
Bulan ini, sudah lima tahun saya berumahtangga, bergelar suami kepada seorang isteri. Sungguh pantas masa berlalu. Sudah separuh dekad, saya dan isteri menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai teladan dan sempadan.
Perkahwinan kami tidak susah. Ketika saya mengambil keputusan untuk memperisterikan beliau, saya hanya berpandukan kepada fatwa hati. Dengan sedikit maklumat tentangnya, dan gambar yang langsung tidak membolehkan saya mengecam rupanya, saya berpegang dengan pesan Nabi SAW bahawa hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan. ‘Orang tengah’ yang juga merupakan sahabat saya memahami keputusan tersebut.
Hati saya tenang.
Sebelum membuat keputusan muktamad, saya ke masjid untuk solat Isyak dan Tarawih. Malam Ramadhan yang cerah, saya menadah tangan memohon daripada Allah agar memberkati pilihan saya ini.
Cuaca dingin Disember 1998 di Kota Dublin mengiringi saya pulang dari Masjid di South Circular Road. Saya merenung langit. Kerlipan bintang bukanlah suatu pemandangan biasa di Ireland. Lazimnya siang dan malam kami diselubungi awan tebal. Namun saya semacam lega. Membuat keputusan yang baik pada malam yang baik.
Hati saya terus tenang.
Saya bersetuju menerima ‘lamaran orang tengah’ tersebut dan subhanallah, bakal isteri saya juga menyatakan persetujuannya menerima sebelum melihat diri saya. Persetujuan disampaikan melalui telefon kepada ‘orang tengah’ dan saya menyambutnya dengan syukur.
Mungkin terlalu sukar untuk dibayangkan bagaimanakah begitu mudah kami berdua bersetuju untuk saling menerima, sebelum berkenalan, keluar makan-makan, berbalas-balas surat, seperti yang selalu diamalkan hari ini?
Ya, bukan sahaja orang lain, malah ahli keluarga saya sendiri kehairanan.
Kali pertama saya bersua muka dengan bakal isteri saya ialah di hadapan ibu serta bapanya.
“Tarikh bertunang sudah dipersetujui, cuma ‘mak’ nak tanya sesuatu. Kamu pernahkah melihat yang empunya diri?”, bakal ibu mertua saya bertanya. Beliau sudah pun membahasakan dirinya sebagai ‘emak’.
“Belum, mak”, saya menjawab sambil tersenyum.
Saya dapat melihat wajah abang saya yang begitu terkejut. Macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah ditemui? Ia terlalu ganjil untuk zaman ini. Di hadapan kedua ibu bapa, kami bertemu buat pertama kali.
Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang pertunangan saya dengan seorang ‘bakal doktor’ amat terkejut.
“Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?”, tanya seorang rakan saya.
“Nabi SAW lagi sibuk dari saya. Isteri baginda lebih sibuk dari seorang doktor. Tapi rumah tangga mereka adalah yang paling bahagia. Tentu ada formulanya!”, saya menjawab dengan selamba.
Mudah sahaja jawapan saya itu. Namun saya memang sentiasa memikirkan tentangnya. Sampai begitu sekali persepsi kawan saya. Gilakah saya ini, kerana mahu memperisterikan seorang doktor?
Cabarannya memang besar.
Cabaran pertama adalah soal harga diri. Melalui didikan Islam yang kami terima dalam kuliah, tamrin, usrah dan bacaan buku, perkahwinan antara seorang ustaz dengan seorang doktor tidak pernah dianggap tidak sekufu. Apa yang penting, kedua-duanya saling berpegang kepada nilai-nilai Islam. Kami menilai kehidupan dengan penilaian yang sama dan di situlah keserasian serta persamaan itu wujud.
Namun kehidupan ini tidak seideal itu. Kami perlu berhadapan dengan persepsi masyarakat. Seandainya kami mudah tergugat oleh “apa yang difikirkan oleh orang lain”, maka tentunya kami akan keletihan menangkis sinis dan sindiran yang ada. Apalah yang ada pada seorang ustaz, jika ukurannya adalah pada sebuah kebendaan? Apakah yang mampu ditawarkan oleh seorang ustaz kerana ‘ilmu agama’ tidak pernah menjanjikan kekayaan bagi pejuangnya. Kami saling menerima, atas realiti itu.
Cabaran kedua adalah soal komitmen kerja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan berumahtangga adalah sesuatu yang amat mencabar bagi seorang doktor. Khususnya di peringkat housemanship (juga disebut internship). Seorang suami kepada seorang doktor akan lebih banyak ditinggalkan kerana jadual oncall yang tidak berperi kemanusiaan. Bayangkan, seorang doktor yang baru memulakan kerjayanya di sebuah hospital, masuk kerja pada jam 8 pagi hari Isnin. Beliau habis bekerja pada jam 5 petang hari Selasa, malah kadang-kadang terlajak hingga ke jam 8 malam. Keesokan harinya, Rabu, beliau akan ke hospital semula pada jam 8 pagi dan tamat kerja pada jam 5 petang hari Khamis.
Rutin begitu, menyebabkan seorang kawan saya mencadangkan supaya isterinya tidak balik ke rumah. Tidurlah di hospital. Biar dia sahaja yang datang melawat isteri di hospital. Itu lebih baik dan melegakan bagi si isteri.
Sanggupkah saya untuk berhadapan dengan semua itu?
Saya bersyukur. Ketika saya membuat keputusan untuk berumah tangga dengan seorang doktor, apa yang saya fikirkan ialah peluang saya untuk berbuat kebaikan. Saya gembira membayangkan betapa saya dapat mendidik isteri dengan pengetahuan agama Islam. Saya gembira dapat memasak yang sedap-sedap untuk isteri (sudah jemu untuk menjamu kawan-kawan bujang yang tidak pernah kenyang). Saya gembira membayangkan suatu hari nanti jika ada rezeki, saya dapat mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Malah paling menggembirakan, perjuangan saya di medan Amal Islami dapat dikongsi bersama seorang isteri. Ia menyempurnakan sudut kehidupan saya.
TUJUAN BERUMAHTANGGA
Tanpa saya sedar, saya mendapat kekuatan untuk menerima kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari satu prinsip hidup saya yang penting, ‘ERTI HIDUP PADA MEMBERI’.
Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.
Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.
“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”, kata Kak Naz dan Abang Rozli semasa saya menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga.
Nasihat itu saya pegang hingga hari ini.
DIIJABKABULKAN
Setelah dua tahun kami bertunang, saya diijabkabulkan pada 14 September 2001 oleh ayah mertua saya sendiri. Dengan hanya sekali lafaz, sahlah hubungan kami sebagai suami dan isteri, seperti yang kami doakan.
Kami tidak berpeluang untuk lama berada di Malaysia. Kepulangan ke tanah air untuk melangsungkan perkahwinan hanya ada 8 hari. 4 hari selepas kenduri, saya dan isteri meninggalkan Malaysia untuk menyambung kembara kami di bumi Ireland.
20 September 2001, saya dan isteri melambaikan salam perpisahan kepada dua keluarga yang berkumpul di KLIA buat pertama kalinya. Perjalanan kami ke Ireland, diselubungi sedikit rasa bimbang kerana kami menaiki pesawat ke New York via Shannon (Ireland), 9 hari selepas WTC runtuh. Kawalan keselamatan yang amat ketat semasa transit di Amman, Jordan sungguh merimaskan. Kami tiba di Shannon pada pagi 22 September 2001 dan syukur semuanya berjalan lancar.
Rumah pertama kami adalah sebuat bedseat kecil di Inchagill Road, Newcastle, Galway. Ketika itu saya masih menunggu proses untuk menyelesaikan tawaran kerja saya sebagai Imam di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara.
Kehidupan berumahtangga kami pada 3 bulan pertama, sudah menampakkan cabarannya. Isteri saya amat terbeban dengan tugasnya sebagai JHO di NUIG Hospital. Namun saya bersyukur kerana mempunyai serba sedikit keupayaan untuk menguruskan rumah tangga. Sayalah yang memasak, menghantar makan kepada isteri seandainya beliau oncall dan seterusnya menguruskan hal ehwal rumah. Mind-setting berumah tangga untuk memberi, amat kuat dalam membekalkan rasa gembira di sepanjang pengalaman itu.
Dua bulan selepas berumah tangga, saya dipanggil bertugas secara rasmi di Belfast Islamic Centre. Walaupun kedua-dua bandar itu terletak di pulau yang sama, jarak yang memisahkan tidak memungkinkan kami untuk sering bertemu. Saya terpaksa meninggalkan isteri sendirian di Galway untuk memulakan tugas di Belfast, 8 jam perjalanan dengan menaiki keretapi, melalui Dublin.
TERPISAH
Kami berpisah. Ia tidak mudah. Namun kerana ‘ada’nya Allah, kami saling merestui pengorbanan ini. Seperti yang Ustaz Pahrol Mohamad Juoi tuliskan di dalam lirik nasyidnya, “Bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah”.
Selepas 6 bulan isteri saya berkhidmat di NUIG Hospital, beliau berpindah ke hospital lain di Letterkenny yang terletak hampir 5 jam perjalanan ke utara Galway. Kali ini isteri saya sudah tidak terlalu jauh. Letterkenny hanya 3 jam perjalanan dengan menaiki bas ke Belfast.
Tetapi, saya pula menghadapi kesulitan untuk melawatnya di Letterkenny. Saya bertugas sebagai Imam dan dalam masa yang sama menjadi Pengetua di Belfast Islamic School. Sekolah itu beroperasi paling utamanya di hujung minggu. Maka pada hari Sabtu dan Ahadlah saya menjadi paling sibuk. Oleh itu, isteri sayalah sekali lagi banyak berkorban. Setiap Jumaat selepas habis bekerja, beliau akan menaiki bas menuju ke Belfast.
Saya pula banyak menghabiskan masa di masjid dan sekolah di sepanjang Sabtu dan Ahad. Jika mendapat kelulusan Direktor Masjid, maka barulah saya berpeluang untuk menemani isteri pulang ke Letterkenny pada hari Ahad dan pulang semula ke Belfast pada pagi Isnin. Demikianlah kehidupan kami di sepanjang 6 bulan kedua perkahwinan.
Isteri saya telah mengandungkan anak pertama kami ketika bertugas di Galway lagi. Maka di sepanjang perkhidmatannya di Letterkenny, beliau menempuh kehidupan yang amat sukar dengan keadaan kami yang berjauhan. Beberapa kali isteri saya pengsan semasa bertugas, dan mujurlah Consultant beliau begitu memahami keadaan ini. Saya dihubungi dan dinasihatkan supaya memberi perangsang dan semangat kepada isteri.
Sedikit kecewa, seorang Konsultan berbangsa Irish boleh begitu profesional dalam mengendalikan pekerja bawahannya, sedangkan beberapa orang doktor Muslim lain yang bertugas bersama isteri saya menuduh isteri saya ‘gila’ kerana mengandung semasa bekerja sebagai JHO!
MENYAMBUT CAHAYA MATA PERTAMA
Syukur Alhamdulillah, rumah tangga yang dibina tambah berseri ketika menerima ketibaan cahaya mata pertama kami, pada subuh 6 Julai 2002 di Royal Maternity Hospital of Belfast. Selepas azan dilaungkan, saya namakan anak kecil yang comel ini sebagai Muhammad Saiful Islam bin Hasrizal.
Isteri saya bercuti selama hampir 6 bulan. Apabila beliau kembali bertugas sebagai SHO Haematology di NUIG Hospital di Galway, saya terpaksa meninggalkan Belfast. Tidak dapat dibayangkan kami hidup berpisah selepas mempunyai seorang anak.
Selepas mengikut isteri berpindah ke Selatan, kehidupan kami semakin bahagia. Saya berasa agak tenang kerana selama bertugas di Belfast, saya sentiasa berada di dalam keadaan tertekan. Sama ada disebabkan oleh bebanan kerja, mahu pun oleh gangguan polisi-polisi kerajaan Britain yang amat menyusahkan kehidupan saya sebagai seorang Imam.
Republic of Ireland lebih tenang. Saya bertugas secara sambilan membantu Imam Khalid di Galway, khususnya untuk mengimamkan Solat Jumaat.
Selepas 6 bulan, kami berpindah ke Tallaght di selatan Dublin dan 6 bulan kemudian kami berpindah sekali lagi ke Naas, di County Kildare.
PULANG KE MALAYSIA
Pengajian Master saya di The Open University, UK terpaksa ditinggalkan apabila isteri saya dipanggil pulang untuk berkhidmat di Malaysia. Perjalanan kami di Ireland berakhir pada 29 Julai 2004.
Tidak lama selepas itu, rumah tangga kami diserikan pula oleh ketibaan cahaya mata kami yang kedua, puteri kami yang diberi nama Naurah Sabihah binti Hasrizal. Terasa bagai lengkap keluarga saya apabila menerima sepasang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan. Puji buat-Mu ya Allah.
Kehidupan berumah tangga di Malaysia jauh lebih mencabar. Kami berdepan dengan kehidupan yang sibuk dan amat menekan. Kami sesekali membayangkan, kehidupan yang ‘seperti orang lain’. Habis kerja pulang ke rumah. Hujung minggu bersiar-siar di taman, membeli barang keperluan di pasar, dan melawat sanak saudara yang jauh dan dekat.
Namun, selepas bertahun kami mendirikan rumah tangga, kami tidak pernah lupa bahawa pertemuan yang menyatukan kami, adalah pada sebuah perjuangan. Sebagaimana kehidupan kami sebelum berumah tangga penuh dengan aktiviti-aktiviti Islam, membantu menyebarluaskan agama Allah, maka kehidupan seperti itu jugalah yang menghiasi perjalanan bahtera rumah tangga kami ini.
Kesibukan kami tidak pernah berkurang, malah jadual saya semakin ketat.
ERTI KEBAHAGIAAN
Beberapa hari yang lalu, saya menerima sms dari seorang pelajar yang pernah mengikuti kursus yang saya kendalikan.
Katanya, “Ustaz, apa yang saya sedar selama ini, ramai orang merasa bahagia dan gembira apabila dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga. Namun, pada hemat saya, ustaz mempunyai masa yang amat terhad bersama keluarga. Jadi, apa erti kebahagiaan dalam hidup ustaz? Harap, soalan ini mudah untuk dijawab. Bukan soalan, tetapi minta ustaz kongsi dengan saya jika tidak keberatan.”
Saya termenung. Kebetulan semasa itu saya sedang out station di Labuan. Berikut adalah jawapan saya kepadanya,
“Kebahagian rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya adalah kualiti. Berapa ramai yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama. Mereka sebumbung tetapi masing-masing mengadap TV, tidak berkomunikasi. Ustaz sentiasa cuba pastikan setiap masa yang ada untuk bersama isteri dan anak-anak, digunakan sebaik mungkin untuk benar-benar bersama. Lihatlah Ismail alayhi al-Salaam. Sering ditinggalkan bapanya. Tetapi Ismail tidak pernah memusuhi Ibrahim. Mereka bertemu kerana Allah, mereka berpisah kerana-Nya jua.”
PENGHARGAAN BUAT SEORANG ISTERI
Terima kasih kepada isteri saya kerana bersabar dengan segala ujian yang menimpa kehidupan selama ini. Terima kasih kerana bersama saya menyedari bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita.
Terima kasih juga kepada isteri saya kerana tidak menambat kaki ini untuk terikat di rumah. Seorang isteri yang menghalang suaminya keluar berjuang, akan sentiasa memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Perginya suami atas dorongan isteri, adalah pemergian yang dibayangi kepulangan.
Terima kasih kepada isteri yang mentaati Allah. Kerana ketaatan kita kepada Allah, kita tidak gelisah untuk berpisah. Saya sentiasa percaya bahawa isteri saya mentaati Allah dan dijaga oleh Allah sepanjang pemergian saya. Isteri saya juga percaya bahawa saya mentaati Allah dan dijaga-Nya sepanjang masa saya meninggalkan rumah.
Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya…
Semoga cinta dan kasih kepada isteriku terus mekar pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa kehambaan. Hamba yang sering memikirkan peranan, dan gemar memberi kebaikan. Apabila peranan saling ditunaikan, berhasillah segala hak yang ditentukan. Moga Allah terus mengurniakan kepadaku, isteri dan anak-anak, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup, dengan siraman barakah dari Allah, Tuhan yang kerana-Nya, kami bertemu. Ameen…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Cheras, 16 September 2006
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











[...] “Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu. Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.” Teruskan membaca artikel ini di sini. [...]
Assalamualaikum. Terharu ana membaca artikel ni. Hiba pun ada, terharu pun ada. Semoga Allah kasih kpd hamba yang kasih pdNya. Semoga ini juga menjadi motivasi pada ana dan sahabat2 yg lain. “Barangsiapa yang bantu Agama Allah, Allah akan membantuNya dan meneguhkan pendirianNya”. Wassalam
[...] Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang maksudkan sebagai “dosa hari ini, menjadi kecurigaan esok dan selamanya” ketika menulis artikel “Erti Sebuah Perkahwinan“. [...]
salam smua….
satu artikel yg sgt menarik!!….
memang bnr,saya sgt setuju tntg isu ni….erti sebuah perkahwinan…
“Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya”¦”
thanks ustaz….aftr bace pesanan ni,membuatkan saya sdr n bgn dr dunie yg pnh kemaksiatan ini…..maksiat berc0uple bkn satu perkara yg mudah utk dielakkn….lbh2 lg utk stdnt u mcm saya ni…..envir0nment, surr0unding, kwn2 sume anggap ini perkara biasa…x de slh nye…..u lah tmpt utk cari partner life….kal0 da c0uple tu,stkt pgg2 tgn x pe,b0yfren n girlfren la katekan….sbgai kwn,kalo ditegur,nnti kene d0rg kate ” seb0k la ko ni,biarla…tu kan b0ifren aku….nnti da abes blaja aku nk kawen ngn die jgk….”
kepade diriku & rkn2 ku smua…..sdrlah…’sesungguhnye j0d0h itu di tgn Allah….jgnlah kite hanyut dlm kes0nokan dunie yg sementara ini’…
smoge kite semua sntiasa terpelihara dan kuat dlm menempuh dunia yg penuh kelalaian ini….Ameen….
[...] artikel Erti Sebuah Perkahwinan dan Biar Mati Anak, Jangan Mati [...]
assalamualaikum..
alhamdulillah…selama tempoh 2 sem di ipta..sy dapat memelihara diri dari terjebak dengan mainan hati remaja ini meskipun terdapat juga beberapa hajat yang ingin mengganggu gugat sy..tp hati ini tetap bimbang kerana perjalanan sy masih jauh..adakah sy masih kuat lg ketika itu?..sesungguhnya, sy sememangnya lemah dengan 9 nafsu yang dimiliki diri..hati mana yang tidak mahu disayangi dan menyayangi?…tetapi tidak rela saya, tuntutan hati itu dicemari oleh jiwa remaja yang amat rapuh dalam mengenal erti sebenar cinta ini…YA ALLAH…kau kuatkanlah iman ku di dalam menghadapi onak dan cabaran didunia ini yang bisa melalaikan aku..
apabila membaca kisah ustaz ini…betapa terharunya hati…adakah sy akan turut melayari sebuah perkahwinan yang bahagia seperti ustaz?adakah sy dapat menjadi isteri yang solehah dan taat kpd suami?…selalu sy berdoa kepada ALLAH..
YA ALLAH, peliharalah cintaku terhadap Mu.. sesungguhnya aku lemah..andai suatu hari nanti Kau hadiahkan aku seorang teman di dunia ini, ku harapkan dia juga mencintai Mu, agar bertambah rasa cintaku terhadap Mu, dan bila melihatnya, hati sentiasa segar mengingatiMU….
saya percaya pada ketentuanNYA…n saya juga tahu pemilik tulang rusuk yang kini telah menjadi sebahagian daripada diri saya sedia menanti saya mempersiapkan diri sebagai seorang wanita yang solehah…
amin
“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”,
Assalamualaikum..
Hmm.. rasa cam teharu sngt baca artikel ni. Dah pernah baca dlm majalah suatu masa dulu.. Tp, baca skali lagi pun, rasa tersentuh sangat.
Moga2 ALLah memberkati dan melimpah2 kan rahmah dalam hubungan kalian.. dan juga saya, di masa akan datang.. ameen!
assalamualaikumwbt ustaz..
maaf, mencelah..hajat mohon pandangan..
ustaz, alhamdulillah, dengan izin allah, saya telahpun bertunang dengan seoarng lelaki pilihan keluarga..
namun, yang ingin saya tanyakan pada ustaz
bagaimana apabila sepnjang proses taaruf itu, kita dapati, antara kita dengan bakal suami kita punya perbezaan yang agak banyak..
walaupun dari segi Deennya, insya-allah, kami berkongis cita dan matlamat yang sama..(hanyaALLAH sebgai MATLAMAT)
namun dari beberapa aspek lain, ada hal yang kita temukan kontranya..
kadangkala, hadir perasaan ragu..
waluapun sedar itu datangnya dari syaitan.
apa pendapat ustaz ttg hal ini?
p/s:
maaf ustz,
sebnarnya saya masih dalam usia muda utk berbicara ttg hal ini,
namun, kehendak allah
utk saya melaluinya dalam usia ini..
saya pohon tunjuk ajar dari ustz
semoga allah merahmati ustz sekeluarga
[...] “Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu. Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.” Teruskan membaca artikel ini di sini. [...]
hati saya teruja melihat tajuk erti sebuah perkahwinan.. kerana ketika ini saya sendiri terfikir apakah erti perkahwinan dlm hidup saya ini. telahpun dikurniakan 2 orang anak.. masing2 berumur 1tahun 10 bulan dan 7 bulan. perkahwinan baru menjangkau usia 3 tahun sudah mula terasa penat….
penat melayari kehidupahn seorang isteri dan juga seorang ibu yang sentiasa merasakan diri ini telah terlalu banyak memberi dan terlalu banyak berkorban. seringkali terfikir apakah betul pilihan yang dibuat 3 tahun lepas. walaupun sentiasa membuat solat hajat, taubat dan tahajud semasa membuat pilihan jodoh. setelah membaca artikel ustaz baru hati rasa sedikt tenteram dan teringat…
ya, diri ini rupanya semasa hampir memasuki gerbang perkahwinan telah bertekad untuk lebih banyak memberi… manfaat kepada mereka di sekitar terutama sekali pada yang tersayang. sebenarnya bagi mereka yang mengenali diri ini dan suami pada masa itu mmg ternampak jauhnya jurang antara diri dan bakal suami. sama ada dari segi usia, pendidikan dan juga amalan hidup. diri ini mempunyai segulung ijazah, berjawatan tetap di sektor kerajaan, umur 3 tahun lbh tua dan juga dilihat sebagai muslimah yang taat perintah agama. bakal suami pula adalah sebaliknya. bukan ego bukan takbur, cuma menyatakan yang sebenarnya. tapi diri ini memilih suami atas dasar ingin sama2 berubah kapada yang lebih baik. bakal suami seorang yang penyayang terutama pada kanak2 dan menghormati orang tua.
setelah berumahtangga dugaan demi dugaan menghampiri terutamanya dari segi kewangan. betullah mereka berkata kekukuhan ekonomi juga menyumbang pada kerukunan rumahtangga.
diri ini yang berpendapatan tetap, pulang ke rumah mengambil anak setiap hari dan mengemas rumah sendiri.setiap hari tidur selama 4- 5 jam sudah dikira rutin dan bangun di tgh mlm utk menukar pampers anak-anak dan memberi susu. suami pula bekerja shif. kadang2 ada kadang2 shif malam. tinggallah diri ini dgn anak2.
tau suami juga berasa penat dan selalu membantu bila ada kelapangan tapi tetap merasa tidak cukup bantuan yang diberikan suami. itulah dugaan tuhan dalam berumahtangga. moga tuhan kuatkan semangat untuk meneruskan perkahwinan ini ke arah yang diredhai dan diberkati… amiiiin.
Assalamualaikum..
Terasa terpanggil untuk berkongsi rasa selepas membaca comments dari su. Saya sendiri selepas berkahwin adakalanya terasa adakah betul keputusan yang dibuat 5 tahun yang lalu… mungkin kerana mengharapkan bahtera perkahwinan yang dibina ini terus menerus belayar tanpa gangguan ombak yang bergelombang… apatah lagi bertemu jodoh dengan jejaka idaman, sama2 menyertai program tarbiyyah dan dakwah sewaktu di universiti dulu.
Mungkin juga tidak ramai yang berkongsi pengalaman tentang realiti hidup yang sebenarnya. Apa yang disogokkan ketika mula2 hendak mendirikan rumahtangga ialah terbayang akan menjadi betapa lebih hebatnya tarbiyyah dan dakwah kita bila dua insan yang sefikrah berpadu tenaga.
Mungkin kesalahan saya kerana terlalu mengharapkan ‘kesempurnaan’ dalam kehidupan. Beberapa bulan yang lalu bertemu seorang sahabat dalam satu program dan disyorkan untuk melayari blog saifulislam.com. Alhamdulillah apabila meneliti tentang konsep MEMBERI, baru saya sedar itulah yang lacking dalam hidup saya. Kerana apa? Kerana setelah berumahtangga saya banyak mengharapkan untuk MENERIMA daripada MEMBERI. Saya banyak mengharapkan suami untuk menerajui semua hal, kononnya saya mahukan dia betul2 memainkan peranan sebagai ketua. Sejak itu, saya cuba belajar untuk MEMBERI dan sesungguhnya ia bukan mudah. Ia memerlukan mujahadah. Apatah lagi kita juga bekerja sepenuh masa. Teringat kata2 masulah saya. “Tunaikanlah tangungjawab kita sebagai isteri. Dan jika ada hak-hak kita yang tidak dapat ditunaikan suami, belajarlah berlapang dada. Boleh jadi terlalu banyak juga hak-hak suami yang tidak kita tunaikan. Apatah lagi setelah menjadi ibu, isteri lebih banyak memainkan peranan sebagai ibu daripada isteri.” Wallahulam. Sekadar berkongsi rasa dan pengalaman. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus MEMBERI… insyaAllah
[...] masih berasa sombong dan ‘terlalu segan’ untuk bertanya kepada yang lebih tahu tentang erti sebuah perkahwinan [...]
[...] ilmiahnya (saya turut meletakkan laman blog beliau selain laman SaifulIslam.com kendalian Ustaz Hasrizal Abdul Jamil sebagai salah satu feed widget di laman weblog ini – sila rujuk di sisi kanan) dari Markaz [...]
[...] masih berasa sombong dan ‘terlalu segan’ untuk bertanya kepada yang lebih tahu tentang erti sebuah perkahwinan [...]
[...] yang telah saya catatkan di dalam artikel ERTI SEBUAH PERKAHWINAN YANG DIBINA DI ATAS PERJUANGAN, saya cuba memberikan gambaran kepada cikgu yang bertanya, bahawa soal pelajar bergaul bebas, [...]
salam ustaz..
bila saya terbaca cerita ustaz,,,saye jadi terkelu,,macam ni ke pengorbanan seseorang bile bersuami/ beristeri kan Dr..apabila saya terbaca kisah ini,,sedikit sebanyak saya boleh memahami bakal suami saya yg juga seorang Dr..memang ada jugak kawan2 saya cakap,,kena banyak sabar kalau kahwin dengan Dr dan ada juga yang perli saya seolah2 tidak fikir betul2 untuk bersuami kan Dr, sibuk dengan tugas, bukan ada masa untuk bersama..kadang2 terasa give up, kecil hati dengan kawan2 yang cakap begitu..tapi bila terbaca yang ustaz cakap Nabi Muhammad SAW lebih sibuk, Siti Khadijah juga, kenapa mereka boleh bahagia..saya sangat setuju dengan pandangan ustaz..
ustaz, apabila saya membaca entry ini buat kesekian kalinya, air mata keharuan tetap mengalir di pipi…artikel ini tanda luahan ikhlas yang lahir dari hati yang paling dalam…moga saya dapat at least mencontohinya inshaAllah..
sejak melangkah ke ‘dunia luar’ ni…mcm2 yg i jumpa..alami..rasai sniri as pglmn…tak semudah dan seindah yg di gambar kan semasa zaman campus dulu..
@eek_Syawal,
i think i’ve go through with the same situation like u…rasa nk balik zaman study…
bahagianya hidup ana kalau suami ana tahu menghargai isteri..
belum pernah dgr pujian darinya
semuanya serba tak kena
mungkin ini ujian Allah
sabar dan redha je laaa
assalamualaikum ustaz…
terharunya diriku ini pabila terbaca artikel yang memerlukan PENGORBANAN SUAMI dan ISTERI….saya amt setuju bahawa dalam alam perkahwinan,PENGORNANAN,KESETIAAN,KEPERCAYAAN DAN MEMAHAMI ITU TERAMAT LA PENTING..kepada insan yang bergelar WANITA,ingatlah bahawa Jika kita bercinta kerana ILLAHI,akan ada suatu hari nanti insan yang mencintai kita kerana ILLAHI jua…janganlah gusar dan GELISAh memikirkan tentang jodoh yang sememangnya telah ditentukan ILLAHI..WASSALAM
thanks ustaz..sedih saya baca,tak taulah kenapa, teringat ayat al-quran wanita yg baik utk lelaki yg baik dan wanita yg jahat utk lelaki yg jahat…
ustaz rajin menulis,saya rajin membaca heahea
salam..terharunyer dgn pjalanan hdp ustaz…sy amat kagum dgn usaha ustaz yg berjuang mberi “cahaya” kpd kami, adik2 yg dalam “kegelapan” dunia ciptaan sendiri….sy suka baca artikal2 ustz dlm web@majalah..
thanx ustaz..
[...] http://saifulislam.com/?p=75 [...]
[...] Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang maksudkan sebagai “dosa hari ini, menjadi kecurigaan esok dan selamanya” ketika menulis artikel “Erti Sebuah Perkahwinan“. [...]
[...] Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang maksudkan sebagai “dosa hari ini, menjadi kecurigaan esok dan selamanya” ketika menulis artikel “Erti Sebuah Perkahwinan“. [...]
[...] pada link ni utk pergi ke archive tu..boleh jadi pedoman utk pasangan2 muda yg bakal/telah/bercita2 utk [...]
salam..
sy suka bc entri ni..bnyk mmberi keinsafan trtama bg rmja mcm sy ni..sy ska bca yg ni,
“Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya..”
kwn2 sy mmg bnyk yg ade couple..sy dulu ade gak tp skrg ni tak lagi..alhamdulillah Allah bri petunjuk.. sy mmg da rs ragu2 kat diri sendiri..sy slalu tnya kat diri sy, sy mampu ke nak elak suma ni?sy btl2 hrp Allah bntu sy..lps baca entri ni, sy sdh btol2 yakin yg kptsn yg sy amik ni mmg betul!sy tak nak jd hamba Allah yg ingkar..klu ade jdh nnti adelh kn..
tapi klw umur dah lanjut, kena usaha cari gk….
utz Hasrizal & dr Muna,
selamat hari ulang tahun ke 5 perkahwinan.
perkongsian pengalaman adalah memberi ‘keuntungan’ kepada mereka yang terkemudian yang bakal menempuh ‘alam’ yang sama yang mungkin lebih mencabar..!
Salam
Overtime nampak?
@Pak Din, “Berapa ramai yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama. Mereka sebumbung tetapi masing-masing mengadap TV …”
Difirkir mendalam, peringkat permulaannya terbentuk apabila suami-isteri tidur sebantal (paling tidak sekatil) tetapi mimpi lain-lain.
Bangun keesokkan harinya, masing-masing terdedah kepada harapan, andaian, persekitaran dsb yang berlainan, kemudian akhirnya, beransur menjadi arah berlainan (sendirian)
Kebersamaannya hanya pada penghasilan zuriat, tetapi kurang atau tidak lansung pada penghasilan proses pendidikan dan pembentukan jatidiri keturunan
Ibarat jam tradisi (yang ada dua tangan) hanya bersama di satu hujung, sedangkan sentiasa berbeza arah, pada banya masa
Hanya apabila kita memahami bahawa keperluan berbeza arah (tanggung-jawab) itu adalah bagi memberitahu satu masa (sekarang pukul 10, contoh) barulah berjaya menterjemah keperluan tersebut. Ramai gagal!
Kalau nak bahagia kahwin, jangan suka puji pasangan depan orang lain, dan jangan suka puji diri sendiri sebagai seorang pasangan yang serba bagus kepada pasangannya. Jangan suka memandang rendah perkahwinan orang lain, dan jangan sekali-kali dicela suami atau isteri orang lain yang tidak bertanggungjawab, lazimnya mudah terkena batang hidung sendiri. Jika yang datang minta nasihat akibat keburukan pasangannya, janganlah ghiarah beri nasihat dan katakanlah, kejahatan pasangannya itu menjadi peringatan buat diri sendiri supaya tidak melakukan kejahatan yang sama. lazimnya, banyak orang suka nasihat rumahtangga orang lain tetapi lupa jaga diri sendiri. Dalam pada itu, janganlah sekali-kali berjanji bersumpah setia dengan pasangan, kerana itulah kegemaran syaitan. katakanlah kepada pasangan anda bahawa “saya berazam untuk terus bersama dengan insan yang telah ditentukan dan kepadaNya saya bertawakal’. Sesungguhnya jiwa yang terluka kerana termakan janji lebih dalam lukanya. Bukan kerana ketidaksetiaan,, tetapi pengkhianatan ke atas janji-janji yang dibuat. Syaitan itu pengkhianat dan amat suka mendorong manusia mengkhianat janji-janji. Sesungguhnya kebahagian dan kesetiaan sampai mati adalah rahmat Allah semata-mata. In syallah bersama di syurga nanti.
p/s Ustaz – 5 tahun itu hanyalah permulaan dan sebenar-benar kesetiaan dan kejujuran ialah bila kita dalam peringkat umur “critical medial age” di mana nikmat perkahwinan itu tak de rasa apa-apa pun. Di situlah semua lelaki (khasnya saya) akan tercabar dan dicabar. Lazimnya umur 40 ke atas sehingga 55 tahun. Moga-moga sama-sama bertahan dan memperkuatkan azam setia.
IT TAKES 2 TO TANGO…
p/s: Correction-’7th’ anniversary.
jika memuji isteri di hadapan orang lain itu suatu kesalahan, maka salahkan NABI SAW yang memuji isteri-isterinya. Pujian itu bukan pujian yang melampau atau tanpa sebab tetapi pujian itu disandarkan kepada penjelasan terhadap apa yang dipuji.
bukan memuji rupa parasnya, bukan memuji sedap masaknya, tetapi yang dipuji adalah akhlaqnya. dan pujian itu adalah galakan dan penghargaan dengan bahasa syukur.
“dan berkenaan dengan nikmat Tuhanmu, perkatakanlah mengenainya” [Al-Dhuha: 11]
kebaikan yang dipuji bukan jaminan bahagia. usaha mesti berterusan semasa perkahwinan di usia 5, 7 atau 20 tahun. tetapi mensesiakan kebaikan, atau tidak ringan mulut menghargai pasangan adalah jaminan sengsara!
setiap peringkat umur ada cabarannya yang tersendiri. penceraian berlaku pada semua peringkat umur. takkanlah saya nak tunggu perkahwinan saya mencecah 20 tahun, baru saya yakin yang perkahwinan saya 15 tahun yang lalu adalah sesuatu yang baik? kalau baik hari ini, baiklah ia. kalau buruk esok, buruklah ia dan berusahalah mengatasinya.
jangan pesimis…!
Maaflah Ustaz jangan ambik hati … saya tak maksudkan ustaz … saya cuma respon kepada gadis-gadis dan teruna yang nak kahwin … sekadar untuk pengetahuan .. bila dah kawin selepas 10 tahun anta faham sendiri la .. lagipun ana kerja di bahagian perundangan – dah banyak berurusan dengan kes-kes rumah tangga bermasalah … setiap aduan yang datang ana jadikan pengajaran untuk diri sendiri dahulu.
Kebanyakan kes kemain dahulu mengangkat pasangan masing-masing – tetapi kemudiannya bila bermasalah – yang buruk semua keluar – habis segala yang baik dilupakan.
Ana dah berbelas tahun kawin dan dah macam-macam dugaan dilalui – janganlah asyik nak peringatkan orang sahaja – anta pun patut bersyukur bila ada orang memperingatkan … bukan pesimis .. cuma orang berilmu dan baik-baik macam ustaz ni suka saya bergaul – salahkah saya nak bergaul orang-prang beriman macam ustaz dan saling ingat memperingatkan – segala ilmu ustaz saya terima .. tetapi takkan saya nak berkongsi ilmu dengan orang lain, tiba-tiba ustaz terasa … Ni mesti dah banyak terjebak dengan perdebatan .. aleh-aleh ingat orang nak berdebat sahaja … hati-hati … saya tak ada masa nak berdebat – saya pandang ustaz ni macam adik saya – cuma dalam Islam diajar – berdampinglah dengan orang berilmu yang macam ustaz.
So – berhati-hatilah kalau mudah terasa … itu tandanya kita sudah mula sukakan pujian dan kata-kata yang menyenangkan tetapi mula rimas bila ada kata-kata teguran – itu bunga-bunga ujub… Maaflah .. lain kali tidak lah mahu saya menganggu web ini … payah nak cakap dengan orang muda yang dalam ilmunya .. nanti saya pula yang berdosa dengan Tuhan ..
Nabi pernah kata … sape tuntut ilmu untuk berdebat atau mrendah-rendahkan orang jahil atau untuk bermegah dengan ilmunya neraka jahannam la tempatnya. Maaf sekali lagi.. saya memang tak nak masuk neraka. saya juga tak ada niat nak berdebat… sekadar berkongsi ilmu … salah rupanya di sini… Maaflah.
Saya tak ambil hati. Dalam penulisan apatah lagi dalam perjuangan, soal kecil hati, merajuk dan terasa tidak boleh masuk ke dalam rutin. Otherwise 10 tahun lalu dan merajuk di pinggiran.
Apa yang saya ulas itu, adalah komen kepada point-point yang akhi kemukakan yang saya kira tidak sesuai sama ada ditujukan kepada saya atau sesiapa sahaja. Jangan pula kalau nak tuju ke saya, sebut elok-elok, tapi kalau nak tuju ke orang lain, kita sebut sesuka hati. Saya pun manusia biasa macam orang lain. Tak patut ada double standard whatsoever.
Pengajarannya, setiap yang ditulis di tempat terbuka sebegini, akan dibaca oleh pelbagai jenis orang dan menimbulkan pelbagai interpretasi. Sebagaimana saya berusaha mencari perkataan yang betul untuk menulis begitu saya harap kita semua melakukan perkara yang sama.
Soal niat orang, ujub atau riyak, serahkanlah kepada Allah kerana semua itu adalah bahan penilaian Dia. Penilaian kita akan dinilai Allah jua.
Okay lah gitu. tegurannya saya terima dengan terbuka hati… Sesiapa yang terbaca komen saya, abaikanlah kata-kata saya. Biasalah – orang yang dah lama kawin macam saya ni pun bukan betul sangat. banyak bengkang bengkoknya. Entah apa lah nilai saya di sisi Allah … Terima kasih di atas teguran itu.
salam… tahniah kpd ustaz kerana beekahwin dengan doktor dan ummu saif pula masih bekerja sbg doktor, menyambung master lg… tabik spring lah… mudah2an inilah juga dikira jihad suami, kerana sesungguhnya doktorah2 ini bukan sesuka hati meninggalkan suami dan anak2 kerana kerja,,,, tetapi kerana tanggungjawab & jadual kerja yang susah nak difahamkan kepada org lain yang bukan doktor…
teringat kata2 sinis orang2 kebanyakan kenapa doktor2 perempuan ni tak ambik kepakaran sakit puan??? andai boleh jawab secara sinis pasti sudah disiniskan.. tp sekadar berkata… x mampu lah… very tough! bahawa dlm hati nak menjawab kepada lelaki2 yg bertanya soalan sedemikian… jika isterimu doktor, belum tentu lg yang bertanya akan sanggup melepaskan isterinya menghabiskan waktu di hosp shj…
semoga ummu saif & doktorah2 terus maju jaya….
salam..
terharu baca citer ustaz..ustaz doakan semoga saya diberikan kekuatan dan ketabahan serta ketabahan dalam mengharungi cabaran dan dugaan dalam berumahtangga..ini kerana saya rumahtangga saya kini umpama retak yg menanti belah..saya tak tahu di mana salah dan silap saya sehingga suami saya sanggup menduakan dan mengkhianati kepercayaan saya pada dia..saya akui saya banyak kekurangan dan mungkin suami saya mengharapkan kesempurnaan dalam diri saya…
[...] Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang maksudkan sebagai “dosa hari ini, menjadi kecurigaan esok dan selamanya” ketika menulis artikel “Erti Sebuah Perkahwinan“. [...]
tahniah ustaz..perkongsian pengalaman yg amat menyeronokkan..jd panduan kpd pemuda dan pemudi utk melayari kehidupan ini berlandaskan syariat..
“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”.
mmmm…..ni lah agaknya kesilapan saya yang saya mesti betulkan. nobody’s perfect. There is always room for myself, my wife and children to improvise. Jangan jangkakan perfection.
salam..
Yakinlah pada Allah…tinggalkan segala harapan manusia..sandarkan harapan hanya padaNYa yang selayaknya kerana DIA yang mengatur sesuatu yang lebih baik dari yang kita sangkakan..
Salam, ustaz.
Again, sesuatu yang touching pada diri seorang wanita yang tidak pernah sempurna seperti saya. Tulisan ustaz mengingatkan saya pada diri saya dahulu,yang sentiasa mengharapkan, sentiasa ingin menerima dan mementingkan kesempurnaan.
Betul, hidup ini hendaklah sentiasa memberi, baik memberi kasih sayang, memberi kebahagiaan kepada keluarga dan anak-anak. Bila kita sentiasa memberi, kita redha dengan segala pemberian itu, maka dari situ datangnya, hadirnya keikhlasan dan kemanisan hidup.
Alhamdulillah, kini saya lebih memberi, lebih redha dan lebih terbuka untuk menerima teguran.
Salam..
Sangat menyentuh perasaan sesiapa je yang membaca..bukan setakat memahami tetapi iktibar pengajaran,ya allah teramatlah byk..jdikan sebagai panduan untuk kehidupan yag lebih sempurna insyallah sebagai sebuah kluarga yang diredhai..
salam ustaz…pertama kali saya meneroka ke laman web ni…saya rasa seronok baca kisah2 ustaz dan isteri…banyak pengajaran yang saya pelajari…bnyk juga ilmu yang saya temui…moga pekahwinan ustaz dan isteri berkekalan hingga akhir hayat dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya…insyaALLAH…
Salam..
Sangat menyentuh perasaan sesiapa je yang membaca..bukan setakat memahami tetapi iktibar pengajaran,ya allah teramatlah byk..jdikan sebagai panduan untuk kehidupan yag lebih sempurna insyallah sebagai sebuah kluarga yang diredhai..
semoga mendapat pengajaran daripada kisah 100 dalam 1 ini.
ustaz, saya quot artikel ni ke blog saya. minta izin dan halal ilmu dari ustaz. terima kasih.
salam..ustaz…saya baru sahaja melayari web ustaz…ada beberapa artikel ustaz yang sy telah baca..setiap artikel yang dikeluarkan buat sy berfikir dan muhasabah diri sy sndiri…sy mendpt tahu web ini melalui seorg rkn yang baru sy kenali..
kata beliau mungkin boleh dijadikan panduan dan pedoman serta mungkin juga kpd keputusan yg akn sy buat kelak..insyaAllah..terima kasih ustaz..
Ustaz..sy pnh mempunyai seorg teman berlainan jenis yg rpt suatu ketika dahulu..kami x prnh keluar bersama..lama juga berkawan hampir 4 tahun lamanya shinggalah suatu hari dia mnta mngundur diri..sy x tau apa sbbnya..agak sedih juga…tp apabila sy membaca blog ustaz..buat sy berfikir byk perkara…stiap yg berlaku ada hikmnahnya krn stiap hr sy berdoa moga perjlnn hdup ini diberkati oleh Allah dan Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNYA..
salam ustaz..saya telah berumahtangga hampir 4 tahun dan mempunyai 2 org anak perempuan.sewaktu saya mengandung anak kedua yakni tahun lepas,suami mempunyai seorang gadis yg sangat dicintainya sehingga pernah kami berbincang suami jatuhkan talak satu kepada saya kiranya saya membuat teman wanitanya bersedih.
ustaz,saya kira setahun yg lalu dan sehingga kini usia anak hampir 1 tahun 4 bulan,suami akan berubah..ternyata tidak ustaz,suami masih lagi berhubung dan masih lagi menipu saya.apa patut saya lakukan ustaz.
bila saya ajak suami pergi belajar mengaji atau kelas ugama suami mentah2 memarahi saya,saya ingin belajar ugama ustaz..tetapi suami menghalang.saya ingin suami berubah jadi suami yg mithali yg mahuu dekatkan diri kepada allah tetapi suami tidak mahu malahan saya juga tidak diberi pergi belajar..apa harus saya lakukan ustaz..
sayu saya rasa baca kisah akak…….sabar ek kak…insyaAllah syurga menanti akak…..emm……tentang utk blajar agama, akak leh belajar melalui buku…banyakan baca buku yang senang faham……saya doakan akak bahagia……
Salamulaikum Ustaz tahniah saya ucapkan. Memberi dan menerima sebarang kemungkinan yang timbu adalah kerana Allah. kerana sekiranya segala-galanya kerana Allah insyaallah akan selamat dan ketenangan yang timbul walaupun ribut taufan di luar sana melanda, begitu juga keadaan yang saya lalui walau pun tidak semudah insan menerima kenyataan penceraian akibat angkara suami yang durjana mengamalkan ilmu hitam dengan berleluasa, tetapi insyaallah kita masih lagi mampu tersenyum kerana ada tempat untuk bergantung iaitu pada Allah Subhana hu wataalah, kadang kala penceraian adalah perlu dan menjadi wajib seperti penghijrahan nabi dari Mekah ke Madinah untuk menegakkan Islam dan mendapat ketenangan yang sejati segala-galanya adalah dari Allah yang maha esa. Apa-apa segala yang kita lalui dan tempuhi adalah fitrah alam yang mana untuk menguji dan dan menjaadikan kita lebih dewasa dan lebih beriman di dunia yang fana ini, kerana tidak sampurna iman seseorang sekiranya tidak di uji terlebih dahulu bukan ? semoga kita menjadi insan kamil Allauhuallam.
terharu gak walaupun lambat sket baca…
semoga saya turut tabah menghadapi dugaan sebergini, sama seperti insan2 lain..
salam..perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..layak kah saya mendapat lelaki yang baik itu? soalan2 begini lah selalu berlegar2 dalam kepala bila datang soal jodoh.
saya dalam proses meningkatkan lagi kedekatan saya pada Allah jadi kadang2 timbul soalan, untuk apakah semua ini?adakah untuk lelaki?
astaghfirullah..semoga Allah tetapkan niat saya untuk berjuang hanya keranaNya..insyaAllah..
niat tuk dapat laki baik pn leh jd krn Allah cz niat 2 leh mdtgkn keredhaan Allah…lakibaik atau cinta pada laki yang baik bkn tujuan tapi hanya wasilah utk memenuhi fitrah dan melengkapkan diri tk mncapai redha Allah
Ya Allah,tetapkan la iman ku agar berterusan m’ingatimu….Amin..
ustaz…saya juga berada jauh dari keluarga saya disebabkan tuntutan tugas…. saya di perak..suami di Jb..anak daerah yang lain di Johor… memang satu cabaran yang besar.. tp sedikit sebanyak,artikeel ustaz memberi motivasi kepada saya.. terima kasih…
ustaz, macam mane kite nak tau si perempuan itu adalah sesuai utk kita jadikan sebagai isteri? apa pndangan ustz sekiranya calon yg dicari perlu memenuhi kriteria pilihan hati yg telah ditetapkan oleh diri sendiri? sy rasa sukar mencari pasangan hidup..mohon pandangan…TQ
kiut anak2 ust…….
assalamualaikum ustaz. saya nak tanya pasal istikharah.
saya ada seorang kawan yang lain jantina. kami sudah berkawan secara serius selama 3 tahun. kami sudah merancang untuk berkahwin. parents kami pun sudah berjumpa dan berkenalan.
tapi satu hari kawan saya ni buat solat sunat istikharah(minta petunjuk adakah kami perlu teruskan hajat kami). dan esoknya dia mimpi orang lain. dia rasa was2, dia solat lagi. dah 4 kali solat (kalau tak salah), dia mimpi orang yang sama 5 kali. tapi dia masih berat hati nak tinggalkan saya sebab dia rasa mustahil dia dengan orang tu, juga sebab parents kami suka sama suka, dan dia tak pasti maksud mimpi2 tu dan juga atas sebab2 lain. walaupun rasa berat hati, saya cuba yakinkan dia yang mungkin orang yang dia nampak tu yang terbaik untuk dia. tapi dia masih rasa berat hati sangat nak tinggalkan saya. setelah lebih 3 kali dia solat dan nampak orang sama dia masih tak yakin yang semua mimpi yang dia nampak tu petunjuk supaya dia pilih orang tersebut. apa pendapat ustaz? apa yang patut kami buat? wajibkah kami ikut mimpi tu walaupun dengan rasa berat hati yang amat sangat (tapi kami tak faham maksud sebenar mimpi tu)? kami buntu. minta ustaz respon.
@ngah,
wsalam wbt.
sebelum istikharah, kena istisyarah. iaitu usaha kumpul pendapat antara pro n kontra.Then, solat istikharah utk tetapkan hati buat keputusan. Jika nanti ada apa2 yg di luar jangkaan berlaku sekali pun, tak terkilan krn keputusan benar2r dibuat dgn membulatkan hati kpd Allah. Ada pun menunggu petunjuk berupa mimpi, rama2 masuk bilik, Mak Jah sblh rmh melatah sebut nama, besar ruang syaitan menipu dan mengganggu pendirian.
tak perlu tunggu mimpi. lupakan mimpi, abaikan mimpi. istikharah bermaksud, kita membuat keputusan dengan menyandarkan keputusan YANG KITA BUAT ITU kepada Allah kerana sudah habis ikhtiar manusia.
Bukannya tunggu petunjuk
salam..
ustaz..
ana ade satu kemusykilan..
biar ana kenalkan diri dulu… ana pljr sebuah ipts.. ana mempunyai mslh keluarga yg agk rumit…
baru2 nie ana mendapat 3 lamaran tuk memperisterikan ana dlm mse sebulan…
biar la ana kenal kn mereka sbgai A ,B,C…
si A nie ana kenal dgnnya dari sekolah lg..
hanya menganggapnya sebgi kwn baik..
tp ana telah menolaknya sebab bg ana dy blum ckup kelayakkan bergelar suami…
si B pula ana baru knl di universiti yg sama ana blajar skrg.. kmi selalu bertembung tp x pernah bertegur.. ana mendpt slm perkenalan dy dari shbt sekelas… tiga hari berkenalan dy meminta izin untuk bertemu ayah ana.. dan mereka bertemu.. kebtulan ketika pertemuan itu, B melihat sendiri permslhan dlm kuarge ana… disitu bru B taw mslh kuarge ana.. urm..
mslhnya.. ana suke berkwn dgn si B nie tp dy menganggap kami bercouple.. ustz sndiri taw kn lau istilah couple nie muncul..mcm2 perkara lagha yg ada.. ana x suke begitu..
si C pula ana kenal da lama… mempunyai tarikh lahir,minat,hobi yang sma membuatkan kmi rapat..
tp ana hanya berkenalan dgnnya dari internet.. kami selalu membincangkan isu agama,pljaran,, n ana selesa menceritakan mslh kuarge ana kpdnya… dia sering memberi ana semangat..ana penah jatuh hati dgnnya atas peribadi n agamanya yg ana nmpk dari penulisannya…
tp ble dipikir balik, ana rasa ana x lyk untuknya kerna dirinya didampingi wanita-wanita solehah..
jd ana cube buang perasaan tue jauh2… tatkala perasaan tue hmpir hilang,, tetibe dia dtg n melamar ana..
dy juga telah membuat perancangan untuk memperisterikn ana…
sekarang ana konfius tuk memilih antara B @ C…
ana msih belajar.. ana terikat ngn B di sini…
kawan2 byk memihak pdnya… tp Ana memerlukan seorang zauj yg memimpin ana.. ciri2nya ada pd C… sedangkan B juga mempunyai ilmu n Agama..cuma jika dibandigkan C lebih byk ilmu agamanya… ana konfius skrg.. boleh ustz bg ana cara n nasihat bagiamana ana harus memilih??
salam…ustaz tharu saya dgn artikel tersebut….itulah rumahtangga yg sentiasa saya idam2kan bersama suami tercinta….terlalu byk pengorbanan yg saya lakukan utk melahirkan keluarga yg bahagia penuh dengan perasaan mahabbah, mawaddah dan sakinah….namun hadiah yg teristimewa drpd suami yg saya dapat ialah seorag “madu”…begitu pahit utk menelan semua ini…tetapi demi mentaati suami saya meredhainya dan menyerah segalanya kepada Allah…di saat mereka sedang bermadu kasih saya bermujahadah kepada Allah… semoga Allah akan memberi kemanisan kepada saya di dalam menjalani kehidupan berumahtangga…
Salam ustaz..
Terharu membaca rentetan kisah ustaz dan zaujah. Semoga baitul muslim yang dibina mendapat rahmat dari-NYA…
Ya allah,,kurniakanlah aku jodoh yg selayaknya dengan aku,,,aku juga mahu bina keluarga islam yg solihin2 belaka,,,ya-rahman,,kuatkan semangat aku utk berjihad utk cinta yg hakiki,,,amin =]
salam ust
stiap yg sukar ada kemudahan, begitu juga yg mudah ada sukarnya.
menariknya baca pengalaman ust, saya yakin sume ini telah ditentukan Allah
smoga terus tabah mengharungi stiap cabaran.amin
terharunyer..klau la sy dpt lelaki y berpikiran mcm ni kn bahagia..
i copy this to my blog , i put your blog address together .
salam….mencari dan membina keutuhan rumah tangga bkn nye snng….sy trharu membaca cerita ust …betapa bahagia nya sesebuah rumah tangga.dengan rahmat yg dilimpahi Allah Swt ….
Salam, saya memang tenang membaca artikel mahupun buku tulisan ustaz. Insyaallah ilmu yang ditulis akan diingati dan diamali. syukran
[...] ada masa, baca lah entri Erti Sebuah Perkahwinan / Mungkin Shak dah pun baca. Sedikit sebanyak macam situasi Shak. Harap-harap dapat membantu dan [...]