Motivasi Pagi MHI TV3: Erti Hidup Pada Memberi

January 31st, 2010 by Abu Saif 1:37 am | 10,227 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

Rakaman segmen Motivasi Pagi TV3 bersama Ahmad Fedtri Yahya: Erti Hidup Pada Memberi

“Anta percaya tak kalau ana katakan bahawa 1 jam pertama setiap pagi, adalah penentu kepada keseluruhan hidup kita dalam sehari?” saya berbual dengan seorang teman.

“Percaya. Pengalaman kita semua ke arah itu. Jika mulakan pagi dengan tenang, tertib, elok Solat Subuhnya, elok mood, minda dan fizikal, maka Insya Allah eloklah keadaan diri sepanjang hari” katanya.

“Kalau mulakan hari dengan Subuh Gajah?” saya bergurau.

“Turun minyak naik minyak sahajalah kerjanya. Seperti gajah!” beliau membalas.

Memang benar.

Penting sekali untuk kita mulakan pagi dengan cara yang terbaik. Pada tanggungjawab solat Subuh, berjemaah di masjid atau surau bagi lelaki. Lebih cantik jika didahului dengan Qiamullail. Biar ringkas, asalkan konsisten.

“Jangan ikut falsafah kambing!” saya menokok.

“Macam mana tu?” tanya beliau.

“Anta pernah tengok kambing bangun pagi keluar kandang dan berazam nak jadi kambing yang lebih baik berbanding semalam?” saya menyoal.

“Haha…!” beliau hanya ketawa.

“Kambing bangun pagi, apa yang difikirkannya ialah apa aku nak makan hari ini, di mana aku nak berehat, siapa bini aku hari ini! Itu sahaja…” saya mengulang kenyataan yang sering disebut di dalam ceramah.

“Malang betul, ramai manusia yang memulakan pagi dengan falsafah kambing itu. Malah lebih hebat, bukan setakat hari ini aku nak makan apa, tetapi hari ini aku nak makan siapa!” tambah beliau lagi.

PERMULAAN YANG BAIK

Rakaman segmen Motivasi Pagi TV3 bersama Ahmad Fedtri Yahya: Fitnah – Jadi Gagah, Bukan Rebah

Justeru, elok benar kita manfaatkan pagi-pagi kita dengan amalan-amalan baik yang diajar Sunnah, kemudian isikan ia dengan segmen Motivasi Pagi Malaysia Hari Ini di TV3. Sekarang ni, formatnya lebih segar. Bersama saudara Ahmad Fedtri Yahya, motivasi pagi semakin menarik untuk mengiringi sarapan pagi kita bersama keluarga sebelum berangkat ke sekolah dan tempat kerja.

Alhamdulillah, saya menerima undangan untuk mengisi slot Motivasi Pagi di TV3 sebanyak tiga slot. Ketiga-tiganya sudah dirakam dan satu daripadanya sudah disiarkan pada . Berikut adalah tajuk setiap slot dan tarikh siarannya.

  1. RANCANG DAN MENANG: 17 Januari 2010
  2. ERTI HIDUP PADA MEMBERI: 31 Januari 2010
  3. FITNAH – JADI GAGAH, BUKAN REBAH: 20 Februari 2010

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada saudara Ahmad Fedtri Yahya dan kru atas kesudian memberikan ruang untuk saya MEMBERI dan BERKONGSI.

Semoga bermanfaat.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Erti Hidup Pada Memberi… Hati! Erti hidup pada memberi… Saya mencari erti hidup pada apa...
  2. Motivasi Pagi -2-: Sentiasa Memberi Yang Terbaik Berikut adalah nota rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio...
  3. Indah Desa Pada Hidup Memberi “Tambah le lagi makan tu!”, kata Wah kepada kami. Saya...
  4. Motivasi Pagi -1-: Menghargai Sebuah Kehidupan Bermula pagi ini, saya akan mula bersiaran di Radio IKIM.FM...
  5. Motivasi Pagi -5- : Puasa Menjana Manusia Efektif Berikut adalah nota rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio...

Advertisement

36 comments

  1. qasru addini says:

    saya tak mahukan hidup sprt kambing..
    saya mahu buat sesuatu yg menambah iman sy,wpun ia hanya amal yg sgt kecil

  2. sinar says:

    Moga Allah buka langkah untuk ustaz lebih ke depan dalam memberi

  3. joegrimjow says:

    sayangnya tak dapat untuk tonton secara langsung
    ada yang ‘upload’ dalam youtube, jangan segan segan letak di dalam blog ya ustaz

  4. thahalatef says:

    salam ustaz, kami yang berada jauh-jauh ni tak berkesempatan untuk menonton HMI, minta ustaz atau sesiapa pun yang ada upload link youtube sangat2 lah dihargai.. terima kasih..

  5. sufi says:

    Jom semua.. tengok dan dengar motivasi ustaz pada hari ini.. :D

  6. Kak Ija says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Slot Motivasi Pagi MHI ini pernah menjadi rancangan kegemaran akak pada tahun 1995-1996, ketika itu yang menjadi penceramah yang diminati adalah Dr Fadzilah Kamsah. Malah isi-isi menarik yang beliau utarakan menjadi panduan hidup akak dalam melayari kehidupan di alam kerjaya dan rumahtangga.

    Akak percaya ramai yang akan terkesan dengan penyampaian dari ustaz ini. Berfikiran positif contohnya boleh membawa kita pergi dengan lebih jauh daripada berkeluh kesah dan menyalahkan keadaan.

    Semoga seruan agar Muslim kembali kepada Islam ini disahut dan memberikan kesan yang baik di masa depan.

  7. dr.radzi says:

    aslmkum ustaz…
    ada rakaman? kat website tv3 ada?

  8. nur says:

    salam..
    usataz, nanti jangan lupa upload ye. :)

  9. Zamrii says:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Harap dapat upload kat You Tube/ blog ustaz untuk mereka yang terlepas menonton Motivasi Pagi MHI TV3 :)

  10. ibnu joseph says:

    lebih baik ditampar sebagai kambing, daripada dilaknat orang menggunjing~

    terima kasih ustaz atas tamparan

    (TT)

  11. thinker says:

    ustaz,

    kadang-kadang,kambing lebih bagus daripada manusia.

    kambing tahu cari tempat berteduh kalau hujan.

    manusia tidak mahu cari pelindungNya walaupun telah diuji :)

  12. betullah ustaz, saya kalau pagi kerinan (bangun lewat kata org jawa) mesti moody sepanjang hari

  13. Assalamu’alaikum WBT. Nampaknya saya sudah terlepas kedua-dua siri Motivasi Pagi bulan ini. Rugi.. rugi. Harapnya saya berpeluang menghadam isi MP ustaz untuk bulan hadapan. Saya mahu jadi gagah, bukan rebah!

    Bab bangun pagi sangat penting. Permulaan untuk menjadi siapa kita pada hari tersebut. Jangan lupa amalkan doa supaya kita dilindungi daripada sifat malas dan lemah. InsyaAllah amal ibadah kita akan menjadi lebih ceria cemerlang. Wallahu’alam~

  14. jidan says:

    tepat sekali…pagi adalah permulaan hidup untuk sepanjang hari..Jika kita rasa tidak gembira,mulakan hari dengan senyum di hadapan cermin.Amalkan setiap hari…insyaAllah mudah2an sepanjang hari kita akan ceria…

  15. itqan says:

    muslim yang cemerlang itu mestilah hri ini lebih baik dari semalam

  16. oren_kopi says:

    saya sedar saya pon macam kambing-kambing n gajah-gajah di atas.
    terima kasih.

  17. Azizul says:

    Assalamualaikum ustaz

    Dulu pernah dengar ceramah Dr. fadzilah kata bangun pagi terus senyum walaupun belum berus gigi lagi hehe. Pensyarah saya , Prof. Senoo, seorang nihon jin ( orang jepun ) juga selalu pesan supasa kami ucap selamat dan buat perkara-perkara yang mengembirakan diri dan orang lain di awal pagi.

    syukran atas perkongsian ustaz V(^_^)

    p/s: ana tau tempat bagi gambar ke2 tu kat UITM Shah Alam kan hehe

  18. alia says:

    awat ustaz tak umum awai2…kalo x blh sy tgk.. rasa terkilan dah terlepas dua episod..huhhuhu

  19. Pelik…pelik…Ustaz tulis artikel ini nak beritahu programnya supaya pembaca boleh bersedia dan menonton sendiri di kaca tv. Ini tidak, siap suruh Ustaz uploadkan lagi…hmmm…anak muda,..anak muda…

  20. saufi says:

    askum… d harap program ini d buat d seluruh peringkat;. sampai menyerluruh

  21. Abu Nabil says:

    Tahniah Ustaz.. seperti yang diharapkan.

    Sempat tengok Motivasi Pagi Ahad baru ni.. miss tarikh 17hb sebab ada Tamrin..

    Actually, Motivasi Pagi is one of my favourite slot sejak lama jika tidak bertembung dgn program atau ceramah lain yg lebih aula’.

    Anyway harap teruskan usaha membentuk jiwa-jiwa manusia, moga segala urusan hidup kita semua dipermudahkan.

  22. ASSALAMU’ALAIKUM..BETUL KATA USTAZ TU KENA MULAKAN PAGI DENGAN CARA YANG BAIK..SEBAB TU KITA KENA TIDUR DENGAN CARA YANG BAIK SPY BOLEH BANGUN PG DLM KEADAAN YG BAIK

  23. ummusyakirah says:

    Assalamu’alaikum,betul kata ustaz tu kena mulakan pagi dengan cara yang baik..sebab tu kita kena tidu dengan cara yang baik spy boleh bangun pagi dlm keadaan yang baik

  24. Murtadha Rafaai says:

    You deserved it Ustaz !

  25. rio helmie says:

    betul la ustaz…dunia dah jadi tunggang langgang..orang suka berjaga malam dari bangun awal pagi…malam jadi burung hantu pagi jadi kambing..

    saya la tu

  26. ashiena says:

    salam semua,

    mungkin saya terepas pandang, tapi tak ada slot motivasi pagi di webiste tv3..

    ada sesiapa yang dah dapat?

  27. megat says:

    SAYA ADE MASALAH,PENDEK JE SOALAN BAGAIMANA NAK MENJADI ORG YG BAIK,SAYA TIAK TAHU BAGAIMANA NAK MENJADI ORG YG BAIK.INI KERANA..SAYA SERING BERASA SERABUT

  28. Rahimi says:


    megat:

    SAYA ADE MASALAH,PENDEK JE SOALAN BAGAIMANA NAK MENJADI ORG YG BAIK,SAYA TIAK TAHU BAGAIMANA NAK MENJADI ORG YG BAIK.INI KERANA..SAYA SERING BERASA SERABUT
    Respond to this comment [with empathy]

    Salam saudara megat,rajinkan la kaki dan diri saudara untuk berjemaah di surau atau masjid serta mengikuti majlis ilmu atau kuliah magrib…hidayah Allah tidak akan datang jika kita sendiri tidak pergi mencarinya…

  29. tania says:

    bleh x mse ngah mengacara,tangan jgn terlalu aktif yea…lagi smart…huhu

  30. balqes says:

    alhamdulillah ustaz…

    sy seronok dengan ape yg ustaz beri kan(ilmu)

    sesuai dgan moto ustaz..erti hidup pd memberi

Leave a Reply