KENYATAAN:
Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul The 7 Habit of Highly Effective People milik Franklin Covey yang cuba saya olah berdasarkan perspektif dan nilai Islam. Tujuannya adalah untuk menggalakkan masyarakat mengambil manfaat daripada buku-buku Self Help yang ada di pasaran untuk memperkemaskan persembahan Islam agar keberkesanannya berada di tahap semasa dan optimum. Ikuti lanjutan artikel ini melalui artikel-artikel di bawah kategori Revolusi Sikap, atau terus ke Pendahuluan, Habit 1, Habit 2, Habit 3, Habit 4, Habit 5, Habit 6 dan Habit 7 – ABU SAIF
“Saya tidak akan menang kecuali ada yang kalah”, kata Ahmad.
“Betul, jika ia sebuah pertandingan. Tetapi hakikat kehidupan kita bukan suatu pertandingan. Ia adalah suatu realiti yang kita boleh menang bersama”, jawab Syarif.
“Betulkah begitu? Bukankah sudah sekian lama kita hidup dalam dunia pertandingan? Sejak Darjah 1 lagi. Kalau tak dapat nombor 1 hingga 30, tentu sahaja masuk ke kelas 2 Bakti dan bukan lagi 2 Aman. Silap-silap tercampak ke 2 Erat”, sambung Ahmad pula.
“Ya, sebab itulah susah untuk Think Win-Win kerana kita hidup dan membesar di dalam dunia Win-Lose atau jika dua Win-Lose gagal beralah, ramai pula yang memilih Lose-Lose”, ujar Syarif sambil mengenang-ngenang kembali PUISI 2006 yang ditelitinya dari Saifulislam.Com.
THINK WIN-WIN
Ramai yang bertanya kepada saya mengapa saya mengambil masa yang terlalu lama untuk mendokumenkan Habit 4 iaitu Think Win-Win, selepas 3 habit yang pertama telah selesai saya nukilkan.
Jawapannya mudah.
Terlalu sukar untuk menulis tentang Think Win-Win, sebagaimana susah untuk mempraktikkannya. Kita sudah benar-benar selesa hidup, makan, minum, belajar, bekerja malah berdakwah dengan Think Win-Lose.
Pemikiran Win-Lose terbit dari sangkaan diri bahawa dunia ini miskin kebaikan. Pemikiran yang membayangkan bahagian masing-masing seperti sebuah kek. Jika engkau makan potongan yang besar, maka ia akan mengecilkan bahagianku!
Lantas kita sentiasa bertanding di luar pertandingan. Hasilnya tidak ada sesiapa yang menang. Menang atas kekalahan orang lain, bukanlah kemenangan yang bermakna. Ia umpama enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas.
Sakit apa?
Sakit iman. Memanjat kejayaan dengan memijak orang lain.
Paling malang, apabila pemikiran Win-Lose ini menguasai jiwa daie. Bertanding di dalam dakwah.
Saya pernah menempuh pengalaman yang mengajar saya betapa peritnya berdakwah di dalam kerangka Win-Lose.
PENGALAMAN PAHIT
Semasa bertugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre, saya sungguh berhasrat untuk memberikan sepatah dua kata menyambut kedatangan pelajar baru tahun itu. Atas kapasiti saya sebagai Imam, saya bertemu dengan pelajar Muslim baru dari pelbagai negara yang datang belajar di The Queen’s University, Belfast. Namun sudah tentu saya juga mahu bercakap secara khusus kepada pelajar Malaysia yang senegara dengan saya.
Lantas sebuah program diatur semenjak seminggu dua sebelum pelajar baru tiba, dan ia adalah amalan biasa bagi komuniti pelajar Malaysia. Tiba-tiba saya dikejutkan apabila ada pula pelajar senior lain yang mahu mengadakan program pada tarikh dan masa yang sama. Untuk berkelakuan rasional dan berfikiran Win-Win, saya mengajak pelajar yang mahu bercakap itu untuk bersama-sama di dalam program yang telah dirancang ini. Malah saya menawarkan diri untuk bercakap hanya setengah jam, supaya setengah jam berbaki diisi oleh pelajar tersebut.
Prioriti utama ialah, saya tidak mahu pelajar baru diletakkan di dalam suasana terpaksa memilih. Ia bukan pertandingan populariti, tetapi ia adalah tanggungjawab agama yang maqasidnya adalah pada mengumpulkan manusia di dalam kebaikan.
“Agar kamu tegakkan agama, dan janganlah pula kamu berpecah belah di dalam urusan itu” (Al-Syura 42: 13)
Beberapa panggilan telefon dibuat untuk mencari kata sepakat. Tetapi masa dibuang dari pagi hingga lewat malam tanpa penyelesaian kerana Win-Lose adalah jenayah kepada dakwah.
“Ustaz ambil pelajar lelaki dan biar pelajar perempuan datang ke program kami”, katanya.
“Apa? Apakah kalian ini feminist atas nama dakwah?”, mengapa yang lelaki disingkirkan dari manfaat jika benar dakwah kamu substancenya adalah kebaikan?”, tersirap darah saya menerima cadangan itu.
Selepas puas berdiskusi, akhirnya saya pula disinggung sebagai ‘outsider‘ yang sepatutnya ke tepi.
Lambakan gerakan Islam yang ada di Malaysia belum berupaya memenangkan Islam kerana mereka sangat berminat untuk bertanding di dalam dakwah. Kemenangan hanya dapat dicapai di atas kekalahan orang lain!
Jika soal pilihanraya yang dimaksudkan, maka amat sahih hanya satu kemenangan yang boleh diwartakan. Tetapi soal Tarbiyah, pemuliharaan spesis manusia agar keluar dari Jahiliah kepada Islam, Win-Lose telah membazirkan masa dan manusia.

Lose-Lose jua yang sering terhasil
REFORMASI 1998
Besarnya hikmah di sebalik Reformasi 1998, gerakan Islam diajak bermuhasabah dan tiada peranan yang signifikan boleh dimainkan oleh sesiapa jika setiap satunya masih terperangkap di dalam kesumat Win-Lose. Kita harus mencari titik pertemuan, bukan untuk bertolak ansur semata, tetapi untuk mencipta suatu momentum yang berkesan ke arah memenangkan Islam.
Tetapi Win-Lose itu sudah melekat pada hemoglobin darah mujahidin dakwah kita, terlalu sukar untuk mempercayai bahawa kemenangan sebenar ialah pada keupayaan diri membawa orang lain untuk sama-sama berjaya. Berjaya sendiri-sendiri adalah kepalsuan yang menipu.
Apabila mereka yang berjuang atas nama Islam gagal melakukan hijrah dari Win-Lose kepada Win-Win, akhirnya pencapaian kita pada ulangtahun ke-50 kemerdekaan Malaysia, adalah Lose-Lose. Semakin kita sangka yang kita berdakwah, semakin rancak orang melarikan diri dari Islam. Kerana pseudo mujahid ini tidak mahu mencari kemenangan Islam, sebaliknya lebih berselera mencari kemenangan sendiri-sendiri.
PAS
Antara pencetus kepada pemikiran Win-Lose ialah pada superiority complex. Lawannya ada inferiority complex yang sentiasa membiarkan dirinya menjadi tempat orang mengelap kaki. Ia adalah Lose-Win.
Untuk itu saya sering mencadangkan sahabat-sahabat yang mahu menggunakan alasan PAS sebagai jemaah tertua sebagai alasan untuk ‘mewajibkan’ penyertaan bersamanya, agar membuat semakan semula terhadap pendekatan sebegini.
Di zaman orang berani berfikir dan bercakap apa sahaja, nanti yang tertua itu akan disendakan sebagai terbongkok, ternyanyuk dan tertinggi tekanan darahnya. PAS sebagai jemaah tertua, tetap jemaah tertua. Tetapi keistimewaan menjadi jemaah tertua, ialah pada kelebihan pengalaman dan pelajarannya di dalam senario dakwah dan politik Malaysia. Tawarkan ia sebagai suatu kelebihan, dan bukannya hak yang menekan.
Menawarkan kelebihan, lebih berkesan dalam mencipta kawan tanpa perlu mengambil risiko membiakkan lawan.
Alhamdulillah pendekatan yang proaktif ini semakin mudah diterima, khususnya di kalangan generasi muda yang mempunyai prospek yang tinggi terhadap angin perubahan. Jika ia belum begitu membantu PAS dalam menambah keahlian sekali pun, ia meramaikan orang yang memahami dan tidak memusuhi PAS.
Saya yakin gerakan-gerakan Islam sedang rancak menjana perubahan ke arah Win-Win ini.
ABIM
Alhamdulillah dengan sikap yang positif, saya tidak berdepan dengan apa-apa masalah malah menghargai peluang dari sahabat-sahabat di dalam ABIM yang sering mengajak saya kepada dialog dan kerjasama. Saya telah beberapa kali mengisi program di Anjung Rahmat dan semua orang saling mengambil manfaat. Diskusi saya bersama kepimpinan ABIM juga menyegarkan jiwa dakwah atas keyakinan semua bahawa Win-Win adalah kunci kejayaan.

Salah satu siri diskusi GPTD Turki
Saya juga diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang penasihat Gabungan Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) yang diusahakan oleh tenaga-tenaga muda ABIM, sebagai mengambil manfaat dari serba sedikit pengetahuan saya di dalam Sejarah, khususnya Kajian Othmaniyyah. Sifat saling hormat menghormati dan terbuka kepada dialog dan kerjasama, menghasilkan banyak kebaikan yang pulangan manfaatnya ialah kepada Ummah. Itu keutamannya.
Tetapi kesedaran di peringkat tinggi ini selalu hanyut di tengah jalan apabila di peringkat akar umbi, masih ramai yang suka meneruskan tradisi Win-Lose.
TIDAK YAKIN DENGAN KEFAHAMAN SENDIRI
Win-Lose ini juga menghasilkan tabiat yang merugikan bagi gerakan dakwah khususnya di peringkat pelajar. Setelah berpenat lelah berebut potongan kek ketika kedatangan pelajar baru, masing-masing cuba membina tembok menghalang dialog dan muzakarah. Sedangkan prinsip utama dakwah ialah pada membina jambatan.
Setiap pendakwah harus yakin dengan apa yang dirinya faham tentang dakwah dan fikrah itu sendiri. Tajarrud, kata Hasan al-Banna. Secured with your own faith and understanding, adalah kunci untuk membolehkan kita menggalakkan persefahaman. Maka perbuatan cuba melarikan ‘ahli’ dari memahami orang lain, menyekat maklumat dan pendedahan, adalah suatu kebodohan yang tidak boleh dimaafkan di era ICT seperti ini.
Sebuah gerakan dakwah sebenarnya menghina dan menganggap bodoh ahlinya dengan menyekat mereka dari dialog dan meraikan keluasan input.
Jika gerakan dakwah gagal melahirkan daie yang berani mendedahkan diri kepada cabaran pemikiran, maka lupakan sahaja agenda untuk memenangkan Islam. Cukup sekadar meletakkan sasaran menjadikan jemaah masing-masing sebagai alat menjaga diri dari terseleweng, dan bukannya sebuah force untuk memenangkan Islam.
Sikap-sikap negatif oleh penyorok dan orang yang menyorok di balik tembok yang dibina ini, adalah hasil kegagalan menghayati tabiat-tabiat positif yang diolah melalui 7 Habits. Iaitu kegagalan menghayati substance Islam sebagai Din yang mewajibkan penganutnya berdiri yakin terhadap prinsip dan pendirian, bukannya sepanjang hidup menyumbat jari ke telinga dari mendengar.
Jika takut mendengar, bagaimana bisa boleh suaramu sendiri didengar orang? Habit 5: Seek First to Understand, Then to be Understood akan membicarakannya dengan panjang lebar lagi, Insya Allah.
BAGAIMANA MENJANA PEMIKIRAN WIN-WIN?
Titik tolaknya ialah pada Be Proactive. Berpemikiran positif dan cenderung kepada manfaat dan penyelesaian. Dorongannya ialah pada Begin with the End in Mind kerana Lose-Lose adalah kesudahan yang dijanjikan bagi pertembungan Win-Lose yang tegar. Langkah mempraktikkannya ialah Put First Things First iaitu pada mengutamakan kepentingan ramai dan kejayaan bersama, berbanding kelakuan kanak-kanak yang berebut potongan kek.
“Bahagianku kecil kerana engkau makan besar”
Namun kita yang sudah dewasa dalam dakwah harus bersedia untuk kenduri buffet bahawa ia adalah sebuah kehidupan yang memiliki kebaikan yang cukup untuk dikongsi bersama. LIFE IS AN ALL-YOU-CAN-EAT BUFFET.
Rombak kembali kepada kefahaman kita terhadap pemikiran Win-Win Rasulullah SAW di dalam Perjanjian Hudaibiyah.
Put First Things First amat berkait rapat dengan persoalan nilai yang dipegang dalam kehidupan.
Maka Think Win-Win juga amat rapat kaitannya dengan nilai.
Mengapa suami dan isteri mudah mencari persefahaman? Mengapa ibu bapa dan anak-anak lebih mudah beralah berbanding kita yang duduk dalam organisasi?
Kerana di dalam sebuah rumahtangga, suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak berpegang kepada nilai kasih sayang dan tanggungjawab. Kedua-duanyalah yang membentuk sebuah rumah tangga dan keluarga.
Titik tolak kepada kesediaan kita untuk Think Win-Win, adalah pada sejauh mana dada dan hati kita luas dengan perasaan kasih sayang serta tanggungjawab. Kasih sayang kerana kita bersaudara atas iman. Tanggungjawab iaitu pada memikirkan maslahah ummah yang hanya terbela apabila para Dhu’at berfikiran Win-Win.
Ukhuwwah berkadar terus dengan iman. Tinggi iman, tinggilah ukhuwwah. Susut iman, lerailah ukhuwwah.
Pada seruan Think Win-Win itu, marilah rakan.. nu’min sa’ah!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











salam,
bukan semua yang memikirkan apa yang ustaz fikirkan…
untuk win-win situation , ada orang mempunyai ego tersendiri…
Tetapi, kita semua harus berganding bahu memegang amanah dakwah ini bersama….asalkan untuk Islam, besamalah kita kerjakan bersama tanpa ada rasa prejudis..
Alhamdulillah… artikel yang memuhasabahkan bagi diri ini…
Terima kasih ustaz..
Assalamualaikum… ana rasa benda rebut2, sorok2 plaja baru ni bukan saja terjadi kat tempat ust dulu, bahkan kat tempat ana blaja skang pon sama..
Ana setuju ngan ust, jika betul dakwah kita benar, kenapa perlu disekat perkembangan seseorang daripada mendapat maklumat2 di sekelilingnya? Kerana takutkan yg hak itu sampai juga akhirnya ataupun takutkan bayang sendiri?
Yang paling terkutuk, sehinggakan menyusahkan org lain!
Pihak yg sepatutnya bertanggungjawab terhadap pelajar2 baru tersebut x dpt melaksanakan tggjwb mereka kerana kekejian golongan yg gilakan pengaruh ini (maaf sebut)..
Kepada sahabat2 yg terasa, sedarlah daripada tindakan antum, mgkn ada yg terlibat membaca blog ni, sbb masalah ni berlaku di mana2 tmpt di luar negara dan situasi di tempat saya teramat teruk (x perlu dinyatakan) sehinggakan porak poranda urusan yg telah disusun angkara tangan2 yg sempit pemikiran ni!!
Mahukan muhasabah? Cukup dengan apa yang telah ust hasrizal telah hidangkan…
X nak terima? itu masalah sendiri…
Alhamdulillah.. ada pun Habit keempat, puas saya mencari, takut-takut sudah dipostkan, cuma saya yang ketinggalan membacanya =)
Muhasabah buat semua pimpinan dan ahli yang mengaku jemaah Islam..kekdg terlalu kemaruk mencari mad’u sehingga sanggup memperlekeh org/jemaah lain sesuka hati…sy mmg setuju sgt dgn pandangan ustaz,prioriti dlm dakwah dan kehidupan adalah kesatuan dan memartabatkan islam,bkn kepentingan peribadi atau satu2 kumpulan
Syukran ustaz…mudah-mudahn kita semua akan lbh mengerti
Salam Ustaz,
Saya bersetuju dengan pandangan Dr Mujahid, bahawa apa yang terjadi seperti main sorok-sorok sudah lama terjadi. Pengalaman belajar di satu tempat semuanya Islam, Melayu bahkan semuanya al-hafiz terjadi juga begitu.
Ini mungkin sudah ada sikap tidak percayakan sahabat, memandang rendah orang lain dan sebagainya. Lebih teruk lagi semuanya al-hafiz pun tidak sebulu.
Benar la kata2 ustz tuh..Dan setuju dgn pandangan Nurkarim tu..
Pusing sana pusing sini masalah utama dia tetap masalah paling basic..masalah iman!
Dae’i pasti mampu mengeluarkan kata2 yg hikmah dan menonjolkan akhlaq yg mulia sekirannya Iman yg ada di dada benar2 di usahakan..
Cuma dae’i perlu ada ilmu physicology tak byk sikit pun jadi..Kerana akhlaq Nabi itu tersimpan jutaan hikmah yg antara nya adalah physicology..Nabi tak pernah pula pergi universiti mana2 pun utk belajar ilmu physicology ni..cuma ia dtg dgn pakej melalui Akhlaq yg Allah beri pd Nabi kita..itu lah dia kemuliaan lelaki yg agung lelaki pilihan Allah..
Seperi kata ustz ttg kisah perjanjian hudaibiyah,beberapa org sahabat besar terang2 menunjukkan rasa tidak puas hati pd Nabi kerana membenarkan tuntutan org musyrik yg tidak mahu meletakkan nama Allah dan Rasul di dlm surat perjanjian..Lihat bagaimana hikmah,akhlaq,physico Nabi pd sahabat dan wakil org musryik pd ketika itu..(baca la sirah nabawiyah)..
Setelah berlangsung perjanjian beberapa lama barulah sahabat perasan akan kelebihan perjanjian mmg berpihak kpd org islam..maka bertambahlah iman para sahabat pd ketika itu..
Nabi pesan “perbaikilah iman kamu dgn memperbanyakkan ucapan laa illaha illaullah”..Bila iman berada dlm keadaan sentiasa terjaga baru la boleh mulakan apa shj gerakan islam yg menuju kpd kebaikkan..Iman ni perkara sgt bernilai..Sebagaimana emas dan perak itu bernilai begitu juga la dgn iman..
Emas dan perak pencurinya adalah manusia,tetapi iman dan amal pencurinya adalah syaitan!
Wallahuallam..
“Rombak kembali kepada kefahaman kita terhadap pemikiran Win-Win Rasulullah SAW di dalam Perjanjian Hudaibiyah.”
Minta ulas yang ini akhi. Adakah bermaksud rombak apa yang kita faham mengenai Perjanjian Hudaibiyah atau rombak kefahaman kearah kefahaman terhadap Perjanjian tersebut. Jika yang pertama, apakah kefahaman yang perlu dirombak itu?
pengalaman peribadi>>>>>inilah juga yang menghantui mad’u-mad’u yang baru nak berjinak-jinak dengan dakwah.banyak tawaran daripada pelbagai jemaah untuk disertai.’promoter’ dari jemaah-jemaah tersebut pula suka membandingkan jemaahnya dengan jemaah lain.sedangkan tanpa kajian yang dibuat,mereka membuat penilaian yang salah tanpa langsung menghargai jemaah-jemaah lain.hasilnya, si mad’u jugak menjadi mangsa sikap win-lose tersebut.terima kasih ustaz kerana membuat ‘revelation’ sebegini.syukran
Assalammualaikum wbt..
Ridwanto, kampus kita membuktikan kebenaran kata-kata ustaz. Dan lebih spesifik, hanya pelajar yang pro-Islamik sahaja yang menjadi ‘pisang goreng panas’. Sampaikan ada yang menyertai 3 usrah dari group berlainan sekaligus. Tetapi bagaimana penumpuan terhadap pelajar yang tidak mengenali Islam? Golongan ini tersisih dari permainan ‘rebutan’ kumpulan-kumpulan dikampus.
Bila ustaz sebut mengenai menjadikan jamaah sebagai alat menjaga diri, ana terfikir adakah cukup menyertai jamaah itu hanya untuk menyelamatkan diri sahaja? Bagaimana dengan dakwah. Bila sibuk mencari kader-kader baru untuk jamaah, terlupa pula mereka untuk melakukan dakwah umum terhadap orang Islam yang tidak minat dengan Islam. Adakah jamaah hanya memikirkan tentang pengkaderan ahli dan soal menyelamatkan diri bila berada dalam jamaah?
Seperti ustaz kata, win-win situation sangatlah baik dan tiada siapa pun yang kerugian. Tetapi soalnya mampukah kita dan orang lain berfikiran begitu?
Tak perlu menuding jari ke kumpulan lain, cukup soalkan diri kita dalam kumpulan mana sekalipun yang kita berada, “apa yang aku sudah lakukan demi kepentingan Islam?”
Walahua’lam
Salam ustaz,
Suatu kupasan yang padat, jitu dan tepat. Habit 5 tu perlu cepat menyusul supaya pembaca dapat melihat bagaimana win-win dapat berlaku. Ramai yang beranggapan bolehkah ahli jemaah berfikir sedemikian. Akak rasa kalau untuk memberi peluang kepada pihak lain untuk menyatakan pendapat dan kita mendengar dengan sabar dan hikmah tidak dapat dilakukan, kelabu sedikitlah harapan ke arah sinergi.
Kata kunci terakhir ustaz adalah iman dan ukhuwwah. Kalaulah kita dapat menyayangi jemaah lain sepertimana jemaah kita sendiri, alangkah indahnya. Kena sentiasa berbalik kepada “pretext” perjuangan, Islam atau jemaah?
alhmadulillah,right article at the right time…jazakillah ustaz
Assalamualaikum.
Ana cuma ingin bertanya, bg mereka yang tahu, adakah gejala win lose antara gerakan-gerakan hanya berlaku di kalangan orang Muslim Malaysia, atau ia adalah masalah dakwah yang global??
Terima Kasih
Syabas di atas artikel ini…
Sikap berbangga dengan kebenaran yang dimiliki dan gembira terhadap kelemahan orang lain menjadi punca kepada kelemahan dakwah pada hari ini…
Rasa tanggungjawab dan ukhawwah sahaja yang boleh mengembalikan perpaduan umat yang menjadi syarat utama kekuatan….
Moga-moga hati terbuka dan lapang untuk sama-sama membaiki kelemahan orang lain supaya amanah memperolehi kebenaran dapat ditunaikan….
salam,adakah seruan para pendakwah masakini adalah seruan kpd organisasi atau jemaah masing-masing?apakah orang-orang pas menyeru nak amal islam mestilah menyertai organisasi mereka?adakah org abim pun begitu?kita sebenarnya nak seru islam atau nak seru supaya mereka menjadi ahli kepada organisasi tertentu?
sepatutnya para pendakwah tidak kira ape jemaah pun menyeru kepada islam bukan menyertai jemaah mereka.
pelik la para pendaakwah masa sekarang.
patutlah islam dekat malaysia semakin ditakuti.
asif
tapi perlu kita igt gak, x semua dalam organisasi tu terlibat dengan dakwah kpd kumpulan mereka.
kita xboleh nak salahkan group itu secara totally. maybe dari segi atasan, semuanya berlapang dada kerana adanya kefahaman berkenaan perkara ni, nak bawa masyarakat kpd Islam, & bukan kpd group mereka.
insyaAllah, mereka yg punya kefahaman berkenaan dengan ni xkan terlibat dalam kes ni.
& perlu kita clear, kita xboleh nk salahkan satu organisasi tu secara total. maybe terdapat org bwhn yg xdpt / x jelas berkenaan perkara ni, tu yg jadikan diorg berpegang pada win-lose, bkn pd win-win…
Ni yg ustaz hasrizal cuba bawa kali ini, nk memahamkan kembali kita ni supaya kes-kes yg berbaur assobiyah organisasi tak terus berlaku. & tanggungjwb pd kita ni yg dah sedar ni utk tidak terus melakukan perkara sama & bgtau kat shbt2 lain gak…
haiz.. maaf ust, pnjg plak merepek kali nih…
Assalamualaikum,
Saya setuju dengan apa yang ustaz tulis. Saya pernah menjadi mangsa win-lose yang dimaksudkan. Lebih malang lagi, ketika itu saya baru ‘berhijrah’ untuk memahami & mengamalkan Islam, pendek kata, beginner. Saya tidak dapat melupakan tekanan yang saya hadapi ketika dijadikan ‘bahan rebutan’. Macam-macam cara mereka berebutkan saya. Ada yang suka memburukkan jemaah lain untuk menjadikan mereka kelihatan lebih baik, ada yang seakan-akan memaksa dan pelbagai lagi kerenah yang memeningkan kepala saya. Paling teruk, saya pernah disisihkan hanya kerana saya tidak memilih apa yang mereka mahu saya sertai.Akhirnya, saya yang ketika itu benar-benar berazam untuk menjadi muslimah sejati bosan dengan situasi itu. Saya mula lari. Saya merajuk panjang. Saya jadi benci. Malah, saya fobia bila didekati mana-mana ‘promoter2′ jemaah.
Kisah saya itu hanya satu contoh daripada banyak kes di kampus yang kadang-kadang pendokong-pendokong jemaah tersebut kurang realistik dalam menangani keadaan. Masing-masing mahu menang dan menang yang digambarkan adalah pengikut yang ramai. bagi saya, ini sangat-sangat megecewakan. Saya beruntung kerana tidak sesat jalan semasa dalam tempoh ‘merajuk’ dan ‘lari’ itu. Siapa agaknya yang akan bertanggungjawab sekiranya saya yang beginner tadi memilih jalan bukan islam sebagai penyelesaian kepada perebutan jemaah-jemaah tadi?
Sebelum ini saya istiharkan diri saya bebas dari ‘cengkaman’ jemaah-jemaah yang berebutkan saya. Hanya selepas 5 tahun merajuk, saya terbuka hati untuk menyertai satu jemaah secara konsisten. Itupun, setelah saya berhijrah ke tempat lain. Yang saya sertai itu masih salah satu daripada apa yang pernah wujud dalam hidup saya ketika dijadikan ‘rebutan’ sebelum ini, satu-satunya kumpulan yang daei nya tidak memaksa, malah mereka tidak memberi hukum mana yang benar dan mana yang tidak, mana yang baik dan mana yang kurang baik. Bila saya menyertai mereka, bukan bermakna saya mengatakan yang mereka itu yang terbaik. Cuma, saya serasi dan senang dengan pendekatan & cara mereka bekerja.
Saya ingin berkongsi dengan semua kata-kata Ustazah yang menjadi tempat saya ‘mengamuk’ ketika marah dengan ‘perebutan’ yang berlaku ke atas saya. Ketika saya yang beginner dan serba jahil bertanyakan soalan ” mana satu yang benar antara mereka? mana yang terbaik? mana yang perlu saya ikut?”. Dia tidak memberikan menjawab soalan tadi. Dia hanya mengatakan ” tujuan dakwah itu sama, untuk Islam, untuk ummah. tujuan mereka sama, tetapi jalan mereka berbeza. seperti makan, tujuannya untuk kenyang, tetapi cara untuk kenyang itu berbeza. ada orang kenyang dengan makan mee, ada yang hanya kenyang jika makan nasi. ”
Kita sebenarnya perlu pendedahan, bukan mengikatkan diri kepada sesuatu kemudian taksub tak tentu pasal dan melabelkan kumpulan lain sebagai kurang baik. Dakwah itu luas. Bukan sekadar meyelamatkan diri sendiri & ahli jemaah di dalamnya. Ada ramai lagi orang islam di luar sana yang tidak mengenal islam sekalipun, apalagi sesuatu yang dipanggil jemaah. Sifat taksub hanya akan menakutkan golongan seperti mereka ini, dan amat rugi umat Islam sekiranya ada orang islam sendiri yang takut dengan agamanya.
Minta maaf ustaz, saya mengomel panjang. Minta sangat warga-warga kampus fikirkan.
Win-win..hemh~
kwn sy di mesir pernah berkongsi cerita ttg ada jemaah yang ajak dia join..tp penin pula nak pikir sb byk tawaran dari jemaah yang pelbagai kat sana tuh. Padahal apa yang diperjuangkan adalah atas satu nama yang sama iaitu ISLAM. Tp, semuanya berbeza atas nama jemaah yang berlainan. Apakah puncany?
Ttg assobiyah organisasi pulak mngkin wujud atas dasar ingin kecilkan skop atas kemampuan jemaah tersebut. Cthny, kalau kita hanya mampu utk membantu rakan2 sebaya, dan bukan pd yang lebih tua, adakah itu dinamakan assobiyah? Lebih baek kalau ada pembahagian dlm satu organisasi besar.
Hanya pandangan dari yang baru nak bljr. Kalau ad silap di mana2, harap dpt ditegur..
Dr_mujahid belajar di MESIR ke?
Memang sangat susah untuk bersikap WIN-WIN.
Teringat kata-kata Kiai ana dulu, “Ikutilah kebenaran, jangan ikuti orang yang benar. Kerana orang yang benar suatu saat mungkin akan salah tapi kebenaran selamanya tidak pernah salah.”
kalau diubah sket bahasanya. “Perjuangkanlah Kebenaran, jangan hanya memperjuangkan Jemaah yang benar…”
Bila kita memperjuangkan kebenaran, maka tak kisahlah dengan siapa, melalui apa, caranya bagaimana semuanya akan bermuara ke WIN-WIN. Tapi kalau yang kita perjuangkan adalah kepentingan individu, jemaah etc… maka…”
sekadar flashback kepada artikel abu saif yang lalu untuk panduan http://saifulislam.com/?p=68
Jemaah itu keperluan, ummah itu tujuan. Jemaah tak perlu dileburkan
Ya, terima kasih Riyadh.
Itu yang saya serba salah. Benda-benda macam ini pantang terbuka sedikit laluan kritikan, mesti melimpah-limpah melambak-lambak luahannya. Saya tidak begitu berminat untuk masing-masing bercerita pengalaman buruk yang ditempuh kerana ia sesuatu yang kita semua sedia maklum. Perkongsian pengalaman hanya bermakna kalau kita ada analisa tentang bagaimana mahu mempositifkannya.
Saya tidak ada memberikan sebarang suggestion supaya semua orang lari dari apa-apa kumpulan yang ada, atau berkhayal menambah lagi jemaah yang telah sedia ada. Akan tetapi bekerjalah untuk menyumbang dan memberi pada mana-mana tempat kita berada. Jadikan diri sebagai sebahagian daripada penyelesaian.
Melarikan diri dari masalah, akan menjadikan anda pelarian sepanjang hayat. Tiada tempat yang hendak dituju.
Jemaah itu keperluan, Ummah itu tujuan.. Terima kasih atas link yang diketengahkan semula
Mohon maaf, tak berniat menyalahkan jemaah, saya pun turut berjemaah juga…
Terima Kasih memberi respon segera…
topik begini ramai yang suka diam bila dibuka secara adil. Tapi bila dibuka ruang satu side, mmg ramai suka melambakkan cerita.
Assalamualaikum,
Disiplin ilmu membaca saifulislam.com ni susah juga pembaca nak acquire (miliki? maaf, BM akak mmg teruk). Comment ni perlulah diisi dengan cadangan penyelesaian bukan perkongsian pengalaman. Terkeluar tajuk tu, tapi bolehlah pass the subject dengan 50% with C grade.
Alhamdulillah, teruskan berjemaah, perbaiki dari dalam dan sedikit2. Ikatan ukhuwwah pun penting, Rasulullah tidak ada jemaah yang “berjenama” tetapi Baginda ada sahabat2 setia, jemaahlah tu cuma tak bernama. Akak berpendapat pelajar2 khususnya di peringkat universiti memerlukan jemaah. Seperti yang diungkap oleh ustaz, serigala makan kambing yang berseorangan.
Akak suka baca saifulislam ni, sekurang2nya akak tahu masih ramai para pelajar yang cintakan Islam. Seperti yang akak pernah sebut dulu, semoga penuntut Madrasah Abu Saif ini akan membawa angin perubahan kepada jemaah Islam. Point ustaz adalah setiap jemaah perlu menawarkan kelebihan bukan memburukkan nama jemaah2 yang lain.
Dan lagi satu point penting ustaz adalah ahli tertinggi jemaah perlulah terbuka kepada cabaran pemikiran. Jangan jadi golongan Quraisy di zaman Rasulullah yang menghalang pengikutnya dari mendengar bacaan Al-Quran kerana takut terpengaruh. Point ini telah diulas dengan baik oleh ustaz dalam ceramah dilink akhi Husaini.
Alangkan budak2 7-8 tahun generasi kini pun dah banyak soal kenapa kena solat, inikan pelajar2 17-18 tahun nak disuruh pilih jemaah yang mana, jemaah mestilah memberikan dan menunjukkan kebaikan dan keistimewaan masing2. Sekiranya mereka tidak memilih jemaah kita, berlapang dadalah sekurang2nya mereka tetap memilih jemaah yang memperjuangkan Islam.
Alamak, terpanjanglah pulak. Catatan ini ditulis dengan rasa kasih sayang dan penghargaan yang amat tinggi kepada adik2 yang memperjuangkan Islam di kampus2 khususnya atau di mana jua di bumi Allah ini. Cuma kita perlu mengubah strategi agar niat baik kita akan lebih terserlah.
Tahniah ustaz atas artikel yang amat baik, patutlah mengambil masa yang lama untuk menghasilkannya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Sila baca tentang “Bersangka Baik Terhadap Usaha Dakwah” di http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14994&mode=thread&order=0&thold=0
Quote: “Jangan kita biasakan diri dengan sikap ‘aku boleh buat, kenapa tidak engkau?’. Cuba biasakan diri dengan sikap ‘aku buat apa yang aku mampu, semoga engkau akan lakukan apa yang engkau mampu’.”
Wallahu a’lam.
yang kebenaran tanpa pengurusan(tanpa tanzim) akan dikalahkan oleh kebathilan yang terurus(bertanzim) – Saidina Ali KWH
Suka sy tambah quote akh muhtar suhaili
“Aku buat apa yang aku mampu,semoga engkau akan lakukan apa yang engkau mampu, demi kesatuan ummah dan memartabatkan Islam hanya kerana ALLAH”
Mudah-mudahan kita semua ikhlas memberi dan menyumbang ke arah kebaikan dan keredhaan ALLAH tak kira di mana shj kita berada…amin
Syukran ustaz dan sahabat-sahabat yang lain.
ahsanta akhi…
ijlis bina, nukmin sa’ah
marilah sama2 semua gerakan dan jamaah Islam serta NGO serta semua Muslims terus bekerja dan berjuang untuk Islam.
SIRU ‘ALA BARAKATILLAH
My 2 cents–>win-win adalah suatu yang susah untuk dilihat dari awalannya. My own personal experience, kebiasaanya konsep ini akan berjaya apabila kita mula dapat menerima konsep ‘sedekah’ dengan merelakan ‘sebahagian’ dari apa yang kita ‘rasakan’ hak kita diberikan kepada orang lain atas dasar kasih sayang atau tanpa paksaan/ikhlas.
Case in point: Pagi tadi bila memandu ketempat kerja ada kenderaan lain ingin potong jalan dengan memberi signal dan ada yang tanpa memberi signal. Kedua-duanya ana beri jalan sambil menyebut jadikanlah perbuatan ini (memberi laluan) sebagai amalan sedekah ana di pagi Jumaat yang mulia ini. Selepas dari pada kejadian itu, perjalanan ana ke pejabat sungguh lancar, lebih lancar dari biasa….
Salam..
Mungkin kenyataan saya ni out of context, tapi masih boleh diaplikasikan. Untuk memberi solution kepada win – win situation, seperti yang Kak Ija minta tu, saya nampak ada banyak cara, antara 2 cara yang boleh kita praktiskan:
(1) Menjadikan profesionalisma sebagai salah satu panduan dalam segala tindakan kita. Quote sikit: Professionalism is a matter of attitude and behavior. It means not just knowing how to do your job, but demonstrating a willingness to learn, cooperating and getting along with others, showing respect, and living up to your commitments. It also means avoiding many kinds of behaviors that cause trouble in the workplace. (di ambil dari website Norton e-zine, career focus). Semua ni, tak lari dari nilai – nilai Islam, tapi digarap dalam konteks yang lebih global. A true professional deals with a win – win situation. Malah, mereka berusaha menuju ke arah itu. Bukanlah bermakna, anda seorang doktor, peguam atau akauntan maka secara automatik anda adalah seorang profesional. Itu hanya luaran dan tanggapan umum. Sebaliknya, seorang tukang masak yang benar – benar mengamalkan nilai – nilai profesional adalah lebih profesional dari seorang doktor yang tidak beretika, bangga diri dan ego.
(2) Critical thinking. Saya tak pasti samada di UM ada ke tidak course ni. Tapi kalau ada, saya pun nak join. Setakat ni cuma beli textbook on critical thinking. Yang pasti, sebagai seorang pegawai perubatan, kami sentiasa ditekankan mengenai critical thinking (walaupun secara informal) sejak dari tahun pertama pengajian. Antara sedar dengan tidak, untuk menjadi seorang doktor yang baik, dia mestilah berfikir dengan kritis, supaya nyawa pesakit dapat diselamatkan. A good decision maker makes a good doctor. Sebagai contoh, seorang doktor harus mengaku yang dia kurang berpengalaman dalam sesuatu prosedur contohnya dan me’refer’kan pesakit itu kepada senior yang lebih tau. Tak boleh ego dan pandai – pandai sendiri, nanti pesakit boleh mati.
Critical thinking tidak bermakna, seseorang tu boleh menyerang dan mengkritik orang lain secara melulu (that is the commonest misconception), sebaliknya, dia mestilah menilai sesuatu ‘argument’ atau isu atau masalah dengan adil, tanpa mempunyai sebarang anggapan buruk terhadap orang atau organisasi yang mengutarakan ‘argument’ tersebut. Bukankah itu juga nilai – nilai mulia dalam Islam? Cuma digarapkan dalam konteks yang berlainan.
Maaflah, am just a layperson here. Bahasa arab pun tak pandai. Tak dapatlah nak quotekan nama2 tokoh – tokoh Islam dan relatekan dengan mana – mana jemaah. Cuma memberikan sedikit pandangan ringan. Wallahua’lam & wasalam.
Salam’alayk,
Alhamdulillah, sesiapa yang nak dengar rakaman Habit ini di Al-Nidaa boleh dapatkannya di sini>>http://www.4shared.com/file/21339863/c8d46ecc/7_Habits_of_Highly_Effective_Muslim_Habit_4__5.html
panduan dah diberikan… yang masih tinggal adalah untuk melaksanakannya secara bersama…..
Mampukah kita menggerakkan kelompok ini….. Islam untuk semua…
“Man Jadda Wajad”
yes! win-win is the solution!
ustaz, artikel ni mmg tak habis di download, atau mmg habis di sini?
Salam..
Ye lah.. terputus pulak entry ni.. harap Ustaz ada copy yang lama untuk sambungkan yang terputus ni..
Bila baca sendiri buku Stephen Covey tu, lebih mudah rasanya nak menggarap isu yang ustaz ketengahkan, di samping mengetahui pemikiran Dr. Covey sendiri.
Memandangkan ustaz dah utarakan mengenai PAS dan ABIM, saya yang naif tentang percaturan politik di Malaysia ni, ingin bertanya, tak ada peluang ke UMNO dan PAS bersatu, atas semangat Think Win – Win? Atau itu terlalu ideal untuk berlaku? Atau itu tak sepatutnya berlaku? Tapi, kalau sebetulnya SEMUA umat Islam di Malaysia ni bersatu dalam konteks Think Win – Win yang sebenar, siapakah yang akan untung? Anak – anak kita..
Dan dalam konteks Think Win – Win juga, sepatutnya semua bangsa dan agama di Malaysia ni akan mendapat benefit yang sebaiknya untuk hidup di bumi bertuah ni. Dalam hal ni, saya rasa, Social Contract yang dihasilkan 50 tahun yang lalu adalah satu contoh Think Win – Win: wisdom pemerintah kita yang lalu. Kalau tak wujud social contract tu, mungkin kita tak seperti kita pada hari ni. Mungkin saya tak dapat melanjutkan pendidikan ke menara gading disebabkan kemiskinan ibu bapa saya dan kerana saya perempuan, seperti banyak yang berlaku di negara dunia ketiga yang lain. Mungkin.
Wasalam.
soalnye sekarang kembali kpd perbahasan FIQH IKHTILAF…..
masalah ini adalah masalh semua…bukan PAS sahaja…..
saya sudah lama dlm tarbiah PAS….
perkara ini sering diingatkan kpd kami….
jaga ukhuwwah….pamirkan kecemerlangan dakwah melalui akhlak…
tahu dimana Thawaabit dan Mutaghayirat……
soalnya lagi…..
kekadang lebih sudu dari kuah…..
akhirnya kuah juga yg menerima kocakan dan keladak….
satu perkara yg sama2 kita ingat…
mak ayah / org tua tidak akan meminta2 / mengemis
kpd anak / yg muda akan tnggjwab MENGHORMATI MEREKA….
itu tanggujwab yg muda….
hormati mereka…..
berbicara soal kelemahan ibu / ayah
bukan macam berbicara dgn rakan sebaya….
kehebatan gerakan anak muda zaman sekarang
adalah cita2 murni dr generasi lampau….
mereka yg mengasuh kita….dan mendoakan kita diwaktu
kita agar kita lebih hebat dr mereka….
tiba2 bila sampai kita berada dikemuncak…
kita berbicara pada perkara yg menguntungkan pihak lawan…
saya cuba mentarbiyyah diri agar jgn prajudis dgn
tenaga2 dakwah lampau….sehingga generasi baru tersalah sangka
pada perkara yg tidak sepatutnya….
apapun saya suka
bermuhasabahlah secara win win….
[...] The original article can be read here [...]
salam ustaz, nape artikel ni mcm tergantung jer?
artikel di atas telah mengalami kerosakan semasa pemindahan server dibuat. Alhamdulillah saya telah dapat menemui salinan lengkap artikel ini dan ia telah diperbetulkan.
terima kasih
The Lost of Islamic Habit- Think Win-Win for the Muslim Ummah
An english translation for the article, done by one of my brothers in Ireland, Brother Ashraff. His works can be found HERE
“I will not win except there should be always a loser,” said Raheem.
“Yes, except if we are in the competition. However, life isn’t a competition. It is a reality that we can win together,” answered Gamal.
“Is it true? We already been in the competition all the time in our life? Since I was in the primary school, we need to collect the highest number of As or otherwise we will be thrown to the second class. Ooo, please..,” continued Raheem.
Yes, that is why it is very difficult to embrace the mentality of Think win-win because we had been raised in the Win-Lose world or if both party cannot find the agreement, they will choose the Lose-Lose situation.
Why Muslim until now cannot practise the Think win-win situation?
Easy.
Majority of the muslims are being raised in a comfortable life; eat, drink, study, work even doing da’wah with the Think Win-Lose situation.
The win-lose situation is exhibited from the assumption that this materialistic world has a very little good deeds. It is like slices of a cake. If your friend takes the bigger portion, you will get the lesser portion.
Therefore, we will always compete in a non-contested area. The result is none will win. If only there is a winner, it is not a meaningful victory. It is because the victory is a result from stepping on others’ face and it is painful indeed.
The worst thing happened is when the Win-Lose mentality has occupied the Muslim community in country I, especially where the people who are actively involved in doing da’wah in the student societies, mosque and youth bodies.
I had been indulged in with the experience of doing da’wah with the M society. As usual, we will have the halaqa every weekend during my * year with brother A. I really enjoyed the halaqa since our naqib was quite interactive and creative on the da’wah methodology. We agreed that another society P, which having the same kind of halaqa has restricted themselves to the listed books and syllabuses and the mad’u became so naïve. I suggested to my naqib that we should help them to improve the society by sharing our thought and opinion. However, my naqib forbade me from helping them only the fact that we should focus on developing our society first.
Unfortunately, these two great Mn societies that I care most still cannot synergize their energy, skills, and work just because of the previous skirmish between their seniors that they don’t even involved in!
When I came out with ‘weird’ idea to unify them, I had been labelled as a ‘liberal’.
Darn!
The Unifying Issue- The future of their children.
This is my another experience dealing with the local Muslim community.
Recently when the population of the Muslim community in the country I is increasing dramatically, they feel worried about the future of their children.
-The needs of Islamic education
-The needs to teach the quranic lessons
-The needs to defend their children from the bad culture of the west
-The needs to make a conference to learn about how to treat their children that already embrace the new culture in country I
-The needs to counter the racism that has been experienced by their children and even themselves!
And the most important thing, the needs of a continous formal education and tarbiyyah.
Alhamdullilah, all of them are constantly being implored to evaluate themselve and there is nothing we can do if we still in the vengeance of current Win-lose situations. We should define our common point, not to compromise, but to create a new momentum that we can Synergize for our future.
Nonetheless, the Win-Lose thought has already blended with the blood of the Muslim leader and daie in our community. Therefore, it is very hard for them to believe that the victory is not stepping over others’ face, instead is to believe on themselve that they can bring other for the common success. In having the personal success and carrier with big and beautiful Islamic area is a fake success that can only destroy us.
We think that we already succeed in our way of da’wah when we have the recognition from the I government and we thought that many Muslims are turning themselve to Islam but the reality, many of them even turning away from the religion. Just look at the Muslims that hasten themselve to exit the mosque after the jumaah prayer. Just give those people 20minutes, and the mosque will be empty!
It is because the pseudo-mujahid doesn’t really focus on the victory of Islam. Instead, they are more interested in their personal success and carrier.
Alhamdulillah, with my little ability and experience, I was appointed as the C for the F society. With the positive attitude, I don’t have much problem in inviting the local friends in working with me in the F society.
However, dragging their personal matter and interest between their families and groups has really put me in the dilemma situation. I love all of them because I am part of the community and I do want to contribute for the incoming events with the short time I have. Nevertheless, the win-lose mentality and the previous bad experience and personal relationship really hinders them of putting their idea and energy together.
Even though they had realized there is no use of perpetuation of misunderstanding, some of them try to respect each other and open to dialogue and discussion. However, the dialogue stucked in the middle way when they still cannot erase the previous history.
NOT CONVINCED BY OUR OWN UNDERSTANDING
Win-lose situation will only waste our time especially for people who is working in the student’s society like IS and F. After several events that we have, each group are still entrapped in their own-built wall and avoiding sincere dialogue and conversation. Whereby the main principle of da’wah is to build the bridge and close the gap between the heart.
Each daie should be confident with their religion. Imam Hassan Al-Banna used to say “Secured with your own faith and understanding.” The action of arguing about the funding and the action of the student society is just part of a stupid action that will only hinder the creativity of the student themselves.
If the Muslim community already failed to teach their children to get ready with the bombardment of the Western ideology, therefore just forget the agenda to work for the sake of Allah and make Islam as the final victory. Just enough for the leader to use the community or groups that they lead as a tool to protect their position and status, not to use them as a force for Islamic victory.
The negative attitude by the people that has been hiding behind the built-matrix ‘wall’ is mainly because they failed to ascertain the positive habits that has been refined by the 7 habits of highly effective people by Stephen Covey, which is the failure to ascertain the substance of Islam as our way of life and make the believer confident with their principles and opinions.
HOW TO GENERATE THE THINK WIN-WIN?
The first point is to 1) BE PROACTIVE. Think positive and prone towards the benefits and the solutions. 2) BEGIN WITH END IN MIND will encourage us to have clear common vision. 3) PUT FIRST THING FIRST will help us to practice on how we can put the common interest and victory together, rather than acting like the children who are quarelling about the slices of cakes.
“My portion is small because you ate part of mine”
But then, as a mature Muslim that has been involved in the da’wah, we need to prepare our mentality that da’wah is a buffet party that life has the entire precious thing that can be shared together. After all, LIFE IS AN ALL-YOU-CAN-EAT BUFFET.
We need to revise back the Think Win-Win Mentality of Our Prophet in the Treaty of Hudaibiyyah. How even he agreed to erase the name of Muhammad Rasulullah to Muhammad bin Abdullah because he foresee the goodness of truce for the sake of da’wah
The habit of PUT THE FIRST THINGS FIRST really prioritise of the value that we hold firmly in our life.
Therefore, THINK WIN-WIN also has a close meaning with value.
Why it is very easy for husband and wife to find the common agreement? Why parent and children are easier to refrain themselve from fighting rather than us in the organization?
It because in the family, husband and wife, parents and children will hold firmly to the LOVE and RESPONSIBILITY. Both values will shape the meaning of a family.
The remark of the new beginning for the Think Win-win is how far we can accept our friends and people that come from different races and countries in the name of love and responsibility. In the name of Brotherhood of the same Iman and Religion.
The Brotherhood is constantly with the Iman. The higher the iman, the higher the brotherhood. The lesser the iman, the lesser the brother.
Therefore, my brother and sister of Islam, in the calling of Think Win-Win, let us hold hand and work for the betterment of the Muslim Community!
This article is translated literally from Malay language to English language with minor modification to fit with the local situation.