“Setiap tahun masjid saya berdepan dengan masalah yang sama. Jemaah berbalah tentang kaedah terbaik menyelesaikan masalah mengerjakan solat Isyak pada musim panas di Belfast,” saya memulakan bicara.
Saya merujuk kepada Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi tentang krisis yang tidak berkesudahan di Belfast.
Setiap tahun, apabila tiba musim panas akan ada satu tempoh yang tiada waktu Isyak memandangkan kepada kedudukan Belfast yang jauh ke Hemisfera Utara. Ia situasi yang penyelesaiannya berada di dalam lingkungan masalah zanniyyah. Tiada nas yang solid untuk memutuskan secara mutlak tentang satu-satu hukum. Justeru keluarlah beberapa bentuk penyelesaian untuk membantu umat keluar daripada belenggu masalah.
Agama bukan memerangkap manusia di dalam persoalan yang tiada jawapan.
Fungsi agama memang begitu. Membantu membekalkan jawapan dan penyelesaian. Bukan menawarkan Cul-de-sac.
PENYELESAIAN PRAKTIKAL
Ada beberapa pilihan penyelesaian kepada masalah ini.
Namun pilihan yang paling banyak diguna pakai di kebanyakan masjid di lokasi yang terlibat adalah menjamakkan Solat Maghrib dengan Isyak. Selepas solat Maghrib, jemaah terus bangun dan mengerjakan Solat Isyak. Ada sesetengah masjid menjarakkan sedikit sekitar 15 minit sebelum Isyak dikerjakan.
Tetapi di masjid saya, sentiasa ada sekelompok jemaah tetap yang tetap berdegil. Mereka menolak untuk berjemaah sebaliknya menunggu hingga ke jam 11:50 malam untuk mengerjakan jemaah Isyak kedua di masjid. Malah berkempen pula dengan mengedar risalah membantah keputusan imam dan jemaah di masjid.
Saya tidak resah dengan perbezaan pendapat.
Sebagai Imam, apa yang meresahkan saya adalah perpecahan. Iaitu suatu keadaan yang dikeji Tuhan.
REAKSI SHEIKH SOLAH
Sheikh Solah mendiamkan diri.
Sesiapa sahaja pelajar Malaysia di Jordan yang melazimi kuliah dan tarbiyah Sheikh Solah, faham akan ketinggian sikapnya yang sangat menolak sebarang pencemaran kepada AKHLAQ.
Dulu, beliau yang sangat faqih tentang pemikiran Sayyid Qutb dan Tafsir fee Dhilal al-Quran, pernah ditanya tentang pendiriannya berhubung dengan penerbitan buku Qutubisme: Berhati-hatilah! yang dihasilkan oleh seorang tokoh Ulama’ dari Arab Saudi. Kata Sheikh Solah, “beliau mendekatkan diri kepada Allah dengan mencaci Sayyid Qutb. Biarlah aku mendekatkan diri kepada Allah dengan hanya mendiamkan diri.”
Itu Sheikh Solah yang kami kenali.
“Apakah sudah ada fatwa dikeluarkan tentang masalah ini?” tanya Sheikh Solah.
“Sudah ada. Antaranya adalah fatwa European Fatwa Council yang dipimpin oleh Sheikh Yusuf al-Qaradhawi” saya memberitahu.
FATWA BELIAU
“Jika begitu, aku berpesan kepadamu agar balik ke Belfast nanti, usahakanlah dengan apa cara sekali pun agar jemaah di masjid kamu patuh kepada fatwa yang sudah dikeluarkan itu. Wallahi, aku tidak berhak untuk memberikan pandangan setelah para masyaikh yang arif tentang hal ini memberikan pandangan mereka. Aku tidak berhak untuk bersuara!” kata Sheikh Solah.
Saya terdiam.
Seorang ulama besar mengisytiharkan dirinya tidak berhak bersuara?
Saya tahu, Sheikh Solah ada selautan ilmu untuk menghuraikan masalah yang saya ajukan itu berjam-jam hingga saya tenggelam dalam perbahasan yang diharapkan itu. Tetapi Sheikh Solah tidak begitu. Beliau langsung tidak bertanya kepada saya, apakah fatwa yang dikeluarkan. Apa yang ditekankan ialah, “aku tidak berhak untuk bersuara.”
Itulah akhlaq seorang ulama.
Dalam banyak keadaan, bercakap, bercakap dan bercakap itu memang keperluan. Tetapi ada situasi tertentu, hikmah yang besar adalah pada tidak menambah cakap yang sudah dicakap, tatkala perpecahan umat menjadi pertaruhannya.

Teringat saya kepada kata-kata orang sebelah sana, “when the student is ready, the teacher will appear. Knowledge is understanding that tomato is a fruit. Wisdom is not to put it in a fruit salad!”
ISU KALIMAH ALLAH DI THE HERALD
Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Dr. Harun Din, YB Khalid Samad, YB Zulkifli Noordin, Prof Wan M Nor Wan Daud, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan begitu ramai ilmuan sudah mengenegahkan hujah dan ilmu masing-masing, malang sekali jalan pegangan rupa-rupanya masih gelap.
Malah pertembungan pengikut sesama pengikut lebih kejam daripada permintaan The Herald dan lebih kejam daripada keputusan mahkamah. Pertembungan dan perbalahan ilmu itu sedang mempertaruhkan kesatuan umat yang semakin tidak dipedulikan. Segalanya membaja perpecahan.
Dalam pepatah di atas tadi, mungkin kisahnya ialah, “students are not ready!”
Saya didesak untuk menyertai apa yang telah sedia ada. Berikan pandangan, nyatakan pendirian, jangan tidak berkata, syaitan bisu dilontar sebagai statusnya!
Namun…
Jika seorang ulama besar pernah mengisytiharkan dirinya tidak berhak untuk bersuara, izinkan saya, si ‘murid kecil’ meminjam hikmah yang sama, untuk tidak memanjangkan kata…

Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : ” Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak permasalahan yang ditanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka. [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor












Salam,
bersetuju dengan ustaz.Terlalu banyak mulut yang berbunyi sehingga bukan firman Tuhan dikatakan firman Tuhan, bukan hadis nabi dikatakan hadis nabi dan pelbagai lagi hujah-hujah karut dikemukakan terutama oleh fanatik-fanatik politik.
Moga2 Allah menyatukan umat Islam semua.Amin
salam,
semoga akhlaq syeikh solah akan terus mekar dalam jiwa pelajar2 di jordan ini khasnya..dan dseluruh alam..
Kata Dr Mustafa Abu Zaid dalam kelas hadith : Setiap kali kamu melafazkan perkataan, setiap kali itu juga kamu terdedah kepada kesalahan, perbanykkan diam dari berbicara…syarahnya bila kami masuk dalam bab hadith ‘Ali dan Nazil…
Salam
moga ada penyelasaian hendaknya..
=)
full stop…
Jawapan terbaik!
Assalamualaikum ustaz,
Umur yang pendek ini kita sibukkan dengan perbalahan yang tidak kesudahan. Sedangkan persediaan mati dan akhirat kita selalu tinggalkan. Di akhirat, Allah s.w.t. tak tanya berapa banyak kita dah berjidal, tetapi hati yang salim jadi timbangan.Semoga Allah s.w.t. menunjukkan kelemahan dan kesalahan diri kita untuk menjadikan kita bertaubat dan menjauhkan kita dari melihat – lihat kesalahan orang lain untuk kita bersangka jahat.
Wassalam.
Assalamualaikum Ustaz,
Sy baru je nak tanya tentang isu penggunaan nama Allah ni, pastu sy baca ustaz kata tanak cakapa apa2 mengenainya pula.
Sy tahu dari sudut umum, penggunaan nama Allah oleh org2 bukan Islam tu mungkin mengandungi hikmah, tapi apa keperluannya hingga ia perlu diheret ke mahkamah untuk diputuskan secara undang2?? It smacks of some hidden world agenda..and all muslims here are doing is reacting, rightly or wrongly, to it. Kita hanya tahu ‘react’ dan bercakap sahaja, tak pernah ada org yg cukup bijak utk buat kerja di belakang tabir bg menyelesaikan isu ni.
Sbg org awam yg tak arif dgn hujah2 yg sarat dgn dalil yg sy tak faham, sy kecewa bila ustaz2 PAS yg sy hormati throws a blanket approval over the matter. Seolah2 jika sy tak setuju dgn mereka, adalah kerana sy jahil dan bukan kerana sy concerned. Sy juga ragu, adakah penerimaan mereka berdasarkan isu politik? (kerana parti pemerintah beria2 menentang kes ini). Bagaimana jika parti itu menerimanya..adakah ustaz2 ini akan menentang kes ini pula?
Entahlah ustaz. Jika Ustaz Hasrizal yg sy selalu rujuk pun nak berdiam diri, apa yg sy..seorang awam yg tak mempunyai background agama..dapat buat lagi? Wassalam.
Terima kasih atas persoalan yang ditimbulkan.
Semasa kuliah di Surau al-Naim tempoh hari, saya telah menyentuh sedikit berkenaan dengan hal ini dalam suasana kita membincangkan Surah al-Kahf sebagai benteng penyelamat dalam konflik di antara Iman dan Materialisma (fitnah intelektual Dajjal). Isunya ialah, keperluan kita untuk melihat isu penggunaan kalimah Allah di dalam The Herald secara yang lebih tersirat berbanding dengan hanya menghukum pada yang tersurat. Itu kehendak Surah al-Kahfi, yakni Muslim mesti menjadi good observant dan tekun melaksanakan contemplation (zikir dan fikir).
Secara tersurat, penggunaan kalimah Allah memang harus diguna pakai oleh Muslim dan non Muslim tanpa sebarang halangan nas. Pendapat ini juga disokong oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Sheikh Wahbah al-Zuhaili semasa mereka berkunjung ke Malaysia.
Justeru pandangan-pandangan yang bersetuju dengan keputusan mahkamah tentang membenarkan penggunaan itu, merupakan pandangan yang berpegang dengan apa yang tersurat.
Tetapi istilah-istilah di dalam Islam, menempuh proses kemasukan dan pengeluaran makna akibat interaksi persekitaran dengan istilah tersebut.
Rujukan kita ialah Surah al-Baqarah ayat 104, bagaimana tatkala Yahudi mengejek-ejek Rasulullah s.a.w dengan menggunakan perkataan yang double meaning iaitu RA’INA, Allah melarang penggunaan kalimah RA’INA di kalangan umat Islam, sebaliknya diperintahkan agar menggunakan kalimah UNZURNA dah ISMA’U yang memberikan makna yang sama, tetapi mempunyai konotasi yang bersih daripada fitnah.
Jika kita tidak setuju dengan keputusan mahkamah ini, maka inilah alasan kita. Tidak mahu lafz al-Jalalah yakni ALLAH menjadi double meaning dalam suasana semasa dan akan datang yang banyak fitnah ini.
Mengapa kita mengambil kira pandangan tersirat ini? Sebabnya ialah, kita hairan dengan sikap The Herald yang melanggar authoriti mereka sendiri iaitu Pope di Vatican City malah membelakangkan pandangan mainstream dalam agama Kristian Katholik yang menentang penggunaan kalimah Allah dalam ritual dan preaching mereka. Malah kita ragu-ragu dengan sikap tidak peduli The Herald terhadap teguran Dr. R. Albert Mohler, Jr.kepada Bishop Muskens yang mahu perkataan Allah diguna pakai dalam preaching mereka.
Bagaimana sebuah institusi Katholik yang sangat menekankan mesej keamanan dan kasih sayang tiba-tiba mengambil jalan agresif melalui mahkamah untuk menuntut hak mereka. Justeru tindakan mereka ini amat meragukan di kedua belah pihak Muslim dan Kristian. Kita ada sebab untuk mengesyakinya.
Jadi, seruan saya di Surau al-Naim tempoh hari ialah supaya isu ini dihalusi sebab penentuan sikap bukanlah hanya berdasarkan makna daripada nas, memandangkan semua nas berkaitan adalah bersifat zanniyyah. Sebaliknya isu ini mesti mengambil kira analisa historical, epistemological, theological dan semantic.
Lebih penting, isu ini tidak harus dicemar dengan tanggapan bahawa kalau pro keputusan mahkamah maknanya pro PR dan jika bantar, maka ia pro UMNO – jauh sekali!!!
Itulah serba sedikit rumusan saya. Tetapi memandangkan isu ini menjadi sangat menghuru-harakan keadaan, maka saya berhenti mengulasnya dan mendatangkan artikel ini sebagai sikap muktamad saya. Wallahu A’lam
Wallahu A’lam.
@Abu Saif, well-said ustaz!!
@Umi
wsalam. mohon rujuk entri semalam, terima kasih
@Abu Saif
@Abu Saif
salam
tepat sekali.
saya menyokong ustaz. Terima kasih atas pencerahan. Masalahnya, pemimpin kita lebih suka mengambil isu ini dari sudut politik..
Ya, undi itu Tuhan baru mereka!
Assalamualaikum Ustaz,
Terima kasih atas jawapan ustaz. Ye, sy pun risau juga kerana memang dah byk suara pun yg keluar tentang politik vs. this issue. Ada mereka yg dah ajak utk boikot MP Shah Alam kerana beliau menyokong keputusan mahkamah dgn enthusiastic sekali. Walaupon sy tak bersetuju dgn pendapat beliau, apa kaitan sokongan kepada any political party dgn isu yg melibatkan maslahah ummah?? Sakitnya hati tak tau nak luah pada siapa. Bencinya sy jika Islam dipergunakan sewenang2 utk kepentingan sendiri. Di satu sudut, sy setuju dgn diamnya ustaz, tapi di sudut lain..sy mahu sesuatu dilakukan oleh para ilmuan mengenainya. Bagaimana ya? Sulit sekali…
(maaf, email add sy tak diterima oleh comment section jd sy terpaksa delete ^^;)
Isu ini secara tak langsung membuatkan ramai golongan kita mengaku yang ramai antara kita mempunyai iman yang lemah dan mampu terkeliru dengan perkataan.
Kajian harus dibuat agar pendidikan akidah di Malaysia dapat diperbaiki.
Assalamu’alaikum ustaz, saya sebenarnya menunggu ustaz berkomentar tentang isu ini. alhamdulillah. walaupun di akhir entri ini ustaz mengambil keputusan untuk berdiam diri. tetapi bahagian di atas sedikit sebanyak menjawab dan ‘menyindir’ pada mereka yang sebenarnya, saya pun tak pasti apa yang mereka perjuangkan. apakah perjuangkan nama Allah yang digunapakai oleh non-Muslim, atau hukum-hukum yang masih banyak tapi tak pun memperjuangkan hukum-hukum itu sebagaimana kalimat ‘Allah’ diperjuangkan? atau berbalah antara satu dengan yang lain sehingga berbalah kepada perbalahan partisan.
Saya tidak terkejut sewaktu heboh tentang isu ini di Malaysia. saya sendiri, berasal dari Sabah, punya banyak teman Kristian dari katolik, protestan, SIB dan sebagainya. saya pernah berkomunikasi dengan mereka. pada saat itu, saya sempat membuka Bible dan saya sendiri terkejut kerana Bible itu dipenuhi dengan nama ‘Allah’. saya bertanya kepada mereka (yang kebetulan saat itu teman saya beragama Kristian – Protestan), dia kata mereka memang menggunakan nama ‘Allah’ tapi mereka menyebutnya dengan ‘Alah’. dan mereka mempercayai Allah itu seperti kita mempercayai Allah – Tuhan Yang Satu. cumanya, mereka mempercayai Allah sebagai bapa Tuhan – ada anak. pun, tetap ianya adalah Allah yang sama.
Isu ini sebenarnya saya tidak mahu masuk campur. dan saya juga ingin berdiam diri dari memberikan sebarang pandangan dan hujah berkaitan isu ini. cumanya saya terkilan, rata-rata yang berbalah tentang isu ini terlalu berdegil dengan hujah masing-masing. sehingga akhirnya memperburukkan antara satu dengan yang lain. ya, mungkin juga mereka ini boleh diistilahkan sebagaimana dari entri di atas “students are not ready”. yes, still.
Lewat dari segala demonstrasi yang diadakan dan bantahan-bantahan tentang isu ini, saya bertanya-tanya, berapa ramai yang bergetar apabila nama Allah disebutkan? berapa ramai yang memperjuangkan hukum-hukum Tuhan sebagaimana mereka yang memperjuangkan hanya kalimat Allah?
Lebih baik diam daripada melemparkan tuduhan kepada parti ini, atau parti itu, wahabi ini, wahabi itu, salafi ini, salafi itu, akhirnya sesama muslim yang berbalah. entah apa-apa.
Maaf, cuma sedikit kecewa dengan situasi yang berlaku.
Wassalam.
Salam..
Ya, perkara ini amat merisaukan saya. Disebabkan agenda tersirat itu la yang jadi isu. Jika perkara ini bertentangan dengan saranan dan mesej Pope, kenapa perlu dibangkitkan kepada mahkamah?
Umat Islam di Malaysia ni rata2nya imannya rapuh. Dikhuatiri mudah sekali diperkotak-katik oleh musuh Islam.
Sesungguhnya benar kata2 ustaz, berdiam diri ketika perlu..
Salam ustaz,apa sudah jadi dengan umat islam kini?jika tidak kerana ilmu yang penuh didada,adakah umat islam hanya akan tinggal nama? maka bertepuk tanganlah musuh – musuh islam di luar sana, melihat apa yang telah berlaku kini..entah apa lagi akan muncul selepas ini,seolah- olah umat islam menggadaikan islam dan iman untuk tujun politik!
ahsanta… MUDAHAN PINTU PERBALAHAN DITUTUP SERAPAT-RAPATNYAA.. KITA SATU HATI & SATU AKIDAH..
ALLAH MAHA SEGALA-GALANYAAAA
Salam…
Banyak perkara telah saya belajar daripada susun atur kalimah-kalimah ustaz di atas. Betapa tingginya nilai perpaduan dan persatuan.
Syukran jaziilan.
________
maaf,
Saya pinjam profile Muhammad Firdaus ustaz, saya telah gunakan profile saya namun tidak berjaya.
Profile saya:
Nama: hafiz
Website: http://irhafiz.wordpress.com
saya pikir ini semua permainan politik. bolehkah saya diam jika saya pikir demikian? saya diam kerana saya pikir ini semua untuk mencari kembali pengaruh politik yang hilang. isu ini megembalikan ‘kecerahan’ pada mereka.
Salam ustaz,
Alhamdulillah…senang dengan pendirian ustaz.
Cuma nak tanya, Bolehkah kita dalam hal ini, berpegang seperti pegangan datuk Nabi SAW, Abdul Mutalib ketika tentera Abrahah mahu menyerang Kaabah…
Salam Ustaz, AMAT BERSETUJU dgn Ustaz.
Read between the line,saya faham pendirian ustaz.Saya juga bersama-sama ustaz dalam hal ini.
Saya sungguh keliru. Ini bukan isu politik.taksub sgt dengan politik sehingga lupa KESAN BESAR jika nama Allah digunakan oleh orang kristian.
di luar sana,semua hal kaitkan politik.bosan saya. Lepas tu, memilih untuk bergaduh sesama Islam.
saya sebagai pengikut jadi AMAT KELIRU.
Saya ambil pendirian, kita kena “bising” dengan isu ini tapi bukan bising sebab taksub kat mana-mana parti politik yg belum tentu hala tuju perjuangan tapi KERANA ALLAH.
Saya nampak politik memecah belahkan umat Islam.Semua nak tegakkan pendapat masing-masing yang kononnya bersifat Islam.
Hati saya jadi tawar dgn perjuangan yang tak tentu hala.Benarlah kata pujangga Barat.Politik “membutakan” hati-hati yang pada awalnya suci.
Bak kata ridwanto “Ya, undi itu Tuhan baru mereka!”—>sungguh mendalam maksud ini.terkena “batang hidung” SEMUA parti politik di Malaysia.
Ya Allah, tetapkanlah iman kami.Jadikanlah kami kuat dalam ukhuwwah Islamiah yang AMAT engkau redhai.
Terima kasih Ustaz.
teringat pesan ustaz dalm entri yang dulu2 : “berkatalah yang baik-baik atau diam itu lebih menyelamatkan”
sem0ga selamat untuk semuanya~
ustaz, nampak nya kini kita dah ada 3 kumpulan… harus digunakan, haram menggunakan, dan berdiam diri… sepatutnya hanya ada dua sahaja…setuju atau tidak..(kalu setuju senyap sahaja dan kalau xsetuju pun senyap sahaja) tetapi mungkinkah dah disalah tafsir menjadi kumpulan senyap tanpa jawapan (yang menghentam kedua kumpulan utama tersebut)…
Jika persoalannya ialah Allah ada atau tiada maka memang sepatutnya hanya ada dua kumpulan sahaja. Tiada tetapi tetapi dalam bab ini.
Tetapi dalam isu ini, tiada sebab untuk meletakkan sepatutnya hanya ada DUA sahaja.
Tidakkah ada sahabat yang terpaksa mengambil sikap berkecuali semasa krisis Fitnah antara Saidina Ali dan Saidina Muawiyah radhiyallaahu ‘anhum. Illahnya ialah kerana pedang tidak dapat memancung tepat antara hak dan batil. Namanya FITNAH.
semoga ummat ini lebih bijak berkata-kata pada tempatnya…
ustaz nak tanyer lebih lanjut… adakah yang dimaksudkan dengan berdiam diri di sini dengan tidak berpihak kepada mana2 satu golongan dan hanya menanti fatwa atau pendapat ijmak ulamak dikeluarkan dalam hal ini? adakah salah untuk saya berpegang kepada mana2 pendapat asalkan tidak “dipublishkan” untuk megelakkan fitnah..? ingatkan dah faham tadi.. tp rupanya dah semakin pening pulak….
@radi
saya ada pendirian dalam isu ini. pendirian itu juga ada saya suarakan seadanya dalam entri sebelum ini tetapi ruangan komen ditutup. berdiam diri bukan dengan tidak membuat pendirian. tetapi tidak mengenengahkan pendirian bagi menghangatkan lagi perbalahan. Terutamanya jika pandangan kita tidak menambah apa-apa daripada apa yang sudah dinyatakan oleh pelbagai pihak.
Assalammualaikum Ustaz dan Pembaca Budiman…
1) Pendapat saya yg dangkal ni, adalah lebih baik jika kita bersama-sama menguatkan Akidah Umat Islam itu sendiri. Bagaimana caranya? Dengan memainkan peranan yg lebih proaktif sesuai dengan kemampuan dan ilmu yang dimiliki. Apa yg saya lihat, kita org melayu khususnya terlalu “Protective”, terlalu bimbang akan “kesan & akibat” pada masa hadapan tanpa mahu berusaha membaiki kelemahan yg ada pada masa kini.
2) Kalau benar “penggunaan” perkataan “Allah” itu mampu menyebabkan umat Islam di bumi bertuah ini menjadi kabur, haru-biru, terkeliru dan pelbagai lagi. Maka sungguh malang nasib Islam dibumi “Umat Islam” ini yang hanya Islam pada nama tapi pada hakikatnya kosong sehingga begitu mudah sekali dikelirukan.
3) Tanpa perlu pergi jauh, luangkan sedikit masa melihat reality yang menimpa umat Islam di Malaysia e.g. area bukit bintang, Hartamas dan sbgnya. Apakah peranan kita bagi memperkasakan ISLAM? Dengan hanya berkokok di blog2 kitakah? atau terhad di masjid2 sahajakah? tepuk dada tanya iman.
4) Benar, Prevention is better than cure. Tp “perlindungan” tanpa “usaha menguatkan” tidak menjadikan sesebuah umat itu KUAT. Ia kekal lemah, umpama mengadang abu ditunggul kayu. Datang badai lenyaplah ia.
Just my 2 cents..
Wassalam
@Nasrul
Wsalam wbt. Terima kasih Nasrul atas feedback yang dikongsi.
Saya tidak mahu berpura-pura dengan mengatakan bahawa umat Islam tidak lemah dan tidak perlu takut dengan permainan istilah. Kelemahan umat Islam hari ini bukan kelemahan infrastruktur tetapi kelemahan pemikiran yang amat serius. Ia punca utama mengapa proses untuk bangkit selepas era kejatuhan terendah di awal kurun-20 masih lemah.
Saya mementingkan istilah, bermula daripada disiplin sejarah hingga kepada kalimah Allah.
Saya mengambil kira bahawa South East Asia, Middle East, Far East, Central Asia, semua itu adalah istilah yang menggantikan terma asal Kepulauan Melayu, Negara Arab dan lain-lain. Istilah popular yang kita gunakan hari ini, hanya istilah pada massa. Tetapi ia mempunyai konotasi Euro-Centric bagi policy makers.
Justeru, perkembangan istilah, mempunyai makna yang besar pada membentuk paradigma dan jati diri manusia.
Saya setuju, umat Islam perlu dikukuhkan kefahaman mereka melalui jalan Tarbiyah, Dakwah, Pendidikan dan segalanya. Dalam kes kalimah Allah ini juga, ia harus dilihat dari sudut yang sama.
Maafkan saya jika Nasrul selalu jumpa blog tempat bloggers berkokok. Tetapi Insya Allah tidak di sini. Saya berdamping dengan semua lapisan masyarakat dari Bukit Bintang, Bukit Semantan Damansara, hinggalah ke Kg Pasir di Hulu Kelang. Blog ini adalah rakaman kerja, bukan kokokan ayam yang terlupa ekornya bertahi.
Wallahu al-Musta’aan.
Pandangan saya…
Kita melihat sebahagian umat Islam menyalahkan parti PAS atau parti Umno dalam hal ini. Pada saya sebenarnya umat Islam Malaysia dah lama dahagakan seorang pemimpin yang mampu membawa negara memperjuangkan Islam. Kepada siapa/apa mereka berharap? Tentulah kepada parti politik yang dapat memegang kuasa negara dan mampu secara direct menguatkuasakan pemerintahan Islamic. Maka apabila parti-parti kegemaran mereka amat berbeza dengan harapan mereka… timbullah kekecewaan dan marah-marah. Pada mereka kuasa parti politik untuk membawa mesej Islam lebih kuat dan berkesan berbanding NGO.
@Saif
Proactively speaking, orang ramai mempunyai banyak sebab untuk setuju atau tidak setuju. Sebagai parti, kita tidak boleh menyalahkan orang ramai atas apa yang mereka tanggap dan percaya. Sebaliknya kitalah yang perlu secara efisyen membuat pendirian dan memberikan penerangan.
Saya guna perkataan ‘kita’ dengan minda 100% sedar.
adakalanya bercakap lebih baik dari diam dan juga sebaliknya. apa yang penting kita tahu apakah pegangan kita dalam isu tersebut….
assalamualaikum,
yang peliknya ustaz…apabila hukum Allah dipermainkan tak ade seorang pun pak menteri yang nak bawa kes tu ke mahkamah…aleh aleh dalam isu ni..bukan main sensitif lagi…puncanya ustaz apabila umat sendiri yang tidak menghiraukan Keagungan dan Kehebatan Ilahi.Ni kira macam tersilap pilih keutamaan.. waahua’lam
@Nasrul
saudara nasrul,
perlu diingat kadang kadang kokokan ayam didinihari juga mampu mengejutkan insan untuk bangun menyembah tuhanNya. Masing masing ada peranan..mainkan peranan masing masing disegenap posisi dan penjuru Islam.
Saya setuju dengan pandangan sdr. sofi abdullah bahawa kita mesti memainkan peranan masing-masing disegenap posisi dan penjuru. Malangnya, ramai dikalangan kita tidak tahu di posisi mana kita berada dan ‘harus’, ‘wajib’, ‘haram’ berada. Kita seringkali berada dalam semua posisi. Akhirnya ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran’. sedar tak sedar ‘kita telah berada dalam kerugian’. sempat bertaubat ‘alhamdulillah’. kalau tak sempat ‘nauzubillah’.
Pandangan saya kita mesti sentiasa berpegang kepada pendirian yang benar tanpa mengira persepsi yang mungkin berbangkit dari kebenaran tersebut. Apa yang amat jelas ialah bahawa penggunaan kalimah Allah oleh agama samawi adalah dibenarkan oleh Islam. Perkara ini perlu dinyatakan dan tidak perlu disembunyikan. Kalau Islam dah benarkan, siapa kita untuk menyatakan sebaliknya. Tentang apakah motif disebalik tindakan The Herald menyeret isu ini ke mahkamah, itu perdebatan yang berasingan dan tidak perlu dicampur adukkan dengan isu asas tentang penggunaan nama Allah oleh agama samawi. Ramai yang marah dengan ahli politik seolah-olah apa saja yang orang politik cakap ada kepentingan politik. Bagi saya, orang politik juga berhak memberi pandangan mereka mengikut apa yang mereka yakin benar dan tidak adil utk menuduh mereka membuat kenyataan hanya utk kepentingan politik semata-mata.
rasanya untuk sedikit pencerahan boleh rujukhttp://www.terengganukini.net/bahan/Allah.pdf
@Anonymous
Saudara, lupakah saudara akan hadith ini??
“Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhir, maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.”
[HR Bukhari dan Muslim]
fikir dahulu sebelum berkata..
kedua2nya(BERDIAM DIRI @ BERKATA2) PERLU dan PENTING
mengikut situasi.
JANGAN SILAP MENEGAKKAN BENANG YG BASAH SUDAHLA…
Sya tak fahamla SEGELINTIR AHLI PEMBANGKANG ni,mcam tak sedar je
agama kita,AGAMA ISLAM pernah/telah/sedang DIPERSENDAKAN oleh agama2 lain!SEDARLA SIKIT WAHAI RAKYAT PEMBANGKANG…
MARI BERSAMA2 RAPATKAN SAF KUKUHKAN TUNJANG PERSAUDARAAN ISLAM..
Salam,
Bersetuju dgn Wardatul Shaukah. Saya terkejut isu ini baru timbul, sedangkan perkara penggunaan istilah ini sudah lama, cuma sebutan yang berbeza, disebut Alah. Huruf konsonan L, bukan sebutan Arab (saya pun tak tahu nak jelaskan macam mana sebab mengaji pun tak pandai lagi) . Saya tahu kerana berasal dari Sarawak, umum tahu Sabah dan Sarawak ramai penganut Kristian, dan saya juga tahu kerana saya pernah menganutinya.
Berdekad-dekad penggunaannya dalam Bible, sudah sebati sebutannya dalam doa misa gereja, buku-buku sembahyang, lagu-lagu dan sebagainya, malah diterjemah dalam bahasa-bahasa etnik tempatan, masih diguna kalimah ‘Allah Taala’ itu. Awal dulu Biblenya dicetak dalam bahasa Indonesia, hingga kebelakangan ini baru ada dicetak dalam bahasa Malaysia. Saya sendiri ketika kecil dulu sukar juga memahami kandungan Bible kerana bahasa Indonesianya.
Saya dapat memahami The Herald (tetapi tidak juga menyokongnya berdasarkan Abu Saif #10) meneruskan penggunaannya kerana sudah pasti penulis-penulisnya sebati dengan kalimah ‘Allah’ sejak kecil lagi, malah ibu bapa dan datuk nenek mereka juga menggunakannya. Kenapa mereka agresif? (Abu Saif #10) sesuatu yang sudah diguna berdekad lamanya, baru kini dipersoalkan dan mendapat liputan yang agresif juga. Ini bukan kenyataan daripada saya, tapi keluarga saya yang beragama Kristian. Saya mengambil jalan untuk tidak berkata apa-apa apabila berdepan konflik ini dengan keluarga, saa sedar apa-apa kenyataan saya kepada mereka akan mendahului fatwa pula. Justeru saya lega apabila Ustaz menyatakan keharusannya, tetapi saya akan menutup mulut juga biarpun mengetahui bahawa rupa-rupanya Pope pun tidak menyetujui penggunaan kalimah ‘Allah’. Biarlah pihak gereja sendiri bertanggungjawab menyatakannya kepada umat mereka termasuk ahli keluarga saya.
Setiap kali berlaku konflik begini, saudara baru seperti saya dan lain-lainnya pasti berhadapan konflik lebih besar dengan keluarga sendiri, risiko terputusnya hubungan dengan ibu bapa sendiri. Di Sarawak, sesetengah keluarga yang ‘alim’ dengan iman mereka dalam Kristian menganggap ahli keluarga yang convert Islam adalah seperti kematian memalukan bagi ahli keluarga tersebut.
(Mengingatkan saya juga kepada keluarga Muslim yang anaknya murtad suatu ketika dahulu – sebagaimana kita beriman sepenuhnya dengan Islam, begitu juga mereka boleh beriman sepenuhnya dengan iman Christianity mereka, hanya memerlukan kita untuk put ourselves in their shoes; mudah bagi saya kerana pernah berada dalam ‘kasut’ mereka. Hanya berbeza yang saya imani diri kepada sebenar-benar Allah, dan Islam satu-satunya yang diredhaiNya, kerana iman mereka mungkin benar bagi mereka, tapi kelaiman adalah palsu kerana mereka tidak mengenali sbenar-benar Tuhan mereka, Allah yang Maha Esa, tiada anak, tidak diperanakkan, tidak ada sekutu, tidak ada pengantara.) Surah al-Ikhlas meluruskan kembali iman bekas non-Muslim seperti saya…
Mereka akan bersedih umpama berkabung bertahun-tahun, dan untuk menyambung kembali ikatan keluarga bagi orang seperti saya adalah amat rapuh sekali, bertahun-tahun lamanya. Andaikata dapat berbaik semula, isu seperti ini ibarat membakar rambut yang mengikat ikatan rapuh tersebut. Oleh itu, saya seperti biarlah mengambil sikap tarik benang jangan putus, tepung tidak berselerak.
Bagaimanapun, saya juga dapat memahami kenapa di Semenanjung Malaysia sesetengah golongan orang Islam memberi reaksi begitu kerana suami saya seorang Melayu Semenanjung. Bukan suami saya yang menjadi halnya di sini, tetapi saya masih ingat penerimaan keluarga dan orang kampung suami, berat hati membenarkan saya kembali menemui ibu bapa kerana bimbang saya murtad. Mereka dari kampung yang tidak pernah mengenali non-Muslim yang Kristian, kecuali penganut Hindu dan Buddha agaknya. Alhamdulillah, Allah memberi saya hidayah dan anugerah iman hingga saya memeluk Islam lalu berkahwin, bukannya berkahwin maka perlu memeluk Islam (tapi tidak pula saya memandang rendah pada yang convert untuk berkahwin kerana sukar ditebak rancangan Allah, entah-entah orang ini akan jadi lebih beriman kemudian nanti setelah Allah bukakan pintu iman kepadanya). Bagaimanapun, di Sarawak, kawan-kawan Muslim saya tidak menyatakan apa-apa tentang isu ini dengan terbuka, bukan kerana mereka tiada pendirian tetapi atas sebab sedia maklum dari dulu lagi, jadi pemahaman itu lebih jelas. Sama sebagaimana non-Muslim tahu orang Islam tidak memakan daging babi (tapi tidak semua tahu haram juga bersentuh dengannya, atau bekas-bekas yang diketahui perlu disamak), ramai juga mereka yang Muslim tahu orang Kristian Katholik tidak memakan apa-apa jenis daging termasuk daging ayam pada hari Jumaat.
Saya rasa berbalik ini semua berbalik kepada soal integrasi agama. Bukan bermaksud saya menghormati amalan mereka maka saya mengimaninya, tetapi kerana biarlah “kamu untuk kamu, bagiku agamaku”. Seperti yang saya ingat maksud dalam surah al-Kafirun, “bagiku agamaku, bagimu agamamu”. Sekali lagi, maksud surah ini menenangkan mualaf seperti saya.
Minta maaf Ustaz, panjang lebar…sekadar meluahkan, sebab adakalanya membaca komen-komen pembaca blog ini, betapa sukarnya orang seperti saya, sudahlah direject pihak sana, dipertikai pula pihak di sini…again, seek first to understand, then to be understood…meluah sekadar untuk menambah untuk to be understood by those yang lahir Islam. Jika tidak diterima manusia, tidak apa, yang penting, semuanya kembali kepada Allah jua.
4 ZA
Lama sudah tidak berkunjung ke SIO. Ramai nampaknya ‘ahli’ baru..! Alhamdulillah..
Sekadar singgah sekejap sambil bertanya khabr setelah terlihat jadual penuh Kuliah Bulanan untuk (Jan 2010) Surau An-Naim WM, tersiar di AFN. Syabas kerana Utz masih terus istiqomah bermu’amalah disitu.. Ameen x3.
Saya juga rindukan komen orang-orang lama. Bukan setakat komennya, malah orangnya juga. Terima kasih En. Adros kerana sudi bertandang
Salam Ustaz. Thanks, stiap artikel ustaz sy dpt save 1 ilmu yg bgus. Keep on writing Ustaz.Ada yg sgt suka dgn artikel ustaz.
injam tomato utk picture fb/ym:)
p/s
salam, ustaz & sahabat2.
awnur, alhamdulillah dan moga kukuh dan teguh bersama ISLAM.
Saya melihat isu ini bersendikan/bersandarkan dan bersetuju dengan pendirian ustaz.
Kami di Sarawak ini sudah maklum akan kalimat Allah itu sejak dari kecil lagi memang telah digunakan oleh masy Kristian yg kebanyakannya menjadi jiran tetangga. Cuma bezanya akan sebutannya sebagai “Alah” sahaja. Apa yang sy tahu dari segi semantiknya tetap merujuk kepada Allah yang mencipta alam ini dan sekelian isinya.
Tidak perlu dihuru-harakan perkara ini sehingga perlu berdemo, cukuplah kita meneguhkan aqidah kita bahawa Allah adalah tuhan kepada semua makhluk dan kita sebagai umat Islam harus menguatkan aqidah supaya tidak terpesong akan perkara yang diluar jangkaan kita kerana setiap perkara yg berlaku itu adalah ujian daripada Allah.
Oleh itu kita perlu sama-sama ingat-mengingatkan seperti dalam surah Al-’Asr, saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.
Di Sarawak dan Sabah ini rasanya kami lebih aman dengan pegangan agama masing-masing dan tidak perlu berbalah kerana kita perlu berpegang kepada Al Quran yang antara tiga ayat yang telah diturunkan oleh Allah iaitu;
Al-Fatihah- Allah yang kita puja dan puji adalah tuhan semesta alam,kasih sayang yang tidak terhingga dan menguasai hari pembalasan, yang hanya Allah kita sembah, tempat memohon pertolongan,yang menunjukn jln yg lurus dan menjauhkn kita dpd kemurkaan dan org sesat.
Al-Ikhlas- Allahlah yg maha Esa, tempat kita bergantung,tiada beranak/diperanakkan dan tiada yg apa-apa yg setara denganNya.
Al-Kafirun- Mengatakan kepada org kafir kita tidak akan menyembah apa yg mereka sembah dan kita tidak akan pernah menyembah apa yg mereka sembah. utk mereka agama mereka dan kita dgn agama kita.
Jadi kita telah jelas dgn perkara tersebut dan moga kita dpt kejapkan di hati anak-anak kita 3 ayat tersebut, lebih-lebih lagi spt kami di bumi Kenyalang ini, bukan dengan demo yg menampakn lagi kerusuhan hati non-muslim terhadap Islam.
Wasalam.
apabila ustaz mengambil pendirian untuk diam,
sangat sukar untuk mencari hujah lain yang baik untuk membentuk pendirian
Salam…
Sedikit pandangan saya.,
Hairan juga mengapa kalimah ALLAH menjadi isu ‘hangat’ bagi media massa kini.
Alasan yg di beri adalah risau sekiranya masyarakat akan kekeliruan tentang Islam sebenar.
Saya terfikir, adakah Islam adalah hanya atas dasar nama semata?
Memang nama itu penting, tetapi mengamalkan, menghayati syariat Islam adalah lebih penting daripada segalanya.
Isu murtad tetap berlaku dalam masyarakat hari ini, sebelum lgi penggunaan kalimah ALLAH dalam bible kitab Roman Katolik ni. Ini membuktikan, orang yg murtad bukannya kerana kajian yg terperinci daripada agama Kristian, tetapi sikap tidak endah dan mahukan kesenangan dunia.
Kalau alasan hanya kerana kekeliruan, bagi saya, ianya tidak berasas. Sekiranya betul2 serius dalam kekeliruan, langkah lain seperti memperbaiki akar umbi untuk pegangan agama yang mantap dan kukuh adalah lebih WAJAR. Tak mungkin Islam hanya pada nama.
Hairan juga, bagaimana orang kristian Katolik boleh ‘menamakan’ tuhan mereka…adakah tuhan mereka baru lahir?
Pembakaran gereja baru-baru ni adalah sangat tidak wajar. Islam menyarankan agar tidak mengganggu rumah ibadat walaupun ketika perang. Apatah lagi lah ketika aman.
Menjaga ALLAH, bukan seperti menjaga makhluk. Menjaga ALLAH dengan mengamalkan syariatnya, suruhan dan tinggal larangan. Kalau makhluk betullah macam kebanyakkan orang yg pendek akal lakukan sekrang.
@Puterikalimah4,
Salam… sekarang pun sudah berapa banyak umat ini yang keluar dari agama dan jalan fitrah ini.. Pada tilikan tuan, sekiranya kalimah Allah ini diguna pakai secara rasmi oleh mereka… adakah jumlah ini akan bertambah atau berkurang??
Benar.. mempertahankan akidah Islam bukan hanya pada mempertahankan nama Allah.. TAPI.. Ini adalah SALAH SATU cara untuk mempertahankannya.. jadi kenapa kita tak mempertahankannya sekiranya kita tahu dan berupaya untuk melakukannya??
kita perlu faham dan hadam.. apakah relevannya mereka ingin menggunakan kalimah Allah.. ditengah-tengah umat melayu yang kebanyakannya adalah Islam ini.. dan juga setelah sekian lama kita hidup harmoni bersama-sama.. Adakah ada alasan, selain daripada tujuan penyebaran agama mereka??
Kita tidak pernah melarang mereka mengakui bahawa alam semesta ini diciptakan oleh Allah, kiranya mereka ikhlas dan benar… tetapi yang kita mahu mereka jelaskan adalah.. Allah yang mana satukah yang mereka maksudkan?? Allah yang Esa atau Allah yang tiga dalam satu?? Tiada juga halangan sekiranya mereka ingin menggunakan kalimah ini dengan penuh kesedaran… tapi bukan untuk penyebaran aqidah mereka!
Bila kita memerhatikan permohonan mereka.. Ini melibatkan proses undang-undang.. Ianya akan digunakan digereja dan tempat2 sembahan mereka..
Sekiranya kamu terlalu mencintai isterimu dan marah jika kehormatannya dinodai oleh orang lain… Bagaimana pula kamu boleh bersikap tenang terhadap mereka yang ingin menodai PENCIPTA kamu dan isterimu?? Yang lebih mencintai kamu dari isterimu??
Adakah kaum muslimin rela dan redha sekiranya lafaz Al Jalalah (????) ini diletak didalam gereja dan juga ditubuh manusia bersalib?? Adakah kaum muslim rela gereja = baitullah.. bible = kitabullah.. adakah kita rela??
@ceriterahamba,
herm..baiklah…
tapi, kita menjaga dan menyayangi ALLAH bukan seperti kepada makhluk.
Perumpamaan ‘isteri’ dgn ALLAH adalah sangat2 berbeza. Ianya TAK boleh di guna pakai.
Kalau serius dalam hal risaukan kes murtad, mengapa tidak lakukan perubahan pada peringkat AKAR UMBI?
Maksud akar umbi di sini dengan mengubah dasar pendidikan kepada yang lebih memberi kesedaran AGAMA dan bi’ah solehah dalam negara, seperti yang di amalkan di negeri Tuan Guru Nik Abdul Aziz…
Sekali lagi, ISLAM penting pada nama, tapi mengamalkannya LEBIH penting!
@Puterikalimah4,
Salam..
Ya.. benar, kita menyayangi Allah bukan seperti menyayangi makhluk..
Kita mengutamakan dan mencintai Allah melebihi segala yang apa yang ada di dunia ini.. termasuk Isteri dan kaum keluarga kita.
Allah tidak memerlukan kita.. tapi kitalah yang memerlukan DIA.. kitalah yang memerlukan dan mengharapkan belas ihsan dari Allah
Sekiranya seluruh umat manusia enggan sujud kepada Allah.. Allah tetap Agung dalam Kesempurnaan-Nya.. Tindakan kita baik atau buruk, semuanya akan berbalik pada diri kita kembali.. samada manfaat atau mudarat.
Apa yang cuba saya maksudkan adalah.. kita harus mencintai Allah lebih dari manusia… hatta isteri kita sendiri..
“Kalau serius dalam hal risaukan kes murtad, mengapa tidak lakukan perubahan pada peringkat AKAR UMBI?”
YA!, saya bersetuju 100% dengan saranan ini.. perubahan pada akar umbi sistem pendidikan negara adalah SANGAT PERLU!. Dan model yang di amalkan di Kelantan boleh di contohi..
Buat makluman saudara, tindakan yang kita lakukan terbahagi kepada dua.. Sesetengah perubahan memerlukan tindakan segera dan sesetengah yang lain akan memakan masa yang panjang. Perubahan dasar pendidikan negara akan memakan masa yang panjang dan kita perlu bersama-sama berusaha ke arah itu..
Walaubagaimanapun, isu penggunaan kalimah Allah ini memerlukan langkah penyelesaian dalam kadar yang segera (walaupun kesannya adalah untuk jangka panjang)..
Harapnya kita janganlah melekehkan mereka yang berusaha mempertahankan kalimah ini.. Majlis fatwa, mufti-mufti, majlis-majlis agama negeri dan lebih 70 NGO telah menyatakan telah mengemukan bantahan penggunaan nama Allah oleh pihak gereja katolik.
Maaf saudara.. sekiranya ada penggunaan perkataan yang adakalanya agak kasar.. saya memohon seribu kemaafan.. saya tidak berniat untuk berhujah atau berdebat… hanya sekadar menyatakan rasa..
“when the student is ready, the teacher will appear. Knowledge is understanding that tomato is a fruit. Wisdom is not to put it in a fruit salad”
“bila pelajar bersedia, guru itu akan muncul. Pengetahuan faham tomato itu adalah sebiji buah. Kebijaksanaan adalah supaya tidak meletakkan ia dalam salad buah-buahan ”
kalau tomato adalah buah, kita dikira bijak kalau tak letak dalam salad buah-buahan dan adalah lebih baik diletak dalam salad sayur-sayuran yer
tapi dalam isu penggunaan nama “Allah”, kita dikira bijak kalau berdiam diri dan lebih baik guna nama “Tuhan” yer???
salam.
sy ada pergi satu seminar, rebranding dakwah di univesiti saya. Ya, saya setuju dengan pandangan ustaz dalam isu ini. Namun, apa yang saya lihat, umat islam di Malaysia masih gagal menangani isu-isu sedemikian secara bijak. Malah, mereka dengan beremosi membakar gereja, Itu satu kesilapn yang membesar kerana dengan cara keganasan,kita sudah membuktikan bahawa agama islam itu terrorist.
Mari kita jernihkan minda, redakan emosi dan berfikir sejenak, apa hikmahnya isu ini timbul. Ingat, tidak Allah jadikan sesuatu perkara itu sia-sia.Pasti ada sebab yang ingin Allah ajar kita.
Penggunaan nama Allah oleh penganut kritian terutamanya dalam holy bible versi melayu sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada kita. Jika kita baca bibel, penggunaan Allah adalah satu ruang dakwah yg boleh kita guna untk mengajak penganut kristian revert bact to Islam.
Namun, ini tidak bermaksud saya setuju penggunaan ini. Tetapi, umat Islam yg bijak dan berstrategik, mampu counter back musuh dalam hal-hal ini secara intelektual. Jadi, mengapa kita tidak begitu. Ingat, terbangun islam dengan hikmah. Bukan dengan keganasan.
Seharusnya, kita giatkan seminar-seminar, ceramah-cerama atau kita wujudkan ruang menerangkan isu ini dengan lebih jelas.Anak-anak mudi, pendakwahm ustaz atau sesiapan pun yang mampu berkomunikasi dengan baik sehrusnya kehadapan, berbincang secara baik, menerangkan kepada masyarakat akan isu ini. menjernihkan kekeruhan, dengan mata intelektual adalah lebih baik dr mata pedang. Itu menurut pandangan saya.
Saya sangat kagun cara umat Islam USA mengatasi islamphobia dia tempat mereka. Seharusnya, methodology dakwah mereka harus kita contohi. Lihat lah hasilnya, semakin ramai rakyat USA memeluk agama islam.
Itu sekadar pandangan saya. salah silap pemikiran saya, harap ustaz betulkan. Kadang-kadang, semangat orang muda macam saya ni, harus di bimbang dengan hikmah orang yang lebih tua macam ustaz. SayA hanya pemudi yang baru belajar, masih perlu belajar dan akan terus belajar demi agama kita. Harap di doakan dunia akhirat.
wassalam.
@nurafifah,
salam.
Melihat sudut positif yang Saudari Nurafifah nyatakan, mengingatkan semasa saya dalam proses ‘neutral’ dulu, fasa antara sudah meninggalkan Kristian, tapi belum memeluk Islam.
teringat doa pada masa iu, dalam hati benar-benar berdoa, lebih kurang begini,
“Ya Allah, aku berdoa kepada yang sebenar-benar Allah. Tunjukkan aku jalan Engkau yang sebenar-benarnya.”
Tidak janggal langsung menggunakan kalimah “Allah”, cuma dalam fikiran, intepretasinya sudah berlainan, bukan Allah dalam iman Kristian, tetapi belum juga mengimani Islam. Dan alhamdulillah, selepas itu Allah tunjukkan Islam kepada saya.
sekadar luahan pengalaman.
wassalam.
bukan untuk menjadi lebih bijak, tetapi menyimpan panah ketika hari berjerebu hingga mata tidak nampak sasaran. diam saya bukan diam tak berpendirian, tetapi diam tidak mahu menambah keruh keadaan. baca artikel sebelum ini untuk pendirian saya.
@Abu Saif, perkataan bijak tak sesuai digunakan???
atau tunggu masa sesuai untuk lepaskan panah ketika hari cerah sehingga mata boleh nampak sasaran tersebut?
mula-mula saya rasa pendapat saya lebih kurang pendapat ustaz zaharuddin tapi memikiran ustaz mengambil jalan diamkan diri membuat saya berfikir dua kali.
mungkin rasanya simpan anak panah sekarang.
Tumpang lalu ye ust, untuk dikongsi bersama…dengarkan Dialog D’IKIM, IKIMfm hari sabtu 16/1/2010 jam 12.15 tgh hari…perkongsian ilmu berkenaan Kalimah Allah ini…SELAMAT MENDENGAR
salam.rugi sy sbb sy xtau sgt ttg isu ini.mgkin sy ni msih blum ckup ambil berat ttg hal2 msyarkt.t’lalu pk ttg hal sndiri..^_^ tp sy mmg hrpkan masyarakat kita(Melayu yg mengakui Allah tuhan) x bertindak terburu2..kembali pd ayat2 Allah ttg hakikat islam, bak kate org putih back to basic lah.sblm bertindak mntg, mmberi hujah, fikirkan sejauh mn tndakan kite ni adkh selari dgn agama?jgnlah tindkan kite mmbwa nm buruk d agama sdg ada unsur2 lain kat luar tu pn sdg berusaha mmpropangandakan nm Islam..wallahua’lam
salam, terima kasih atas perkongsian. saya sering diberikan ilham mengenai isu2 semasa namun tidak berani meluahkan kerana takut disalah erti. tetapi ustaz selalu menjawab setiap persoalannya dgn hikmah. Oleh itu, legalah hati saya setelah mendengar pandangan ustaz mengenainya. terima kasih ustaz dan terima kasih semua. semoga iman kita semakin bertambah, kesatuan akidah kita bertaut di bawah naungan kasih sayang Allah.
Assalaamualaikum ustadz Abu Saif @ Saifulislam.
Saya sangat bersetuju dengan ustadz dalam hal penggunaan kalimah ALLah ini.
al-Quran bukan hanya tersurat tetapi juga tersirat. Yang tersurat ialah kalimah ALlah yang mahu digunakan oleh Katholik, dan yang tersirat ialah apa tujuan mereka sedangakan pusat Katholik di Vatican tidak mahu menggunakannya.
Dan kita harus sentiasa ingat bahawa orang kafir tidak akan redha kepada kita melainkan kita menurut cara hidup mereka.
Dari saya yang kecil.
Wassalam