“Meoww!!!” seekor kucing menjerit kesakitan.
Malam itu malam yang malang buat si kucing. Dia tidur dengan kesakitan dan kemarahan. Perutnya senak disepak tanpa hujung pangkalnya.
“Apa salah aku?” menung si kucing di balik almari.
PETANG ITU
“Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?” tanya seorang CEO kepada setiausahanya.
“Err, Pengurus Jualan lewat menyerahkannya kepada saya” jawab beliau. Terketar-ketar.
“Ahhh! Macam-macam alasan awak. Saya bosan mendengarnya. Pergi semula kepada Pengurus Jualan dan betulkan dokumen tersebut. Sudahlah lewat. Salah pula tu!” bentak bos besar.
Marah sungguh.
Setiausahanya dengan muka yang merah padam meninggalkan pejabat beliau menuju kepada Pengurus Jualan.
“Itulah tuan! Tuan yang lewat serahkan dokumen tersebut, saya pula yang kena marah. Dokumen salah pula tu!” kata Setiausaha CEO tersebut.
Pengurus Jualan terkejut.
“Awak kalau nak berurusan dengan saya, ketuk pintu dahulu. Itu pun awak tak tahu ke?” Pengurus Jualan meninggikan suara.
“Ahhh! Sudahlah. Ketuk pintu ke, tak ketuk pintu ke, Tuan tetap lewat serahkan semuanya kepada saya. Ambil dokumen ini dan betulkan semula!” Setiausaha CEO menghempas segenggam dokumen itu ke meja.
Beliau terus meninggalkan Pengurus Jualan.
Sama-sama marah.
Petang itu sungguh tercemar bagi Pengurus Jualan. Geram dengan sikap Setiausaha CEO yang tidak tahu berbudi bahasa. Geram dan marah dirinya diburukkan lagi oleh kesesakan jalanraya luar biasa.
“Aduh! Sempatkah aku kejar siaran Berita malam ini?” Pengurus Jualan sudah bengang.
Kemungkinan besar beliau tidak sempat melihat siaran temuramah siaran Berita TV10 dengannya siang tadi. Tiba di rumah, jam sudah mencecah 8:30 malam. Sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke rumah, isterinya dengan wajah berkerut di dahi menunggu di ruang tamu.
“Kenapa dengan awak?” tanya Pengurus Jualan kepada isterinya.
“Abang pakai baju comot sangat di televisyen tadi. Kawan saya telefon. Katanya saya tak jaga makan pakai suami!” kata sang isteri yang sebenarnya mahu bergurau dengan suami.
“Ahhh! Aku banyak masalah, itu pula yang disibukkannya! Makan malam dah siap ke???” tengking si suami yang sedang baran.
Si isteri sangat terkejut dengan amarah suaminya malam itu. Niat asal mahu bergurau berubah menjadi musibah. Tanpa banyak bicara beliau segera menuju ke dapur.
“Mama, tengok lukisan Adam! Cantik tak?” tiba-tiba si anak muncul di dapur dengan sekeping lukisan di tangan.
“Ahhh, sibuk sahaja kamu ni. Lukisan, lukisan, lukisan. Menghabiskan kertas A4 sahaja. Pergi naik atas buat kerja sekolah!” si ibu menengking anaknya.
Adam sungguh terkejut. Tidak sangka lukisannya berakhir dengan kemarahan si ibu.
Tiba-tiba kucing kesayangannya datang menggosok-gosokkan badan di kaki Adam.
“Meowww!!!” kucing itu menjerit.
Adam menyepak si kucing dengan penuh kemarahan.
Soalannya, siapakah sebenarnya yang menyepak si kucing malang itu?
Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan meminta wasiat (nasihat) daripada Baginda. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
“Janganlah kamu marah! (Baginda mengulangnya beberapa kali dengan pesan yang sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah!” [Hadith riwayat al-Bukhari]
Besarlah pahala suami, isteri, anak, malah majikan, atau setiausahanya yang berjaya memberhentikan musibah berantai ini.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





marah itu macam virus yang boleh berjangkit..
@Amnieywunniey,
bukan marah blh berjangkit macam2 lagi perangai blh jadi macam tu
salam..alhamdulillah..entry yang menarik..membuka mata kita ttg hakikat musibah yang bersifat berantai…yang penting, siapakah agaknya yang akan meleburkan rantai tersebut ?
Jazakallah ustaz..^_^..
kelakar pon ade bile bace kisah ni..kucing yg kasihan..huhu..
@masterskil, Kalau Ustaz tak kelakar, masakan hasil penulisannya menjadi kelakar. Dan asset itulah antaranya yang menjadikan dia berjaya menterjemah konsep ‘Hidup untuk memberi’
Dalam ketawa orang yang kelakar, ada peringatan dan tangisan yang perlu dicerap. Masaalahnya kita, bila mendengar joke penceramah, kita segar, bila tang peringatan kita layu.
Pengurus itu sebenarnya, hendak menyepak CEOnya. Kalau dia lakukan … alamat tak berasaplah dapur.
Sebagai pengganti, pulang ke rumah, dia hendak menyepak isterinya, teringat pulak dia malam Jumaat, apa nak jadi.
Maka … kebetulan kucing kesayangannya mengesel. Bukan saya sangat pun, kat kucing, kerana ada sebab lain, jadi OK lah juga dia menyepakkan, bagi mengantikan keinginan sepak yang tadi.
Ini realiti kehidupan di Dunia, kerana kebanyakan kita tak faham dengan realiti kehidupan di Akhirat. Yang faham sudah pasti meminta ampun pada Tuhannya dan juga kucingnya? …
@suria, Wah coooooolnya suria, sesejuk empun pagi di Jumaat yang mulia ini.
Cool pasal suria mahir berbahasa poyo, yang pada saya, sebahagian perkataan Bahada Arab adalah lebih mudah.
Apapun bahasa anak muda generasi baru ini tidak boleh dipersalahkan, sekurang-kurang tidak lebih salah dari diri anak muda yang menggunakannya.
Cuba ‘zoom in’ dimana sebenarnya poyonya, kerana poyo dan skema itu katanya antonim kepada cool.
Kucing kena sepak memang brutal, tetapi nilai kehidupan sekarang menganggapnya sebagai rock. Kalau tidak jadilah ia skema atau poyo.
Tak kurang juga yang brutal dan rempit di jalan raya, tetapi apabila di IPT menjadi jiwang tak bermaya.
keadaan macam ni selalu berlaku dalam kehidupan kite…kadang2 benda ni berpunca dari seorang tp meleret2…
ibu bapa yg dpengaruhi situasi di atas selalu melepaskan geram kpd anak2…same juga anak2, kemarahan akan dilampiaskan kpd adik beradik yg lain…hm, akhirnye semua org dlm rumah marah dan hilang sifat kemesraan….T_T
ya Allah, moga api kemarahan itu dapat dipadamkan dgn senyuman yg ikhlas..^_^
semua sekali terjebak..
akibat rasa marah yang tak terkawal, yang tak bersalah turut menjadi mangsa… (sangat sedih kisah yang menimpa adik syafiah.. yg menanggung sakit tidak terhingga sebelum ajalnya, krn manusia yg sangat zalim itu)
suatu kupasan mantop dalam konteks penceritaan buat manusia yang kureng albabnya..tq ustaz
marah berantai..astaghfirullah..
Sedih saya baca rantaian marah ini. Tidak pernah terfikirpun. tapi bila Ustaz cerita begini, alangkah benarnya.
Masa kecik-kecik, Ayah marah mak, mak marah abang, abang marah saya, saya marah adik.
Adik? dia peluk kucing kuat-kuat dan menangis belakang pintu…
Sekarang….
Ayah sudah tiada. Emak sayang Abang, abang sayang saya, saya sayang adik. Adik sayang emak…
Tiada marah, hidup lebih berkasih-sayang. Terima kasih untuk entry ini.
p/s: Sekali-sekala rindu dimarahi Ayah, kerana marahnya dia, anak-anaknya menjadi orang.
Salam Ustaz, terima kasih…saya tidak pernah terfikir tentang ini. Mungkinkah banyak kesalahan manusia berpunca dari sikap kita sendiri & menjadi kesalahan berantai…tapi sering kita menuding jari pada orang lain…Astaghfirullah!
Saya perlu bantuan untuk membantu suami saya mengawal sikap amarahnya yang keterlaluan. Dia kata dia sangat perlukan pertolongan untuk bagi dia boleh bersabar.
Mungkin keazaman masih belum begitu kuat membuatkan kami masih gagal.
Bantu kami.
terima kasih, ustaz.
<– terkena tepat batang tubuh sendiri yang baran ini..
salam ustaz n ummu saif
saya sangat tertarik dgn entri ini..rasa insaf juga sebab saya lagi cepat marah drp suami..dia sentiasa cool..thanks ustaz..best entri..!!!
Assalamualaikum ustaz…
two thumbs up ustaz~
salam…
saya sgt tersentuh..
tersentuh dgn kepandaian org dlm dakwah..kepandaian ustaz dlm menulis mebuatkan sy begitu rase tercabar..melihat sahabat laen , saya beitu rase rendah…
sy sgt tertekan dlm meikirkan ape yg perlu sy sumbangkan dakwah..ianya perlu kreatif, proaktif..
moga Allah temukan saya dgn apa yang saya boleh buat dalm dakwah..
bangau oh bangau kenapa engkau kurus? macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul…..
ular oh ular kenapa nak makan katak? macam mana aku tak makan, memang makanan aku…
hehe. perlu ada seseorang (atau seseekor?) yang mesti mengambil langkah proaktif memberhentikan rantaian atom2 marah ini sebelum tercipta satu lagi padang jarak padang tekukur hiroshima-nagasaki.. (a bit exaggerated but nothing impossible right?). boleh kah KITA menjadi ular itu..? jawapannya…boleh! insya Allah..bi idzniLLah…
congratulation ustaz, very well written!
Wah…Saya baru nak kata, ini mcm kisah sang bangau, seperti kata nur.
Saya kasihankan si anak dalam kisah ini. Orang dewasa yg tak reti mengawal amarah, anak jadi mangsanya. Anak boleh membesar jadi pendendam jika dia asyik dimarahi tanpa membuat salah. Semoga ibubapa tadi menekan butang pause dan membetulkan segala kesilapan.
Rumahku, syurgaku. Bukan rumahku, nerakaku!
Kupasan yg menarik mengenai kucing nie, rantaian yg akhirya menjadi mangsa keadaan,
Bila kita selidiki barulah kita tahu yg sebenarnya ada punca pokok yg menyebabkan permasalahan.
Tp yg penting jika kita menyalahkan diri sendiri (muhasabah diri) ia tidak akan melibatkan org lain dalam masalah dan terhenti di situ, dengan ini makhluk tidak berdosa tidak menjadi mangsa keadaan dalam menyelesaikan masalah. jika kucing ini selidiki masalah ini mungkin CEO akan kena cakar (logik imiginisasi)
Apa-apa pun huraian yg menarik ust dalam ceramah “Hidup utk bercinta”
aduh! terkenanya! baru dok marah2 sepanjang pagi ni. marah anak sebab lambat siap nak p sekolah, marah traffic light sbb merah bila saya sampai, marah pemandu yg parking keta ikut suka….astaghfirullah!
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Artikel di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ini,
“Besarlah pahala suami, isteri, anak, malah majikan, atau setiausahanya yang berjaya memberhentikan musibah berantai ini.”
Benar, situasi itu berlaku disekeliling kita setiap hari, bermakna banyak peluang untuk meraih pahala yang besar itu….
Salam ceria & Inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
saya marah kalau mana-mana kucing yang tidak bersalah disepak mcam dalam cerita ni….huhuhu
Moralnya sayangi kucing kerana dia juga mahluk Allah.
@nita,
salam nita,betul tu…saya wajib marah pada yang menzalimi kucing….lelaki gagah ialah yang dapat menguasai dirinya!
Yes, saya setuju dengan Nita. Saya amat tidak suka melihat keganasan terhadap haiwan. Mereka juga makhluk Allah yang sentiasa berzikir kepadaNya.
Anyway, tahniah Ustaz. Satu artikel yang amat bagus.
Kenapa kita marah?……
Kenapa kita mesti marah?…
Kenapa kita suka melepaskan marah pada tempat yang salah?….
Tepuk dada tanya diri, apakah tidak cukup tahap kesabaran kita….
Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengawal rasa amarah kita?…
sama-sama kita renungan
Salam ustaz,
Satu ilustrasi yang menarik, mudah difahami. Rentetan daripada satu ‘stress’ dipanjangkan ke semua rangkaian yang berkaitan.
Semoga kita berjaya menangani segala masalah yang berlaku dengan penuh ketabahan dan yakin yang ianya adalah ujian daripada Allah ke atas kita.
Salam ustaz. Cerita yang menarik. Sangat bermanfaat..
salam ustaz..
memang artikel yang menarik..sebenarnya kita tidak mampu untuk kawal kemarahan orang tapi kita mampu untuk kawal kemarahan diri kita sendiri.
apa-apa pun segala-galanya bertitik tolak dalam diri kita sendiri.
Saya tau sape sepak… Hatta! Kat dlm gambar tu kan ade jawapannye. Soalannye, sape nama Hatta? Bos saye kah? Kawan saya kah?
@@R,
Bukan Hatta yang dieja dalam lukisan kartun tu, sebaliknya HaHa!
@Abu Saif,
Oh.. ye ke.. Tapi kalau mcm tu budak tu la yang salah sebab dia boleh sepak sambil tergelak, maksudnya langsung x dipengaruhi perasaan marah akibat peristiwa marah berantai tu. Atau dlm erti kata lain dia sepak dengan sengaja atas kemahuan sendiri. bukan begitu ustaz?
@Abu Saif,
ustaz lukis eh katun tu?
ke saifulislam?hehe.
ya Allah, sgt terkesan dgn artikel ini..sbb org lain, org lain pula jd mangsa..sgt tak adil rasanya..semoga Allah beri kekuatan untuk jadi lebih sabar..
manusia dikurnia Allah dengan akal tidak pada kucing….tapi sayang seribu kali sayang akal yang dikurnia pada manusia tak dapat mengawal nafsu kemarahan yang akhirnya haiwan yang tidak berakal menjadi mangsa….ihsanlah pada makhlukNya yang lain,kerana mereka juga makhluk seperti kita…..=)
ahh nice.
boleh buat one short film.
tapi bab kucing kena tendang ni babak yg susah.
teringat dulu semasa belajar kat kolej, saya pernah marahkan seseorang sampai sanggup tinggalkan kelas.
lepas tu fikir-fikir balik saya yang bersalah lalu saya minta faham kepada orang itu
lepas itu saya berazam tak akan marah biar apa pun yang melanda, cuma bab tinggikan suara tu susah sikit hehehe
salam ustaz.ana tak tahu nk contact ust selain cara ni..
ana pelajar jordan ustaz…ana nak mnta pendapat ustaz..
kawan ana ni sejak sekolah menengah kami sekali..hingga ke jordan ni.
masalahnya ustaz..di sekolah dye merupakan ketua pelajar.rajin memberi ceramah..tapi sekarang ustaz,pada saya dia insan yang bertopeng..sentiasa berkata pada kebaikan.berkata,berkata dan terus berkata..tapi,sedikitpun xmenunjukkan contoh sebagaimana kata2nya.salah dye ustaz dye ad seorang teman wanita sekarang ni…ana xtau,macam2 perasaan ad dalm hati ni.tekilan,marah,sedih,sayang kawan ana ni.ana xtau nk buat mcm mne ustaz..ana sndiripun datng disini dengan 1001 kekosongan,mncari bkalan di dataran syam ini..maaf ustaz,menangis ana..
ana tak nak rosakkan ukhuwah tapi macam mane ustaz?walaupun betul,baik apa yang dikatakannya menjadi sebab untuk ana menutup telinga kerana salahnya tu.ana tak berharap begini.tapi ini fitrah diri ini..kalau rasa komen ini perlu dipadam.silakan ustaz.
@badrul
ana rasa situasi sama dengan ana,
pendekatan sindiran halus dpt diguanakan
jadinya kena pandai bermain dgn situasi
menyindir itu bukan cara yg bagus bg sy. kalau anta kawan yg baik tegurlah dia dengan baik. tegurlah sedikit demi sedikit. jangan putus asa. bersabar di jalan kebaikan, Allah pasti melembutkan hatinya. Wallahu’allam.
@thah,
Kita klw sudah memahami kwan tersebut mungkin kita sudah tahu waktu bila boleh di tegur dan memahami situasi. Pendekatan sindir dalam jenaka ia spt jenaka yg bermotivasi. Sekiranya kita tidak dapat menegur dia makananya kita bukan lagi rapat dengan dia.
“Musuh paling bahaya adalah kawan karib”
@Fazli_samsudin, Benar bagai dikata, ‘Tak kenal maka tak cinta, tak usik maka tak mesra … tak komen, gatal jari pula!’
Duhai anak-anak dan adik-adik semua, August ini masuk tahun ketiga saya mengenali Ustaz, yang bjaksana.
Hebat, hebat, tulisan dan pemikiran Ustaz yang di kemuka, belum lagi sentuh kehebatan menterjemah ‘erti hidup bukan meminta, (habis irama -memberi)’
Apapun memang peting kita mengingatkan bahawa Bukan Muslim bukan musuh utama kita, sebagaiman tersirat disebalik kata-kata Saudara
Balik dari perang besar (Badar) Nabi saw mengingatkan ada perang (musuh) yang lebih besar, iaitu persepsi dan nafsu kita …
Betulkan niat, tingkatkan perjuangan, muhasabah persepsi, awasi nafsu, rapatkan saf, insyaalah berjayalah kita bersama!
@Fazli_samsudin, salam.
both of you,yakni thah dan fazli_samsudin, jangan gadoh2 yea, gunakan kedua-dua pendekatan. [sindir+tegur berhikmah] insyaAllah, ada baiknya.
Boleh jadi tak kucing tu pulak marah,lepas tu curi ikan keluarga tersebut,,cakar-cakar sofa kerusi ke?hehe
Rupa-rupanya bukan surat sahaja berantai, tetapi marah pun boleh berantai. Tulisan Al-Fadhil Ustaz berjaya menyebabkan pembaca berkata, “ooo…” di hujung pembacaan.
salam…..
ana br disini….
guru ana prnh cerita tntg seorg ‘alim di nusantara…
setiap kali mrh….cr utk ‘alim ini menahan kemarahan nye dgn membaca surah an-nas….
ana rse….de kesan nye….bc dgn memahami dan tadabbur kalam ALLAH yg mu’jizat ini….
kalo slh….tlg btl kn….syuran….
Kucing mampu menahan kesabaran tapi manusia tidak. Rantaian kemarahan berhenti pada seekor kucing. Apakah kucing lebih hebat dari manusia. Lobai nak jadi kucing….
Anak-anak penenang jiwa, penyejuk rasa…Insyallah
eh anna…fikiran kita sama la! boleh jadi geng ni! hehe
minta maaf ustaz, mencelah sekejap kat sini
Assalamu’alaikum WBT. Kesian kepada semua watak yang terlibat. Hanya kerana marah, hilang sejahtera hidup. Melayang nilai kasih sayang. Tak guna sekupang pun.. hehe.
Akhirnya diazab pula si kucing yang tidak berakal. Sekarang ini, musim panas dengan kes ‘menghentam’ kanak-kanak. Hentam sampai mati. Aduh! Ini pun gara-gara marah yang hilang siuman. Agaknya panas dan marah tidak boleh dipisahkan kot? Wallahu’alam~
Jom kempen “La’ Taghzob”!
salam di pagi hari. sy masih bru d sini..hrp dpt beri tunjuk ajar.
kagum sy dgn ustaz.. 1 ilustrasi yg cukup simple utk d fahami tp sgt terkesan. method dakwah yg sungguh kreatif. syukran.
Salam…
Moga-moga dengan kisah ini dapat mengurangkan tahap kemarahan kita…marah biarlah bertempat, bersebab dan berpatutan…Kucing pun benci orang marah nie…hehehe..Hadis ini juga perlu kita hafal! tak begitu Ustaz….
suasana yg harmoni akan hancur dengan kemarahan,..orang yg paling kuat ialah mereka yg kuat menahan marah.
knapa marah sinonim dgn lelaki?
@thah, tak jugak rasanya…
sabar,sabar,sabar itu bukan mudah.
Akhir-akhir ni ramai yang mengupas bab marah termasuklah saya. Akhir-akhir ini juga banyak kes jenayah yang menggemparkan kita juga berpunca dari kemarahan tidak terkawal.
Marah tak boleh hilang, tapi boleh tahan. Bersabarlah, janjinya syurga. Ingin berkongsi cara atasi amarah http://tintataghyir.com/2010/01/setakat-badan-besar-belum-tentu/
Menarik analogi ustaz.
Jelas di sini, yang menang ialah si kucing, kerana dia tak pula marah lalu mencakar sofa kesayangan ibu, atau kencing di bunga-bunga di halaman rumah!
assalamualaikum ustaz
sabda nabi tadi baru je saya terbaca dalam sebuah buku, kebetulan ustaz punya tajuk pun tentang apa yang saya baca.
marah kalau tak dikawal memang akan parah, bukan setakat diri sendiri tapi orang lain jugak
Salam, Ya Ustaz.
Saya peserta Kursus Bengkel Anis Synergi Keluarga Bahagia. Rumusan dari kisah ini: Teori Tenaga: Tenaga tidak boleh dimusnahkan, ianya hanya boleh dipindahkan. Menyepak kucing adalah tenaga Kinetik yang dihasilkan oleh Adam.
Jazakallahu khair ust. kesian, akhirnya semua yang tidak bersalah, menjadi mangsa gara2 kegagalan kita untuk menjadi sabar, dan memadam api amarah. sesungguhnya orang yang kuat itu, adalah orang yg dapat menahan marahnya…
cuma, ssebagai manusia biasa yang hidup dikelilingi pelbagai tekanan dari manusia dan persekitaran, tak dapat lari dr masalah ini. tiada satu formula pun yang berkesan, kecua,li sentiasa beringat2 dengan pesanan Rasulullah tersebut.
syukran kathir ustaz…
koreksi diri kerana pernah hempas pintu teksi agak kuat sebab marah dgn sikap pemandu teksi yg demand tambang teksi mahal2…
kesannya..dia pulak yg xpuas hati dgn sikap pelajar malaysia yg menghempas pintu teksinya yg agak kuat itu..agak terasa dgn sindirannya terhadap sikap pelajar malaysia even saya xberapa nak faham apa yg dia cakap, hanya mampu menyesal dgn kesilapan selepas berfikir 2 3 minit lepas tu…dan tak nak ulang lagi silap itu. saya kena hormat dia sebab saya naik teksi dia di negara dia……so,jom hormat dia.
p/s: jgn cepat marah yea>>
salam alaik……saye kn ustaz,bru bce prenggan pertama dah cdh..agak2 kn…btol ke,kucing tu akan rase sakit ble dpukul.slama ni saya ingat Allah akn hilangkan rase sakit haiwan…sbb mereka ni mahluk y lebih lemah,terbiar n xda plindungan mcm kita………..dpt saya bygkn kucing tu sakit,n merenung nasib ble kne pukul……..NAUZUBILLAH!!!!!!ALLAH LAGI BERKUASA!!!!!!!
kesiannyer.Hamba Allah dicederakan.sesapa yg suka membuli haiwan,insaflah.sesungguhnya dia seorang hamba allah same cam kite
mintak copy ustaz. untuk disebarkan.. bolehhh
tazkirah y mantap
salam ustaz….
minta izin untuk copy artikel ini untuk disebarkan….