
“Anak-anak, dalam kereta duduk elok-elok. Pakai tali pinggang. Bahaya kalau berdiri” saya mengomel.
Naurah dan Imad berada di kerusi belakang.
Mereka berebut makanan yang saya beli semasa ke UTP sehari sebelumnya. Ada kerepek pisang tergantung di belakang.
“Allah, lupa pula yang hari ini Yeop ada kelas Taekwondo” saya merungut sendirian semasa melihat murid-murid Khalifah Model School rancak berlari mengelilingi premis KMS dengan pakaian lengkap mereka.
Kereta saya berhentikan di tepi jalan.
Cuaca sangat panas.
Pagi tadi saya demam panas. Mungkin keletihan yang berlebihan selepas memandu jauh dari Kuala Lumpur ke UTP di Sri Iskandar Perak dan kemudian pulang ke KL pada malam yang sama. Kuliah Zohor terpaksa saya batalkan.
“Ummi habis kerja hari ini jam 5. Kalau ambil Yeop dulu pun tak apa” saya membaca sms yang isteri hantar.
Ada sejam lagi sebelum pukul 5. Cuaca yang panas menyebabkan saya bertindak pulang semula ke rumah.
“Naurah, Imad, botol air tu bukankah ada dua. Tak perlu berebut. Nanti tumpah” saya menegur anak-anak yang tidak henti-henti berperang di belakang.
Telefon bimbit saya letakkan di tempat meletak cawan di kiri kerusi pemandu. Ia tempat biasa saya meletakkan telefon.
“Ehh, apa yang basah ini?” saya sedikit terkejut melihat percikan air di gear kereta.
Kesibukan jalanraya menyebabkan saya tidak berpeluang menoleh ke kiri dan kanan. Percikan air itu saya abaikan dan perhatian terus ditumpukan kepada jalanraya.
Setibanya di rumah, saya mahu membaca sms berbaki.
Allahu Akbar!
Seperti tidak percaya, Iphone berusia setahun lebih dan masih awet muda itu terendam di dalam tempat meletak cawan. Air mineral dengan jumlah hampir sebotol telah tersiram ke dalam bekas itu dan Iphone saya bergaya seperti kapal selam. Sebaik sahaja telefon itu dikeluarkan, tangan saya tersentak kerana terkena renjatan elektrik. Jika telefon lain, harus sahaja saya cabut baterinya segera untuk dikeringkan. Tetapi bagi Iphone yang baterinya berada di dalam, tambahan pula dengan wayar charger yang masih terlekat padanya, Iphone saya sudah Qaalu Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon!
Semasa menoleh ke belakang, Naurah memerhatikan saya sambil tangannya masih memegang botol air mineral yang sudah kosong. Imad pula menunding-nunding jari ke arah kakaknya.
“Kakak buat, kakak buat!” kata Imad.
Saya menelan air liur.
Antara marah yang bersangatan dan sayang kepada anak yang tidak bersyarat, saya hanya mampu melepaskan satu keluhan yang sangat dalam untuk membuang segala tekanan.
Marahlah anak.
Tetapi jangan sampai melabelnya.
“Bodoh! Degil! Kamu memang macam itu!”
Semua label, adalah kesimpulan kita tentang seorang anak. Apabila kita membuat kesimpulan, bererti kita telah memuktamadkan siapa anak kita. Kesimpulan itu menjadi doa. Hodohnya bahasa seorang bapa atau ibu jika yang didoakannya adalah kebodohan, kedegilan dan kenakalan si anak.
Saya mengurut dada, merenung tajam Naurah dan Imad dan mengekang lidah daripada menyebut apa-apa. Ketakutan mereka melihat renungan tajam saya, sudah memadai untuk hari itu.
BUKAN UNTUK BERGAYA
Saya membeli Iphone, sama seperti tujuan saya membeli telefon-telefon yang lain sebelumnya. Ia bukan untuk bergaya, tetapi saya yang sudah menggunakan PDA semenjak Palm V di tahun 1998 lagi, menggunakan seluruh fungsi yang ada di dalam telefon tersebut. Email, kalendar, Quran Search, Text and Bookmarking, Jadual Solat Satelit, Currency Converter, E-book, nota ceramah, kamera, Ipod, Safari Browser untuk internet, RSS Feed dan hampir 80% fungsi yang ada, kesemuanya saya gunakan dengan penuh optimum.
Kehilangan Iphone menyebabkan saya seperti kebakaran pejabat!
Terkenang kembali kerja keras hingga hilang separuh nyawa untuk membelinya, RM2000 hilang sekelip mata.
“Hari ini kalian Abi maafkan. Tetapi 10 tahun daripada sekarang Abi akan ceritakan kembali. Bukan untuk membalas dendam atau mengungkit-ungkit, tetapi sekadar mahu mengingatkan kamu sebagai remaja di hari itu, ada banyak kisah CINTA TANPA SYARAT seorang bapa dan ibu yang mungkin kamu telah lupa. Jangan mudah meremehkan ibu bapamu. Kalian mungkin lebih bijak dari ibu dan bapa. Tetapi mustahil kalian sebagai anak mampu bertanding dengan kasih sayang seorang ibu dan bapa” saya mengomel sendirian.
TRAGIS
“Ustaz, saya nak menjemput ustaz ke sekolah isteri saya di Putra Jaya pada 5hb akan datang. Ustaz berkelapangan?” tanya seorang ustaz semasa saya minum ringan selepas berceramah di Bangi.
“Sekejap ya. Bagi saya periksa jadual terlebih dahulu!” saya menjawab.
Tangan meraba-raba poket.
“Eh…” saya kebingungan.
Thahurun Insya Allah…
Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











MasyaAllah..terkesan ana dengan kasih sayang tanpa syarat yang ustaz sebutkan…..
terasa terlalu banyak dosa kepada ayah dan ibu……
terima kasih ustaz…
ana juga terkesan dengan apa yg telah ustaz tuliskan..
terasa juga seperti diri ini banyak dosa terhadap ayah dan ibu..
sabar ustaz.. (alangkah semudah mulut menyebut)
inshaAllah, hikmah besar di sebaliknya
Sedih… Sebab apa? Hanya Allah yang tahu…
@ummusaif,
benar, bapa akak banyak menceritakan kisah kami. Salah satunya, kami berebut untuk duduk di atas ribaan dia sehingga patah pelapik kerusi yang ayah duduki.
@Kak Ija, ibu bapa saya sendiri juga gemar bercerita pengalaman-pengalaman masa lalu.
Bila berjauhan daripada keluarga,rindu,cerita-cerita itu ‘memburu’ saya kembali.
@muhammad fakhruddin,
saya teringat salah seorang bapa saudara saya. beliau seorang penulis dan kolumnis surat khabar di sekitar 60-70an.
Byk artikel beliau di arkib negara. Sayangnya beliau hingga kini masih tidak mampu melihat penulisan2nya dahulu.
Lebih sayang, pengalamannya sudah tertimbus di dalam arkib negara dan tidak pernah dikongsikan dgn anak2 beliau.
Saya doakan kami akan menjadi ibu bapa yang cemerlang dan terus menerus bercerita dgn anak2 secara live (dan bukan sekadar anak2 menghayatinya di dalam bentuk penulisan) pabila kami tua nanti.
@Kak Ija,
arwah mak saya selalu cerita di zaman perang Jepun dan Komunis. Bagaimana dia kena bersorok di dlm hutan dan bawah tanah. Makan ubi kayu dll..
@ummusaif,
salam
memang tanpa syarat.saya menanti kelahiran anak lelaki dengan mengandung pada umur 37 tahun….saya menanti dengan pakaian yang saya beli pada tahun 1996 di kelang,sewaktu saya tahun 3 UKM.saya menanti mukhlis hamidi yang dinamakan AL MUNTAZDHAR….saya menanti dengan surah Yusuf bertahun tahun agar dapat anak lelaki…saya menanti dengan cerita jawapan mendidik akhlaq anak dari Ibrahim Azham ….semuanya tanpa syarat…..saya menanti anak ini semoga kelahiran mudah seperti kakaknya…subuh jumaat 2 April ini seperti jangkaan scanning…..
doktor,doakan akak ye…..
@ummumukhlis,
terharu membaca cerita akak. semoga kelahiran ini dipermudahkan. amin
Bersabarlah Ustaz,Ustaz menjadi contoh & tauladan buat kami ,oragng di sekeliling ustaz,anak-anak ustaz,ini membuatkan saya yakin cinta dan sayang ibubapa memang mengatasi segalanya..
cadangkan penggunaan “carseat” mcm di UK utk kanak2… tak ribut sgt dlm kereta
@pencatat,
carseat mmg ada. tp kalau dah besar ni, depa dah pandai bukak. so carseat dh tak jalan.
salam ustaz, insyAllah ada hikmah atas apa yg berlaku..
suke bila ustaz selang selikan..haritu mengenai persiapan bait muslim..skrg cinta tanpa syarat ibu bapa..peringatan untuk kami anak2..(yg bakal bergelar ibu atau bapa juga nnt insyaAllah)
Macam kapal selam pun ada, macam keranda terapung pun ada. Kena beli yang kalis air lepas ni (Kalau ada)
Saya sangat suka tulisan berbentuk cerita begini. Terima kasih Ustaz.
tidak ada milik kita ustaz… kita hanya mengusahakan apa yang telah ada….
Salam Ustaz…sebagai seorang ayah, saya amat terkesan dengan artikel ni. Harap sudi terus berkongsi…terima kasih.
Sebagai ibu baru, banyak rasanye perlu saya belajar. Moga saya mampu jadi sesabar itu…
Semoga saya dapat memperolehi kesabaran seperti ustaz ini..
Saya terharu membaca artikel ini, bertambah rindu dan kasih kpd Emak dan Ayah.
Namun Ust, bagaimana seorang anak perlu bertindak untuk menegur Ibu Bapa yang gemar menggelar anak remajanya dengan perkataan kasar seperti Bodoh, Bengap, Biol dan sbgnya.
sangat tersentuh ustaz. teringat pula mama & ayah di rumah. rasanya seperti banyak melukakan mereka kala dewasa ini…
Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun~
Dugaan, kalau saya tak tau la macam mana nak buat kalau jadi macam tue…
Semoga diberikan kesabaran yang cukup tinggi untuk saya~
salam ustaz..Alhamdulillah,banyak moral value yg saya dapat dalam artikel ustaz ni..mmg cinta tanpa syarat ini sangat hebat,tak tertanding dengan harta benda..tak tertanding dengan harga i phone.saya amat terkesan membaca blog ustaz,lg2 berkenaan kasih sayang ibu bapa pada anak2nya yg ustasz sifatkan sebagai cinta tanpa syarat..tambahan keadaan saya yg jauh dgn ibu bapa membuatkan sy lebih berfikir..biasalah,bila ibu bapa berada di hadapan kita,apa pun buat tak tahu……….tp iAllah,artikel2 ustaz ni byk meninggalkan kesan pada hati sy..jazakallah ustadz
Semalam baru lepas mengikuti talk ust di UNITEN.Jazakallah,ust mmg seorang kaunselor yg hebat sebenarnya.Doa sy semoga org seperti ust terus “memberi” dgn penuh keikhlasan. insyallah.
@nilamkura, saya dulu bekas pelajar ATU di UNITEN juga
salam ustaz, izinkan saya untuk mengambil cebisan ayat-ayat ustaz untuk saya letakkan sebagai peringatan di dalam blog saya…sememangnya, saya amat tersentuh dengan kata-kata tersebut
“Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!
semoga satu hari nanti saya mampu menjadi bapa yang tidak mengherdik anak dengan kata-kata kesat. tidak mendoakan yang bukan2 pada anak. benarlah kata ust, kata-kata herdikan itu menjadi doa yang akhirnya membinasakan anak2 secara tidak sengaja…
ust, bersabahlah. iphone kumpul duit boleh beli lagi….Imad & Naurah itulah satu-satunya. moga terus tabah ust
MasyaAllah..ustaz, artikel yang benar-benar menyentuh hati..
Macam mana eh ustaz, nk semaikan cinta tanpa syarat ni? bukan hanya kepada ibu bapa untuk anak-anak, tetapi juga untuk anak-anak kepada ibu bapa..
@Professor,
cinta ibu bapa kpd anak-anak tak perlu disemai. cinta tanpa sempadan sbnrnya. tp anak2 ni sungguh jadi ujian. Saya buat masa ini student sepenuh masa bersama 3 anak kecil di rumah tanpa maid. Nak solat tepat pada waktunya pun jadi jihad setiap hari.
bagai terasa jer keluhan dalam ustaz tu… mungkin itu lah juga yang saya rasa bila h/phone hilang.. yang ralatnya sebab banyak sangat gambar gelagat anak-anak, sejak mereka masih bayi hinggalah sekarang didalam memori stick h/phone tersebut…
baca kisah ustaz ni, timbul seribu penyesalan didada, penyesalan sebagai anak yang banyak berdosa pada ibu ayah, dan penyesalan sebagai ibu yang tidak sabar didalam mendidik anak-anak.. Astaghfirullah.
sudah tentulah ibu bapa mengasihi anak sebelum lahir kerana ank tu pun lahir kerana aktiviti ibu bapa kan…bkannya mmg anak request nak lahir
@nina,
agak confuse di sini..huhu..
Assalamualaikum.
Tahniah ustaz, dapat bersabar dengan karenah anak.
Saya kadang-kadang tak dapat nak tahan marah, walaupun ucapkan dari mulut, tapi bentak juga dalam hati label yang tak baik. harap tidak la menjadi doa.
Assalamu’alaikum…
Bersabar lah ustaz… sesungguhnya apa yg di sisi Allah itu lebih baik daripada segala isi dunia ini…
Subhanallah.. Allah tahu apa yg terbaik utk diri kita masing2… dan kita sama sekali tak tahu apa-apa pun..
Ya Allah,ya Tuhan kami,limpahkan kesabaran kepada kami dan matikan lah kami dalam keadaan muslim.. amin..
tahniah buat ustaz..tunjukkan contoh yang baik buat anak anak dan kami semua..alhamdulillah terlalu banyak pengajaran dalam penulisan ustz..sy betul2 terkesan dengan ayat terakhir ustaz..TERIMA KASIH ustaz..
suratan atau kebetulan….iphone saya pon tengah ‘koma’ selepas jatuh 3 hari lepas..
tak cuba ‘resus’ lagi,hopefully boleh dipulihkan.
sori, sekadar selingan..;)
salam ustaz…
sy terusik dgn entry ustaz kali ni..
sy ad wat satu kesalahan dgn mama sy..
sume bermula bila sy menyatakan keinginan untuk bertudung labuh..mama sy agak keberatan kerana beliau hanya memakai tudung saiz biasa..beliau tak mahu org berkata-kata..tp ustaz hati sy memang da lame nk pakai tudung labuh cume xde pendorong je..
skrg sy belajar medic di indonesia..di sni ramai senior yg bertudung labuh..membangkitkn semula keinginan sy utk meneruskn cita2 sy dl..tp mama sy masih keberatan.. shingga sy hantar sms kpd beliau..(mama, kakak da buat keputusan dan akak rasa selesa n tenang dgn apa yg akak pakai..akak yakin).. namun beliau tak balas sms sy..ustaz, selama ini apa sj keputusan yg sy buat dlm hidup sy semua memg sy serahkn pd ibu sy termasuk kptsn utk belajar medic..sy jd rase janggal bila berbual dgn mama sy skrg sbb sy akan rase sedih bila teringat pasal keinginan sy 2..ustaz ape pndgn ustaz?
@nur, salam nur…rsenye situasi nur sme mcm ana,cuma nya ana tdk memberitahu secara ‘direct’ kpd ibu bapa tntang keinginan tersebut…kerana ana prnh b’kias2 dgn umi ana, wlupn dia tdk membnth,tp jwpn yg d’berikn seolah2 tdk bersetuju dgn keinginan ana…jadi,ana berusaha berubah secara berperingkat,spya mereka tdk berapa sedar…dr tudung bawal yg ‘simpang2′,ana jdkn mcm biasa(xsimpang tudung), kemudian apabila beli tudung dgn umi & kakak ana,ana msh plih tudung jenis bawal,tp yg agak labuh…slps itu,alhamdulillah ana d’beri kekuatan oleh ALLAH utk berubah kpd tudung labuh,smoga trus istiqamah,insyaALLAH…skrg ni umi,ayh & family ana pn dah fhm & dpt menerima perubahan ini…
ana doakn smoga hubungan nur dgn mama nur baik2 shja,insyaALLAH…byk2 kn berdoaa kpd ALLAH…(p’igtn utk dri sndiri jgk)…
wallahu’alam…:)
saya tak sesabar ustaz… pengajaran untuk diri saya..
Assalamu’alaikum WBT. Tertarik saya pada term-term melabel anak-anak. Kedang-kala mulut saya ni terbabas juga perkataan-perkataan buruk terhadap anak-anak murid saya. Tujuan saya mungkin atas dasar mendidik. Tapi hilang nilai kasih dan sayang.
Insaf dan risau sangat takut kebiasaan saya ini menjadi habuan yang memudharatkan lagi masa depan mereka. Kena banyak istighfar. Moga perkataan yang terlepas nanti akan menjadi doa yang baik-baik… Amien ya Rabb~
kasihnya ibu bapa pada anak itu tidak terperi. tapi kasihnya anak pada ibu bapa belum pasti. Banyak sangat kes buang bapa, halau ibu sekarang ini…
“Ya Allah, kasihilah ibu & ayahku sepertimana mereka sabar & kasihkan aku sedari kecil sehingga sekarang..ameen..”
~teringat zaman kecil2 dulu, selalu je buat mak & ayah kepeningan dengan sikap suka meng’explorer’ saya..
ustaz!
memg jd teladan wat kte wlupun xda anak lg..
pngalamn mjg ank sdre mmpu jd ltihan tuk prktis bljr didik ank sdri nnt..gram tp,sbb cintaxda syrt n scr berhkmh,prlu diamalkan..syukran ustaz for this!
assalamualaikum..
terkesan diri saya dengan artikel ustaz kali ni..
selama ini,saya hanyalah pengikut dalam diam segala artikel ustaz..
saya baru kehilangan seorang abah pada malam jumaat yang lepas (11.2.2010) yang telah mendidik kami seramai 13 orang sebagai manusia..
tidak dinafikan,abah saya seorang yang sangat panas baran baik semasa muda dan hari tuanya..
tapi abah tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang menjadikan kami bodoh,bengap dan sebagainya..
itu saya ingat sampai sekarang..
manusia yang di didik bermula di rumah dengan ajaran abah mak,lebih baik bagi kami daripada guru di sekolah..
alhamdulillah kami 13 beradik selamat menjadi ‘orang’ yang berguna..
terima kasih untuk segala artikel ustaz yang diterbitkan..
cinta tanpa syarat
salam…very touching la ustaz….well done!100% betul…sbb sy merasakan kasih sayang tanpa syarat ibu bapa saya…walau org lain tidak..kerana hanya saya yang merasainya…sebagai anak dan permata mereka….I really2 like this post!congrate ustaz!
salam ustaz..
terima kasih dgn entry yg menarik utk perhatian anak2 zaman skrg yg sering lupa jasa ayah dan bonda bermula dari dalam perut sehinggalah besar panjang..
moga kita tergolong dari kalangan anak2 yg soleh..
salam…
mmg cinta ibu bapa kepada anak2nya adalah cinta tanpa syarat, mereka sanggup bersusah payah demi kebahagian anak2. walaupun sebanyak lautan intan dan permata dihamparkan untuk membalas jasa mereka, belum tentu lagi segala pengorbanan mereka akan terbalas. Dan hanya Allah hanya yang mampu membalas segala pengorbanan dan jasa mereka.
Semoga cinta kita kepada ibu bapa kita juga adalah cinta tanpa syarat.
Salam
Cuba ustaz rendam iphone tu dalam beras.
Padamkan dulu kalau boleh.
Rendam dalam seminggu dua.
Selepas itu baru buka balik.
Ini kira kaedah hendak revive paling murah dan mudah.
Kalau tidak boleh juga, mungkin kena guna cara lain.
Rasanya ganti rugi memang tiada kalau atas kecuaian sendiri.
Kalau hendak baiki mungkin lebih baik beli baru.
CUBA DULU DENGAN BERAS.
GUNAKAN PADI NEGARA KITA UNTUK LEBIH AFDAL
insyaALLAH ada harapan lagi
jzkk
salam.
moga saya juga dianugerahkan kesabaran seperti itu bila saya menjadi seorang ibu kelak..=)
unconditional love.. subhanallah, panduan untuk diri saya juga nanti.. saya rasa ustaz boleh masukkan tulisan kali ni dalam ATN3 nanti, huhu… nanti diorang besar bolehla diorang baca tulisan ustaz,huhu
Seorang ibu boleh menjaga ana 10 orang,
Namun 10 orang anak tidak semestinya mampu menjaga seorang ibu…
Renung-renungkan..dan selamat beramal (“,)
terkesan saya dengan entri nih… selalu sangat saya marahkan anak-anak saudara.. dan kemudian melabelkan mereka..terima kasih ustaz kerana entri ini menyedarkan saya dan InsyaAllah memperbaiki diri kita semua.
“Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, ”
sgt benar..what a thoughtful quote..tapi belum sempat saya balas jasa mereka, ibu telah pergi semasa saya di tahun pertama di usa…
semoga suatuu hari nanti,mampu menjadi bapa yg soleh..
hehe… saya pun baru nak beli iphone… hihi..
sabar ya ustaz..
salam ustaz. ceramah ustaz kat uniten haritu best. datang la lagi yek.
i’m crying ..
masyaAllah, bersabar ok..
ermm sedih baca..
kasih syg ibu dan ayh utk anak2nya
tak trnilai
syukran ustaz ats post ini
Saya berdoa semoga mendapat kesabaran seperti ustaz. Andai saya berhadapan seperti ustaz, rasanya mau terangkat kereta dek amarah saya yang tidak terbendung. Teruskan ustaz menulis artikel tentang cabaran membesarkan anak2 sekarang agar ianya menjadi pengajaran kepada kita semua.
sedih saya baca cerita ustaz kali ni.. teringat zaman saya kecil-kecil dulu, ‘kenyang’ dengan panggilan bo***, ba*****, ja*****….
sudah rezeki saya, kedua ibu bapa saya sangat pemarah, cepat naik tangan… tidak ada hari yang kami adik beradik tidak disumpah seranah dengan perkataan yang tak mampu saya gambarkan, sehingga saya membesar menjadi seorang manusia yang keras hati. bila saya menginjak dewasa, saya berasa sangat insaf dengan perbuatan ibu bapa saya dan berazam untuk tidak mengulangi perkara yang serupa jika ditakdirkan saya mempunyai zuriat nanti. InsyaAllah saya akan jadikan ‘Cinta Tanpa Syarat’ sebagai azimat apabila menjadi ibu nanti..
terima kasih ustaz.. tulisan-tulisan ustaz besar jasanya pada manusia sekerdil saya ini….
Assalamualaikum nisa,
Saya faham perasaan nisa, walaupun saya tak mengalami keadaan seperti itu tapi saya ada beberapa rakan yang mengalami nasib yg serupa, memang menginsafkan tetapi kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran pasti boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Semoga nisa tabah menghadapi segala ujian dan dugaan dari Allah. Semuanya adalah untuk menguji sejauh mana tahap keimanan seseorang. Alhamdulillah saya mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan amat bersyukur tapi Allah mendatangkan ujian yang berlainan kepada hamba-hamba-Nya. Mungkin nisa diuji dengan ujian sebegitu manakala saya pula diuji dengan ujian yang berlainan. Semoga kita semua tabah dan kuat kerana Allah Maha Mengetahui di sebalik yang tersirat dan ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.
@Zah, terima kasih Zah.. InsyaAllah saya akan jadikan semua ini sebagai panduan hidup untul saya membina keluarga bahagia saya
Alhamdulillah, walaupun ibu bapa saya begitu, tapi apabila mereka sudah menginjak usia tua kami adik beradik tidak pernah mengabaikan mereka.. Kami tahu sebagai anak, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk sentiasa berbuat baik dan menghormati mereka. pengalaman kami adik beradik semasa kecil membuatkan kami semakin rapat apabila sudah dewasa dan berkeluarga.
semoga kita semua dirahmati Allah dan sentiasa dalam lindunganNya..
Usah sibuk menyalahkan keturunan jika sumpah seranah menempel pada bibir anda. Jika ia pernah berlaku, tidak salah untuk kita meninggalkannya.
Sikologi amat penting dalam proses pendidikan mereka. Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat ibu menangis akibat kenakalan anaknya?
Hati anak yang mana sanggup melihat tangisan ibu?
masyaallah, saya sgt terkesan dgn post ini, benar sekali, kdg2 anak2 terleka dgn semua ni
assalamualikum ustaz…terharu sy mbaca kisah ustaz. terkenang pula sy saat sy kecil,umur 9 thun klu sy xsilap. silap sy berjalan tergopoh gapah dan terlanggar kipas meja.kipas itu jatuh. lalu abah sy memaki sy dan memberi menyepak paha sy. mase tue sy rushing nak g class kafa kt sek. kwn2 tgh tggu kt tgga umah. nasib baik mereka tidak melihat kjdian itu. sy than air mata kesakitan dr mengalir. sy xnak org tahu abah sy garang orgnye. biarlah mek sy dan adk bradik sy saje yg tahu.dulu, sy mmg slalu memberontak diam2. knpa abah sy terlalu garang… tp skrg, sy bersyukur krn garang abah sy itulah yg menjadikan manusia. biarlah abah terlalu garang, tp abah memberikan ajaran agama yg ckup utk kami. abah dan mek lah yg mengajar kami mengaji Quran..smpai kami khatam. wlaupom xde adk bradik kami yg menjadi ustaz mahupom alim warak, tp kami telah di didik dgn ajaran islam scukupnye oleh abah dan mek. kami bersyukur. Alhamdulillah.
bestnye dpt ayah penyabar. nak jugak bole?
lari sedikit dari apa yang ustaz tulis di atas..tapi bila difikir-fikirkan semula, memang berbeza cinta tanpa syarat ibu bapa dengan cinta kita pada mereka…contohnya yang paling mudah,waktu sekarang ini, ada ibu bapa yang dah berusia minta kita ajarkan teknologi2 baru, contohnya guna internet,SMS, hatta Facebook..kita tak sabar nak ajar mereka satu persatu,dengan senyuman, tak merungut merengus,kadang-kadang sampai dibiarkan ibu bapa terkial-kial dan akhirnya kecil hati dengan kita..padahal mereka, ibu bapa kita telah mengajar kita dengan penuh kasih sayang, sabar,dari kita tak tahu apa-apa,akhirnya membesar dan berjaya…
salam ustaz.saya nak minta izin qoute ayat ni utk berkongsi dengan teman-teman yang lain- “Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!”
HEBAT!!!! Berlinangan air mata membacanya. Perkara sebegini yang menghantui saya setiap kali anak melakukan kesilapan, selalu terfikir ‘ apa yang seharusnya aku lakukan?? apa tindakan sebaiknya?’
entry ini membuatkan saya menangis….begitu terkesan ayat yang terakhir tu….”Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!”
aku cuma ingin jadi orang orang baik !!!
Salam.Sayangkan anak sehinggakan beras yang dikosek untuk dimasak turut dicampurkan doa,baju yang dicuci dicampurkan doa,anak yg melangkah ke sekolah disertakan doa dan ciuman apatah lagi bila anak sedang beradu jua di tiupkan doa.Dan yang paling mengharapkan agar Allah mengabulkan doa saya sendiri agar tak” lupa berdoa” lebih-2 lagi ketika berdepan dengan anak -2 yg buat perangai.Sabar ini ada ketikanya seperti tembok retak menunggu air bah,sungguh menakutkan.
Alhamdulillah, kata-kata ustaz itu sebenarnya menunjukkan yang seseorang manusia perlu bersabar dalam menghadapi apa jua situasi atau masalah yang melanda. Sebenarnya hati kita perlu didorong dengan sifat kasih dan sayang bukan daripada ibu bapa kepada anak dan daripada anak kepada ibu bapa sahaja malah kepada sahabat, jiran, haiwan hatta tumbuh2an. Sama seperti sifat Rasulullah yang sentiasa berlemah lembut walaupun pelbagai lemparan, caci maki malah perbuatan yang menyakitkan tetapi subhanAllah betapa tingginya sifat sabar dalam diri Rasulullah yang tak boleh ditandingi oleh sesiapapun di dunia ini. Semoga apa yang ustaz tuliskan memberi pengajaran yang tidak ternilai untuk kita semua. amin…
pertama kali marahkan adk2 sbb melambatkan waktu utk blk ke kl yg akan menghuruharakan jadual sy utk ke kelantan keesokkan hrnya…sy keluar rumah tanpa sepatah kata…sampai mak ayah risau…
salam..ye, memang cinta ibu bapa adalah tanpa syarat..kalau tak masakan bila dah marah anak2 buat perangai..walaupun kadang kesabaran tercabar, masih lagi mak gelar diri dia mak pada anak2..bila anak balik masih lagi ada tegur2..kalau tak tegur pun tak lama tegur semula..anak2 je yang tak sedar..
cinta tanpa syarat, sy benar-benar terkesan dgnnya. sy masih muda. hidup msh bwh tanggungan ibu bapa. baca tulisan ustaz, sy terkenangkan susah payah ibu bapa sy. bkerja seawal 3 pg, pulang selewat 10 mlm. terima kasih ustaz. ustaz benar2 mnyedarkan sy tentang tanggungjawab sy sbg anak. doakan spm sy berjalan lancar & plg penting doakn sy mjadi anak yg solehah. sekali lg syukran jazilan.
terkesan dengan cinta tanpa syarat..
betapa, kasih sayang seorang ibu, ayah kepada anak2 tidak dapat ditandingi oleh manusia mana pun….
Salam, ustaz yang dihormati,
kalau berlakunya “KEBAKARAN” macam yang ustaz alami di ‘PEJABAT” ustaz.. memang perlu ustaz panggil “BOMBA” ..
bila disiram dengan “AIR KESABARAN”, jawapannya, KEBAKARAN REDA sambil “BERBUAH PAHALA”..
Waaa.. Pandailah ustaz ni….
ramai orang yang siram “KEBAKARAN” dengan API KEMARAHAN… maka BERTAMBAH2 TERBAKARLAH ‘Luar ‘ dan ‘DALAM’
salam
eh kenapa..
commen ‘about 1year ago’?
server ustaz ada ganguan kah?
Salam, terkesan dengan artikel ini…
Moga kejadian itu ada hikmah yang lebih besar buat ustaz dan kita semua yang pernah menghadapinya.
Ya, sememangnya kasih sayang ibu bapa tidak pernah bersyarat..al-fatihah untuk ibuku.Amin…
Salam Ust. Telah lama saya mengkagumi Ust dan blogger-blogger lain yang mampu menghasilkan tulisan hampir setiap hari. Tambahan pula tulisan yang panjang dan penuh berisi. Saya membandingkan dengan diri sendiri yang sangat terkekang dengan masa untuk menulis…
Ini kerana menulis adalah sesuatu yang berat walau nampak ringan dan mudah…
Cuma dalam kesibukan tertentu, macam kita bekerja juga, tidak salah rasanya untuk penulis mengambil cuti seketika …
salam..teringat masa kecik dlu dalam darjah 2, pagi2 hari nak ke sekolah saya mengamuk sakan. ntah apa sebabnya tak ingat. disbbkan mngamk saya tak nk makan sarapan yg ibu dah buat.terus amik beg nak g sekolah. ayah bgi duit lebih hari tu suruh makan byk sikit time rehat sbb saya tak sarapn, sedih sgt bila teringat sbb kami bukan org senang. terima kasih ibu ayah..skrg alg da jadi doktor gigi.alhmdulilah.sayang ibu ayah
Antara kecanggihan menggunakan iPhone (“Kehilangan Iphone menyebabkan saya seperti kebakaran pejabat!”) dengan kecanggihan menggunakan kesedaran berada di landasan (“perhatian terus ditumpukan kepada jalanraya”), saya kira sinergi keduanya memberikan makna memahami “Qaalu Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon”
ICT is the extention of our intelligent system. And that system is the menifestation of His Energy.
Dalam kesebukkan kita melayani kerenah manusia (memahami SyariatNya), sempatkah kita mengaitkan segalanya kepada Dia )melalui SunnahNya)? Cinta tanpa syarat hanyalah untukNya,
[...] 1. #73 written by pak din 31 [...]
Nak marah ke, atau nak menangis.:)
Hanya kesabaran, sayang menjadi benteng kemarahan.
Anyway, moga ada rezeki nanti, insyallah.
Everything happen for a reason.
cerita ustaz kali ni mendatangkan 3 rasa.
rasa nak gelak sebab membaca keletah anak ustaz.
rasa kasihan kat ustaz.
dan kalau anak saya yang buat tu,tentu marah tak henti-henti saya dibuatnya.
saya sangat tersentuh masa baca entry ni..barakallah ustaz..
tapi anak2 sering saja meanggap mereka lebih bijak dari ibu dan ayah mereka walaupun sebenarnye tak..terkilanye sy sbg anak…harapnye sy tak buat ibu ayah sy terluka…both of them are my life…barakallahulakuma…
terpikir2…brg mak ng abah ape ek yg sy pnh rosakkn dlu…
Ya Allah..betapa hebat kasih sayang mu Abah dan Mak..ampunkan segala kesalahan anakmu..
Terima Kasih Tuhanku ..kerana menghadiahkanku Ibu & Ayah yang terbaik buat diriku..
saya sangat terharu dengan artikel ini, hanya Allah yang dapat membalas jasa kedua ibu bapa kita…terima kasih ustaz
assalamualaikum ustaz..saya baru je baca buku Murabbi Cinta ni. sungguh berguna untuk muhasabah diri sebagai ibu dan bapa. tapi sayang suami kurang berminat nak membaca. tajuk ini sememangnya menimbulkan mcm2 rasa. klu saya mgkin dah kene marah anak2 tu. bila ustaz boleh sabar..saya pn insaf atas kekurangan diri.
masyaAllah…sgt2 tersentuh baca entry ust ni..mohon izin ust utk share entry ni dgn kwn2 yg lain..