“Rizal, hati-hati di luar negara nanti. Takut terkena kejutan budaya!” kata emak.
Kami berpelukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz, Subang, malam September 1993.
Bukan emak sahaja. Saudara mara, pegawai penaja, kawan-kawan, semua berpesan dengan pesanan yang sama.
“Hati-hati dengan kejutan budaya”
Tetapi setibanya saya di Jordan, saya tidak mengalami apa yang dinamakan sebagai kejutan budaya. Malah selepas tamat pengajian dan berhijrah ke Eropah, saya tidak mengalaminya. Semuanya masih berada di dalam lingkungan jangkaan saya. Keganjilan yang berlaku adalah keganjilan akibat perbezaan latar belakang budaya dan agama. Namun ia tidak berhasil mencetuskan kejutan.
Kali pertama saya dilanda kejutan budaya ialah ketika pulang ke tanah air sendiri. Pulang selepas 11 tahun hidup di perantauan. Pulang dengan kesungguhan untuk sehidup semati dengan kampung halaman. Tetapi semangat berkobar-kobar itu tercabar. Dibakar oleh kejutan yang sungguh menakutkan.
Antara berita awal yang saya tonton di kaca televisyen ialah seorang bayi yang tidak dialu-alukan kejadiannya, dibuang oleh si ibu ke dalam plastik sampah hitam dan dicampakkan daripada atas sebuah rumah pangsa! Wallahi, saya tidak pernah mendengar kejadian seumpama itu di mana-mana penjuru alam yang saya pernah bertamu. Tetapi ia berlaku di tanah air sendiri.
Saya cuba untuk tidak membanding-bandingkan apa yang berlaku di tanah air dengan apa yang dialami selama mastautin di luar negara. Bersungguh-sungguh saya memaksa diri untuk menghadam kata pepatah ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri’. Tetapi disebabkan oleh budaya kita sendiri yang gemarkan perbandingan terpanjang, terbesar, terlebar, tertinggi, dan segala yang ter… itu, maka haruslah kita membuat perbandingan pada sesuatu yang lebih serius.
Gejala membuang dan membunuh bayi ini adalah simptom.
Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah pun menceritakan dua bentuk pembunuhan, yang disandingkan bersama dosa induk yang menjadi puncanya.

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa' 17: 31]

“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)” [Al-Israa' 17: 33]
Kedua-dua ayat di atas menjelaskan betapa besarnya hukuman ke atas perbuatan membunuh. Betapa mulianya nyawa manusia di sisi Allah. Betapa merbahayanya kehidupan manusia apabila pembunuhan mengalami proses normalisasi. Namun dua ayat yang bercakap tentang pembunuhan sama ada kerana tekanan sosial atau akibat konflik besar yang berlaku antara manusia, kedua-duanya mengapit sepotong ayat yang amat berkait rapat dengan pembunuhan.
Firman Allah di dalam surah yang sama, Surah al-Israa’ di ayat yang ke 32:
“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]
Ya, kedua-dua ayat yakni ayat ke-31 dan 33 mengiringi ayat 32 yang berupa larangan Allah terhadap kita mendekati zina.
Itulah perbuatan yang keji.
Perbuatan keji yang telah ditutup pintunya oleh Allah melalui pembetulan sosial melalui batas hubungan antara silang jantina, menjaga aurat, memelihara pandangan, dan sudah tentu pembetulan Aqidah, pandangan hidup dan sistem nilai yang mendasari perbuatan manusia.
Zina itu sudah ditutup pintu-pintunya melalui kepatuhan kepada peraturan itu.
Namun pintu zina kembali terbuka.
Dalam segala kemudahan yang diusahakan untuk manusia bergaul sesama mereka secara halal, yang HARAM itu juga menjadi pilihan.
Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.
ZINA bukan kesudahannya.
ZINA adalah permulaannya.
Bermulanya siri pembunuhan kejam. Berlaku saban hari. Zina dan pembunuhan mengalami normalisasi. Tidak pernah terbayang oleh pembuang bayi itu bahawa bayi itu mungkin dirinya 20 tahun yang lalu. Tidak…
MERAWAT DAN MENGHUKUM
Sukar untuk dibahaskan hal ini, pada memperkatakan telur atau ayamkah yang bersalah.
Namun semua pihak perlu saling bekerjasama bertindak menutup kembali pintu itu.
Jika diikutkan rasa marah, tentu sahaja marah kita membuak-buak. Kecewa, geram, dendam, semuanya boleh muncul apabila berita pembunuhan dan pembuangan bayi ini berlaku. Akan tetapi, meluahkan perasaan tanpa tindakan tidak akan sama sekali mengubah apa-apa. Tindakan membendung, merawat dan memulihkan ‘orang sakit’ yang terdiri daripada anak-anak muda, baik gadis mahu pun teruna, perlu digiatkan.
Terkenang saya kepada Raudhatus Sakinah (RS).
Puan Rosmawati Zainal sedang menyampaikan mesej beliau kepada warga UKM KL
RS merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan dengan inisiatif Jemaah Islah Malaysia (JIM) bertujuan memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. Tentu sahaja di satu peringkat, penubuhan badan seperti ini dipandang serong oleh masyarakat. Ia dianggap sebagai tempat yang memberikan kemudahan kepada pesalah laku untuk beroleh perlindungan.
“Makcik-makcik itu, merekalah yang jadi tukang bela si sundal dan anak-anak haram itu!” kata segelintir masyarakat.
Tidak mengejutkan.
Tetapi pandangan menghukum yang tidak seimbang dengan tindakan pencegahan, akan menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk.
Ketika masyarakat lebih selesa mencari salah siapa, jawapan kepada soalan itu sudah tidak mempunyai sebarang kegunaan. Masakan tidak, berdasarkan kepada laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Pertemuan dengan Puan Rosmawati Zainal, Pengarah Raudhatus Sakinah yang menjadi rakan panelis forum di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala Lumpur baru-baru ini membuka banyak dimensi perbincangan untuk diketengahkan kepada khalayak. Modus operandi Zina diulas agar anak muda tidak meremehkan ‘langkah-langkah kecil’ yang nantinya boleh berakhir dengan Zina dan pembunuhan bayi. Tidak kurang daripada 30% penghuni cawangan Raudhatus Sakinah, adalah terdiri daripada pelajar IPT dan fenomena ini menjelaskan kepada kita bahawa pendidikan yang tinggi, bukanlah satu jaminan simplistik untuk mencegah daripada perlakuan Zina.
“Apa yang menyedihkan ialah, akhbar-akhbar gemar mensensasikan berita penzinaan ini,” kata Puan Rosmawati.
“Benar. Budaya memperincikan perlakuan jahat dengan gambar-gambar yang merangsang kepada zina, menjadikan liputan berita bukan bermaksud pendidikan tetapi menambahkan lagi segalanya” saya menyetujui kata-kata Ummi Ros tersebut.
“Sebab itu kami banyak menolak temuramah media. Tidak mahu anak-anak yang menghuni RS dijadikan bahan berita sensasi,” ujar Dr Ruziaton Hasim, Pengerusi RS Selangor yang hadir sama ke majlis itu.
“Apakan daya, alangkan tilam DSAI pun diheret tanpa malu. Liputan berita kes liwat juga mencetuskan keaiban yang amat membimbangkan!” saya teringatkan sesuatu.
Saya dan Puan Rosmawati Zainal selepas selesai forum berlangsung
Perbualan malam ini membawa saya kepada mengingati sebuah laporan akhbar di BBC baru-baru ini tentang kejadian buang bayi di masjid, sesuatu yang amat jarang berlaku di negara seperti England. Renungkan bentuk berita itu dilaporkan:
A newborn boy left at an Islamic centre in Staffordshire has died.

A newborn boy was left outside the Islamic Centre on Saturday
The baby was found wrapped in clothes at about 1030 GMT outside the centre in Beresford Street in the Shelton area of Stoke-on-Trent.
He was taken to the University Hospital of North Staffordshire where he was declared dead at 1230 GMT, Staffordshire Police said.
The area has been cordoned off while officers investigate. Anyone with information should call police.
Members of the Makki Mosque in Shelton who found the baby told BBC Midlands Today he was left on the steps of the Islamic Centre with a note attached saying “please help to bury him”.
Mother’s safety
A spokesman for Staffordshire Police said: “[We] were contacted by members of The Islamic Centre in Beresford Street in Stoke-on-Trent who had discovered a package outside the centre which they suspected contained a baby.
“Police attended and discovered a very young baby boy who was conveyed to University Hospital of North Staffordshire for treatment.
“Sadly at 1230 [GMT], despite the efforts of the medical team, the baby died.”
Police are appealing for the mother to come forward as she may be in need of urgent medical treatment.
Det Insp Dave Giles said: “I urge the mother to come forward so we can help her.”
Anyone with information is asked to contact Staffordshire Police or call Crimestoppers anonymously.
Source: http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/england/staffordshire/8553331.stm
Kejadian seumpama itu amat jarang berlaku di negara seperti England.
Apa yang menarik perhatian saya ialah kenyataan berhubung ‘rayuan’ pihak Polis kepada ibu bayi berkenaan. Polis merayu agar ibu kepada bayi tersebut tampil ke hadapan kerana beliau mungkin memerlukan kepada rawatan perubatan segera.
Bentuk laporan sangat berkesan dalam mengubah persepsi masyarakat tentang kejadian seperti ini. Laporan harus padat dengan penyelesaian dan bukan disensasikan sesuka hati. Teringat saya kepada tulisan-tulisan Wahid Kasran di Utusan Malaysia pada zaman 1990′an dahulu. Beliau yang adakalanya digelar sebagai sasterawan seksualiti, menulis rencana yang bermatlamatkan pengajaran tetapi tepu dengan pengolahan yang merangsang libido mereka yang lemah iman.
Ini amat berbeza dengan saranan al-Quran.
Lihat kepada firman Allah:

“Setelah mereka pergi dengan membawanya (Yusuf) bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukannya), dan Kami pula ilhamkan kepadanya:” Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat, dan) akan memberi tahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak sedar (dan tidak mengingatinya lagi)” [Yusuf 12: 15]
Para Ulama Tafsir menegaskan bahawa ayat ke-15 daripada Surah Yusuf ini menceritakan tentang tindakan adik beradik Yusuf mencampakkannya ke dalam perigi tanpa diperjelaskan bagaimanakah modus operandi konspirasi itu, adalah dengan hikmah yang besar. Allah Subhanahu wa Ta’aala tidak mahu orang yang lemah imannya belajar cara untuk melakukan jenayah dan maksiat melalui pembacaan ayat al-Quran. Sesungguhnya perbuatan memperincikan perlakuan jenayah adalah satu trend media yang mesti dimuhasabah kembali kerana di situlah maklumat diperolehi dengan mudah, bermula daripada jenayah zina, rogol dan samun, hinggalah kepada pembunuhan psikotik yang semakin berleluasa.
Seriuskah masyarakat kita berfikir dan bertindak mengatasi hal ini?
Semasa anda membaca artikel ini, mungkin seorang lagi anak luar nikah terjadi atau dilahirkan!
Inna Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor














Salam ustaz,
Apa pandangan ustaz mengenai cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang ingin memberikan ubat perancang kehamilan kepada mereka yang telah terjebak untuk mengelakkan kes buang bayi? Cadangan ini juga disokong oleh Dr.Harlina (pengasas RS)sendiri, (saya mengikuti konferens kesihatan remaja pada tahun lepas dimana Dr.Harlina sebagai salah seorang speaker). Pihak KKM telah menghantar kertas kerja ini kepada JAKIM telah sekian lama namun tiada jawapan sehingga sekarang.
kalaupun kes buang bayi berkurangan, zina itu tetap berlaku.
di US sendiri sebelum 70s/80s, pengguguran adalah illegal, namun kerana crime yang terlampau banyak ekoran anak2 yang lahir tanpa ikatan perkahwinan ini (mereka anak2 yang tidak diminta, maka mereka dilayan teruk dan akhirnya wujudlah gang2 & thugs) maka kerajaan US menghalalkan abortion selepas 80s. efeknya, pada 90s onward, anak2 yang tidak lahir akibat digugurkan dengan banyaknya, mengurangkan criminals. berjaya, namun melalui pembunuhan halus (penguguran) dan seks luar perkahwinan itu tetap berlaku.
ubat perancang itu mungkin mengurangkan bayi yg terbuang, namun masalah tetap tidak akan selesai selagi kita tak balik ke root.
Islam menekankan pencegahan drpd merawat. Baliklah kepada Islam. Bertakwalah kepada Allah, itu je cara menyelesaikan masalah sosial, bukan di Malaysia, malah di dunia ini.
dunia akhir zaman..
Assalamualaikum,
Tq ustaz,
Assalamu’alaikum,
Tersentuh dengan laporan bbc tersebut, dan pada akhir tulisan ini terdapat persamaan dengan Teori Penulisan Teknik Surah Yusuf yang selalu disebutkan oleh Puan Ainon PTS.
assalammualikum,trima kasih ustaz,ustaz tlh membuka mata saya pada ketika ini,mohon izin ustaz untuk saya copy entry ustaz untuk tatatapan org2 di blog saya.tq
tq,ustaz…
kurangkan menghukum…. kurangkan provokasi… lebihkan empati .. media massa perlu memainkan peranan menceritakan kejayaan demi kejayaan…bukan kecelakaan demi kecelakaan…
Salam. Yes, it is true indeed. Too much unneccessary details are being given in newspapers, especially in tabloids.
Semata-mata untuk melariskan akhbar.
Dari sudut pembacaan pula, kita boleh menilai corak pemikiran seseorang itu melalui akhbar pilihannya.
Berdasarkan pengalaman menaiki teksi setiap hari, saya kira kita boleh menjangka akhbar apa yang dibaca oleh seorang pemandu teksi bila dia berbual dengan penumpang. Berita Hairan, Matra, Kasma, The Son, The Stor atau New Straight Times (bukan nama sebenar) mampu mempengaruhi pemikiran.
Justeru anak-anak yang baru belajar membaca, saya amat menyeru agar ibu bapa tidak meletakkan akhbar-akhbar berbaur sensasi seperti Matra dan Kasma di rumah. Tajuk muka depan sahaja sudah cukup membuatkan anak bertanya banyak soalan yang menakutkan ibu bapa.
Bukan sahaja tv dan internet, akhbar juga berperanan mencorakkan anak-anak. Bukan semua bahan bacaan berilmiah.
Semoga anak-anak tidakmenganggap zina itu satu perkara yang lumrah atau gaya hidup yang lazim, lantaran terlalu kerap dipapar dan sensasikan di akhbar masa kini. Jauhkanlah.
Salam anna,
Dalam dunia serba jadi sekarang ini, sukar untuk kita membendung satu-satu perkara daripada sampai kepada anak kita. Itu yg saya percaya. Semua anasir itu boleh saja masuk melalui suratkhabar, tv, radio dan internet.
Saya pernah bercita-cita nak bawak anak saya nanti bersekolah di kampung di mana nilai-nilai murni masih terpelihara.. but sekarang? Sudah pun melupakan cita-cita tak masuk akal saya kerana walau di mana jua kita berada, dugaannya pasti ada.
Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk mendidik dan mencorakkan anak kita.
Segala-galanya bermula dengan kita sendiri..
Semua orang harus mainkan peranan, sesuai dengan kadar kesanggupan diri..
Allahul Musta’an…
Saya ada perasaan setuju tentang hal itu, sebab kes zina makin menjadi2.Tapi bukanlah bermakna nak galakkan Zina. mungkin ia salah satu cara pencegahan dr bayi2 tak berdosa dilahirkan. kalau omputih, sekolah edarkan kondom kat student untuk elak teen pregnancy. Cuma, kena ambil langkah yang lain2 juga untuk membawa mereka menjalani hidup secara islam yang betul.
Malangnya kalau ada program keagamaan,kauseling dll, selalunya yang dah baik yang ikut, mereka yang hanyut ni mau nak ikut? Dah tu jika diajak bukan main payah.
Kukuhkan baitul muslim kalau dalam konteks orng berilmu dan baik senang diajak dan diterangkan walaupun bukanlah mudah seperti sangkaan, tapi kalau di kalangan keluarga yang dah rosak dari anak ke ibu dan ke bapa mau ke diorang nak berubah..Kadang2 ada ilmu tapi butakan mata sebab terlampau kejar dunia…urgghh Kompleks!!!!
kita pulak kena ubah budaya mencari dan menunding salah kepada bantu untuk dia berubah…bukan 1 individu tapi semua pihak berwajib
bab Media macam mana pulak..Aduih Artis dah makin ramai kahwin, 6 -7 bulan kemudian melahirkan anak…takkan semua tak cukup bulan..? bersangka baik atau ramai yang lihat ia sudah menjadi kebiasaan. Maklumlah ramai artis nak jadi omputih.
tapi bila cakap pasal bantu nak berubah, teringat mat rempit kat rumah ni..budak2 sekarang (yang perangai buruk) bukan saja nakal malah kurang ajar…jahatnya nauzubillah. Bila ditegur dimaki hamun pulak kita ni…Astagfirullah. Terkedu mendengar makian budar berumur 13 tahun….
semuanya kompleks sebab saya bukan orang yang pandai berdakwah. Malah ilmu pun tak banyak mana. .Yang mampu cuma buat yang elok2 kalau2 ada orng nak ikut.
Bagaimana pula dengan isu pendidikan seks di sekolah/universiti..saya rasa tajuk perlu ditukar nama kepada Pendidikan pencegahan seks bebas/haram/zina..mungkin modul RS boleh dijadikan panduan..
Pendedahan video lucah melalui internet dan telefon bimbit serta fesyen pakaian ketat dan mengghairahkan menjadi pemangkin kepada masalah zina dan buang bayi..
Kerajaan perlu mengambil langkah segera dalam menyekat laman-laman web ini seperti desakan di China..
Betul ustaz, bukan sahaja media kita, malah cerita seperti CSI turut mengajar kita berbuat jenayah.
Dan tentunya, cerita sebegini yang kita minat, yang Dr dengan hujah forensik, yang engineering dengan hujah reverse engineering dan sebagainya.
Wallahua’lam
saya tertarik utk berkongsi mengenai artikel yg pernah saya baca tulisan/terbitan hizbut tahrir, yakni berkisar umat islam masa kini yg tidak tahu penyelesaian sebenar. kita (umat Islam kini) gemar mengubati simptom, tapi tidak berusaha keras merawati penyakit.
ini kerana kita perjuangkan islam dalam acuan kotak pemikiran kapitalisme-sekularisme, sedangkan Islam sebenar mampu berdiri sendiri tanpa sokongan kapitalis/sekular hatta atas asas pemikiran demokrasi.
umpama tayar kereta rosak kerana jalan berlubang, penyelesaian ‘dalam acuan pemikiran kapitalis/sekular’ ialah menubuhkan lebih byk kedai tayar.
sedangkan penyelesaian islami sebenar ialah memperbaiki jalan yg rosak.
Assalamualaikum ya Ustaz.
Entri di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ayat ini,
“Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!”
Semoga platform bloging boleh menjadi wadah mengisi lompang-lompang yang ditinggalkan oleh si pembuat liputan .
Sebagaimana ayat ini,
““Apa yang menyedihkan ialah, akhbar-akhbar gemar mensensasikan berita penzinaan ini,” kata Puan Rosmawati.”
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
salam.
saya setuju media tidak patut memperincikan kaedah jenayah. atas prinsip yang sama, saya juga tak setuju dengan ayat ustaz di bawah, walaupun tak terperinci tapi cukup memberi idea proses mencapai zina dari step pertama melalui chatting internet:
“Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.”
pada saya ayat di atas adalah salah satu dari kaedah yang memberi idea pada anak-anak muda yang belum pernah mencubanya. mereka mungkin mahu mencuba proses itu kerana mahu tahu atau mengimpikan zina.
sekian.
@Pak Kasim,
Saya membaca ayat yang di ‘quote’ tersebut bukan sebagai kaedah dan perincian. Sebaliknya sebagai alat untuk mencegah dan beringat apabila tiba di peringkat tersebut. Ianya, penyataan yang ‘general’ tanpa adjektif dan ‘adverb’ yang penuh kata sifat untuk menerangkan ayat secara terperinci.
Apabila ber’chatting’ saya mengingatkan ‘tidak boleh berchatting dengan ‘lelaki bukan muhrim’ atau ‘menerbitkan perasaan syok. Apabila ber’sms’ saya mengingatkan diri agar ‘tidak berbaur kasih-sayang yang bukan2′. jika ajak berjumpa, ‘JANGAN!’. Jika tidak upaya, maka tidak langsung memulakan. No chatting with strangers!
Bagi saya, ‘quote’ itu memang satu idea untuk saya berwaspada pada perkara kebiasaan, untuk menjadi lebih berjaga-jaga. Bukan idea yang menerbitkan kaedah, mengajak kepada perlakuan.
Only my 2 cents.
@Pak Kasim, saya lagi tidak bersetuju pendapaat pak kasim…sebenarnya pak kasim faham atau tidak ape yang hendak disampaikan oleh ustaz….
Mahu dibagi peluang pada mereka, orang kata menggalakkan isu. Mahu dikutuk, orang kata tak memahami isu.
Isu ini sangat memeningkan kepala. Bagi saya ia adalah masalah yang berentetan yang akhirnya kembali kepada masalah Iman.
Dari artikel, “Allah Subhanahu wa Ta’aala tidak mahu orang yang lemah imannya belajar cara untuk melakukan jenayah dan maksiat melalui pembacaan ayat al-Quran.”
Bagi yang imannya tidak lemah, banyak tauladan dan sempadan yang boleh diperolehi dari Al Quran, walau tahap mana perincian diberikan atau tidak, semuanya menjadi ilmu pengetahuan yang berguna.
“Get a thieve’s knowledge to catch a thieve” kata pepatah Mat Salleh, yang bermaksud ilmu yang disangka tidak bermanfaat itu tidak berguna, sedangkan ada keperluannya pada masyarakat.
Masaalah utama sebenarnya ialah kurang penelitian kepada perincian semasa pendidikanan diberikan kepada remaja, disebabkan yang mengajar juga tidak terdedah kepada pembelajaran secara terperinci.
Tambahan lagi apabila pelajaran mengenal Tuhan hanya berlaku diperingkat kenal nama sifat dan perbuatan, tanpa ada usaha untuk memperincikan Carakerja Tuhan. Tiada yang baik, malahan yang buruk belaku diluar kekuasaan dan pengetahuan TUhan.
“diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?”
@pak din 31, sila pakdin buktikan dengan kata2 pak din tu..adakah ia berkesan atau tidak….pak din kena buat eksperimen dan kaji sedalam2 hipotesis yg pakdin buat, boleh pakai atau x….
@fatah, Dari pemerhatian yang Ustaz buat, “Kejadian seumpama itu amat jarang berlaku di negara seperti England”
Nilai kemanusiaan yang diajarkan di sana, yang sudah pasti berasaskan kepada nilai Islam, berjaya membedung kejadian tersebut.
Pengajaran yang menitik-beratkan reasoning, di negara maju menghasilkan keadaan yag diceritakan oleh Ustaz,
Walaupun di bahagian lain, banyak berlaku kepincangan moral, kerana penerapan nilai Islam yang tidak menyeluruh.
Apapun, perlu diingat, seperti petikan dari Atrikel, Kadar Allah menentukan, sekiranya lemah iman, tetapi tidak sebaliknya.
Kedimpulan yang dipetik di atas merupakan hasil dari kajian Sains Sosial dan saya pasti ia berkesan.
salam ustaz
just out of curiosity, because my sister asked me about this, and given the recent news of the marriage of a much older man to a child, could you please explain how is it that our revered Rasulullah saw married the child Aisyah ra. i want to understand the story behind it. thank you.
@z.m, salam, if I could share something here, here’s the link to last week Al-Kuliyah,where they talked about Rasullah saw and Aisyah’s marriage….it’s just that i’m not sure in which part,perhaps part 4.
http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=214%20&ShowID=216&&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=33271&VideoID=47187
ps: u need to log in
subhanallah.. al-Quran memang mukjizat Rasul teragung!
Salam ust…. menerusi ust saya telah belajar satu lagi kehebatan ayat-ayat Al-Quran.
dari apa jua ilmu yg kita lihat, Al-Quran menyerlahkan mukjizatnya.
Alhamdulillah dan terima kasih.
Ayat ini sangat mengamit emosi,
“Tidak pernah terbayang oleh pembuang bayi itu bahawa bayi itu mungkin dirinya 20 tahun yang lalu.”
Saya fikir masyarakat kita sangat perlukan rawatan yang segera sebelum gejala semakin kronik.
Salam, namun ada pihak2 seperti Ayah Pin yang mengatakan agama Islam lah yang mendorong ibu mengandung anak luar nikah membuang bayi mereka kerana baginya Islam tidak menerima anak luar nikah. Menyalahkan agama atas nafsu manusia yang tidak dikawal.
@Syahid,
Bukan Islam penyebabnya, tapi kelakuan yang tak berlandaskan Islam itu lah puncanya.
@Syahid,
kenapa baru mengikut islam ketika mahu membuang anak dengan alasan islam menolak anak luar nikah?
kenapa ketika zina tidak pula terfikir hendak mengaplikasikan konsep islam yang melarang perbuatan terkutuk itu?
islam itu selamanya suci, orang-orang sebeginilah yang cuba mengotorkannya…
jalan penyelesaian yang disediakan Allah sudah tersedia (hudud, qisas), tapi bilakah dapat diaplikasikan pelaksanaannya?
tepuk dada, tanyalah ‘mereka’
salam ust, alhamdulillah tepat apa yg ust katakan. namun ujian hawa nafsu terus menggoda kita dimana2. hanya hubungan yg kuat dengan Allah SWT yg mampu mengawal diri dari fitnah akhir zaman ini. -abu musa
salam ustaz,salam semua..kejutan budaya..izinkan saya brkongsi pasal kejutan budaya dalam konteks lain..
sebagai sebuah pusat pengajian bertaraf antarabangsa,UIAM bolehlah juga digambarkan sebagai pusat budaya sedunia pada hemat saya..ustaz pernah study di UIAM kan?pasti ustaz lebih arif pasal ni..
pembawaan budaya setiap bangsa dan negara asal oleh pelajar2 disini telah mncetuskan prtembungan budaya yg ketara..dengan lebih 15 bangsa yg berbeza bernaung dibawah satu bumbung,yg ramai tentu lebih kuat dan brpengaruh..
bagi pelajar2 yg datang dari tanah arab,mereka membudayakan budaya mereka disini..contohnya,mereka amat pantang bila ada pelajar tempatan yang sendawa ditempat awam..mungkin pada budaya mereka itu adalah taboo..tapi mereka dengan senang hati pula melombong dan melepaskan gas pencemar udara tanpa rasa bersalah di tempat awam!! terlebih sopan pula..bagi kita rakyat malaysia sendawa itu tiada apa2 kesalahan..namun kalau kentut haruslah berwaspada..x begitu?
cerita ini mungkin tiada kena mngena..sekadar ingin berkongsi tentang perbezaan budaya.. ~saya pendatang baru disini..
Kalau diperhatikan di media, banyak kisah tentang masalah sosial, jenayah dan perkara-perkara negatif yang dilaporkan di media saban hari daripada cerita-cerita pencapaian atau pembangunan positif. Adakah kisah-kisah itu kurang mendapat perhatian atau memang kurang wujud..
Bahasa melambangkan budi dan sesebuah bangsa..
salam
banyak dalil al-Quran ustaz letakkan kali ini – hasil tadabbur yang mendalam~ subhanallah~ jazakallahukhairankasira ya ustaz atas perkongsian tadabbur ini~
cuma, ana teringat kata-kata guru bahasa Arab ana – tadabbur [tadabbara] itu jika hanya kita gantikannya dengan perkataan “to reflect” semata-mata, maka sesungguhnya tidaklah kamu tadabbur.
tetapi, tadabbur itu adalah “to listen, to ponder, to relfect in order to act!”
marilah kawan-kawan dan ana sendiri memenuhi maksud tadabbur yang sebenar~
astaghfirullah~
salam..benar kata ustaz…..melalui pengalaman….memg la benar jika dkatakan…’iman x dpt diwarisi,dari seorang ayah y bertaqwa’……pokok pgkal ats diri sendiri….bukan keluarga,bukan masyarakat,tetapi media lah y paling merbahaya…tali penghubung y utuh kepada semua jenis kekejaman dan kemaksiatan…media lah perlu dtakuti dunia sekarang…terlampau bakyak islah & sebaran y membinasakan…wallah hualam bisowab.
jika media ‘tali penghubung’ yg mendorong maksiat, macam mana nak tukarkan media sebagai ‘tali penghubung’
yg mendorong manusia supaya cenderung untuk fikir maksiat itu keji (bukan menyeronokkan)?…
mari sama-sama berfikir…
nah itu puncanya bukan agama Islam tetapi masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang memandang rendah pada anak luar nikah.
pandangan masyarakat Islam terhadap anak luar nikah amat berbeza dengan pandangan Islam terhadap mereka.
ada saja orang memaki hamun mereka tapi bukan itu yang Islam ajar.
akhirnya, pemahaman kita yang cetek terhadap Islam yang menyebabkan berlakunya pelbagai perkara sebegitu.
Salam,semalam dengar radio dan terkejut bila seorang Ustaz mengulas budaya baru di Malaysia, ‘budaya menjual anak’.
salah siapa ?
salah ibu yang mengandung?
salah ibu bapa yang tidak mendidik?
kerajaan yang tak mendidik ?
salah masyarakat yang selalu salah faham & menyalahkan ?
salah siapa?
berita harian,18 Mac 2010-sebanyak 17,303 kes pendaftaran anak tidak sah taraf didaftarkan pada tahun 2009 sahaja peningkatan 762kes berbanding tahun sebelumnya bermakna 2 kes setiap satu jam..dahsyat sungguh sehingga amaran menghampiri zina pun nabi dah ingatkan..sama2 jalankan tanggungjawab kita menyeru kebaikan mencegah kemaksiatan.
perangkaan diatas tak termasuk anak yang dibuang menurut jabatan kebajikan masyarakat..
salam..semakin takut dengan situasi ini..ada yang bertanya..apakah pengajian seks di sekolah itu penting? apa yang akan di ajar? teknik? kesan? bukankah ada kemungkinan “teknik” yang di ajar, ingin di cuba? bukankah lebih bahaya?maklumlah..remaja kan hidup dengan mengeksperimen..segala ingin di cuba!
ada juga yang bertanya..apa jalan penyelesaian terbaik? pada ana..kes2 ini banyak terjadi pada mereka yang tidak bernikah..(dah nama pun anak luar nikah hasilnya..) maka kenapa tidak “di kempen”kan anak2 muda yang sudah lama bercinta dan sampai umur kahwin..di galakkan kahwin. Ada yang merungut..ibu bapa tak bagi kahwin awal..kos kahwin pihak perempuan letakkan..isu masih belajar..halangan seumpamanya yang menjadi punca berleluasanya kes buang anak ni..
tak dpt kahwin-tak tahan-zina-anak luar nikah.
apa pendapat ustaz berkenaan hal ini?
salam ustz, tula bile pikir ttg malaysia nie jadi takut pulak nk balik malaysia. sekarang nie sy sy masih belajar dan berkelana di negara org, insyallah akan balik malaysia in few years time tapi apabila difikrkan macam2 yg sedang melanda negara sendiri..sy bukan mahu jadi kacang lupakan kulit. tapi takut apabila meikirkan tarbiyah diri yg belum kuat ini dan takut terlarut dgn permasalahn picis yg sering mmebuatkan manusia lupa pada masalah yg jauh lebih besar.;
setuju, setuju dan sangat setuju bahawa media mestilah tidak mensensasikan berita-berita zina kerana akhbar2 seperti metro khusunya sangat gemar memberitakan sesuatu tangkapan berkenaan zina secara detail..sangat erotik!!
Salam ya ustaz,
Saya sgt suka dengan isu yang dikupas. Banyak sungguh media kita yang mengembar-gemburkan aib bangsa sendiri. Jadi, apa yang mampu saya lakukan jagalah diri sendiri, ahli keluarga dan sanak- saudara sebaik yang mungkin. Di masa kini, institusi kemasyarakatan sangatlah goyah.
salam,
pendapat daripada salah sorang rakan saya, kejadian membuang bayi berlaku sebab masyarakat memandang rendah atau hina kepada sesiapa yang ada anak di luar nikah, kalau masyarakat dapat menerima seadanya orang yang ada anak luar nikah, pembuangan bayi mungkin tidak berlaku..astaghfirullah…
pendapat saya, fenomena hina ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor..perlu kepada usaha yang holistik..dan usaha holistik ini tidak berlaku di malaysia. Masyarakat, ibu bapa, guru-guru, pihak media dan pemerintah ada tanggungjawab masing-masing. Jalankan tanggungjawab dengan kuasa yang ada, Insyaallah perkara ini dapat dibendung. Berbalik pada pangkal permasalahan..masalah utama ialah ZINA…bagaimana nak mencegahnya..bukannya masalah buang bayi. Buang bayi hanyalah hasil daripada ZINA..so semua pihak ada tanggungjawab masing-masing…
teringat satu ketika dahulu masyarakat begitu prihatin untuk menjaga tepi kain orang, kalau ada anak muda di kampung berperangai tak senonoh, ada orang kampung yang akan tegur…sekarang, ditegur akan dibalas dengan makian..ditambah lagi denngan ibu bapa yang ditegur membela perbuatan anaknya..hmmm..
Mengapa “Malaysia boleh”dipraktikkan pada perkara yang hina saja oleh sekumpulan besar penduduk Malaysia.Sangat menyedihkan.
assalamualaikum
terkesan sungguh saya dengan tulisan ustaz yang ni..
ape tindakan yang kita ambil untuk membendung gejala yang abnormal ni?
takkanlah seumur hidup nak mengutuk ke penzina tu.
mereka golongan yang perlukan bimbingan kita untuk kembali mengbdikan diri kepada Allah dengan sepenuh hati. semoga Allah menuntun hati mereka kepada kebenaran.
syabas….buat pihak yang membantu mereka. Allah sahaja yang membalas jasa kalian.
Assalamualaikum, Bukan mahu menyokong aktiviti melahirkan anak luar nikah, tetapi sekadar membetulkan fakta bahawa, bukan semua sijil kelahiran yang tiada maklumat bapa bermakna anak itu adalah anak luar nikah.
Ada kalanya, permohonan pendaftaran pernikahan mengalami masalah sedangkan si isteri telah hamil dan akhirnya bersalin. Kes ini biasa berlaku bagi pasangan yang berkahwin di luar negara (termasuklah kat sempadan Siam sana!). Proses nak mengesahkan pernikahan di mahkamah syariah kadangkala lambat akibat sikap pasangan suami isteri sendiri yang tidak serius dan bersegera mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.
Salam ustaz,
sedih juga membaca berita ttg pembuangan bayi .. geram. marah pun ada. Begitu rapuhnya iman, tergamak membunuh/membuang bayi yg tak berdosa. mana perginya ibubapa bayi ini?
Pendidikan awal bermula dr rumah, jadi ibubapa perlu memberi contoh dan tunjuk-ajar yg terbaik agar anak-anak tdk terjerumus.
skrg ni di sekolah rendah .. cikgu tak lagi tanya murid-murid, siapa tahu solat? tapi tanya siapa pernah tengok ibubapanya solat? fikirkanlah ….
sy pdatang br. teruskan menulis ustaz
Assalamu`alaikum.
Jazakallahu khair Ustaz atas penulisan yang membangkitkan kesedaran para pembaca. Menyedihkan apabila membaca berita-berita mengenai kes pembuangan bayi. Sebagai rakyat yang prihatin, kita perlu bersama dalam usaha amar ma’aruf nahi mungkar ini. InsyaAllah, Raudhatus Sakinah (RS) akan menganjurkan Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS 2010) pada 2 Mei 2010 ini. Usaha ini amat memerlukan sokongan semua. DIjemput melayari http://www.raudhatussakinah.com untuk maklumat lanjut
Salam..sy sekadar berkongsi pengalaman.. sy juga pernah menghampiri zina… alhamdulillah Allah masih menyayangi… punca keterhampiran itu adlh perasaan ingin tahu dan mencuba dan terlalu mempercayai teman lelaki…
kini sy menyesali kejadian itu… kalau tidak mungkin perkara sama berlarutan dan 9 bulan akan datang akan lahir dan bertambahnya bilangan anak tidak sah taraf… nauzubillah…hingga saat ini, sy masih terkenang kejadian tersebut, sy malu dgn diri sy sendiri..sy telah menyakiti diri sendiri disebabkan perasaan dan nafsu..sy benar2 menyesal dan bertaubat utk meninggalkan zina… kini, kata2 arwah nenek datang mengingatkan..”Jangan Biarkan Keturunanmu Menderita Disebabkan PerlakuanMu”… Semoga sy tidak mengulangi kesilapan tersebut..
zahra, awak kena hati2 dgn lelaki…mane2 lelaki pun…pape pun kena saiasat dulu dia punya background n etc…tq
menghampiri zina tu belum berzina. kalau dah berzina tu tak de la dipanggil menghampiri.
sy sgt benci perkataan ni digunakan untuk menggantikan zina: terlanjur. apa tu ‘terlanjur’?? macam panggil arak dgn nama ‘air tapai’ je. zina adalah satu perbuatan yg dipersetujui oleh kedua2 belah pihak. sehingga ke saat akhir, ia boleh dihentikan dari berlaku. kalau macam tu mana ada istilah ‘ter’. ia bukan satu perbuatan yg tak disengajakan macam.. “terlanggar kereta depan sbb tak sempat brek masa lampu merah”.
lagi satu, kenapa manusia suka salahkan syaitan? dia hanya akan hadir sebagai pihak ketiga kalau manusia tu benarkan diri mereka jadi pihak pertama atau kedua. masalahnya, sekarang syaitan tak perlu jadi pihak ketiga pun.. malah pihak ke 23 pun boleh. kucing pun agaknya tak mengawan dlm satu kumpulan seramai tu. lagipun iblis dah janji dia takkan dapat goda manusia yg bertaqwa. bukan senang nak jadi manusia yg bertaqwa, but if we don’t start from somewhere, we’ll never start from anywhere.
sy menyeru semua org dan diri sy sendiri untuk menghindari zina dan berdoa kepada Allah supaya dipelihara diri-diri in dari dicampakkan dalam situasi yg menghampiri zina. Amin.
to umi hasnan, relax…dont be emosional…dakwah tidak dapat berjaya kalau kita emosional..cool down…NAbi muhammad tgh solat dpan kaabah kena baling dgn najis pun Nabi x emosional..kalau umi hasnan tengah solat tiba2 kena simbah dgn air, ape agaknye yg umi hasnan buat..kesimpulannye, jgn kite menghina org yg dah buat salah, beri harapan untk dia kembali pada jalan yg lurus bukan MENGHINA..
assalamualaikum en. fatah..sedangkan sahabat-sahabat rasulullah pun tak sesabar rasulullah, siapa lah sy.
Benar sekali jawapan ini. Tidak salah beremosi. Cuma rasa-rasakan pesanan Nabi SAW agar terkawal diri.
Yang beranak renek seperti kita ni, lain perasaannya.
memang betoi x salah beremosi…bila hati dah lebih kepada dakawah, sayangkan umat..rasanya x sanggup tgok depa berada
dalam keadaan jauh kepada Alaah..seboleh2nya, bersama2 fastabikul khairat…
salam..
syukran jazilan atas maklumat yang diberikan.
semoga ustaz sentiasa dipermudahkan dalam berdakwah di jalan Allah.
Amin..=)