. Bukan ada kuasa untuk menguatkuasa.

Tidak hairanlah jika program begini memerlukan 20 orang AJK dengan nisbah fasilitator dengan peserta 1:2!

Anda bertindak sebagai pengawal, maka berkawallah anda sepanjang masa.

BERHEMAH TETAPI TEGAS

Syakir sedang memberi taklimat permainan simulasi

Gentle but firm, adalah kombinasi yang amat besar kekuatannya.

Membalas kekasaran dengan kekasaran, menggunakan pendekatan mengugut dan menakutkan orang lain, adalah kaedah yang lemah dan memendekkan usia pengaruh. Sebab itu banyak kerajaan diktator yang tokohnya digeruni dan bukan dihormati, hanya mampu bertahan kurang 100 tahun.

Tambahan pula kebanyakan peserta, hadir dengan minda yang lebih cenderung kepada memusuhi penceramah dan fasilitator.  Geram mereka kepada majikan, kepada ibu bapa atau kepada sesiapa sahaja, mudah untuk ditujukan kepada kita.

Justeru membalas ‘permusuhan’ itu dengan kekasaran, ia menyalahi semangat al-Quran.

Lihatlah kepada apa yang ditegaskan oleh al-Quran:

“Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib!” [Fussilat 41: 34]

Marah itu kalah.

Kasar dan tidak berhemah itu lemah.

Membalas permusuhan dengan sikap yang lebih baik, mampu menukar lawan menjadi kawan.

Justeru dalam rasa letih dan pedih kita melayan kerenah peserta, zikirkan firman Allah:

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.” [Aal 'Imraan 3: 159]

Sesungguhnya kemampuan seorang pendakwah, jurulatih dan fasilitator berhemah dan tidak mengasari mad’u, adalah petanda hatinya penuh dilimpahi rahmat Allah.

Kita bukan sahaja bertanggungjawab untuk memenangi mereka dengan sikap berhemah itu, malah perlu juga dalam sepi malam selepas peserta tidur, untuk kamu maafkan mereka dan meminta keampunan Allah agar membersihkan mereka daripada kesalahan-kesalahan yang berlaku.

Bawa berbincang dengan mereka, agar rasa sense of belonging kepada program boleh ditingkatkan.

Kita tidak akan mampu melakukannya, sehinggalah kita benar-benar mengimani erti sebuah KESABARAN.

“Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sentiasa bersabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat” [Fussilat 41: 35]

Bersama fasilitator Fazlin, Jannah dan Anie serta peserta Muslimat KEM HIJRI 1431

“Tapi kami pernah mencubanya, dan tidak berjaya!” antara komen yang pernah diajukan kepada saya.

“Apa sahaja yang masih sekadar dicuba, akan dilakukan separuh hati. Selagi ia bukan apa yang kamu percaya, selagi itu ia tidak akan membuahkan hasilnya” saya menyudahkan perbincangan.

Sekali lagi, kuasa percaya diperlukan di sini.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Layan Jangan, Lawan Pun Jangan “Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa...
  2. Kenapa Mahu Menjadi Doktor? “Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas...
  3. Menjadi Muslim di Bumi Asing Debat antara agama di The Queen’s University, Belfast “Hasrizal, marilah...
  4. Tudung Lawan Tali Leher “Bertudung busuk dan kotor adalah lebih tidak Islamik berbanding dengan...
  5. Kenapa Mahu Menjadi Ustaz? Hari ini saya dikelilingi oleh pelbagai reaksi masyarakat terhadap golongan...

Advertisement

47 comments

  1. ro ya alip dhod says:

    disini rupanya dzulhuzmi….ermmmm

  2. abe_fatih says:

    assalamualaikum,
    lalu apa komen ustaz tentang Tamrin yang tinggi disiplinnya bagi melatih peserta tentang ketahanan mental?

    > nasi kosong dengan garam
    supaya bersyukur dengan ni’mat makanan
    yang susah didapati di negara lain

    > kerah, kerah, dan kerah
    peserta sentiasa ditekan dan dikerah.
    Malah direndam dalam air pada pukul 3
    pagi supaya sedar tentang kerja Islam
    yang sentiasa perlu kepada kesediaan
    bila-bila masa

    • Khairun says:

      @abe_fatih,

      tAPI, PERLU JUGA KEKERASAN TU.. tgok keadaan dan keperluan peserta juga.
      Keras pun termasuk dlm cara berdakwah.
      Berdakwah dengan berhikmah. Hikmah itu subjektif, tidak bermakna dengan lembut. Terkadang kita menggunakan rotan dalam mendidik ana2, cthnya suruh sembahyang .. Ia keras, tapi berhikmah.

      • abe_fatih says:

        @Khairun,

        itula yg saya cuba tanyakan. masih ada kekeliruan dalam diri. sama seperti dlm komen2 di bawah yang lain.

        kelihatan sgt ramai tidak puas hati dgn kesan tamrin2 sebegitu. saya tidak ada masalah untuk memahami soal pendekatan kekerasan krn saya sudah byk kali melalui tamrin sebegitu.

        tetapi bila melihat sahabat2 lain di bawah seprti ‘adilah’ dan ‘nik’serta sahabat2 di tempat saya sendiri,yg terlalu ramai menyatakan komen2 negatif, saya kembali berfikir….

        salahnya pada mana…
        tamrin? hati peserta?

        masih keliru sehingga sekarang…. =(

        • abe_fatih says:

          lupa pula,
          komen negatif yang saya maksudkan itu adalah seperti…

          “entahla,balik tamrin pun rasa biasa j..”
          “tamrin tu langsung tak menyentuh hati. camtu j la”
          “tamrin pe benda gini, aku takde rasa semangat pun lepas balik”

          malah saya sendiri gusar, sudah lali dengan tamrin yang keras2 hingga akhirnya pergi sekali lagi sudah tiada apa yang menyentuh hati saya untuk benar2 berfikir dan berubah

  3. wardahbiru says:

    salam ustaz..
    post yg best..
    syukran untuk resepi ustaz..
    hanya kebaikan yg mampu memusnahkn keburukan..kan3..

  4. Salam. Tips dan panduan Ustaz memang best kerana walaupun ia simple tetapi padat dengan makna. Tak hairanlah kebanyakan orang menyenangi kehadiran Ustaz. Teringin pula rasa di hati menjadi peserta dan fasilitator. Minat bidang ini memandangkan parent pernah mengusahkan kem sebegini tika saya kecil dulu. Apa2pun, all the best Ustaz!

  5. abe_am91 says:

    alhamdulillah…
    1 lagi entri yg amat berguna untuk ana…
    terima kasih ustaz.

    cadang nyer ustaz buat la program dengan kolej saya..
    ramai yang minat…
    kat banting ni jer…
    Kolej Mara Banting

  6. aman_82 says:

    subhanallah..
    baru malam td pergi kelas dengar topik tentang “sikap, persepsi dan minda”. ia ada sentuh kuasa percaya. bila ustaz ckp

    “Apa sahaja yang masih sekadar dicuba, akan dilakukan separuh hati. Selagi ia bukan apa yang kamu percaya, selagi itu ia tidak akan membuahkan hasilnya” saya menyudahkan perbincangan.

    Sekali lagi, kuasa percaya diperlukan di sini.

    Mmg betul dan tepat sekali! terima kasih di atas artikel yang padat dan penuh hikmah..:-)

  7. Jasrina says:

    Assalamualaikum

    saya setuju dengan pendekatan yg ustaz and the team ambil dan serapkan dalam program motivasi.
    selama saya ikuti program-program motivasi, kebanyakannya, menggunakan pendekatan, yang agak menekan.
    program-program motivasi, sepatutnya bukan menekan peserta, sbb peserta2 dah cukup tertekan dengan environment sekeliling, tertekan dengan beban kerja, beban pelajar dan lain2.
    pada saya, pendekatan program yang terarah kepada memberi ketenangan dan kesedaran adalah lebih berkesan untuk jangka masa panjang.

    wallahua’alam. Allah Maha Mengetahui.

  8. adilah says:

    salam,

    adakah program seumpama ini akan diadakan lagi? untuk orang awam pelbagai lapisan masyarakat. dah lama saya tak hadiri program tamrin. kali terakhir pun 10 tahun yang lalu semasa di universiti. dan program amat keras. peserta rasa amat tertekan. kami mahukankan kebaikan tapi disana kami ditekan. apa yang terkesan hanyalah kekeliruan tentang tarbiyah islam dan kenangan manis yang tak sanggup dilalui lagi.

  9. barhagea says:

    manusia berhubung dengan perasaan..

    macam mana kalau akhirnya kita sendiri yang menjadi mangsa “perasaan” ini ustaz?

    makan hati, jauh hati, dsb.

  10. Mohd Hackal says:

    Salam…
    Ustaz..sy dh beberapa kali mengikuti prgm tamrin dan semuanya lebih ke arah mendisiplinkan diri..mengenang kesusahan para sahabat..dan bersyukur dgn nikmat seadanya..macam makan nasi dgn garam sbg contoh..ke dah tak releven lagi ke pendekatan semacam itu dibuat pada masa skrg nih?

  11. ibnuabbas says:

    salam. syukran jazilan, jazakumullah. Ustaz telah beri jawapan kpd persoalan yg pernah menjadi kemusykilan saya ketika aktif dlm kursus2 motivasi anjuran GPMS dan juga tamrin2 di IPT. Saya juga pernah bertanya kpd diri sendiri sbgmana yg ustaz nyatakan tetapi jawapannya kabur. Ustaz memberi jalan kpd jawapan yg betul.

  12. NuRUL HuDa says:

    ternyata bkn mudah nk kendalikn satu program yg ubah sikap org..pendekatan yg diberikn sgt bermanfaat tuk diamalkn bersama..=)

  13. Abe c0mey says:

    Waliyuddin??…
    ex-KMPh….

  14. hasanhusaini says:

    Abg Ilmam dah menjadi fasi profesinal sekarang ye..wali pon hebat juga..mesti naik saham lepas ni..

    (memalukan manusia) mendera mental dan mendera fizikal, boleh membawa kepada ketahanan diri yang diperlukan?
    ada juga yang menjadikan airmata peserta sebagai indikator kejayaan..Bukan lagu keFAHAMan…
    Lebih teruk lagi, kesalahan2 peserta sewaktu di luar program disimpan dan dilaburkan untuk menjadi bom bagi menyerang peserta di dalam program…

  15. 'Afifah Azam says:

    terima kasih ustaz atas sedikit pencerahan ini…ada yang menganggap kekerasan adalah cara terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari peserta program…namun sebenarnya mungkin pendekatan dalam mana2 program itu adalah berdasarkan sasaran peserta…tamrin, kem m0tivasi, dan mana2 pr0gram pun sentiasa bermanfaat! insha allah~

  16. Syahida Majid says:

    Bukan Wali je ex KMPh, mejoriti fasilitator.. Humph, tumpang bangga saje lah :D

    Kebetulan, baru-baru ini saya terbaca kembali entry Ust ‘Manusia Berhubung Dengan Perasaan’ tu. Meneliti semula komen saya terhadap idea Ust, waktu tu saya baru graduated dari matrikulasi kot. Saya agak ragu-ragu dengan perlaksaan program tanpa sedikit pun sentuhan displin (yang sedikit keras).

    Tapi hari ini, setelah melihat produk manusia yang terbentuk dari ‘hentaman air’, saya benar-benar yakin.

    Kerana manusia itu, rajanya ialah HATI. Dan raja itu lebih diplomasi apabila dirai.

    Well done kepada semua. Dan tahniah juga kepada Ust kerana berjaya menculik orang-orang yg dahsyat. Pernah bekerja dengan Wali, Ust Asyraf, Abg Shark, Abg Dzul, Abd Dan, dan K.Anie (senior saya sebenarnya), mereka memang hebat.

  17. Azhari says:

    salam,Mencari buku Abbas Al-Sisi “Jalan Menuju Hati ” terjemahan dalam Bahasa Malaysia..siapa ada info?

  18. saffwan says:

    salam ustaz…
    cmne plak dgn aktiviti “mambasuh” peserta pd waktu2 qiam dlm tamrin???

    xsesuai jugak ke??

  19. songkokpuith says:

    Hayakallah.. 10 org tenaga kerja.. kalau 300 peserta 1minggu kem..brapa mau pakai yaa.. 10 org tentu tak cukup kan????

  20. wardina says:

    Salam…alhamdulillah..entri yg ditunggu2..erm…dzulhuzmi???ex PMI,UTMSKUDAI dah joint ustaz

  21. Faisal says:

    Kenapa sedikit sahaja fasi?

    Kita perlu membezakan antara kursus yang dianjurkan oleh org yang sudah berpengalaman dengan yg tidak.

    Ramainya penganjur disebabkan mereka terlibat dengan penyediaan makanan dan beberapa keperluan yang lain. Kalau settle bab ini, tak perlu ramai.

    Penganjuran itu oleh alumni atau senior. mereka lebih suka datang untuk sama-sama menghargai apa yang dilakukan oleh adik2.

    Commersial. Biasanya tamrin atau yang bersifat kebajikan tidak ramai yang bersusah payah memerah tenaga. Kalau ada ongkos, perlu dihadkan beberapa orang sahaja untuk cost management.

    sekadar pandangan.

  22. srikandibesi says:

    salam.

  23. srikandibesi says:

    salam. TQ ust atas artikel ini dan tahniah kpd ust n team saifulislam training n consultancy yg telah berjaya mnjayakn KEM HIJRI baru2 ini.

    xsangka dlm diam2, shbt2 ana (ust ashraf,shakir,asyraf,danial,waliy n anie) dah berjaya ber’SIFU’kan ust..jealousnyee…

    ana pon nk join jgk..nk berguru dgn ust..hmm…blh ke ust??

    nnti blh la anjurkan training utk those yg berminat dgn bidang motivasi ni plak kan ust??

    apa2 pon, moga semuanya yg terbaik untuk ust dan kita semua…

    jazakumullahu khairan kathiraa

  24. azali says:

    Komen saya yang pertama di saifulislam.

    Saya pernah melalui tamrin2 ‘jemaah’ semasa di IPT. Dikerah dan dimarah, disergah dan ditoucher adalah modul wajib. Ada baling kerusi, hentam meja, peserta silap cakap sikit jadi modal untuk membasuh.. dengan alasan memperkuatkan hati jundullah dan mendedahkan dengan realiti kepayahan pejuang islam. Supaya kekal dengan perjuangan islam. Takbir tak usah cakap, sampai serak suara…

    Tapi setelah lima tahun bekerja, saya lihat geng senior pembasuh2 saya sendiri hilang entah ke mana. Sesetengahnya langsung mengelak daripada terlibat dengan aktiviti2 ‘jemaah’ atas faktor2 yang tidak diketahui. Ternyata tamrin yang keras tidak mampu mengekalkan seseorang dalam perjuangan. Walaupun segelintir yang sedang dan masih kekal terlibat dalam ‘jemaah’ mengatakan mereka2 ini mutasaqitun, atau lemah, dan bukan pilihan Allah untuk berjuang, tetapi dalam hati saya yakin, mereka cuma memilih haluan yang paling sesuai buat mereka. Banyak lagi ruang menyumbang untuk Islam, seperti outreach ABIM dan PERKIM contohnya. Rasanya tidak berdosa tidak terlibat dengan ‘jemaah’ asalkan ada sumbangan lain untuk islam yang sesuai dengan kebolehan diri masing2.

    ‘Jemaah’ apakah itu? tepuk dada tanya pengalaman masing2.

    Salam.

  25. nik says:

    salam, saya amat bersetuju untuk datangkan perubahan dan berdakwah, tidak boleh dengan kekerasan tetapi dengan sifat lemah lembut, ikram muslimin dan kasih sayang. Sebagai cth saya melihat jemaah tabligh, mereka dapat menghimpunkan beratus-ratus ribu orang untuk ijtimak dan atas maksud agama. Dan bukan sahaja orang malaysia, tetapi boleh dikatakan semua bangsa ada dengan satu fikir risau agama. dapat makan setalam lagi tu….bukan senang nak menyatukan org islam ni.

  26. suha says:

    salam,
    patut la macam pernah nampak, ex-KMPh, kecilkan dunia..last2 jumpa jugak

  27. Saya teringat nasihat mentor saya.

    Tuan-tuan dalam ceramah saya adalah superstar. Tetapi saya tidak suka ceramah, saya suka training. Kerana dalam training tuan-puan semua adalah superstar.

  28. nurfn says:

    assalamualaikum ustaz..
    terima kasih ustaz utk entri nie..
    Alhamdulillah..betol ape yg ustaz kate..
    mmg program2 sblm ni yg pernah sy g,byk menekankan kekerasan drpd kasih syg dan percaya yg perlu dipupuk dalam hati setiap peserta….
    saye kalo nak pergi mane2 program,selalu rase fobia,takut dgn fasi2 yg garang,lbh2 lg kalo ader biro disiplin..
    fasi yg garang2 suke marah apabila peserta lmbt tp x pernah nak ambl tahu sbb ape peserta itu lmbt(dan sbb takut,tentulah peserta sendiri takut nak bg tahu fasi)dan masalah dlm program selalunya mementingkan ketepatan mase,sbb itu ader biro disiplin kdg2.Maka masalah yg biasa berlaku pada peserta ialah tidak menepati masa.fasi pun srh cpt2..kalo x,kn denda..tapi masa yg diperuntukkan kdg2 x munasabah,disuruh kemaskan diri,solat,mandi,lpstu perlu berkongsi tandas pula dgn rakan2 lain dlm ms stgh jam la cthnya..mn sempat kan..mst solat x khusyuk sbb takot kn denda..huhu

    maaflah ustaz..meluahkan kat cnie pula ketidakpuasan hati(sbb x dpt nak luahkn ms program sbb fasi garang)tp perkara nie selalu sgt terjadi pada program2 mcm orientasi dan motivasi..

    hurm..apepun terima kasih ustaz atas entri nie..menjadi suatu pencerahan bg sy=)))syukran~

  29. sal says:

    Terkenang kem yg pernah diikuti semasa di sekolah menengah sempena spm, dikendali oleh abg/kak fasi dari ipta. Kejadian yg tak pernah dilupakan apabila sdg asyik mendengar ceramah dr seorg abg fasi tetiba seorg abg fasi yg lain masuk naik angin sambil memegang kotak rokok..menyoal siapa punya. Kotak rokok dilempar di hadapan kami. Kecut perut. Akhirnya ada yg mengaku. Dlm tangis kawan (lelaki) mengakui kesilapan dan berjanji tdk akan merokok.. dlm slot yg lain abg fasi bertanya nak kawin tak..si kawan mjawab tak..berulang kali ditanya jwpn ttp tidak. akhirnya si abg fasi berkata,” abg pun nak kawin”. sambil bertanya lagi nak kawin tak akhirnya kawan menjawab nak. Serentak itu si abg fasi berkata”gatal kecik2 nak kawin, result pun tak dpt lagi”. Dlm slot lain kami dibawa masuk kebun getah jari disuruh celup dlm air teh selepas itu dlm susu getah kemudian masukkan jari tadi dlm mulut. kami jgk dibawa masuk sawah, ambil lintah dan tarikkan badannya. Kemudian masuk dlm kubang kerbau.. di akhir event satu jer mesej yg nak diterapkan..” sanggup tak berkorban utk islam”. Kini masa telah berlalu , pernah terserempak dgn kawan yg dulunya dimarahi teruk kerana rokok, berjanji tdk merokok lagi kini begitu”gah” merokok. Sekadar berkongsi pengalaman kem yg pernah diikuti.

    • Abu Saif says:

      @sal,

      kisah seperti ini sungguh memualkan diri saya tatkala berhadapan dengan pihak yang masih bermati-matian mahu mempertahankan method sandiwara macam ni. ia sangat menghodohkan perkaderan.

      semoga terbuka hati amilin-amilin untuk menilai kembali pendekatan warisan yang pathetic ini.

  30. sal says:

    aamiinn.. saya turut berharap begitu.. bimbang salah kaedah implikasi tak seperti diharapkan.

  31. Ustaz,,

    termiss pulak artikel yang ni..baru perasan due to the pic above…

    Am proud to see the pic taken by ummuasiah dipilih untuk diletak di atas sekali di artikel ini..

    ya..kami sekeluarga gemar mengabadikan gambar untuk tatapan ramai…:))

    Memang ‘berkenan’ melihat adik-adik fasi tu..Alhamdulillah…:))

  32. Salam..
    Macam mana nak jadi Team STC?
    ;)

  33. chekZu says:

    salam

    menolak sepenuhnya kekerasan itu dlm tamrin, mgkin x dpt dilakukan..mgkin bleh di buat secara kronology..dr lembut ke keras kemudian neutral smula..treat them as human, then if they disobey or do smething wrong, warn the, then if repeated, punish them..them give reasons or any rasionals for the kekerasan..maybe..maybe..maybe…

  34. ifanah mihsah says:

    assalamualaikum,

    modul untuk kekerasan membentuk mental, tidak dinafikan program seumpama itu berjaya untuk membentuk insan yang berjiwa kental, tetapi jiwa kental adalah jiwa yang tahan untuk di asak untuk persekitaran yang lasak, saya pernah ikuti kursus kepimpinan yang diketuai oleh komando, dan hasilnya memang berkesan untuk membuatkan kita sebagai manusia berfikir sebelum bertindak. bertindak dengan cepat dan tidak cepat melatah.

    tetapi modul yang menggunakan kaedah yang lembut dengan peserta di raja kan juga dpat menerapkan suatu semangat didalam diri peserta tersebut. mereka akan terkesan dengan sikap tidak putus asa dan sabar fesilitator. itulah yang saya alami ketika menjadi fesi motivasi di sebuah sekolah di kuala selangor dan . peserta yang pada awalnya degil akan menjadi peminat no satu aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

  35. Abu Saif says:

    @ifanah mihsah

    akhi al-karim…

    point yang lebih awal perlu diselesaikan ialah, apakah objektif satu-satu program? itu yang akan menjawab approach mana nak pakai.

    kalau program yang dijalankan adalah program yang bertujuan untuk menjelaskan AL-FAHMU sebagai rukun pertama bai’ah, dan sebagai program turning point daripada penyokong kepada pendokong, maka kesihatan mental sangat diperlukan agar keputusan penting yang hendak dibuat itu, dibuat dalam keadaan SEDAR. Bukannya, setuju ajelah supaya cepat balik dan nak ganti tidur yang sudah di tahap kritikal.

    tapi kalau program itu adalah program menaiktaraf pendokong kepada pemimpin (tamrin qiadi etc), maka modul latihan ala komando boleh diterima sebagai salah satu pengisian. cuma pastikan jangan abang-abang dan kakak-kakak fasi yang menengking-nengking tu, 10 tahun akan datang, ditemui di Suria KLCC dengan gaya metro setelah 7 tahun bertalaq dengan jemaah!

    Mual sampai mati dibuatnya bekas ‘mangsa’ yang melihat senario itu.

  36. konpius says:

    @abe_fatihKhairunabe_fatihabe_fatih
    saya konpius la dengan fatih ni….apa kena-mengena plak rendam dalam air pukul tiga pagi dengan kesedian dalam islam bila-bila masa???so bila kita selalu rendamkan diri dalam air maka kita akan sentiasa bersedia???gitu ke???
    kalau yang makan nasik kosong dengan garam bley gak saya terima..maybe nak bagi peserta rasa mcm mana susah payah penduduk kat ethiopia..bosnia ..dll..(tengok jugak..kalau kena peserta yang gastrik…nah…tentu perkara buruk plak yg jadi)tapi rendam dalam air pukul 3???0.o..saudara pergi kem tarbiah islam ke kem latihan komando??baik saudara check balik objektif kem yg saudara pergi tue..

    P/S:bagi saya..cara pendekatan ustaz la paling terbaik…sepatutnya fasilitator menjadi kawan peserta..bukannya asyik mengarah sana-sini..tegur tak tentu hala.Bila peserta rasa kem yang dia pergi tu best dan seronok; pasti apa yg cuba disampaikan fasilitator diterima sepenuhnya oleh peserta.Kalau peserta asyik di tekan di kerah dalam kem…otak jadi tension..last2 satu habuk pun tak dapat..yang dapat letih dan perasaan dendam kat fasilitator..Saya pernah join satu tamrin yang guna method kekerasan,fasi tu garang macam singa..silap je tendang kerusi..menengking..maklumlah biro disiplin..memang respek abes la kepimpinan beliau(marah pun ada=p).Tapi bila luar kem..rilek je pakai seluar pendek kat kedai makan.Hilang abeh respek kita kat dia =[

  37. saya mahasiswa says:

    @konpius
    jangan la terus confuse cik konpius..
    kita kene tengok kesediaan seseorang itu dlm apa-apa keadaan,ambil contoh sprt kes @abe_fatih dengan tamrinnya..kita dapat lihat dia sudahpun mempunyai pengalaman sebelum-sebelum nie..mari kita analogikan kes ini seperti budak-budak dipaksa makan sayur peria,bagi abang2 yg dah penah makan,jadi dia takkan begitu terkejut dengan rasa sayur itu tapi bagaimana dengan adiknya yang baru mengenal apa itu peria ?
    pastinya dia akan terkejut berookssss..huhuhu..
    pahitnya….
    tak nak lagilah…..
    lalu abgnya terus menggangap adiknya tak suka makan sayur peria itu lagi…kita dah sedia maklum bahawa manusia ini sifatnya takkan berhenti mencuba,ada kemungkinan adiknya yang kata tak nak lagi akan makan juga sayur peria itu..bukannya “dipaksa” dan “ditekan” untuk makan,tapi diberitahu tentang khasiatnya dan kebaikannya makan sayur itu sendiri,jadi barulah adiknya mahukan sayur itu dengan sukarela bukannya “paksarela”..
    jadi berbalik pada situasi kita sekarang secara mudahnya kita boleh anggap yang abang itu adalah saudara “abe_fatih” kita dan adik2 itu adalah saudara “nik” dan cik “adilah”..

    1 perkara saya boleh katakan disini (pendapat saya)

    Untuk mana-mana saudara-saudara yang memegang tampuk pemerintahan organisasi islamik,pimpinlah organisasi anda untuk terus berjaya,bukannya membuat kem luar dengan method yang “mentalism”.Semua perkara adalah berdasarkan kepada objektifnya,namun jika methodnya salah maka hasilnya ? Hurm,fikirlah sendiri (nabil)..kalo tak paham gak ibaratkan macam jawab soklan math,kalo methodnya salah so takde markahlah kan ???

Leave a Reply