
“Kita tidak boleh lupa, bahawa kita dan anak-anak kita, dua-dua Tuhan yang punya. Tuhan mencipta kita untuk menguji peranan ibu bapa kita, dan Tuhan anugerahkan anak kepada kita untuk menguji peranan kita pula”, saya berkongsi pandangan dengan sepasang suami isteri yang saya temui di wad sebentar tadi.
“Kalau dari segi ikhtiar manusia, Insya Allah IJN ini adalah tempat yang terbaik. Dalam keadaan anak abang dan akak sekarang, kita yang bukan doktor ini, tidak banyak yang boleh kita bantu. Yang tinggal, hanyalah hubungan kita dengan Tuhan, berbaik sangka dengan-Nya dan minta dari-Nya agar anak kita datang secara baik, dia jua akan pulang secara yang terbaik”, saya menyambung bicara.
Pasangan suami isteri yang duduk di bilik kaunseling bersama saya tunduk. Air mata mereka semakin lebat. Saya sendiri sebak menahan sedih. Walaupun kecanggihan teknologi dan ilmu perubatan kini sangat hebat, namun sentiasa ada beberapa kes yang berada di luar upaya manusia untuk berikhtiar. Anak kecil pasangan ini adalah salah seorang daripadanya. Hanya menanti masa…
Tidak mudah untuk saya berkongsi rasa. Saya tidak mahu bertindak memberitahu mereka apa dan bagaimana mereka sepatutnya rasa. RASA itu sangat subjektif. Tiada perkataan yang boleh mengungkapkannya. Sebab itulah mati pun dinamakan RASA (Aal Imraan 3: 185).
Ceritalah dengan perkataan sehebat mana pun, mati tetap suatu rasa, yang hakikatnya hanya diketahui oleh insan yang menjamahnya.
“Seperti kata orang kita, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Saya datang untuk membantu abang dan akak berkongsi rasa, kerana dengan meluahkan isi hati, mendapat teman untuk berkata-kata, mudah-mudahan tenanglah sedikit hati. Tenang itu yang kita mahu, kerana masih ada kehidupan yang perlu kita teruskan, dengan tenang dan baik”, saya menepuk bahu ayah pesakit.
Walaupun mereka beragama Kristian, ia tidak menjadi masalah kepada saya. Apa yang saya harapkan ialah mereka mencari kekuatan untuk menempuh ujian bakal kehilangan anak sulung mereka ini, berbekalkan Tuhan dan kepercayaan akan adanya hidup selepas kematian.
“Saya berasa lega kerana walaupun abang dan akak serta saya berlainan agama, tetapi kepercayaan kepada Tuhan sahajalah yang memungkinkan kita untuk faham, apakah rahsia di sebalik ujian ini. Saya yakin, abang dan akak boleh bersetuju dengan saya bahawa baby Raymond ini (bukan nama sebenar), apabila sampai hari janjinya dengan Tuhan, akan pergi kepada kehidupan yang lebih baik, di sisi-Nya.
“Ya, saya pun rasa begitu. Doktor sudah mencuba yang terbaik. Tetapi saya akan gunakan sahaja setiap hari yang masih ada untuk fikir yang baik-baik sahaja. Mungkin juga dengan berfikir pada yang baik itu, ada miracle yang menunggu”, kata ayah pesakit.
Saya mengangguk.
Kami sama-sama bangun pergi ke katil baby Raymond. Hancur luluh hati saya melihat bayi sekecil ini sedang bertarung dengan maut. Jantungnya berlubang dan dua saluran di jantung kanan terbalik… Allah jua yang menguasai segalanya.
“Ya Allah peliharalah bayi ini dengan sempurna dan berikan yang terbaik, untuknya”, saya berbisik sendirian.
Kami bersalaman dan saya memohon izin untuk melawat pesakit yang seterusnya.
Tidak mudah melihat 1001 ujian terkumpul di depan mata. Moga peluang ini menjadikan saya insan yang setiap detik menghitung syukur atas kurniaan cahaya mata yang sihat dan sempurna. Dari-Mu kami datang, kepada-Mu jua kami kan kembali…
ABU SAIF @ saifulislam.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











sentiasa ada artikel utk dikongsi yg menarik….
artikel yg sungguh menyentuh hati..
ma sya allah…
penulisan ustaz sentiasa menarik. memang patut ada kaunselor di setiap hospital sebab dulu saya pernah ada pengalaman.
Semuanya milik tuhan… . sabar dan redha. . .
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian kecuali Tuhan yang memiliki segala-galanya. Namum semuanya pasti akan dapat di hadapi dengan sabar dan redha..
saya yakin apa yang saya catatkan di atas, adalah perkara biasa, yang tidak asing bagi kebanyakan kita. namun untuk sahabat semua mendapat maksud paling utama saya dalam artikel ini, hendaklah difikirkan bagaimanakah kefahaman kita tentang soal ini, boleh disampaikan pada saat yang sangat kritikal. Nak beritahu parents bahawa sabarlah, anak kamu dah takde harapan, tunggu sahajalah kematiannya… emm, berat sungguh nak menyatakan begitu.
semasa belajar dan faham tentang maksud Inna Lillah wa Inna Ilayhi Rajiun, tidak susah untuk kita memahaminya. tetapi apabila tiba saat di mana kefahaman itu nak digunapakai untuk berbaik sangka dengan Allah, sebab insan tersayang sudah menunggu masa utk pergi, Allah… sukar saya nak bayangkan.
faham dan menyebut, tidak sama dengan merasa dan mengalaminya.
moga Allah jauhkan saya dan sahabat semua dari ujian seberat mereka
Moga abang dan kakak itu dapat hidayah Allah untuk masuk Islam dengan rahmat Allah terhadap kesabaran mereka.
Marilah kita sama-sama doakan mereka dapat menjadi Muslim dan Mukmin.
syukran ustaz…. sedikit sbyk boleh mbantu ana mprolehi ideal utk bantu kwn ana yg mgalami Sis Hati dan jantung kecut…. die lebih byk btarung dgn emosi sbb die adalah doktor yg bakal mprolehi specilis…
so die arif ttg kesan pyakit tsebut….
last2 ana hadiahkan buku “La tahzan” pd die…
sabda nabi saw:setiap penyakit sebenarnya syafaat bagi kita…
Tidak mudah berkongsi rasa ..krn rasa itu sgt subjektif ..memang betul rasa bagi org yg sedang merasakan keadaan ini tak semudah yg yg hanya melihat …
saya sedang mengalami prk ini …melahirkan dan berhadapan dengan anak yg sakit memang menguji kesabaran dan keimanan .Mungkin satu hr saya ingin mjemput ustaz berkongsi rasa dgn ibu bapa anak2 yg sakit di wad pediatrik HKL yg kekadang semakin berputus asa
bagusla ustaz dpt bersama dgn pesakit mcm tu… mmg ahli keluarga pesakit memerlukan sokongan moral… lebih2 lagi kalo sakit yg dihidapi di peringkat yg kritikal… mereka memerlukan seseorg utk mdampingi mereka, mdgr luahan hati mereka… sekurgnya dpt melepaskan beban perasaan… kata2 nasihat dan sokongan sgt diperlukan… x mustahil kalo mereka akan masuk Islam nanti… sebenarnya dakwah yg terbaik dan paling berkesan ialah ketika mereka sedang sakit… sebab waktu tu mereka seakan2 putus harapan… xde tempat bergantung… kalo yg bukan muslim, mgkin akan tertarik dgn islam bile didekati… bg yg muslim, mgkin akan membawa mereka kembali ke jalan kebenaran… hmm, saya berckp berdasarkan pengalaman yg sdg saya lalui skrg ni… menanti saat bile Allah akan mengambilnya drp saya… beratnya dugaan ini… lebih2 lagi bile kita baru sahaja nak berbaik2 dgnnya… baru nak rapat dan berkongsi rasa dgnnya… saya benar2 berharap agar Allah dpt meminjamkan ibu saya lebih lama sedikit… sekurg2nya sehingga saya bersedia… tp, saya tahu semua tu mustahil kerana sampai bile2 pun saya xkan bersedia kehilangannya… lebih2 lagi bile adik2 semuanya masih kecil dan masih sgt memerlukan kasih syg drpnya…
[...] Sejenak di Katil Pesakit [...]
saya dah ada experience mcm tu… rasanya sayapun dah pernah rasa apa yg couple tu dah hadapi… 2007- anak kedua dimasukkan ke ijn kerana ‘pda infailure’. masuk ijn hari ahad… selasa operation, hari khamis ke hkl-operate paru-paru pulak… bagi diri saya yg hamba yang sangat lemah ni.. itu semua dugaan yg sangat hebat bagi sy yg bergelar ibu.. sekarang alhamdulillah, nurul adawiyah dah berumur 3 tahun dan punya seorang adik dan kakak. semuanya sihat2.