
Dengan lafaz Bismillaah al-Rahmaan al-Raheem, saya merasmikan Pesta Membaca Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.
Bacalah.
Buku sudah dibeli.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 telah selamat melabuhkan tirainya.
Pesta Buku kali ini meriah.
Tetapi di dalam kemeriahan itu, hampir tidak ada MENTERI KABINET yang datang berkunjung. Hampir tidak ada ARTIS BUKAN NASYID yang datang bertandang.
Apakah politik kita diterajui oleh kelompok bukan pembaca buku? Seserius itukah artis-artis kita bukan pembaca buku?
Atau mungkin pembaca buku enggan berpolitik? Malah pembaca buku enggan berkarya seni mengisi dunia kreatif?
Pedulikan.
Ada buku, baca.
Sudah baca, amal.
Sambil amal, sampaikan.
Erti hidup pada memberi…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











suka dengan pesanan di ayat2 akhir itu…;)
Tulisan yang pendek tapi padat.Macam mana nak memimpin kalau jauh dengan buku?Macam mana nak jadi ‘ikon’ kalau jauh dengan buku?
Bacalah!
Ya,hampir tiada menteri Kabinet yang hadir melainkan TPM atas kapasiti Menteri Pelajaran merasmikan PBAKL 2010 dan Perdana Menteri atas kapasiti penulis buku Menakhoda Zaman
Mungkin petanda…Pedulikan!
Yelah ustaz,pedulikan,bila dah baca,tahu mana yang betul mana yang tidak.
Sudah dapat solusi 1,minta sepinggan dosa berulam pahala untuk post saya boleh?
membaca jambatan ilmu…
buku banyak dibeli..
Masa membaca telah tiba..
Final ezam pun singgah sekali..
tetapi masa lapang diisi dengan baca buku2 ilmiah dan juga novel2 Islamik..
Kisah pengembaraan ustaz di turki begitu menarik minat sy nak sambung belajar di sana. Syukran ustaz. Sekurang-kurang buku Secangkir Teh Pengubat Letih bisa mengubat salah faham saya kepada negara Turki..
salam ustaz..tahniah atas kejayaan ustaz menarik minat pembaca mengenali apakh sebenarnya erti hidup pada memberi dan pentingnya ikatan ikhwah dan persefahaman sesama muslim..rasa tersentuh hati membaca monolog ustaz dalam buku ‘rindu bau pohon tin’ .alangkah manis jika hidup saling memberi dan menerima.barulah terasa ukhuwwah sesama muslim..akan wujud satu perasaan cintakan agama dan secara xlangsung akan membangkitkan semula suasana semasa zaman Rasulluah s.a.w dan para sahabat..wassalam
TGHH datang………
pesta membeli sudah tamat,
lagi dua minggu exam final,tidak sabar menanti cuti semester yang panjang untuk menyelongkar segala kitab yang baru dibeli.
Salam.. pesta buku dah habis.. jadi kepada sesiapa yg ketinggalan utk membeli buku,bolehlah dijemput beramai-ramai melawat kedai buku online saya ini.
salam ustaz,boleh tny x selain galeri ilmu, ktne lg boleh sy dapatkan buku secangkir teh pengubat letih?
sy berada di kelantan, ada x kt mne2 kedai buku di sini yg jual buku tu?
dari tahu, kepada mahu., dari mahu kepada mampu.
tak semua yang mampu ustaz.
Assalamualaikum Ustaz
Dah terbayang nak jumpa Ustaz in person. Apakan daya, lapar perut dan anak kecil meragam membantut usaha mencari booth Galeri Ilmu..mula dari Hall 3 & turun bawah…sempat sampai ke Nufair je.
Syabas Ustaz dgn tulisan yang merangsang nak membaca & memberi
Syeikh Hasrizal, Assalamualaikum,
“Tetapi di dalam kemeriahan itu, hampir tidak ada MENTERI KABINET yang datang berkunjung…”
Yalah, kita rakyat, kita yang nak kena banyak baca, depa pemimpin. Bukankah depa juga yang kata, rakyat malas membaca. Sebab itulah (agaknya) depa tak turun Pesta Buku. Pesta Buku untuk rakyat. Pemimpin (kononnya) dah banyak baca buku.
Menteri tak dapat datang kerana ….
Artis tak dapat datang kerana …
atau disebabkan PBAKL tak glamor tu pasal dia orang tak datang kot
nasib baiklah PBAKL dibuat di KL. kalau buat kat tempat lain, tak tahulah sambutan dia macam mana
Salam,
Tak dptjumpa ustaz hari sabtu utk dptkan autograf kat Secangkir Teh pengubat Letih.Alhamdulillah meniup kembali minat membaca saya….
KLIBF saya yang “worst” sebab hanya sempat berkunjung dua kali sahaja dek kekangan masa dan tugas. Tapi saya janji tiga buku dan dua majalah yang dibeli akan saya baca, faham, hayati dan sebarkan kebaikannya, Insya Allah…
Salam alaik ustaz,
Dapat tengok ustaz dari jauh(duduk dengan ustaz amal dan Pak Samad)pun jadilah. Yang penting dapat beli buku Secangkir teh……Lagipun waktu tu sesak sangat.Mungkin suatu hari nanti dapat bertemu ustaz face to face. Insya-Allah
seronok sangat kat pesta buku..sampai rambang mata tak tahu nak beli yang mana satu..dah nak balik baru jumpe galeri ilmu punye booth,tergesa-gesa pilih buku..
dan akhirnya dapat beli buku Secangkir Teh Pengubat Letih…
Assalamualaikum w.b.t
ustaz,
entry yan simpe, dan berkesan..
Pandangan ku..
Beli buku, tetapi tak baca..
Mungkin tak tergerak lagi nak baca..
Bila ada waktu yang memerlukan..
Tiba2 kita tergerak hati nak baca buku tu..
Dan..
Rupa-rupanya, masa tulah, masa yang sangat sesuai untuk kita baca buku yang kita beli tu..
ye ke?
Assalamualaikum ya Ustaz…
ana pun terpanggil dengan penulisan anta.
moga hari-hari selepas ini,kita pembaca akan terus memperbanyak dan menambahkan lagi ilmu juga lebih memahami akan apa yang dihadam dan dibaca.
moga PBAKL 2010,tidak hanya berhenti semalam,tetapi menjadi salah satu process untuk kita terus dan mara ke hadapan,insyaAllah.
syukran pada ustaz atas penulisan dan perkongsian.moga diri ini mengERTI akan HIDUP PADA MEMBERI…insyaAllah
Assalamu’alaikum wbt..
Moga2 buku yang dibeli akan dibaca dan diamalkan. InshaAllah..tak sabar nak baca Murabbi Cinta…
Dan moga dalam celahan lautan manusia semasa pesta buku ada juga di kalangan menteri dan para artis tempatan..
Wallahu’alam..
Jazakallu khairan jaza’ atas buah tangan ini..
Mungkin anta dapat maklumat sebelum hari sabtu lepas kot. Kan perk_sa ada melalak di sana sabtu ahad lepas. Kalu seorg pun mai(kebykn alif min nun wau(alif tendang wau) jengok sat maka adalah politician yang mai.
Tentang artis mungkin benar. Kan Wardina kata artis bukan role model yg sesuai? tak minat membaca,,(ana tambah ni) hehehe
“Atau mungkin pembaca buku enggan berpolitik? Malah pembaca buku enggan berkarya seni mengisi dunia kreatif?”
Menarik persoalan yang Ustaz kemukakan, kerana ia melambangkan keruntuhan membudaya nilai Islam, seperti mana Allah paparkan melalui penulisan Rakib dan Atid.
Antaranya kerana penulisan tidak lagi memenuhi kehendak menjentik minda, tetapi berubah menjadi melayani hati.
Pembaca tidak mahu diberatkan dengan pembacaan yang memerlukan pemikiran, tetapi pembaca mencari lebih kepada ketenagnan dari kebenaran.
Penerbit juga memainkan peranan besar, memastikan ada sesuatu yang memastikan pulang, dari pelaburan yang dikeluarkan.
Hasilnya penulisan tentang hasil kerja manusia lebih mendapat sambutan, daripada penulisan yang memaparkan hasil kerja Pencipta (hasil kerja manusia).
Index 5
menarik ulasan pakdin
saya sendiri terasa
saya lebih terarah baca buku mengani hati sahaja..kefahaman..
jarang sekali baca buku
untuk develop critical thinking…
tp susah betul nak cari keseimbangan
kadang-kadang…jiwa ni rasa asyik nak baca pasal hati je…
adakah ini perkara yang tidak baik?
tapi pemikiran critical ini penting untuk bangunkan ummah
Jangan diperosal kepentingan beriman dengan hati yang tenang dan suci … kerana keutamaannya itu adalah penting,
Tetapi, perlu dipastikan dengan didahulukan penggunaan pemikiran yang kritikal.
Terlalu banyak kes … apabila hati sudah tertambat, maka minda akan tersumbat.
Apabila yang tersurat (bacaan dari buku) menjadi debat, yang tersirat (bacaan dari alam) menjadi terhambat.
Pemikiran kritikal juga yang mengajar, kerbau ditambat pada hidung, manusia tertambat pada hati.
Maka berhati-hati, dalam menenangkan jiwa melalui hati, kerana akal (minda) dan roh juga berperanan melakukannya.
Index 5
jzkk pak din
masyaALLAH…ayat2 Allah dalam Al Quran begitu menggetarkan jiwa…
tp ada beberapa bab yang saya tak faham…(mungkin kerana aras bahasa pak din tinggi sikit kot..hehe)
jadi pembacaan yang bagaimana sesuai untuk jana minda dan hati ini. boleh terangkan..
bmbg juga andai terkena penyakit “hati tertambat minda tersumbat” itu..naudzubillah
ustaz juga kalau boleh bg pandangan..jzkk
Tahniah Ustaz. Dah beli Murabbi Cinta dan Secangkir Teh Pengubat Letih. Dapat signature Ustaz lagi
Mari kita membaca… dan cuba beramal sebaiknya…
tahniah ustaz..buku-buku ustaz di GISB laris..
Apakah politik kita diterajui oleh kelompok bukan pembaca buku? Seserius itukah artis-artis kita bukan pembaca buku?
Atau mungkin pembaca buku enggan berpolitik? Malah pembaca buku enggan berkarya seni mengisi dunia kreatif?
Huhuhu, menarik ayat di atas…
Ustaz, terima kasih atas pesanan…lagi membaca dan menghadam isi buku Murabbi Cinta. Syukran.
akhbar hari ini… Dato’ Seri Najib merupakan PM pertama yang hadir ke PBAKL sejak 29 kali penganjuran..
Tun Dr. Mahathir.. PM yang sangat suka membaca. sebab itulah beliau banyak memberi ucapan yang hebat di peringkat antarbangsa tanpa rujukan teks!
kecewa kerna gerai buku TB tak beri diskaun banyak
apa2 pun jom baca, yg tak mahu membaca bahan imliah mereka akan baca komik, majalah sensasi dan berita2 selainnya yg pada saya hanya la sampah dan langsung tak beri manfaat