Memperkenalkan Seorang Rasul Kepada Anak-anak

March 17th, 2010 by Abu Saif 6:32 pm | 7,824 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

The Opposite Game!

“Susah betul. Macam mana nak buat ni?” saya termenung di hadapan skrin.

Kebingungan.

Berhadapan dengan pelbagai latar belakang peserta dan hadirin di dalam bermacam-macam bentuk majlis dengan seribu satu jenis topik, tidak ada yang sesusah program yang bakal berlangsung Jumaat itu.

Saya menerima jemputan untuk berceramah Maulid al-Rasul. Topiknya biasa. Tetapi pesertanya luar biasa. Ceramah itu bakal disampaikan kepada murid-murid Khalifah Model School (KMS). Medium penyampaian adalah di dalam Bahasa Inggeris. Pesertanya pula adalah murid-murid Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Salah seorangnya adalah anak saya sendiri.

Aduh!

Seboleh-bolehnya saya cuba mengelak daripada menerima jemputan ceramah di sekolah rendah. Walaupun hati saya selalu cair dengan wajah-wajah ceria anak kecil yang matanya penuh sinar harapan dan kehidupan, saya selalu keletihan. Berusaha memberikan yang terbaik, bermakna saya mesti bijak memenangi hati mereka. Bercakap sesuai dengan bentuk pemikiran mereka. Sesuatu yang ringkas, tetapi mesti berimpak.

Jika boleh, saya ingin menolaknya.

Tetapi KMS adalah sekolah komuniti. Ibu bapa sentiasa dijemput dan digalakkan untuk menyertai proses membangunkan sekolah. Bukan sekadar menyumbang dana, tetapi menyumbang tenaga, masa, kemahiran dan segalanya. Memberi hati dan memberi jiwa. Terbayang saya kepada wajah penuh harapan al-Marhum Prof. Muhammad al-Mahdi. Beliau mewasiatkan agar KMS berkembang sebagai sekolah komuniti, yang dihidupkan oleh volunteerism daripada kalangan ibu bapa.

Saya menyahut cabaran itu.

MEMPERKENALKAN SEORANG RASUL


Saya cuba menggunakan pendekatan permainan interaktif.

Peserta diajak bermain dengan permainan THE OPPOSITE GAME. Setelah para peserta mempunyai adrenaline yang cukup di dalam diri untuk ‘memberi hati’, barulah saya bawa peserta melihat pula kepada kehidupan yang sering bertentangan keadaan.

Kaya lawannya miskin.

Kanak-kanak lawannya dewasa.

Sedih lawannya gembira.

Pekerja lawannya majikan.

Apabila anak-anak KMS sudah mesra dengan terma-terma yang bertentangan itu, barulah saya perkenalkan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai seorang kanak-kanak dan sebagai orang tua. Ketika Baginda seorang kanak-kanak, Baginda adalah kanak-kanak yang terbaik dengan segala adab sopan, ketabahan hati sebagai anak yatim, bekerja keras tanpa meminta simpati sesiapa dan menghormati orang dewasa. Apabila Baginda menjadi seorang insan dewasa dan tua, Baginda adalah seorang lelaki tua yang terbaik dengan segala sifat kasih sayangnya kepada kanak-kanak, suka membimbing orang muda dan tidak sombong dengan ilmu dan pengalaman.

Demikian juga Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah menjadi pekerja. Semasa menjadi pekerja, Baginda adalah pekerja yang terbaik. Ketika menjadi majikan, Baginda juga adalah majikan yang terbaik.

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersedih, tetapi semasa bersedih Baginda adalah insan bersedih yang terbaik. Misalnya ketika kematian anaknya Ibrahim, Baginda memberikan contoh cara bersedih yang terbaik dan diredhai Allah. Semasa Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam gembira, Baginda juga adalah insan gembira yang terbaik.

Semasa miskin, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam adalah orang miskin yang terbaik. Semasa kaya juga, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam adalah orang kaya yang terbaik dan disayangi Allah.

Hanya satu sahaja antonim yang tidak begitu.

Baik, lawannya jahat.

Semua orang baik boleh mencontohi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tetapi orang yang jahat tidak mampu mencontohi Baginda. Orang kaya dan orang miskin disayangi Allah, orang sedih dan orang gembira disayangi Allah, pekerja dan majikan disayangi Allah, kanak-kanak dan orang dewasa disayangi Allah. Asalkan semasa kaya, miskin, sedih, gembira, bekerja, memimpin, kita menjadi insan yang baik lagi terbaik, menjauhi kejahatan.

Contoh terbaiknya adalah Junjungan Mulia Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Contoh yang sempurna buat SEMUA.

SEMUA yang BAIK.

Semoga perkongsian hari itu memberikan manfaat buat anak-anak di KMS. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang memberikan peluang kepada saya belajar untuk mengajar.

Genius is about changing something complicated into simple!” ujar John C Maxwell, sebagai pencetus semangat kepada saya berdepan dengan kanak-kanak.

Insya Allah mulai bulan hadapan saya diamanahkan untuk memberi ceramah 20 minit kepada anak-anak KMS tentang al-Asma’ al-Husna, satu demi satu, dalam bentuk interaktif yang diharapkan dapat membantu Khalifah-khalifah cilik ini mendampingi Allah.

Doakan kami…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Murabbi Cinta, Seorang Nabi “Kepalaku!” kata Aisyah. Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan...
  2. Malaysia Hari Ini (MHI) Sempena Maulid al-Rasul Maulid al-Rasul tahun ini ada sedikit kelainan. Ketika perarakan tiba-tiba...
  3. Memperkenalkan Pasukan STC HALAMAN WEB SAIFULISLAM TRAINING & CONSULTANCY WWW.STC.MY Saya banyak menerima...
  4. Antara Salah Laku Anak dan Hukuman “Siapa pecahkan pinggan ini?” si ibu menjerit. Anak-anaknya yang berderet...
  5. Menyelesaikan Pergaduhan Anak-anak Nak gaduh? “Yop, kenapa Yop bergaduh dengan kawan-kawan tadi tu?”...

Advertisement

25 comments

  1. daing says:

    Salam ustaz,
    Method yang saya yakin berkesan dan sesuai untuk anak-anak. Syabas ustaz..

  2. huda says:

    salam ustaz…semoga berjaya dan ceria selalu dalam mendepani anak-anak fitrah ini..insyaAllah, nampak seronok je adik-adik ni dengar cerita ustaz..

  3. abuyon says:

    salam ya ustaz, lama sungguh tak memberikan komentar di sini. Moga ustaz terus-terus dan tembus-tembus.

    Moga Allah memberkatimu!

  4. kirana says:

    syabas ustaz! amat membanggakan!

  5. dr.radzi says:

    wah, ini cabaran yang menarik!
    nak ‘menyampaikan’ sesuatu buat adik2 tingkatan empat hari tu pun jenuh fikir cara yang paling menarik dan berkesan. kanak-kanak, lagi mencabar! nak cuba jugaklah nanti. hehehe…=p

    tahniah ustaz, semoga berjaya.=)

  6. Budak Gemok says:

    Assalamualaikum… saya mengira kanak-kanak yang sudah terbiasa diasuh dengan suasana islam lebih mudah dikawal berbanding kanak-kanak yang berada dipersekitaran persekolahan konvensional. Kebiasaannya murid-murid tahap satu (thn 1-3) mengambil masa 5-10 minit untuk menstabilkan kelas. Oleh itu pendekatan interaktif amat diperlukan bagi “menyentap” perhatian dan minat mereka agar maklumat yang ingin kita sampaikan dapat diserap dengan baik.

    Apa yang telah dilaksanakan oleh pihak ustaz amat beerti untuk disampaikan pula kepada murid-murid di sekolah arus perdana. Idea yang telah dipraktikan oleh ustaz akan cuba diterapkan kepada murid-murid di sekolah kebangsaan pula. Semoga ustaz diberikan kudrat oleh Allah mencari kaedah terbaik untuk memperkenalkan Islam kepada anak-anak kecil dan dikongsikan bersama.

  7. Saku says:

    Salam, Ustaz. Usaha yang amat baik Ustaz. Anak-anak muda kita masakini kekadang ada yang langsung tidak merasa terguris bilamana Baginda Rasul SAW dihina oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

  8. lady Nur says:

    Salam Ustaz,Font nya sukar dibaca..

  9. sharifah says:

    salam ziarah,
    mantapp!!

  10. ainulhafizah says:

    Assalamualaikum w.b.t

    Ustaz, satu entry yang bagus dan sumbangan yang berguna buat bakal2 khalifah di muka bumi Allah ini.

    Benarlah tu, kenalkan dulu sifat sebagai hamba Allah lantas membentuk khalifatullah.

    Memperkenalkan pula Tuhan kepada hamba untuk meraih cintaNYa dan para anbiya’ lantas mencontohi mereka menjadi orang yang soleh di dunia sebagai bekalan di sana.

    Sama2lah kita memohon Taqwa dari Allah, walaupun kita tidak berkesempatan untuk belajar di KMS..ye tak?

    hehe, kalu masa leh undur bailk, nak je minta kat mak “mak, adik nak pi KMS, leh??”..kan2..

  11. ummuzulfa says:

    alhamdulillah, ustaz diberi izin oleh Allah untuk memahami kanak-kanak yang sering dilihat ‘invisible and unheard” oleh ramai dari kita.

    Kalau ustaz boleh membuat modul untuk kanak2, saya pasti berusaha untuk mendapatkannya (dan menghadiri latihannya sekiranya ada).

    saya memang tercari-cari pendekatan terbaik untuk memperkenalkan Islam kepada anak-anak (anak saya dan orang lain juga).

    allahu’alam

  12. ibnu hisyam says:

    JazakAllah ustaz, saya akan guna teknik ini untuk mudzakarah saya dengan anak-anak malam esok…insyaAllah diaorang akan seronok mlm esok :)

  13. sheed says:

    salam..sy juga mencari-cari kaedah p&p yang sesuai utk kanak-kanak,maybe cara ustaz ni boleh dipraktikkan…

  14. 'Afifah Azam says:

    “…changing s0mething c0mplicated int0 simple…”

    ya! ada ketika, sukar untuk menjadikan sesuatu yang rumit kepada sesuatu yang mudah untuk difahami, hmm, tahniah ustaz, m0ga terus dipermudahkanNya, ameen~~

  15. shuhaida says:

    salam…
    ni pertama kali saya on website ni
    tapi buku ustaz, saya dah miliki n khatam
    my 1st impression due to the contents,
    quite interesting
    using ur own xperienced as an exmple…
    isi2 dlm “aku terima nikahnya” & “bcinta smpai syurga” byk mbuakn saya bfikir sjenak akan kbenarannya..
    akhrnya, saya akui perkara yg dnyatakan mmg sdg blaku d kliling sy..
    syukran!

  16. saif says:

    ameen :-)

  17. anna says:

    Alhamdulillah. Kalau saya kanak-kanak, saya rasa mudah untuk faham ceramah ustaz tu. Usai ceramah, perkataan ‘baik’ akan sentiasa terngiang di kepala saya sebab diulang banyak kali sepanjang ceramah lalu saya akan terdorong untuk melakukan perkara-perkara baik sahaja dan ingin disayangi Allah seperti Rasulullah.

    Saya kira penyuapan motivasi minda begini harus berterusan dan konsisten di usia kanak-kanak kerana this is the time when they learn the best.

    Saya sendiri merindui zaman kanak-kanak saya di mana guru-guru sentiasa memberikan ceramah-ceramah motivasi begini lalu kami menjadi sekolah cemerlang seluruh daerah. Naik sekolah menengah, dah tak ada perkara-perkara motivasi begini lalu semua budak sekolah saya nak jadi artis kerana itu saja “suapan motivasi” yang mereka dapat.

  18. ummu ammar says:

    salam ustaz…saya sedang mendalami asma ul husna..tapi rasa tak cukup sekadar menghafal..tapi setakat ini, saya masih lagi menghafal beserta maksudnya dengan anak saya, ammar (4 bulan). Saya percaya akan lebih memahami Allah, mencintai-Nya apabila faham akan maksud nama-namaNya. Kebetulan ustaz ingin mengajar tentang asma ul husna kepada anak2 di KMS, saya sgt berbesar hati andai ustaz dapat juga kongsikan di blog ustaz ini. :)

  19. ibu says:

    Saya hantar anak ke religious school di sini (UK) dan saya sering hadir apabila ‘father’ K dtg ke school sempena sesuatu event. Asal mulanya saya hadir utk mengetahui apakah bentuk2 ajaran agama yg diajar kerana sebagai parent saya perlu fikir dan usahakan untuk betulkan kembali jika ada yg bertentangan dgn Islam.

    Saya dapati ‘father’ ini dilatih untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan semua peringkat usia. Satu perkara yang amat ketara ialah kepandaian beliau mencuri perhatian anak-anak kita sehingga membuatkan mereka berlumba-lumba untuk bercakap dan menjawab soalan dan pertanyaan yang beliau kemukakan.

    Saya dapati Muslim chaplain di tempat saya juga memiliki ciri-ciri di atas dan beliau approachable dengan kanak-kanak, wanita dan orang tua.

    Melihat dua contoh ini, seorang Islam dan seorang Muslim, alangkah baiknya jika suatu hari kelak kedua-dua approaches mereka ini boleh digabungkan dan dimanfaatkan oleh para imam dan pendakwah-pendakwah kita di tanahair.

    jzkk

  20. ibu says:

    Saya hantar anak ke religious school di sini (UK) dan saya sering hadir apabila ‘father’ K dtg ke school sempena sesuatu event. Asal mulanya saya hadir utk mengetahui apakah bentuk2 ajaran agama yg diajar kerana sebagai parent saya perlu fikir dan usahakan untuk betulkan kembali jika ada yg bertentangan dgn Islam.

    Saya dapati ‘father’ ini dilatih untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan semua peringkat usia. Satu perkara yang amat ketara ialah kepandaian beliau mencuri perhatian anak-anak kita sehingga membuatkan mereka berlumba-lumba untuk bercakap dan menjawab soalan dan pertanyaan yang beliau kemukakan.

    Saya dapati Muslim chaplain di tempat saya juga memiliki ciri-ciri di atas dan beliau approachable dengan kanak-kanak, wanita dan orang tua.

    Melihat dua contoh ini, seorang (bukan) Islam dan seorang Muslim, alangkah baiknya jika suatu hari kelak kedua-dua approaches mereka ini boleh digabungkan dan dimanfaatkan oleh para imam dan pendakwah-pendakwah kita di tanahair.

    jzkk

  21. semoga berjaya didunia dan diakhirat ustaz..

  22. ummu imad says:

    salam..
    saya serg ibu kpd 4 org anak dlm linkungan 12-6 tahun..saya nak bertanya pada ustaz,mcmana saya nak pupuk pada diri anak2 supaya cintakan Rasulullah..
    terima kasih ustaz.

Leave a Reply