
Makan seorang sahaja?
Apakah saya seorang bapa yang menghiburkan?
Bagaimanakah perasaan anak-anak setiap kali mereka melihat muka saya?
Pulang dari kerja.
Bangun setiap pagi.
Adakah saya bapa yang menyumbang ceria dan bahagia anak-anak?
Atau saya bapa yang merunsingkan?
Menakutkan?
Menggerunkan?
Membosankan?
Terima kasih kepada percutian ke Melaka baru-baru ini.
Tiada ASTRO, tiada taman tema. Tiada sumber-sumber kegembiraan yang lain. Hanya saya sebagai bapa. Menguji kebapaan saya. Adakah saya mampu menjadikan kehidupan anak saya gembira. Atau saya tempang dan memerlukan bantuan ASTRO, taman tema dan permainan untuk menggembirakan anak-anak.

Hai daddy!

We love Melaka!

Ada haiwan dalam bahaya!

How can I help you?

Butterfly feelings in my tummy, no… on my shoulder!

Hey, me too!

8 more siblings ok? Errr!

Don’t ever try!

Antara rumah, tangga dan manusia, manakah penentu bahagia? Kalau tangga penentu bahagia, bahagia belakalah orang Melaka. Tangga rumah besar belaka!

Cheer up!
Kesimpulannya…
Saya masih bapa yang boleh menceriakan anak-anak.
Mereka bersedia untuk diceriakan oleh bapa mereka.
Mereka sentiasa menanti-nanti untuk diceriakan oleh bapa mereka.
Hanya saya sahaja… yang perlu lebih ceria.
Jangan kerja dan kepenatannya menghilangkan keceriaan itu.
Jangan masalah dan komplikasinya memudarkan kegembiraan itu.
Andai tidak mampu ceria kerana memang ceria…
Sekurang-kuranglah belajarlah untuk ceria kerana mahu menceriakan insan-insan tersayang.
Itu adalah sebahagian definisi erti hidup pada ‘memberi’.
Ceria bukan kerana ceria.
Tetapi ceria untuk menceriakan.
Menceriakan anak-anak.
Menceriakan isteri.
Pasti nanti, ceria juga diri ini akhirnya.
Senyum….
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Beruasaha memberi (di dlm keikhlasan) tatkala tiada apa yg hendak diberi adalah yg terbaik.
Seperti Rasulullah yg tidak kedekut bersedeqah bbrp biji kurma kepada org miskin sehingga Baginda dan isteri terpaksa berpuasa.
pantas
entri ustaz kali ini, membantu saya kembali menjadi saya seperti nama saya.. gembira. Berusaha menjadi gembira, periang agar dapat meriangkan hati yg disekililing kita.Kita kena gembira, mereka juga akan gembira. demi melihat kita bahagia.
Senyumlah seindah suria, yang membawa cahaya..
Senyumlah dari hati, duniamu berseri..
saya rasa perlu berterima kasih pada suami saya. suami saya seorang bapa yang mampu menceriakan anak2, tanpa atau dengan bantuan media lain…
Salam, ustaz. Blh ustaz trgkn kiranya ada org yg mengalami perasaan yg mana ia merasakan bnrkah hal yg sdg dia lalui dlm hdpnya? Alhamdullillah hati rasa bahagia apabila ada shbt nmn diri tahu bhw satu hari kami akn terpisah sdg dlm hati terasa amt sdh untk berpisah. Alhamdullilah jg sbb knl ALLAH dan Islam yg sbnrnya. Kdg2x kala, sy rasakan bhw adakah apa yg sy lalui@khdpn sy ini realiti???
Benar, anak-anak sentiasa ternanti-nanti layanan sepenuh perhatian dari ibubapa…cuma akak je yang susah benar dan kosongkan fikiran semasa bersama mereka.
“Sekurang-kuranglah belajarlah untuk ceria kerana mahu menceriakan insan-insan tersayang.”
Tergerak saya membawa anak bungsu naik beca keliling A Famosa, ketika terakhir di sana.
Beceloteh si pengayuh, tentang bermacam, seperti dilatih untuk menjadi pemandu pelancung yang berkesan.
Ada yang boleh ditelan tetapi banyak yang perlu penapisan, “Tembok Famosa ni panjang macam Tembuk Negeri China dulu ni …”
Kita mengiakan untuk menceriakan, terkadang menidak juga untuk menceriakan ….
“Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. “
Wah, nampak gaya ustaz mampu menceriakan. Cuma gambar cendol sahaja, seperti merisaukan si anak. Apa yang sedang dia fikir agaknya ya..
tergelak saya bila ustaz cakap pasal tangga melaka…
Adik saya selalu pesan kat saya (sebab sayakan ada masalah ngan mertua)
dia pesan “Kakak, duduk ngan abang ceria2 dan happy2 dahla” maksudnya bila bersama suami dan anak jangan sedih2 dan ungkit2 masalah.
bila baca entry ustaz kali ni barulah faham maksud si adik.. Ceria untuk menceriakan orang lain. nanti semua akan jadi ceria saja….
mmm, betul betul betul…..
kenapa naurah tak senyum?
happy tengok imad.
peace jer selalu. =)
salam..alhamdulillah.entry yang sangat bagus. kadang-kadang kita lupa untuk senyum bila terlalu memikirkan masalah. tengok gambar2 dan penulisan ustaz cukup menceriakan hati dan mampu membuat saya tersenyum kembali.. syukran ustaz!! senyum sokmo
jazakallah ustaz. Ceria saya membaca entry ni di pagi hari.
wah, ustaz penggemar cendol juga ker.
Susah la nak cari cendol kat jb ni
Salam ustaz..
Betul2..mesti belajar untuk jadi ceria untuk menceriakan orang lain walaupun kita tidak ceria. Pasti ada ganjarannya pahala. Ensya Allah.
Juga, menceriakan mereka2 membuatkan kita bertambah rasa hamba kerana menceriakan mereka kerana Dia..
Ameen…
Good entry ustaz
wah hidup happy menggambarkan kenikmatan hidup bersama insan yang tersayang…fi amanillah.
Keluarga contoh.
Salam Ustaz.
Sangat ringkas tp padat. Hanya satu perkataan ‘CERIA’
Jazakillah atas hidangan minda yg menarik..
Ustaz,
ceria tanda bahagia,ceria penyubat luka,ceria di wajah sedekah yang tidak kurang hebatnya.
saya seorang mahasiswa di sebuah universiti di utara Malaysia, dan apabila membaca post ustaz kali ni teringat2 bapa saya di rumah. ayah saya sentiasa ceria, walaupun lelah balik dari kerja belum hilang
wah!! i like! i like!
Ya Allah, engkau berikan kelapangan, kekuatan, ketabahan, limpahan rezeki dan kebahagian bersama keluarga untuk ustaz terus memberi…
terima kasih ustaz… kerana membuka definisi lain memandang dan mengharungi kehidupan ini..
hehe..
assalamualaikum..
hambatan masa..al-wajibat aktharu minal auqat..tugas mmg terlalu byk, kebanyakan wanita mmg kalau blh nk dok rmh je ngan family..tp kluar bkerja jg suatu medan dakwah + medan ‘memberi’… Mg2 Allah sntiasa jaga hati+niat kte… ameen.
(ustaz, minta izin link blog ustaz dari blog saya ye…syukran)
Dulu dirumah saya cuma ada tv1 dan tv2 (maklumlah ceruk sabah)… jadi peranan bapa untuk menceriakan family is really crucial at that time… I really miss my childhood with my father… I guess it helped me to develop a strong relationship/bonding with my father…
terima kasiah ustaz..begitu tersentuh….teringat sekali pada bapa saya yang begitu ceria menghadap keletah kami adik beradik yang bermacam-macam perangai & kerenah…
namun dia tetap tersenyum ceria….
baru kini sy sedar kenapa dia begitu kerana………….
Ceria bukan kerana ceria.
Tetapi ceria untuk menceriakan.
Menceriakan anak-anak.
Menceriakan isteri.
terima kasih pa…….
semoga dapat menjadi bapa islami yang dapat menjadi contoh buat semua..
Membaca entri ini pun sudah cukup menceriakan pembaca.Gambar dan cara al-Fadhil Ustaz mengulasnya “kelakar”. Syukran Ustaz
ceria untuk menceriakan orang lain..atas dasar itu senyum itu dikatakan sebagai satu sedekah..kerana dengan berbalas senyuman bisa menceriakan hati yang sedang dilanda gundah gulana..tapi gambar ustaz tu nampak macam tak nak senyum je..letih kot..
hari tu sgt sgt panas actually. tak habis tgk semua rumah tradisional sebab panas dan penat..
Salam ustaz…
Itulah konsep yang telah ustaz terapkan sejak dari awal iaitu “hidup untuk memberi”
apabila kita ceriakan diri (memberi)insya ALLAH, orang di sekitar turut merasa aura yang sama…
dan keceriaan yang ikhlas membuahkan rasa kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata.
terima kasih ustaz atas pemberian ilmu /perkongsian ilmu yang terus menerus memberi peluang mereka di luar sana menjadi seorang “pemberi yang ikhlas”InsyaALLAH
Gambar yg pertama tu lawak betul.. pandai ustaz tarik perhatian pengunjung blog
Alhamdulillah Ustaz. Begitulah dalam hidup ini, ada tanggungjawab kepada keluarga sendiri dan juga masyarakat. Buatlah sebaiknya dan seikhlasnya, Insya Allah mendapat ganjaran daripada Allah swt.
betul2… suka.
Ceria bukan kerana ceria
Tetapi, ceria untuk menceriakan.
Di situlah nikmatnya hidup pada memberi.
rasanya dalam ramai2 anak ustaz, imad yg plg ada iras ustaz, yg len sume ikut muka ummi nyer..=)
salam, saya quote phrase ni,
“Jangan kerja dan kepenatannya menghilangkan keceriaan itu.
Jangan masalah dan komplikasinya memudarkan kegembiraan itu.”
kebijaksanaan emosi.
ustaz, cabaran besar gak tu. Macam mana nak ceria, kalau badan letih dan banyak tekanan?
ada orang kata, senyuman kau ni tak ikhlas, palsu! walhal, diri cuba nak buat-buat untuk ceriakan orang lain. Dikatanya kepada saya,”tak pe la kalau kau serius pun, asalkan kau ikhlas.”
hehe, pelik2..
salah ke, senyum kalau tak ikhlas?
Is it really important to smile, not to grin? What difference between smile and grin?
We both have the similarity because i married to a doctor too and we have 1 daughter and 3 sons..same as you but my daughter is the eldest,unlike you..yours is the second one,right..
Ustaz,i really agreed with you..we need to be happy in order to make people happier..keep on writing Ustaz..
Percayalah, keceriaan seorg bapa melayan anak2nya akan mengundang sejuta lagi keceriaan pada anak2nya. Dan keceriaan antara bapa dan anak2 akan memberi selautan keceriaan pada seorg ibu dan isteri. Ceriakanlah diri agar semua di sekeliling kita juga ceria.
Salam Tuan.
Kata-kata Tuan tentang ceria benar-benar buat saya hampir mengalirkan airmata kerana..saya seorang yang pemarah terutama kepada anak saya.Hati saya tersentuh dengan keramahan Tuan melayan anak-anak Tuan.Moga Allah membantu saya melembutkan hati saya & buang sifat pemarah dlm hati saya.Amin.
Salam. Such a cute entry ustaz! Anak-anak ustaz nampak riang sungguh. Tahniah buat ustaz dan Ummu Saif kerana di sebalik kesibukan, anak-anak masih merasa bercuti bersama keluarga tersayang. Pasti anak-anak rasa dah tak sabar nak tunggu cuti sekolah akan datang pula. Ceria!
Tahniah diatas kejayaan ustaz,masih mampu mengembirakan keluarga .Menolak seketika tugas demi tugas sebagai seorang bapa.Kami jua bergitu.
Terima kasih ustaz atas entry ini.. saya muhasabah diri untuk sentiasa ceria dan cuba menceriakan orang di sekeliling..
Gembira melihat yg tersayang bergembira…
Gembira dpt menggembirakan org lain ^^
btul,btul,btul…..
Assalamualaikum Ustaz Sekeluarga,
Saif dan adik-adiknya yang lain sudah dapat hadiah misteri mereka? Hehe.. Dalam beberapa minit saya bersama-sama ustaz sekeluarga, saya rasa ustaz bapa yang berjaya menceriakan anak-anaknya. Dalam beberapa minit itu juga, saya dan zaujah saya dapat belajar banyak perkara. Terima kasih kerana ustaz memilih untuk ke Melaka cuti yang lepas. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa baik dan curahan ilmu ustaz buat kami sekeluarga. Semoga silaturahim keluarga ustaz dan keluarga yang saya cuba bina berkekalan. InsyaALLAH.
artikel ni mengingatkan kepada abah saya..
keseronokan bukan hanya kepada harta benda,
tapi keikhlasan untuk menghiburkan..
wallahualam…
saya rindu abah…
;(