PERTAMA: Sireh Pulang ke Gagang

February 8th, 2010 by Abu Saif 1:49 pm | 4,332 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

Ada rasa gementar yang sungguh luar biasa di dalam diri.

Sudah sedekad bumi itu saya tinggalkan.

Dalam sedekad itu juga sambil melangkah ke depan saya sering menoleh ke belakang mencari ‘ibrah.

Sungguh.

Saya hari ini, banyak terbentuk dan teracu oleh seluruh pengalaman berkelana di bumi itu.

Dataran Syam, bumi Mu’tah, bumi jihad dan perjuangan, tempat mengenal erti kehidupan yang penuh dengan warna dan rasa.

Jordan yang meneduhkan rahmat Allah ke atas setiap musafir di jalan menuntut ilmu di teratak persinggahan itu, telah saya tinggalkan dengan perasaan bangga, syukur, hiba dan lega usai menamatkan pengajian lama dulu. Semenjak itu saya tidak mahu lagi mengesot di onak kehidupan. Saya berdiri dan terus berlari. Biar rebah tetapi rebahnya ke hadapan. Biar luka tetapi lukanya menambahkan cekal. Biar lelah tetapi lelahnya memberi bahagia. Universiti Mu’tah dan seluruh kehidupan saya di bumi Urdun itu, telah menjadikan saya manusia yang tidak betah puas dengan yang biasa-biasa.

Hari ini… segalanya bagai mimpi.

Tidak pernah terhitung oleh kemampuan diri.

Namun ketentuan Allah, Maha Mengatasi.

Saya menerima undangan untuk menjadi tetamu, membentangkan kertas kerja di Persidangan Tahunan Mahasiswa se-Jordan kali ke-4 atau lebih dikenali sebagai PERTAMA. Program kali ini berlangsung di Universiti Mu’tah dan saya diamanahkan untuk membentangkan tiga kertas kerja iaitu:

  1. Profesional dan Ustaz Di Dalam Dakwah
  2. Meneladani Sejarah di Dalam Dakwah
  3. Realiti Dakwah di Malaysia

Turut sama hadir sebagai tetamu, adalah sahabat saya al-Fadhil Ustaz Maszlee bin Malik yang juga merupakan graduan Universiti Al-Bayt, Jordan. Beliau yang bertamu dari United Kingdom, bakal membentangkan tiga kertas kerja bertajuk:

  1. Wacana Baru Graduan Timur Tengah di Malaysia(Dakwah Rentas Agama)
  2. Dunia Pasca  ‘Clash of Civilisation”: Melakarkan Konsep Saling Memahami di Antara Tamadun
  3. Fitnah Dakwah ( Hadith Fitan Tentang Da’ie)

Tidak ketinggalan, seorang lagi pembentang kertas kerja, yang juga merupakan sahabat kami berdua iaitu al-Fadhil Ustaz Heizal Hezry Omar, graduan Maghribi yang kini menyambung PhD di Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau akan berkongsi wacana dengan warga PERTAMA dengan kertas kerjanya yang bertajuk: Di Antara Dua Realiti- Malaysia dan Jordan (Pertembungan Uruf).

Malam ini saya berlepas terbang ke Jordan melalui Kuwait, Insya Allah. Semoga perjalanan ini diberkati Allah, keluarga dipeliharanya sepeninggalanku selama seminggu dan perhimpunan di Medan Mu’tah beroleh seluas-luas rahmat daripada-Nya.

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuang
Islam pasti akan kaumerdekakan

Maluku pulau seribu pengantin,
Pantai indah bersambung tiga;
Rinduku pada bau pohon tin,
Bagai sudah di hujung rasa.

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Tetamu Dataran Syam Versi PERTAMA 2010 Era 1990′an, bumi Jordan kaya dengan nasyid. Sekurang-kurangnya ada tiga...
  2. Syawwal Pertama Tanpa Dia Emak dan Abah semasa menunaikan Haji pada tahun 1990 “Allahu...
  3. Pengalaman Pertama di ASTRO AWANI Apabila artikel yang ditulis merayap di internet, macam-macam boleh berlaku....
  4. Buat Kalian Yang Baru Pulang Kehidupan di UK dan Ireland dengan Malaysia itu banyak bezanya...
  5. Setelah Pulang Dari Perantauan “Masa di sana dulu, dia ada ke macam itu?”, saya...

Advertisement

14 comments

  1. Syahida Majid says:

    Selamat berangkat Ustaz. Tak ada rezeki nak bertemu, kutip ilmu dari Ustaz. Insya Allah moga ada lain kali

  2. Al-Adib says:

    Selamat berangkat dan bermusafir. Moga Allah memudahkan segala urusan Ustaz

  3. nazila says:

    Jodoh Ustaz sangat kuat dengan Dataran Syam. Semoga kepulangan ke sana kali ini memberi damai pada jiwa Ustaz.

  4. tariq_dhiya' says:

    Semoga bermanfaat….

  5. lutfihafifi says:

    Ustaz , kami warga PERTAMA tak menanti kedatangan ustaz…
    Tak sabar rasanya…

  6. Hakim says:

    Fi amaanillah Ya Ustaz..

  7. salamun’alaik ya ustaz…
    cemburunya bila dapat tahu tentang program ini… kerana tidak dapat sma-sama turut serta dalam majlis ilmu tersebut… moga semuanya dipermudahkan ye ustaz… nanti ustaz dah balik sini… boleh lah berkongsi ilmu tersebut bersama kami…

  8. 'Afifah Azam says:

    sem0ga selamat segalanya sebelum, semasa, dan selepas, insha allah~~

  9. menariknya tajuk-tajuk kertas kerja yang dibentangkan..teringin hendak dengar sekali..:(
    a’la kulli hal, bittaufiq wannajah dalam perjuangan di sana..seeru a’la barokatillah~

  10. Ummu Zayd says:

    Rindunya pada bumi Urdun yang telah ditinggalkan 16 tahun yang lalu. Harap al-Fadhil Ustaz boleh berkongsi cerita pengalaman semasa di sana nanti, ‘ibrah untuk ibubapa seperti saya yang menyimpan cita-cita untuk menghantar anak ke sana. Syukran jazilan.

  11. kak uda says:

    Assalamualaikum ustaz…..
    Semoga dipermudahkan segala urusan, Insya Allah

  12. fareez says:

    salam..selamat berangkat ustaz be bumi ambia’ sekali lagi..ana btul2 tringin ingin jadi macam ustaz.jika diberi umur yang panjang, dimurahkan rezeki,insaya’allah ana pn akan menjejakkan kaki ke bumi anbia’..amin..

  13. luqluq says:

    Salam.Terus tebarkanlah ilmu didada seluas langit yang dijunjung.Setiap langkah,alam menjadi saksinya betapa segar ilmu yang ingin dikongsikan bersama.Semuga MAJU JAYA.

  14. abuafaf says:

    Mabruk sahabat-sahabatku. Rasa bangga menjadi sahabat seperjuangan dengan Ustaz Hasrizal, Ustaz Maszlee dan Ustaz Heizal Hezri
    Siru ala barakatillah. ?? ???? ??? ??????

Leave a Reply