Benci Yang Dengan-Nya Sudah Berganti

February 7th, 2010 by Abu Saif 1:54 pm | 8,550 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

“Saya pernah sangat membenci ustaz” kata seorang anak muda.

“Sekarang bagaimana?” saya bertanya.

“Insya Allah tidak lagi” jawabnya.

“Alhamdulillah. Maafkan ustaz atas sebab-sebab yang pernah menyebabkan anta begitu membenci ustaz” saya memberi tumpuan kepada perbualan.

“Tak mengapa. Ustaz tidak bersalah” ujarnya pula.

“Boleh ustaz tahu kenapa ketika itu anta begitu membenci ustaz?” saya ingin belajar sesuatu.

“Kekasih saya mengambil tindakan memutuskan perhubungan kami kerana membaca buku ustaz” jawab beliau.

Saya terdiam.

“Ini bukan kejadian pertama. Sudah beberapa kali berlaku. Malah ada juga suami yang menghubungi ustaz, mengeluh kerana buku ustaz telah menyusahkan hidupnya. Tetapi itu tidak pernah menjadi niat ustaz. Tidak pernah dalam hidup, terfikir untuk menyusahkan sesiapa atau memporak perandakan hidup orang lain” saya memberikan penjelasan.

Sedikit kesal.

“Saya faham ustaz. Malah saya tahu yang ustaz tidak pernah bermaksud begitu. Ustaz hanya melontarkan bahan untuk berfikir. Tindakannya, terserah kepada pembaca,” ujar beliau.

Benar.

Jarang sekali tulisan saya bertindak untuk membuat keputusan bagi pihak orang lain. Biar pun ada sesetengah perkara itu halal dan haramnya sudah jelas, tetapi mengambil ruang untuk mengajak manusia berfikir, adalah lebih dekat dengan semangat al-Quran. Apatah lagi mahu mempertimbangkan soal cinta dan perasaan dengan keputusan. Bimbang halal dan haram tidak diberi penghormatan hanya kerana manusia dan mindanya belum cukup dirangsang untuk menerima.

Bagi yang masih solo, andai mahu berjinak-jinak mencari teman, saya sediakan banyak buah fikiran untuk pertimbangan. Fikir dahulu masak-masak, renungkan kesan buruk dan kesan baiknya, pertimbangkan dahulu jalan pendek dan jalan panjangnya. Jika fikiran sudah cukup menghadam realiti, mustahil diri mampu untuk mengambil risiko andai api lilin sudah cukup pedih untuk disentuh.

Bagi yang sudah berada di tengah jalan, sama ada mahu meneruskan perhubungan atau menamatkannya separuh jalan, biarlah keputusan itu hasil pertimbangan akal fikiran. Kalau teruskan, jangan lupa pada batasan. Jangan sampai tiada masa jangkaan, Jangan sampai tidak jejak ke alam pernikahan. Namun jika diri tidak bersedia untuk dibebankan oleh hijab yang wajib membataskan hubungan, langsaikan hubungan hasil persefahaman. Jangan kawan menjadi lawan, jangan maaruf yang dikejar melahirkan mungkar yang lebih besar.

Sebagai da’ie, saya tidak di posisi menghukum.

Sebaliknya mengajak mad’u berfikir, agar sebelum hukum menghukum, jiwa sudah bersedia untuk mempositifkannya.

“Tetapi mungkin apa yang berlaku ini, adalah cara Allah menunjukkan kasih sayang-Nya kepada kita. Kepada anta” saya menyambung kata.

“Kenapa?” tanya beliau.

“Apabila anta datang berjumpa dengan ustaz, jujur menyuarakan dendam anta kepada ustaz, sedia memaafkan malah sedia pula meminta maaf, itu sudah cukup besar untuk ustaz dan ustaz menghargainya. Tetapi dengan putusnya hubungan antara anta dan dia, Allah seperti mahu membebaskan anta daripada terus bercinta dengan seorang perempuan yang tidak yakin bahawa suatu hari nanti anta mampu berubah. Dia mungkin beruntung, tetapi anta pasti tidak rugi” saya cuba mencari sisi cerah daripada apa yang telah berlaku.

Andai jihad dan peperangan itu pun, menyimpan rahsia kebaikan yang terselindung oleh sangkaan manusia pada bencinya, apatah lagi ketika jihad peribadi pada melepaskan kehendak nafsu dan diri.

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [al-Baqarah 2: 216]

Ya Allah, pada keluhuran jiwa anak muda itu menerima ketentuan-Mu, menghapuskan dendam lagi memaafkan dirinya dan diriku, aku dengan penuh rasa kehambaan pada jiwa yang berhajatkan-Mu, memohon kepada-Mu untuk memelihara hati anak muda itu dan rakan-rakannya, menjadikan mereka benci kepada kekufuran, kefasiqan dan maksiat, serta mengasihi iman dan kebaikan. Hadiahkanlah kepadanya pasangan hidup yang mulia lagi bertaqwa demi berpanjangannya kebaikan buat beliau, dan kami semua, ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Ipoh: Seri yang Hilang Tidak Berganti “Yeaaaa… balik kampung!” anak-anak saya menjerit kegembiraan. Tiada yang lebih...
  2. Takut Yang Sudah Lama Tercabut “Kamu tahu tak kalau kamu terbabas, patah riuk tulang tu?...
  3. Khutbah Jumaat: Takut Yang Sudah Tercabut Itu Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Sifat takut, adalah salah satu...
  4. Mengganggu Yang Hidup Dengan Mencela Sirah si Mati Kalau seorang ahli forensik mengkaji tubuh badan si mati, seorang...
  5. Hilang Tak Berganti Terasa mahu sahaja saya lumurkan anak-anak dengan lumpur dan pasir...

Advertisement

33 comments

  1. setuju dgn ustaz, biarla org membenci kerana ada orang lain yg suka dgn penulisan ustaz.

    sy yg masih single lagi rasa teringin nk mengikut jejak langkah org lain, namun apabila membaca blog ustaz, sy tidak mahu menjual agama untuk dunia lagi. cukuplah Allah mengangkat darjat ini dgn berada di bumi saudi. rasa tenteram jiwa bila dpt selalu mengunjungi masjidil haram. syukran ya ustaz.

  2. fatin says:

    “Sebagai da’ie, saya tidak di posisi menghukum.

    Sebaliknya mengajak mad’u berfikir, agar sebelum hukum menghukum, jiwa sudah bersedia untuk mempositifkannya.”

    ~sangat setuju dengan ustaz~

  3. doa di perenggan meruntun jiwa :(
    ameenn..

  4. typo: di perenggan terakhir :)

  5. nurekin says:

    salam ustaz ske dgn cra anak muda tuh..berterus terang dgn ustat
    ske dgn kte2 dia yg ustz hanya melontarkan buah fkiran sbliknya tndkan kpd para pmbca

  6. ashikin says:

    ana mula diperkenalkan kepada saifulislam.com oleh ustaz ana masa di sekolah, Ustaz Hainizam melalui entri ustaz yang bertajuk ‘cinta tanpa syarat’. buku ustaz, ana belum pernah baca lagi. melalui tulisan2 ustaz dan ummusaif, banyak yang ana belajar. jazakallah, ustaz.

    entri ustaz ang paling membantu ana adalah ‘seni kata putus’.

  7. terima kasih ustaz kerana banyak membantu saya melalui penulisan ustaz… barakallahu fik…

  8. Assalamualaikum ustaz,
    sememangnya entri dan 2 buah buku ustaz,Aku Terima Nikahnya serta Bercinta Sampai Syurga memberi suntikan fikiran buat pembaca.

    Cuba juga mengorak langkah yang sama di http://i-cempaka.blogspot.com/2010/02/temantapi-mesra.html ,namun kerencaman respon yang diterima buat saya tersenyum lebar.

    Susah juga ya ustaz menulis tentang cinta…

  9. 'Afifah Azam says:

    alhamdulillah, ameen~~

  10. nurulhidayah says:

    laman ustaz banyak memberi buah fikiran yang kadang2 saya sendiri lupa….semoga Allah kembalikan apa yang hilang dari jiwa ini.

  11. sufi says:

    ameeen.. doa ustaz sangat meruntun jiwa.. bahagianya rasa, siapa yang dapat doa ini.. :)

  12. hana sofea says:

    amin…….
    kadang-kadang kita tak boleh generalize pada semua situasi….perlu bijak menilai, tanyalah iman dan kematangan.

  13. sz says:

    salam. saya sebelum ni memang peminat blog ustad dan membaca buku2 ustaz. dan telah menjumpai teman hidup yg satu fikrah. saya cuba amalkan ilmu yg ada dalam penulisan ustad. buku men from mars and women from venus pun telah saya baca. tapi di tengah jalan dia memutuskan hubungan. saya jadi gila dan didiagnos schizophrenia. semenjak itu saya membenci tulisan ustad. selepas setahun, saya masih gila tetapi saya telah menjumpai hikmah Allah SWT disebalik kejadian ini. terima kasih Ustaz

  14. aman says:

    erti hidup pada memberi!

  15. ummi izzah says:

    untung kalo baca buku ustaz terus ada rasa insaf ke, rasa syukur ke, rasa apa2 lah dalam diri..tapi kalo saya baca, lambat pulak datang rasa..kekadang xd rasa apa pun…napa ye? ada sapa2 bleh tolong jelaskan?ustaz, camana?

  16. luqluq says:

    Salam.Setiap ilmu yang baik apatah lagi dari ajaran ISLAM,pasti memberikan kesan positif walau pun sedikit,cepat atau lambat.Percayalah.

  17. Farid Nazmi says:

    ” Dia mungkin beruntung tetapi anta pasti tidak rugi”

    Terima kasih ustaz..rasa lapang dada.

  18. labah2 says:

    Ha3, mantap jugak orang muda mudi sekarang buat keputusan ~

  19. mujahidah says:

    ameen..ameen…ameen istimewa sungguh insan itu sehingga dia mendapat doa dari ustaz, dan benarlah Allah mengasihi insan itu dgn caraNYA yang tersendiri.

  20. balqis0104 says:

    kalau kita betul2 yakin janji Allah insyaAllah satu ari nanti kita akan dapat pasangan yg betul2 sesuai dengan kita.Atthoyyibin lil thoyyibat. saya tak menyesal putuskan hubungan dengan teman saya dahulu.Alhamdulilah Allah dah bagi kami petunjuk.terima kasih jugak kpd ustaz.

  21. humaira says:

    ya Allah.. KAU peliharalah cinta aku terhadapMU… jgn KAU lalaikan aku terhadap cinta mu sehingga aku melebihkan cinta manusia daripada cintaMU… KAU peliharalah hatiku ini… sesungguhnya begitu mempersona mendapat cintaMU…amin..ustaz,minta doakan sya juga agar sentiasa berada dalam rahmat Allah

  22. saya_yakin says:

    Salamualaikum ustaz..

    Ustaz, saya tak putuskan apa-apa hubungan dengannya.. cuma dibataskan.. jarang sangat contact.. (Kerana saya tau diri saya ni jenis yang cepat sangat jemu kalau dah kenal sangat) dan saya pun tak nak sangat memikirkan benda-benda seperti ini sebelum sampai masanya (Kahwin)..

    dan artikel-artikel ustaz membuatkan saya lebih terasa untuk bersedia diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuju ke marhalah yang seterusnya..

    Terima kasih yaa Ustaz…

    • saya_yakin says:

      @saya_yakin, dan sampai ke hari ini.. saya tak kenal banyak tentang si dia.. cuma yang saya yakin.. dia dari kalangan family yang baik-baik.. akhlaknya insyaAllah okay..

      InsyaAllah sampai masa yang sesuai saya akan masuk meminang.. dan selepas kahwin baru akan mengenalinya dengan mendalam.. dan insyaAllah akan menerima segala yang ada dengan hati yang terbuka..

  23. zusai says:

    salam..sy baru lagi dalam mengenali siapa ustaz.
    alhamdulillah, kebanyakan penulisan ustaz slalu buat sy berfikir pnjg dr segi cinta ni,.kdg2 terasa ingin berteman, tetapi sebenarnya ia adalah satu bisikan jahat dr syaitan. doakanlah sy supaya xterjerumus ke arah negatif itu..

  24. Seri says:

    ustaz, saya kenal buku2 ustaz selepas saya putus cinta..tapi sya bersyukur sangat dpt kenal buku ustaz,kerana byk beri saya ilmu dalam mengenal erti cinta sejati..

  25. ehpm1 says:

    Saya dapat rasakan perubahan dalam cara saya berfikir setelah banyak membaca hasil tulisan ustaz. Dosa yang lama memang disesali, tapi masih juga terjebak dalam dosa yang baru. saya tahu keberkatan hanya akan datang dengan istiqamah dan taubat yang tulen. Tapi sering tertewas….. lingkungan yang tak membantu mungkin. Jadi pada pendapat saya lari dari ‘masalah’ tak menyelesiakan masalah, hadapi dengan usaha gigih, ilmu dan sabar boleh membentuk hasil yang realistik sepadan dengan kita walau pun tak ‘sempurna’. Bukan salah ustaz menulis, tapi jahil pembaca menafsir peta ilmu.

    Erti Hidup Pada Memberi (ehpm)

  26. umairah says:

    Assalamualaikum ustaz.
    ana nak tya, ble x ana mta pndpt ustz, tp mlli emel. tp,ana xtau emel ustz. Dgn kmurhn hati, ana hrp ustz dpt bri emel ustz. Syukran.

  27. assalamualaikum….ana suka sangat blog ustaz…banyak benda baru yang ana dapat belajar dari blog ini..dan ana akan sentiasa cuba untuk beramal dari ilmu yang ana dah belajar dari blog ini…semoga dengan usaha ustaz menyebarkan syariah islam ini akan mendapat syafaat di akhirat…aamin

Leave a Reply