Buah Tangan Pesta Buku Antarabangsa KL 2010

March 11th, 2010 by Abu Saif 2:25 pm | 10,438 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi.

Kali ini diawalkan sebulan ke bulan Mac.

Sudahkah anda bersedia untuk hadir ke acara tahunan gilang-gemilang bagi pencinta ilmu dan hikmah kehidupan?

Inilah Golden Globe kita, inilah Grammy Award kita…

Alhamdulillah, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kali ini, saya beroleh rezeki untuk berkongsi dua lagi buku terbaru buat pembaca semua. Secangkit Teh Pengubat Letih, himpunan travelog kembara saya di bumi Khilafah, Turki. Manakala Murabbi Cinta pula, adalah siri ke-3 di dalam kategori Aku Terima Nikahnya, buku yang menjadikan cinta sebuah Tarbiah, dan bermurabbikan seorang Nabi (sallallaahu ‘alayhi wa sallam).

Insya Allah saya akan berwacana dan meluangkan sepenuh masa di tapak program pada hari Ahad 21 Mac 2010. Manakala tarikh-tarikh yang lain, akan saya maklumkan dari semasa ke semasa di blog ini, Facebook dan Twitter.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh warga kerja Galeri Ilmu Sdn. Bhd. atas kesungguhan dan KESABARAN mereka dalam segala urusan kerja di balik tabir penghasilan buku-buku ini. Ucapan terima kasih yang khusus saya tujukan kepada sahabat saya yang paling teruji dengan kemerosotan kemampuan saya menulis dalam setahun kebelakangan ini, iaitu saudara Nasri Nasir. Setiap hari beliau bersabar dan terus menerus memberikan sokongan kepada saya yang keletihan dalam mengejar tugasan di celah kekangan masa dan tenaga.

Demikian juga Puan Suraiya Pauzi yang bertungkus lumus mengedit buku-buku ini di waktu yang genting menjelang KLIBF2010 ini.

Jazakumullahu khair al-jazaa’…

Sebilah keris bersanding tombak
Ketapang rimbun tiong bermadah;
Sepatah sebaris serangkap sejambak,
Buku menghimpun ilmu dan hikmah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Seputar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 Alhamdulillah… Sabtu dan Ahad pertama untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala...
  2. Buah Tangan Buah Fikiran II – Menjelang KLIBF09 Aku Terima Nikahnya (ATN) pergi terlalu jauh. Terlalu melebihi jangkaan...
  3. Buah Tangan Buah Fikiran Agar dirimu tidak mati dengan kematianmu, tinggalkanlah buku-buku sebagai warisan....
  4. Pesta Membaca Buku Bermula! Dengan lafaz Bismillaah al-Rahmaan al-Raheem, saya merasmikan Pesta Membaca Buku...
  5. Sesi Ramah Mesra di Pesta Buku Terima kasih kepada seluruh pembeli buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Genap...

Advertisement

74 comments

  1. ummu asiah says:

    alhamdulillah…

  2. Max Chempaka says:

    Barakallhu fika..

  3. y4ku24 says:

    Oh, rupanya ada buku-buku yang menunggu kepulangan ana kembali dari Jepun! AlhamdulIllah! :)

  4. Al-Adib says:

    Barakallahufikum… Tahniah Ustaz atas buku-buku ini…

  5. cik biru says:

    nak g pesta buku antarabangsa jgk :( sedihnya berada jauh

  6. dotz al-bangi says:

    alhamdulillah…dah lame menanti karya terbaru ustaz lebih-lebih lagi travelog terbaru ustaz…

    ari jumaat tu pun ah bleh dapatkan ustaz?

  7. saintisislam says:

    Alhamdulillah.Insyaallah jika ada kelapangan , boleh kita berjumpa di sana. Barakallahu fik.

  8. Nurul Huda says:

    dh jual kt kedai lom?

  9. UMMU AISYAH says:

    SALAM..

    ALHAMDULILLAH TAK SABAR NAK BELI BUKU KEMBARA DI TURKI. SAYA AMAT KAGUM DENGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH, PENAKLUK KONSTANTINOPEL.
    BELIAU ADALAH SEBAIK2 RAJA YANG MEMERINTAH SEBAIK2 TENTERA DAN SEBAIK2 RAKYAT… BEGITULAH LEBIH KURANG MAKSUD SATU HADIS NABI SEMASA PERANG KHANDAK. BELIAU SEORANG SULTAN TETAPI TIDAK PERNAH SEJAK BALIGH MENINGGALKAN SOLAT WAJIB, RAWATIB DAN TAHAJJUD! MEMANG PATUT ALLAH MEMBERI KEMENANGAN KEPADA BELIAU.. DUNIA MENDAMBAKAN SEORANG KHALIFAH SEPERTI BELIAU YANG DAPAT MENYATUPADUKAN UMAT ISLAM SEKARANG.

  10. rosez_rj says:

    Terima kasih Ustaz untuk karya terbaru. Tak sabar nak dapatkan nya ;)

  11. nuaeman says:

    wah banyak betul buku2 istimewa nak dibeli ni.. buah tangan ustaz hasrizal dah dua.. novel ustaz ubaidillah alias pun akan release next week juga..

  12. Leokid says:

    Aiseh, pink! Lepas beli kena terus balut ngan kertas minyak nih! =p

  13. Hamasiah Musa says:

    Must buy nih….!

  14. fatin says:

    web GISB tak update lg buku terbaru Murabbi Cinta, yg ada Secangkir Teh Pengubat Letih je, apapun alhamdulillah terbit juga buku ustaz yg sudah lama ditunggu-tunggu ni… ingatkan ustaz keluarkan 1 buku je, huhu

  15. sinar says:

    Alhamdulillah…tahniah ustaz…
    bakal bertambahlah koleksi buku ana…
    Moga isinya dapat ana cerna…buat pedoman hidup…
    paling penting travelog turki…sebelum ana jejakkan kaki di sana..hajat nak dapatkan..

  16. alhamdulillah, tahniah ustaz…semakin hari semakin kita hampir dengan akhir zaman. Begitulah juga kebergantungan kita pada ilmu-ilmu yang mampu membimbing ke jalan yang benar. Moga buku-buku ini menjadi sehebat ilmu yang terkandung di dalamnya. Kekuatan Aku Terima Nikahnya, masih tidak suram bahkan mungkin menjadi “evergreen”..

  17. same2 kita ambil manfaat dari nyer

  18. syahrul says:

    tahniah ust…..cover buku makin mantap…memanggil-manggil untuk membelinya…

    bravo! barakallahu fik!! :)

  19. syazwan says:

    salam..jazakallahukhairan ustaz atas terbitan buku yang terbaru ni, tak sabar saya nak membacanya..saya penggemar tulisan ustaz, walaupun saya berada di luar negara(jordan) saya akan cuba dapatkanya nanti..syukran

  20. nurul says:

    Alhamdulilah, menarik dan tertarik dengan buku2 Ustaz. Akan cuba saya dapatkan nanti. =)

  21. Saya akan cuba mendapatkan buku hasil tulisan ustaz sampai dapat. InsyaAllah… :)

  22. luqluq says:

    Tahniah,tahnaih dan tahniah.Ingin membedah apa yang terkandung didalam buku tu.

  23. hisyam says:

    ustaz. gambar last sekali tu temu ramah di radio ikim kah?

  24. liza-73 says:

    Love it…mesti dapatkan….:P thumbs up ustaz.!

  25. Alhamdulillah dan tahniah kepada ustaz kerana berjaya hasilkan 2 buah tangan terbaru..
    Tak sabar nak dapatkan..moga bermanfaat..
    teruskan menulis ya ustaz…

  26. sya says:

    syukran dan tahniah…saya amat suka dengan kaedah bahasa n penyampaian yang ustz gunakan,mesti beli!!!

  27. Baru jer beli Rindu Bau Pohon Tin..
    Nak kena beli lagi dua buku pulak..:)

  28. hamba Allah says:

    slm ustaz…seronok dengar ceramah ustaz di ktsn,ukm kl..terima kasih sudi bagi ceramah kepada pelajar-pelajar ktsn. =)

  29. zuhairi says:

    sesuatu yg unik dan jarang diterokai…moga penulis termasuk di kalangan mereka yang merintisnya, amin..

  30. salam..Alhamdulillah,tahniah ustaz..dah lama kami nantikan..x sabar nak baca sekuel ketiga ni..terlampau sarat dengan pengajaran yang amat ‘hampir’ dengan realiti..ana pasti wlpn x baca lagi=)..jzk ust

  31. alqasam says:

    Tahniah atas dua kelahiran buku baru ustaz. Will definitely get my hand on it.

  32. Balqis says:

    Aish, subhanallah….
    Tak sabar nak pegang… ^^

  33. wargadunia says:

    Tahniah kepada saudara atas penerbitan 2 buah buku tersebut. Mudah-mudahan dapat sekali lagi bertemu saudara di pesta buku jika berkesempatan.

  34. nina says:

    balik2 pasal cinta hmm

    • Abu Saif says:

      @nina,

      di pesta buku nanti, ada buku resepi memasak, panduan membela kucing, teknik membaiki enjin motor, dan sejarah kapal selam.

      moga ada yang kena dengan selera anda.

    • pak din 31 says:

      @nina, Bunyinya semacam Nina ni pernah putus cinta? tetapi itu cinta pada si dia (kan?) dan bukan pada Si Dia Yang Maha Asa.

      Cinta si dia hanya ketika nafsu membara, tetapi cinta Si Dia, tak kira masa, seperti catatan Ustaz, di kulit buku,

      “Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam”

      Jangan disempitkan kepelbagaian cinta, dan jangan disama-ratakan cinta si dia dan cinta Si Dia, tiada tolok bandingnya.

      Terutama apabila cinta pada Si Dia tidak hanya dengan mengenal nama sahaja, malah menjangkau kepada hakikat CarakerjaNya.

      Barulah memasak, membela, membaiki, membaca dan apa sahaja kerja yang dilakukan, menjadi kenikmatan yang tinggi harganya.

    • MummyLina says:

      Jgn sempitkan makna cinta. Lapangkan hati membaca karya Abu Saif, pasti minda akan tiba2 terbangun. Byk yg terkena batang hidung kita sendiri. Jadi, cubalah belajar makna cinta dr pengalaman org lain pula. Abu Saif bkn utk disanjung, tapi apa yg ditulis harus kita cerna sedalam2nya, moga mendapat iktibar.

  35. Wan Perlis says:

    tahniah ustaz. saya ni buku aku terima nikahnya pun belum abis baca lagi

  36. atiqullah says:

    salam,ustaz.lajunya…tambah lagi 2,ke ana yang terlambat ni…?aduuish.. nampaknya makin gembira kami sekeluarga ustaz, terutamanya mak ana,slps ana hadiahkan buku ‘aku terima nikahnya’,ms tu ana bagi dekat mak ana sbb masa tu dia sakit,jadi utk isi waktu lapangnya,ana beli 2/3 buah buku..alhamdullillah…suka benar mak ana,ditambah lg mak ana jadikan isi dalam buku tu sbg tazkirah utk kami adik-beradik waktu2 lapang..Semoga terus dikurniakan Allah waktu dan kesihatan yang berkat ustaz,Allah ma’ak.

  37. salam, excited saya tgk ader siri ketiga dah.. siri ke-2 pun tak baca lagi.. lajunyee ustaz kuarkan buku2 nie ye… salam ziarah…

  38. saffmukmin says:

    alhamdulillah,ana mendoakan semoga allah sentiasa berkati ustaz untuk sihat sokmo supaya dapat menerbitkan buku2 sebegini.tak sabar untuk turun sama ke pesta buku!!!~

  39. abdullah says:

    i want both!!! can we have em in brunei as soon as possibble?

  40. Qayyimah says:

    ustaz , bila buku ada di pasaran?really looking forward nak dapatkannya.

  41. saifispedang says:

    harap rombongn dari melaka dapat bertemu dengan usraz hasrizal pd 20hb mac ini di pwtc..

  42. waein says:

    kalau dah beli buku jangan tak jengah ‘sini’ pulak.. :)

  43. shadam says:

    salam ustaz,maafkan kalo saye mengganggu.actually sy merakam ceramah ustaz di uia kuantan tempoh hari. jadi jika tidak keberatan saya nak mintak kebeneran ustaz untuk bagi salinan pada kawan2 saya yang nak video ni,boleh ye ustaz?rugi pulak rasenye kalo saye simpan video ni sengsorang…

  44. schakeyra says:

    cant wait to be there… tak bestnya sebab blum gaji… best sbb leyh pinjam duit my sis hahaha~~

  45. liza-73 says:

    Cinta sampai ke Syurga pun tak abis khatam, no.3 dah sampai..hehehe.Insyallah, selalu tunggu tulisan dan ilmu dari Ustaz…

  46. Genkin says:

    ? ??? ?????!

  47. az_alwi says:

    Salam Ustaz, Insya Allah dapat bertemu Ustaz pada 21 Mac ni…

  48. Noraini Ali says:

    Salam,

    Tadi kakak saya ke pWTC,malangnya buku ustaz cuma akan berada disana pada hari Ahad. Nampaknya sejarah tahun lepas berlaku lagi. Adakah ini gimik penerbit? Tidak kah penerbit memikirkan pengunjung yg datang dan hampa tidak dapat membeli buku yang di ingini?

    • Abu Saif says:

      @Noraini Ali,

      Wsalam kak.

      Saya rasa perkataan gimik itu agak berat. Saya tahu betapa terseksanya seluruh pekerja Galeri Ilmu dalam seminggu dua ini bekerja around the clock. Mereka juga sangat bergantung kepada kelancaran kilang pencetak yang bukan milik mereka tetapi turut bekerja 24 jam untuk mengejar masa.

      Buku Secangkir Teh Pengubat Letih belum siap. Buku Murabbi Cinta, saya difahamkan sepatutnya tadi sudah ada. Tetapi jika tiada di sebelah petang, tentu ada kesulitan-kesulitan yang berlaku.

      Saya sendiri belum melihat atau memegang naskhah kedua-dua buku tersebut.

      Bagi pihak penerbit (walaupun saya tak terbabit), saya meminta maaf atas kesulitan yang timbul.

  49. anas says:

    Salam..
    Buku ustaz tak dapat dicetak lagi? Saya baru saja bercadang nak apply cuti rehat untuk Ahad dan Isnin memandangkan saya di Kedah cuti Jumaat dan Sabtu. Rasanya terpaksalah saya menunda kedatangan saya ke hari khamis ini(plan B sebenarnya).
    Ustaz ada di KLIBF hari Khamis ini?

    • Abu Saif says:

      Wsalam wbt.

      Buku Murabbi Cinta sudah ada semenjak jam 11 pagi tadi.

      Buku Secangkir Teh Pengubat Letih belum dapat dipastikan. Mungkin Ahad Insya Allah. Esok saya cuba update lagi Insya Allah

  50. nur says:

    salam..ustaz..sy peminat setia buku2 karya ustaz..terutama aku terima nikahnya…sy dh ade kdua2 nya…kali ini..insyaAllah..sy akn dptkn siri ke-3..murabbi cinta..tahniah buat ustz krn tlh bjaya mghasilkan 2 buah buku walaupun mhdpi kekangan masa dn tenaga…tima kasih ustaz!

    erti hidup pada memberi!~

  51. nurlaila says:

    bila yea pesta buku mcm ni nk buat d jb pulak..?dh brapa thn tringin nk pegi…tp msh blum ksmpaian..

  52. hadjie says:

    Tadi pergi tak nampak pula buku Secangkir teh tu. Agaknya sudah habis terjual di Galeri Ilmu. Memang ramai orang sampai balik terus rasa pening. Tahniah Ustaz.

  53. ima says:

    eeee…besbesbes….alhamdulillah ada lg ilmu tuk tune otak sy ni….

  54. anas says:

    Tak sabar rasanya menunggu hari Khamis ini untuk bertandang ke PWTC untuk dapatkan buku Secangkir Teh Pengubat Letih. Berdoa semoga tiada halangan untuk ke sana nanti. Insya Allah.. :)

  55. dotz al-bangi says:

    salam ustaz…

    ana agak kecewa sbb x dpt membeli buku baru ustaz, secangkir teh pengubat letih. ana datang ari sabtu, tapi buku tersebut sampai pagi ahad dan akibatnya ana terlepas sbb terpaksa pulang ke tempat pengajian…

    insya Allah, diri ini akan dikuat usahakan membeli buku…

  56. Alang says:

    Alhamdulillah..not really aware that you have come out with new books..but as soon as i arrived at Galeri Ilmu’s booth..Murabbi Cinta buku pertama saya beli..saya grab dengan pantas tanpa berfikir panjang…^_^..syukran ustaz..
    semoga pembaca peroleh manfaat demi Cinta pada-Nya..

  57. abduljabbar says:

    assalamualaikum…

    walaupun berada tiga hari di PBAKL 2010, tapi tidak berkesempatan untuk dapatkan buku terbaru ustaz,apapun sangat puas hati sebab dapat bertemu dan berbual singkat bersama ustaz,syukran sebab sudi berbicara

  58. shuhaida says:

    salam…
    buku cinta murabbi dh ada kat pasaran ke?
    saya tak bpluang la nk ke pesta buku, skang dlm psediaan exam akhr matrikulasi…

  59. Wea says:

    sy akan berangkat ke N.Z..harap dapat memiliki keduanya secepat y termampu…..menjadi wadah kepada kembara~~~….

  60. wana93 says:

    salam ustaz..
    ana sedang berusaha dptkn buku Murabbi Cinta..
    pasti best kan???
    insyaAllah..
    ari ahad es0k, ana akan ke PWTC..
    m0ge2 jumpela dgn buku ustaz ni..
    :)

  61. Hasanah says:

    Tahniah atas kelahiran buku. Semoga diberkati Allah

  62. Mufidah says:

    salam..
    ustaz..mcm mana nak dpt kan buku terbaru (Murabbi Cinta) secara online?

  63. Ummu Muadz says:

    Assalamu’alaikum Ustaz,

    Macam mana nak dapatkan buku secara online. Saya dari S’pore.

Leave a Reply