Kita Dapat Apa Yang Kita Beri

March 19th, 2007 by Abu Saif 1:07 am | 8,336 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

1532.JPG

Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai. Saya cuma mahukan masa beberapa hari dalam sebulan untuk saya bersama isteri dan anak-anak. Kotak-kotak kosong diari itu sebenarnya tidak kosong.

“Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami,” kata seorang pemanggil.

Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi serba salah. Saya berdakwah kepada masyarakat, bagaimana pula ahli keluarga saya sendiri? Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya.

Ketika saya menaip artikel ini, anak-anak saya sedang tidur nyenyak. Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya.

“Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian,” saya sukar menahan hati dari bersedih.

Tidak wajar kita menyangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu tahap pencapaian yang dikongsi bersama antara manusia dan haiwan. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal kuantiti dan kualiti masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu dikekalkan kosong, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, kita semua sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad”™u (sasaran dakwah) pertama saya.

Jika kita tercicir anak di perhentian lebuh raya, kita tetap ada jalan untuk berpatah balik, walaupun derau hati bagi separuh mati.Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kerjaya dan kenaikan pangkat, kita tertinggal anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika anak-anak tercicir dari Tarbiah Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi s.a.w. betapa tanda kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak derhaka jadi fenomena biasa di akhir zaman. Mengapa suasana begitu boleh terjadi? Pasti ia tidak berlaku tiba-tiba, atau tanpa sebab pemula.

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!

Maafkan Abi dan Ummi!

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Minta Yang Mahu, Dapat Yang Perlu “Macam mana nak sampai ni?” hati saya terdetik. Jam sudah...
  2. Yop Dapat Hadiah “Yea, hari ni Yop dapat hadiah”, Saif begitu gembira pagi...
  3. Bekerja Untuk Melihat Apa Yang Kita Percaya foto “Pasukan kita akan bertanding di Piala Dunia dan menjulang...
  4. Khutbah: Kita Kaum Yang Tersendiri Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya...
  5. Dosa Kita Mengatasi Kesalahan Anak-anak “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada...

Advertisement

19 comments

  1. pauhfc says:

    alhamdulillah ustaz sedar akan tanggungjawab ini walaupun ustaz sentiasa dalam kesibukan..harap2 mereka yang selalu jemput ustaz ceramah tu bwk2 beringat. kalu ceramah online mcm dgn student Misg ari tu ganggu ustaz tak?? kalau tak ganggu, boleh la ustaz buat lagi. ;)

    tapi, ada sesetengah ibubapa tu, nak kata sibuk, tak la sibuk..masa dekat rumah tu bertimbun-timbun ngan anak-anak.contohnya suri2 rumah.tapi anak-anak merempat kat luar jugak mencari kasih sayang.kebanyakannya saya perhatikan di kampung-kampung la dimana kebanyakan ibu bapanya tidak la sesibuk ibu bapa di bandar. tp, masalah sosial di luar bandar sekarang ni pun sama naik dengan bandar.

  2. ibnu roslan says:

    sememangnya natijah yang digondol melihat kepada tindakan yang diambil…

  3. lonsaa says:

    susah nak cari ibubapa yg faham akan kepentingan dakwah dan tarbiyyah kepada anak2 sekarang ni. ibubapa memainkan peranan yg sgt penting dlm membentuk akhlak anak2. mungkin byknya fenomena derhaka sekarang ni disebabkan kurangnya ibubapa memberi fokus terhadap amalan agama dlm kehidupan seharian anak2. dunia sekarang terlalu materialistik sehinggakan sesetengah ibubapa terlupa akan tanggungjawab dan kepentingan dlm penekanan ilmu agama dlm hidup. byknya hanya mengambiltahu skor exam. amalan ibadah harian tak pernah nak tanya.

  4. Rileks ustaz. . . dugaan belaka. . . tulisan ustaz mengajar org muda seperti saya mengerti lebih baik dgn makna tanggungjawap. .
    thanks.

  5. Ana says:

    Emmm…mungkin ini lah faktor utama mengapa lelaki yang terlibat dengan gerakan cuba untuk mencari wanita di luar gerakan. Kalau sama2 terlibat dengan gerakan,…risau tak de masa nak jaga anak2 kat rumah …takut2 anak sendiri tercicir…ini lah juga faktor yang menyebabkan lelaki dan wanita yang aktif berdakwah(sebelum kahwin) menjadi lumpuh untuk meneruskan perjuangan da’wah fisabilillahnyer selepas kahwin…
    sibuk lah katakan…tapi apa jalan penyelesaiannya yer??kerana keduanyer sama penting…usaha da’wah tak boleh sekali sekala…perlu istiqamah…klu tak istiqamah blh jadi tarbiyahnyer tak berjaya untuk merubah corak pemikiran masyarakat….
    keluarga..anak…, isteri…. dan suami…. juga sama penting….apatah lagi kepada seorang wanita solehah yang cuba untuk menjadi isteri, ibu dan pejuang di jalan Allah(da’wah) sementara hayat masih di kandung badan….

  6. saifulislam says:

    pandangan “Ana” di atas, mungkin ya mungkin tidak. Doktor muslimah yang masih belum berumahtangga pun mengandaikan perkara yang sama. Tetapi soal profesyen kita, adalah soal kedua. Kalau mak atau ayah buka office sendiri di rumah sekali pun, belum tentu masalah ini terhindar. Pada saya kuantiti masa memang penting, tetapi kualitilah yang paling penting. Duduk sebumbung tapi seorang mengadap komputer, seorang lagi baca surat khabar, anak-anak pula mengadap TV, maka mereka tetap tidak bersama sebenarnya. Yang penting, setiap lelaki dan perempuan yang berkahwin, kena berperanan dengan sebaik2nya terhadap kualiti masa, di sisi kuantiti yg semakin terjejas oleh desakan hidup.

    Artikel saya di atas sekadar muhasabah diri untuk diri saya sendiri, supaya tidak mengabaikan anak-anak dalam kesibukan kerja, belajar dan tugas-tugas yang lain :)

    Kepada yang belum kahwin, bersedialah. Jangan fikir setakat nak honey moon di mana sahaja.. kena lebih lagi :D

  7. elbaritii says:

    Salam,

    Saya pun macam tak setuju idea yg deketengahkan oleh saudari/ra Ana. Faktor itu mungkin betul, tetapi kebenaran faktor itu saya ragui.

    Suami isteri yang terlibat dengan Gerakan biasanya ada kesedaran kepada pembentukan sahsiah dan rumah tangga Islam. Bermakna peringkat kesedaran dan pemahaman, ghalibnya selesai. Atau asasnya telah ada.

    Apa yang perlu ditekankan ialah, kewajipan itu bukan sekadar di luar rumah. Sebaliknya di dalam rumah juga adalah medan yang terpenting untuk kerja2 dakwah.

    Mudah sebenarnya bagi isteri yang memahami agama dan gerakan untuk bertindak sebagai daie kepada anak-anak sendiri, jika dibandingkan dengan seorang wanita “solehah” yang baik, tetapi tiada asas usrah, pentarbiahan dan penglibatan dalam gerakan Islam.

    Saya fikir, apa yang mungkin berlaku, silibus pentarbiahan yang tidak banyak menekan kepada pembentukan sahsiah dan keluarga muslim sebagai asas kejayaan Gerakan Islam, sebagai satu punca.

    Juga, isteri tidak seharusnya memutuskan hubungkaitnya dengan kewajipan sebagai muslimat di luar rumah, setelah bersuamikan seorang pendakwah. Alhamdulillah, mereka ini memiliki suami yang bagus, tetapi bagaimana muslimat2 lain yang memerlukan pentarbiahan dan pengisian yang tidak diperolehi drp suami masing2. Ini sebagai satu cth shj.
    WA.

  8. elbaritii says:

    Maaf,menambah.

    Saya sering fikirkan, bagi suami isteri yang aktif ketika di kampus dan tumbang di kaki pelamin, mungkin berpunca daripada salah satu drp beberapa faktor di bawah:- ( Ustaz Hasrizal boleh buat satu artikel kut, tapi bukan point ana lah :) )

    1. Kefahaman yang tidak mantap terhadap kewajipan bekerja untuk Islam.
    2. Niat yang selalu terpesong ketika aktif di kampus ( Berdasarkan kepada pengalaman yang sangat singkat pernah saya lalui )
    3. Pengisian hati yang sangat kurang, lantaran disesakkan dengan kerja2 organisasi dan dakwah untuk orang. ( Yang berjaya, biasanya yang ada back up sendiri )
    4. Kurang ilmu aqidah dan syariah.

    Saya juga sering tertanya2, MESTIKAH penglibatan dan perjalanan sebuah dakwah di kampus ( tempatan ) memaksa pencabutan “hijab” antara muslimin dan muslimat secara agak bebas? Perlukah usrah bersama? Tamrin bersama?

    Sedangkan di luar ini, sebagai contoh dalam PAS, mungkin juga JIM dan ABIM, atau apa sahaja gerakan Islam, anda semua akan bekerja berasingan…
    Saya belum ada jawapan pasti, mestikah atau tidak.

  9. syarief says:

    tiba2 je masuk bab kawin sesama ahli jemaah ni. tambah bab keciciran lagi..

    rasanya kefahaman dalam mengenal erti dakwah yg syarie akan membantu kita menilai hakikat kebersamaan dan penggabungan diri kita di arena dakwah..

    dakwah tak mengenal erti umur. bukan lah manusia yang menjadi pemangkinnya.. tapi dasar iman yg datang dari hati yg MAHU yg kelak mendetikkan daya MAMPU.

  10. taqeyyabella says:

    Seorang bapak berkata kepada anaknya : “Abah tak taulah dapat menjalankan amanah sebagai seorang ayah dengan baik atau tidak, kalau menerapkan Islam kepada anak sendiri sahaja abah belum mampu. Sepatutnya abah mampu mendidik korang menjadi lebih beriman dan bertaqwa daripada abah, barulah Islam ini akan langgeng setelah generasi ke generasi.” Keadaan paling menyakitkan adalah ketika melihat anak-anak ikhwah sendiri yang hilang arah… wallahulmusta’an

  11. ana_muslimah says:

    salam
    mungkin tak seberapa
    tapi sebagai seorang anak y merasai, saya lebih berbangga ayah saya berada di medan juang
    anak-anak,harta dan keluarga hanya hiasan dunia
    tanamkan akar yang kuat, tawakkal pada Allah I’allah Dia membantu

  12. zura says:

    Assalamualaikum..
    Jadi, pentingnya tawazun dalam hidup kita..

  13. aye says:

    “Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kelaliman yang besar”.
    Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
    Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
    Surah luqman ayat 13-15

  14. athirah mustafa says:

    Tawazun..?

  15. yanti says:

    hmmm tentang durhaka…
    kalau gak keberatan baca ya… postingan saya di “maafkan saya bila durhaka” :http://maaini.wordpress.com/2008/04/06/maafkan-saya-bila-durhaka/
    Saya tunggu ya.. komentarnya…
    makasi.. uda boleh nunut belajar

  16. uda says:

    asalamualaikum ustaz,sy seorg plajar ingin meminta pendapat dari ustaz,mengapa anak-anak pada masa ini sering mengabaikan ibubapanya?

  17. i_aman says:

    wa’alaikumsalam..
    poitn terpenting ust tulis tu ” what u gives, u get back”. menurut persoalan saudara, jwpn yg sesuai adalah kesilapan ibubapa yg sering mengabaikan tanggungjawab kepada anak2nya.

  18. pak din 31 says:

    What you give, you get back!

    Jangan salahkan cermain, kalau kelihatan tidak terurus, kita perkemas diri, sudah pasti cermin memaparkan yang sama.

    Kehidupan tidak semudah itu. Kemas kita, kemaslah cermin kata. Kerana kita bukanlah hanya seorang individu, tetapi kita adalah leluhur yang menghasilkan anak kita.

    Permainan kebarangkalian (probabality) adalah proses pewarnaan dan kepelbagaian kehidupan oleh Pencipta. Sudah pasti ia sesuatu yang menarik, hanya kebanyakan kita tidak tertarik.

    Tidak salah untuk kita meletakkan tugas mengajar kepada guru, tetapi apabila tugas mendidik dibebankan sekali, ia adalah keadaan yang berbeza.

    Mengajar asas, seperti mengenal ABC sehingga padai membuat karangan, adalah tugas pengajar di sekolah. Tugas mendidik lebih kepada memberikan haluan kepada karangan yang anak kita hasilkan.

    KEsilapan berlaku apabila kita bulat-bulat menyerahkan tugas mengajar dna mendidik kepada sekolah atau institusi di luat rumah, atas alasan tidak tahu melakukannya atau tidak berkesempatan.

  19. anne says:

    salam alaik ustaz.. kedua org tua saya adalah guru, sy sdg belajar dlm jurusan IT di sebuah universiti swasta.
    mereka sdg mendesak sy utk menjadi seorang guru atas alasan hanya dgn bekerja sbg guru dapat mendidik anak2 dgn baik. sy sama sekali tidak setuju kerana itu bukanlah indikator.

    spt yg sy sendiri lalui, tidak terasa tarbiah Islamiah di rumah saya sdri., kerana kedua org tua sy tidak memberikan tarbiah tersebut walaupun mereka punya masa dgn kuantiti yg byk di rumah.

    namun, sy yakin dgn persatuan di IPT sy kini yg menyediakan sistem tarbiah utk diri kami walaupun bakal bergelar technologist.utk mentarbiah diri sy utk menjadi muslimah sejati kelak, insyaAllah..

    sy sedang menunggu detik2 akhir pengumuman keputusan perguruan beberapa jam lagi pada 14jun. note: sekarang 8.50pm,13jun..

    persoalannya ustaz,bagaimana sy ingin yakinkan kedua org tua saya bahawa jenis karier itu tidak penting selagi tidak salah dari sisi agama; yg penting adalah kualiti masa yg kita luangan utk mendidik anak2 itu sendiri.. tolong jawab ustaz..

Leave a Reply