Bukan sembarangan.
Panasnya kini menjadi-jadi.
Sejujurnya, saya turut menjadi lesu terkena bahang kepanasan cuaca kebelakangan ini. Seharusnya bagi setiap mukmin mengambil iktibar daripada kejadian ini.
Ia hanya panas yang sedikit!

“Telah nyata pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia itu sendiri; (Berlakunya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [al-Rum 30: 41]
Moga kita kembali!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor






Salam Ustaz,
Hmm, berlainan pula cerita cuaca di sini. Hujan ais batu selama sejam pada hari Sabtu menyebabkan “city” banjir. Dan hingga kini setiap hari hujan ribut pada sebelah petang…suasana yang menginsafkan juga sebenarnya.
Salam…
“Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita yang selalu salah dan bangga akan dosa-dosa. Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita…” (Ebit G)
p/s: Memang panas… kempen GO GREEN tak jadi pulak… huhu…
Salam,yang dihormati Haan,perkataan “mungkin”tak terdapat pada sifat Tuhan bergitu jua sifat “bosan”
(sama-sama belajar)
@luqluq,
wsalam… minta maaf sebab tidak cakna… tu lirik lagu…
minta maaf..
Dunia semakin TUA ini,terlalu banyak lirik yang membuatkan sipenyanyi dan sipeminat muzik terkelicik kelembah murtad.NAUZUBILLAH.Mari kita berhati-hati.Salam.
global warming!
alamak ustaz,sikitnya entry ni….tapi visual sangat berkesan.
macam dalam flight pulak …
Orang Melayu (Muslim kan?) tak pernah risau pasal panas, ‘Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”
Mereka risau hanya apabila mereka dirisaukan oleh pengkaji Sunnah Allah bahawa suhu Dunia sedang meningkat ke arah Global Warming
Mereka lebih didendangkan dengan irama menenangkan hati dan jiwa, agar lupa kepada gundah gulana yang menimpa suasana
Sehingga mereka terlena bahawa Pencipta mereka merupakan Allah yang maha Kuasa, yang mentabdir Alam melalui SunnahNya
Ketepikanlah keriasuan tentang Global Warming, kerana Dia telah lama membuka rashia kepada mereka yang menerima Global WarningNya
Buailah mereka agar kesengsaraan mereka menghadapi Global Warming, dapat dilupa dengan dendangan yang serupa irama pembuka.
@pak din 31,
Suka quote ni:
Global Warming vs Global Warning!
Teringat keluhan seorang rakan di Facebook mengenai panas.
Saya katakan padanya,
“Panas ini, supaya apabila sejuk nanti kita bersyukur..”
Salji masih tebal di Russia, sedangkan dah March. Adoi. =.=
emmm… cuaca memang sangat panas sekarang. kat shah alam juga begitu… ada sekali tu hujan lebat dan saya menangis sebab seronok sangat… sejuk sikit hari tu…
tapi, apa pun, panas tu kurniaan Allah juga…
Bala bencana di darat dan di laut kerana angkara manusia..?
Hurm… lebih dari tu.. tangan manusia mendatangkan bencana pada kerjaya..
Makin lama makin banyak kerjaya yang bercampur unsur syubhah..
Saya marketing exec, sekarang company siap suruh pasarkan pelbagai saham-saham koperasi yang tak tahu hukum syaraknya.
Ekonomi meleset, apa bisnes pun company terima je.
Nak kerja pun tak semangat.
hurm, kat mesir pun cuaca agak pelik… masih musim sejuk,tapi panasnya tak tau nak cakap..
lepas tu sejuk balik, then panas balik..
aih, memang dunia ni dah ‘nyanyuk’.. masa Nabi Muhammad jumpa dunia masa isra’ mi’raj pun, dunia sudah diibaratkan seperti perempuan tua, sekarang ni dah tak tau la plak camner…
apa2 pun, teruskan semangat utk TERUS BERANI UNTUK HIDUP dalam perjalanan kembali kepadaNya..
takbir!!
Global Warning Allah (GWA) telah siap sejak dari Azali lagi, sebelum Alam ini memulakan proses pertama di nama Big Bang
Terkandung di dalam GWA ialah semua Kadar-kadar ketentuan yang menjadi asas perjalan Alam, termasuk putaran Matahari dan Bumi serta pertukaran Siang dan Malam
Ayat yang dikemuakan Ustaz merupakan ayat peringatan bahawa sebagai manusia, kita mempunyai pilihan terbanyak berbanding makhluk lain
Segala apa yang dilakukan manusia mempunyai kesan samping yang lebih ketara berbanding kesan yang datang dari makhluk lain seperti binatang, gunung berapi dan sebagainya
Maka Syariat diwahyukan oleh Pencipta kepada Rasul dan NabiNya, bagi memastikan kesimbungan kehiduapn manusia sebagai Khalifah di Bumi ini.
Syariat digubal dan diilhamkan berdasarkan keperluan untuk menusia terus dapat menyesuaikan kehidupan dengan Sunnah yang mengawal pergerakkan Alam ciptaanNya.
permodenan (evolusi)… saya rumuskan sebagai haluan (bukti) menuju akhirnya dunia..
Islam adalah Agama yang hidup, serasi dengan perkembangan sain dan teknologi, kerana ilmu sains itu adalah kajian tentang Carakerja Khaliq.
Pemodenan, evolusi atau kemajuan tidak boleh dipersalahkan sebagai sebab utama kehancuran sikap, moral atau tamadun manusia dan Dunia.
Saintis hanya sebagai orang yang membuka kunci segala yang ghaib, dari tidak diketahui menjadi diketahui, dari gelap menjadi terang bercahaya.
Nafsu manusia yang menggunakan teknologi, pemodenan atau kemajuan yang masih perlu disalahkan dan kerana itu jihat terbesar adalah jihad melawan nafsu.
Mengambil jalan mudah menyalahkan pemodenan dan sebagainya adalah kerana ketidak-upayaan kita menggunakan akal secara kritis dan berkesan.
Sebagaimana kita tidak menjawab banyak pertanyaan Al Quran (Allah), “Bagaiman …” itu dan ini berlaku dan dijadikan?
Index 5
40′ C ? Isshh kat mana tu? telur ayam tak perlu dieramkan ibunya untuk menetas… silap2 boleh cacat anak ayam akibat kepanasan… Astaghfirullah..
insyaAllah….
entry yang sangat menarik, simple tapi padat dengan nasihat.
semoga kita semua sama2 kembali.
yang pasti
kiamat sudah dekat..
Apabila pendidikan sekular mengajar anak-anak kita tentang sains dan geografi,Mereka kata ini fenomina alam akibat pernipisan ozon dan pencemaran alam.
Malang sekali ibubapa jua sedang seronok berkareoke dari mentelaah ALQURAN yang telah memberitahu akan musibah ini.
Semua bukit hendak diratakan, semua gunung hendak ditarah, kitalah yang menerima padah.
Akibat rakus dengan khazanah, iman pula semakin parah, terimalah kepanasan sebagai musibah.
Kini, setiap rintik hujan mula membangkit rasa syukur.
beruntuglah bagi yang sedar…
salam,,ustaz dkt volgograd,russia juga snow shower yang lebat sejak 3hari yang lepas 5inchi sajli..cuaca yang sgt pelik,,
subhanallah.,zaman kegemilangan islam smakin hampir,,kerja2!
Mungkin pandangan saya kabur sebelum ini, tetapi saya pasti ada kenaikan 3C dalam bacaan suhu yang diulang tayang dengan jelas.
Isu aqidah ada di mana-mana, walaupun apa tajuk dibincang, malah semasa kita mengangkat cawan kopi kita ketiba bersarapan pagi.
Samada isu pemanasan global atau isu terpanasnya hati, melihat kebisuan suami, isu aqidah menjadi asas dalam bertindak.
Kita boleh menang bersorak (bermakar dan berstrategi mengambil Syariat sesuai), tetapi jangan sampai tergadai kampung (kelunturan aqidah meremahkan Sunnah).
Kepanasan globas dan kepanasan hati, perlu ditangani dengan keseimbangan, dengan mengambil pendekatan berfikiran Al Bab (kritikal).
Dengan mempermudah isu yang komplek kita hanyut atas dasar menerima, tanpa dapat dibuktikan kebenarannya, menjadikan kita pakar beragama dan tidak dalam bertuhan.
Ketika orang lain berlumba-lumba memasang aircond di setiap ceruk di rumah dan menghidupkannya ke suhu paling rendah 24 jam sehari, ayah masih tegas dgn pendiriannya utk tidak memasang aircond di rumah walaupun puas dipujuk rayu emak.
Ayah masih cool and steady dengan kipas angin.
Kata ayah, “At least I don’t feel the guilt of installing and turning on the airconds to the max like most people do. That definitely generates more heat and contributes more to global warming. We go back to the basic. Kalau panas, mandi. Banyak kali pun tak apa”
Ayah ajar kami jangan selfish dan banyak bersabar. Kita nak sejuk tapi kita buat dunia makin panas.
Just sharing for us to ponder!
hari ini muar diturunkan oleh Allah hujan di petang hari. saya pula terlupa membawa baju hujan lalu singgah di rumah orang untuk berteduh.
dalam hari terasa bersyukur sebab Allah turunkan hujan walaupun ada kalanya terasa di hati ini hujan rahmat menyusahkan. di dalam penantian hujan turun, banyak berfikir apa salah sendiri sehingga terasa kepanasan seperti di dalam sauna. tak berani nak bayangkan keadaan di neraka kelak.
ikutkan memang saya tak suka aircord. kalau kerja seorang diri di pejabat, biasanya saya lebih suka tutup aircorn. kipas pun tak buka. biar berpeluh basah namun nak buka kipas jauh sekali.
Teringat waktu makan malam gegau 1 tut…(bukan nama sebenar) tempoh hari. Panasnye bukan main lagi. Mana tidaknya, di tepian pantai yang sudah di tambak beberapa puluh km. Tiada pokok pula. Yang paling memanaskan hati bila hanya beberapa kerat saja yang singgah ke surau berdekatan untuk melaksanakan hak Allah. Patut la panas sangat. Panas dosa..
sejukkan kepanasan ini dgn titisan air dr bejana keimanan!..