
“Kenapa abi pening?” tanya Saiful Islam.
“Kerja banyak tak siap. Tak cukup tangan,” saya mengeluh.
“Kenapa tak cukup tangan? Kan abi ada dua tangan,” katanya lagi.
“Itu la, Yop. Kalau boleh biar ada lapan tangan macam sotong” saya menambah.
“Sotong boleh buat banyak kerjalah ye? Sebab dia ada lapan tangan” tanya Saiful Islam lagi.
TIDAK CUKUP TANGAN
Menggunakan peribahasa di dalam perbualan, bererti memasukkan unsur analogi dan perbandingan ke dalam pemikiran. Ia mampu merangsang otak kiri dan otak kanan dalam proses berfikir. Sebab itu kekayaan peribahasa Melayu sering menjadi tanggapan saya tentang kebijaksanaan orang Melayu dalam fikir dan budaya mereka.
Menggunakan peribahasa untuk mendidik anak-anak berfikir, memang bagus. Seboleh-bolehnya biarlah kita mendahului apa yang Aznil Nawawi lakukan dalam rancangan Macam-macam Aznil di segmen Cili Padi yang lebih menjurus kepada hedonisma.
“Yop rasa macam mana? Kalau sotong banyak tangan dan boleh buat banyak kerja, kenapa Allah tak lantik sotong jadi Khalifah?” saya menyoal beliau.
Mahu menguji lima hari pembelajarannya di Khalifah Model School.
“Sebab sotong tu kan haiwan” jawab beliau.
“Apa salahnya haiwan jadi khalifah?” balas saya.
“Mana boleh. Haiwan tak boleh berfikir” bantah anak saya.
“Tak ada akal?” saya menawarkan perkataan.
“Haa, tak ada akal” agaknya dia teringat kembali cerita-cerita cikgu di sekolah.
“Maknanya, dua tangan abi lebih hebat daripada lapan tangan sotong sebab abi ada akal. Betul tak?” saya menambah.
“Abi Khalifah” katanya.
“Yop Little Khalifah” saya menyambung.
Kami menyudahkan perbualan.
KHALIFAH METHOD
Khalifah Method menerapkan kefahaman kepada anak-anak tentang sebab mengapa manusia mesti menjadi hebat.
Khalifah adalah wakil. Seperti duta. Kelayakan duta, beliau mestilah yang terbaik dalam serba serbinya. Menjadi Khalifah Allah bermaksud, mesti menjadi yang terbaik kerana kita adalah wakil kepada Tuhan yang Maha Hebat dan Maha Baik.
Antara kelebihan mengapa manusia dilantik menjadi Khalifah, ialah kerana kurniaan akal yang tidak dinikmati oleh makhluk sehebat gunung, atau yang tangannya banyak seperti sotong atau kakinya banyak seperti lipan.
Dengan akal, manusia mampu untuk pergi ke tahap yang tidak mampu dicapai oleh mana-mana makhluk Allah yang lain. Kesedaran diri sebagai Khalifah adalah motivasi terbaik bagi mendorong manusia meneroka keistimewaan diri masing-masing.
Cabarannya ialah, bagaimana konsep ini boleh diringkaskan ke pemikiran kanak-kanak di awal usia persekolahan? Ruang ini menjadi kembara saya dalam mencungkil kemahiran dakwah yang belum ada sebelum ini.
MUHASABAH SEMINGGU
Seminggu Saiful Islam bersekolah di Khalifah Model School, ada beberapa perkara yang berlaku pada minggu ini, menarik perhatian saya.
- Pulang dari sekolah pada hari pertama Isnin lalu, beliau berkata, “seronoknya sekolah hari ini!”
- Semasa kami berehat, tiba-tiba beliau berkata, “Yop rasa lepas ni Yop tak nak dah tengok Ultraman le. Lagi pun bosan.”
- Sebelum makan, beliau menawarkan diri untuk membaca doa tanpa diminta.
- Ketika bersolat, beliau menawarkan diri untuk membaca iqamah tanpa diminta.
- Beliau berjaya mengurangkan marah dan gaduh bersama adik-adik.
Semoga perkembangan ini berterusan dan saya serta isteri juga terkesan dengan kemasukan Khalifah Method ke dalam keluarga kami, sedikit demi sedikit, perlahan-lahan. Ameen.

Malah kombinasi persekolahan Saiful Islam di Khalifah Method School bersama Naurah Sabihah di PASTI, suasana pembelajaran menjadi lebih baik di rumah, sesuatu yang kami cuba lakukan sebelum ini tetapi sering berpatah balik ke kotak satu dari semasa ke semasa.
Tiadalah hadiah paling berharga yang mampu diberikan oleh ibu dan bapa kepada anak-anak mereka melainkan peluang mendapat didikan agama yang membantu mereka untuk memilih menjadi soleh dan solehah, tanpa dipaksa-paksa.
Islam pilihan.
Bukan warisan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





salam…semoga Saifulislam dan adik-adiknya menjadi manusia berjaya seperti abi dan uminya…amin.( tersenyum sendiri membaca post ni)
Rase macam nak sekolah balik kat sekolah saiful Islam.
alhamdulillah…
mintak2 la saya mampu menyekolahkan anak2 saya di khalifah method school bila saya ada anak nanti..
Oh, sangatlah comel K.Nyah.. ‘Pis’nye tak boleh tinggal.
Sangat bagus Khalifah Method ini disuntik sejak zaman anak-anak. Agar mereka merasa diri mereka hebat dan perlu jadi hebat.
Sewaktu jaulah ke Petra dulu, saya sangat kagum melihat batu-batu yg berdiri teguh lagi kukuh. Terfikir, ‘Batuan ini sangat gagah hebat, dan kerdilnya aku dibanding dengannya. Malah jika aku terhimpap olehnya pasti remuk tulang belulang nipis ini. Maka kenapa, AKU dilantik menjadi khalifah?’
Kata pujangga Inggeris, Saiz Doesn’t Matter! Yang penting apa di dalam si kerdil itu. Jika sang singa merasakan dia kambing, maka singa hilang taringnya dan menyimpan kuku. Tapi bila sang pipit menyangka dia helang, pipit akan terbang setinggi langit.
**Esok pagi ada exam badan manusia, sempat lagi menyelak SIO. Huhu**
Berusaha!!- untuk abi dan ummi saiful islam dan naurah sabiha
Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting. Pada saya tidak kurangnya Sekolah Kebangsaan
Salam ust.
Mabruk ‘alaikum… suka post ni!…
dan bagaimana pula untuk menerapkan konsep ‘khalifah’ ini kepada rakan2 seusia dengan kita?
Setuju!
Mungkin Ust boleh jelaskan lagi tentang Khalifah Method ini, boleh jadi intinya boleh disesuaikan untuk remaja, pelajar ipt dan mana tahu, masyarakat secara keseluruhannya.
Ada diterangkan di http://saifulislam.com/?p=7345
berapa bajet untuk seorang anak ustaz? dalam RM500 ada ustaz? Nak buat future planning ni .. hehe =]
@pedangpen, Sekadar membantu ustaz menjawab… kalau xsalah sy, disebut dlm artikel ustaz khusus mengenai KMS ini. Permulaan saifulislam di sekolah itu memakan belanja dlm rm4000.. setiap bulan rm600.. insyaAllah.. Betulkan kalau salah.
melentur buluh biarlah dari rebungnya..
Tiada perkataan yang boleh nak gambarkan bagaimana perasaan ibu bapa bila anak kata ‘seronoknya pergi sekolah’….
Balik sekolah tidak sabar-sabar nak siapkan ‘homework’, malah mengeluh pula bila sekolah bercuti lama…
Moga Saif terus berkembang menjadi Little Khalifah yang soleh.. begitu juga Naurah….
bersemangat untuk menyiapkan diri, moga-moga suatu hari nanti saya juga mampu memberi peluang kepada anak cucu untuk memilih menjadi soleh tanpa perlu dipaksa-paksa..subhanallah..memang kurniaan yang sangat besar..
mudah2an semua orang mampu untuk menyekolahkan anak / bkl2 anak di khalifah method. Terkesan juga bila membaca sub topik : muhasabh seminggu tu. Mudah2an saiful islam sentiasa istiqamah dgn perubahan baru beliau dan menjadi role model kecik untuk adik2nya. InsyaAllah..
adik kembar saya, 10 years old yang ngaji tahfiz pun susah nak ubah, aneh sungguh, xpernah dengar budak primary school cakap “Yop rasa lepas ni Yop tak nak dah tengok Ultraman le. Lagi pun bosan.”
ustaz, ni first time saya dengar sekolah ubah budak dalam seminggu, selalunya dengar cerita2 perangai budak ubah selepas kem motivasi, bukan selepas sekolah. insyaAllah jika diizinkan, saya pun in the future plan nak masukkan semua diri saya and anak saya ke sistem khalifah ni… kudos to all Khalifah Institute community…n_n
insyaAllah masa cuti nanti, saya nak jenguk2 sekolah tu, n kalau boleh nak jadi volunteer gak (anykind of volunteerism, sapu sampah pun xper)…
moga pengorbanan ustaz n dr mendapat keberkatan Ilahi… seriously ustaz, i’m looking forward on updates about dis school… =)
Alangkah bagus kalau saya boleh mendidik anak sebaik itu. Saya sendiri mendapat Islam warisan bukan Islam pilihan.
Waktu dalam tingkatan tiga masih lagi menipu solat, padahal masuk bilik bilang sampai seratus.
kks.com
salam… bersyukur sangat kerana masih diberi kesempatan bernafas di tahun 1431H ni… masih diberi peluang untuk berubah dari Islam warisan ke Islam pilihan… kepada my little khalifahpun begitu jugalah akan saya cuba usahakan… walaupun adakalanya memang terasa sgt besar cabarannya… tapi InsyaAllah… sama-samalah kita usahakan…
alhamdulillah, untung saiful islam…
seronok dengar cerita saiful islam kali ini
Tahniah ustaz sbb telah memilih tempat belajar terbaik utknya.Matlamat utama belajar adalah untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari,alhamdulillah peringkat awal sudah menampakkan hasil..semoga saiful islam terus istiqomah dan dpt menjadi contoh utk adik2nya
(short term)
semoga khalifah model school brjy membuka cwgn ke seluruh negara.
sekurang2 kurangnya 1 per negeri… drjah 1 ke form 5
ade asrama…
(long term)
semoga konsep khalifah model school dpt diterapkan sepenuhnya ke dalam sistem pendidikan negara….
mesti ibu bape berasa sgt terharu dgn perubahan anak2…
ust hazrizal: sejuk ati sy bc kisah anak ustaz…
salam…firstly,sy bersyukur sgt bila ustaz dtg uia kuantan baru2 nie…
alhamdulillah,walaupun still student,byk ilmu2 keibubapaan yg boleh dijadikan contoh utk masa depan..
manusia di akhir zaman,terlalu byk godaan dan hiburan dunia…betapa pentingnya didikan agama ank2 diterapkan dari kecil bkan mlalui pakasaan tapi melalui dorongan dan tauladan…iman x dapat diwarisi..
anak2 perlu diajar kemahiran berfikir mcm yg ustaz dan isteri praktikkan spya minda ank2 akan mudah berkembang…insyaAllah akan lahirnye khalifah islam yg cemerlang dan cerdas fikirannya..
maaf kalu komen sy mcm pelik cikit sedangkan sy baru masuk 21 tahun pada 2010 nie..
satu bentuk asuhan positif dgn khalifah method.. menerapkan akhlak & kualiti cara hidup Islam sedari kecil membentuk peribadi yang ulung utk generasi masa depan..
artikel yg menarik
tiada yang menggembirakan hati ibu dan bapa selain melihat kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat…soleh wa musleh, insha allah!
“yang kecil sedang membesar, yang besar harus semakin matang”
again, syukran ustaz~
salam
ustaz ada tak artikel bagaimana mencungkil kemahiran diri? insyallah di gunakan untuk rakan2 masjid, jika ada.
salam ustaz. kt mane ye khalifah method school ni?
Assalamualaikum..
Alhamdulillah ustaz, gembira dengar perkembangan sihat anak-anak ustaz.
subhanallah
Ustaz pandai membuat analogi terhadap anak-anak.sebagaimana perkataan khalifah(diri sendiri) dengan anak yang bersekolah di KHALIFAH Method School.Mungkina kita semua boleh sama-sama ‘apply’kan dalam hidup seharian
Assalamualaikum..
anak saya baru 4 bulan 2 minggu menjenguk dunia…Semoga Allah akan membantu saya dan suami mengatur perjalanan yang terbaik yang “wajib” dia perolehi di dunia….
dan semoga di akhirat..ringan hisab kita ibu bapa di hadapan Allah..
Jom.. pakat2 congak darab.. bahagi dan tambah.. formula yang terbaik untuk mendidik anak agak dia kenal asal usul.. dan langsung mengenal Allah…….
Untuk ustaz.. smg terus memberi “pilihan terbaik” kepada anak2 selagi “mampu” dan “mahu”.
Wasalam.
salam abu saif
saya masih tertanya-tanya
kenapa allah menyampaikan wahyu kenapa nabi2 dan rasul2 melalui jibril a.s?
kenapa allah tak menyampaikannya sendiri?
mungkin ana keterlaluan menyoal tentang ini tetapi masih mengharap jawapan dari ustaz
Tanda Allah ingin menguji ” keimanan Nabi mungkin… dan mungkin juga menunjukkan “kekuasaan Allah” yang Maha mempunyai “kerajaan yang Agung…
Maaf bertindak sebagai pencelah..
Sharing is Caring..
masya ALLAH, this is great!
what if teachers out there putting efforts to understand and apply Khalifah Method in their schools, Insya ALLAH…Khalifah Method will be spreading widely.
It is not only understanding and implementing Khalifah Method at school…usually the good things shall also be observed when the little khalifah is at home (like what Yoep has been practising after ONE week). Masya ALLAH this is good improvement!
Masya ALLAH yoep! well done,Allahhumma baarik ‘alaik!
to all Ustaz Hasrizal’s family, May ALLAH make things easier for ALL,
ALLAHUMMA BAARIK ‘ALAIKUM…
kat mana skolah 2??
@Anonymous
sekadar pandangan :
untuk menjawab persoalan itu, teringat tentang satu analogi berkaitan dengan organisasi sebuah syarikat…
pasti akan ada CEO, setiausaha, pengurus kewangan, pengurus2 jabatan, dan banyak lagi jawatan yang lain…
CEO yang bijak akan bersistematik dengan gerak kerja syarikatnya…maka, akan adalah pembahagian tugas…bukan semua kerja akan dilakukan oleh CEO kan? kerana CEO adalah jawatan yang tertinggi dan sebenarnya kerja CEO lebih rumit kerana perlu mengawal semuanya walaupun bukan dia pelaksananya…
dengan adanya pembahagian portfolio dan tugasan ini, maka berjalan lancarlah urusan sesebuah syarikat
maka Allah itu pastinya lebih agung dan mulia daripada seorang CEO…jadi tugas menyampaikan wahyu kepada nabi2Nya diserahkan kepada Jibril a.s….tugas bagi menyampaikan da’wah kepada sekalian manusia diserahkan kepada para nabi dan rasul…tugas menyambung urusan da’wah itu pula diserahkan kepada para sahabat2, tabi’ tabi’ien, ulama’, daei, dan lain2…namun yang pasti, semuanya di bawah kawalan dan kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mulia…
::betulkan kalau tersilap::
Salam Ustaz… saiful Islam sekolah khalifah method school kat mana?
@’Afifah Azam
allhamdulliah
ada logiknya
sALAM semua,
semoga kita semua dikurniakan anak-anak yg soleh. aminn..
Mungkin ustaz boleh buat satu artikel, methodology, bagaimana mendidik anak-anak di zaman yang mencabar ini. Walaupun baru berusia 21 tahun, perkara yg sangat menjadi kegusaran saya ialah suasana anak-anak saya hidup nanti. Bukan mudah menjadi ibu bapa dalam dunia moden. Kalau tak kena cara, boleh rosak anak-anak kita.
Namun saya yakin, untuk mendapat anak-anak yang soleh, diri kita harus soleh dan solehah dulu. Pemikiran kita tentang konsep apa itu baitul muslim harus jelas. Syariat juga harus diambil sebagai pegangan hidup. Tapi, saya akui, itulah benda yg paling sukar nak dipertahankan.
Malah, proses kearah membina baitil muslim juga penting. Maksud saya proses memilih bakal suami@isteri, adab-adabnya, batas pergaulan sebelum berkahwih dan banyak lagi. Saya yakin, jika awal-awal lagi kita ikut methodology atau cara islam dalammembina sebuah keluarga, InshaAllah, kita semua mampu melahir baitul muslim di rumah masing-masing.
Ini sekadar pandangan saya. Mungkin, lepas buku aku terima nikahnya, ustaz boleh keluarkan sebuah lagi buku, “aku dan anak-anak ku” yang memberi panduan untuk ibu bapa dalam kearah melahirkan keluarga islam yang sejati.
Wassalam.
Assalamualaikum…
Anak sulung saya hasil dari PASTI.. sekarang Anas berada di tahun satu… alhamdulillah didikan di PASTI amat2 saya kagumi.. cuma di kawasan saya ni pinggir bandar.. pilihan tak banyak.. yang ada cuma sekolah rendah harian biasa.. saya memang bercita-cita utk menghantar anak2 saya di sekolah seperti Little Khalifah dan yang seumpamanya.. integrated curriculum… hinggakan saya berangan2 untuk membuka sebuah sekolah seperti itu di kawasan saya… supaya lebih ramai anak anak kita berpeluang belajar di sekolah seperti itu walaupun bukan di bandar besar…
Assalamualaikum
Saya suka benar dengan pendekatan yang digunakan oleh ustaz untuk mendidik anak,banyak bercerita,ini mengingatkan saya pada ibu saya,ibu saya juga menggunakan pendekatan yang sama pada kami adik beradik,seronok sangat,ibu suka bagi contoh nabi dan para sahabat.
Assalamualaikum W.B.T
‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.’
Mungkin ini rahsia terbesar yang Al-Fadhil Ustaz cuba sorokkan (hehe). Kita dapat lihat situasi yang mirip jika kita toleh leher kita ke sekeliling. Mengapa masih ada saja anak yang kurang ajar walaupun ayahnya imam & ibunya ustazah; serta cukup didikan agama diberikan?
Saya memandang senario ini seperti peribahasa di atas. Mungkin ayahnya yang bergelar ustaz, pernah berperangai seperti anaknya. Mungkin juga ke’turun’an sikap dari ibunya yang bergelar bilal jenazah wanita sama seperti perangai anaknya sekarang?
Saya suka petik semula kata-kata Al-Fadhil Ustaz Jamahari Abdul Manaf, beliau pernah berkata “mungkin sewaktu ayah & ibu budak itu ketika zaman muda remajanya ada buat silap.”
Silap yang bagaimana? Allahua’lam.
Sungguh demikian, sikap kita (yang masih bujang) sekarang mempengaruhi sikap anak-anak kita apabila mereka beranjak dewasa kelak. Jika perangai kita sekarang mulia & disenangi orang lain, insyaAllah anak-anak kita juga memliki sikap seperti kita. Akan tetapi jika perangai kita seperti selayaknya perangai sang ‘bajingan’, maka anak kita pun akan bersikap seperti sang ‘bajingan’.
ingat, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.