Bersiaran Bersama di al-Kuliyyah di TV3: “ANAK SIAPA?”

On 21/05/2010, in Airbourne, by Abu Saif | 8,459 views | Print Print | Email Email |

Minggu ini, Al-Kuliyyah akan bersiaran di Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama.

‘Anak Siapa’ bakal mengupas masalah pembuangan anak di kalangan masyarakat Islam kini. Bagaimana dan mengapa perkara terkutuk ini berlaku dan apa pendekatan Islam bagi menanganinya?

Kes pembuangan anak pastinya berkait rapat dengan kelahiran anak luar nikah akibat zina. Peringatan mengenai keburukan zina amat jelas melalui firman Allah:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” [Al-Israa' 17: 32]

Antaranya ia merosakkan nasab keturunan, mengembangkan penyakit yang berbahaya, menimbulkan pergaduhan dan pembunuhan.

Panelis minggu ini, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.Com) seorang pendakwah dan Haji Hushim Salleh seorang pakar motivasi terkenal tanahair.

Pengacara Al-Kuliyyah, Ustaz Fauzi Mustafa pastinya akan mengajak panelis mencari penyelesaian dan memberi panduan kepada mereka yang terlibat dalam situasi ini.

Jangan lupa saksikan Al-Kuliyyah jumaat ini 21 Mei 2010 jam 5 hingga 6 petang di TV3.

Rujukan: alkuliyyahtv3.blogspot.com

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. AAC Dan KCB Bersama ATN Saya baru pulang dari Jordan setelah seminggu di sana. Namun...
  2. AIDILFITRI – Siapa ‘Aideen dan Siapa Faaizeen? Selamat Hari Lebaran, Minal ‘aideen wal faaizeen… bait-bait lagu raya...
  3. Siapa Sepak Kucing Malang Itu? “Meoww!!!” seekor kucing menjerit kesakitan. Malam itu malam yang malang...
  4. Memperkenalkan Seorang Rasul Kepada Anak-anak The Opposite Game! “Susah betul. Macam mana nak buat ni?”...
  5. Soalnya Siapa Kamu “Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Alhamdulillah, Turki tu bumi...

 

32 Responses to “Bersiaran Bersama di al-Kuliyyah di TV3: “ANAK SIAPA?””

  1. kokmi says:

    Assalamu’alaikum wbt,

    takde akaun TV3 untuk menonton secara live melalui komputer di office..huhu..seddih2..harapnya rakaman tu nanti ustaz kongsikan dlm you tube atau kat blog ni macam slot MHI tempohari…terima kasih.. :)

  2. zalina says:

    saya mesti pilih al-kulliyyah

  3. za says:

    mesti tgk ni!!tapi ditakdirkan Allah, sy ada urusan lain..huhu..harap2 dapt tgk siaran ulangan.. itu pun dah sgt2 syukur..

  4. joegrimjow says:

    tak sabar nak tengok di youtube ;)

  5. asm says:

    jgn risau, blh tgk online di tv3.com.my nanti..

  6. nurita says:

    Kalu sesiape yg tak dapat tgk petang ni, boleh buka laman web tv3.

  7. al-Kurauwi says:

    Tahniah tuan tanah,
    Moga pengisian memberi islah. Akan segera balik tanpa lengah-lengah.

  8. natt da kachang says:

    sy sdg menonton..
    pengisian bnyk d’ambil dr ‘aku trima nikahnya’

  9. natt da kachang says:

    tahniah…..!

  10. Salamun alaik..tahniah ustaz..kerana berjaya mengungkap dan menghuraikan tajuk ini dengan baik dan mantap..banyak pengajaran dan tips yang saya dapat dari perkongsian ini…semoga kes buang bayi dan zina akan dapat kita cegah.. dan yang paling penting seperti kata ustaz dalam kesimpulan…Tingkatkan kualiti solat…untuk cegah zina dan buang bayi…rendah kualiti solat,banyak kes zina dan buang bayi…sekali lagi tahniah!!!

  11. Fauzan says:

    zina – nikmat semasa, sengsara sesudah

    solat itu bererti tunduk, tunduk pada kehendak Allah, gagah pada menolak munkar

    paling sedih melihat anak-anak yang lahir dari hasil zina – sedih sebab ada anak yang membenci ibu mereka – dosa ibu tidak dimaafkan, tapi diteruskan dengan anak membenci ibu -

  12. hisyam jony says:

    salam ustaz,
    kupasan yg amt menarik dpd ustaz td mgenai tjuk ‘anak siapa’..sy bkesempatan melihat ustaz secara live,syabas ustaz….

  13. far says:

    salam..ade sesiape tahu tajuk lagu yang dimainkan semasa al kuliyyah hr ni?(21/05/10)

  14. kiwibenz says:

    Assalamualaikum Ustaz…
    Saya secara tidak sengaja kenal Ustaz setelah baca buku ‘Aku terima nikahnya’, dan tadi kebetulan ternampak Ustaz dalam Al-Kuliyyah. Saya dah mula jatuh hati dengan pendekatan dakwah yang dibawa Ustaz.

    Selamat maju jaya, Ustaz Rizal.

  15. fifteen says:

    “Solat dan zina,berkadar terus”

    Hanya sempat tengok kesimpulan ustz sebab baru balik kerja. Kesimpulan yang kuat dan jelas. Moga genersi memahami dan bergerak secara bekerjasama. Tahniah ustaz.

  16. melly says:

    first time saya tengok ustaz bagi kuliah, alhamdulillah dimakbulkan doa saya untuk melihat ustaz berbicara, bukan sekadar membaca tulisan sahaja.

  17. [...] This post was mentioned on Twitter by masjid portal, Hasrizal Abdul Jamil. Hasrizal Abdul Jamil said: Bersiaran Bersama di al-Kuliyyah di TV3: "ANAK SIAPA?" – http://saifulislam.com/?p=8092 [...]

  18. nurulsyafiqah says:

    penjelasan ustaz sgt jelas dan ringan serta sgt mudah difahami….yg pling sya igt…elakkan muqaddimah2 penzinaan….

  19. Leokid says:

    Alhamdulillah, bersyukur ustaz gunakan point-point pencegahan zina dari alQuran sepertimana yang saya ulaskan dalam blog saya:

    http://leokid.wordpress.com/2010/03/18/zina-hati-tangan-kaki-mulut-mata/

    Sungguh, telah lengkap “protection mechanism” yang Allah bagi!

  20. FZZH says:

    1st time dapat tengok ustaz bagi kuliah sebab cuti aritu. selalu dok baca artikel jer…tapi tengok ustaz ayu jer bagi ceramah…sorry ek…rasanya saya lagi suka baca artikel ustaz dari dengar kuliah kot..sebab artikel lagi touching ler ustaz…kalau dengar ceramah saya suka Fadzilah kamsah dengan ustaz badlishah kot ( lupa nama ler pulak ). tapi yang saya paling ingat dia kata ‘ waktu kawin berkompang2 , lepas kawin dok berlempang2′….

  21. azahari says:

    cermin mata ustaz tertinggal di tv3 kot?

  22. Salam ustaz..

    Saya harap ustaz boleh sediakan video rakaman ..sebab saya terlepas tonton kat TV ..

    :)

  23. ibnu ali says:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Ana tak tahulah, tak berapa seronok tengok kedudukan panel Al Kuliyah sekarang. Tak tahulah kenapa ada dua stage. Ustaz tak tahu kenapa?

    Kemudian ana tertunggu-tunggu teguran Ustaz pada kerajaan yang tak yakin dengan ayat Allah:

    “suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Al Maidah ayat 38

    Tapi tak kunjung tiba. Cuma “tak puas hati” dengan Hj Hushim. Seperti bukan motivator. (Maaf ya Tuan Haji, anggaplah ni komentar dari rancangan realiti tv Imam Muda)

Leave a Reply