
Alhamdulillah…
Sabtu dan Ahad pertama untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kali ini berlalu dengan cemerlang.
Pertambahan 200 gerai berbanding tahun lepas juga menjadi penanda aras kemajuan industri buku dan budaya membaca di dalam masyarakat kita. Malah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said turut menyanggah sangkaan sesetengah kuasawan yang memandang rendah kepada perkembangan industri buku, khususnya buku berbahasa Melayu dan membawa sari pati Islam sebagai mesejnya.
Datuk A. Samad Said merupakan tetamu kehormat yang dijemput mengulas buku dan seterusnya merasmikan majlis pelancaran buku-buku terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Ucapan beliau tenang, tetapi dalam tenangnya ada buah yang keras, dilontar untuk mencabar pandangan pesimis sesetengah pihak terhadap potensi buku, bahasa, sastera dan ilmu di negara kita.
Saya menumpang tuah kerana buku saya merupakan sebahagian daripada 30 judul yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd untuk tahun 2010 ini. Alhamdulillah.
Berikut adalah sebahagian daripada detik-detik menarik sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ini:

Cikgu Abu Hasan Murad menyampaikan kata-kata aluannya

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said sedang menyampaikan ucapan perasmian

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir

Orang ramai memenuhi ruang legar PWTC semasa majlis perasmian berlangsung

“Bonus tahun ini, nak guna untuk beli apa, ya?” Barangkali itulah yang difikirkan oleh warga kerja Galeri Ilmu Sdn Bhd ini

Upacara memotong riben bagi merasmikan pelancaran buku-buku motivasi dan novel Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Saat yang sungguh bermakna, apabila diberi peluang sepentas bersama Sasterawan Negara A. Samad Said. Turut bersama, sahabat yang dikasihi, Ustaz Amal yang turut menyumbang buku ‘Lembutkanlah Hatimu’

Sebahagian daripada pengunjung gerai Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Sesi menurunkan otograf. Ia sangat ringkas tetapi menjadi satu cara penting saya memberikan rasa penghargaan kepada pembeli dan pembaca. Masakan tidak, ada yang datang dengan pesawat daripada Pulau Pinang, memandu kereta daripada Johor Bharu, Melaka dan Kedah… Subhanallah!

Ceria-ceria selalu!

Ustaz Ahmad Zahiruddin… “buku ustaz bila nak siap ni?”

Bersama Dr. Norizad, sahabat lama yang sabar menanti terbitnya Travelog Tarbiah ketiga saya, SHAMROCK KELOPAK LIMA !
Saya dengan rasa rendah, meminta maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pembaca pada hari pertama dan kedua Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Kilang mencetak buku 30 judul keluaran Galeri Ilmu Sdn. Bhd. bekerja keras menumpaskan pusingan jam semenjak seminggu dua ini. Malah buku SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH yang mahu ditempah 10,000 unit, terpaksa dikurangkan kepada separuh, agar akhirnya buku itu dapat selesai dicetak pada jam 4 pagi, Ahad 21 Mac 2010.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





saya tak dapat menjengah pesta buku lagi untuk beberapa tahun kehadapan…duduk di luar negara ni kempunan, telan air liur sajalah tengok gambar2 pesya buku ni…
banyak juga buku galeri ilmu yg bakal ketinggalan! kalau pesta buku berlangsung masa musim panas lasti ramai boleh datang.
Kat Bandung ni, melihat dengan pandangan cemburu je …
Wah…SHAMROCK KELOPAK LIMA pula!Buku SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH dan MURABBI CINTA pun belum ade lagi.Dari Jogja pun macam tu juga.
yang di Malaysia cemburu melihat hari-hari orang Bandung berpesta buku
Terima kasih ustaz kerna sudi berkongsi gambar-gambar di sini. Mahu pergi tidak boleh. Semoga pulang nanti ada lagi buku-buku ustaz… janganlah habis. All the best, ustaz. ^^
Insya Allah kesempatan itu bakal datang.
terima kasih ustaz kerana sudi memberi autograf pada buku yang saya beli
alhamdulillah dapat juga ana bertemu dengan ustaz..
pesta buku memang sentiasa dinanti-nantikan..:)
oh cemburu nya..nak pergi jugak..orangg belajar oversea kena tengok jela
apalah sangat cemburu kalian berbanding cemburu kami melihat kalian bergambar dengan salji di suratkhabar setiap kali menjelang Aidilfitri. Dan sebahagian RM2 harga surat khabar itu adalah untuknya!
salam ustaz,
ana dari pahang datang dengan bas sahaja, harap nak turun ahad tapi kesempatan pada jumaat. gerai galeri ilmu adalah yang pertama ingin dituju tetapi terakhir ditemui… penat tawaf, saie di tingkat atas rupanya ada di bawah.
wsalam. moga mujahadah itu dihitung sebagai ibadah.
jangan lupa gunakan peta
Tahniah dan syabas kepada Ustaz dan rakan-rakan seperjuangan di Galeri Ilmu yang berusaha keras merakam keilmuan yang diberikan ke dalam bentuk buku.
Semakin menyerlah kejayaan terjemahan Ustaz kepada motto, ‘Erti hidup pada memberi’
Kepercayan pada diri ke atas apa yang dilakukan, sememangnya menjadi rencah utama pembentukan budaya dan tamadun besar di Dunia, sehingga kini.
Penerbitan buku atau kitab, merupakan cara berkesan memastikan kesimbungan ilmu yang diilhamkan oleh Yang Maha Kuasa.
Semuga kita sebagai manusia, menjadi orang-orang yang berjaya, samada sebagai penulis, pengarang dan sebagainya, atau setidak-tidaknya sebagai pembaca.
“[3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; [4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; [5] Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Index 5
Terima kasih atas doa dan nasihat Pak Din. Di dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih juga saya beberapa kali menggunakan terma Cara Kerja Allah, atas penghargaan saya kepada ilmu yang Pak Din kongsikan dalam semua komen klasik Pak Din.
Klasik… betul ke terma ni?
Salam Uztaz,
Terima kasih atas penerbitan 2 buku tersebut. Saya sudah membaca kesemua buku karya uztaz.Sesungguhnya terbitab 2 bukut yang terbaru ini merupakan kesenimbanguna karya-karya yang terdahulu.
Ternyata isinya mempaparkan realiti kehidupan keluargaan umat Islam hari ni.
Buat pertama kali mengambil kesempatan beratur meunggu giliran uztaz menurunkan tandatangan.
Harapan saya, uztaz terus menulis kerana saya seperti “If I Had My Child to Raise Over Again”….
Wsalam wbt.
Terima kasih atas feedback yang sangat bermakna. Saya sedang berusaha untuk satu hari nanti tidak mendambakan sajak “If I Had My Child to Raise Over Again”…. itu.
bila lagi ustaz ada kat sana?
follow Twitter saya
Assalamualaikum ustz..
Rasa terkilan sgt xdapat jumpa ustz di pesta buku..sy dan suami (Mukhriz) cr ustz di gerai PTS publication..rupa2nya buku ustz under galeri ilmu…:-(
Wsalam pengantin baru.
Maaf juga sebab ustaz silap kerana tidak memaklumkan pertukaran nombor. Insya Allah ada rezeki kita berkumpul semula.
p/s: jangan dihitung hari pulang ke Utara, hitunglah hari pulang ke syurga dan Syurga.
mendalamnya maksud pesanan uztaz..terima kasih..mohon diberi semangat dan keredhaan dr ALLAH s.w.t utk kami memulakan lembaran hidup yg baru…pengalaman uztaz dan kak muna sedikit sebanyak menjadi pendorong dan semangat bg kami…insyaALLAH..
Tahniah!semoga diberi kekuatan untuk terus berkarya.
Lagi cantik kalau di atas rak ada buku tulisan Ustaz Shahrizan
Salam,
wah, murah rezeki ustaz. Inilah yang dikatakan erti hidup pada memberi, maka Allah memulangkannya balik melalui jalan yang lain.
10 tahun yang lepas, saya yakin ustaz pun tak sangka tulisan ustaz mampu dibukukan dan dijual macam sekarang.
Tahniah, dan mabruk
10 tahun yang lepas, cita-cita saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan memberikan yang terbaik. Namun tidak pasti dalam bentuk yang bagaimana.
Alhamdulillah.
Titik mula kita semua ialah, “sentiasa mahu memberikan yang terbaik, setelah Allah memberikan segala yang terbaik sebagai modal”
Assalamualikum ustaz. Tahniah diatas kejayaan ustaz. Alhamdulillah saya pun sempat membeli dan mengambil autograf ustaz pada sabtu lepas. Hajatnya nak beli 2 buku baru ustaz. Tp sempat beli satu sebab baru siap cetak 1 buku sahaja, barulah saya tahu esoknya da siap cetak buku 1 lg. Tak pe, ada masa berlari ke sana. Abg danial blh bantu…
Nampak meriah, namun saya tidak berkesempatan hadir disana. Walaupun sudah beberapa kali Pesta buku diadakan. Em..
salam ustaz.
Tahun ini masih belum berkesempatan ke Pesta Buku dek kekangan masa dengan urusan duniawi lain nya..
Alangkah bertuah mereka yang diberi kemudahan masa dan tenaga untuk berkunjung ke sana.
Pilih dan beli lah buku yang baik. Ibadah juga tu kan.. Mudah-mudahan bertambah ilmu kita, semakin elok peribadi kita.
Amin.
Salam…
untuk maklum semua pembaca… gerai Galeri Ilmu berada di Legar Putra, tingkat bawah yang menghala pintu keluar-masuk antara PWTC dan Hentian Putra. Galeri Ilmu di bahagian hadapan, berdekatan gerai buku ‘Ana Muslim’ dan ‘Gempak Starz’…
jika tak jumpa juga, cuba cari Duta PBAKL 2010 untuk tunjukkan arah atau ke Kaunter Pertanyaan berdekatan pentas utama PWTC…
harap war-war ini membantu pembaca yang datang berkunjung ke Pesta Buku 2010.
Wsalam akhi Abdul Jabbar.
Insya Allah dimurahkan rezeki dengan keramahan, manis muka dan baik hati, lepas ni jadi anta jadi Duta produk pulak!
syukran kathir ya ustaz…
walaupun pada mulanya dapat berjumpa dengan ustaz tetapi tidak berpeluang untuk membeli buku.
tapi Allah itu Maha Adil,ana bercadang beli buku anta di hari terakhir bertugas (sebagai Duta),bukan sahaja dapat beli pada harga diskaun malah, anta pun berada di situ,bersama ustaz Amaluddin,jadi berpeluang ana minta tandatangan anta.
syukran sekali lagi,sebab berpeluang berbual walau seketika dan sudi menurunkan tandatangan,moga dipertemukan lagi,insyaAllah
Alhamdulillah,tahniah ustaz.
best karya2 ustaz
ayuh pulangkan pujian kepada Allah yang memberi segalanya
Alhamdulillah
Salam. Ustaz
Tahniah. Saya pun ada datang semasa ustaz sedang sibuk ‘sign’ buku-buku. Segan nak tegur.
Tak berani nak tegur, tolong doa pun Alhamdulillah
terpaksa menanti di kedai buku utk buku ustaz…[melepas mse pesta buku tu]..
di kedai buku mungkin kena sabar dalam sebulan dua lagi
Salam, Ustaz
Alhamdulillah kali pertama sampai KLIBF. Sempat beli 2 buku Ustaz dan dapat ambil autograf. Didoakan semoga terus berkarya.
wsalam wbt az_alwi.
ameen….
Tahniah buat Ustaz. Moga masyarakat sedikit sebanyak ditarbiyah melalui tulisan itu.
(Wahai hati, sabar lah! Kalau benar cinta buku ini kerana Allah, pasti Allah ganti dengan yang lebih baik)
kat Irbid tu ada mutiara hikmah, kitab, kutaib dan kuttab yang hebat-hebat belaka… kami di Malaysia lagi cemburu!
Baik lah.. Baik lah..
(Baru pulang dari Kedai Buku Oren, beli dua buah buku, satunya Stephen Covey. Stok buku tak banyak. Ubat pesta buku)
best betul dapat autograf dan bergambar dengan ustaz hasrizal,terima kasih ustaz beri autografnya,sangat puas hati!! alhamdulilah,saya dapat borong buku ustaz..allahu yubarik fikum..
terima kasih juga kerana menegur ana dan mengingatkan ana tentang anta. selamat berjuang!
Saya ke KLIBF hari Ahad lepas, nampak al-Fadhil Ustaz tengah tekun menandatangani buku. Alfu Mubarak kerana berjaya menyiapkan dua buku lagi. Moga ia menjadi panduan berguna untuk kita semua.
Syukran. Semoga manfaat buku berterusan membantu kita di sini dan di Sana, ameen.
Assalamualaikum Ustaz
Terima kasih kerana sudi menandatangani buku-buku yang akak beli khas untuk anak akak.
Wsalam wbt.
Terima kasih juga kepada akak kerana menghadiahkan buku saya untuk anak dan menantu. Semoga mereka bercinta sampai ke Syurga
assalamualaikum..
syukran yaa ustaz….
terima kasih sb sudi tandatangan buku yg ana beli tempoh hari…
ketiga 2 buku ustz..(aku terima nikahnya)sudah ana baca…sangat2 menyeronokkan dan mudah difahami khususnya oleh gol remaja mcm ana..
hehehe..insyaallah boleh buat pedoman andai satu hari nanti ana akn mendrikn rumah tangga kelak..doa ana..all the best untk ustaz….moga berbahagia sllu..
assalamualaikum wbt ustaz,
akak baru revise balik buku ‘Bercinta Sampai Ke Syurga’, terutama artikel yang bertema cinta haraki…semoga menjadi panduan buat semua daie, kenapa perlu control macho jadilah pencinta terbaik seperti ‘Murabbi Cinta’ kita, Rasulullah saw.
Alhamdulillah, semoga Allah terus memberi peluang dan ruang kepada ustaz untuk memberi yang terbaik
Salam. Seronoknya.. Saya rindu bau buku baru. Perasaan dapat shopping buku baru lagi membunga-bunga dari shopping baju baru!
Alhamdulillah…Allah berikan rezeki kami untuk ustaz pada hari 20 Mac itu. Duit baki kami tinggal sedikit sahaja untuk perjalanan pulang, akhirnya cukup juga untuk membeli juga Murabbi Cinta. Gambar ustaz nanti saya tag di Facebook (harapnya tidak marah kerana tag gambar. Hehe)
Tahun ini saya tidak beli untuk kedai, seperti tahun lepas. Tahun lepas, jenuh ustaz menurunkan autograf. Mujur dibantu cop. Tahun ini tidak dibantu cop, maka selamatlah ustaz tidak didera menyain 20-30 buah buku untuk saya.
Doakan buku saya pula terbit tahun 2011, ya ustaz? Terima kasih atas banyak ilmu dan inspirasi selama ini.
salam ustaz. tahniah atas penerbitan buku terbaru “secangkir teh pengubat letih”. saya baru saja membeli buku “rindu bau pohon tin” (RBPT)tahun ni, dan masih belum habis membacanya. saya sukakan buku travelog sebegini..dan semestinya slps hbs buku pohon tin akan saya miliki secangkir teh pula! p/s: saya ada cdngn utk memperbaiki buku RBPT; alangkah baik jika ada glosari di akhir buku, psl istilah2 jordan atau bhs arab yg ust tulis. saya teringin sgt nk tahu maksud2 setengah perkataan yg ust x trgkan..lebih mudah dibayangkan keadaan di sana. 1 lg, bumi anbiya’ ialah di syam/jordan? mcm mana dgn mesir? saya keliru..
hajat tu nak g , tapi tak kesampaian lg
salam ustaz, mintak terangkan kalau tulis perkataan amin atau ameen. Benarkah ameen utk agama lain? walaupun kiter tak maksudkannya? TK
Ya syabas ustaz!
salam ustadz…semoga kita nanti bisa bersilaturahim kembali
salam ustaz,
saya yg tahan ust mintk autograf masa ust otw nak ke bgnn tun razak…hehe
anyway ust,terima kasih byk2..buku “secangkit teh pengubat letih”mmg sgt2 seronok dibaca..rasa tak sabar tunggu keluaran buku ust yang lain..
Barakallahu fek!
wsalam
salam alaiyk ustaz…sy berkesempatan ke pesta buku kebetulan kelas cancel pd hari ahad tu..pg2 kami dah bertolak dr puncak alam menuju pwtc..alhmdulillah dapat beli buku ustaz dan dapt tndatgn ustaz..menarik baca buku2 ustaz..mg2 dapat jd panduan untuk masa hadapan..tahniah ustaz..erti hidup pada memberi..
rugi rasanya tidak mempunyai kesempatan untuk berkunjung ke pesta buku thun ni…
ustaz..saya buat koleksi buku ustaz dan mengkhatamkan mereka bersama rakan-rakan..sharing is caring…
duit boleh dicari..pesta buku setahun sekali