Modal Insan Bukan Dengan Wang Dan Mesin
Print
|
Email
|

“Tak ada pelajar baru?”, saya tercengang.
Sedih dan buat-buat terkejut. Seolah-olah besar benar kejutannya.
Tahun pengajian 2007 / 2008 bermula dengan sedikit rasa terkilan di hati saya, kerana Jabatan Sejarah dan Tamadun tidak menerima walau seorang pun pelajar baru.
Kesedihan juga jelas kelihatan di wajah pensyarah-pensyarah saya.
Usaha saya memujuk beberapa orang rakan yang saya tahu minat mendalam mereka terhadap sejarah, untuk masuk ke program akademik di UIA, juga tidak berhasil.
“Bukan sahaja peringkat sarjana, di peringkat sarjana muda pun bermasalah”, kata Prof Abdullah al-Ahsan di dalam kelas kami.
Inilah di antara kebimbangan saya terhadap masyarakat ini. Ketika kita ghairah memperkatakan tentang pembangunan modal insan, disiplin-disiplin yang membangun dan membentuk insan semakin diketepikan.
“UIA pernah membuka Jabatan Falsafah pada tahun 1993, tetapi tidak sampai lima tahun ia ditutup kerana kekurangan pelajar”, rungut Prof. al-Ahsan lagi.
Masyarakat kita di Malaysia amat membimbangkan saya.
PENGAJIAN ISLAM
Dari satu sudut, saya bersyukur dengan sambutan hebat masyarakat terhadap bidang pengajian Islam. Dari IPTA dan IPTS sampailah ke kolej-kolej, pengajian di peringkat Diploma hingga ke PhD, tidak menghadapi masalah. Jauh benar bezanya kelas saya di Jabatan Sejarah dan Tamadun, berbanding dengan kuliah-kuliah di Jabatan Ilmu Wahyu (Pengajian Islam).
Saya sangat bersyukur kerana berpeluang menjadi pemegang segulung ijazah di bidang tersebut. Manfaatnya sangat besar. Ia membantu saya berinteraksi dengan sumber agama saya di dalam bahasa aslinya, serta kaedah-kaedah mengeluarkan maksud yang dikehendaki dari teks-teks (nas) al-Quran, al-Sunnah dan sumber-sumber sekunder yang lain.
Tetapi saya merasakan bahawa apa yang telah saya pelajari dari disiplin Pengajian Islam, belum cukup untuk membolehkan saya mendalami maksud dan tujuan agama. Islam itu sampai kepada kita melalui rakaman nas, tetapi nas itu adalah input yang bermatlamatkan implimentasi kesan-kesannya ke atas manusia. Setelah memahami nas, seorang pejuang agama mesti belajar memahami manusia.
Inilah yang gagal saya temui di sepanjang pengajian saya di bidang Pengajian Islam.
ANTI FALSAFAH
Saya merasakan bahawa ilmu Falsafah sangat penting untuk dipelajari kerana ia berfungsi mendefinisikan cara kita berfikir. Tanpa asas Falsafah, kita sendiri tidak pasti bagaimana akal kita yang dikurniakan Allah itu berfungsi. Tetapi pelajar Syariah secara lisannya ditegah daripada mempelajari Falsafah, dan subjek tersebut tidak kedapatan di dalam silibus pengajian kami.
Pada masa itu saya tidak punya sebarang upaya untuk melawan silibus yang telah diprogramkan kerana saya sendiri sedikit demi sedikit menerima sahaja andaian bahawa Falsafah itu bertentangan dengan Islam. Keadaan diburukkan lagi oleh sikap beberapa orang pensyarah saya yang ‘kaki falsafah’, tetapi gagal mempamerkan hormat mereka kepada disiplin ilmu Syariah… tsaqafatan wa akhlaqan!
“Saya tidak mahu kamu tulis sebarang ayat Quran atau Sunnah di dalam kertas jawapan kamu”, tegas seorang pensyarah kami yang gharib. Ganjil kerana sambil memberi arahan beliau meletakkan kakinya di atas meja!
Gayanya itu menjadikan persepsi saya terhadap Falsafah semakin buruk. Falsafah memburukkan fikiran dan tingkah laku beliau. Tetapi ia hanya kesimpulan simplistik yang tidak saya adili sebaiknya.
Namun, keinginan untuk memahami apa yang sedang bekerja di dalam kepala saya ini, mendesak saya untuk membaca sendiri beberapa buku Falsafah, hasil cadangan beberapa orang rakan, khususnya dari Turki. Saya telah membeli dan membaca sedikit demi sedikit buku Qissatul Iman oleh Sheikh Nadim al-Jisr yang menghuraikan secara Falsafah, jalan manusia mengenal Allah.
Sungguh menarik, biar pun saya tidak mampu memahami keseluruhannya.
Beberapa buah buku Falsafah lain juga telah saya beli, namun tersimpan di rak selama hampir sedekad, sebelum saya menyentuhkan beberapa tahun yang lalu.
Saya cuba mendekati Falsafah, hanya dengan maksud mahu memahami diri sendiri.
Keinginan yang tinggi untuk memahami manusia selepas memahami nas, membawa saya kepada kembara diri yang panjang dan jauh. Keinginan itu menjadikan saya teruja dan sentiasa tertumpu kepada manusia, walau di negara dan tanah mana sekali pun saya mengembara. Jika London sering mencengangkan manusia dengan bangunan dan kemajuannya, tumpuan saya tetap pada kualiti dan serba-serbi yang berkaitan dengan ‘tingkah laku manusia’nya.
Sama juga di tempat-tempat yang lain.
Minat itulah yang seterusnya mendalamkan lagi tumpuan saya kepada Sejarah. Sejarah membantu saya memahami kelakuan manusia, tetapi di dalam konteks yang lebih besar dan luas. Semakin saya mentelaah Sejarah, saya semakin terasa keperluannya untuk melengkapi pengajian seseorang di bidang Pengajian Islam.
KITA TIDAK BERMINAT DENGAN MANUSIA
Malang sekali, minat itu pudar di kalangan masyarakat kita. Bagi yang minat Sejarah, minat itu hanya pada sekadar membaca cerita tetapi bukannya dengan maksud mahu pergi lebih dalam ke arah memahami dan mengenal manusia.
Inilah yang membimbangkan saya.
Tumpuan kita terlalu menjurus kepada keperluan pasaran yang materialistik. Kebijaksanaan anak-anak kita disalurkan ke bidang-bidang hard science seperti kejuruteraan malah perubatan.
Sedangkan kita memerlukan kebijaksanaan yang maksimum di bidang soft science. Iaitu sains yang berkaitan dengan manusia dan kelakuannya. Bidang-bidang seperti Sejarah, Sosiologi, Psikologi, Komunikasi, Kaunseling dan sebagainya, bukan bidang pilihan yang popular. Malah jika diteliti, kecenderungan masyarakat kita ke bidang Pengajian Islam sekali pun, semakin tertumpu kepada pengkhususan ekonomi dan perbankan Islam.
Bagaimana dengan Usuluddin dan cabang-cabangnya?
Tentu sahaja saya tidak menolak kepentingan bidang-bidang ini. Sistem-sistem yang mengatur manusia itu perlu dikembang dan dibangunkan.
Namun, manusianya juga memerlukan sentuhan.
SOCRATES DAN GOLONGAN SOPHISTS
Ia mengingatkan saya kepada pertentangan di antara Socrates dengan golongan yang dikenali sebagai Sophists. Mereka ini adalah guru-guru masyarakat yang mengajar anak-anak muda di Athens ilmu retorik, tatabahasa, syair, gimnastik, matematik dan muzik. Tumpuan mereka hanyalah pada mengajar kemahiran praktikal kepada warga muda Athens, sesuai dengan perkembangan material Tamadun ketika itu.

Socrates mempertikaikan relativisma golongan Sophists ini. Socrates menegaskan bahawa matlamat pendidikan bukanlah pada membekalkan kemahiran fizikal sahaja. Apa yang lebih utama adalah pada meneroka persoalan yang lebih utama dalam hidup ini seperti TUJUAN HIDUP, NILAI yang dipegang dalam kehidupan dan bagaimanakah caranya manusia boleh menyempurnakan pembentukan sahsiah.
Socrates mahu pendidikan pergi kepada pembentukan karakter manusia, dan bukannya sempit pada skill pasaran semata-mata.
MEMBENTUK MANUSIA
Masyarakat Melayu Muslim hari ini sering mencanangkan kejayaan mereka pada menambah senarai profesional Melayu Muslim, berbanding 50 tahun yang lalu. Tetapi pertambahan golongan ahli sains ini, banyak tertumpu kepada hard science yang saya sebutkan tadi.
Golongan hard scientists ini bukanlah golongan yang efektif dalam menganalisa kelakuan manusia dan membentuknya… terutamanya apabila mereka gagal keluar dari silibus yang disediakan. Mereka melihat sains sebagai kemahiran, tetapi bukannya penjelasan kepada hubungan Allah – Alam – Manusia yang asli. Mereka menghafal teori Fizik tetapi tidak dapat melihat falsafahnya sebagai tafsiran kepada manusia, alam dan Tuhan Pencipta.
HARD SCIENTISTS DAN DAKWAH
Hal ini mungkin juga boleh menjadi renungan kepada gerakan Islam seperti PAS yang berusaha keras untuk memperbaiki imejnya yang sebelum ini sering dilabel sebagai parti kampung dan ustaz-ustaz. Kini, imej itu sudah jauh ditinggalkan dengan pertambahan golongan profesional yang menyertainya.
Tetapi profesional yang bagaimana?
Saya yakin, majoriti profesional yang menyertai PAS masih lagi terdiri daripada hard scientists iaitu para jurutera, doktor dan sebagainya. Mereka mungkin berjaya mengubah IMEJ PAS, tetapi sejauh manakah kehadiran golongan ini menyuntik perubahan kepada SUBSTANCE PAS itu sendiri? Seorang jurutera boleh sahaja memiliki kefahaman dan pemikiran tentang perjuangan Islam, sama seperti kefahaman seorang ustaz. Maka pertambahan golongan ini tidak memberikan apa-apa impak kepada perkembangan ideologi politik Islam di dalam PAS.
Ini mungkin salah satu daripada perbezaan besar di antara PAS dengan gerakan seperti AKP di Turki.
Kekurangan Human Scientist di dalam gerakan Islam Malaysia, bukanlah kerana kurangnya penyertaan mereka di dalam dakwah. Tetapi ia berpunca dari masyarakat kita sendiri yang sememangnya kekurangan Human Scientist.
Ketiadaan suntikan disiplin Sejarah, Sosiologi, Komunikasi, Psikologi dan bidang-bidang Sains Sosial kepada dakwah, menyebabkan dakwah tidak manusia. Bukan sahaja dakwah, malah pendidikan (boleh juga dibaca sebagai Tarbiyah) juga boleh menerima kesan yang sama. Mekanisma pembentukan manusia kita tidak manusiawi.
Saya tidak sekadar mengandaikan hal ini.
Tetapi kajilah resepi yang melahirkan pemikiran yang efektif oleh tokoh Tajdid seawal al-Ghazzali, Ibn Taimiyah, malah pasca modernisma seperti Tahtawi, Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Ridha, Badiuzzaman Said al-Nursi dan yang seumpama dengan mereka. Gabungan penguasaan soft science dan hard science, membantu penguasaan mereka terhadap ilmu Syariah… agar berjaya membentuk manusia di zaman kehancuran dan kesesatan.
Dakwah memerlukan sumber yang Rabbani dengan sentuhan yang manusiawi.
TEKSTUAL
Baru-baru ini saya berbual dengan sepupu saya yang merupakan seorang pakar terapi permainan kanak-kanak. Beliau menggunakan teknik permainan untuk membentuk, mengawal dan memandu psikologi kanak-kanak… iaitu suatu bidang yang sukar kerana kanak-kanak bukanlah bersifat ekspresif seperti orang dewasa. Usaha untuk memahami mereka, khususnya di bidang perubatan dan pendidikan, memerlukan kepada kemahiran yang tinggi.
Beliau mencadangkan supaya pihak hospital mengubah setting bilik permainan kanak-kanak di hospital. Setakat ini, bilik ini berwarna kelam, pudar dan membosankan. Sepupu saya telah mengemukakan kertas kerjanya yang merupakan ekstrak thesis PhD beliau, agar perubahan drastik dibuat terhadap bilik tersebut. Ini sangat penting khususnya bagi kanak-kanak yang berpenyakit kronik dan memerlukan rawatan jangka panjang di hospital.
“Akak juga cadangkan supaya anak-anak patung seperti soft toys diperbanyakkan. Dinding-dinding juga perlu dihias dengan watak-watak animasi yang menceriakan budak-budak di situ. Format 2D”, katanya kepada saya.
Malang sekali, cadangannya ditolak oleh golongan hard scientists di hospital. Alasannya ialah soft toys, watak animasi dan lukisan-lukisan sebegitu akan menyebabkan Malaikat tidak masuk ke bilik tersebut dan ia boleh menambahkan jumlah kematian kanak-kanak yang dirawat!
Terlopong saya mendengarnya.
Golongan pakar terhadap fizikal manusia ini sangat tekstual dalam kefahamannya terhadap agama, sama juga seperti sesetengah ustaz yang juga tekstual dalam mengemukakan kefahamannya terhadap nas. Soal mengharmonikan fitrah manusia dengan maksud nas, langsung tidak dipedulikan.
Saya hanya mampu mengeleng.
BANTUT PEMIKIRAN
Kesan daripada mundurnya bidang Sains Kemanusiaan dan Falsafah, ia membantutkan perkembangan ilmu dan idea. Saya rasa tidak sukar untuk saya membuat perbandingan di antara produk pemikiran umum di Malaysia yang menyaksikan penutupan Jabatan Falsafah, dengan pemikiran yang berkembang di institusi akademik di negara-negara seperti Mesir, Turki dan Indonesia.
Saya mengharapkan lebih ramai pendakwah yang berusaha menambah pengetahuan mereka di dalam ilmu-ilmu yang membantu mereka memahami manusia, sebagaimana saya juga mengharapkan ramai lagi jurutera, doktor, akauntan dan golongan profesional lain, melakukan perkara yang sama.
Bahawa ketinggian upaya pemikiran anda, amat diperlukan untuk memajukan agenda kita membentuk manusia.
Modal insan bukanlah besi yang ditempa dengan api, tetapi batu yang dibentuk dengan air.
Soft science itu menggamit anda…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor









Jzkk ustaz, apa yang dinukilkan memang benar tetapi hambatan dunia melupakan manusia terhadap sumber paling penting untuk sebuah tamadun.
Oh.. amat terkena dgn keadaan saya..
saya berminat nak ambil subject history of philosophy (elective je pun)
tapi banyak org tegah dan kata buang masa..
hmm.. saya rasa ade kepentingannya..
menarik bile mengetahui cara manusia berfikir..
just hrp apa yg sy belajar dpt membantu manusia juga..
tp betul juga la.. kene berhati2 betul.. terutamanya bila subject philosphy di west ni.. kena betul2 berfikiran skeptikal dan kritis…
“Modal insan bukanlah besi yang ditempa dengan api, tetapi batu yang dibentuk dengan air.”
….amat mendalam maksudnya.
setuju dengan Ustaz… senario di Universiti, amat sukar penyelidikan sains sosial mendapat pengiktirafan samada kebangsaan atau antarabangsa berbanding sains tulen. Penyelidikan sains sosial ‘tak nampak’ atas kertas saje.
wawancara pengarah Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM dalam mingguan Malaysia ahad lalu agak sependapat dengan ustaz bahawa perlunya penekanan kepada sains sosial demi memupuk perpaduan dan jatidiri rakyat Malaysia. Beliau mencadangkan agar ditubuhkan sebuah akademi sains sosial@ soft science di Malaysia di samping Akademi Sains Negara sedia ada.
sila rujuk buku “thaqaafah adda’iyyah” Dr Yusor Qardhawi banyak kaitan dengan perbincangan.
Malangnya setiap penyemakan semula kurikulum di universiti akan menjurus kepada kehendak industri…masyarakat bagaimanakah yang akan wujud 5 tahun dari sekarang?
Teringat akak kepada ucapan Maududi di satu konvokesyen pada tahun 50-an (ingat-ingat lupa), isinya lebih kurang menyatakan universiti adalah kilang-kilang pengeluar produk.
Itulah kelebihan ustaz (puji lagi), begitu berminat membentuk manusia. Ataupun ayat ini sepatutnya berbunyi, itulah kekurangan ramai, tidak berminat dengan manusia.
sebagai student USIM-kAUNSELING, saya dapat merasakan besarnya peranan pelajar sains sosial dalam masyarakat kita. kemajuan pembangunan dan material dibanggakan tetapi jati diri masyarakat bagaimana? alhamdulillah di USIM, gabungan ilmu akademik dan agama berjalan seiring walaupun satu semestar kami mempunyai 11 subjek.
dari mana sumber utama modal insan itu?
55:1-3
Salam.
“there’s another unemployed family member”… the response that my acquaintance received when he did a degree in philosophy.
Nowadays most people regard philosophy is just another headache… what counts is how much do you make at the end of the month.
All in all, it made Modal Insan is just another paradox.
Assalamualaikum wbt
pertama kali mencelah. sekadar memberi respon, saya pernah mendengar cerita seorang kawan, yang pernah belajar di US. Dia menceritakan ramai pelajar Yahudi di universiti mengambil kursus-kursus falsafah dan kemanusiaan berbanding kursus-kursus sains dan teknologi.
Sebabnya, apabila kita berjaya menguasai minda manusia, tak kisahlah sama ada manusia itu doktor, jurutera, akauntan, petani, perdana menteri dan sebagainya, semuanya akan tunduk mengikut telunjuk dan acuan kita.
sebab itu kita dapati orang Yahudi menguasai media cetak dan papar. contoh spielberg, robert murdoch dsbg.
saya suka cara ustaz menulis. tidak ifrat dan tafrit. teruskan ustaz. Allah saja beri ganjaran sebesar-besarnya.
Assalamualaikum ustaz…
MasyaAllah, tajuk kali ini benar-benar seperti apa yang bermain di fikiran saya sejak kebelakangan ini. Sekembalinya saya dari ‘daurah serantau’ yang diadakan di Jepun baru-baru ini, penceramah oleh Ustaz Salam, topik perbincangannya sama, iaitu mengenai kurangnya pelajar-pelajar kita yang mahu mengambil bidang sains sosial ini berbanding dengan bidang sains tulin. Sedangkan banyak dari kalangan pemimpin negara adalah dari bidang sains sosial/soft sains ini.
Mentaliti masyarakat kita yang disogok dengan bidang sains tulin itu yang bakal menjamin masa depan yang cerah, ditambah dengan sistem pendidikan negara kita yang bila difikirkan memang pincang dan berat sebelah menyebabkan bidang sains sosial ini tidak dapat berkembang.?
Bila dilihat pada pelajar di oversea, kebanyakan pelajar bijak pandai ini dihantar untuk mempelajari bidang hard sains supaya bila pulang ke Malaysia bakal menjadi jurutera@doktor yang bertauliah untuk membangunkan negara (kononnya?), tetapi pembangunan sahsiah diri dan akhlak diabaikan. Situasi ini membuka mata saya, betapa perlunya kita untuk mempelajari bidang soft sains ini demi pembangunan insan.
InsyaAllah, selepas grade dan pulang nanti saya memang bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang sains sosial ini, supaya boleh mempelajari cara-cara untuk mendekati manusia dan menbentuk manusia demi dakwah Islamiyah. InsyaAllah, moga Allah memudahkan urusan saya. Ameen.
Assalamualaikum ustaz…
MasyaAllah, tajuk kali ini benar-benar seperti apa yang bermain di fikiran saya sejak kebelakangan ini. Sekembalinya saya dari ‘daurah serantau’ yang diadakan di Jepun baru-baru ini, penceramah oleh Ustaz Salam, topik perbincangannya sama, iaitu mengenai kurangnya pelajar-pelajar kita yang mahu mengambil bidang sains sosial ini berbanding dengan bidang sains tulin. Sedangkan banyak dari kalangan pemimpin negara adalah dari bidang sains sosial/soft sains ini.
Mentaliti masyarakat kita yang disogok dengan bidang sains tulin itu yang bakal menjamin masa depan yang cerah, ditambah dengan sistem pendidikan negara kita yang bila difikirkan memang pincang dan berat sebelah menyebabkan bidang sains sosial ini tidak dapat berkembang.?
Bila dilihat pada pelajar di oversea, kebanyakan pelajar bijak pandai ini dihantar untuk mempelajari bidang hard sains supaya bila pulang ke Malaysia bakal menjadi jurutera@doktor yang bertauliah untuk membangunkan negara (kononnya?), tetapi pembangunan sahsiah diri dan akhlak diabaikan. Situasi ini membuka mata saya, betapa perlunya kita untuk mempelajari bidang soft sains ini demi pembangunan insan.
InsyaAllah, selepas grade dan pulang nanti saya memang bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang sains sosial ini, supaya boleh mempelajari cara-cara untuk mendekati manusia dan menbentuk manusia demi dakwah Islamiyah. InsyaAllah, moga Allah memudahkan urusan saya. Ameen.
saya berdoa dan berharap satu hari nnt sy dapat menyambung pengajian sejarah di UIA..
dari dulu hingga sekarang asyik dapat belakang kalau subjek berkaitan sejarah nie ..
hmm nampaknya bukan bidang ana ..
apapun ana masih baca dan memikir ttg sejarah nie ..
artikel ustaz ni membuatkan bdk2 hard science rasa bersalah..apapun, msg2 ada kekuatan dan kelamahan tersendiri..
masa kecil dulu saya minat betul sejarah dan falsafah. score abis abisan masa sekolah dulu. namun sebab arus semasa, saya masuk geng hard science. namun di UK ni, prof hard science saya ni pun cekap bab soft science ni. mungkin generasi lama scientist barat. bagi dia, “sometimes God made it that way…do you believe in God?” saya terkejut dgr dia cakap macam tu. ” I believe in God”, saya jawab kembali. Diskusi kami kekadang tu lebih byk bentuk falsafah dlm mendapatkan pemahaman fenomena alam ciptaan Tuhan ini…. bagus jugak dpt ler orang hard science macam saya ni berfalsafah sikit..
Hehehe…melalut pada ptg hari…
Sham, apsal kau tak pernah balas sms aku? Kau datang kolej langsung ke tak sekarang ni?
Antara tajuk yang pernah akak kemukakan untuk cadangan penyelidikan adalah “Ethical Investment” tetapi awal2 lagi salah seorang pihak pengurusan fakulti bertanya “How do you calculate ethic?”. Jadi topik2 yang berkaitan dengan “human behaviour” ni terpaksalah dilupakan.
La pauhfc, kenapa pula rasa bersalah? Baca betul2, maksud ustaz adalah jadilah apa pun yang penting kita sentiasa berminat untuk memahami manusia. Remember, people don’t care how much you know until they know how much you care.
Masalah ini bertambah teruk apabila sedikit mana pelajar yang masuk soft science itu kebanyakkannya golongan kurang cemerlang di peringkat sekolah/pra-universiti. Pelajar yang hebat-hebat masuk perubatan, kejuruteraan dan kewangan belaka – mungkin kerana hanya jurusan sebegini yang diberi tajaan luar negara. Pelajar soft science sudahlah tak “secerdik”, lepastu pula dibebalkan dengan universiti tempatan yang mengongkong. Sepatutnya terbalik – pelajar soft science perlukan lebih kebebasan dan patut mengaji di luar negara sementara kongkongan universiti tempatan tidak menjejaskan bidang hard science.
Sorry ler campden grove.aku tak dtg semlm. pening kepala sikit. hp aku selalunya duk dlm almari & takde credit (prepaid). so by time aku baca sms tu dah tgh hari. hari ni aku pegi halfday je.by 3pm balik dah. esok belum tahu. senang email je aku, selalu check (m.anuar06@imperial.ac.uk).sorry ustaz guna ruang utk diri sendiri…jawab kemusykilan campden grove.
Benar statements bangku tu. Since government decision cannot be changed, what we can do is at least the readers of this web, who I guess mostly come from hard science will not hardened their heart by ignoring human factor,issues and concern.
assalamualaikum
selaku salah seorang pelajar hard science di taman ilmu dan budi
saya rasa perlu untuk menjelaskan, di uia alhamdulillah..
human factor, issues and concern memang diambil kira
dan ditekankan di kalangan pelajar
dan saya yakin sebenarnya di universiti2 lain juga begitu
cumanya ia tidak bertulis, untuk lebih formal mungkin boleh diserapkan ke dalam silibus pembelajaran
bagi saya soft science dan hard science, kedua2nya sama penting
tidak ada yang lebih bagus atau lebih rendah
sama2 melengkapi..
wallahua’lam
saya ada terlibat dengan sebuah SBP yang ada non-science class. Krisis berlaku apa bila kelas non-science semakin pupus. Guru-guru dan alumni concern ttg perkara ini. Biar pun kempen dilakukan, kepupusan semakin berlaku. Antara sebab musabab yang tidak dapat dielak ialah ibu bapa yang takut seolah-olah melakukan ‘suicidal-act’ jika membiarkan anak-anak masuk non-science.
Ibu bapa perlu ‘bijak’ sedikit dari anak-anak. Jgn termakan ‘hype’ jiran-jiran,rakan-rakan dan gempar media utk berlumba-lumba anak-anak jadi doktor,jurutera,professor. Jika tujuan anak-anak dihantar belajar untuk mengharap anak-anak melambakkan wang ketika kita tua, maka wang sahajalah yang kita dapat. Mungkin tak dapat pun.
Assamualaikum,Selamat Merdeka 50
Saya salah seorang golongan hard science dalam bidang civil engineering. Bekerjaya lebih kurang 14 thn dan berprofesional sejak 2001 hingga sekarang dan insyallah kerjaya sampai pencen. Pengamatan saya, yang tak kena dengan golongan hard sicence ini adalah menilai semua benda dengan penilaian metamatik. Angka menjadi persoalan. Ukuran kejayaan atau kegagalan dinilai daripada 0 sebagai titik asalan dan + tanda kejayaan dan – sebagai kegagalan.
Pengalaman kerjaya mengajar saya mengajak manusia yang kita berhubung atas apa jua urusan agar menilai isu atau masalah berdasarkan punca kerana saya berpendapat jawapan kepada persoalan bukan penyelesaian kepada permasalahan.
Kita sering tersasar ingin segera menyelesaikan persoalan tetapi tidak sampai akal untuk menyelesaikan masalah yang mungkin berpunca daripada sebab yang kecil sahaja.
Antara contoh klasik yang saya boleh kongsi bersama berkaitan dengan bidang kerjaya saya adalah :
Jalanraya yang berselekoh tajam sering menyebabkan kemalangan. Jawapan kepada masalah diselesaikan dengan memasang papantanda2 yang hanya berharga beberapa ratus ringgit dipacak berhampiran selekoh dengan harapan tinggi supaya pengguna jalanraya berhati-hati. Begitu mudah.
Sedangkan hakikatnya menyelesaikan punca adalah penyelesaian kepada persoalan. Jawapannya selekoh itu perlu diluruskan, jalan dilebarkan dan sebagainya.
Bhg 1 Modal insan
1. Saya kira ustaz sangat faham dengan manusia dari kesimpulan ustaz ” … batu yang dibentuk dengan air”. Malah ada kata-kata menyebut “lebih keras dari itu”. Itulah ‘keistimewaan’ manusia, walaupun mempunyai potensi berfikir, lebih berminat dengan hak kemanusiaannya … menepuk dada dan mengikut selera. Dengan sains, manusia di Barat menggunakan sepenuhnya ciri tersebut dalam membena segalanya, tamaddun, ekonomi, kemajuan dan sebagainya.
2. Walaupun agak berat, saya ingin melangkah setapak mengejar pencapaian pemikiran ustaz, untuk mencari persamaan padang permainan. Secara tersuratnya terdapat banyak persamaan di antara kita dalam pekara-pekara berikut,
a. Ustaz berpendapat bahawa ilmu Falsafah sangat penting untuk dipelajari,
b. Kegagalan mendalami maksud dan tujuan agama dari Pengajian Islam sahaja,
c. Ustaz mendekati falsafah dengan maksud memahami diri sendiri,
d. Keinginan mengenali manusia, mendalamkan tumpuan ustaz kepada sejarah,
e. Bersetuju bahawa masyarakat setakad membaca cerita (sejarah dan banyak buku lain) dengan tidak mengambil natijah,
f. Pengkususan yang sempit di bidang Pengkajian Islam,
g. Keperluan pengimbangan bagi mengatur manusia dibuat dengan lebih teliti,
h. persoalan yang lebih utama dalam hidup seperti TUJUAN HIDUP,
i. Penghafalan teori fizik tanpa melihat falsafahnya,
j. Dakwah memerlukan sumber Rabbani dengan sentuhan manusiawi,
k. Tidak mengharmonikan fitrah manusia dengan nas,
l. Kesan mundurnya bidang sains Kemanusiaan dan Falsafah membantutkan perkembangan ilmu
3. Walaupun saya bersetuju perbezaan ketara antara Indonesia (tidak terdedah secara terus kepada Mesir/Turki) dan Malaysia, berhubung penutupan Jabatan Falsafah di UUIM, saya kurang setuju kepada hasil yang dicapai oleh negara-negara Islam yang mempunyai pemikir-pemikir efektif, seperti yang ustaz utarakan. Saya setuju ustaz mendoakan … agar berjaya membentuk manusia … tetapi agar itu adalah harapan yang belum kesampaian. Dan sekiranya persamaan yang tercatit di perenggan 2 di atas tidak diselesaikan, saya tidak nampak kejayaan akan menyebelahi pehak mereka.
4. Kesemua perkara Per 2 di atas, mempunyai satu faktor utama. Penggunaan potensi akal secara ilmiah (sainstifik). Ramai yang tidak mahu menggunakan potensinya. Samada telah dimomok-momokkan oleh persekitaran atau diwarisi melalui keturunan. Saya sedih berjumpa dengan golongan professional yang masih dihantui dengan pemikiran kampung, walaupun telah lama di luar negara. Kongkongan budaya (konsep isi dan kulit perlu difahami di sini) nampaknya terlalu kuat menyelubungi golong ini. Hasilnya falsafah dianggap bertentangan dengan Islam. Kebebasan fikiran bertentangan dengan Islam. Iman taklid (yang hendak berimanlah) warisan datuk nenek yang dipegang. Memang ada tajdid dilakukan tetapi kadarnya terlalu sedikit atau terlalu lambat untuk memberi kesan pada masyarakat.
5. Ada yang memberikan alasan hambatan dunia sebagai sebab menolak berfalsafah (fikir). Saya kira di dunia pun tidak berjaya. Seperti kata ustaz “Nak mengaji kena cerdik ke nak cerdik kena mengaji?”. Memang ia dalam bulatan, setiap pusingan menghasilkan sedikit penambahan. Sebab itu saya mengambil DUIT sebagai doa (akan datang tajuk di bawah Teori Darwin untuk ini). Doa (senjata mukmin) hanya mengeluarkan hasil, apabila ada putaran roda dimulakan dengan Doa, yang menimbulkan azam, ikhatiar (membuat pilihan) kemudian Usaha, Iltizam dan seterusnya Tawakkal. Kalau di sendirikan sahaja doa dia menjadi senjata makan tuan (ke arah kemusnahan). Hanya mengarah Zat yang Maha Mengetahui menguruskan urusanNya tanpa melaksana apa yang sepatutnya dilakukan.
6. Saya bersyukur menikmati B.Sc(Hon) percuma dari JPA di UK. Sejak mula bekerja saya bertekad mengenali diri dengan tema “… aku dah jemu kaji system electronics, nak kaji system diri”. 2 tahun sempat mendedahkan diri di Medan, menanggalkan iman, letak di depan dan kaji keimanan itu tulin atau taklid. Pelbagai persoalan pelik boleh ditanya dan cari jawapannya. Berulang ke gereja (tak boleh cerita patutnya kat Malaysia) dengan Pak Indon bersongkok dan bersalib. Mereka kata Allah yang Maha Kudus seperti Paderi Arab di zaman Nabi menyebut Allah. Semuanya tidak dapat dibuat tanpa akal yang mengenal diri dan Haliqnya. Buku falsafah lebih banyak saya rujuk dari buku Electronics. Tetapi system elecronics banyak mengajar ketuhanan. Hukum Fizik banyak kearah Tauhid (satu lagi tajuk di bawah siri Darwin, insyaallah)
7. Meninggi diri ke tepi, apa yang ingin saya lakukan ialah menguji diri menyampaikan yang tersirat di minda kepada orang lain. Saya sedang menguji diri dengan kelas “Permata999? untuk 5 orang anak saya, yang akan melepasi tahun pertama menjelang 50t merdeka. Temanya tidak lain dari kepentingan menggunakan akal, mengkaji carakerja Haliq, mengenal diri untuk mengenal Haliq, pentingnya sains (dulunya natural philosophy), penggunaan Pintu untuk keluar ke Kitab Alam (Bhg 3 Per2) dsb.
8. Beragama timbul dari konsep berbudaya (yang kemudian membena tamaddun) di mana buku panduannya datang dari ‘langit’. Keperluan beragama timbul dari ketidakmampuan fiikiran manusia mencari jawapan kepada persoalan yang dihadapinya. Bayangkan di zaman kuno, belum ada guru/buku/internet nak rujuk, bunyi guruhpun satu keajaiban, kemarahan sesuatu/seseorang, terjejasnya mata pencarian dan pelbagai persoalan lain. Mula dengan ketakutan menjadi penghormatan dan akhirnya pendewaan. Timbullah bermacam-macam tuhan. Akhirnya kebenaran datang mengatakan “Tiada tuhan melainkan Allah”, tetapi ramai telah mewarisi ketakutan nenek moyang lampau dan tidak mahu beganjak dari beriman taklid kepada beriman ilmu dengan berfalsafah.
9. Nafsu yang dibekal untuk mencetus kehidupan telah disalahgunakan oleh manusia. Kita tak boleh hidup tanpa nafsu. Jadinya manusia lebih keras daripada batu adalah kerana nafsu. Kepincangan pewarisan tamaddun Nabi saw adalah kerana nafsu. Dari satu sudut, sekiranya makanisma pembentukan manusia dijadikan lebih manusiawi, ianya akan gagal kerana lebih manusiawi itu bermakna melayani kebatunya. Sebab itu Nabi saw menyebut nisbah 1:72 nya, untuk mengingatkan yang terpilih, dimana air dapat membentuk kebatuannya.
10. Soft science, (malah bidang-bidang lain di Barat) berjaya kerana kefahaman orang Barat sekular (masih ramai yang beragama) menerapkan (lebih kepada exploitation) sifat semulajadi kebatuan (mengikut selera) manusia di dalam perlaksanan pemasaran mereka. Bhg 2 Per 13 dan Bhg 5 – menjadi penumpang/pengguna. Pertama mereka membuat pembacaan Alam kemudian mereka gunakan teori-teori yang dapat memberikan kejayaan pemasaran produk mereka. Sebab itu konsep isi dan kulit pisang diutarakan kerana kita akhirnya terpaksa memilih sesuai tujuan. Hanya iman ilmu dapat memberikan jawapan yang tepat sesuai nisbah 1:72.
Allahu a’lam.
Apa itu nisbah 1:72?
agak menarik apabila ustaz membuat analogi berkaitan PAS dan AKP… saya bersetuju dengan ustaz dalam hal ini.
Akhi Riyadh, nisbah tu ana fikir untuk firqah di kalangan Umat Islam.
Ustaz, ambo fikir sebahagian pelajar kita ( malah masyarakat ) bukan “membenci” atau melupakan hal-hal kemanusiaan ini kerana menolaknya. Tetapi mereka fikir ia tidak banyak ( tidak nampak dapat ) membantu untuk membayar semula kos pengajian mereka dan jika ianya didalami sekalipun, golongan ini sukar diberi ruang yang baik oleh pemerintah dan masyarakat untuk memberi sumbangan, sambil menerima pendapatan?
Jika belajar sejarah….mereka ( ana jugak kut ) fikir apa yang kita boleh buat untuk melakukan perubahan di tengah masayarakat? Sekadar di dalam bilik darjah. Lihat sahaja contoh pada akak sepupu ustaz. Ana fikir itu cth terbaik.
Maka, sebelum kita mampu menggalakkan pelajar meminati “kemanusiaan” ini, perubahan lain perlu ditingkatkan lagi, may be politik, dan may be ia perlu seiring dalam bulatan.
wallahu a’lam.
ohhh ni 1:72 ni 73 golongan le ni. elbaritii anta rasa buleh terima lagi 73 golongan ni?
betul tu seiring dalam bulatan
Ustaz, memang nampak seperti kebendaan jika kita membincangkan soal kerja, pendapatan dan gaji. Tetapi kita sebenarnya telah terperangkap dalam sistem yang seperti itu. Belajar bukan lagi kerana minat atau mahu. Rata2 pelajar kita belajar dan memilih sesuatu yang boleh memberi respon terbaik selepas diijazahkan.
Jika pengajian dipercumakan, atau pengajian tidak terikat umur, atau pengajian tidak perlu bergolok-gadai ( murah ), maka ketika itu boleh soal kerja tidak lagi diutamakan. Kerana pelajar tidak lagi perlu berat memikirkan kos hutang+riba ptptn ( bantuan diberi demi mencekik pelajar dan melakukan bisnes ).
Pandangan ana di atas bagi isu pelajar yang tidak ramai mahu mengkhususkan pengajiannya dalam bidang soft-science.
Tetapi, ana sangat setuju bahawa sesiapapun perlu mendalami jati-diri manusia ( bukan sekadar Melayu ) sama ada dalam atau luar silibus.
Berdasarkan pengalaman baru di kfh, ana semakin nampak kenapakah profesional kita jarang benar mahu melibatkan diri dalam mempraktikkan ilmu berkaitan kemanusiaan + dakwah. Antara yang jelas, dan klasik ialah hambatan kerja dan masa.
Daripada situlah akhirnya, masyarakat kita terdidik untuk bersikap ananiah. Ananiah secara terpaksa, termasuk drp kalangan mereka yang faham dakwah+mengenal manusia, tetapi gagal membuatnya.
Ya lah, jika masa untuk bersama keluarga hanya dapat dimaksimumkan pada hujung minggu sahaja, sudah tiadalah ruang bagi masyarakat.
Ehhh apa ana tulis nih….macam dah lari tajuk aje, hehehe, balik nanti ustaz sms nooo, riyadh dah bising nak makan kat rausyah lagi tuh.
Salam istiqamah.
Sumpah akhi, ana tak terfikir langsung maksudnya seiring dalam bulan. Yang ana fikir suatu proses roda yang berputar.
Tapi mmg tak salah jika ia dimaksudkan seiring dalam bulan purnama. Malah itulah semestinya.
Buleh terima mcm mana tuh?
kan dah ada bincang dalam email pasal 73 golongan. Tak pe sambil melantak nanti kita sembang, tak seshuwai kat sini
Setakat ini belum ada Akademi Sains Sosial..tetapi Institiut Sains Sosial dah ditubuhkan..dekat Sg Besi..tetapi ‘masih belum popular’ dan orang ramai masih belum tahu peranan institut itu..tetapi mungkin kerajaan dah sedar kepentingan ‘soft science’ serta kearah memperkasakannya.
Muzium mungkin salah satu alat untuk mempromosi sains sosial..tetapi agak kaku berbanding pusat sains negara, zoo negara, petro sains dll..mungkin corak pameran perlu lebih interaktif..bukan pameran hantu utk menarik pengunjung
Realiti dalam corak pimpinan kerajaan memang dikuasai oleh graduan soft science misalnya jawatan PTD dan Pegawai Daerah serta lain-lain berbanding sektor swasta yang ‘dikuasai’ oleh jurutera. Graduan Sains tulin adalah kelas kedua dalam sektor swasta dan sering di buli oleh jurutera..
….manusia itu raja dibumi sebab itu ia boleh meletakkan kaki atas meja sambil beri arahan… sebelum tuhan mengambil kakinya atau melumpuhkan kakinya perkara yang perlu diambil kira ialah bermaharajalelalah dengan kelebihan yang ada. Setakat letak kaki atas meja tu ..tak hairanlah …tu level rendah tu…. jika dibandingkan firaun sendiri boleh mengaku dirinya tuhan semasa tengah memuncak. wallahualam.
saya ini boleh ibarat sudah terhantuk baru nak terngadah (releven ke pepatah ini?)..sudah terkena baru ingin membelek buku sejarah, mengkaji yang tersirat di sebalik yang tersurat. haih!
terima kasih banyak atas nasihat ustaz.
baru menyapa ustaz sudah menguntumkan senyuman. tak sukar mendekati ustaz hasrizal, salah benar tanggapan saya pada ustaz sebelum ini. Jazakumullah hu khairan kathira..
ada kelapangan dan rezeki, datangla lagi ke perth!
human capital??..hmmm
Betul juga analisa pemerhatian elbaritii tu, zaman akak dulu, majoring soft science ni memang tiada penaja, siap kena warning lagi…jangan minta pengkhususan pelik2 kalau mahu ditaja, apatah lagi kalau mahu keluar negara. Sekarang pun rasanya tidak banyak berbeza. Oklah, kita perlu bekerja mencari rezeki untuk keluarga tetapi pengajian seterusnya usahakanlah belajar ilmu memahami manusia, tidak sanggup formal cubalah informal. Kang akak tulis contohilah ustaz, puji lagi plak.
Point tiada masa untuk aktiviti dakwah tu pun betul juga walaupun sudah faham Islam dan manusia. Tetapi kena check balik “1st thing 1st”, mana batu kecil, mana batu besar. Kalau nak guna petua ustaz, dia rujuk kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Tepuk dada tanya iman.
Assalamua’laikum,
Memang benar kefahaman tentang ilmu Falsafah selain dari Ilmu Islam sangat penting untuk dipelajari kerana ia berfungsi mendefinisikan cara kita berfikir, dan seterusnya membentuk sikap dan tindakan kita.
Pengalaman semasa di peringkat sekolah dahulu, Alhamdulillah saya berpeluang belajar di sekolah yang menawarkan kedua-dua pengajian, Islam dan sains tulen. Pengajian Islam berteraskan silibus dari Al-Azhar membuatkan pengajian sains saya benar-benar bermakna. Malah ia menjadi pemangkin kepada kesungguhan untuk mendalami ilmu sains. Kefahaman Islam itu memberi makna dan erti kepada ilmu sains yang saya pelajari, seterusnya mencetuskan tekad dalam diri saya.
Namun, setelah memasuki universiti juga dalam bidang sains, semuanya tinggal kenangan. Pengajian Islam, kalau ada pun hanyalah optional, dan tidak formal. Mungkin sebab itu ramai rakan-rakan yang mengubah haluan, beralih kepada bidang agama. Keadaan di universiti membuatkan saya sering keresahan, dek dahagakan ilmu yang boleh memberi makna kepada pengajian sains saya. Alhamdulillah, kesempatan berada di universiti, di gedung segala ilmu, saya ambil peluang ini dengan meminjam dan membaca buku-buku Islam dan falsafah buat memahami diri sendiri, mengubat keresahan diri, dan seterusnya mencetuskan tekad saya terus mendalami ilmu sains. Saya dapat banyak manfaat dari pembacaan tersebut.
Sedar tak sedar saya sudah melangkah setapak lagi dalam mempelajari bidang sains. Dan sekarang ini, saya perlu akur dan sedar bahawa saya akan berada di atas landasan ini, sebagai seorang saintis. Namun, persoalan “makna & erti” inilah yang sering menjadi bahan tafakur saya tatkala saya sibuk melakukan penyelidikan. Apa erti saya menjadi seorang saintis?
Saya tidak mahu menjadi seorang saintis tanpa makna & erti buat diri. Kerana seorang saintis, tanpa makna & erti, ibarat kanak-kanak yang hanya seronok dan leka dengan permainannya. Lupa tentang diri kerana asyik dengan permainannya.
Saya mahu menjadi saintis mukmin, yang tahu makna & erti diri, tahu fungsi diri, berbekalkan zikir & fikir, iman & amal, menyahut seruan Ilahi untuk mengkaji dan terus mengkaji ciptaan-Nya, berlandaskan prinsip-prinsip Islam, sehingga akhirnya kita akur, bahawa Allah jadikan tiap sesuatu itu bukan sia-sia. Ya Allah, Engkaulah Tuhan, daku hanya hamba.
Wassalam.
Ustaz, program falsafah sebenarnya masih lagi diteruskan (kalau tak silap saya) di UIA tetapi di bawah naungan ISTAC (Institute of Islamic Thought and Civilization). Agaknya kerana program master tersebut mengambil masa dua tahun (berbeza dengan program lain yang hanya memakan masa setahun) ramai yang tidak berminat mengikuti kursus ini.
Saya bersetuju dengan pandangan ustaz bahawa “ilmu Falsafah sangat penting untuk dipelajari kerana ia berfungsi mendefinisikan cara kita berfikir.” Namun kita harus akui bahawa “Falsafah” sebagaimana yang kita fahami hari ini berbeza dengan “falsafah” yang diterokai oleh para filasuf dan ilmuwan zaman dahulu, termasuklah tokoh-tokoh pemikir Islam. Natijahnya kita sering disajikan dengan penulisan-penulisan “sarjana” yang memberi gambaran seolah-olah “falsafah” itu tidak punya peranan mahupun kekayaan dalam dunia Islam. Tidak hairanlah Bertrand Russell menganggap filasuf-filasuf “Arab” penting hanya sebagai “transmitter” falsafah Yunani!
Saya fikir kita perlukan satu perubahan cara berfikir khasnya dalam memahami bagaimana “ilmu” itu diperolehi dan ditafsir, termasuklah aktiviti penyusunan semula ilmu-ilmu yang sedia ada hari ini (sepertimana dihujahkan Osman Bakar dalam Classification of Knowledge in Islam).
Hmm.. bukankan ‘soft science’ itu lebih tepat digelar ‘pure science’ manakala ‘hard science’ itu pula ‘applied science’? Cuma satu saranan.
Assalammualaikum pembaca,
Balik cuti panjang merdeka 50
1. Terima kasih elbaritii ingatkan Akhi Riyadh, “nisbah tu ana fikir untuk firqah di kalangan Umat Islam.” Tepat sekali dan menakutkan. Dalam satu tafsiran dijelas sebagai 1 bulu dari bulu-bulu kambing? … 1:10,000 (?). Kalau mereka tak rujuk Al Quran, As Sunah dan Aj Jemaah tak apa. Dan kalau masaalah ranting boleh terima … tapi sampai perang saudara macam kat Asia Barat tu … apa cerita!. Tiada beza dengan perpechahan disebabkan Bible ditulis ramai orang.
2. hard science, pure science, and fundamental science are very similar.
Soft science is a colloquial term, often used for academic research or scholarship which is purportedly “scientific” however it is not based on reproducible experimental data, and/or a mathematical explanation of that data. The term is usually used as a contrast to hard science.
Applied science is the exact science of applying knowledge from one or more natural scientific fields to practical problems. Many applied sciences can be considered forms of engineering. Applied science is important for technology development. Its use in industrial settings is usually referred to as research and development (R&D).
Hard science is a term used to describe certain fields of the natural sciences or physical sciences that are perceived to be more accurate than other sciences like the social sciences. The hard sciences usually rely on experimental, quantifiable data or the scientific method and focus on accuracy and objectivity.
Terima kasih
Bhg 2: Modal Insan – Hardware, Firmware and Software
1. Ribuan maaf bahasa saya memang rojak. Bukan kesan dari pembelajaran di UK. Memang dari bangku sekolah dulu bahagian bahasa lemah sedikit. Mungkin kerana di dalam pembacaan saya mengutamakan speed reading, reading between lines dan membayangkan yang tersirat dari yang tersurat. Jadi bila menulispun jadi rojak. Saya harap apa yang tersirat dapat disampaikan melalui yang tersurat. Lagipun tajuk-tajuk yang saya tulis terbuka kepada feedback dan comments.
2. Dengan B.Sc Electonics Communications, saya memahami sistem komputer. Kebetulan memang saya gemar menggunakan komputer. Ingat masa tahun 1 lagi, tak cukup dengan slot menggunakan komputer yang di’ration’kan kepada para pelajar, saya meminta slot-slot senior yang kurang minat berkomputer. Ini cerita tahun 78. Bill Gates pun baru berhenti sekolah. Yang penting dari komputer dan electronics lahir hardware (HW), firmware (FW) dan software (SW).
3. Dengan tema “dah jemu sistem elektronik, nak kaji sistem diri” (Bhg 1 – Modal Insan, Per 6”, saya kemudiannya mengenali Roh (SW), Jiwa (FW) dan Jasad (HW), setelah beberapa tahun pendedahan kepada falsafah (Bhg 2, Teori Darwin, Per 12). Kita adalah roh yang diberikan jasad sebagai kenderaan di dunia dengan jiwa sebagai perantara. Setiap yang berjiwa akan mati (berpindah roh ke alam lain – 7 alam semuanya, satu lagi topik akan datang). Maka kita yang mengenali kita sebagai roh, kita tak akan mati! “Kholidi nafi ha, abada” (Kekal kita di dalamnya, selamanya … pilihlah).
4. Jadi modal mesin (ware) ialah HW, FW, SW. (ingat zaman Tuppre – ware dulu). Menterjemah elektronik kepada insan, maka Hard Insan – Jasad, Firm Insan – Jiwa dan Soft Insan – Roh. Begitu juga ilmu berkaitannya Hard Science (Physics, Chemistry dan Biology), FS (jarang dengar lagi) dan SS (Soft Science adalah ‘kolokial’ bagi sesetengah pendapat). SS merujuk segala yang berhubung dengan bagaimana (how), mengapa (why) (software – tak boleh sentuh) berbanding apa (what), bila (when), mana (where) (boleh sentuh).
5. Al-kisah, vitamins dan minerals adalah makanan jasad, jadi nak bagi apa pada roh? (Bhg 2 Teori Darwin Per 6) Fikir dan zikr adalah makanan roh (termasuk minda/akal). Jadi menghalang pemikiran atau penzikiran yang salah membantutkan petumbuhan roh/mind/akal. Roh yang akan merantau 7 alam ini akan sentiasa memerlukan makanan selagi dia/kita hidup. Kalau tak dilatih mencari makan semasa memandu jasad (di dunia) di alam seterusnya nanti dia tak pandai nak cari makan. Kebulurlah dia!. Inilah modal insan …
6. Dari awal siri, penekanan saya adalah kepada ilmu sains (falsafah semulajadi sebelum kurun ke 19). Fikir dan zikir secara saintifik (ilmiah) adalah makanan utama roh/minda/akal (sinonim tapi …). Zikir ni bukan yang berkenaan dengan biji tasbih, tu … atau dalam keadaan separa-sedar (subconsious). Fikir dan zikir juga ada di dalam bentuk artistik (berseni). Umpama supercomputer yang digunakan untuk tujuan saintifik (finate element analysia, weather forecast prediction dsb) berbanding supercomputer untuk tujuan artistik (witch-craft game atau big blue vs Kasparov – grandmaster chess player). Saintifik fikir dan zikir adalah berkenaan carakerja Haliq (faelNya), sementara yang artistik berkaitan carakerja mahluk. Jangan lupa juga campuran keduanya, di tengah-tengah.
7. Jadi, masaalahnya ialah kita kata kita suka sains. Kita kata kita nak bena modal insan. Kita kata kita nak berfikir luar kotak. Kita kata kita nak berpandu kepada Al Quran, As Sunah dan Qiyas (parallel thinking). Kita kata nak kenal manusia. Kita kata kita sebuk hambatan dunia … sehinggakan pembacaan Kitab Alam disubkontrak kepada orang lain. Tapi … pada masa yang sama kita tolak Teori Darwin (bukan pembaca Saifulislam … orang lain – macam pernah dengar ja!) kita tolak sains yang susah (sains yang menghasilkan keselesaan kita, tak apa), kita tolak Big Bang. Masha Allah! Uniknya muslim yang saya kenali … mungkin orang lain tak mempunyai pengalaman yang sama kot! Uniknya kesimpulan yang ustaz Hasrizal berikan. “Dah takdir!”, Qodo’ Qadar – QQ (satu lagi topik menarik akan datang).
8. Bagaimanapun, pokok duit-duit menghasilkan kehijauan di pokok yang ditumpang. Walaupun tak boleh hidup berdekari dengan tidak menjejeak bumi, dia tak seteruk enau, yang mempunyai hobi memanjat lebih tinggi dari yang ditumpangnya. Tapi ada satu pokok yang mulanya menumpang, akhirnya menyebabkan pokok tumpangannya mati beragan. Itulah alam. Yang mengikut program Haliknya. Itu pula Hard Alam, yang membentuk segala matter (dan membawa kepada istilah materialistik), Firm Alam menjadi perantara, dengan Soft Alam adalah QQ (superprogram Allah), yang merangkumi sifat-sifat maani dari ilmu Kalam (Kudrah, Iradah, Ilmu, Hayat, Sama’, Basar dan Kalam).
9. QQ adalah alat. Sebab musabab. “Allah melaksanakan segalanya dengan sebab”. Alat yang sepatutnya kita pilih untuk melaksanakan sesuatu. Ketidaktahuan kita memilih alat, yang menghasilkan keputusan, lain dari apa yang kita harapkan. Kita sangka kita telah memilih alat yang terbaik. Sepatutnya kita bukan melihat kepada alat sangkaan yang dipilih … tetapi lihatlah kepada hasil kepada alat sangkaan itu. Sekiranya tujuan tidak tercapai dengan alat sangkaan itu … logiknya kita memilih alat yang kita tak sangka berkesan. Pemilihan yang hanya dimungkinkan oleh fikir dan zikir saintifik. Berfalsafah, sesuai teori isi dan kulit.
10. 31:5 Mereka itulah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari tuhanNya dan mereka orang-orang yang beruntung. Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olok. Mereka itu memperolehi azab yang menghinakan.
Allahu ‘alam
Assamualaikum,
Saya rasa tak salah banyak belajar sains tulin kerana pasaran kerjaya memerlukan itu.Tapi apa salahnya pelajar sains tulin didedahkan juga dengan ilmu human sains
Sdr sufi dan pembaca, SSAK – Selamat Sejahtera ke Atas Kamu.
Sememanya tak salah banyak sains tulin dan kita sepatutnya mengalakkannya. Dan dua kali tak bersalah pelajar sains tulin didedahkan dengan ilmu human sains. Itu yang kita perlukan agar Sains Tulin dapat di applied kan.
Terima kasih.
ooooooo….
jabatan sejarah dan tamadun.
saya baru tau kewujudan jabatan ini.
kalau saya buat poll untk semua student engin pun mesti 100% pun tak tau tentang kewujudan jabatan ini.
buat laaa promosi sikit. :]
kalau kami di uia pun tak tau, how laa org luar nak tau.
Saya pernah bertanya kan pada pensyarah saya mengenai bidang yang saya belajar..iaitu perancangan bandar dan wilayah… tentang ketamadunan perancangan bandar sewaktu pemerintahan khalifah-khalifah terbilang…. kami cuma didedahkan Penulisan Ibnu Khaldun tentang ketamadunan… itu sahaja…naik dan turun sesuatu ketamadunan. istilah-istilah perancangan bandar dalam bahasa arab…
(perbandaran dan ketamadunan sangat berkait rapat.. sistem perbandaran juga yang mempengaruhi struktur ekonomi, sosial, alam sekitar dan sebagainya)
dan saya sedang berusaha untuk mengorek rahsia al-quran dan hadith bagi penggubalan standard dan guideline perancangan bandar…. Islamic Town Planning….
sbb sekarang nie negara kita menggunakan system torrent…yang digubal dari logik dan rasional yang sudah tentunya terpengaruh oleh nafsu dan kepentingan ….
yang ada pada saya sekarang penulisan Ridzuan Awang iaitu UNDANG-UNDANG TANAH ISLAM…
Saya rasa berminat dengan Jabatan sejarah dan tamadun nie..sudah tentu ada maklumat yang perlu disebarkan bagi membangunkan ketamadunan yang gemilang =)
mungkin boleh bekerjasama antara Jabatan Perancangan Bandar dan Jabatan Sejarah dan Ketamadunan nie =)
~sedang baca penulisan Mohammad Ilyas – Astronomi Islam dan Perkembangan Sains = Kegemilangan Masa Lalu dan Cabaran Masa Depan
maaf, auto form tulis nama saya abdullah….
Assalamualaikum,
Semoga thesis akak dapat memberi insight kepada curriculum designer and policy maker tentang kepentingan falsafah. Thesis akak mengenai Qur’anic foundation for teaching and doing philosophy as a methodology to revive and shape Muslim minds.
Sekarang ni satu program yang dinamakan Hikmah (Philosophy) Program sedang di adakan di SLEU IIUM dibawah supervision Center for Philosophical Inquiry in Education, Institute of Education, IIUM.
doktor falsafah di peringkat phd je lah yang memahami sains dan sastera diperingkat tinggi yang mana master in everything and jack in all traits.
Tjk ni mmg sesuai dibincangkan dlm tempoh ni, memandangkan skrg lepasan SPM sdg menunggu natijahnya, dan akan membuat pilihan lanjutan pelajaran.
Persoalan ini sering berlegar di minda sy, minta dirungkaikan dan dihuraikan. Kebetulannya, sy terbaca artikel ini dlm majalah i.
Kita memerlukan pencinta Islam dalam hard science. Kita jg memerlukan pengamal Islam dlm soft science. Ini lebih merungkai kpd maksud perlunya semua bidang dlm kehidupan ini tdk dipisahkan. Perbandingan yg nyata dilihat dlm Islam, semuanya sempurna, merangkumi semua bidang.
Seharusnya kita tdk meninggalkan satu bidang utk bidang yg lain. Namun, sistem pelajaran yg berbentuk piramid menghadkan pelajar drpd menguasai bidang yg pelbagai, krn bg mereka, semua bidang yg hndk dipelajari haruslah diganjari dgn sijil dan ijazah.
Sy nk hadkan komentar ini di sini, krn persoalan yg lebih dahsyat bg sy, bagaimana utk kita menentukan bidang pilihan, bg memenuhi tuntutan perjuangan dlm Islam, selari dgn kehendak diri dan masyarakat? Krn persoalan inilah yg membelenggu sy dgn maha dahsyat.
Pegangan dan prinsip sy, cerdik pandai tak harus sekadar menjadi doktor atau engineer, krn bidang lain lebih membutuhkan mereka.
salam ustaz,
ana berminat dgn perbincangan berkaitan dgn falsafah yang ustaz utarkan…
1.Falsafah adalah satu yang baik untuk dipelajari, kerana ia adalah satu bidang pengajian untuk kita berfikir secara kreatif dan kritis..
2. Tapi, sering akidah dikaitkan dgn falsafah… Akidah yang kita pelajari sewaktu belajar mengandungi unsur-unsur falsafah…Antaranya sifat-sifat 20….
3.Walaupun akidah yang kita pelajari mengikut methodologi ulama’ (As’syairah, Almatrudiah, dan Sanusiyyah) tetapi ia masih tidak lari dgn unsur falsafah…
4.Kerana sifat 20 sebahagiannya diperkenalkan oleh Abu Hassan Al-Ashari sewaktu pengaruh muktazilah begitu hebat dizamann awal kehidupannya…(abu hassan kemudiannya kembali kepada manhaj salaf ketika akhir kehidupannya)
5. Oleh itu penyucian akidah dari falsafah harus giat dilakukan….
6. Sebab itulah sesuatu yang tidak elok apabila pengajian akidah digabungkan dengan falsafah…
7 minta jasa baik ustaz untuk komen pendapat di atas……
pendapat saya…kenapa masyarakat kita tak minat falsafah? kerana “TAK KENAL MAKA TAK CINTA”
seperti saya…dlu sya tak minat ISLAM walau mak bapa GURU AGAMA. tau kenapa? kerana pendidikan ISLAM d sekolah membosan kn…
tiba2.. sya jumpa buku S.H.Alattas, Harun Yahya…jeng2~ bru sya paham…oh itu rupanya ISLAM.
point sya? mari kita ubah sistem pendidkan.
kita ubah subjek science kepada ISLAM&SCIENCE
(bila pelajar belajar tentang ISLAM..mereka ingat SCIENCE ITU ISLAM. bkn SCIENCE itu SCIENCE!
ISLAM&HISTORY
(bila mereka belajar sejarah ISLAM…mereka belajar KENAPA jatuh nya kerjaan, bagaimana mengembalikan keGEMILANGAN ISLAM.
ISLAM&PHILOSOPHY…bagaimana mana cara DAKWAH secara efektif seperti ustaz ;D
mcm2 lg~ sya harap INPUT d sekolah. membuat pelajar mahu BERFIKIR. Bila diluar sekolah…maka tersebar lah OUTPUT nya.
saya harap anda paham maksud sya.(kerana saya ada salah guna kan word hahaha)