Soalnya Siapa Kamu

January 7th, 2010 by Abu Saif 12:09 pm | 9,762 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Alhamdulillah, Turki tu bumi berkat. Banyak makam sahabat dan orang soleh di sana” kata seorang kenalan.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Mesti best, Turki tu cantik. Pemandangannya indah tak terkata” komen seorang kenalan lagi.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Bagus tu, Turki ni banyak peluang perniagaan. Boleh pertimbangkan bisnes kain lace, barang kulit, tudung sutera dan kristal” aju seorang lagi kawan.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Hehe… Turki tu perempuan dia lawa-lawa ustaz. Lembut pula tu, tak macam Arab” usik seorang lagi kawan.

Kegatalan.

Subjeknya sama, iaitu Turki.

Tetapi ulasan semua berbeza-beza. Dan pasti sahaja apabila setiap mereka tiba di Istanbul, tempat yang dituju adalah mengikut ulasan-ulasan itu tadi. Seorang ke Eyup menziarahi makam Abu Ayyub al-Ansari. Seorang lagi ke Eminonu mencari feri untuk meneroka Selat Bosphorus. Seorang lagi, akan ke Grand Bazar melihat barangan terkini dan harga semasa untuk dihitung dengan kalkulator di tangannya.

Lelaki yang keempat saya tidak pasti dia akan ke mana. Mungkin ke Taksim atau lorong-lorong gelap di Galata, khabarnya.

SIFIR HIDUP

Itulah yang dikatakan, siapa kamu menentukan cara kamu melihat.

Kesannya pula adalah, cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat.

Ada yang pergi Turki dapat dosa, ada yang pergi Turki dapat pahala.

Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah Turki, tapi soal siapa kamu yang pergi itu tadi.

KE SUNGAI

Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.

Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.

Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”

Tulis pula di batu, “Ina & Din Were Here!”

Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.

Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.

Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.

Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

UNIVERSITI

Sama juga dengan universiti.

Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.

Ada yang datang ke universiti dapat jantan. Dapat betina. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sial, hasilnya dapat celaka Dunia dan dapat celaka Akhirat.

Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.

Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

FACEBOOK

Sama juga dengan Facebook.

Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.

Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.

Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.

Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.

Bukan salah Facebook.

Tapi salah manusianya.

Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?

Kamu boyfriend?

Kamu girlfriend?

Kamu bos?

Kamu pakar?

Kamu sampah?

Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.

Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.

Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.

Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Soalnya di Mana Ramadhan Kamu? Sungguh menghairankan. Khabarnya dia itu sudah tertambat. Sudah diikat sepanjang...
  2. AIDILFITRI – Siapa ‘Aideen dan Siapa Faaizeen? Selamat Hari Lebaran, Minal ‘aideen wal faaizeen… bait-bait lagu raya...
  3. Siapa Sepak Kucing Malang Itu? “Meoww!!!” seekor kucing menjerit kesakitan. Malam itu malam yang malang...
  4. Siapa Saya Sebenarnya? Saya sudah berubah? Itu kata kawan-kawan lama. Terima kasih kerana...
  5. Kamu Sentiasa Layak Diuji “Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk...

Advertisement

65 comments

  1. Insan kerdil says:

    salam…
    apa yang kita lihat menetukan apa yang kita fikir pada benda/pemandangan dan apa jua yang kita fikir berdasarkan apa yang kita pandang dan itu juga yang menentukan adakah kita beroleh manfaat atau tidak…
    pandanglah keran kita mengangumi ciptaan Allah,
    dan lihatlah kerana kita insan yang kerdil…

  2. Redz says:

    Sangat bagus ulasan Ustaz~ Hehe…

    Saya memang pengguna facebook, mintak jauh la dari kuiz syirik, semua tue… Hehe…

  3. Abu 'Abid says:

    Salam alaik.

    betul! ana sgt setuju dgn ustz. segala yg berlaku terletak pd tangan manusia sndiri. tepuk dada tanya iman. jernih iman baik lah kesannya dan sebaliknya.

    Salam ziarah ustaz. Smoga hari ini lebih baik dari semalam. InsyaAllah. :)

  4. Tronx013 says:

    salam…

    huh, entry yg simple tetapi mesej jelas diberi…

    walau siapapun kita, lakukanlah semuanya untuk mendapat redha Ilahi…

  5. aman_82 says:

    ustaz, mohon copy untuk disampaikan kpd kwn facebook saya. beriya2 mempertahankan kuiz2 yg boleh merosakkan akidah

  6. kokmi says:

    Baca punya baca, oh!jumpa dihujung rupanya.pernah kenalan bertanyakan(setelah beliau mendaftar FB), tak dapat apa-apa pun dalam FB, setakat nak chat.’loh’(kataku dalam hati), simpati pula rasanya, Alhamdulillah setelah bercakap- cakap berkenaan ‘niat’ asal kita turut serta dalam FB untuk apa, maka sahabat berjumpa dengan cara memanfaat FB sebaiknya, Alhamdulillah.
    Risau juga, bila FB dah mula popular, pelbagai hal tidak sepatutnya turut sama memeriahkan suasana, namun kita kan punya pilihan, untuk kata kan Ya atau Tidak, memilih Baik atau Buruk.

    Semoga kita semua dijalan kebaikan, amin.

    Terima kasih ustaz & sahabat yang lian, dalam perkongsian ilmunya :)

  7. bukan setakat Turkey ustaz..yang ke mesir pun sama..ada yang dapat haruman tinggalan Nabi Musa ada juga yang dapat tempias celakanya Firaun.Bumi Mesir tidak bersalah..Sekadar menambah..

  8. son of joseph says:

    salam

    subhanallah~ ada gaya tuk guru pulak dalam entri kali nie~ mudah, ringkas, padat dan tepat~ tahniah ustaz~ moga menjadi ibrah dan pengajaran bermanfaat untuk kita semua~ =)

  9. Khairi says:

    Salam,

    Yang masuk masjid malam2 untuk tidur berduaan pun ada.

    Juga yang pergi masjid untuk buang anak.

    Bukan kuat kita tatkala megahnya binaan Masjid Nabawi.

    Tapi ‘masjid’ dalam hati masing2.

  10. srikandi dataran syam says:

    assalamualaikum ustaz,ana btol2 tersentak baca post ustaz…menitis airmata ana..ana terasa sgt2 dgn post ustaz..smpai ana tanya balik dri ana,dlm golongan mana ana nie…adakah yg dpt pahala @ dosa kian bertimbun..trima ksh ustaz kerana membuka mata ana tuk melihat bnde yg kadang2 orang x nmpk nie…alhmdulillah,Allah gerakkn hati ana untuk merasai apa yg ustaz smpaikn..syukran ustaz..

  11. Anonymous says:

    assalamualaikum

    bagus ulasan terbuka fikiran

  12. Muhammad Firdaus says:

    Salam ustaz, saya amat bersetuju dengan apa yang diutarakan dalam forum nie.Apa yang kita fikir,bertindak,waima niat kita pun melambangkan siapa diri kita yang sebenar..marilah bersama – sama kita saling ingat – mengingatkan,mengeratkan ukhuwah dan memohon keredhaan Allah SWT .InsyALLAH.

  13. 'Afifah Azam says:

    we are what we think, what we done, what we eat, what we act! hmmm~

    syukran ustaz atas kesimpulan yang ringkas ini, benar2 membantu, insha allah!

  14. aminaisha says:

    saya suka sangat dengan artikel ini….minta izin simpan ye ustaz

  15. enver anwar says:

    Salam ustaz,

    Sekadar ingin bertanya mengenai perenggan ini :

    “Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Hehe… Turki tu perempuan dia lawa-lawa ustaz. Lembut pula tu, tak macam Arab” usik seorang lagi kawan yang terlupa dirinya sedang bercakap dengan ‘ustaz’.

    Saya tidak menafikan menghormati adab pergaulan dengan orang berilmu amat dituntut lebih2 lagi kepada golongan beragama, tetapi perlukah bersikap ‘strict’ terhadap manusia biasa yang pergaulannya mungkin tidak islami dengan menyatakan “….kawan yang terlupa dirinya sedang bercakap dengan ‘ustaz’ ?”. Saya faham sekiranya ustaz berniat untuk memperbetulkan sikap manusia yang kadang2 terlupa tentang adab.

    Wallahualam.

    Oleh Enver Anwar,
    Pengunjung tetap saifulislam.com

  16. Abu Saif says:

    @enver anwar

    wsalam wbt.

    dengan sedikit sense of humor dalam pembacaan, makna ayat itu akan berubah 100%

    • ayad says:

      saya stuju ustaz..
      sense of humor boleh mengubah maksud ayat 100%..
      bukan nk mendikriminasikan ‘manusia biasa yang pergaulannya mungkin tidak islami’..
      tapi ini dipanggil ‘common sense’..

      wallahu’alam..

  17. ummu rayyan says:

    Ist time terpanggil untuk menukilkn pandangan disini..Facebook isu yg perlu diperhalusi kembalik kerana mengikut rekod ana..ramai suami isteri yang turut bercerai berat ‘berkat’ penangan laman sosial ni..jujur,ana pun ada account dan amat setuju dgn ustaz… patut tanya SOALNYA SIAPA KAMU…

  18. Putri Istisyhad says:

    assalamualaikum, ustaz. Salam Ziarah. Ini pertama kali saya ziarah blog ustaz, terima kasih atas panduan dan perkongsian. Alhamdulillah, cukup bermakna. Semoga Allah meredhai ustaz.

  19. salam ustaz..
    pertama kali saya baca blog ustaz.. saya terus tertarik.. semoga ustaz berjaya dalam hidup k..

  20. yang mencari says:

    salam…
    terima kasih ustaz atas pencerahan…
    semoga saya dapat memilih dgn baik, golongan mana yg saya nak jadi..

  21. nabil says:

    teringat satu hadis, maaf, saya tak pasti pulak tarafnya, mohon yang mampu, silalah perjelaskan..

    sesiapa yang mendapati kebaikan, maka pujilah Allah, sesiapa yang mendapati keburukan, maka janganlah disalahkan orang lain melainkan dirinya sendiri(mafhum hadis)

  22. Anonymous says:

    @Abu Saif

    salam,
    saya rasa ustaz perlu untuk letakkan petanda contohnya seperti ( * ) untuk tukar mood pembaca supaya ada sense of humor, tak semua yang membacanya dalam mood seperti itu, dan entry ustaz kali ini pon nampaknya agak ‘strict’ jadi mood untuk ber’humor’ mungkin agak susah.. sekadar cadangan

  23. ana sumaiyyah says:

    SALAM…~
    saya orang baru di sini,
    dah lama menjengah entry ustaz ni,
    tp baru skrang tunjuk diri hehe..~
    bgusla entry ustaz…
    ssuai dgn diri saya yg sedang dalam proses menjalani
    khidupan yg lbih bermakna dan diberkati ALLAH SWT
    sama ada di dunia dan akhirat.amien….

  24. sinar says:

    @’Afifah Azam
    sedang ana membaca entri ustaz…kata2 ukhtie ni dah menjengah dalam pemikiran ana…we are what we think..itu jugalah kesimplan yang ana dapat..

    Banyak lagi cara fikir yang harus kita perbaiki..
    May Allah lead us to Him…

  25. hasanhusaini says:

    salam..taufan Facebook agaknya dua-tiga hari ni..Us Zaharuddin pon buat pencerahan jugak..Us pon buat…Teringat tulisan us yg berkisar tentang UBAH dalam DAKWAH…cerah.

  26. Kak Ija says:

    Assalamualaikum wrmth,

    Nampaknya terhadap kalimah Allah pun kita perlu guna method yang sama. Siapa kita menentukan “Allah” dalam kehidupan kita.

  27. badr says:

    Salam perjuangan…

    sekadar berkongsi…

    yang datang mengerjakan fardhu haji ke mekkah dan madinah pun apa kurangnya…

    1) ada yang datang membuat benda2 syirik (e.g. : kepercayaan khurafat berkenaan kayu kokka, tabarruk etc…)

    2) ada yang datang membuat dosa dengan mengumpat TH atau ejen masing-masing (e.g. :ada saja perkara2 yang tidak puas di hati)

    3) ada yang datang sekadar mahukan title Haji dan Hajjah (malah marah pula kalau tidak disebut title nya itu)

    4) ada yang datang sekadar membeli belah

    Lupa tujuan kita datang dan lupa kita akan kembali…

    Bagaimana dengan amalan yang kita bawa menghadap Allah suatu hari nanti…

  28. adikeica87 says:

    @nabil
    Rasanya hadith ke 24…boleh cek smula..

  29. Ummu ayman says:

    Alhamdulillah…ana sdg mcari kekuatan utk mendepani kelas malam ini yg dari 20 pelajar hanya 6 tmasuk ana yg perempuan…malam tadi tak lena tidur kerana gerun dan kecut perut…pagi ini entri ustaz dan beb komen yang lain ring a bell…syukran

  30. tariq_dhiya' says:

    Kawan saya baru pergi Turki dan akan berada di sana selama 3 bulan, tesis berkaitan hubungan ulama Melayu dan Turki

  31. euforia02 says:

    mungkin kita patut mula highlight kan dalam diri, walau siapa pun kita, kita ialah ‘hamba’…

    mungkin dengan mengingati persamaan itu, kita akan kurang mencari titik perbezaan antara kita…

  32. escheriusnuur says:

    agreeeeeee……

  33. marzyani says:

    salam.

    Alhamdulillah. Dan Terima kasih kepada ustaz. Just what i need = someone to give a good slap on my face. Supaya saya sedar. I knew bookmarking you would bring me good.

  34. ummuZiyad says:

    alhamdulillah,
    saya suka entri ini
    :)

  35. AFRINA says:

    artikel yang santai dan terkesan. kita yang akan menentukan matlamat itu

  36. ummiZahraa says:

    salam ustz,

    saya harap penjelasan atau pandangan saje.

    baru-baru ini saya ada terbaca dalam majalah Al-Islam yang mengatakan facebook itu ciptaan seorang pemuda Yahudi utk kumpul dana menghapuskan saudara kita di Palestine. Betul ke?

    kawan2 ajak buat facebook, tp saya tak berani…
    sy juga ada kongsikn maklmt ini dgn studnt sy, krn budak2 ni lebih mendahului zaman dpd kita.

    wallahu’alam.

  37. Abu Saif says:

    @ummiZahraa

    wsalam wbt.

    Boleh baca komen saya mengenainya di http://saifulislam.com/?p=6714

  38. syam says:

    baca menggunakan mata hati…bukan dengan perasaaan..maka tidak akan timbul soal sense of humor atau tak…

  39. ummiZahraa says:

    syukran ustaz,

    barulah terang atas penerangan tersebut.
    saya tercari-cari jugak penerangan tentang hal ini, baru sekarang Allah tunjukkan.Alhamdulillah.

    :|

  40. ummuIhsan says:

    Salam…

    Good analogies ustaz… brief n precise, masa untuk muhasabah diri. Bagus peringatan2 begini. Keep up the good reminders.

  41. NuRUL HuDa says:

    terkedu sejenak….(-_-”)

  42. Amin007 says:

    jadi kita tak boleh salah tempat atau alat. kita sendiri menentukan sama ada tempat atau alat tu bagi mafaat pahala atau mudarat dosa.

    dalam facebook pun saya tak join kuiz ker games ker, kebanyakan saya klik butang abaikan hehehe

    pergi melancong pun takde masalah cuma saya lebih suka cari buku.

  43. luqluq says:

    Salam ust dan pembaca budiman.Beberapa minit masa yang dapat saya luangkan utk membaca artikel ust,adalah seperti udara segar yg dapat merihatkan minda saya.Semuga ALLAH tetapkan kita semua bersama NYA.

  44. nurulhidayah says:

    salam ustaz….betul2.soalnya siapa kamu.mcm reader untuk blog ustaz jgk…that y comments pun mcm2.btw,terima kasih untuk entry ni.

  45. kaloi18500 says:

    teringat kata guru saya Ustaz Johari bin Mat, kita melihat sesuatu mengikut kaca mata yang kita pakai..sekiranya kita pakai kacamata semua benda yang kita lihat akan jadi kehitaman (warna tidak tepat) tapi kalau kita pakai kacamata warna jernih akan nampak jelas semua benda di depan kita. Untuk mencari kacamata jernih tu yang payah.

  46. kaloi18500 says:

    **kacamata hitam** tertinggal

  47. qayyimamh says:

    alhamdulillah menjadi insan yang terpilih untuk membaca artikel ustaz yang benar benar membuat hati untuk mengkoreksi diri…

    bagaimana kita melihat sesuatu akan efek apa yang kita akan dapat

    kiranya kesedihan yang dipilih sekiranya diri tidak mendapat apa yang diingini maka itulah yang kita dapati..

    begitu juga konsepnya…pabila pergi menyambung pelajaran ..kiranya hanya untuk mendapatkan segulung ijazah..dan untuk pekerjaan yang bergaji lebat …maka itu juga yang didapati…

    saya yakin niat kita amat penting dalam melakukan sesuatu..

    Allah akan memberi apa yang diminta hambaNYA .hanya cepat atau lambat …

    yang pasti …

    sentiasa perbaharui niat…dalam setiap pekerjaan yang dilakukan ( ingatan buat diri ini juga)

    kerana kita akan bertindak …sebagaimana niat di hati di setkan…

    perbetulkan saya kiranya saya silap..atau ada yang salah dalam kata kata dari seorang hambaNYa ini yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya .

  48. cahaya pencinta says:

    salam..sy pengguna facebook,fs and pnh jgk ms(tp da dlt account)..dulu ada jgk letak2 gmbr tp akhir2 ni sy mula t’pk knp nk letak gmbr2 dgn gaya yg menarik mcm tu(profile pic)?utk ape?(wpun xde lah dedah aurat,alhamdulillah)..skang dah xletak..klu ada pon private n org t’tntu je leh tgk..tu pn gmbr aktivit yg sy join :D ..utk kwn2..tp kuiz2 kat fb tu?yg sy slalu main yg citer psl personaliti,mmm? dah konpius :D

  49. muadz says:

    salam..mohon dijelaskan maksud ‘kuiz syirik’

  50. rifhan zulfa says:

    sya stuju….~
    syabas ustaz… gaya pengolahan tarbiyah ustaz sgt baik serta menepati penghayatan semua golongan….
    insyallah… perkongsian yang telus dan ikhlas menghasilkan pemahaman yang diberkati…..

  51. Mr. Hus says:

    entry yg MANTAP….!!!!

  52. rgt says:

    assalamualaikum
    kadang2 kita terlupa dengan siapa kita berurusan di dunia ini
    kita terlupa dengan siapa yg memerhatikan kita di dunia
    itu yang menyebabkan kita berani melakukan perkara2 yg tidak bermoral
    kita tak takut dengan benda yg kita x dapat lihat
    itulah permasalahan umat ISLAM sekarang

    Facebook tue memang dibuat oleh seorang Yahudi sewaktu perang Iraq rasernyer(maaf x ingat)
    dia buat Facebook untuk memberi semangat kepada tentera2 Yahudi yg sedang berperang

    memang Facebook mendapat untung yg besar
    tetapi saya rasa(walaupun x patut) kita boleh jadikan Facebook tue tempat menyampaikan mesej2 tenteng keindahan ISLAM
    lagi satu kuiz2 kat Facebook tue memang banyak dan banyak yg mengarut
    saya rasa yg pasal tilik nasib tue terpulanglah samada kita nak buat ataupun tidak
    yang pntg kna ingat jangan percaya
    sekadar memberi pendapat

  53. ayad says:

    salam ustaz..
    kadang2 niat y soalnya siapa tu da betul..
    surrounding yang mempengaruhi pun ada juga..
    andai y masuk U tu saya yakin peratusan nawaitu awalnya adalah untuk belajar..
    cuma selingan hidup ditengah jalan merencat ‘flow’ niat tu..
    sebagai cadangan..
    soalnya siapa kita, niat y baik tu perlu di’reminder’kan oleh semua..
    macam saya, saya tampal je niat saya masuk U nk buat apa, lau da ter’lagha’ skep tu, dapat buat u-turn lagi lar..
    +, penulisan ustaz yang ini bermakna, pada pandangan saya, sense of humor tu xperlu disimbolkan andai mesej yang ingin disampaikan mungkin ‘berat’..

    timas ustaz :)

  54. ibntahir says:

    AllahuAkbar!
    sangat terkesan di hati..
    jazakallah khairan jaza’!!

Leave a Reply