Berikut adalah nota rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio IKIM.FM jam 7:30 pagi, Selasa 20 Julai 2010:
- Agama memberi makna kepada kehidupan
- Agama memberi kita tujuan dalam perbuatan
- Apa yang Islam mahu tawarkan kepada masyarakat Jepun?
- Menepati masa kerana Islam ada Wal-‘Asr?
- Kisah lelaki bosan menjadi baik tikam orang ramai di simpang jalan Akihabara (8 Jun 08)
- Di Akibahara itu juga ada ramai golongan Otaku yang obses dengan manga – (Osaka School Massacre atau Tsutomu Miyazaki, “The Otaku Murderer” tahun 1989)
- Tiada sense of purpose
- Success without happiness is the worst kind of failure
- Bertuah kerana Islam memberikan makna yang besar pada tujuan kita berbuat baik
- Buat baik kepada Allah kerana kita HAMBA
- Buat baik kepada Makhluq kerana kita KHALIFAH
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











salam ustaz,
Benar sekali lontaran nasihat ustaz pepagi di IKIM tadi. Terima kasih atas pencerahan setiap pagi dan maghrib (ulangan)kerana dua waktu itu saat kita berasak-asak pergi dan pulang dari kerja.
Moga slot motivasi pagi IKIM diteruskan dengan saifulislam atau ilmuan lain agar pagi lebih segar dengan info dan ilmu.
Terima kasih sekali lagi dan teruskan perkongsian ilmu kerana saya sentiasa mengikuti dalam diam.
assalamualaikum…
saya suka ikuti slot motivasi di ikim.fm setiap pagi,saat bersiap untuk ke kuliah rasa terisi dan diri pula rasa lebih positif.
Moga ustaz dapat teruskan mengisi slot motivasi pagi di ikim.fm…
semoga Allah mempermudah urusan ustaz selalu..
amiin..
Firman Allah swt; Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian melainkan orang2 yg beriman dan beramal soleh dan ingat mengingati dengan kebenaran dan sabar. Bila kita membaca, banyak ilmu yg dapat diulang kembali, diingati kembali dan diamalkan kerana ada kalanya manusia terlupa.
benar kata-kata ustaz. Saya sekarang sedang belajar di Jepun dan kadang kala menjadi buntu untuk mengajak mereka memeluk Islam.Penjelasan ustaz sangat-sangat bermakna.terima kasih ustaz
nazmi, kami memerlukan orang seperti anda yang ada keinginan untuk berdakwah di bumi Sakura ini
Ustaz Hasrizal cuma datang beberapa hari untuk berprogram Summer Camp di Ibaraki, tetapi cara pandang, dan analisis keadaannya mengalahkan orang-orang yang tinggal lama di sini.
Allahhuakbar, masih banyak usaha yang perlu kami buat.
JazakAllahhukhaer.
p/s: pengisian SC itu walaupun pendek, tapi amat bermakna. Berulang-ulang kami tengok dan gunakan.
doakan semoga Islam tersebar di bumi sakura ini…
betul saya amat setuju sekali
Satu tajuk yang amat menarik. Sekiranya Ustaz berkelapangan, boleh kiranya dijadikan artikel untuk tatapan dan peringatan untuk kami, terima kasih.
salam ustaz,
saya baru lepas menonton filem jepun ‘okuribito’ bermaksud orang yang dihantar pulang. filem tersebut membuat saya dan suami resah kerana dari amatan kami orang jepun tidak terdedah langsung mengenai pengetahuan hidup selepas mati. sebagai muslim saya rasa gagal di dalam aspek ‘menyampaikan’, bagaimana hendak berdakwah kpd orang jepun, bahasanya pun saya tak pandai. Moga-moga ada sahabat2 yang menjalankan kerja dakwah di Jepun. kami doakan semoga Allah permudahkan segala urusan.
chissss….
terlepas…
tak ada rezeki..
Alhamdulillah.. jazakallah ustaz. mendengar sambil membaca pasti meningkat kefahaman. lantas mampu mengerjakan!
laaa…awat saya tak tau ustaz mai jepun. mau kalau tau, insyaAllah saya join ustaz. berdampingan dengan orang berilmu ni banyak faedah dan ganjarannya…
tak dak rezeki…apa2 pon moga dakwah tersebar
semoga dakwah ustaz berkembang luas
Salam…
..Ana kadang2 terlepas membaca tazkirah Ustaz…tadi ana baca tentang jgn bunuh angsa itu, aik seperti Ustaz yang ceramah di IKIM hari tu, la baru le saya tahu itu adalah ustaz, Yang membuatkan kawan2 saya hairan kerana apabila saya mendengar tazkirah pagi tu, saya takkan keluar dari kereta selagi ia tak habis .Rupanya Allah itu memberi laluan pada saya yang kadang2 tak sempat buka saifulislam.com dengan ceramah di radio sepanjang sy pergi kerja.Saya benar2 rasa kekaguman Allah dgn rezeki tazkirah ini…….Maafkan sy kerana menyangka pemberi tazkirah itu adalah org lain……..Ustaz tetap sama ,samada tulisan atau perkataan ia mampu menyentuh jiwa…..UNTUK KEMBALI PADA ALLAH.Alhamdulillah