
Bumi Urdun yang gersang itu, hanya mampu dihuni oleh manusia pahlawan – Pemandangan dari udara sejurus sebelum mendarat di Queen Alia International Airport, Amman
Perjalanan bermula dengan seribu tekanan.
Saya mengejar masa, dalam bentuk yang sungguh luar biasa. Semenjak Jumaat, program berlangsung tidak henti-henti di Shah Alam dan kemudian di Ipoh juga. Kemuncaknya adalah program Bicara Tentang Cinta anjuran PPIUPM.
Selewat jam 11 program selesai. Saya berkejar meninggalkan UPM dan segera pulang ke rumah. Tepat jam 12, saya tiba di rumah ketika teksi untuk ke KLIA sudah pun menanti.
“Terima kasih ya, tolong siapkan beg!” saya menarik nafas lega.
Hampir kesemua barang sudah dikemaskan isteri. Biar pun tidak begitu pasti bajet baju yang perlu dibawa, namun dengan budaya mandi 3 hari sekali di Jordan itu, pasti jumlah baju yang perlu tidak sebanyak yang saya bawa ke Bandung tempoh hari.
Alhamdulillah, tiba di KLIA jam 1:15 pagi saya segera check-in. Nampaknya penumpang tidak begitu ramai. Ini adalah kali pertama saya menggunakan penerbangan Kuwait Airways (KAC) iaitu penerbangan pilihan ramai pelajar masa kini kerana harga yang sederhana dengan tempoh transit yang tidak terlalu panjang.
8 jam 35 minit, pesawat Airbus 340 membelah awan.
Saya yang sudah sedia keletihan tidak bertangguh untuk melelapkan mata. Moga jiran kerusi sebelah ampunkan saya andai ada dengkuran yang mengiringi perjalanan kami. Berbual seketika dengannya menyedarkan saya bahawa Bahasa Arab saya sudah kurang masyi (kurang fasih) akibat lama tidak menggunakannya dengan loghat Syam.
Alhamdulillah pesawat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait pada jam 6:45 pagi waktu tempatan. Syukur saya sudah selesai mengerjakan Solat Subuh di ruang udara Musqat, Oman sejam sebelumnya.
“Selamat datang ke Kuwait, Cuaca di luar saya adalah 2°C!” pramugara memberikan taklimat kepada penumpang.
Subhanallah. Kalau Kuwait 2°C, bagaimana pula dengan Jordan? Irbid? Amman? Apatah lagi Mu’tah?
Saya menggigil kesejukan. Selepas 2 jam 30 minit transit, kami dijemput masuk ke pesawat yang akan menerbangkan kami ke Amman di Jordan. Dalam rasa mengantuk dan letih, pelbagai memori datang mengimbas. Kenangan saya di Jordan bukanlah pada peristiwa-peristiwa besar yang pernah berlangsung di sana. Tetapi lebih kepada benda kecil yang menghias hari.
Girgir yang digunakan untuk membersihkan karpet.
Pemanas bilik Laminox lambang kemewahan sesetengah pelajar dahulu.
Lampu tangga yang hanya menyala 1o saat dan kemudian terpadam sendiri.
Dan sudah tentu, bau pohon tin, bau tanah bumi Syam, bau angin dan anak-anak Arab comot bermain pasir di tepi jalan.
Itulah nostalgianya.
“Para menumpang sekalian, pesawat telah bersedia untuk mendarat!” kata kapten kapal terbang.
Subhanallah… telah jelas kelibat bumi Syam di bawah sana. Gersang, menakutkan, pemandangan yang seperti tidak layak untuk manusia menghuninya. Tetapi semakin pesawat menghampiri kehidupan di hamparan itu, semakin terserlah segala kebaikan yang pernah menghiasi hidup saya, dalam bentuk yang sangat sukar untuk diungkap kata.
Semuanya rasa.
Bukan bicara.
Sepi…
Dari jauh, engkau adalah sebuah memori,
Dari udara, engkau gersang bagai Mahsyari;
Selamat mendarat, aku masih bagai bermimpi,
Mencecah tanah, Ard al-Ribat, aku datang lagi.
Tinggalkan Mathor, lebuhraya kami susuri,
Terkasima seketika, pemanduan di kanan, bukan lagi kiri;
Bumi Urdun masih indah dan cantik berseri,
Cuma kecoh anak buminya, belum reda-reda lagi.
Belok kanan, kiri, kanan dan kiri lagi,
Tempuh Mecca Mall, sampai jumpa Mustasyfa ‘Askari;
Seperti bermimpi, hakikatnya ia realiti,
Bumi Sweileh, aku tiba lagi.
Makhabiz, Jisr, kedai buah dan kedai roti,
Bau pohon tin, rinduku terubat kini;
Masjid Abd al-Rahman bin Auf, sungguh menyentuh hati,
Di rumah sahabat, bertemu dengan si Ustaz Maszlee!
Sembang-sembang, imbas kenangan dan imbas misteri,
Sebahagian ‘sirahku’ ramai yang tidak pasti;
Soalan diaju bertubi-tubi tanpa henti,
Mujur maqlubah mengubat diri.
Sembang ke petang semenjak pagi,
Ke Irbid pula ku dibawa pergi;
Pemandangan indah pokok pine di kanan dan kiri,
Sedar-sedar sudah melintas Duwar Jami’ah dan Funduq Hijazi.
Sukar kubayangkan apa rasanya hati,
Bumi Urdun kudatang bertamu lagi;
Teman tiada, tetapi adik-adik masih ramai di sini,
Syariah, Iqtisad Islami, Perubatan dan Doktor Gigi.
Sabarlah adik-adikku, Urdun memang misteri,
Semasa menghuninya, tak sabar-sabar hendak lari;
Selepas berpisah baru tahu hikmahnya bumi Isra’ ini,
Dapat cium tanah pun, terasa memadai.
Badan penat, perjalanan separuh bumi,
Enam jam, beza waktu Ampang dan sini;
Rasa mengantuk, sejuk berlaga gigi,
Tak boleh tidur, jet-lag datang lagi.
Isteriku, dalam doamu, iringkan aku pergi,
Sebentar cuma, ada tugas yang perlu aku galasi;
Hidup kita maknanya pada memberi,
Syurga Allah, di hujung Baiti Jannati…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
The Hashemite Kingdom of Jordan
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Salam Ustaz,
Puitis & Romantis!
Fi Amanillah Daiiman Insya Allah.
Assalamualaikum
Tempuhlah safarmu dengan tabah,
demi mendidik pewaris ummah,
moga Allah membalas mujahadah,
seorang ustaz yang tidak mudah mengalah.
Barakallahufikum.
ps: Nampaknya kita tiada lagi teknologi yang boleh rekodkan bau. Gambar dan realiti sudah boleh direkodkan. BAU belum lagi. Kalau tidak, bolehlah berkongsi bau di blog ini.
@Al-Adib,
bleh tahan ps …..
alhamdulillah.. akhirnya ustaz sampai jugak ke bumi urdun…
Nukilan Ustaz macam bertemu kekasih lama. Nasib baik Ummusaif sangat memahami. Syukran Ustaz. Pengalaman yang pahit itulah yang paling mahal sekali dalam hidup di alam fana ini.
semoga segala penat lelah ustaz diterima oleh al-Khaliq.. amin…
ahlan wa sahlan wamarhaban ya ustaz…kami sekeluarga baru setengah tahun berkelana di bumi urdin ini.Alhamdulillah..sungguh berkat bumi isra’ ini.Sungguh suatu hari nanti apabila kami pulang ke Malaysia..tentunya perasaan rindu membara.Sama seperti apa yang ustaz rasakan..
alhamdulillah semuanya baik2 sahaja~
selamat untuk Ustaz, Ustaz Maszlee Malik, dan Ustaz Heizal
Hezri di PERTAMA nanti
Suamiku, dalam doa kuiring pergi
Buat musafir kembara diri
Jangan dirisau kami di sini
Tenang menanti waktu dan hari..
salam..
subhanaAllah..terasa nak menjejakkan kaki ke sana..
Ya Allah..semoga dimurahkan rezeki untukku dan kuargaku untuk ke bumi anbiya’ suatu hari nnat..
Selamat bermusafir.
Semoga safar ini diiringi doa orang beriman, dibisik para malaikat, dan diredhai Allah.
“Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu, Ust Hasrizal Abdul Jamil ini. Semoga, kami dapat terus belajar dari ibrah pengalamannya.”
ameen ya rabb……^_^
subhanallah…hebat sungguh puisi ini. lain dari post yang lain
tiba2..terasaaaa sgt nk jejaki tanah Syam..SubhanALLAH..
betul3…moga sama2 diberi peluang untuk itu…
Puisi al-Fadhil Ustaz cukup menyentuh perasaan, hampir menitis airmata dibuatnya. Moga ke”kembali”an Ustaz di bumi Urdun membuka minda anak-anak di sana agar tambah tekun menimba ilmu dan pengalaman, bekal apabila pulang nanti. Insya Allah, semakin ramai insan “memberi” seperti Ustaz, dakwah di sini akan lebih subur dan berkesan.
salam, ustaz, walaupun xpernah saya smpai di bumi Urdun…saya dapat merasakan keadaanya.
Terasa hebat sungguh cinta ustaz pada bumi Urdun ini.
Puisi ustaz bagi saya sarat dengan kasih syg. Banyakkan puisi lagi ustaz, sbb puisi2 begini sungguh menyentuh hati. Tanpa gunakan ayat2 melankolik pun, kami yang mmbaca dah dapat rasa.
Buat Ummu Saif, selamat mjaga diri dn anak2. Kami doakan ummu saif selamat sementara Ustaz berpergian. Ameen
sungguh indah bingkisan yg dikarang…
terdengar puisi ustaz ni..rasa macam tak nak kembali balik ke Malaysia dah.huhu
Syukur, Alhamdulillah.Akhirnya rindu ustaz terubat jua. Ana turut berharap semoga banyak kenangan-kenangan indah yang bakal ustaz hadapi di sana dapat diabadikan dalam blog ini.Agar kami yang tak berkesempatan lagi buat kali ke-2 ke bumi Urdun, dapat jua mengubat kerinduan ini apabila dapat menatap gambar2 terbaru bumi Urdun.
* Ana kerap bermimpi berada di bumi dataran Syam. Insya-Allah, jika ada kelapangan yang Allah S.W.T berikan, ana pasti ke sana bersama keluarga tercinta..Aminn…
tergambar perasaan yang sama, apabila saya meninggalkan bumi syria 4 tahun lalu.. ….dan alhamdulillah ramadhan lepas dapat semula menjejak kaki walau cuma untuk seketika….demekian kesan barakah bumi syam…..
Membaca dengan air mata. Selamat bermusafir ustaz.
kepada mereka yang belum menjejakan kaki ke bumi urdun sana, berniatlah kini, agar di “hantar” ALLAH berkelana mencari redhonya pula di sana.
Bon Voyage ya akhi kareem
Salaam~
Tidak dapat untuk berjumpa walaupun sudah berada disemenanjung yang sama…
Selamat Bermu’amlah!!
“Sabarlah adik-adikku, Urdun memang misteri,
Semasa menghuninya, tak sabar-sabar hendak lari;
Selepas berpisah baru tahu hikmahnya bumi Isra’ ini,
Dapat cium tanah pun, terasa memadai”
tepat sekali, ustaz!
sebelum ni rasa cepatlah nak habis belajar.. mahu pulang segera ke malaysia.
tapi, tinggal beberapa bulan lagi sebelum tamatkan pengajian 6 tahun di sini, semakin hari semakin sayu… Sudah ada rasa rindu walaupun belum lagi berpisah dengan bumi Urdun bertuah
Mungkin dalam masa yang sama, saya sedang menyesali..
Pulang nanti, adakah telah kuambil pelajaran dan pengajaran dari bumi barakah ini…?
nasyid tetamu dataran syam tetap jadi insipirasi.
syukran, ustaz atas kunjungan
Assalamualaikum
Sementara di sana, enta jenguk2lah air di tasik Tabariyyah, dah sampai mana.
Assalamu ‘alaikum ust..selamat bermusafir ke bumi Isra’.Semoga segala urusan ustaz dipermudahkan Allah.Jika berkesempatan luahkan pengalaman ustaz kembara ke Jordan kali ini dalam entri akan datang.Siiru ala barakatiLLah
Assalamualaikum,
Alamak rindu juga dengan kenangan lama di Jordan hmmmppphhhh…
Ustaz,
Bila hasrat PMIUSM (bukan PIMUPM) nak jemput ustaz ke Forum Bicara Cinta di USM minggu lepas akhirnya tidak kesampaian, saya pula depa cari untuk ganti tempat ustaz, hihii…. (balik-balik ‘pensyarah munakahat’ ni juga yang kena)
Lain kali kalau PMIUSM jemput, jangan tak terima ye
salam~
ummusaif,
terlihat saya program utz di UTP nanti. ertinya sudah terlalu dekat dengan rumah kami di taman tasik putra… oleh itu, saya jemput utz & ummusaif serta kelaurga berkunjung kerumah! mintak bagi ‘motivattion’ kepada wife & anak-anak saya yang sering ditinggal. jkk
salaam ustaz! tercapai juga hasrat nak ke ordan semula. sewaktu ustaz d ordan, kami sekeluarga d bumi othmaniyah – istanbul! sungguh indah, mengingatkan kembali khalifah terakhir ummah. mudah2an akan kembali khalifah buat ummah.
selamat berprogram d ordan ustaz!
salam, untung ummi saif mendapat suami yang sanggup berjihad dan ummi juga tenang sepeninggalan beliau…semoga Allah mencucuri rahmat ke atas keluarga kalian berdua