Bekalan Titik Mula

On 05/01/2010, in BUKU: MURABBI CINTA, Zikir Fikir, by Abu Saif | 7,284 views | Print Print | Email Email |

“Sabarlah emak, Ina nak ke Shah Alam bekerja kilang ini sebab emak. Nak tolong emak. Dah lama emak susah” Ina teresak-esak menahan rasa.

Memeluk emak yang kesedihan mahu melepaskan anak.

Suasana di perhentian bas di tepi jalan berhampiran Sekinchan itu sungguh hiba dan pilu.

Drama ibu dan anak.

Setibanya Ina di rumah sewanya di Shah Alam, hampir 30 kali sehari beliau menghantar sms kepada emak di kampung.

“Mak, Ina dah makan. Mak dah makan?”

“Mak, tadi Ina beli sikat baru!”

“Mak, Ina nak tidur ni.”

Demikianlah pada minggu pertama.

Bulan kedua begitu juga.

Bulan ketiga, Ina bertemu dengan Udin.

Daripada 30 sms sehari, Ina menghantar 30 hari sekali satu sms!

“Maaf mak, Ina sibuk kerja banyak shif,” kata Ina.

Sibuk dengan Udin, si buayafriend yang cinta dua bulan mereka berjaya memadamkan cinta dua puluh tahun emak Ina di kampung.

KISAH SUAMI

I kerja untuk you sayang!” kata suami sambil membawa pulang hadiah cincin belah rotan buat isterinya.

Semasa itu gajinya RM800 sebulan.

I kerja untuk you sayang!” ulang suami sambil membawa pulang cincin solitare buat isteri yang dikasihi.

Gaji sudah meningkat RM4000 sebulan.

I rasa nak buka cawangan barulah sayang!” kata suami membawa pulang ‘payung emas’ berupa surat izin untuk ditandatangani sang isteri.

Gaji ketika itu sudah RM10,000 sebulan.

Bukanlah poligami itu isunya.

Tetapi mengapa semasa bergaji RM800 sebulan, kerjanya untuk isteri, tetapi apabila gaji mencecah RM10,000, sudah bercadang mahu membuka cawangan?

BUKAN FIKSYEN

Kisah di atas bukan berdasarkan kejadian sebenar, tetapi banyak benarnya.

Tujuan awal lain, hala dituju kemudian lain pula.

Sesuai benar dengan pepatah Melayu yang menyebut, “lagi tinggi pokok yang dipanjat, lagi kuat angin yang menggoncang.”

Semua itu adalah terjemahan kepada kesan niat dalam perbuatan.

Bekerja kerana emak itu adalah bekerja atas satu tujuan yang berada di luar kita. Semakin jauh dan lama tujuan luar itu ditinggalkan, semakin pudar kesannya pada niat kita bekerja.

Bekerja kerana isteri itu adalah bekerja atas satu tujuan yang berada di luar kita. Semakin jauh dan lama tujuan luar itu ditinggalkan, bersaing pula dengan anasir luar yang semakin banyak di kejauhan perjalanan hidup, semakin pudar kesannya pada niat kita bekerja.

Bekerja kerana emak dan bekerja kerana isteri itu susah. Lebih susah kalau bekerja kerana slogan-slogan retorik, “demi agama, bangsa dan negara!”

KUASA NIAT

Itulah besarnya maksud pada pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang NIAT:

“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat” [Al-Bukhari dan Muslim]

Niat bukan hanya soal menentukan dosa dan pahala di Akhirat.

Niat itu titik mula sebuah amal. Silap sedikit di titik mula, silap besar dan bertambah besar dengan pertambahan jarak dan masa.

Seperti sebuah pesawat yang sepatutnya terbang ke Jeddah, bisa sahaja di akhir perjalanan mendarat di Tel Aviv. Segalanya berpunca daripada tersasar beberapa darjah di permulaan kembara. Sikit-sikit lama-lama jadi penyakit. Kesilapan awal yang tidak diperbetulkan.

Allah mencipta manusia sebagai makhluk percaya. Dia akan bertindak mengikut apa yang dia percaya.  Kepercayaan itu pula letaknya di dalam jiwa. Percaya di dalam, amal dan kerja di luar. Kerja luar adalah terjemahan kerja dalam. Betulkan dalam, eloklah luar. Justeru betulkan hati, tempat letak percaya diri.

Manusia adalah makhluk inside-out.

Tetapi manusia suka berniat dengan outside-in.

Kerana isteri, isteri tetap sengsara. Kerana bonda, bonda terus derita.

Sebab itu, hanya satu sahaja yang sejahtera diangkat menjadi percaya.

Bekerja kerana Allah.

Bekerja, niatnya biarlah kerana DIA, kerana Allah.

Kerana Allah, kita tidak lupa menjaga kebajikan bonda. Kerana Allah, kita sentiasa ingat keperluan isteri dan keluarga.

HIKMAH BISMILLAH

Bekerja kerana Allah itu sentiasa menjadi tujuan yang mengawal diri di sepanjang perjalanan mendaki kerjaya. Tidak keliru antara tujuan dan keperluan. Malah menjadikan tujuan, sebagai motivasi untuk memperbaiki keperluan.

Justeru kita diajar agar memulakan setiap satu perbuatan dengan membaca Bismillah.

“Setiap perkara penting yang tidak dimulakan padanya dengan Bismillah, maka perkara itu terputus” [Hadith riwayat Abu Daud, al-Nasaa'ie, Ibn Majah dan Ibn Hibban di dalam Sahihnya daripada Abu Hurairah]

Terputus daripada tujuan asal yang baik.

Terputus daripada Allah.

Seperti layang-layang terputus tali yang jatuhnya entah ke mana.

Itulah hikmah memulakan setiap pekerjaan dengan Bismillah.

Agar setiap kerja, kita kerjakan dengan sedar apakah tujuannya.

Bekerja kerana Allah, kerana Dia!

Bekal titik mula kita bersama…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Jangan Kecil Hati: Nasihat Teman Bekalan Perjuangan Pertemuan Penuh Makna Di Tasik Glendalough “Secantik-cantik Glendalough ini, tak...

 

41 Responses to “Bekalan Titik Mula”

  1. mujahidah88 says:

    subhanallah.. analogi y baik. bismillah di mulakan agar niat y baik sentiasa terus mengalir dalam diri.. jzkk

  2. Bermulanya setiap pekerjaan itu dengan niat. Kena pastikan niat itu kerana allah. Bila kita niat sahaja kerana Allah, Tuhan dah bagi pahala. Inilah amalan yang mudah dan tak ada risikonya.

  3. Nooreena says:

    Alhamdulillah ruh mendapat makanan pabila membaca tulisan di atas. Perlu perbetul niat sentiasa. Insha-Allah.. Terima kasih Ustaz!

  4. son of joseph says:

    Salam Ustaz

    Dalam konteks ini, ana sangat-sangat terkesan dan teringat dengan tafsir bi lughah surah Al-Fatihah, baik oleh TGNA mahupun Ustaz Muttallib, Madrasah An-Nahdoh Permatang Pauh pada ayat permulaan, Bismillahirahmannirahim.

    Bismillah itu kan bermula dengan harful-jar. Bi yang dalam konteks itu bermaksud dengan. Dengan dalam Bahasa Melayu itu kita sebut, Kata Hubung.

    Tuk-Tuk Guru pun menyambung, bukankah pelik, ayat itu bermula dengan Kata Hubung. Lazimnya, Kata Hubung itu digunakan untuk menghubungkan dua ayat.

    Ayat Satu : Ustaz makan
    Ayat Dua : Saya makan
    Guna Kata Hubung : Ustaz makan DENGAN saya.

    Maka, sama jugalah dalam konteks Bismillahirahmanirrahim~ Boleh saja, Allah SWT nak guna mulakan Iqraulfatihahbismillah…. [Bacalah al-fatihah dengan nama Allah...] tapi tidak, menunjukkan ayat itu dengan sendirinya universal, dan nak mengajar kita agar meletakkan Allah swt sebagai permulaan bagi setiap pekerjaan kita.

    Aku makan DENGAN NAMA ALLAH
    Aku tidur DENGAN NAMA ALLAH
    Aku lari DENGAN NAMA ALLAH~~~

    Begitulah~

    Cuma jujur,
    Susah benar hendak istiqamah.

    Ada sebarang tips, sahabat-sahabat?

    Astaghfirullah~

    • ayad says:

      @son of joseph,

      subhanallah..
      meaningfull..
      baru dapat mencari satu method yang sesuai untuk disebarkan penggunaan bismillah di awal perbuatan..
      kadang, sesuatu pekerjaan itu xkan dapat di’istiqamah’kan andai tidak memahami…
      selaras dengan niat kita melakukannya…

      selain bismillah, ada sahabat pernah menyatakan andai kesyukuran dilafazkan (alhamdulillah), harus 2x…
      1. sebagai tanda kita bersyukur terhadap sesuatu
      2. sebagai tanda kita bersyukur kerana Allah mengingatkan kita untuk bersyukur…

      wallahu’alam :)

      • @ayad, jazakallahukhairankasira atas kesudiaan ayad membalas komen saya~ terima kasih atas tips yang diberikan~ moga dipermudahkan untuk kita beramal insyaAllah~

        astaghfirullah~

  5. iskandar says:

    Terkenang nasyid Raihan-dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah. Moga niat yang tulus kerana Ilahi sentiasa diberkati menjelang Tahun Baru Islam 1431 Hijrah

  6. irwan_KTD says:

    son of joseph,

    mashaAllah.terima kasih atas sharingnya. betapa Rasulullah sememangnya sejak azali mendidik kita untuk sentiasa berhubung dengan Allah walau bagaimana covert kaedahnya sekalipun.

    masha Allah

  7. liza-73 says:

    Salam,

    Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah.:)

    Liza.

  8. fae says:

    web pg ni lebih senang loading, dah brubah.. terima kasih..2x

  9. Atif says:

    Dalam hidup ini HDA itu penting.

    HDA=Hubungan Dengan Allah.

  10. tariq_dhiya' says:

    Semoga saya sentiasa lebih ikhlas membantu mereka yang memerlukan bantuan, lillahi taala

  11. zalina says:

    kisah ini mmg sinonim dgn masyarakat kita. termasuk saya. Peringatan demi peringatan telah diberi. Tapi manusia sentiasa lupa. Hari ini ingat…esok-esok lupa. Terima kasih ustaz kerana sudi mengingatkan saya.

  12. asmah says:

    selalunya manusia terlupa dengan dasar yg telah diterapkan sejak kecil…jd dengan adanya sahabat yang sentiasa menyedarkan kembali kealpaan ini…Alhamdulillah.insan-insan ini sentiasa mensyukuri nikmat Nya…

  13. Orange says:

    Susahnya nak istiqamahkan hati dan jiwa. Tapi pasti BOLEH!

  14. kokmi says:

    aduh!macam tepat je terkena batang hidung hamba.ada chemistry..agaknya…kalau memang dah nak terkena.. :)
    kebelakangan ni, setelah bekerja 5 tahun disini, sudah sirna rasa keseronokan & motivasi untuk bekerja, malah menghitung-hitung untuk meninggalkan tempat yang menjadi titik mula dalam bekerjaya. memikirkan lagi, apa ertinya jika sudah hilang rasa suka, mahu mengharapkan masih ada rasa sisa agar setiap kerja menjadi ibadah, namun makin luas rasa deritanya…moga mendapat petunjuk dariNya…amin

  15. nigatsu says:

    salam.. saya suka setiap kali ustaz beranalogi… ianya memberi peluang untuk otak berfikir dan memproses info yg dikongsi… mohon izin untuk email artikel ini pada teman2

  16. wardahbiru says:

    salam ustaz..
    terima kasih post kali ini…
    alhamdulillah…
    tersedar saya, belajar bukan kerana kerjaya semata, bukan jua kerana umi dan abah, tp kerana ALLAH…

  17. Makbonda says:

    Salam Ustaz
    Kekadang bibir menyebut Bismillah tapi tidak dihati,Bismillah hanya refleksi untuk memulakan sesuatu tanpa penghayatan….itulah saya….Allah turunkan ustaz bagi mengeutkan saya…

  18. Saya Yakin says:

    Salam ustaz… tq atas posting nih.. baru terfikir tantang nak ikhlas kan diri nak jumpa kawan2 tadi… tebuka pulak hati nak masuk dulu blog ustaz.. Benda yang sama.. Alhamdulillah.. semoga Allah memandu kita.. Ameen..

  19. saipoelislam says:

    salam.. Ust n jugak pengkomen yg lain…

    saye bace tulisan (semua artikel )ust nie very klise n mengallir cam sungai ular je..cumer ust nie agak berat ntuk menerima idea bahawa dunia sedg berada dalam jajahan TATANAN DUNIA BARU..NWO..jka saye bagi sedikit teka teki skit kat ust,mudah-mudahn ust dapt jawab dgn baik..

    1.KENAPA MASALAH MORAL/NILAI/KHLAK/IMAN/AKIDAH BERLAKU SABAN WAKTU,SETIAP DETIK,SETIAP SAAT DI SEKELILING DARI MULA KITA LAHIR SAMPAI KITA MATI..(dalam seluruh aspek hidup)

    2.EKONOMI DUNIA AKAN MERUDUM SETIAP 10 TAHUN..cube cek fakta…siapa yg pegang FEDRAL RESERVE..

    3.KENAPA PARA RASUL/ORANG YG NK MENYAMPAIKAN ‘KEBENARAN’ PASTI AKAN DITENTANG….

    4.PALING MUDAH,ISU PALESTIN YG PALING DOMINAN DAN MERUPAKAN ISU YG PALING PANJANG NTUK DISELESAIKAN OLEH MANUSIA/PBB/KERAJAAN DUNIA..BLEH BAGI ALASAN YG KONKRIT X ? KENAPA PALESTINA SUSAH NAK DIBEBASKAN…

    SAYA BUKAN MINTAK LAMAN WEB NIE JADI LAMAN KONSPIPRASI…kang pening pulak kipas susah mati..

    SAYA TOLAK JAWAPAN YG MENGATAKAN IA SEKADR SUNNATULLAH SEMATA/TANDA AKHIR ZAMAN..PASTI ADE SOMTHING YG X KENA N ALLAH PERINTAHKAN KITA NTUK MENCARINYER..

    saye dah bace artikel JANGAN JAHILKAN DIRI DGN MUSUH N SAYE WAT KESIMPULAN KAT ATS BERDASRKAN ARTIKEL TERSEBUT…

    babak TELETUBBIES TU.sampaikan kwan ust kater TELETUBBIES TU PUN KONPIRASI dan sayer bersetuju jawapan ust kat situ..CUME
    SAYA MOHON UST FAHAMI AGENDA YG HENDAK DISAMPAIKAN DALAM SETIAP FALSAFAH,INTELEKTUAL ,PENDIDIKAN,BUDAYA DAN SEGALA ASPEK KEBUDAYAAN MANUSIA TAJAAN BARAT,
    MEREKA MERANCANG SEGALA-GALANYA NTUK MEROSAKKAN CAHAYA ISLAM..

    sekali lagi saya tegaskan MEREKA MERANCANG NTUK MEROSAKKAN ISLAM..

    SAYA POHON SUPAYA UST CUBE BERSIFAT TERBUKA SIKIT DGN ILMU KONSPIRASI DAN SEKURANG-KURANGNYA NTUK PEMBACAAN UST n bukan ntuk dikongsi dgn pembacer..

    SAYE ADE TULIS ARTIKEL TNTG BAHANA KONPIRASI kat muslimdairyz.blogspot.com N jangan bace skip r bace sekali imbas..
    BACE SECARA TERTIB SEBAGIMANA UST MINTAK PEMBACA BLOG UST, BACE DGN TERTIB DAN TELITI SUPAYA TIDAK TERSALANG ANGGAP PULAK..

    TAPI JANGAN TERKEJUT BAHWA SAYA KATAKAN NTUK MENEWASKAN KONPIRASI JAHAT ILLUMINATI,DAJJAL,FREEMASON LLUCIFER ADALAH…

    BUKAN

    KUASA POLITIK,DAULAH,KHILAFAH,DEMOKRASI R APA JUA KAEDAH YG KITA LIHAT SEKARANG..

    TAPI

    ………..DAKWAH + TARBIYYAH…………..

    HANYA MEREKA YG FAHAM DAKWAH DAN TARBIYYAH SAHAJA MAMPU MELEPASKAN DIRI DARI PERMAINAN KONPIRASI KOTOR JAHAT DAJJAL LAKANTULLAH..

    saya dah buat sedikti pemerhatian tentang konspirasi.
    sebenarnya KONPIRASI adalah DAKWAH + TARBIYYAH TP FUNGSINYER DAH DITERBALIKKAN..

    ble bace DAKWAH + TARBIYYAH = REVESE FUNCTION kat muslimdairyz..sila bace dgn teliti n jgn skip..(saya tau siapalah saye klu nak dibandingkan ust,ilmu x seberape nie,orang kenal pun x )-MERENDAH DIRI LER PLAK..tapi SEMOGA DAN SELAMAT MEMBACER…

    saya alu-alukan ntuk berkongsi pendapat …

  20. Abu Saif says:

    @saipoelislam
    waalaikum al-salaam wbt.

    kalau ada sedikit ukhuwwah yang boleh dimanfaatkan di sini, elok jika semasa nak mengajak berbincang, jangan mulakan dengan melabel benda-benda yang merendah-rendahkan saudara seagama. Klise, sungai ular, tu nama saipoelislam tu… boleh diperbaiki.

    siapa kata saya menolak bulat-bulat teori konspirasi? protokol zionis, dan puluhan buku tentang freemason, illuminati, sudah pun saya mula membacanya semenjak memandang Palestin saban hari di bumi Jordan dulu. cuma, pendekatan saya dalam mencari penyelesaian, mungkin sedikit berbeza daripada expectation saudara.

    saya tidak mahu mengangkat konspirasi musuh itu ke tahap agung hingga muslim hilang harapan untuk melawannya. dan untuk melawan konspirasi peringkat tinggi itu, Muslim perlu dipulihkan atas keyakinan saya kepada firman Allah:

    “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada satu kaum itu sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd : 11]

    Zionis dan segala perancangannya tidak pernah berhenti. Ada masa konspirasi mereka efektif, ada masa konspirasi mereka tidak laku. Penentunya ialah kualiti Muslim dari semasa ke semasa. Jika mereka berkualiti, Zionis lemah menghadapi Muslim. Jika Muslim rendah kualiti, Zionis meraih banyak kemenangan. What so hard to understand about that?

    Justeru, untuk berdepan dengan konspirasi Zionis whatsoever, langkahnya ialah BETULKAN MUSLIM.

    Kepala Zionis bernama Golda Meir itu faham benda ni. Sebab itu dia berkata selagi jumlah Muslim yang solat Subuh di masjid tak sama dengan yang solat Jumaat, Zionists have nothing to worry about!

    By the way, jangan bersoal jawab di sini. Cari artikel yang berkaitan dan bincang di situ. Saya menghargai sifat pembaca yang hormat kepada topik dan fokus. Terima kasih.

  21. saipoelislam says:

    saye agak bimbang dgn senario HIDUP DALAM ZONZA SELESA . Hasilnya segala yg kita hendak buat mesti dilaksnakan secara ekslusif..nak dakwah kena kat tempat masjid je,budak rempit dibiarkan ,dlm politik,saudara seagama kita pinggirkan dan kaum bukan seakidah pulak dilebihkan..semua nie berlaku biler dakwah dan tarbiyyah DIJAHANAMKAN dan DITAFSIR SECARA TERPINNGIR..IA TIDAK BERJALAN SEBAGAIMANA YG ALLAH TETAPKAN…DAKWAH DAN TARBIYYAH ADALAH SUNNATULLLAH YG PERLU DAN WAJIB DITEGAKKAN….IA MELAMPUI SYARIATULLAH BAHKAN (ingat SEKALIAN NABI DIuTUSKAN NTUK DAKWAH DAN TARBIYYAH KECUALI BEBERAPA NABI SHJ : adam ,sulaiman,khidir dll)…SYARIAT HANYA SEKDAR TUNTUTAN BUAT MEREKA YG BERIMAN TAPI SUNNATULLAH ADALAH TUNTUTAN UNTUK SEMUA MANUSIA SAMA ADE MREKA BERIMAN /KUFUR,SIRIK ATAU SESIAPA/APAPUN/MAKHLUK JUA.

    SBNARNYER SAYER PUN DAH TERKENA BAHANA ZON SELESA TAJAAN DAJJAL NIE,SKG KENA BERTRUNG PLAK CAMNE NAK LEPASKNA DIRI DARI ZON SELESA NIE..DUNIA NIE BUKANNYER TEMPAT NAK BERMADAH PUJANGGA DAN BERSANTAI TENANG OLEH ORANG BERIMAN..JIKA DIAMATI BAHAWA HADITH NABI TENTANG JIHAD YG PALING BESAR ADALAH BERTARUNG DGN HAWA NAFSU IAITU DIRI SENDIRI..MEMANG BENAR….

    bukan lawan pemimpin zalim……………..PEMIMPIN ZALIM PUN KTA YG CIPTA..KITA MAKI/KUTUK/HINA/CERCA PEMIMPIN SEHINGGA DIA MENJADI SEBAGAIMANA KITA DOAKAN dan ALLAH MAKBULKAN DOA KITA..MASYARAKAT YG ROSAK AKAN MELAHIRKAN PEMIMPIN YG ROSAK ..TAPI BAHSA POLITIK DAH TERBALIKKAN SITUASI NI..MAAF BAHASA KALAU TERKASAR…..

    saya ade bagi artikel kat ust ntuk dibace..tajuk POHON KRISIS ,SLAMAT DATANG KE ALAM MANUSIA,TEKNOLOGI TARBIYYAH TUHAN/SISTEM TARBIYYAH MAHA TERHBAT,MISTERI TAQWA TEDEDAH,LOGARITMA NILAI..
    x tau le ust bace ke idak..mungkin sy terhantar kat hasrizalabuduljamil@gmail.com orag zimbabwe kot bukan kat saifulislam.com..tapi artikel tu kat muslimdairyz ade jugak…..

    APE PUN ARTIKEL UST SNGT BAIK PADA KONTEKS TARBIYYAH UMMAT..DAN SAYE SOKONG GAYA DAKWAH UST NTUK MELAHIRKAN KADER-KADER YG BERPOTENSI BUAT (MASYARAKAT INTERNET)..TAPI JGN SEGLA USAHA DAKWAH DAN TARBIYYAH DIFOKUSKAN PADA PROGRAM tertentu shj..UST KENA TURUN JUGAK NTUK JOIN BUDAK REMPIT KE ..)..(kalu nak merempit dgn budak2 tu,jgn pakai motor kapcai yek,(takut motor kapcai terbalik nanti.gurau je :)
    ,pakai motor 500 cc ,kasi asap kat budak RZ….,GI DISCO DGN UST ASRI PUN BAGUS GAK(kalu perlu beljar belajar tarian shuffle ntuk tarik mad’u kat disco,x slh rsenyer,berdasarkan fiqh dakwah……

    “SESUNGGHNYA KAMI HANYALAH SEBAGAI PENYAMPAI KHABAR GEMBIRA DAN PEMBERI PERINGATAN..”

    SEKIAN SAHAJA DARI HAMBA

    ALLAH ..ASSALAMUALAIKUM……..BUAT SEMUA PENGKOMEN SEKALIAN….

  22. med says:

    salam
    to saipoelislam..em, agak2la sikit kalau nak beri komen ye:) betullah, banyak berkata(or dlm konteks ni menulis)kdg2 boleh merendahkan diri kita sendiri.
    Saya pun faham apa yg sdr cuba nak sampaikan ttg NWO and stuff, dan saya stuju kalau boleh semua orang patut tahu psl ni, tapi tidaklah sampai nak mendoktrinkan pemikiran semua ke tahap tinggi dgn teori konspirasi tu.

    quote sdr saipoelislam:
    “UST KENA TURUN JUGAK NTUK JOIN BUDAK REMPIT KE ..)..(kalu nak merempit dgn budak2 tu,jgn pakai motor kapcai yek,(takut motor kapcai terbalik nanti.gurau je :)
    ,pakai motor 500 cc ,kasi asap kat budak RZ….,GI DISCO DGN UST ASRI PUN BAGUS GAK(kalu perlu beljar belajar tarian shuffle ntuk tarik mad’u kat disco,x slh rsenyer,berdasarkan fiqh dakwah”

    Aduh, macam perintah komander pulak:)..maybe lebih cantik kalau ayat tu ditukar perkataan UST tu jadi:”KITA KENA TURUN JUGA UNTUK JOIN BDK REMPIT….Lebih molek kan?;)

    MASING2 ANTARA KITA PUNYA TANGGUNGJAWAB MASING2 MENYEBARKAN DAKWAH IKUT CARA MASING2, DOAKAN MOGA DIREDHAI ALLAH. Ish, takkanlah seorg ustaz nak buat semua kerja Islam, cater segenap makhluk kat dunia ni, tak mampu rasanya.Kita manusia, bukan Tuhan(Allah).Makanya, masing2 lah melengkapi antara masing2.

    maaf, saya memang suka dgn idea sdr saipoelislam tu, cuma berAGAK2LAH SIKIT memberi komen dan teguran kpd tetamu ye;)

  23. ofadz15 says:

    Setuju dengan kata ustaz, betulkan dan teguhkan pegangan agama Islam kita dulu, sebab uslub berdakwah boleh banyak cara. Walaupun banyak cara berdakwah, tapi semuanya mesti ditunjangi dengan ilmu agama, kerana dengan ilmu kita mendapat kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya, Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.

    Jadi teras kejayaan kita mahukan dakwah yang berkesan mesti dengan ilmu. Contohnya, seperti kata saudara saipoelislam, kena turun berdakwah kepada geng rempit, tapi kita kena tau cara untuk mendekati geng merempit ni. Itu pun dengan Ilmu. Corak pendekatan yang berhikmah itulah yang penting untuk memberikan dakwah yang berkesan.

    Kita yang ada kesedaran berdakwah, juga dengan izin Allah, hanya menyampaikan, dan sentiasa berusaha menyampaikan dakwah kepada semua manusia. “……..Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.” (Al-Kahfi, sebahagian ayat 17)

    Taufik hidayah hanya milik Allah, kita hanya bertugas menyambung dakwah sunnah Rasullullah saw untuk menyampaikan kebenaran dan peringatan.
    Semua-semuanya Milik Allah.

  24. saipoelislam says:

    salam,..minta maaf yer Ust..saye x berniat pun nak wat lawak atau berkata2 yg sia-sia..sajer nak bagi ‘ribut’ bertiup skit kat blog Ust nie..psal garau sayer tu Ust jgn terase plak..bukan selalu sayer wat camnie..APE PUN TNTG ISTILAH DAKWAH ATAU KONSEP DAKWAH moden ,ADE DITERANGKAN di muslimdairyz..

    KONSEP DAKWAH TU SAYE TERANGKAN MENGIKUT KAEDAH YG SAYE FAHAM MELALUI PEMERHATIAN,ANALISIS PERISTIWA,ISU-ISU SEMASA,SERTA TANDA-TANDA AKHR ZAMAN..X SALAH RASENYER SAYE MEMANFAATKAN AKAL KURNIAAN ALLAH…nasib baik x kater sayer dapat ilham cam HJ. Kaha..pe pun,saye tutup komen dan nie komen sayer yg terakhr kat sini..

    buat pembacer-pembacer saifulislam.com dan juga Ust hasrizal Abd.Jamil,

    PATIK MEMOHON KEMAAFAN,DAN SEANDAINYE TERKASR BAHSA DAN MENYIGGUNG PERASAAN TUAN-TUAN YG MULIA.PATIK SEMBAH DERHAKA TUANKU..

    naik basikal dengan UDIN DINA,
    terjatuh pula di tengah jalan,
    ribuan maaf saya pinta,
    moga yg berhak tolong ampunkan,

    jazakallahukahiran kasiran..wailalliqa,ma’aassalamah..
    ……………………………………SALAM……

  25. Mukhriz says:

    @saipoelislam
    Hmm.. Sebulan sekali.. :roll:

  26. Muhammad Firdaus says:

    Salam,utk saipoelislam….wah tingginya bahasa yang diguna,sah
    makcik pakcik kt kg pening kepala nak paham..saya ada member berbangsa cina,tertarik pada islam tetapi berangapan islam ini susah dan membebankan!,kerana melihat kepada cara hidup orang MELAYU kini yang x serupa ISLAM..segala kekalutan yang berlaku ini tidak akan berkesudahan sekiranya tidak meletakkan Al-quran dan hadis sebagai pedoman hidup.Bukankah agama islam ini MUDAH,CANTIK & INDAH!

  27. syazwan says:

    assalamualaikum wbt…

    terima kasih atas peringatan ini ust….ia mejadi salah satu bekal saya untuk mengembara mencari ilmu di bumi hikmah..insyaallah…

    doakan saya…wslm…

  28. aminah says:

    Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..
    thanks ustaz for this post,
    it wakes me up:)

  29. Latifah says:

    Salam Ustaz,

    terima kasih atas artikel yg mendidik jiwa… betullah, kadang kala kita selalu tersasar dari matlamat dan tujuan yang sebenar.

  30. sifuislam says:

    SALAM semuanyer..
    mmaf kerana mungkir janji..terase nak komen plak.

    Saye nie budak aliran engineering..so kena guna bahasa engineering la(x tau la budak engineering pun x faham gak). bukan cam Ust hasrizal nie,budak syariah,bahasenyer plak sastera n penuh ngan falsafah,aliran pemikirannyer neutral n sentiase relax,tenang.(mungkin faktor keluarga die dri latarbelakang agama n belajar kat sekolah agama),(saye pernah bace pasal kisah Ust muda-muda,so tau le skit..

    mungkin Ust nie,seorag yg berpewatakan lembut,suka lawak2 ringn,-mungkin romantik skit kot-cube tye zaujah die.:)

    gaya penulisan seseorang,percakapan,latarbelakang peribadi akan menampakkan watak seseorang,betul x Ust?..jadi saye punyer tulisan tu mencerminkan yg sayer nie agresif skit,agak tergopoh-gapah,complicated skit(susah nak dijangka)keras n tegas..(x tau le roamtik ke idak,nanti ble tye isteri sayer :) -doakan sayer kahwin tahun nie,tp masalahnyer calon x jumpe lagi…ahaks..(saye tau ape yg sayer cakap nie,jgn kate saye meremehkan urusan nikah k -ade artikel tajuk FASTABIQUL KHAIRAT kat muslimdairuz tntg NIKAH,saye jugak yg tulis..)-cumer nak bagtau n promote je

    Dalam bab ilmu,TAK semua yg KITA miliki mencerminkan kiter nie lebih baik,lebih bagus,lebih hebat dari orang lain..sebab tulah “TIDAKLAH KAMI MEMBEBANKAN SESEORANG MENGIKUT KESANGGUPANNYA”-kata ALLAH.

    MASING-MASING PUNYER KELRBIHAN

    Bagi orang beriamn semakin byak ilmu,semakin tinggi TAQWA-NYA KEPADA ALLAH..semakin berhati-hati,semakin bimbang,semakin kerap menghitung amalnyer di sisi ALLAH. Segala yg baik dikongsi n disampaikan dan segala keburukan,diperbaiki,-ditegur,dinasihat,dipesan,diperingatkan..

    ERTI HIDUP PADA MEMBERI….setuju x Ust hasrizal ;)

    “SESUNNGGUHNYA KAMI HANYALAH SEBAGAI PENYAMPAI KHABAR GEMBIRA DAN PEMBERI PERINGATAN”

    HAMBA ALLAH.
    (tukar name plak..pasal kena sound dgn Ust…)

    WASSALAM..ni last komen.

  31. Abu Saif says:

    @sifuislam

    haha… tak kenal maka tak mental…

    entahlah Labu..

    Tiada masalah untuk berbahasa sastera atau berbahasa engineer. Kita mengadap Allah esok, yang dinilai sama ada sastera atau engineer tu jadi dosa atau jadi pahala. Tapi setiap kali ana baca komen anta yang nama ala-ala nama anak ana ni, ana risau. Komen anta ni adalah komen ke 67,942 di blog ni. So anta bayangkan berapa jenis manusia yang ana dah jumpa dalam blog ni, haha. Saspen?’

    Ada dua benda yang ana khuatir.

    1. Anta agresif (hehe, pinjam kata-kata anta sendiri. Harap jangan jadi keyboard warrior pulak. Di blog agresif, nanti masa interview kerja menangis pulak)

    2. Idea anta melompat-lompat. Semuanya boleh difahami dan boleh dikatakan betul. Tetapi dalam 4 perenggan ada 10 topik anta saladkan.

    Kombinasi dua benda ni agak merisaukan. Adakah anta sentiasa agresif atau ada masa anta agresif dan ada masa depress? Takut-takut racing thought dan aggressiveness itu membawa kepada kesihatan emosi yang tidak baik. Boleh baca di http://saifulislam.com/?p=957

    Salam kasih sayang…

  32. zone2020 says:

    sering kita dengar semakin jauh semakin sayang kata2 buat sang kekasih @ yg telah berkahwin tp pabila difikirkn kembali hanya sebilangan kecil sahaja yang berjaya daripada perhubungan seperti jauh semakin sayang …..

  33. ummu nouha says:

    hmm..

    @sifuislam

    :roll: ..akupon engineering jugak..cuma skang dah tak budak..mak org dah.. :smile: .tp takle sepelik dia ni..agaknya sbb dia budak lg kot dia jd aneh mcm tu..besok dia dh jd bapak engineering sok dia akan terkenang2 dan ingat balik kelakuan2 dan tulisan2 aneh dia ni.. tupun kalo time tu dia dah matang betul..(skng..blum kot.. ;-) .. kawin dulu yer.. mungkin boleh betulkan “kesihatan emosi” tu..

    **pandai dia cari tempat raih perhatian..(duk byg mcm budak hiperaktif je dia nii.. :smile: )

  34. artikel yang menarik..=)

  35. fatee says:

    salam.. article yg mantop! minta izin utk dikongsi bersama teman lain..

  36. cahaya pencinta says:

    salam..hmm..betulkn niat hnaya kerana Allah..nmpk sng tp erlukan pnghayatan yg mndalam.kn fikir ttg letak duduk sbg hamba n kembali pd yg Berhak..wallahua’lam

  37. salam…mmg xmudah nk set niat..msalah utama sy, awl2 dh set niat pastu berjalan lancar dan tetibe lost hilang mtlamat dn tujuan. analogynya b4 naik kerete dh set nk pergi mana, drive all the way suddenly kereta stoped unespectedly without any signs or warning..tu yg buat kusut…lost without signs

    • cahaya pencinta says:

      @kura-kura biru,
      salam alaikum..memang betul.saya sebagai pelajar pun sering letak niat, susun jadual harian, susun apa yang perlu dilakukan kemudian. tetapi in the end jadual entah ke mana, fikiran entah ke mana, orangnya entah ke mana..mungkin niat dari awal dah xbetul..wallahua’lam..

Leave a Reply