Sebagai salah seorang bapa yang menghantar anak ke Khalifah Model School (KMS), saya dengan penuh rasa ingin berkongsi kebaikan dengan ibu bapa di luar sana, menjemput ibu bapa yang mahukan pilihan terbaik untuk anak-anak mereka, menyertai kami di KMS.
Tahun 2010, adalah tahun yang amat besar maknanya kepada saya dan isteri. KMS bukan hanya salah satu daripada Sekolah Islam yang ada. Ia adalah sebuah sekolah yang berdiri di atas falsafahnya yang tersendiri, berkeyakinan tinggi terhadap gabungan Syariatullah dan Sunnatullah dalam pendidikan, seterusnya merumuskan keseluruhan ajaran Islam dalam format pendidikan yang menjadikan anak-anak di sini MEMILIH untuk menjadi seorang MUSLIM.
Memilih!
Perkataan yang sangat mahal harganya.
Perkataan yang menjadi kunci transformasi ISLAM WARISAN kepada ISLAM PILIHAN.
Islam yang dipilih atas kebenaran, keindahan dan kekuatan yang ada pada ACUAN ALLAH bernama Islam.
Tidak berlebihan dalam mengungkapkan kelebihan sesiapa, namun ALHAMDULILLAH jua kalimah terbaik untuk mengungkapkan kesyukuran.
Berikut adalah serba sedikit catatan saya berkenaan KMS semasa mendaftarkan anak saya, Muhammad Saiful Islam (Tahun 2 Yaqut) di sekolah berkenaan:
METOD KHALIFAH ADALAH LASKAR PELANGIKU…
Kebijaksanaan tinggi Metod Khalifah adalah pada memudahkan aplikasi kepada kanak-kanak seawal usia sekolah rendah.
Pelajar ditanamkan kepercayaan tentang sebab untuk mereka sentiasa menjadi cemerlang iaitu pada menghayati maksud perlantikan Allah ke atas diri mereka sebagai Khalifah. Kesedaran tentang menjadi seorang khalifah menolak mereka untuk mengeluarkan potensi diri masing-masing ke tahap tertinggi. Menghayati maksud diri menjadi hamba Allah pula, menjadikan mereka sentiasa ‘bersama Allah’.
Metod Khalifah mengajar kanak-kanak tentang pengurusan tingkah laku melalui proses merasa daya intelektual. Murid-murid diajak dari semasa ke semasa menghayati proses kontemplasi (zikir dan fikir) untuk melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Mereka melihat pokok, batu, kereta dan apa sahaja yang ada di sekeliling kehidupan dan memikirkan mengenainya proses kejadiannya hingga sampai kepada Allah.
Saya juga teruja dengan teknik yang digunakan oleh Metod Khalifah pada mendidik murid-murid menggunakanfreewill (kebebasan memilih) masing-masing. Mereka diajar tentang kewujudan freewill sebagai kebebasan yang dimiliki oleh setiap manusia merdeka, tetapi freewill itu dibentuk agar sentiasa menjadikan Allah sebagai paksi membuat pilihan dalam kehidupan.
Ia sangat selaras dengan istilah Mendidik Anak Dengan Ilmu Kebal yang pernah saya tulis sebelum ini.
Metod Khalifah juga mendidik pelajar dan ibu bapa menggunakan kata hati atau internal monologue. Manusia lebih banyak berkata-kata kepada dirinya berbanding berkata-kata dengan orang lain. Positif atau negatifnya seseorang itu banyak merujuk kepada apa kata-kata hatinya. Mempositifkan kata hati ini sangat berkesan pada membantu menukar seorang insan yang pesimis kepada optimis, positif dan mempunyai mekanisma koreksi diri sendiri yang sangat berkuasa pada menghidupkan iman di dalam diri kita.
Teknik yang diguna pakai oleh Metod Khalifah membantu murid-murid mengesan kewujudannya di dalam diri dan seterusnya memperbaiki fikiran mereka agar positif dan bermotivasi dalam kehidupan. [baca artikel penuh di sini]
Berusahalah menghantar anak-anak anda ke Khalifah Model School. Insya Allah ia keputusan terbaik kita untuk mereka.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor







salam ustaz, ni utk primary school atau utk pre-school jugak…?
KMS adalah primary school…
For pre-school, one kindy known as Dzuliman Smart Khalifah (also apply the Khalifah Method).
Terasa beruntungnya ibu bapa yang duduk di sekitar KL, banyak pilihan sekolah agama yang ada. Agaknya di Kuantan, adakah sekolah berasaskan khalifah method ni?
Saya juga nak tahu,ada cawangan lain selain di KL.
@luqluq, Assalamualaikum. Ada sebuah sekolah rendah di Pasir Mas, Sri Al Hafeez, yang mengaplikasi Khalifah Method dalam pengajarannya. Guru-guru disana telah menjalani kursus daripada pelatih Khalifah Institut sendiri.
@go green,
salam go green,
di kuantan pun ada sekolah rendah islam al-irsyad (srai) sekali dengan sekolah menengah (smai). boleh survey dulu di batu tiga jln gambang.
insya-Allah menepati permintaan.
Senanglah nanti 8 tahun lagi, tak payah susah-susah dah nak cari sekolah untuk anak…hehehe
@Husaini Ibrahim, ape kaitan 8 tahun lagi dengan pendidikan ya..?
@kahfi8, 8 tahun lagi, anaknya akan naik sekolah darjah satu.
Tuan Husaini mungkin masih diawal perkahwinan. Anak akan hanya mula bersekolah 8 tahun lagi?
@Adros, Perkataan hanya itu melegakan keadaan, nampaknya, kerana ia tidak perlu dilakukan sekarang,
Dalam keadaan ekonomi modern yang dikawal US sekarang, mereka dalam sekelip mata boleh menurunkan nilai matawang kita menjadi kecil.
Kesan dari penglibatan US di Iraq, CPI melonjak dengan mendadak, menyebabkan segala yang di dalam simpanan masih sama banyak tetapi kurai nilai.
Ini bermakna sekiranya tiada lindung nilai yang ampuh, segala simpanan kita mejadi terlalu rapuh.
Sehinggakan kadar pulang yang diterima dari simpanan atau perlaburan dalam simpanan, ditelah oleh kadar kenaikan CPI.
Kalau sekara kita merasakan mampu bersekolah di sekolah pilihan, apakah 8 – 10 tahun lagi keadaannya masih sama?
@Adros,
tuan husaini sudah berkahwinkah?
Sememangnya pendidikan hari ini sudah banyak berubah. Terdapat sekian banyak sekolah persendirian yang menjadi alternatif kepada sekolah kerajaan. Walau bagaimanapun saya sentiasa percaya bahawa sekolah kebangsaan adalah yang terbaik kerana saya adalah salah seorang produk sekolah kebangsaan. Tetapi tidak sekadar itu.
Salam Ustaz,
Dah lama dengar pasal Sekolah Metod Khalifah ni. Tapi masa tu hanya ada di KL saja. Baru tahun lepas ada cawangan di Melaka. Anak2 pun dah besar,alhamdullillah setakat ni menjadi manusia.
Boleh berikan alamatnya.Terimakasih.
salam. saya tinggal di parit buntar perak. belum punya anak. memang cita2 saya nak hantar anak ke sekolah agama private pada umur yang awal. mudah-mudahan kms menubuhkan cawangan yang berhampiran dengan tempat tinggal saya.
saya harap kms dapat menubuhkan cawangannya di bahagian utara malaysia.
teringin jugak nak hantar anak sekolah kat situ..tapi jauh sangat.jenuh nak berulang sebab kami tinggal di tg malim.tak der cawangan yang terdekat…
Saya amat mengharap KMS dapat menubuhkan cawangannya di Kota Kinabalu, Sabah. Saya amat yakin ia akan mendapat sambutan yang luar biasa inshaAllah, kerana rata-rata ibubapa dan kawan-kawan asyik bertanya sekolah berasaskan agama untuk anak-anak mereka sebagai kesinambungan pra-sekolah PASTI, taski dan sebagainya.
Antara perbezaan besar pembelajaran Syariatullah dan Sunnatullah (saya selalu singkatkan kepada Syariat dan Sunnah) ialah penggunakan akal
Sunnah memerlukan pendekatan ‘question everything’ sementara Syariah sebaliknya ‘listen everything’ atau satu sentiasa berfikir tetapi satu lagi sentiasa mengingat.
Terdapat perbezaan besar antara ‘terima selepas dibuktikan benar’ dengan ‘terima selapas dikatakan benar’
Kedua hujung cara ini memerlukan penserasian dan tidak mungkin penserasian dicapai dengan berada hanya di satu hujung atau menggunakan hanya satu cara.
Yang biasa dengan hijau akan melihat merah terlalu merah dan menilaukan mata dan begitu juga yang biasa dengan merah melihat hijau …
Yang penting ialah Alam ini diperintah menikut Sunnah dan Khalifah yang menjaga Alam sepatutnya memerintah dengan Syariah, yang diserasikan dari Sunah.
Anak saya (Menengah 3), terlalu sibuk diasak dengan timbunan kerja sekolah yang membuatkan dia sering tidur lewat. Saya kira ini melanggar sunnahtullah… kelihatan stres… dan tidak ruang untuk memahami syari’at.
@Adros, Menarik persoalan yang dikemukakan dan jawapan mudahnya ialah ya, tetapi memandangkan kehidupan ini kompleks jangan ambil jalan mudah.
‘Kelihatan stres’ dan tidak berkesempatan berSyariat itu sendiri merupakan pelanggaran Sunnah, kerana gagal mengurus masa
Sekiranya semua murid sekolah begitu sebuk, jawapan ‘ya’ di atas adalah releven, tetapi besar kemungkinan pengaruh ICT perlu dilihat mendalam.
Untuk kejayaan menyeluruh, penekanan perlu kepada penserasian atau pengimbangan kedua hujung dengan memastikan pengurusan masa.
Surah Al Asr jmengingatkan bahawa orang yang rugi ialah yang tidak beramal soleh, serta tidak menyampaikan yang haq dengan sabar.
Yang Haqnya ialah Alam ini diatur perjalannya mengikut Sunnah dan sebagai hamba kita perlu memahami dan membudayakan Cara KerjaNya.
Ada kelebihannya tak berbanding dengan Sekolah Islam SetiaBudi di Gombak berdekatan UIA?
saya memang bercadang nak hantar anak ke sekolah sebegeini. alhamdulliah dah ada di bangi. dari tadika hingga menengah.sri ayesha islamic school.www.sriayesha.com.bagi budak lepas sekolah yg berumur 6-12 thn pun ada penjagaan. so senang ler bg ibu bapa bekerja yg tiada maid. boleh amik lepas waktu kerja…
Memang semua ibubapa inginkan sekolah begini untuk anak-anak mereka. Tapi melihat yurannya sudah meluluhkan dada, berbanding gaji yang ada. Anak bersekolah bukan seorang.
Tambahan pula lokasinya tidak di semua tempat.
Atau ada kursus untuk ibubapa menjadi instructor khalifah method, dan di’homeschooling’kan anak-anak yang ada?
@ashraflatif, Assalamualaikum. Alhamdulillah, sebagai seorang pelatih Khalifah Method dan bekas pelajar Dr Muhammad al’Mahdi, saya rasa seronok melihat minat saudara untuk mempelajari Khalifah Method.
Proses menjadi instructor atau pelatih bermula dengan mengambil kursus keibubapaan Khalifah Method yang dianjurkan Khalifah Institut. Pihak mereka akan menerangkan dengan lebih lanjut langkah seterusnya, Insha’Allah. Semoga berjaya!
@Sharena Abdullah Fennessy, Terima kasih, Puan Sharena. InshaAllah bila lapang, saya akan ke sana
Ustaz, boleh dikongsi tak berkenaan planning ustaz untuk saiful islam down the road till dia masuk univ. Setahu saya, kalau private school, pilihan yg ada locally cuma UIA. Apakah kms mempunyai menengah atas? Bgmana sistem peperiksaannya pula? UK style atau bgmana.
Skrg ni islamic private school bercambah mcm cendawan. Bila dah terlalu bnyk, kualiti pun berkurangan. Jadi sukar parents nak tentukan kadar keberkesanannya kalau tiada pengalaman. Sukar terutamanya bagi ibubapa yg tiada background agama untuk assess apakah cukup pelajaran yg diajar di sekolah swasta tersebut ataupun tidak. Setakat yg saya kaji sblm ini, rata2 taklah advance mana pun dan tiada beza dgn sekolah agama kafa. Jadi bgmana pula dgn kms.
Juga bgmana dgn kadar turnover bagi guru2 disana. Seperkara yg menjadi ‘kebiasaan’ di private school lain ialah high turnover rate i.e. guru2 asyik bertukar ganti. Itu belum lagi masalah guru2 kurang latihan berbanding dgn guru sekolah gomen.
Dari segi akhlak juga, ada 2 buah sekolah islam elit (swasta) yg menghadapi masalah akhlak pelajar. 1 sekolah kerana bercampur dgn para pelajar asing. 1 lagi kerana ramai sgt anak org kaya. Abg saya seorg guru kerajaan penah diambil untuk tuition class selama sebulan di sekolah tersebut dan katanya akhlak pelajar lagi teruk dari budak sekolah kebgsaan. Bila guru mengajar di depan, murid main lompat2 di belakang. Murid sekolah rendah pulak tu.
Bgmana prestasi kms dari segi akademik pula. Sekolah elit yg saya sebutkan tadi, setiap tahun tak sampai 5 org dapat upsr 5A. Alasan principal, kami mementingkan pendekatan secara holistic, bukan akademik semata2. Tapi saya masih tak nampak kenapa akademik mesti corot kalau nak maju dan progresif secara holistic.
Terima kasih atas penjelasan ustaz. Saya di gombak, kalau bagus sgt kms ni, ada harapan hantar anak kesana tahun depan.
@hudhud,
hai, si cerewet..
@selipar, hai nak kena baling dgn selipar kot
@selipar, Tak salah cerewet dlm memilih pendidikan terbaik utk anak-anak. Tak salah mengkaji semua options yg ada dan melihat baik-buruknya demi memilih yg terbaik. Dalam hal ini, cerewet itu bagus!
@hudhud, persoalan yg bagus. saya pun nak tahu jawapannya…
@hudhud, Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi- kebanyakan pelajar lepasan KMS telah berjaya diterima masuk ke sekolah tahfiz di peringkat menengah.
Alhamdulillah, pelajar-pelajar KMS mempunyai keinginan semulajadi untuk meneruskan pengajian ke sekolah tahfiz tanpa paksaan ibubapa.
Saya tidak sabar melihat bekas pelajar KMS menjadi hafiz/hafizah Al Quran, Insha’Allah.
INSYAALLAH
tapi belum kahwin lagi ne..hehe
Saya jauh lebih tertekan,anak-anak saya dilarang memakai tudung.Kelas madrasah 1kali seminggu(private sch).8.30a.m -1.00p.m.Kalian yang budiman sudilah mendoakan anak-2kami yang mengharungi tsunami duniawi.Salam.
@selipar, hai nak kena baling dgn selipar kot… Saya hantar soalan dgn tujuan nak tahu, bkn menyerang.
InsyaAllah, kami akan turut menghantar anakanda kami (juga kami panggil “Yop”) ke KMS mulai sessi sekolah 2011.
Sebagai alternatif kepada KMS, boleh cuba Adni Islamic School.
insyaallah..walaupun blum kawin,ada cita2 untuk m’hantar anak sendiri ke KMS..
muda-mudahan ibu bapa yang di luar sana tak lokek wang untuk berikan apa yang terbaik untuk anak-anak,yang penting ilmu yang bermanfaat.
@sya,
kekadang bukan lokek tapi memang tak cukup… apa nak buat.. usahalah dgn tulang 4 kerat dan akal fikiran sihat yg Allah anugerahkan… ini yg kadang2 ramai tak sanggup..
sesiapa tahu ada tak sekolah mcm ni dkt seremban…atau apa2 perancangan utk di bina di seremban?
salam,
seen the khalifah method when my siblings went to one of the schools that adopt the method, been to setiabudi for around 1 year as a teaching staff, as far as i know for setiabudi, there’s no “islam” in the name, though it’s a subsidiary of iium, . my siblings are now taking medicine & chem eng at ages lower than they should be, graduating younger than others, and they are alhamdulillah committed with tarbiyah. SB primary had a good reputation last time but i was with the secondary, cant judge much if we want to compare “apples with apples”. anyway, i’d prefer khalifah method somehow. not degrading SB, just that i’m more comfortable with khalifah.
apart from these 2, i think i’d prefer traditional religious school. i used to learn a lot during primary school. my parents used to send me to private schools anyway (had no money but investment in child’s best education is a must), there’s not much choices during those days. aqidah, seerah, akhlaq, fiqh, arabic, hafazan etc all were taught since standard one. i remember that most of my teachers were overseas graduates, they could have made more money if they work at other places. but the mission and vision to have their own children getting what they get during their tarbiyah days are stronger than the urge to work for more money.
alhamdulillah today, islam for me is “islam pilihan”
Assalamualaikum Ustaz,
Khalifah Method memang saya akui sangat bagus untuk melahirkan sebenar-benar khalifah Allah di muka bumi ini.
Saya diperkenalkan dengan metod ini pada tahun 2008 dan sangat berpuas hati dengan kursus 2 hari anjuran Khalifah Method.
Cuma oleh kerana kedudukan tempat tinggal yang jauh dari Ampang menyebabkan sangat sukar untuk menghantar anak bersekolah di situ.
Harapan saya pada para pengajar dan pemegang amanah Khalifah Method ini supaya membuka lebih banyak cawangan sekolah ini ke serata Malaysia.
Ibu bapa sekarang ini kebanyakan telah mampu dari segi kewangan dan tidak lokek berbelanja untuk pendidikan anak2. Lagipun, produk yang bagus pasti akan mendapat tempat di hati ibu bapa dan anak2.
Bertuah sesiapa yang tinggal berhampiran Ampang.
Sekarang saya hanya mempraktikkan metod khalifah di rumah tetapi tidaklah sesempurna sekiranya anak2 dididik saban hari di sekolah.
@Ayu Angel, Assalamualaikum. Semoga Allah menyenangkan usaha saudari membesarkan anak sebagai kholifah. Ameen.
Sebenarnya, dari pengalaman saya sebagai ‘pengguna’ Khalifah Method, ianya akan sangat berjaya jika bermula dari rumah dahulu. Ini kerana kita, ibubapalah yang menetapkan matlamat yang kita ingini untuk anak kita. Jika di sekolah, peluang untuk sekolah 100% mengikut keinginan kita membesarkan anak adalah sangat kecil.
All the best to you.
mohon agar Pihak KM mempertimbangkan untuk membuka cawangan di pantai timur terutama kawasan kertih@paka@dungun@kemaman. Terima Kasih
@ummu khai, Assalamualaikum. Ingin berkongsi (minta maaf kerana last minute) tentang kursus guru Khalifah Method yang akan dijalankan di Kota Bharu pada 16-17 Mac ini. Keterangan lanjut boelh didapati di blog saya.
Sebenarnya, saya pun punyai keinginan untuk tadika serta sekolah di Terengganu menggunakan Khalifah Method sebab saya orang Jerteh (belah ayah) dan merasai harus ada Khalifah Method nie di Pantai Timur. Insha’Allah, semoga Allah menyenangkan usaha kita satu hari nanti. Ameen.
Assalamualaikum.Hamba nak tahu KMS ada asrama tak?Saya tinggal di Negeri Sembilan. Memang tengah cari sekolah swasta yg terbaik.
saya di shah alam. mana mungkin nk hantar ke ampang.ada juga a few islamic school di shah alam. tp byknya rumah kedai.x prefer plak.anak2 bereskolah persekitaran kedai..xde padang utk riadah..dan kelas berselang kedai lain pun ada..
salam,
TADIKA TAHFIZ DAN AKADEMI TAHFIZ LILBANAT ASSAABIQUUN.
TAMAN MERAWAN KULIM.
0194021021.
saya memohon sokongan waris agar dapat mendaftar anak perempuan mereka ke tadika tahfiz saya di taman merawan kulim,depan giant hypermarket mulai jun 2009.
saya mohon agar ada tuan rumah yang mengizinkan saya menyewa ditaman itu,saya perlukan teres corner lot atau semi D setingkat.Fasa kedua ialah membuka AKADEMI TAHFIZ LILBANAT PULA.
jihad ini demi menyelamatkan anak perempuan kita dari jenayah pendidikan sekular dan hasilnya.
Jihad kita akhirat kita.
MasyaAllah.
assalamualaikum…..
saya nak bertanya….ada tak laman web untuk sekolah ini?
saya juga ingin tahu kiranya ada cawangan di negeri lain seperti di perak?
Saya pula bercadang nak mengajar di sini? Bolehkah?
1)Sekolah Islam Adni dan KMS adalah 2 sekolah berbeza dan lokasi yang berbeza tapi kedua2nya memegang Method Khalifah?
2)Sekiranya anak enroll pada pertengahan tahun 2010, dapatkah anak itu mengejar kurikulum sedia ada? (anak sekarang ini bersekolah kebangsaan biasa (berumur 8 & 9 tahun).
Salam,
saya nak tanya ada tak sekolah yang berbentuk islamic untuk anak yang berusia 2 tahun di area Petaling Jaya.sbb saya nak hantar anak saya supaya mendapat didikan agama sepenuhnya daripada kecil.
Assalamualaikum ustaz..Saya pun dlm dilema utk memilih sekolah…apa bezanya Khalifah dgn Sekolah Darul Hikmah?? Dan lagi satu boleh saya tahu di mana lokasi sebenar Sekolah Darul Hikmah??