
Selepas saya menulis CERITA TENTANG JORDAN?, saya didatangi oleh beberapa email juga komen dari x-Jordan yang tidak menamakan diri mereka untuk saya kenali. Kebanyakan email ini menyatakan betapa tersinggungnya mereka dengan perbuatan saya yang seolah-olah cuba mempotretkan Jordan dengan sebuah gambaran yang buruk.
Tambahan pula dengan kenyataan bahawa saya banyak menghabiskan masa di Turki, kemudian berhijrah ke UK dan Ireland, maka perbuatan saya dilihat sebagai cuba memperlekehkan Jordan atas apa yang telah saya perolehi di tempat yang ‘lebih baik’ di Turki, UK dan Ireland itu.
Malah ada pula yang cuba menulis di dalam ruangan komen, perkara-perkara yang saya yakin si penulis tahu, saya tidak suka ia ditulis. Cuma saya kagum dan hairan dengan sistem Akismet yang telah berjaya menyekat komen seperti itu hingga terperangkap di dalam jaringan SPAM. Sungguh menghairankan saya.
PERASAAN SEBENAR
Bohong, jika saya katakan saya tidak rindu dengan Jordan. Gila, jika di hati saya tidak ada perasaan kasih dan cinta kepada bumi yang telah mengajar saya agar kenal dan faham agama sehingga tertanda pada segulung ijazah. Tetapi perasaan rindu, kasih dan sayang itu, tidak menjadikan saya dungu hingga menipu diri sendiri. Menyebut tentang apa yang baik dan buruk tentang pengalaman semasa di Jordan tidak sekali-kali menjejaskan hormat dan sanjungan saya pada sekalian yang baik tentang Ardh Ribath itu…
SIKAP TERHADAP SEJARAH
Semasa saya mengambil subjek Islamic Civilization in al-Andalus bersama Prof. Ataullah Bogdan Kopanski, beliau telah menegur sikap kebanyakan kita yang hanya mahu mengenang yang cantik-cantik dan puitis terhadap Andalus dan al-Hamra. Kita tidak jujur kepada Sejarah lantas kita dan umat susah hendak belajar dari Sejarah.
Andalus bukan kayangan seperti yang dilakar pada puisi dan lagu asyik yang banyak di pasaran. Andalus bukan ketinggian Sains dan Teknologi pada nama-nama saintis Islam yang hebat itu. Andalus adalah himpunan suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, namun nilai sejarah Andalus ialah pada kejujuran kita terhadap realiti Sejarah itu. Pada kesediaan kita untuk mempelajari apa yang telah membinasakan kehebatan Andalus ketika ia berada di kemuncak Sains dan pengetahuan.
Kita mesti jujur dengan Sejarah.
Sikap itulah juga yang menguasai diri saya apabila saya cuba menoleh ke belakang melihat Jordan. Malah Turki, UK dan Ireland juga.
BUKAN KERANA PERIBADI
Bagi mereka yang mengenali saya, mereka tahu tentang saya dan Jordan. Mereka juga mungkin dengar-dengar, bagaimana peritnya saya cuba mengharungi apa yang saya harungi semasa di Jordan.
Tetapi keperitan pengalaman peribadi, bukan asas untuk saya meratapi Sirah pelajar Malaysia di Jordan. Apabila kekesalan berbuku di hati saya, ia bukan merujuk kepada dendam peribadi saya terhadap apa yang saya tempuhi secara peribadi semasa di Jordan. Kekesalan itu merujuk kepada keseluruhan catatan hitam dan putih kita semua di bumi yang suci itu.
Ya, bumi yang suci itu.

Makam Zaid bin Harithah pada tahun 1997
Di bumi itu, atau untuk lebih spesifik, di hujung tingkap rumah saya, bersemadinya nama besar dalam agama kita. Insan hebat bernama Jaafar bin Abi Thalib, Zaid ibn Harithah dan Abdullah bin Rawahah – radhiyallahu ‘anhum ajma’in – adalah jiran saya dan semua pelajar Malaysia di Mazar, Mu’tah dan Jordan.
Begitu juga dengan Abu Ubaidah al-Jarrah dan sehimpun sahabat yang bersemadi di Lembah Jordan lewat Taun Amwas yang menimpa sejarah dulu.
Mengenang pengalaman berjiran dengan sahabat Rasulullah SAW pada hari ini, memang suatu kenangan terindah… malah boleh mencetus damai di hati, dengan sesekali digigit rasa rindu untuk mengalaminya. Tetapi bagaimana dengan sikap kita semalam?
Kalaulah Syuhada’ di tepi rumah kita itu dihormati dan Ma’rakah Mu’tah itu dihargai, saya percaya Sirah pelajar Malaysia di Mu’tah, Jordan dan keseluruhan bumi Anbiya’ itu akan jadi berbeza. Ketika bumi itu dikotori oleh akhlaq kita dulu, berapa ramai yang segan dengan Jaafar, Zaid dan Abdullah, sebelum saya tanya tentang malu kita kepada TUHAN Jaafar, Zaid dan Abdullah?
Tidak perlu saya catatkan apakah kekotoran yang telah kita palitkan pada bumi Syuhada’ itu. Cukuplah contoh-contoh ringan pada artikel CERITA TENTANG JORDAN?. Tetapi jangan cepat mahu memadam segala keterlanjuran kita mencemarkan bumi itu dengan kelakuan-kelakuan malang kita, kerana ia mungkin belum pudar pada catatan Allah, juga pada kesan dan bekasnya terhadap kira-kira 500 pelajar Malaysia yang mewarisi Jordan itu dari tangan kita.
‘PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI’
Sungguh lucu apabila saya berbual dengan siswa Jordan 2007. Antara isu yang menimbulkan ketegangan di kalangan pelajar Malaysia adalah persoalan Safar al-Mar’ah! Aduh, sudah berapa tahunkah usia debat itu? Ia sudah begitu banyak membuang masa dan mengguris sirah kita pada tahun 1993,4,5,6 dan selamat datang 2007, mereka masih belum selesai bertengkar tentang hal yang sama.
Walaupun sudah lama saya meninggalkan Jordan, tetapi saya masih terus berkait dengan Jordan tanpa putus. Selepas generasi pelajar hampir terputus di ambang tahun 2000, saya masih terus mengikuti perkembangan tentang Jordan secara langsung terutamanya apabila rakan seperti al-Fadhil Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman menyambung pelajaran ke sana. Dan sehingga kini, saya masih ada hubungan dengan perkembangan pelajar Malaysia di Jordan, apabila saya terlibat di dalam kursus-kursus yang membabitkan pelajar perubatan. Malah terkini pada Sabtu 28 Julai yang lalu, saya menjadi ahli panel forum Kursus Persediaan Pelajar Malaysia tajaan Lembaga Zakat Selangor ke Jordan, Mesir dan Maghribi di bidang perubatan, Syariah, Qiraat, Bahasa Arab sebagainya. Maka memperkatakan tentang Jordan dan bagaimana saya menganalisa semuanya, adalah masih core business hidup saya.
Saya tidak dapat membantu pelajar-pelajar ini mengambil teladan dari sejarah jika saya menjulang mereka dengan cerita-cerita yang bagus belaka tentang Jordan. Jujur terhadap kejayaan dan kesilapan, pencapaian dan kejatuhan… pada semua itulah munculnya ibrah yang matang untuk diteladani oleh mereka yang mahu berfikir.
Saya terus bersyukur kerana setakat ini dari segi penonjolan graduan Jordan di dalam masyarakat… ia berada di tahap yang baik lagi membanggakan. Saya menumpang sebahagian daripada penghargaan masyarakat kepada graduan Jordan itu.
Namun ia tidak akan menjadi suapan untuk saya menyembunyikan realiti, kerana pada menipu diri sendiri itu, kita akan terus disengat dua kali pada lubang yang sama. Saifulislam.Com adalah rancangan realiti, bukan akademi fantasia yang penuh angan-angan…
Berlapang dadalah…
Barangsiapa yang melakar suatu sunnah yang baik, maka baginya ganjaran untuk perbuatan itu, dan perbuatan mereka yang menuruti sunnah itu hingga hari Qiamat, tidak berkurang walau sedikit pun pada ganjaran mereka. Dan barangsiapa yang melakar suatu sunnah yang buruk, maka ke atasnyalah dosa akibat perbuatan itu dan dosa sesiapa yang beramal dengan keburukan itu, hingga hari Qiamat, tidak berkurang walau sedikit pun pada dosa mereka… (Al-Hadith)
Muhasabahlah kembali ketika kita sedang mendaki kejayaan hidup, apakah bekas yang telah kita tinggalkan di bumi Anbiya’ itu?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Assalamua’laikum ust.
Terima kasih kerana terus berkongsi dan memberi kepada kami.
Tahniah kerana telah berwajah baru dalam blog ini. Menarik dan makin canggih nampaknya. Setelah sekian lama ana membaca dan menghayati untuk terus memahami & menumpang inspirasi, ana enjoy dan akan meneruskan ‘pengajian’ ini.
Kalau dahulu ana akan print artikel ust untuk simpan & dikompilasi sebagai koleksi, kini ana meneruskan. Ibarat menyimpan ‘nota kuliah’ untuk dijadikan buku teks. Mungkin sekarang agak sukar kerana tiada print button, ana copy paste to words sahaja. Izinkan ana terus menumpang ilmu dan pengalaman.
Sekian.
Wsalam wbt.
Alhamdulillah terima kasih atas konsistensi doktor berkunjung ke Saifulislam.Com. Insya Allah button print tu akan saya sediakan petang atau malam ini… tak sempat nak buat malam tadi
Assalamua’laikum ust.
Buat pertama kalinya saya berani singgah memberi komen.
Saya cukup tersinggung dengan entri-entri berkenaan masakan ustaz sebab membuat perut saya menjadi lapar.
hmm….
nak tersinggung tersinggung buat apa? orang jordan hargai sangat ke ketersinggungan kita kepada jordan?
macam penyokong man utd dan liverpool, kalau tersinggung man utd dan liverpool dikutuk, manchesterian(betui ke ni?) dan liverpudlian kesah sangat ke?
org belajar agama kat sana pun ada gaduh2 masam2 muka juga ker ustaz?..selalunya perkara apa menjadi punca jadi begitu?sebab akhlaq ke?
maafkan saya seandainya soalan saya terlalu tajam menikam(jika ada yg terasa)..
saya tetap bersangka baik kerana sifat manusia itu lemah..zaman sahabat itu contoh teladan sepanjang zaman yg paling baik..kita lihat apa yg berlaku di zaman Saidina Ali dan Muawiyah..kedua duanya sahabat yg mulia tetapi di dalam nya terdapat percakaran sehingga membawa kpd pembunuhan..itu contoh paling mudah..
saya percaya perkara sebegitu takkan berlaku kpd pelajar2 kita yg belajar di seluruh dunia Arab..
seandainya ada khilaf mazhab,furu’ atau apa sahaja,Nabi ajar kita utk kembali kpd Al Quran dan As sunnah..
pesan saya pd bakal2 ustaz dah ustaz2 yg dah lama mengajar kami di kmpg,di masjid,di surau2 dan di ofis2 seluruh negara ni berdakwah biar dgn iman dan bkn jaws ikut nafsu..
dakwah sifatnya mengajak manusia hampir pd Allah bkn menjauhkan manusia dari Allah..
walaupun mmg apa disampaikan itu mmg benar dan perkara yg haq tetapi mad’u akan lebih terkesan dgn akhlaq dan penyampaian yg penuh hikmah..
“tak boleh haram rokok tu!”tempik sorang ustaz di ofis saya..jemaah surau yg kaki rokok pun dah mula berkurangan..agaknya terasa or pecah hati kot..
“sokong kerajaan yg tak islamik neraka la tempatnya!”org2 islam hadhari??hmm mmg tak nak dtg rumah Allah kerana hari2 kena perli kena tempik dek kerana fikrah politiknya..
“sokong kerajaan bulan nanti kena potong tgn”..org yg nak tegakkan kerajaan islam pun tak ingin jejak surau or masjid yg fikrah mcm tu..
jadi pada ustaz2 dan bakal2 ustaz cuba fikirkan..fikir dlm2..nak berdakwah ajak manusia hampir pd Allah ker or nak jauhkan manusia dari Allah..Fikir Nabi itu adalah fikir sgt2 di cintai Allah..Nabi punya fikir mcm mana seluruh umat dia tak kira org U.S ke,India ke,Switzerland ke,Ireland ke Afrika ke,Amerika Latin ke,org melayu ke,cina ke hindu ke,sigh ke,jawa ke,banjar ke,bugis ke,pas ke,keadilan ke,umno ke,perak,kelantan ke,johor ke semuanya dpt taat perintah Allah dan melangkah ke syurga bersama sama Nabi Muhammad s.a.w. Itulah dia fikir manusia agung yg mana Allah s.w.t. dah cop dlm Al Quran sebagai “uswatun hassanah”..
Perkara yg benar dan haq yg nak di dakwahkan biar la ikut cara,adab dan tertib Nabi..baru la ada kesan pd hati..baru la iman dan amal org2 yg mendengar dlm majlis ilmu tu meningkat..
Mungkin ada yg tidak dpt menangkap apa yg hendak saya sampaikan..tetapi saya berdoa agar yg memahami itu dpt memikirkan kembali kesesuaian cara penyampaian nya dlm berdakwah..
kalau dizaman menuntut ilmu pun tak habis2 dgn pelbagai isu yg membawa selisih faham dan masam muka,takut2 ia akan membawa ke zaman mengajar anak2 kariah masjid or surau or dimana mana sahaja..rosak fikir anak2 kariah yg nak belajar agama dari ustaz2 yg hardcore ni..
bg saya jumlah ustaz yg jenis hardcore tidak lah terlalu ramai..cuma sebilangan kecil shj..ramai lg ustaz yg tinggi hikmah nya seperti ustaz hasrizal dan ustaz zaharuddin..bkn nak puji..tp bg saya ckp saya kenal mereka melalui tulisan pd website masing2..mereka menulis,Allah yg beri faham..
maafkan saya seandainya komen ini menyebabkan ada yg tersentuh..komen ini dtg dari peribadi saya yg lemah..sendainya ada kebaikkan di dlm nya,ambil lah dan jadikan tauladan,tetapi jika ada sebaliknya maka tinggalkan la ia sebagai sampah yg tak di perlukan lagi..
wallahualam..
assalamua’alaikum syeikh hasrizal…
CERITA TENTANG JORDAN semcm satu sejarah khas utk akh hasrizal antara yg terawal belajar kat sana… byk kenangan yg berlaku, masing2 ada cara utk mengenangnya kembali. Apapun… syukran syeikh, boleh menggamit kembali semua pengalaman ana kat sana… antaranya… mmg ‘malas’ nak berebut2 bila nak naik bas…. rela tunggu semua arab naik dulu… baru kita naik… manusia mmg byk ragam karenah…! Tapi lebih malang… manusia itu seorang ISLAM…
oh ye..website ustaz dah berwajah baru iye..sesuai dgn islam itu berkembang sepanjang zaman..maka mmg cantiklah pembaharuan pada laman ustaz nih..teruskan memberi..semoga Allah memberi lebih lagi dari apa yg kamu beri..
Assalamualaikum ustaz. Boleh tolong ulas kemenangan parti AKP di Turki. Macam mana gerakan Islam di sini boleh apply pendekatan yg dibawa oleh mereka? Syukran.
salam ustaz,
dah lama tak berkunjung.
saya fikir begini. ramai di kalangan kita lebih sibuk belajar ‘bagaimana’ atau ‘how’..itu bagus, kita memang perlukan orang yang ‘know-how’ lebih daripada ‘know-who’.
tapi bila saya amati semula, dari pelbagai peristiwa sekeliling, saya dapati terlalu ramai yang tidak belajar ‘mengapa’ atau ‘why’..ringkasnya ‘know-why’.
justeru, lahirlah mereka yang menceduk ilmu yang dikembangkan oleh sesiapa pun tanpa mempertimbangkan ehwal agama dan budaya. maksud saya di sini, perkara asasnya kabur dan tidak kukuh.
sekadar berkongsi. pandangan saya lontarkan untuk diri saya dulu dan yang baik boleh kita manfaatkan bersama
=
“Muhasabahlah kembali ketika kita sedang mendaki kejayaan hidup, apakah bekas yang telah kita tinggalkan di bumi Anbiya’ itu?”
Hanya pelajar dan bekas pelajar Jordan yang mengetahui apa yang mereka dah lakukan sepanjang di Jordan..pada yang baik ambil tauladan dan pada yang buruk jadikan sempadan. Kepada mereka yang tersinggung, xpayahlah tersinggung sebab itulah realiti..
Ya sHeikh, kenapa nak melenting2 ni… teguran & komen sahabat2 yang lain pun kena ambil kira juga… Nampaknya ramai yang memuji saudara tapi harus ingat bahawa itu bukan boleh dianggap penilaian yang sebenar… kadang2 yang puji melambung tu hanyalah seketika sahaja dan mempunyai agenda tersendiri…Banyak kerja yang harus kita lakukan dalam medan Dakwah ini… Bukan hanya dengan mengadap komputer saja….Berbalik kepada kisah saudara kat Jordan, saya nak tanya apa usaha yang telah saudara lakukan dalam menanggani masalah Akhlak Pelajar Malaysia disana…. Harap dapat respons…
ABU SAIF SAYS:
“Sebenarnya ana tulis artikel ini sebagai response kepada sahabat-sahabat yang melenting ketika membaca artikel ana yang lepas. So, bukan ana yang melenting sebenarnya. Cuma, anta terkesan dengan cara anta membaca tulisan ana. Ana menulis sambil meriba anak… penuh tenang dan kurang adrenaline.
Ana tak kisah pun orang puji ke tidak. Cuma ana memang pelik, sesiapa yang tulis entry marah-marah, semua sangkut dengan AKISMET system yang tapis SPAM. Kalau ana suka dengan pujian sahaja, email-email yang tersangkut tu ana delete sahaja. Tapi puji ke marah ke, dua-dua dihargai. Asalkan berasas.
Mentaliti orang lama ialah kalau menulis di komputer maknanya asyik mengadap komputer. Sebab slow menaip agaknya. Tapi artikel ni ana spend masa setengah jam sahaja untuk menaip. Masa yang selebihnya digunakan untuk kerja di IJN, belajar full time di UIA, kuliah maghrib di masjid2, attend meeting dan usrah yang pelbagai,sambil-sambil tu basuh kain, gosok kain, mandikan anak, suapkan anak makan, baca buku cerita untuk anak-anak, cek kerja sekolah anak-anak. So, sekadar Saifulislam.Com… ia tidaklah menjadikan ana asyik mengadap komputer aje.
Tentang apa yang ana dah buat untuk memperbaiki masalah akhlaq pelajar Malaysia di Jordan… soalan tu ana reserve jawapannya apabila Allah tanya ana soalan yang sama di Akhirat nanti. Cuma, ana sentiasa ingat firman-Nya “amat besar kebencian di sisi Allah bagi orang yang memperkatakan perkara yang dia tidak buat”
Ceria-ceria selalu… jangan tersinggung
“
Assalamualaikum,
Melihat kembali debu Mu’tah yang ditinggalkan genap sedekad yang lalu menyebabkan rindu kembali berpaut pada kenangan yang dikutip sekian tahun. Biarpun yang pahit kadangkala bertamu, tetapi yang indah… terlalu indah untuk digambarkan.
Pertembungan dua budaya Melayu-Arab telah menjalin hubungan akrab saya serumah dan tuan rumah Abu Abdullah dan Abu Ahmad yang kedua-duanya telah kembali ke rahmatullah. Kami dan keluarga tuan rumah sudah seperti adik-beradik, seperti anak-beranak. Masak sekali, makan berkongsi, tidur bersama. Hinggalah selepas saya kembali ke Malaysia, air mata tak dapat ditahan lagi tatkala mendengar berita anak perempuan Abu Abdullah meninggal akibat kemalangan di rumah, kerana… saya terlalu rapat dengannya. Dahulupun, ketika kami susah, mereka juga menangis kerana kami….
Apa yang ustaz Hasrizal tulis tentang Jordan memang benar. Tetapi, masih banyak… terlalu banyak kisah indah di sebalik semua itu.
ABU SAIF SAYS:
“Waalaikum al-Salaam wbt.
Jangan berhenti membaca saifulislam.com, nanti tak sempat membaca catatan-catatan yang indah pula. Satu dua sahaja yang kelat-kelat sikit, sebab ubat manis hanya untuk baby”
hahaha, yg last tu pasal Safar Mar’ah tu mcm dari Akhi Ism** jek ustaz … =)
Teringat kisah perjuangan sahabat yang syahid….?
???? ??? ???? ???? ? ???? ???? ???? ???? ? ???? ? ???? ????? ? ?????? ?? ??? ???? ? ????? ???? ?? ????? ? ???? ???? ???? ? ???? ???? ???? ???? ? ????? ??? ?????..
Salam,
Akhie Dimashqi, alhamdulillah, degan adanya blog uts hasrizal ni, perngetahun saya bertambah dan berkembang, tidak hanya sempit kepada pemikiran melayu typical sahaja. Uts Hazrizal tidaklah 24 jam mengadap komputer dan tidak memandang kepada dakwah. Kalau kita tengok rutin beliau, boleh dikatakan hari-hari berkaitan dengan dakwah dan pendidikan. Apa yang Uts Hasrizal cakap tentang Jordan adalah pandangan peribadi beliau sahaja dan ingin berkongsi dengan kita semua. Malah, tidak ada nama-nama spesifik yang beliau sebut ketika berlaku peristiwa yang kurang baik. Saya yakin apa yang uts beritahu itu adalah realiti dan semoga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya. Puji-pujian yang diberi kepada uts, saya yakin uts kembalikannya kpd Allah. Allah mengurniakan kelebihan kepada uts Hasrizal dan niatnya untuk menggunakan kelebihan kepada memberi adalah sesuatu yang diajar oleh Rasulullah saw – yakni mulia di sisi Allah.
Jadi, mengapa harus tersinggung?
A,kum.
Marilah kita sama-sama bermuhasabah tentang sumbangan masing-masing kepada Islam sementara masih ada hayat dikandung badan.
Komen ini tidak ada kena mengena dengan yang mati ataupun yang hidup segan mati tak mau.
p/s ustaz, ada juga ubat manis berperisa orange untuk orang dewasa terutamanya untuk mereka yang cirit birit dan muntah-muntah (ORS per purge)
wsalam wbt.
Wah, lama tak dengar berita Saidannursi. oral rehydration salt tu tak la manis macam paracetamol baby, saidannursi. Statement tu pun general je, bukan medical prescription
salam ustaz dear,
Alhamdulillah akak berkesempatan berkunjung ke sini lagi setelah terlalu sibuk dengan pelbagai urusan peribadi….
Pengalaman seseorang berada di sesuatu tempat adakalanya amat berbeza mengikut masa dan suasana setempat. Akak tidak nafikan walau di mana kita berada , tidak semuanya indah kerana kita berurusan dengan masyarakat yang pelbagai ragam , samada mereka Malaysian atau tidak, manusia tetap manusia, ragam mereka adakalanya menceriakan dan ada ketika menjelekkan.
Akak yakin di celah ‘ kepahitan’ ustaz berada di bumi Anbiya’ Jordan ini , banyak pengalaman yang mematangkan ustaz dalam pelbagai sudut, InsyaAllah.
Bagi akak yang bukan pelajar di Jordan, merasakan peluang hidup dan tinggal dalam masyarakat arab khususnya memberi sejuta pengalaman yang tidak diperolehi di mana-mana…. Alhamdulillah setakat ini akak bersyukur dikurniakan perlbagai kenangan manis serta sedikit pahit dan akak pasti akan merindui bumi Jordan ini kelak.
Salam ceria dari bumi Amman , Jordan.
Assalammualaikum wbt..
This is my first comment since i’ve been follow up Saifulislam.Com for about 1year and plus.. Alhamdulillah masih ada lagi orang yang sudi berkongsi pandangan dan pengalaman hidup. It’s hard to find unless rajin baca buku. Tahniah utk Utz Hasrizal, semoga usaha memberi itu dibalas diakhirat kelak, insyaAllah.
Berkenaan dengan Jordan, ana tidaklah tahu menahu sangat mengenai keadaan sana. Thanks sebab memberi sedikit gambaran realiti disana. Ana memang suka mendengar keadaan situasi luar dari Malaysia. Mana taknya, ana tak pernah pun naik kapal terbang keluar Malaysia. Andaiakata tiada yang menceritakan, maka tdak ada lah orang yang tahu.
Betul kata ustaz, sejarah perlu dilihat ‘hitam’ dan ‘putih’nya supaya jelas generasi kemudian menilai dan mengambil apa yang baik. Andaikata kita memejam mata terhadap keburukan yang lepas, maka sia-sia sahaja muhasabah dan kajian yang kita buat atau lebih tepat kita macam ‘syok sendiri’. Tak perlulah selindung, tak perlulah jaga hati dan tak perlulah nak sedapkan hati. Face the reality of life..
Mengapa tiba-tiba ana beri komen walaupun dah setahun ana kenal Saifulislam.Com? Sebab ada pengalaman berdepan dengan orang sebegini. Terbakar rasanya.. Maaf sebab memenuhi ruang komen.. Wallahua’lam
Salam..
Pengalaman seseorang tu berbeza-beza, terpulang pada persepsi masing-masing…..
Mcm di UK ni, ada yg seronok stay kat sini bertahun-tahun, tak kurang juga yg menghitung hari nak balik ke tanah air tercinta…..
Yang manis jgn terus ditelan, yang pahit jg terus dibuang……pesan org2 tua….
wallahua’lam
Assalamualaikum wbt,
Cerita Mu’tah….jordan, membawaku mengimbau kenangan lalu. Manisnya aku menemui ‘teman sejati’ disana. Hehehe…berkat lagu muslimah solehah kot.
Akhi Hasrizal Al-Habeeb dan Al-Qurra’ yang lain,
Apabila saya telah membawa tulisan akhi dan sahabat-sahabat yang sebenarnya ‘rindu’kan Jordan memberikan komentar mereka yang mungkin agak ‘panas’ semuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu inginkan Jordan dan ‘isinya’ termasuk khirrij (graduan) berakhlak mulia setaraf dengan ilmu yang dipelajari serta albarakah dari bumi anbia di sana.
Banyak cerita-ceriti yang ana juga alami, tapi ana belum mahu kongsi lagi dalam blog ana yang masih ana tak update sebab masalah internet yang tak mengizinkan. Dulu boleh, sebab guna streamyx di rumah. Sekarang dah tiada. (Maaf kepada anta dan pembaca blog lain)
Arab bergaduh, berebut bas, berebut ‘tasjil maddah’ (daftar subjek), arab tak solat, arab tak puasa (malaysia lagi teruk sebenarnya), adalah rutin harian di sana. Hehehe…ana pun kadangkala terpaksa ‘berjihad’ untuk naik bas, bahkan pernah berdiri dari Mu’tah ke Amman lantaran nak kejar waktu untuk rakaman album al-firdaus dulu. Tiada yang simpati pada kita yang berdiri sebab saya lelaki. Tapi saya tabik dengan orang arab yang menghormati wanita, bagi wanita duduk dulu. Kita dalam komuter lagi teruk. Betul tak?!!!
Ana sebaya dengan hasrizal, dan sempat merasai kemanisan ‘diafah arabiyyah’ . Memang kedatangan pelajar yang begitu ramai dan membawa pelbagai ‘ragam’ dari Malaysia membuatkan sebahagian dari orang arab di Mu’tah sana menyampah dengan pelajar Malaysia. Silap kita juga, tengok TV sampai lupa nak gi masjid yang 10 meter dari rumah! kenapa? sebab ada parabola yang me’lagha’kan para pelajar malaysia. Itu hakikat yang tak boleh dinafikan! Malah ada yang tidak solat subuh, kerana hanyut dengan chatting dan internet.
Budaya yang dibawa dari barat oleh pelajar Malaysia seperti berambut panjang ala rockers, gaya pakaian rockers, bercouple sehingga berpegangan tangan (mataku lihat sendiri-sempat bagi jelingan tajam pada pasangan tersebut) Semoga mereka berubah bila menjadi ‘orang agama’ di Malaysia. Tapi tak dinafikan juga, ada sesetengah pelajar yang dulu menjaga syakhsiyyah di jordan tapi berubah di Malaysia. Dulu berjubah berpurdah sekarang hanya memakai baju kurung yang agak fit, berkasut tumit tinggi, bergincu, tudung bawal…bla-bla-bla…
Maka untungnya bagi orang istiqamah pada agama mereka. ok itu sahaja setakat ini, di masa yang lain, akan ku coretkan lagi menerusi blog ustaz hasrizal. So la tai as ya akhi. Teruskan usaha anta ni. Pedulikan apa yang orang kata kerana kita buat benda yang betul, insya Allah. Berjuanglah menerusi tulisan ini….sir ala barokatillah!
Komen positif yg ana dengar ttg lepasan Jordan ialah mahir berbahasa Arab berbanding Azhar sebab bilangan pelajar di sana masih sedikit dan terpaksa bergaul dengan masyarakat di sana.
Walau apa pun rencam hidup ini memang ada pahit manis..bukankah dunia ini tempat ujian..
Teringat sewaktu dikejar banat arab(arab girls) sebab nak ambil Abdullah (anak sulung saya). Banat arab pakat peluk cium anak ana tu…sampai tinggal gincu. Cium anak takpe…jangan cium bapaknya dah ler…eiiiii seram bulu betis!
Ahlan wa sahlan Abu Abdillah.
Benda-benda yang ana malas nak sebut, anta dah sebutkan. Alhamdulillah. Perkara itulah sebenarnya yang ana gusarkan. Jika semasa di Jordan hidup kita penuh peluh dan air mata menyaksikan pencemaran akhlaq oleh segelintir yang membesar jumlahnya itu… maka hari ini peluh dan air mata itu terus tumpah apabila bumi Anbiya’ itu terus dicemar oleh calon pewaris Anbiya’ yang lupa tujuan kedatangannya ke sana.
Kemungkaran oleh pelajar Malaysia di UK dan US, tak sama dengan kesalahan laku kita di Jordan. Jika pelajar di UK dan US boleh meminjam alasan negara kuffar dan kurang pengetahuan agama, apa alasan yang pelajar Malaysia di Jordan nak bagi pada maksiat yang berlaku?
Masuk kelas Aqidah, habis lecture keluar buat dosa, sebelum masuk ke kelas Hadith pula…
Perkara inilah yang ana cuba analisa untuk bekalan generasi mendatang. Kalau boleh, ana nak bumi Jordan itu selamat untuk ana menghantar anak ana pula ke sana, Insya Allah..
Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan.
Sempadan perlu dipetakan…
Sistem Pelajaran di Jordan adalah sama seperti di Malaysia. Kami wajib hadir ke kuliah dan tidak boleh ponteng melebihi 3/4 kali, lupa dah! setiap kursus kami perlu menyiapkan assignment yang mewajibkan kami merujuk buku-buku tulisan ulama silam dan moden yang begitu banyak. Sebenarnya kemahiran itu bergantung pada kita sendiri untuk berinteraksi dengan al-arab. Kalau kita rajin bertegur sapa dengan mereka, insya Allah tapi memang benar kebanyakan graduan Jordan, mahir bercakap arab. Kalau inginkan bertalaqqi secara khusus, tuan puan boleh pergi ke Mesir dan Syria, tapi kalau mahu belajar arab dengan fusha silalah ke jordan.
Saya sendiri selalu menziarahi orang-orang arab, pergi ke rumah mereka untuk makan tengahari dan makan malam. Malah ada yang suka ajak minum teh di lewat malam di rumah mereka, masih teringat detik bersama abu ala’ dan isteri serta anak-anak mereka minum syai(teh) bersama na’na’(pudina) sambil berbicara tentang kedua-dua negara, jordan dan Malaysia. Terasa rindu melihat keletah anak-anak arab yang comel-comel.
assalamualaikum ustz..
saya bkn la org yg pandai ilmu agama ini..setiap hari saya niatkan saya hanya org belajar..berpesan pesan kpd kebaikkan itu perintah Allah dan menjadi kehidupan saya takat yg mampu..
cuma saya ada satu persoalan..apabila berlaku krisis akhlaq atau pergeseran di kalangan ustz,adakah ia akan membawa kpd kesan penyampaian dakwahnya seperti contoh selalu ‘emosi’ ketika berdakwah(ceramah/tazkirah)..??
saya percaya saya telah bertanya pd tmpt yg betul..kerana saya suka cara ustz berfikir..
“fikir sesaat adalah lebih baik daripada setahun ibadat sunat”…al hadith
Na’am ya habeebi…
Saudari/saudara Raihan…pendapat saya ni…
Rasulullah apabila berkhutbah, mukanya merah seperti marah, suaranya keras seperti panglima perang yang berpesan seolah-olah musuh akan datang menyerang…tak boleh ke nabi berkhutbah dengan lemah lembut ? kenapa? sebab ada mesej dalam nada yang disampaikan. Begitu juga dalam al-quran, ada ketika kita baca al-quran dengan sayu, baca dengan gembira pada ayat yang menceritakan perkhabaran gembiras berupa syurga pada orang beriman, baca dengan keras terutama pada ayat yang berupa azab kepada orang kafir dan munafiq.
Kenapa begitu ? adakah Rasulullah itu beremosi dalam khutbahnya ? Kalau tak silap saya, kita memang ada emosi sebab kita manusia dan perlu ada emosi supaya kita ada perasaan marah, sedih, benci ( dengan maksiat) suka, gembira dengan kebaikan. Cuma yang dibimbangkan ialah kita tidak pandai mengawal emosi sehingga membawa kepada masalah kepada orang lain. Memang kadangkala para ustaz seolah-olah nampak emotional tetapi itu bukannya tanda kita dikawal emotional tersebut tetapi adalah kerana kesungguhan untuk menghidupkan ceramah tersebut. Cuba tengok Ustazah Bahiyah, ceramahnya ada emosi sehingga ada yang menangis, cuba tengok Ustaz Akhil Hayy dengan gaya bersahaja dan lucu, menghidupkan keadaan. Itu adalah tarikan atau dianggap sebagai hiasan bagi ceramah tersebut supaya dapat menarik manusia untuk mendengar ceramah tersebut, memahami apa yang diungkapkan.
Ingatlah, emosi itu adalah wujdan dalam jiwa manusia. Jika dikawal dengan betul, insya Allah baik akhirnya. w.a’alam…
salam ustaz,
Apakah sumbangan ustaz untuk membaiki akhlak masyarakat Jordan???
Untuk masyarakat Jordan saya tak boleh jawab sebab tidak pernah kesana dan tidak berada disana. Tetapi kalau untuk masyarakat ‘internet’ maka saya antara orang yang mungkin telah mendapat serba sedikit kebaikan dari coretan rasa hati ustaz samada dalam mendidik diri, anak2 atau pun staf2 yang kadang2 boleh menyesakkan dada juga. Sebelum ini saya agak jumud untuk menerima pandangan dari orang lain, apatah lagi selalu melihat dari pandangan yang sama kerana pengalaman saya hanya saya yang rasa. Tetapi setelah di’uli’ oleh coretan2 pengalaman yang berbagai ada yang santai dan juga yang ‘pedas’ dari ustaz hasrizal, maka saya rasa sekarang ini saya lebih terbuka minda untuk menerima perbezaan pendapat dengan lebih professional dan juga lebih ‘muslim’. Perbezaan pendapat kadang2 membawa sejuta rahmat. Lebih2 lagi didalam bidang pelaburan terutamanya untuk fixed income/bond yang agak menjurus kepada interest rate yang tidak dibenarkan oleh syariah. Kita dapat melihat percangahan pendapat antara ilmuan islam ini memberi ruang untuk perbezaan kepada cara ‘approved syariah investment’ yang dibenarkan di Malaysia dan juga disebelah Timur Tengah yang telah membuahkan kebaikan yang mungkin tidak disengajakan pada awalannya.
Soalan untuk Ustaz Hasrizal. Bila Ustaz nak jadi syariah investment panel pula? Ruang untuk berdakwah melalui ‘syariah investment’ juga merupakan sesuatu yang saya rasakan ustaz dapat bawa dengan baik dan dapat memberi manfaat keseluruh dunia tanpa mengira agama dan bangsa. Salam.
Salam……..
walaupun ada niat di hati dan diberikan rezeki oleh ALLAH, ingin sekali ana melangkaukan kaki, menjejaki ilmu di bumi Anbiya’… namun daripada kisah2 & pengalaman ustaz mahupun sesiapa yang bertuah berada di sana…melakarkan gambaran sebuah kehidupan yang cukup tinggi cabarannya…. selagi kita bernama manusia yang diimani dengan AQIDAH,. ALLAH akan sentiasa menguji level keimanan yang ada pada diri…..tepuk dada, tanya IMAN… malu melakukan MAKSIAT kerana dikeji orang @ takut kita kepada ALLAH?? Sedih sekali andainya kaki yang terpalit dosa diseret ke hulu ke hilir di atas bumi suci Anbiya’ tanpa rasa berdosa malah bangga dengan diri….
Nau;zubILLAH…
terima kasih saudara fazdi kerana beri respond..
mmg benar la apa yg tuan katakan itu..tetapi ‘emosi’ yg saya maksudkan bkn la apa yg tuan gambarkan itu..
mmg salah saya kerana soalan saya tak detail kan apa maksud ‘emosi’ yg saya perkatakan tu..
maksud soalan saya tu ‘emosi’ sehingga mengeluarkan kata2 yg menyebabkan mad’u or si pendgr tu terasa hati..langsung drpd itu dah tak nak jejak lg rumah Allah..
baiklah saya beri contoh begini : seorg hamba allah dah mula nak berjinak jinak utk dkt pd rumah allah,nak perbaiki segala kesalahan dan amal dia..kebetulan dia ni kaki rokok..
suatu hari dia dtg pd majlis ilmu yg mana hari tu ustz yg mengajar tu jenis kaki taruk sana taruk sini..haram sana haram sini..
tiba 2 ustz tu buka cerita psl perokok..”rokok tu haram!nanti amal allah tak terima!buang duit sana sini,baik beli susu anak!”..
pada fikiran tuan apa perasaan si hamba Allah td ni??mmg apa yg di perkatakan si ustz perkara yg benar dan haq..
seandainya si hamba allah mampu take it as positive takpe la..
bagaimana kalau kejahilan nya mengatakan “begini ker akhlaq org agama,aku baru la nak berubah dah kena taruk mcm ni,lebih aku teruskan kehidupan aku yg dulu,tak la sakit hati..”
bkn kah ‘emosi’ yg tak tentu hala tu menyebabkan org akan lari dari agama??
perkara yg haq mmg la perlu di pertegaskan,tetapi kena ingat,menjaga haq perasaan kaum muslimin dan muslimat juga perlu di jaga..
Allah bila nak haramkan arak dari hamba Dia tak terus hantar ayat mengenai “arak itu haram”..Allah turunkan skit2,mula2 jgn kamu lalai dlm solat,kemudian jgn kamu dekati arak ketika nak solat,last sekali jauhilah arak itu kerana ia ibu segala maksiat..(asbabun nuzun)
Allah punya la jaga hati hamba Dia tapi kenapa manusia tak pandai jaga hati manusia..Ok la Allah tu ghaib tak nampak,kita lihat pula pd si Al quran yg berjalan iaitu Nabi..uswatun hassanah tu..segala ibadat yg menyukakan Allah adalah terletak pd diri nabi..
itu maksud ‘emosi’ yg saya minta ustz kupaskan tu..boleh ker ustz respon?ini kira2 krisis hikmah dlm berdakwah la nih..
Hikmah ini apabila ditanyakan pada salah seorang ustaz yang terkenal..biasa masuk tv..ialah KENA PADA TEMPATNYA..maksudnya kena pada batang hidungnya…kalau kita masih bercakap tanpa menyentuh apa yang perlu disentuh..maka ia bukanlah hikmah, maknanya tak cerdik dalam membuat sesuatu perkara. Justeru mereka yang suka menjaga persoalan hati manusia seringkali akan terjebak ke dalam masalah ‘takut’, bimbang mad’u lari, risau mad’u tak boleh terima, maka segala kerja kadang-kadang tak boleh nak buat, malah ada yang lebih teruk sometimes kita terlalu berlembut dengan mereka sehingga kita pula yang lari dari prinsip ….. Maaf saya katakan begini.
Memanglah Allah menurunkan hukum itu secara tadarruj tetapi selepas itu hukumnya tetap…contohnya pengharaman arak yang tuan bagi itu, jangan kita sangka kita perlu tasahhul (mengambil mudah) persoalan arak yang merupakan ibu segala maksiat. Kita seringkali dimomokkan oleh pandangan segelintir yang sering menyalahkan para pendakwah kerana kekerasan yang ditunjukkan. Adakah Rasulullah itu keras kerana melancarkan perang(al-fathu) ? adakah Abu Bakar itu keras kerana memerangi orang yang enggan membayar zakat ? Kemungkinan yang perlu diperbaiki ialah cara bahasa si penceramah. Itu saya mungkin bersetuju, sebab siapa yang suka dimarahi ? tapi itulah perangai manusia, sedangkan kemarahan Allah tidak pernah dipeduli, sedangkan yang marah itu orang yang mahu mereka bahagia diakhirat. ustaz-ustaz bersungguh-sungguh untuk menyampaikan kebenaran sehingga kadang-kadang dilabel keras. Maaf…mungkin tuan terasa tapi apa yang haq itu adalah haq.
kita kadang kala menunding jari kesilapan mad’u lari dari dai’e kerana da’ie itu keras…tanpa pernah terfikir kenapa berlaku sebegitu. siapa yang tak bersalah takkan terasa…so kena koreksi juga penyakit mad’u itu. Ustaz itu mungkin tidak tujukan pada siapa-siapa dan yang mendengar itu hisap rokok contohnya terasa. Memanglah dia terasa, tapi sehingga merajuk tak pergi masjid kerana ustaz cakap begitu, itu adalah tabiat bad’u dan keegoannya yang tidak mahu terima kebenaran… tengoklah pada contoh umat yang terdahulu..dah tau kebenaran tapi masih tetap menafikan…
so…bagi saya…kemungkinan suara itu keras, mungkin itu yang meresahkan mad’u atau bahasa kurang tepat…contohnya kalau kita sebut… awak ni agak bodoh…keraskan…tapi cuba tukar ayat..awak ni kurang cerdiklah…so taklah terasa sangat…wallahu a’alam..
assalamualaikum ustaz,
Cuma nak tanya, nick sender “saifulislam” dan “abu saif” ni orang
yang sama atau berbeza? keliru juga saya…takut nanti ada orang yang menggunakan nick ini secara tak bertanggungjawab.
W’salam
Salam ustaz,
Boleh juga belajar tentang Jordan bila baca artikel2 ustaz. Tapi selepas membacanya, saya nak tanya ustaz, antara bumi Jordan dan bumi Malaysia, yakni antara 2 bumi yang ustaz pernah hidup dalam perjalanan hidup ustaz, ranjau2nya dsbnya, rasa2nya yang mana satu ustaz lebih tersinggung ?
Kalau ustaz merasa tersinggung berterusan seperti saya di bumi Malaysia ni, saya minta kalau boleh ustaz tulis dan tegurlah sedikit. Bukan apa, namanya Islam Hadhari (progressive), tetapi nampaknya hadharinya saje yang dikejar, Islamnya tidak. Tegurlah moga dapat memberi sentakan seperti impak tulisan ustaz pada pelajar2 di Jordan yang membaca artikel ustaz tentang Jordan. Saranan saje ye ustaz.
Teringat pula peristiwa pemergian pelajar m’sia ke rahmatullah dalam kemalangan di Aqabah..Kerajaan Jordan begitu mengambilberat dengan menghantar jenazah mrka menggunakan helikopter khas.sesungguhnya mrk yg tlh pergi telah selama bertemu tuhan dan kita ‘masih di sini..’
Salam ummunaili,
Pada pendapat akak kebanyakan artikel ustaz adalah teguran dengan format yang unik iaitu samada pengalaman peribadi ustaz atau contoh2 yang lain. Ustaz mungkin menggunakan taktik agen perubahan. Nampaknya pihak yang boleh dipengaruhi ialah jemaah Islam. Itulah sebabnya ustaz banyak memberi panduan berdakwah kepada kepimpinan dan ahli jemaah. Secara jelasnya, 7 habits yang ustaz nukilkan ditujukan khas kepada para da’ie. Dan setiap individu adalah pemimpin dan pendakwah.
Maaf sekiranya ada kesilapan tanggapan.
@Kak Ija, Sokong tanggapan itu!
4. Ketika bumi itu dikotori oleh akhlaq kita dulu, berapa ramai yang segan dengan Jaafar, Zaid dan Abdullah, sebelum saya tanya tentang malu kita kepada TUHAN Jaafar, Zaid dan Abdullah?
salam
Sudah lama benar tak ziarah sini. terima kasih ust atas tulisan-tulisan di sini. Yang mencetus budaya berfikir secara kritikal.
Sebenarnya sangat jelas lagi bersuluh apa mesej yang ust cuba sampaikan di sini. Tambahan ust sudah gariskan bagi yang melihat dengan kacamata cinta kepada ‘alim Ulama’, budaya talqqi, menghadap Syeikh maka jadilah mereka abid dan daie yang cinta kepada Allah dan meyintai Allah.
Namun point yg ust nak stresskan adalah bg mrk yg pergi kerana suka-suka. maka jadilah manusia yang suka-suka.
Ana sebagai graduan Timur Tengah-walau bukan di Jordan- tidak merasa secubit pun tulisan2 ust tentang Jordan serasa menyinggung. Sebaliknya tersenyum membaca sendiri. Ini kerana cinta dan rindu pada bumi anbiya’ ini sangat harum dan hangat di hati-hati kita yg pernah menjejak ke tanah anbiya’. Tidak terasa di bumi lain. Tidak sama. Istimewa. Ianya terasa, terbau harum di dalam tulisan ust juga.
Cuma ust mahu kita berfikir secara positif dan kritikal krn 2 perkara yang berkait rapat tentang Ardhil Anbiya;
1) Pertama kerana ianya bumi anbiya’, tempat tumpahnya kalam Ulama’ tempat menjadi ‘Alim yang ‘Arif, istimewanya besar, cabarannya juga besar, harapan menjadi manusia Rabbani lebih besar, fitnah besar. Makanya kerana ia Ardhul Anbiya’, tanggungjawab besar. Ummah menanti dengan menggunung juga. Andai menjadi harapan makanya sikap-sikap negatif dan fitnah yang meracun i.e ikhtilat, etc perlulah di jauhi amat.
2) Masyarakat majoriti Arab beragama Islam jesteru demi membuka mata kita akan masalah Ummah sekarang yang mana Arab menjadi medan yang byk belum settle ( Kita pun sama juga ). Jadi, memuhasabah bersama dengan minda optimis.
p/s: emm, personally ana suka sangat dengan apa juga yg ada di bumi yg ana pernah ngaji. Arab punya perangai ka, apa ka, bagi ana ianya sesuatu yang ana belajar drnya, belajar memahami budaya lain, adat org lain, berlapang dada dan merefleksi diri. DI kampus sekarang pula, belajar dengan sahabt-sahabat Turki dan lain pula. Sungguh menguntungkan. Budaya dan adah yang ebrbeza jesteru membuat kita berlapang dada dan memahami bersama.
Arigato ust!
Ana berasa simpati terhadap ust.Hasrizal yang mungkin pengalamannya di Mu’tah agak berbeda dengan kami di Al-Bayt.Pahit manis adalah perkara biasa dalam perjuangan, kita tidak mungkin sebagai pejuang sentiasa di hidangkan dengan yang enak-enak sahaja.Semoga ustaz Hasrizal tidak serik untuk menulis Jordan .Dataran Syam sentiasa dirindui.
Ana berasa simpati terhadap ust.Hasrizal yang mungkin pengalamannya di Mu’tah agak berbeda dengan kami di Al-Bayt.Pahit manis adalah perkara biasa dalam perjuangan, kita tidak mungkin sebagai pejuang sentiasa di hidangkan dengan yang enak-enak sahaja.Semoga ustaz Hasrizal tidak serik untuk menulis tentang Jordan .Dataran Syam sentiasa dirindui.