Mohon Maaf Atas Gangguan Perkhidmatan Iklan

On 10/05/2010, in Pengumuman, by Abu Saif | 3,362 views | Print Print | Email Email |

Assalamualaikum WBT.

Pada April lalu, saya terpaksa mengambil tindakan drastik memberhentikan perkhidmatan pengiklanan kepada pelawat blog www.saifulislam.com ini.

Halaman ini mengalami masalah trafik yang sangat berat dan iklan-iklan yang ada telah menyebabkan muka surat hadapan blog ini bersaiz hampir 4MB dan ini telah menjadi punca kepada kesukaran ramai pihak untuk membuka blog Saifulislam.Com ini. Saya berusaha untuk mengawal hal ini tetapi berdepan dengan banyak masalah yang berada di luar kemampuan saya untuk menanganinya.

Antaranya:

  1. Pengiklan yang tidak mematuhi saiz banner yang telah ditetapkan. Ada yang menghantar banner dengan saiz 10 kali ganda berbanding saiz maksimum yang telah saya nyatakan. Saya memerlukan kepada masa yang banyak untuk mengedit banner ini, terutamanya bagi yang menghantar banner berilustrasi dalam format GIF.
  2. Pengiklan terus membuat pembayaran ke akaun saya sebelum bahan iklan dipersetujui.
  3. Kelemahan saya dalam mengawal rekod pembayaran, akad kontrak, pembaharuan kontrak, penamatan tempoh iklan dan proses edit banner yang kesemuanya saya lakukan sendiri di celah-celah tugasan yang lain.

Justeru itu, saya terpaksa memberhentikan serta merta penyiaran semua banner iklan pada awal April yang lalu.

Saya menyedari masih ada beberapa pengiklan yang kontraknya masih hidup. Sebahagiannya telah saya hubungi namun ada juga yang tercicir. Maafkan saya.

Oleh yang demikian, saya  memohon kerjasama kepada semua pengiklan yang masih berakad hidup pada tarikh 1 Mac 2010 agar menghubungi saya semula di alamat  untuk kemaskini maklumat. Saya akan menyiarkan kembali semua iklan yang sudah berbayar untuk bulan-bulan berbaki yang belum disiarkan, Insya Allah. Walau bagaimana pun, perkhidmatan iklan tidak akan diteruskan lagi kerana saya tidak mempunyai kapasiti untuk mengendalikannya untuk jangka masa terdekat ini.

Sila nyatakan:

  1. NAMA ANDA
  2. ALAMAT BLOG PAUTAN IKLAN ANDA
  3. TARIKH TAMAT TERAKHIR IKLAN ANDA

Saya akan menyemak teknologi-teknologi terkini yang lebih mesra pengguna di platform WordPress untuk perkhidmatan iklan dan jika ada yang bersesuaian, Insya Allah akan saya maklumkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua.

Terima kasih sekali lagi atas kerjasama pihak pengiklan semua. Saya sekali lagi dengan rasa rendah dirinya memohon maaf atas segala kesulitan dan kemerosotan integriti pada pengendalian perkhidmatan iklan di blog www.saifulislam.com selama ini.

Akhukum fillah,

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Tentang Iklan “Ustaz, ada gambar perempuan pakai bikini dekat blog ustaz”, tulis...
  2. Maaf Atas Pembatalan… Doakan Kami Sudah beberapa ceramah terpaksa saya batalkan dalam sehari dua ini....
  3. Mengapa Iklan? “Ustaz, saya rasa iklan di sebelah tu kurang sesuai. Harap...
  4. Maaf Saya Tidak Suka Buku Ustaz! Ketika saya kehilangan momentum menulis, ada sahaja benda menarik yang...
  5. Bazar Saifulislam.Com “Saya ingin tahu berapa kos iklan di blog saifulislam.com?” hampir...

 

18 Responses to “Mohon Maaf Atas Gangguan Perkhidmatan Iklan”

  1. zikr says:

    sedih juga rasanya syarikat pengiklanan tu nanti sebab dah tak dapat promosi produk di web saiful islam.

  2. ibn ibrahim says:

    “Oleh yang demikian, saya memohon kerjasama kepada semua pengiklan yang masih berakad hidup pada tarikh 1 Mac 2010 agar menghubungi saya semula di alamat untuk kemaskini maklumat. Saya akan menyiarkan kembali semua iklan yang sudah berbayar untuk bulan-bulan berbaki yang belum disiarkan, Insya Allah. Walau bagaimana pun, perkhidmatan iklan tidak akan diteruskan lagi kerana saya tidak mempunyai kapasiti untuk mengendalikannya untuk jangka masa terdekat ini”
    emmm cara muamalat yang seharusnya dilakukan untuk memudahkan urusan aqad…teruskan usaha ustas..barakallahu fik

  3. alias says:

    Salam,
    Muka depan yang terlalu sarat, membebankan pengunjung untuk membaca.

  4. Nur Aurora says:

    sian ustaz, semuanya buat sendiri. . . .
    takpe, at least kita belajar, kan..
    life is a journey.
    Have a great day.

  5. bajubatik says:

    baru plan nak masuk iklan ustaz…takpe..bukan rezeki…yg pasti, saya masih tetap pengunjung setia Saifulislam.com

  6. crew says:

    tahniah ustaz kerana tindakan drastik tentang iklan itu.. pada pandangan saya iklan2 di blog melembabkan proses untuk mengaksess blog tersebut…..

  7. abe am says:

    alhamdulillah…
    dah ringan dah nak bukak website…

  8. soo says:

    Assalamualaikum. Saya telah menjadi ‘silent reader’ dalam blog ustaz sejak dua tahun kebelakangan ini. Banyak pengisian yang menarik dan bimbingan yang saya perolehi dari blog ini. Saya menyambut baik tindakan ustaz menghentikan ruangan iklan dalam blog ini kerana saya memang sering menghadapi kesukaran untuk mengakses blog ini berikutan masalah liputan broadband yang sekadar ‘nyawa-nyawa ikan’ di tempat saya. Apa pun tahniah dan terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat selama ini. Semoga ustaz tidak jemu untuk terus berkarya. Wassalam.

  9. anak terengganu says:

    salam,
    sekarang barulah cepat sikit boleh buka website ni.sebelum ni, selalu tak dapat nak buka.kalau internet betul – betul laju baru dapat.

  10. joegrimjow says:

    ustaz dah kena ada org ‘teknikal’ yang uruskan dah kot, blog UZAR pon ada 2 orang yg uruskan. sayang tenaga ustaz untuk hasilkan kerja menulis bahan bermutu terpaksa melayan kerenah buat2 banner ni.

    tengok pagerank n ranking alexa ustaz ni, ustaz boleh dapat sampai 3000 lebih sebulan. boleh la buat minum2 kopi ;-)

  11. ummusaif says:

    Betul, kesian gak kat ustaz.

    Buat bukan sangat nak kan duit dari iklan tu, lbh pada nak lepaskan bayaran server yg mahal. itupun ada orang yg question, buat duit dgn blog. Kalau kat berita harian ke, utusan ke atau website yg lain, cajnya lagi mahal.

    Disadvantage pada ustaz pula, website jadi heavy n slow. Kadang2 serabut pun ada bila tgk penuh sarat dgn iklan.
    2nd, masa ustaz yg bz tu terpaksa ditambah pula nak mengadjust saiz2 dan meletak iklan itu tadi.

    Sebagai wife, kesian gak ustaz sorang kena buat macam2.

    Oleh itu, maybe team STC kena ambil alih bab iklan ni as salah satu cabang bisnes STC di website STC supaya ialah lbh profesional dan teratur di masa hadapan. So that, takde lah orang emosional yg question ustaz Hasrizal apa2 berkaitan isu iklan ini…

    Wallahu a’lam.

    -just my 2 cents..

  12. Ihsan says:

    Salam dan tahniah ustaz.

    Mungkin inilah yang dikatakan, “apabila sudah bercelaru… kembali kepada matlamat asal”.

    Iklan hanya sampingan yang menyokong blog ini. Tapi matlamat sebenar blog ini adalah “memberi peringatan agar kita semua mencintai kehidupan taqwa kepada Allah”. Tak gitu?

    • bukhari says:

      Salam kepada semua pembaca.

      A’a, betul tu kembali kepada matlamat asal..nnt INSAN akan bayar segala kos server nie. tak gitu?

  13. pengunjung setia says:

    rasanya susah nak akses saifulislam bagi pengunjung dari malaysia..mungkin kerana internet yang kurang baik..saya tak pernah ada masalah membuka saifulislam.com di luar malaysia.

  14. nurjannah says:

    Alhamdulillah, disebalik kepayahan dalam membuat keputusan, disana terselit ketenangan yang tidak dapat digambarkan.Insyaallah

  15. advertiser says:

    salaam ustaz
    saya salah seorang yang pernah menumpang beriklan di sini… saya amat memahami masalah ustaz dan setuju dgn tindakan yg terpaksa diambil. Tetapi sy juga nak sarankan sutaz utk hire seorang dua pembantu utk mengendali hal2 teknikal yg repetitive. Kapasiti kita limited, jd apa salahnya kita share beban kerja supaya hasilnya lbh baik. ustaz dpt tumpukan lbh masa utk kerja2 dakwah ustaz dan pembantu2 ustaz dpt saham jgk utk kerja2 mengendali website ustaz. Banyak pahala. Kalau hire anak2 lepasan univ atau student pun ok…. dpt duit poket mrk sedikit… I am sure they would appreciate. I would, if I were a student!

    Just my 2 cents worth…

  16. zikr says:

    owh..rupanya isu iklan pun ada orang nak membantai ustaz jugak ke?..sedih2…

Leave a Reply