Bahasa Akal Bahasa Hati

“Harry, open the door!”
“Harry, can you please open the door!”
Dua ungkapan dengan maksud yang sama, tetapi menghasilkan kesan yang berbeza.
Semasa saya kecil, Sesame Street adalah salah sebuah rancangan televisyen yang amat saya minati. Salah satu episod yang masih segar di ingatan saya ialah “The Magic Word“.
“The Magic Word” bertujuan mengajar kanak-kanak supaya menggunakan perkataan-perkataan yang sopan terutamanya apabila meminta pertolongan. Perkataan please, kindly dan yang seumpama dengannya adalah “The Magic Word” yang dimaksudkan.
AKAL DAN HATI
Saya sentiasa berhati-hati agar jangan perkataan saya menyinggung sesiapa. Maka saya juga mengharapkan yang sama dari orang lain. Ia adalah fitrah manusia. Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik. Hati memproses emosi.
Akal dan logik menghasilkan tahu.
Hati dan emosi mencetuskan mahu.
Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut “Ali, buka pintu tu”, ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu.
Tetapi arahan yang hanya mempedulikan akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.
Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti “Ali, tolong bukakan pintu tu. Terima kasih!”
Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedemikian rupa, berbanding arahan pertama?
Saya yakin, kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan “buka pintu” memberitahu akal, manakala perkataan “tolong” dan “terima kasih” menggerakkan hati.
Tidak bolehkah peraturan semudah ini kita amalkan dalam hidup?
LUQMAN DAN BAHASA KASIH SAYANGNYA
Lihat sahaja bagaimana Luqman menasihati anaknya. Beliau mulakan ungkapan nasihat itu dengan lafaz “Ya Bunayya“, yang boleh dimaksudkan sebagai “wahai anakku sayang”. Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai bapa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa yang mengungkapkannya, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.
Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan lupa yang itu. Jangan hanya mengeluarkan arahan, tetapi manfaatkan fitrah manusia yang ada perasaan.
BAHASA TERHAKIS
Saya semakin merasakan betapa generasi hari ini semakin tidak mempedulikan bahasa. Tidak pandai berbahasa. Tidak bijak menutur kata. Saya tidaklah mengharapkan bahasa bangsawan atau sastera. Tetapi cukup dengan bahasa “The Magic Word” yang sudah begitu sebati dengan adat resam dan budaya kita.
Lihat sahaja pada mesej-mesej di shoutbox dan komen. Saya tidak bermaksud mahu memperlekeh sesiapa, tetapi saya tidak enak membaca tulisan yang tidak manusiawi. Tidak cerdik berkata-kata. Apakah kerana generasi muda hari ini semakin banyak berhubung di alam virtual, maka mereka menjadi tuli terhadap nilai-nilai kemanusiaan pada bahasa dan perhubungan?
Sengaja saya cetuskan Sesama Street sebagai muqaddimah kisah ini kerana saya ingin menunjukkan kepada pembaca betapa masyarakat Barat, masih ramai yang particular dan mengambil berat tentang hal ini. Mereka mengajar anak-anak mereka berbudi bahasa.
Bagaimana dengan kita yang Muslim ini? Islam yang mengajar kita bahawa muka dan bahasa yang manis itu adalah suatu kebajikan. Bagaimana dengan Melayu yang suka dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa?
Sudikah kalian memikirkannya? Terima kasih.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 years ago
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Memang kalau hendak diikutkan, nenek moyang kita dahulu cukup beradab dan berbahasa dalam percakapan seharian, contohnya dalam ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam bahasa bangsawan. Membahasakan diri dan sebagainya. Kadang-kadang time nak bergaduh pun still lagi guna bahasa yang berbunga-bunga.
Masyarakat sekarang lebih mementingkan mesej yang hendak disampaikan dengan menyatakan dengan ringkas,cepat dan padat. Mungkin perlu untuk beberapa hal dan keadaan tetapi kalau memang tak ada ruang langsung untuk menghargai bahasa memang cukup menyedihkan. Dan sememangnya untuk mendidik masyarakat berkenaan hal ini perlu bermula sedari kecil lagi. Tapi kalau mak ayah pun memang tidak mempraktikkan perkara ini di rumah, bagaimana mahu mendidik anak-anak tu yer
sama-sama la fikirkan insyaAllah, moga kita lebih berJIWA dalam berBAHASA
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Satu tulisan yang amat rapi menunjukkan garis pemisahan antara ‘budi, bahasa dan tingkah laku’,tahniah Ustaz. Ulasan dalam bentuk yang sama dapat di baca dalam blog Pak Rustam A.Sani http://lokakarya-rustam.blogspot.com/2007_04_01_archive.html di bawah tajuk ‘Singa AF: Mengaum atau sekadar mencakar-cakar?’. Di sini dapat diungkapkan bahawa ‘Budaya Melayu Amat Lemah Dalam Mengucapkan Pemikirannya’. Hilangnya bahasa pengucapan lunak ini perlu kita tangani untuk membina bangsa yang berakhlak serta bertamadunkan Islam yang jelas.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamu’alaikum ustaz,
in almost all of your entries, the concepts of “tahu” and “mahu” had been the central of discussion. Has there been any books that you have read before that had influenced you greatly in this respect? I have trained myself to “know”, i’m still trying to teach myself to “want”.
i hope to get your reply soon
syukran jazilan
aiman
aiman_supreme@yahoo.com
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
artikel yang bagus. terima kasih ustaz. semoga revolusi sikap dan minda berjaya.
ustaz, nak online saifulislam.com atau saifulislam.com??
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
InsyaAllah. Saya akan cuba melembut dan melunakkan bahasa harian saya. Terasa juga bila membaca artikel ini…….. Saya pun minat Sesame Streets pada zaman kanak-kanak dahulu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam.
Saya setuju dengan ustaz. Adab bila bercakap dan menulis perlu dititik beratkan. Anak saya yang berumur 7 tahun pun dah pandai bagitahu saya ” ha, tahu tak pe”.
Its innocent tapi I took it as inappropriate bahasa antara ibu dan anak. I have to tell her, thats your language with your friends, not with your mum or dad.
Tapi ustaz, dalam pada itu, melihat dari perspective berbeza, saya juga berjumpa dengan ramai orang yang berbahasa penuh berhemah, tetapi penuh agenda tersembunyi.
Pada zaman sekarang, kalau kita dengar orang tidak tahu berbahasa, tidak sukar untuk endahkan sebab kita boleh menilai taraf pemikirannya, jadi malas nak melayan.
Tapi kalau bercakap dengan orang yang cukup pandai berbahasa ni yang susah. Lunak dan bersahaja di permukaan, wajah pun sentiasa tersenyum, tetapi setiap kata2nya, bila di-iya-kan, entah apa yang kita iyakan pun kita tak berapa sedar.
Bukankah yang tertipu selalunya kerana budi bahasa yang manis ?
Jadi saya selalu berhati-hati dengan mereka yang cukup pandai berbahasa. Tentu kepandaian berkata-kata dan bermuka manis ini meruntun hati kita mengingati sejarah kaum munafik memecah belahkan kaum muslimin sejak zaman khalifah yang empat lagi. Wallahualam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Teringat saya kisah saya memarahi adik saya. Rupanya itu memberikan kesan mendalam terhadapnya. Satu hari dia tak bertegur sapa dengan saya.
Lepas hari itu saya kurangkan bahasa ‘marah-marah’. Marah tu marah juga tetapi dalam bahasa yang lebih teratur dan sopan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
sudi..saya sudi
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam..
seketika saya terfikir…betul kah apa yang aku ucapkan…bekerja dalam persekitaran yang mencabar emosi, mengundang bahasa yang tak enak didengar..macam mana nak buat nii?…kekadang tu nyesal la dengan apa yang diucapkan…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
hmm..bab akhlaq nih..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya setuju dgn ustaz..
perlu sgt kite berbudi bahasa..bertutur dgn baik dan sopan..
terutama kdp mereka yg lebih tua
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
pepatah melayu berbunyi,
“orang berbudi, kita berbahasa
orang memberi, kita merasa.”
kebiasaannya kita akan mengharapkan orang lain membalas kebaikan dengan kebaikan. begitulah juga dalam konteks berbudi bahasa.
kata2 ustaz dlm artikel di atas saya sokong, kerana saya tidak selesa dengan orang yang tidak berbudi bahasa. jadi saya mencuba untuk tidak melayan orang lain sebegitu. cuma kadang2,orang lain tidak memahami kehendak tersirat saya itu malahan menjadikannya sebagai tiket untuk menyakitkan hati saya. perkara ini sangat menyedihkan; bagi pihak saya dan bagi pihak dia. mungkin dunia sekarang sedang bergerak ke arah budaya begitu. Wallahualam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
tiba2 terasa banyaknyer kekurangan diri…
Respond to this comment [with empathy]
about 6 months ago
Budi bahasa budaya kita. Slogan ini sering diuar-uarkan di TV. Di manakah berkesannya slogan ini kepada manusia. Kadangkala ucapan seorang tidak memikirkan hati orang lain. Apa-apa yang dituturkan oleh seseorang itu adalah untuk memuaskan hatinya yang sedang marah. Peristiwa ini berlaku kepada diri saya. Pagi-pagi yang mulia, saya telah disindir dengan kata-kata yang begitu terhiris. Pada saya perkara yang berlaku boleh dibincangkan. Sebenarnya perkara tersebut boleh diselesaikan dengan cara berbincang, tetapi hati yang marah tidak mengenal erti persahabatan.
Respond to this comment [with empathy]