Taubat Sang Pemalas

January 11th, 2010 by Abu Saif 11:48 am | 12,577 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

“Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.

Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.

“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.

“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.

“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.

“Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau.

“Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab.

“Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu.

“Itu kan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala” saya mencelah.

“Itu baru mereka. Ustaz pula kena buat persediaan. Buat macam-macam slaid. Tinggalkan isteri, tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit, saya yakin berapa sangatlah duit yang ustaz dapat. Tapi ustaz datang juga. Dan ceramah berjam-jam dengan penuh semangat” sambungnya lagi.

“Rutin yang menyeronokkan” saya menyelit.

“Semuanya kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu, dapat petunjuk. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk saya. Tiba-tiba saya lebih selesa lepak di bilik main game atau tidur sahaja. Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?” soalnya dengan nada serius.

“Allah Maha Pengampun” saya menjawab.

“Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.

Saya terdiam.

“Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!” katanya.

Antara sedih dan terharu, hinggap pula di hati saya perasaan lucu.

“Tahu takpe!” hati berkata.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. ‘Cerdik’, Bukan Macam Sang Kancil “Kancil tu berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba dia terjatuh ke...
  2. Sang Kancil Bukan Mukmin Profesional ‘CERDIK’ BUKAN MACAM SANG KANCIL - SIRI II Sang Kancil...
  3. Sang Murabbi Segalanya berupa nostalgia. Ada manis dan ada pahit, namun semuanya...

Advertisement

51 comments

  1. Ahmad Shakir bin Salleh says:

    Haha. Good one ustaz! Saya pula boleh azam begini, “Saya mesti berjogging setiap hari supaya tidak kufur nikmat taman rekreasi yang dibina bagi tujuan membantu saya menjadi sihat.”

    Hehe.

  2. Tronx013 says:

    salam…

    huh….. bgusnya ‘dia’ …mm kena contohinya…. pengorbanan org lain untuk kita, jarang sekali kita sedar… tetapi pengorbanan kita yg sikit selalu diungkit…. mmmm….

    :) masa untuk berubah dengan penuh keazaman!

  3. nurulhidayah says:

    salam…..wah,menarik perhatian betul entry ust ni.saya semester ni yg kurang kelas mmg patut ‘sedar’ utk rajin memenuhkn masa dgn aktiviti bfaedah…nt jd buang masa or kufur nikmat pula.

  4. hm..best jugak yea kalu suma orang fkir cm2. aman dunia nie rasanya..hehehe.pakat – pakat la kita suma perjuang dan kukuhkan iman didalam diri masing-masing..

  5. salam ust. mcm mane pulak menghadapi kaum ‘guru’ yg pemalas pulak ye?

  6. tariq_dhiya' says:

    Tulus dan ikhlas harapnya budak tu, semoga kita semua rajin bertaubat macam dia:)

  7. Syuhada' says:

    alhamdulillah budak tuh ade kesedaran mcm 2..semoga kebayakan orang n remaja gak terdetik hati mcm dak tu..itu semua Allah yang bagi hidayah..Subhanallah..

  8. salam~

    artikel yang comel,
    meski intisarinya mungil-mungil,
    tersirat pengajaran memanggil-manggil,
    membuatkanku merasa kerdil,
    terasa hina akibat disindir~

    astaghfirullah~

  9. Khairi says:

    Salam,

    Baguslah kalau semua mcm ni. Boleh memotivasikan diri sendiri hehe.

    kks.com

  10. fareast says:

    nikmat yang banyak Allah beri, jangan disia-siakan.

  11. ibnujusup says:

    kalau dah jadi tabiat memang susah ustaz…
    kene slow2 berubah…
    yg penting step by step…

  12. ibnujusup says:

    x de yg mustahil..
    kalau kite yakin boleh berubah, insyaallah kita akan berjaya…
    PS: ni antara azam tahun baru saya ustaz…

  13. azninabela says:

    bagusnya org muda ni! =)
    alhamdulillah Allah berikan dia hidayah..
    tak semua org peroleh hidayah utk sedar dan terfikir sampai mcamtu..
    saya pun tak pernah terfikir mcamtu walaupun dah pergi banyak program..=P

  14. abahsofea says:

    Assalamualaikum

    Artikel yang melucukan tapi memberikan makna dan sumber inspirasi..betullah kata si penginsaf tue..takkan Allah akan ampunkan dosa orang yang tak pernah mintak ampun..yang ego pada nikmatNYA..

  15. Rosez says:

    Salam. NICE. Sgt sesuai utk org yg suka melenting bile dnasihat sket pasal agama. Kononnya boring dan dh tau hukum tu dr sek rendah lg. Org mcm tu patut ke kita nasihat ustaz? Sbb bkn diorg xtau hukum, saja xmau je. Apa pendapat ustaz?

  16. hazmer says:

    ustaz, kalau Allah dpat maafkan orang yang tidak pernah minta maaf dan bertaubat sebelumnya ….bagaimana pula dengan orang yang melakukan keslahan yang sama berulang kali walaupun selepas dia buat salah dia bertaubat….kemudian mengulanginya akibat kelalaian dan nafsu ?????

    • Amin007 says:

      @hazmer, sesungguhnya Allah tu maha pemgampun. yakinlah dengan janji-janji Allah.

      kalau lalai mintak ampun, buat lagi mintak ampun, buat sekali lagi mintak ampun.

      lepas tu azam tak buat lagi

    • @hazmer, Ustaz dah pernah tulis artikel tentang persoalan Tuan. Lama dah rasanya. Manusia jenis ni, mohonlah ampun pada Allah selepas buat dosa. Mohon lagi, dan mohon lagi sebab kita tak tahu bila akan mati & taubat mana yang Allah terima. Lepas buat salah, mohonlah ampun segera. AZAM sungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya lagi.

  17. sarah salwa says:

    a good heart….most thing that we need

  18. sedikit sebanyak benda ini memberi kesan positif dalam diri saya..
    terima kasih ustaz..

  19. azmihypro says:

    …tidak sia2 pengorbanan ustad..alhamdulillah..

  20. cahaya pencinta says:

    salam..hmm..sy pon ada wat azam mcm ni..tp harini dah 3 hari x g surau..hari pertama sy guna alasan hujan, hari kedua sy ada mslh peribadi n hari ni ada mslh dgn kwn n kbtulan dah mgrib xabis2 gadoh (on9-die kat oversea)..hrp2 esok xde lah alasan2 yg leh wat x pegi surau..rindu nak pegi..

  21. 'Afifah Azam says:

    kasihan? apabila yang memberi dan yang menerima saling mengasihani, maka objektif di sebalik semua itu
    mampu dicapai dan dijayakan, alhamdulillah~


  22. Ahmad Shakir bin Salleh:

    Haha. Good one ustaz! Saya pula boleh azam begini, “Saya mesti berjogging setiap hari supaya tidak kufur nikmat taman rekreasi yang dibina bagi tujuan membantu saya menjadi sihat.”
    Hehe.
    Respond to this comment [with empathy]

    :)

  23. zacharias says:

    aha, lucu juga. Saya harap ayat ‘tahu takpe’ ust di hujung nya tak membuat si pencerita putus semangat bila baca entri ini.

    Azam tahun ini tak mahu kufur nikmat tubuh badan yang sihat, dengan memerap depan komputer 24 jam

  24. ibnujusup says:

    :-) thank you…
    tambah semangat ni…

  25. azri says:

    pepatah melayu untuk orang melayu
    jangan ‘hangat-hangat tahi ayam’

  26. nadiah says:

    Salam ustaz, saya antara orang yang kufur nikmat di zaman IPTA. Alhamdulillah sekarang dalam proses ke arah kebaikan. Mohon doa dari ustaz dan teman-teman sekalian

  27. zaffankhalid says:

    Terbaik!

    Menambat hati mereka yang malas ke program adalah kejayaan sesebuah program(pada hemat saya). Lebih hebat bila mereka jatuh cinta dan mahu lagi.

    Andai buat program untuk target orang yang `biasa` berprogram, memang mudah. Namun, cabarannya ialah menarik mereka yang belum pernah merasa syoknya mendengar dan berfikir secara santai untuk mencari erti hidup.

    Saya suka anak muda di atas. Kenyataan melempang diri sendiri agar sedar. Penceramah tidak lagi perlu bersusah payah memperli atau torchure. Kaedah itu tidak lagi sesuai dengan generasi-Y, yang tidak suka dipaksa kerana desakan dari dalam sendiri pun tiada. AJak mereka fikir dan menganjak paradgima.

  28. Nor says:

    Salam Ustaz, congtrats ustaz… a good reverse psychology :-)
    Terasa pedas betul cili ni :-)

  29. Kami.blog says:

    Pergh..
    bgus budak itu..

  30. green says:

    cara kesedaran yang jarang didengar..
    bagus..

    syukur, walaupun ada sedikit lucu..;)

  31. joegrimjow says:

    bila la boleh nak menulis macam ustaz ni. humor membina

  32. noridayumz says:

    joegrimjow kata humor membina..sy sokong…

  33. anuar says:

    memang benar erti hidup ustaz pada memeberi ,thanks for thos who’ve been in this kind of field..Allahhu Akbar

  34. Latifah says:

    MasyaAllah…
    terharu sungguh baca artikel ni..
    emmm saya pun berazam untuk lebih rajin dengar ceramah dan guna masa dengan sebaiknya…

  35. bintu_jamil says:

    tidak semua orang mempunyai kesedaran begitu…
    entri yg menyedarkan diri utk menghargai kuliah2 yg diadakan di masjid kampus…

  36. adahunn... says:

    malasnya nk baca….nk komen…
    jahat x saya?huhu…guro ustad…jgn marah

  37. kyuk says:

    “Allah Maha Pengampun” saya menjawab.

    “Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.

    —-
    zaap sekali di situ. terima kasih atas artikel ini ustaz..

  38. setuju..bisa berbisa kata-kata tu

  39. ummuardinie says:

    Assalamualaikum,

    Satu perkongsian yang menarik ustaz. Tapi saya cuma nak tambah satu sahaja..program majlis ilmu ni, sama ada 1 orang atau 100 orang yang datang, ganjaran pahala yang diperolehi oleh penceramah/penganjur tetap ada. yang rugi adalah mereka yang tak mahu/sombong sahaja. lebih2 lagi kalau ada yang merasakan dirinya sudah pandai dan tak perlu menambah ilmu di dada..

    wallahua’lam.

  40. mohamadazhan says:

    salam ust, menarik untuk kesedaran saya juga :)

  41. shida says:

    ustaz,sy mohon nk copy..utk sebaran pd kwn2..terim kasih bnyk

  42. bagus.ustaz dah mencetus yang mahu

  43. faizah says:

    salam ustaz,

    “mensesiakan” atau “mensia-siakan”?

    hmm.. tahu takpe!
    (buat peringatan diri juga..)

  44. Jamri says:

    Cantik! Sebagai orang yang mengalami jerih payah mengatur & menjayakan sesuatu majlis, saya tak pernah terfikir dari sudut yang Ustaz nukilkan. Mungkin kerana biasanya majlis bersifat satu hala saja dan jarang meneliti respon/kehendak hadirin.

    Ustaz, terima kasih. Dan pada anak muda tersebut juga.

  45. Sujud syukur dan terharu saya jika ada yang berkata begini kepada saya & sahabat-sahabat selepas tamat program anjuran kami. Sujud syukur saya bila ada yang bisa berhijrah selepas sesuatu program. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Saya harap begitulah. Saya berharap & berdoa.

  46. saie says:

    assalamualaikum
    mohon copy artikel ini untuk mengetuk sedikit sebanyak hati-hati mad’u dan daie dikampus saya

  47. sakinah says:

    good one ustaz :)

Leave a Reply