Memberi Menambah Kelebihan Diri

January 1st, 2010 by Abu Saif 9:30 pm | 7,664 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

source: www.earthmothercrafts.com

“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.

Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.

Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.

Pergi bercuti sepuas hati.

Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.

“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.

“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.

“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.

Si tukang kayu serba salah.

Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.

Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.

Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.

Terpaksa.

Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.

Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.

Malang sekali.

Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.

“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.

Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.

“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan” kata si tukang kayu.

“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.

“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.

“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.

Menggeletar tangan si tukang kayu.

Hatinya ditaufan rasa sesal.

“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!

“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.

Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”

Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.

Hakikatnya kehidupan tidak begitu.

Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.

Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Keyakinan Diri dan Sindrom Menarik Diri Kami mahu warga PERMAI’08 tinggi keyakinan diri! – Abu Saif...
  2. Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan Semuanya tiada. Tiada Jualan Murah. Tiada Lagu Raya. Tiada rancangan...
  3. Saya, Amin Idris dan Magnet Diri “Jawatan dan status penting, tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam...
  4. Motivasi Pagi -2-: Sentiasa Memberi Yang Terbaik Berikut adalah nota rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio...
  5. Indah Desa Pada Hidup Memberi “Tambah le lagi makan tu!”, kata Wah kepada kami. Saya...

Advertisement

50 comments

  1. yang mencari says:

    terima kasih ustaz kerana memberi saya semangat untuk terus memberi…
    ya, hasilnya adalah untuk diri sendiri…

  2. sinar says:

    tembakan yang tepat pada diri ini…
    Jazakallah…

  3. dranis says:

    kadang2 rasa hati ni tak ikhlas untuk memberi kerana takut org yang menerima akan lebih baik dari yg memberi…

  4. Assalamualaikum ustaz,
    sekali baca kisah tukang kayu tu,teringat pada iklan merdeka petronas pasal tukang buat sampan.

    Satu nasihat berguna buat diri saya dan semua,kerana bisik-bisik

    “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”

    sering juga menyapa jua.Jazakallah ustaz ;)

  5. manusia says:

    cerita di atas sebijik macam satu iklan yang keluar kat TV tak lama dulu, pasal majikan yang suruh buat sampan, dia buat sambil lewa, bila dah siap, majikan bagi motor untuk pasang. katanya ni hadiah kamu. dia happy. dia pasang motor, tolak sampan masuk air dan … air masuk dalam sampan sebab bocor sebab usaha sambil lewanya.

    saya sangat terkesan dengan iklan tu.

  6. Hafiz Lidin says:

    teringat iklan petronas pasal sampan… cerita pak mat & abang aji… begitu mengusik jiwa :)

  7. naz says:

    salam maal hijrah…satu artikel yang betul2 menaikkan dan menjelaskan matlamat kita dalam mengemudi tanggungjawab hidup..teruskan menulis ustaz..saya suka dengan penulisan ustaz..berpendirian dan bersanda kepada dalil Al-Quran dan sunnah..

  8. syahrul says:

    bagai hati dipujuk baca artikel ni.syukran ust..moga diri terus tabah memikul tanggungjawab dan sentiasa usahakan yang terbaik untuk ummah..ikhlas itu penting..

  9. I love this story.
    Thank you!
    :)

  10. Salam ust.

    Terima kasih kerana mengingatkan kami semua….

  11. 'Afifah Azam says:

    hendak memberi? hendak menerima?

    kuncinya cuma satu = I.K.H.L.A.S.

    orang yang ikhlas, akan tenang dan senang dalam melaksanakan sesuatu, kerna ia hanya ada satu ‘hati’ untuk dijaga; Allah~

    orang yang tidak ikhlas, akan gelisah dan resah dalam hampir setiap tindakan, kerna ia ada banyak hati untuk dijaga, insan-insan di sekeliling ia yang pelbagai ragam dan kemahuan~

    memang takkan mampu nak puaskan hati semua namun, sekurang-kurangnya kita tahu yang mana lebih utama, kehendak kita, kehendak manusia, atau kehendak Dia…

    syukran ustaz atas kupasan kali ini~

  12. Abu Zahra says:

    syukran ustaz..
    jazakallah…

  13. ummushifa' says:

    Alhamdulillah..semakin di suntik semangat untuk memulakan tugas sebagai seorang guru..mg2 sentiasa kita dimudahkan urusan..amin..syukran ya Ustaz..

    • ummulubna says:

      Ya setuju!

      Guru membina manusia, perlu ada cuti rehat untuk mengembalikan kekuatan “memberi”. Ramai yang tidak tahu ttg itu.

      Bayangkan… kalau guru tiada cuti panjang ( katanya sekarang ni ramai juga guru yg kena rujuk ke psikitrik ).

      Ramai org nampak kerja guru senang..tapi bg saya amanah & t/jwbnya sgt susah.Perlu kekuatan luar dan dalam untuk membina keikhlasan.

      Walau siapa pun kita… lakukan yg terbaik untuk terus “memberi”.

      Syukran ustaz! Esk dah bukak sekolah. Mmmm…Mulakan dengan semangat baru!! Amin…

  14. Mohd Hackal says:

    Alhamdulillah
    Syukran dengan artikel yang terbaru nih..memberikan ana kesedaran bahawa tidak perlunya rasa keluh-mengeluh dan fikir letih dan keletihan dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada orang lain.Ana tak menafikan bahawa acap kali ana dibebani dengan beban kerja yang banyak dalam persatuan..Nak kata tak faham x boleh juga kan sebab memang ahli yang faham dengan kerja jemaah..InsyaAallah akan memeberi dengan lebih baik lagi..
    tak usah difikirkan letih kerana letih sentiasa ada..tak payah merasakan kecewa kerana kecewa sentiasa bersama(nafsu)..kalau selalu difikirkan semau kerja tak jalan..kan ustaz?

  15. assalamualikum

    hidup untuk memberi,memberi bukan sekadar memberi,beri dalam erti kata yang terbaik.

    saya teringat salah seorang ajk PIBG tempat saya mengajar..lebih kurang katanya macam ni la..
    “saya cuba memberi yang terbaik untuk anak anak tuan tuan..mudah mudahan Allah memberi yang terbaik juga untuk anak saya..dalam hati kecil..mengakui kebenarannya..

  16. ummu faiz says:

    Tazkirah berguna pada awal-awal tahun begini. Terima kasih ustaz

  17. Mohd Azri says:

    artikel yang sangat memberi kesan pada diri sendiri. dan saya percaya untuk diri rakan2 yang membacanya juga…. Erti Hidup untuk memberi…Indahnya ISLAM….

  18. syam says:

    salam..minta izin untuk save…dan sebarkan…

  19. wardahbiru says:

    syukran ustz..

  20. yus says:

    ustaz,
    terima masih utk peringatan ini. terketuk hati kecik.

  21. aman_82 says:

    Ustaz.. terima kasih di atas perkongsian dan tidak jemu2 memberi kpd kami..:-)

  22. suka2 says:

    salam…
    artikel ni btl2 memotivasi diri yang sdg down dgn pelbagai tugasan sbg seorang pelajar skrg…
    syukran…
    barakallahufik…

  23. cahaya says:

    terima ksih uztz….selama ni..saya terfikir,”eh bodoh la aku klau aku buat smua 2..dia rilex je..”
    alhamdulillah,artikel uztaz ni mnyedarkan saya…tangan di atas lebih baik dari tgn di bawah..syukur kepada Allah keranatelah mmbuka hatiku

  24. cahaya says:

    mintl izin copy ye ustaz

  25. cacimpokodot says:

    trima kasih ustaz ats artikel ni. sy ada kakak yg suka sgt memberi sampai org ambik kesempatan ats kebaikan dia. br2 ni sy bgtau dia; buat baik berpada-pada. tp dia kata Allah je yg bg balasan kt manusia. artikel ni bg kesedaran pd saya, alhamdulillah

  26. liza says:

    salam, i have this same experience. Kawan yang dah nak resign, tapi bukanlah sekarang. Buat kerja seadanya, asal siap cukupla..sedangkan kerja itu suatu ibadah, tanggungjawab, dan rezeki itu akan menjadi darah daging kita, sekeluarga.

    Itu yang paling saya kesali.

  27. Haan says:

    Aik.. ustaz tukar tajuk ek.. Anyway.. thanks ustaz… entry yang menusuk qolbu…

  28. Kamarul says:

    Thanks ustaz atas peringatan ini..

    Saya pernah di hinggapi rasa itu..

  29. keliru says:

    salam, terima kasih banyak2 kat ustaz atas pencrahan kali ini..

    disini, sy nak mengadu satu masalah..
    bukan utk dibanggakan, alhamdulillah kt cuba utk memberi kepada org.. tapi, pemberian sy tu bkan dalam bentuk belanja makan… bagi pakaian.. bg hadiah dll..tp, pemberian sy tu lbh kepada menyumbang pemikiran, tenaga, duit(utk beli top up kredit, tambang kenderaan), masa, kepentingan diri (makan, rehat dll) semata-mata utk melihat generasi yang akan datang lebih baik daripada genrasi akan datang. sy selalu mengatur program, mengatur dan mengajak rakan2 memikir dan menyelesaikan masalah masyarakat di tempat sy.. sehingga kan banyak kepentingan sy dikorbankan semata-mata untuk itu..

    NAMUN BEGITU, saya amat terkejut kerana ‘pemberian’ sy tu, seolah-olah tidak memberi ap2 makna kepada masyarakat. maksud sy penghargaan n yg berkaitan.maaf, ini bukan penghargaan yg sy maksudkan mcm pujian, terima kasih, sijil ke apa2 yg seumpamanya tu.. bayangkan, apa yang saya buat tu seolah2 tidak memberi ap2 makna kepada rakan2 di tempat sy(ahli persatuan).. saya masih lagi dilabelkan macam kedekut, tidak ajak rakan2 datang rumah dll…
    entah, mcam mana sy nak ajak diorang utk makan besar2, sedangkan duit utk sy sendiri kadang2 cukup2(utk makluman sy ni tajaan JPA). sy dinilai mcm rakan2 yg lain yg banyak lebihan duit. bila sy kata, tak de duit, sume orang tak nak percaya.walhal, duit tu saya gunakan untuk kegiatan persatuan, befikir n menyelesaikan masalah rakan2 setempat…

    bukan apa, kesan daripada tiada ‘penghargaan’ yang saya maksudkan tu, sy seolah-olah dipandang tak bernilai.. sy selalu dimain-mainkan(atau dengan bahasa lainnya, saya selalu menjadi ‘bahan’ untuk dibuat lawak..)

    untuk pengetahuan us, sy seorang yang kuat berfikir n mnyumbangkan bnyak idea dlm perbincangan dgn rakan-rakan. tapi, perangai sy mcm budak2.. kwn sy kata” kau ni pemikiran ke depan, tapi perangai tu kebudak-budakan..”

    minta jasa baik us utk selesaikan masalah sy.. terima kasih banyak2….

  30. hasanhusaini says:

    Semalam ana sempat berborak dengan Us Ridzuan Kahlin…katanya dengan nada bergurau : “Memberi untuk menerima…” selepas dihulur sebungkus biskut bijirin hitam kepada saya… :-)

    Seronok berwacana dan berkongsi (memberi..?) bersama sahabat us yag begitu banyak pengalaman itu..

  31. hasanhusaini says:

    Semalam ana sempat berborak dengan Us Ridzuan Khalin…katanya dengan nada bergurau : “Memberi untuk menerima…” selepas dihulur sebungkus biskut bijirin hitam kepada saya… :-)

    Seronok berwacana dan berkongsi (memberi..?) bersama sahabat us yag begitu banyak pengalaman itu..

  32. sangtawal says:

    salam buat ustaz dan semua pembaca,

    terima kasih atas artikel yang menarik, sebagai seorang bapa, saya juga amat tertarik dengan kaedah tersebut demi masa depan anak-anak.

    Ustaz, saya ada menulis 2 artikel berkaitan dengan kaedah pembelajaran ini, kalau ada masa, jemputlah ustaz dan semua disini membacanya, dan berilah komen serta pandangan berguna:

    artikel 1 :
    Dari Rumi Ke Jawi: mengembalikan kecerdasan spiritual melayu yang hilang

    http://sangtawal.blogspot.com/2009/11/ckkaz-ii-bhg-5-dari-rumi-ke-jawi.html

    artikel 2 :
    Mengangkat dan memartabatkan Tulisan Jawi : Pengorbanan terbesar bangsa Jawi:

    http://sangtawal.blogspot.com/2009/12/ckkaz-ii-bhg-6-mengangkat-dan.html

    wassalam.

  33. Khairun says:

    Ana mohon copy ke blog ana.. buat peringatan jiwa yang terlupe. Syukran ustaz

  34. Wea says:

    sejak aku bisa mengenal dunia bondaku seringkali mengingatkan berbuat baik bkn utk org lain shj, itu benih untk diri sendiri jua…dan igt kejahatan y org buat pada kita itu sbnrnya dia lakukan untuk dirinya sendiri..benar sekali kata bonda…..terima kasih mama…

  35. haris says:

    trima kasih ustaz krn mmbri tazkirah ni…kdg2 sy slaloo jge mengeluh krn kerap mmbri. bkn x ikhlas cuma sy x nmpk hasil @ balasan dr usaha sy tu..jd, kdg2 b’fikir ape gne mmbri klu xdpt balasan. tp artikel ni menyedarkn blk sy pd hakikat mmbri dgn ikhlas ni..
    n sy b’stuju sgt2 dgn komen #12..
    n sy mmohon dr ustaz utk sy selitkn artikel ni di blog sy..
    skian, wassalam..

  36. hafizah baharudin says:

    ” what u give, u get back”… =)
    setiap yg kita lakukn, pasti mendapt balsn…
    yg penting ” keikhlasan”……
    ” berikhlaslah kamu dalam melakukan sesuatu perkara, kerana keikhlasan akan membesarkan amalan yang kecil”..

  37. Saya Yakin says:

    Hari tu ustaz.. saya tengah nak edit satu video untuk sahabat saya.. tengah-tengah menedit tuh.. timbul sedikit ketidak ikhlasan dalam hati..

    Hati berkata..
    “Ish… apasal aku pulak yang nak kena buat benda-benda nih.. buat penat aku je nih.. ”

    selepas 2 jam berlalu… tiba-tiba.. program tu hang dan stop camtu je.. dan saya memang tak save lagi benda tuh.. Huhu…. tension gak Ustaz.. Saya dah buat dan fikirkan yang terbaik dah untuk siapkan benda tuh.. tetibe je habes macam tu sahaja..

    Saya terdiam… Di mana Silap nih?? Astagfirullah.. Mungkin Allah tak bagi saya siapkan benda tuh dalam keadaan yang kurang ikhlas..

    sejam selepas itu.. saya betulkan kembali niat saya.. Saya buat bukan kerana nak sedapkan hati kawan tuh.. atau pujian mana-mana pihak… Saya buat hanya kerana nak redha Allah… Dan benda tu siap.. Alhamdulillah… biarpun tidak sebaik yang diharapkan.. saya puas hati kerana dapat memberi sesuatu dari kemahiran yang saya ada kepada orang lain..

  38. zalina says:

    terima kasih ustaz … motivasi utk saya terus memajukan diri kerana hati pernah terdetik sebegitu. terima kasih

  39. janxxx says:

    ikhlas..kadang2 sukar untuk menyatakan keikhlasan dan keterpaksaan..kerana Allah Taala jua yang Maha Mengetahui sejauh mana keikhlasan kita..cakap ‘ikhlas’ senang, melaksanakan ‘ikhlas’ itu bukannya semudah yang dilafazkan..

  40. yahoo says:

    TERIMA KASIH USTAZ atas peringatan yang sangat cantik ni!

    kalau hati tak tetap, kalau yang dibuat tu sebab nak orang balas,, rasa ikhlas tu memang sangat payah kan? rata-rata yang saya baca di komen sini memang ada isu dengan beri-balas-balik ni.

    saya pun sama.

    ada je rasa terkilan, ada je wujud rasa yang tak sepatutnya dalam hati bila apa yang kita beri tu macam tak berharga. TAPI, saya cuba sangat2 ingatkan diri bahawa segala yang terjadi dalam hidup ni, Allah yang tolong. Dia yang atur.

    yang diharap hanya Dia. redha Dia.

    semoga kita semua kekal begitu :)

  41. nur aishraf says:

    salam ustaz. alhamdulillah,rasa bersemangat dan lega bila baca artikel ustaz ni. sy baru 3 bulan berkahwin dan berhenti kerja kerana mengikut suami. walaupun sy berhenti kerja tapi hati saya tenang menghadapi hari2 yang mendatang. amat perit seminggu yang pertama kerana terasa janggal. tapi, jauh di sudut hati, saya terasa bahagia kerana dapat bahagiakan suami. saya kini, dalam proses menunggu keputusan kpli ambilan januari 2010 (esok, 8.1.2010). rezeki dapat ditemuduga sungguh saya tak sangka2. semoga saya mendapat tempat dalam bidang perguruan.saya selalu terfikir, kalau kita memberi(pengorbanan) dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah Allah akan memberi yang lebih terbaik untuk kita..wassalam..

  42. anie_skut87 says:

    Salam…

    sonok n pernah bace kisah yang same dalam buku Setengah Kosong Setengah Berisi by Parlindungan Marpaung

  43. bintu_jamil says:

    erti hidup pada memberi mempunyai keberkatan yang tidak kita ketahui tetapi dapat dirasai.

    semakin kita memberi kita tidak akan merasai kekurangan

  44. Salam, al-Ustaz..

    Menarik, seperti menariknya tulisan selama ini. Tiba-tiba, ada pertanyaan yang bermain di fikiran.

    Pada sifat positif yang terhalang, bagaimana cara menghidupkannya? Seperti ingin bersedekah, namun sedekahnya ditolak. Ataupun ingin membantu meringankan beban, namun dikutuk sekelian cara.

    Maafkan diri yang selama ini membaca tulisan dari perspektif bagaimana mewujudkan sifat-sifat positif yang Ustaz cuba semai pada masyarakat dan mungkin kadang kala bagaimana untuk terus istiqamah dengannya. Tidak terjangkau pemikiran di waktu itu untuk memikirkan, bagaimana sifat-sifat ini boleh KEMBALI dihidupkan setelah ia “dirampas” dari kita.

    Kurangnya matang memikirkan sekali wujud nikmat rasa memberi, ia akan terus bersama kita… Sepertinya nikmatnya kekayaan, bila-bila masa boleh ditarik.

    ~Manusia sihat yang makan vitamin, tubuhnya akan terus sihat, dan mungkin lebih sihat. Manusia sakit yang makan vitamin, apa jenis vitamin sekalipun, sakitnya takkan hilang kecuali dia menjumpai UBAT.~

  45. cahaya pencinta says:

    salam..moral of the story..ikhlas..tapi tu lah manusia yang tak pernah sedar betapa banyak kita telah menerima..kononnya cuma kita yang memberi..tapi Tuhan dah beri tubuh badan dan alam yang jelas terbentang luas..berapa banyak pula yang kita beri padaNya? wallahua’lam..mengingatkan pada diri sendiri juga..

Trackbacks /
Pingbacks

  1. pligg.com

Leave a Reply