Wacana Nikah dan Talaq di Facebook

On 30/03/2010, in ATN4, by Abu Saif | 8,445 views | Print Print | Email Email |

Facebook mempunyai coraknya yang tersendiri.

Banyak perkara yang dilakukan oleh blog, tidak mampu dilakukan oleh Facebook.

Dalam masa yang sama, ada juga perkara yang boleh dilakukan oleh Facebook, tidak mampu dilakukan oleh blog.

Untuk sebuah artikel ditulis di blog, saya meluangkan masa sekitar satu ke dua jam untuk menyiapkannya. Sedaya upaya, saya cuba membaca kembali apa yang telah saya tulis sebelum menyiarkannya. Pemilihan perkataan yang betul, diusahakan sebaik mungkin agar tidak mencetuskan salah faham atau terpesongnya pembaca daripada maksud asal perbincangan.

Itulah cabaran di blog.

Facebook pula menyediakan ruang untuk kita melontarkan satu isi penting sahaja. Bergantung kepada topik yang dicetuskan, ia boleh mengundang reaksi pantas pembaca dan fokus diberikan secara intensif kepada ISI ASAL yang dilontarkan sahaja.

Berikut adalah maklumbalas yang saya terima, semasa isu rumahtangga semasa yang dibelenggu penyakit ‘tergesa-gesa’ dalam tindakan.

“Perkahwinan itu bukan perlawanan bola sepak. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, terus disepak sekuat hati sejauh mungkin. Sebaliknya perkahwinan itu biarlah seperti permainan ragbi. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, dipeluk digenggam dan tidak dilepaskan sama sekali”

Ada sesetengah nama dan ikon yang saya padamkan untuk keselesaan pemiliknya memandangkan kepada bentuk pendapat yang dikemukakannya.

Sesungguhnya, kefahaman itu adalah REZEKI. Justeru marilah kita memohon kepada Allah agar Dia tambahkan ilmu kita, rezekikan kefahaman kepada kita, dan menerima ikhtiar dan usaha kita sebagai ibadah di sisi-Nya, ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Wacana di Singapura Sabtu Ini Sabtu ini, saya menerima undangan untuk berprogram di Singapura. Undangan...
  2. Facebook: Antara Pro dan Kontra “Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada...
  3. Nikah, Nafkah, Mukjizat dan Karamah! “Masalah kamu dengan  bos sudah selesaikah?” emak bertanya kepada Ahmad....
  4. Forum Nikah Tunai Malam Ini di Kota Bharu Siaran langsung boleh ditonton dengan melayari halaman web KELANTAN TV...
  5. Rumah dan Pejabat Politik di Internet FACEBOOK STATUS: Hasrizal Abdul Jamil feels that all those public...

 

62 Responses to “Wacana Nikah dan Talaq di Facebook”

  1. Assalamualaikum ya ustaz,
    ketibaan tulisan ini memang kena pada masanya pada saya. Saya pernah diajak berkahwin sewaktu di alam pengajian tetapi saya tolak atas alasan tentangan keluarga saya dan ketiadaan sumber pendapatan sendiri. Si dia menikahi rakan sekampusnya.

    Alhamdulillah sekarang saya sudah tamat belajar dan mempunyai kerja yang stabil. Perniagaan sampingan juga mendatangkan ribuan ringgit sebulan (urus pelaburan islam dan jual produk e-Qalam). Sekarang sedang mengumpul duit untuk pertunangan (sudah cukup) dan perkahwinan (belum cukup).

    Namun saya berhadapan masalah restu ibubapa. Walaupun pernah saya kenalkan pilihan saya mereka masih keberatan menerima. Mahukan calon yang tinggal senegeri, umur lebih muda dan berpenampilan menarik. Saya keliru.

    Boleh bagi pandangan ustaz?

    • Abu Saif says:

      Wsalam WBT tuan.

      Pada pandangan saya, janganlah penat untuk berbincang dengan ibu bapa kita, ya. Ada kalanya, sesetengah ibu apabila melihat anaknya semakin berjaya dan stabil, dia semakin membayangkan calon yang lebih hebat dan setanding untuk anaknya. Hajat hatinya mahukan yang terbaik untuk si anak, tetapi dia telah membelakangkan hakikat bahawa yang akan berkahwin adalah anaknya, bukan si ibu atau si bapa.

      Maka atas niat baik ibu bapa mahukan yang terbaik buat si anak, tingkatkan sabar dan tambahkan kesungguhan serta usaha untuk berbincang sampai hati ibu bapa tenteram dan yakin bahawa pilihan anaknya adalah dengan kematangan si anak. Dan itulah yang terbaik!

    • reza says:

      Assalamualaikum sedara Healmie dan Ustaz,

      Saya juga sedang berfikir dan merancang tentang mendirikan rumahtangga.Namun seperti sedara Healmi, ibu meminta saya mencari yang lebih baik lagi.Saya bersetuju dengan pandangan ustaz bahawa
      1)Sabar
      2)Teruskan berbincang

      adalah perkara penting dan saya juga amalkan perkara yang sama.Alhamdulillah,ibu sudah mula menunjukkan sikap yang lebih positif.Di samping itu,saya juga merasakan teramat-sangatlah penting untuk terus meningkatkan ilmu sebab walaupun sedara berkahwin dengan anaknya sahaja, hakikatnya pula sedara akan berkeluarga dengan seluruh sanak saudara mereka!Maka kalau takde ilmu akhlaq Nabi s.a.w,susah rasanya untuk saya, sedara dan sesiapa sahaja untuk menahan dan menguruskan KARENAH bukan sahaja isteri tetapi keluarga ‘baru’ dan ‘lama’ .

      Hakikatnya apa yang diharapkan oleh isteri,mak ,ayah dll adalah kita ini menjadi “seorang yang boleh diharapkan”.

      Mungkin perkahwinan ini macam dapat ‘super power’ yang mana “Great powers come with great responsibilities”(credits to spiderman)

      Doakan saya kerana sesungguhnya perjalanan ini masih terlalu jauh!

      • jidan says:

        Sungguh benar apa yg dikatakan saudara. Melayan karenah keluarga baru juga memerlukan ilmu.
        Saya faham masalah yang ustaz utarakan dan terkena pula di batang hidung sendiri. Berkahwin tanpa berfikir masak2 banyak mengundang masalah.Tapi tidak selayaknya saya berputus asa mencari usaha untuk memperbaiki kesilapan. Kesabaran perlu tinggi dalam menempuh cabaran-cabaran selepas berumahtangga yg tergesa-gesa seperti yang ustaz mention itu.
        Masalah ekonomi dan melayan karenah keluarga baru yg sgt bertentangan fikrah mmg memeningkan.Masih berusaha untuk memahami dan bersabar di atas segala ujian. Bak kata org sekarang, sendiri yang cari penyakit sendiri cari ubat…
        Pernah terfikir dapatkah rumahtangga bertahan?Tapi saya tepiskan ragu-ragu dalam hati dan berdoa semoga jodoh berpanjangan dan hbgn suami isteri dan dgn anak sentiasa baik.Perlu ubah persepsi dan sikap yang buruk.
        Ustaz, doakanlah kebahagiaan kami jua….mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat kepada kami sentiasa dan memudahkan segala masalah.

  2. umi azrini says:

    Fungsi facebook yang membuka horizon minda.

    1- Nikah vs Talaq.
    2- Zina sebelum kahwin vs zina lepas kahwin.

    Akhirnya, tetap kembali kepada maksud entry sebelum ini juga. Susah rupanya hendak faham apa yang Ustaz tulis. Bercabang-cabang pemahaman.

  3. Salam alayk ustaz…
    Hm, memang banyak yang ditulis untuk dijelaskan, tapi makin dijelas makin keliru. Sindrom kurang FIKIR dan ZIKIR makin bertambah dan merumitkan.. Ana melihat banyak tekanan yang dihadapi ustaz menahan SABAR dengan kerenah.. ‘TAK SABAR, KALAH!’ susah mencari ‘checkmate’ jika SATU lawan RAMAI..

    • Abu Saif says:

      Wsalam WBT.

      Ia hanya secebis daripada cabaran dakwah, kalau layak dianggap cabaran :)

      • Setuju! “Jika dalam dakwah itu tiada cabaran, pasti ada yang tidak kena pada dakwah itu,” Syed Qutb. Semoga Allah merahmati ustaz supaya tenang berhadapan dengan ‘so-called’ cabaran ini. Dan moga asahan peninju (tangan) ustaz mengasahkan lagi pemikiran mereka yang tak diaktifkan dek kerana kerosakan wayar utama. Tong gas mungkin debikkan terakhir supaya mereka PENGSAN DALAM REALITI.
        “Take a brief break, and gazing at reality… Our gazes should fixed on reality…”

  4. Sedaya mungkin saya masih tidak begitu bertegas dengan ibubapa tentang isu ini, masih mengharapkan pada terzahirnya hikmah yang membantu saya buat keputusan.

    Cuma kadang-kadang bermonolog sendiri; kebahagiaan itu sebenarnya di mana?

    • Abu Saif says:

      kebahagiaan itu terletak pada hati yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, bukan merungut dengan apa yang tiada dan belum ada.

    • zairin says:

      Setuju dgn ustaz, “kebahagiaan itu terletak pada hati yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, bukan merungut dengan apa yang tiada dan belum ada.”
      Kepada saudara Healmie, banyakkan berkomunikasi dengan Allah, Dialah Dzat yang Maha Penyelesai Masalah dan Dialah Dzat yang sabaik-baik Pengurus. InsyaAllah hati saudara akan sentiasa dituntun olehNya dalam menghadapi apa jua persoalan hidup.Dekatilah Dia, mangadulah padaNya, insyaAllah hati saudara akan menjadi tenang.

  5. Sebelum saya terlupa, ucapan jutaan terima kasih saya atas segala usaha yang telah ustaz curahkan dalam menyebarkan ilmu dan berkongsi pengalaman. Juga atas usaha membantu insan-insan seperti saya yang memerlukan bimbingan dan pengajaran.

    Semoga Allah sentiasa bersama kita di sini dan di ‘sana’…amin!

  6. ncj says:

    Tertarik dengan ayat Ustaz di akhir entri. “Kefahaman itu adalah REZEKI” . Terus terang saya katakan amat sukar mahu berbincang secara ilmiah di facebook.

  7. Ummu Saifullah says:

    Assalamualaikum

    Saya dan 5 orang adik beradik, samada lelaki ataupun perempuan, bernikah ketika masih di universiti bersama pasangan yang sebaya. Kami semua berjaya dengan cemerlang. Setelah 24 tahun berkahwin saya dikurniakan 2 orang anak yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Qur’an dan meneruskan pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan perubatan. 2 orang lagi anak yang masih di bangku sekolah juga cemerlang akhlak dan akademik. Perhubungan dengan suami masih seperti dalam bulan madu. Soalan yang saya tanya kepada diri sendiri, “What we have done right?”. Ketika saya mengambil keputusan untuk berkahwin ketika usia muda bersama pasangan yang sebaya, apa yang saya fikirkan? Banyak yang saya fikirkan tetapi satu sahaja saya tidak pernah fikir iaitu masalah ekonomi keluarga kerana percaya bahawa rezeki Allah itu ada dimana-mana. Mahar saya cuma satu set tafhimul Qur’an dan saya hanya mengeluarkan belanja USD30.00 untuk majlis perkahwinan saya. Mungkin boleh collaborate dengan ustaz untuk berkongsi rahsia kejayaan berumahtangga.

    • Abu Saif says:

      Waalaikum al-Salaam WBT.

      Benar kak. Akak sekarang sudah mampu melihat dari kaca mata seorang ibu dan saya menumpang gembira mendengar kejayaan yang dicapai.

      Di usia pertengahan 30′an, pandangan saya hanya pandangan seorang abang, dan seorang naqib yang makan hati berulam jantung melihat rumahtangga adik-adiknya menuju kehancuran. Salah mereka bukanlah mereka berkahwin awal. Silapnya ialah, mereka lambat matang dalam menguruskan cabaran.

      Saya juga bersedia, jika satu hari ini anak-anak saya mahu berkahwin pada usia muda. Insya Allah saya dan isteri tidak akan menjadi penghalang atas sebab-sebab yang remeh temeh. Justeru apa yang saya silibuskan kepada anak-anak, mudah-mudahannya, ialah menyegerakan AQIL dan bukannya BALIGH semata-mata. Sukar sekali berbincang dengan anak muda yang sempurna BALIGHNYA tetapi AQILnya masih dalam buaian

  8. asrar says:

    aduh sakit hati saya baca tulisan akhi yang nama dia diblank kan. Nak juga menang. Macam inilah kesimpulannya, kalau tengah berlajar atau rasa tak kukuh lagi segala-galanya dan rasa tiba-tiba nak bercouple atau bernikah, nasihat saya ‘ Kalau tak ada beban, mahu cari beban, saya kategorikan kamu sebagai bebal’. Perkahwinan bukan penyelesaian pada sesuatu perkara, tapi mungkin permulaan kepada satu masaalah kalau tak kena gaya.

  9. faizal says:

    salam ustaz.
    terima kasih untuk info yang menarik. kerana kefahaman yang ustaz berikan kpd sy dan pembaca yg lain,
    memang berkahwin bukan perkara yang main2.perlu kuat dari banyak segi,agama, ekonomi, jati diri dan sebagainya.

    sememangnya,perjalanan saya ke arah itu masih lagi jauh…hehehe..

    wsalam

  10. tariq_ziad says:

    hmm..nak buat apa-apa pun..
    pastikan ada bersama rasa taqwa yang mendalam
    biarpun benda tu mungkin sesuatu yang baik, tapi memberi padah bila tiada rasa ubudiyyah mengiringi

    jazakallahu khair ustaz

  11. [...] This post was mentioned on Twitter by bukhariramli. bukhariramli said: @syazwinasaw uuuu, ada komen kau kat sini http://bit.ly/bhN6He [...]

  12. shah says:

    Assalamualaikum.

    Termenung sebentar memikirkan bagaimana ustaz mencari kekuatan bersabar untuk menjawap soalan-soalan dan ulasan-ulasan tentang topik ini. Kalau tak silap topik/case sebegini ustaz pernah tulis sebelum ini secara langsung atau tidak langsung. Mungkin ada diantara mereka belum berpeluang membacanya lagi kot.

  13. abu_humaira says:

    Assalamualaikum.

    Saya sangat setuju dengan pendapat dan pendirian ustaz bab nikah awal ni.

    Saya pun nikah awal masa kuliah dulu. Terkejut dengan cabaran rumah tangga. Macam-macam dugaan dan ujian yang menimpa.

    Tetapi alhamdulillah saya sentiasa melihat dan mengambil yang positif dari segala kejadian. Tarbiyah dari kehidupan adalah tarbiyah yang terbaik. Ia mematangkan saya, tetapi harganya ‘mahal’ sekali.

    Bagi saya, ada orang yang mengambil jalan yang ‘sukar’ untuk memahami maksud ustaz. Mereka hendak juga melalui perkara yang orang yang ber’pengalaman’ cegah. Tetapi akhirnya mereka juga akan bersetuju dengan ustaz. Macam saya.

    Andai ada orang yang hendak bernikah masa kuliah jumpa saya dan saya tengok dia lebih kurang saya sahaja masa saya nikah dulu, saya akan pegang bahu dia, tengok mata dia. Saya akan cakap:

    “Ya akhi, sabarlah dan kukuhkanlah kesabaran”

    • budak U yg keliru says:

      orang kata, nak tahu realiti kahwin awal bertanya kepada yang dah melalui.
      Saya tak bersedia untuk berkahwin awal tapi dipaksa untuk bertunang ketika masih belajar lagi dan akan berkahwin tahun depan. Namun, hati saya sering menolak pertunangan ini walaupun puas saya buat solat istikharah dan berdoa. Kesannya pelajaran saya sabgat terganggu terutama waktu peperiksaan.saya sering terpikir bagaimana keadaan saya bila kahwin dan saya tak rasa saya mampu taati bakal suami saya sebab saya dipaksa sampai begini sekali.
      Orang kata, kalau kita tolak pinangan lelaki baik, akan datang fitnah. Atas dasar itu ayah saya bertegas dan paksa saya menerima pinangan kawan seuniversiti dan kami ada 4 tahun lagi nak habiskan pengajian, sedangkan saya tak bersedia dari semua segi.
      Saya rasa sangat tertekan.
      Ayah saya kata tak sebab dari segi syariat utk saya tolak lelaki@putus tunang dan jangan ikut telunjuk nafsu. Tapi, saya memang sangat2x tidak bersedia. Apa yang saya perlu buat ustaz.

  14. abu harith says:

    Salam,

    update sikit perbincangan tajuk ini dengan sedikit analisa daripada hadith berkaitan talak yang sering ditimbulkan apabila isu2 seperti ini timbul.

    http://majalahtantri.wordpress.com/2009/01/21/kritik-hadis-%E2%80%9Dtalak-dibenci-allah%E2%80%9D-%E2%80%9Ctalak-menggetarkan-singgasana-tuhan%E2%80%9D/

    • sirqalbi says:

      salam…saya paham maksud ayat ustaz walaupun tak sepenuhnya.
      Sebenarnya, saya ada mengenali satu pasangan muda yang sudah terlanjur. Ibu bapa mereka tidak tahu sehinggalah si perempuan itu mengandung. si ibu perempuan itu mengambil jalan mudah dengan mengahwinkan mereka. Sepanjang perkahwinan mereka selalu bergaduh kerana masalah ekonomi (kerana kedua-duanya masih belajar) dan pernah bercerai sekali tetapi rujuk kembali.
      Mungkin ini yang apa ustaz mahu maksudkan…mereka berkahwin dalam keadaan rendah ilmu dan agamanya…maka penceraian adalah perkara biasa bagi mereka.
      Walaupun subjek yang saya tunjukkan berbeza iaitu mereka berkahwin kerana terpaksa (perempuan itu sudah mengandung) bukan kerana tidak sabar tetapi sebab munasabab penceraian adalah sama iaitu kurangnya AKHLAK , ILMU dan AGAMA.waallahu’alam

  15. ummuhanan says:

    Salam ustaz…blh x us p’bincangkan @bg pandangn tntg Perempuan yang telah m’jd isteri no 2@3…. sjauh mane hikmah’y dalam Islam. waqi’ skrg perempuan lbh ramai drp lelaki. Empunya diri sdg dilamar tuk jd isteri no 3… Please us.

    • mohd fakir says:

      wah..shortform sms ke ni? bagaimana nak bertanya soalan, tapi tidak memudahkan ustaz memahami apa soalannya?

  16. shahadan says:

    sebelum saya baca entri ini, saya telahpun menangis menghayati penceritaan anthony memeluk islam.

    jadi nak relate sini, nikah kawin pun patut ada persediaan sebagaimana persediaan memeluk islam.

    kalau tergopoh gapah, sukar untuk berada di paksi kebenaran. sesungguhnya sabar adalah suatu nikmat.

    saya baru jer dlm berkenalan dalam dunia facebook ini.

  17. amir raihan says:

    Salam buat semua. Perbincangan yang baik saya rasa. Manusia itu pelbagai. Kita tak mampu untuk berfikir 360 degree, jadi sama-sama kongsi untuk cari solusi.

  18. nafzh says:

    salam, isu yg tak selesai, trend di U saya menggalakkan kahwin awal. saya tak pernah bercouple tapi di lamar seorang lelaki yg boleh dikatakan baik dan masih belajar lagi. Ayah saya seorang yg sgt pertahankan syariat. Dia setuju dan suka dengan lelaki tersebut, tetapi saya tak bersedia lagi. Atas desakan saya dipaksa bertunang dan hal ini membuatkan saya sangat tertekan, dan pelajaran saya agak terganggu. Bukan saja saya jadi fobia dengan perkataan kahwin, malah saya fobia dengar nama tunang saya. Desakan dan paksaan membuat saya sangat tertekan, saya tak tahu nak buat macam mana.

  19. hudhud says:

    Kewujudan ‘Baitul Muslim’ di kampus pun mewujudkan bnyk ‘masalah’ dari penyelesaian. Baik dari segi teori mahupun aplikasi.

    Ada yg mengamalkan bagi gambar pada naqibah masing2 lepas tu students jemaah lelaki akan pilih yg ‘sesuai’. Yg peliknya, perempuan takde pulak diberi kuasa memilih tersebut.

    • Abu Saif says:

      perlaksanaan konsep baitul muslim yang salah di kampus itu, jadi fitnah kepada agama dan institusi baitul muslim. naqib, mas’ul dan jemaah itu mesti bertaubat!

  20. aliyyah says:

    saya rasa uztaz berfikiran begini kerana uztaz sendiri tidak kawin sms belajar, maka uztaz tidak faham the needs kawin sms belajar tu. uztaz tidak dpt memberi pendpt di sini.

    • Abu Saif says:

      Rasulullah SAW tidak pernah ada pengalaman menjadi anak kepada bapa, dan hanya sempat beberapa tahun sebagai anak kecil sebagai ibu >>> tidak layakkan baginda memberikan nasihat tentang tugas anak menghormati ibu bapa?

      Isteri-isteri Baginda juga tiada pengalaman bermertuakan ibu dan bapa Rasulullah SAW kerana baginda anak yatim >>> tidak layakkah Rasulullah SAW bercakap tentang pengurusan hubungan menantu vs mertua?

      saya pernah menjadi student. semasa saya menjadi student saya juga adalah lelaki yang ada nafsu, terganggu dengan kecantikan wanita, tertekan bila kawan-kawan yang lain kahwin, seronok timang anak kawan, dan berpuasa untuk mengawal nafsu.

      cuma saya memilih untuk tidak kahwin semasa belajar. dan saya bukannya menentang kahwin semasa belajar. yang saya tegur ialah kahwin tergesa-gesa tanpa persediaan yang baik.

      aliyyah, aliyyah dan ammar di bawah, cuba faham balik apa yang saya tulis.

      by the way, saya tak pernah masuk hindu maka saya tak boleh memberikan apa-apa pandangan sehingga saya pernah menjadi hindu? begitu ke?

  21. aliyyah says:

    maaf ye uztaz…tp sgt sukar sekiranya kita bercakap bg pihak org lain, esp apabila kita tidak melaluinya sendiri.

  22. ammar says:

    maaf ye uztaz…tp sgt sukar sekiranya kita bercakap bg pihak org lain, esp apabila kita tidak melaluinya sendiri.

  23. maverich says:

    “kebahagiaan itu adalah bersyukur kpd apa yg ada bukan merungut dgn apa yg tiada dan belum ada”

    ustaz , apakah cara terbaik utk menjadikan statement di atas menjadi habit kehidupan kita…

    saya amat percaya jika statement di atas dpt diaplikasikan dlm kehidupan rumahtangga, nescaya kita akan bahagia.

  24. hilmi says:

    apa yang hendak disusahkan? mesejnya fikir masak-masak dulu sebelum kahwin. itu saja!

    ada saja yang ingin menyalahtafsirkan statement itu.

    • Abu Saif says:

      ada orang pilih jalan susah untuk sesuatu yang mudah untuk difahami.

      • zairin says:

        Bak kata ustaz, sesungguhnya, kefahaman itu adalah REZEKI. Saya sangat bersetuju dengan statement ini. Semoga Allah sentiasa memudahkan kita untuk memahami sesuatu perkara itu.

    • darul says:

      salah satu point yg saya faham, kalau tidak mampu, masih belajar, tiada kewangan sendiri, nak gune duit mak ayah, better jgn kahwin lagi. cari masalah namanya… walaupun jalannya dituntut syari’at, tapi kita mempunyai pilihan…

      betul tak ustaz? syukran.

  25. Siti Hajar says:

    Salam Ustaz,

    Bila baca tulisan ustaz ni tergerak hati saya utk bertanyakan pandangan…
    Saya berusia awal 30′an. Belum berkahwin. Adik saya berkahwin dulu dari saya telah dikurniakan seorg cahaya mata.

    Persoalannya sekarang ini ialah saya sudah bersedia utk mendirikan rumahtangga cuma jodoh shj yg tak kunjung tiba. Bukan melambat2kan perkahwinan. Orang kata saya memilih…tapi kalau tak pilih takkan nak main tangkap muat je. Ini soal teman sepanjang hidup.

    Kekadang cemburu juga bila melihat yang adik saya tu dah berkeluarga, ada suami dan anak utk berkongsi kasih….tak sabar nak berkeluarga…Kekadang terbit juga di hati… tengok pasangan yg tak sampai setahun nikah dah bercerai berai…byk masaalah…takut pulak nak kawin…Macamana ni..

    Org sekeliling asyik cakap… usaha…usaha…setiap kali selesai solat… memang tak henti2 berdoa agar ada jodoh utk saya… tapi selain berdoa, usaha yang bagaimana lagi yg perlu saya lakukan… boleh tak ustaz bagi pandangan…

    • bakal kahwin says:

      siti hajar,
      saya berumur 27 tahun,pun lom kahwin lagi..tapi mmg dah ber plan.
      saya nak kongsi pengalaman saya.
      saya faham apa rasanya jd pompuan lmbt kahwin ni..dulu,nangis tengah malam,takda sapa tahu sunyinya hati.tapi kita jgn putus asa..doa doa doa…
      doalah di sepertiga akhir malam,waktu ini ALLAH kabulkan permintaan kita.

      siti hajar,
      cara saya.kita sibukkan diri kita dengan banyak aktiviti.saya bagi contoh
      1.boleh join aktiviti 2 di masjid atau surau.banyak yg best macam belajar haji/urus jenazah/tajwid/kdg2 surau ada buat majlis bole join masak2/bubur asyura/terawih dan moreh
      2.join aktiviti kemasyarakatan cth mercy/kempen jauhi zina/rumah org tua/rumah anak yatim
      3. banyakkan main dengan anak2kecil.hati terhibur,memupuk hati lembut.ziarah rumah makcik2/sedara yang ada anak kecil..

      siti hajar,
      juga perbaiki penampilan kita.kalo dulu maybe cakap/lenggok bahasa kasar sedikit..mungkin boleh dimolekkan sedikit.
      jaga kebersihan diri,rapikan penampilan.pergi spa,rawatan rambut..manjakan diri
      bila kita dah hargai diri,ia akan bentuk aura positif yg akan tarik aura positif.

      siti hajar,
      bersangka baik pada ALLAH.
      ALLAH MAHA MENGETAHUI.ALLAH MAHA MENDENGAR setiap rintihan hambaNYA…
      semoga berjaya…
      jom kita hadapi hidup ini dengan tabah..

      • comel says:

        Mungkin Siti Hajar boleh amalkan baca Yasin dan surah al-Waqiah setiap malam, sambil mempertingkatkan kebaikan dalam diri, membetulkan niat hendak kawen :)

  26. anna says:

    Sukar sekali berbincang dengan anak muda yang sempurna BALIGHNYA tetapi AQILnya masih dalam buaian. Benar ustaz. When it comes to marriage, sukar sekali bertemu dengan lelaki yang benar-benar punya sifat tanggungjawab.

    Bila sudah berkahwin, bila cabaran rumahtangga mula muncul, lalu sang suami dengan mudah angkat kaki meninggalkan isteri dan anak-anak kerana merasa lemas terbeban dengan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Mencari jalan mudah untuk keluar dari masalah dengan cara menceraikan isteri, bermodalkan alasan cliche yang amat mudah, “SUDAH TAK ADA JODOH” lalu keluar berlibur bersama teman-teman.

    Lelaki jenis ini memang saya rasa nak humban je dalam sungai.

  27. ami says:

    salam.. nak sambung sikit boleh…

    “Perkahwinan itu bukan perlawanan bola sepak. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, terus disepak sekuat hati sejauh mungkin. Sebaliknya perkahwinan itu biarlah seperti permainan ragbi. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, dipeluk digenggam dan tidak dilepaskan sama sekali..hingga ke garis penamat (touch point)… biar nyawa bercerai badan..” :)

  28. liyana says:

    assalamualaikum ustaz..

    ingin sy kongsi cerita..berlaku pd keluarga sy..abg sy n seorg ppuan tlh bkahwin smsa study di luar negara. dan keluarga kami hnya tahu 5 bulan slps perkahwinan itu. walaupun hati ibu sgt tguris, tp atas alasan agama n dakwah yg pjg lebar kpd kami yg naif ini, kami dpt menerima perlahan2..
    walaubgimanapun, pceraian blaku slps pulang ke msia. usrah ke mana, dakwah ke mana. anak berusia 4 thn kini mjd mangsa n tggl bsama ibu sy.
    sy tak pernah menghalang atau mceritakn hal ini kpd kwn2.krn kawen bnda baik.U kami juga bdakwah n bkempen utk nikah. nikah nikah nikah.
    pndpt sy, tak slh siapa yg mahu bkahwin awl. tp fahamilah betul2 islam.bkn itu saja, byk cabaran akan dtg. buat apa excited kawin awl, kemudian failed exam2 nya. apa yg pnting, jauhi maksiat. dalami ilmu agama. penatlah, hari2 dgr kwn2 suruh kawin..crita yg manis2 psl pkahwinan..sy bknla serik dgn cerita abg..tp tgu la tamat study ni..lgpn, blum ada calon yg sesuai..hehe

  29. hannah says:

    kpd smua, jgn putar belitkan maksud ustaz. pandangan sy, siapa yg sudah mpyi teman..bersegeralah..drpd berdating, ber2-2an..lbeh baik bernikah.
    kpd siapa yg tdk mpyi teman, habiskan study dl. xperlu tgesa2..
    bak kata ustz dahulu “jgn tergesa-gesa.jgn bertangguh-tangguh”

    wallahualam.

  30. abu zharr says:

    ustaz, apa pndgn ustaz..sy seorg muslim yg sudah tertarik dgn seorg muslimah. persoalannya, ibu bapa sy melarang pkahwinan smsa blajar ni. sy berpuasa utk melawan nafsu. tdk keluar berdua2an utk mengelakkan fitnah. ttpi kdgkala bersms n bhubungan via YM. namun, gesakan naqib2 utk sy segera bnikah. sy runsing. seorg sr yg rapat jg kerap mencanangkan kebaikan n keseronokan munakahat itu sndri. disbbkn terlalu tertekan, sy pernah smash sr itu dgn “kau org kaya, mak ayah sponsor pkahwinan boleh la.aku kna cr duit dl.at least ada slip gaji utk buat pinjaman.”
    namun, slps itu, sy dituduh sbg seorg yg membelakangkan agama. digesa nikah dahulu. dan ayah ibu sy menentang pkr itu. persoalannya, adakah sy slh krn tlh berteman ttp tdk menpercepat pnikahan, iaitu akad shj sdgkn pnikahan itu mdapt tentangan keras ibu bapa? slhkah sy jika membelakangkn ibu bapa dlm hal ini?

  31. bakal kahwin says:

    assalammualaikumwarrahmatullahhiwabarakatuh..
    saya berumur 27 tahun.sebelum ini saya selaluuuuuu tension sebab dihimpit soalan bila nak kahwin.jgn jadi andartu etc,… maslahnya,org lain tak fhm masalah saya.saya anak yatim.saya perlu uruskan keluarga dahulu then baru diri sendiri.maklumlah kalo pompuan dah kahwin,susah nak komitmen wang pada keluarga sebab dah nak utamakan family sendiri.dan saya bukan sengaja lambatkan kahwin..ikutkan hati,kalo saya jupe anak raja,esok gak kawin.
    Perempuan mana yang tak teringin nak kahwin?nak ada anak dan suami yang setia?
    kepada masyarakat diluar sana,fahami dan beri galakan dan bukannya kata sinis dan sindiran. ikutkan hati umur 23thn dah nak kahwin tapi jodoh blum sampai..gane nak buat ek?

    kepada kawan2 yg belum ketemu jodohnya,tabahkan hati,berusaha dan jangan berputus asa memohon rahmat ALLAH.

    saya faham apa yang ustaz maksudkan.
    senang aje. saya dah merasa cabaran hidup bujang.macam mana rasa setiap kali balik kg kena perli sebab tak kahwin lagi..mcm mcm kutukan,tapi saya sedapkan hati sendiri .LAMBAT KAHWIN TAK SEMESTINYA TAK BAHAGIA!!
    sementara tunggu jodoh,penuhkan tabungan anda,mantapkan ilmu dan kerjaya..jadi bila dah sampai masanya hidup pun dah stabil..nak kemudi family pun nanti hati ringan … betul tak? jangan asyik merengek aje mintak tolong mak kahwinkan.. hadoooi….
    alhamdulillah hujung tahun ini bakal merasa hidup bersuami.itupun selpas saya dan pasangan dah setelkan hal family masing2 dan adik2 yg masih bersekolah.bagi kawan 2 diluar sana yg tak sabar2 nak kawin.SABARLAH! APA YANG PALING UTAMA ,YG PENTING,SEMASA BUJANG BUKAN PERSOALAN DAH ADA BOYFREN KE BLUM,BILA NAK KAHWIN YANG PERLU DIRISAUKAN TAPI.. BAGAIMANA KITA MENJAGA KESUCIAN DIRI KITA SEBAGAI ANAK DARA / BUJANG SEBELUM KITA DIMILIKI OLEH PASANGAN. JAGA DIRI.JAGA DIRI DAN JAGA DIRI.MASA KITA BERPASANGAN AKAN TIBA. BAGI NAK KAHWIN.MARILAH KITA BERSEDIA.BE PREPARED FOR YOUR MARRIAGE NOT YOUR WEDDING.BERSEDERHANA JGN MEMBAZIR. BAGI YANG DAH BERKAHWIN.. TERUSKAN BERMAIN RAGBI DAN JGN JOIN GAME BOLA SEPAK.

    sabar!!

  32. azira says:

    Salam

    dari facebook lagi saya rasa agak geram dengan ayat-ayat (adik-adik tentunya saya kira) yang cuba memberontak dengan apa yang (pernah dulu pun) Ustaz cuba sampaikan untuk kebaikan institusi rumahtangga. kenapa cuba cari jalan susah untuk faham perkara yang sudah terang disuluh?

    saya rasa apa yg Ustaz cuba sampaikan melalui pemerhatian dan pengalaman boleh dijadikan modul lengkap untuk mereka yg tercari-cari jawapannya. kecuali mereka yang terlalu robotik & tidak boleh berfikir sendiri dengan baik (formula baru pula harus dicari menangani mereka ini). saya pun memilih untuk berkahwin selepas belajar dan memahami konflik (ingin/terpaksa berkahwin semasa belajar) sbb saya sudah pun melaluinya.

    cuma saya tak amat tak faham trend di uni yang menggalakkan pelajar-pelajar nikah semasa belajar. yang menggalakkan tu sudah cukup ilmu di dada ke?

  33. azira says:

    Salam

    dari facebook lagi saya rasa agak geram dengan ayat-ayat (adik-adik tentunya saya kira) yang cuba memberontak dengan apa yang (pernah dulu pun) Ustaz cuba sampaikan untuk kebaikan institusi rumahtangga. kenapa cuba cari jalan susah untuk faham perkara yang sudah terang disuluh?

    saya rasa apa yg Ustaz cuba sampaikan melalui pemerhatian dan pengalaman boleh dijadikan modul lengkap untuk mereka yg tercari-cari jawapannya. kecuali mereka yang terlalu robotik & tidak boleh berfikir sendiri dengan baik (formula baru pula harus dicari menangani mereka ini). saya pun memilih untuk berkahwin selepas belajar dan memahami konflik (ingin/terpaksa berkahwin semasa belajar) sbb saya sudah pun melaluinya.

    cuma saya amat tak faham trend di uni yang menggalakkan pelajar-pelajar nikah semasa belajar. yang menggalakkan tu sudah cukup ilmu di dada ke?

  34. lembu tersedak says:

    sangat menarik perbincangan di atas. saya dengan mata hati menyokong 100% idea dan pendapat yang dikemukakan ustaz. saya agak tidak bersetuju dengan dengan sesetengah remaja yang kepingin untuk kahwin awal, tetapi hanya beralasankan idea yang sangat rapuh.kalau hanya memandang kahwin dengan sebelah mata, kebarangkalian penceraian untuk berlaku selepas perkahwinan adalah besar. oleh itu, sediakan diri secukup-cukupnya sebelum melangkah ke alam perkahwinan, jika benar redha Allah yang kita cari. wallahu’alam

  35. abu_humaira says:

    Orang yang dah ‘rasa’ dia ‘faham’ agama pun kena fikir panjang kalau nak bernikah masa kuliah.

    Apa ukuran bagi ‘kefahaman’ tersebut?

    Adakah benar sekiranya nikah, maka hati akan jadi tenteram dan seterusnya dia boleh cemerlang dalam pelajaran? Adakah semudah itu?

    Selagi kita hidup, Sunnatullah dan Syariatullah akan sentiasa mengikat diri kita.

  36. Rupa-rupanya, selama ini seorang pensyarah saya adalah pengikut setia tulisan-tulisan ustaz :)

    Saya dapat A subjek dia sem lepas. Thanks Sir Azmir :)

  37. adros says:

    Tulisan Utz mendedahkan Anoloji & Falsafah seperti mana stail penulisan Pak Din 31… Pernah saya terbaca nada sinis warga AFN yang ‘tidak menyukai’ tulisan Pak Din 31 yang dikatakan terlalu berfalsafah?

  38. pak din 31 says:

    Terima kasih atas peringatan Ustaz di FB (dalam artikel), “… Krisis dalam masyarakat kita sudah berkahwin masih BERZINA …” yang mengingatkan saya kepada AL Wayl.

    Saya tidak terkilan dikatakan berfalsafah, malah tidak tertekan dikatakan berfalsampah (oleh mereka), kerana perkataan dan ayat tidak dipaksa keluar dari minda.

    Rasa takut juga nak terima ‘terima kasih’, dari apa yang saya tulis, tetapi lebih takut memikirkan apa yang perlu dijawab apabila di Mahkamah nanti, sekiranya tak menulis?

    Saya kira bukan stail penulisan Ustaz yang ‘seperti mana’ saya, tetapi lebih kepada saya menserasikan kerangka pemikiran kepada stail Ustaz.

    Bila difikirkan tentang pendek akal, (terutama tentang Sunnah) saya merasakan lebiah kepada ‘khatam’, seperti ditegur dalam Al Quran.

    Maka terasanya pembaca sebagai berfalsafah, adalah ukuran kepada panjang-pendeknya akal yang terlibat, kerana, bagi saya ianya ‘a normal cup of tea

    Index 5

    “Iman Taklid … mudah disebut, sudah dicabut dari pegangan,” sepatutnya berbunyi “Iman Taklid … mudah disebut, susah dicabut dari pegangan,”

  39. muhammad faizal says:

    haishhh…pelik betul melihat masih ada orang yang nk mempersoalkan mesej ustaz…jelas ya amat dah tuu…bila dah ‘agak’ faham, nk meng’complex’kan pulak…brrr….~~pilih jalan yang mudah untuk memahami mesej yang mudah.~~( copy ayat ust balik ) ^_^

  40. pak din 31 says:

    Setuju dengan cadangan ‘jangan disusahkan benda yang mudah’, kerana kesuluruhan kehidupan ini asasnya adalah satu permainan besar.

    Kemajuan yang dibanggakan Muslim sekarang ini juga dicapai, kerana ramai yang tidak mahu bersusah payah memikirkan pekara yang rumit.

    Tidak kurang juga yang berpegang kepada ‘Allahu ‘alam – Allah yang mengetahui segalanya’, maka mereka tidak mahu mencari perincian kepada apa yang ditarbiahkan.

    Bukan tujuan asal untuk meng’complex’kan yang mudah, tetapi kerana tidak mahu mempermainkan kehidupan walaupun Allah memberitahu ianya satu permainan.

    “kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” dengan mempermudah dan mengambil mudah segalanya.

    Maka tepuklah ‘kepala tanya akal’, agar kita tidak tebawa-bawa dengan taklid peribahasa, ‘tepuklah dada tanya selera’

    Index 5

  41. aliyah says:

    salam.
    saya antara pelajar yg berkahwin semasa belajar..bg sy,perkahwinan semasa 23tahun tidaklah terlalu awl.Tmbhn pula,suami sy tlh bekerja & punya pendapatan tetap.Alhamdulillah,keluarga pula mmg m’galakkan memandangkan kebanyakan abg & kakak pun berkahwin semasa belajar.Namun,perlu diingat…bnyk dugaan yg perlu ditempuh….Ikatan hati krn Allah…Ape yg terbaik,hubungan dgn Allah mesti dijaga.Apa yg kita lakukan mestilah diredhoi oleh ibu & ayah. Ilmu agama penyuluh hidup~Smoga Allah berikan hidayah kpd kita semua~

  42. lina says:

    masalah sy dan suami masing2 menyesal di atas perkahwinan yg telah 3 tahun.apakah perlu dirujuk ke mahkamah

  43. ara says:

    apabila seorang lelaki ingin mengahwini teman wanitanya yang sepatut 6 bulan(nov) akan datang dicepatkan ke 2(jul) bulan, atas sebab bekas kekasihnya akan berkahwin dengan lelaki lain dalam masa 4 bulan(sept) ini.adakah ini salah satu daripada kahwin tergesa2?(lagipun mereka masih belum bertunang)

  44. me says:

    Assalamualaikum ustaz..
    saya ingin bertanya…saya ada masalah dengan suami saya kerana sifat panas baran dan suka maki hamun saya dan keluarga saya…hampir2 nk bercerai tapi kami teruskan jugak perkahwinan…kami cuba untuk berubah namun, saya masih tidak boleh menerima apa yang suami saya lakukan pada saya..tambahan pula keluarga mertua pandang serong terhadap saya dan keluarga..apa patut sy lakukan…tq

Leave a Reply