
Seawal 2006, saya sudah menangkap hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merombak sistem pendidikan negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran ketika itu pernah membuat kenyataan betapa sistem pendidikan semasa yang berorientasikan peperiksaan menjadi satu bebanan ke atas guru dan murid. Justeru satu bentuk pendekatan baru di dalam sistem pendidikan mahu diperkenalkan.
Saya mengalu-alu saranan ini.
‘KIASUISM’
Obsesi semua pihak terhadap ukuran kecemerlangan murid berdasarkan pencapaian bilangan A di dalam peperiksaan semakin menjadi-jadi.
Jika dahulunya budaya kiasu sering membawa kita kepada membayangkan negara jiran, Singapura, kini sikap all-must-win itu sudah semakin membarah di Malaysia hingga ia tidak lagi ditonjolkan pada kegilaan menghimpun tertinggi, terpanjang, terbesar dan terhebat di mercu tanda negara, malah turut mengisi seluruh spektrum kehidupan. ‘Segala-galanya bersifat enjit enjit semut siapa sakit naik atas’!
Seawal usia pra sekolah, murid-murid sudah diheret ke budaya ‘saya masuk kelas A sebab ada yang masuk kelas B’.
Murid yang beroleh keseluruhan A akan disanjung oleh semua peringkat masyarakat dan media. Pelbagai anugerah diberikan dan jumlah mereka menyumbang kepada statistik kebanggaan sekolah, kemudian daerah dan akhirnya negeri ke peringkat kebangsaan. Sedangkan segala liputan terhadap kelompok ‘cemerlang ini’ hakikatnya adalah laporan berkenaan kelompok minoriti kecil berbanding kelompok majoriti dengan pencapaian sederhana yang terus dipinggirkan.
Sekurang-kurangnya dua tragedi besar sudah terpampang di hadapan mata kita kesan daripada obsesi terhadap peperiksaan ini.
TEKANAN PSIKOLOGI MELAMPAU

S. Subashini: kenangan terhadap ‘kegilaan’ sistem pendidikan negara
Lupakah kita kepada berita terburuk sepanjang 2007 apabila S. Subashini, 12, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah ditemui mati, membunuh diri kerana gagal mendapat A dalam kesemua peperiksaan UPSR yang lalu.
Sejauh mana isu ini diperbahaskan? Sejauh mana kematian S. Subashini dibedah siasat puncanya? Atau ia hanya sekadar satu isu yang datang dan pergi? Tidakkah gila masyarakat kita hari ini, boleh melupakan kematian seorang anak muda seusia 12 tahun yang mati kerana kurang cemerlang dalam UPSR? Saya yakin jika insiden ini berlaku di negara maju lain, ia sudah cukup untuk menggoncang seluruh sistem negara.
Tekanan psikologi yang dikenakan ke atas murid-murid sebagai ‘kuda pertaruhan’ amat membimbangkan. Apatah lagi, tidak semua pelajar boleh cemerlang dalam orientasi hafalan dan muntahan fakta ke kertas peperiksaan. Ramai juga yang datang daripada kategori hands-on. Mereka mahir di dalam pelbagai bidang kemahiran membabitkan seni, teknikal, vokasional dan lain-lain, namun dipandang rendah kerana tidak berjaya diukur dan pembaris tunggal yang mengukur kualiti manusia di dalam sistem pendidikan kita.
GENERASI ROBOTIK
Kesan kedua yang timbul adalah pada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan.
Kesan ini sukar dinilai semasa murid-murid berada di bangku pengajian kerana mereka masih berada di dalam sistem itu dan menjadi sebahagian daripadanya.
Tetapi, selepas menjadi graduan kepada sistem itu, bagaimanakah kualiti mahasiswa dan mahasiswi kita di peringkat pengajian universiti hari ini? Bagaimanakah pengalaman para pensyarah semasa mengendalikan murid-murid ‘cemerlang dengan A’ ini? Malah bagaimanakah statistik pelajar universiti yang terpaksa mengulang tahun atau kecundang di dalam pengajian, biar pun mereka itu adalah cream of the cream semasa di peringkat SPM?
Tidak dilupakan, keluhan demi keluhan pihak Sumber Manusia (HR) di dalam industri.
Bagaimanakah kualiti kemanusiaan warga kerja generasi muda kebelakangan ini?
Mereka mungkin mampu memiliki ijazah dengan CGPA 4.0 tetapi tidak terfikir bahawa untuk menghulurkan pisau kepada orang lain, yang patut diajukan adalah hulu pisau dan bukan matanya.
Common sense?
Logical thinking?
Segalanya semakin membarah.
Sistem pendidikan dan peperiksaan berkomputer kita benar-benar menghasilkan computerised-being. Generasi robot!
MAJLIS PERBINCANGAN MEJA BULAT PEMANSUHAN UPSR & PMR
Justeru saya amat mengalu-alukan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menilai kembali peranan UPSR dan PMR dalam sistem penaksiran pelajar di negara kita.
Majlis Perbincangan Meja Bulat Pemansuhan UPSR dan PMR telah berlangsung di Putra Jaya pada 27 Julai 2010 yang lalu telah menghimpunkan ramai tokoh pendidikan, ahli politik, ahli akademik IPTA dan IPTS serta NGO. Laporan awal menyatakan majoriti mereka yang hadir ke Majlis Perbincangan Meja Bulat itu mahu UPSR dan PMR dikekalkan tetapi dengan penambah baikan.
“Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang hadir mahu UPSR dan PMR dikekalkan, tetapi kerajaan memperbaiki segala kelemahan termasuk meningkatkan kualiti guru,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom, selepas mempengerusikan Majlis Perbincangan Meja Bulat Kementerian Pelajaran.
Saya juga bersetuju dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Setiausaha Kehormat, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia, Poh Chin Chuan yang mahu Kementerian Pelajaran mengumumkan formula alternatif jika mahu memansuhkan UPSR. Sebarang perubahan mestilah berasaskan kepada kajian yang menyeluruh dan tidak bersifat adhocism. Perubahan mesti bersifat holistik dan bukan gunting sana dan tampal sini.
Mangsanya adalah anak-anak kita dan masa depan negara.
Biar apa pun keputusan yang bakal diputuskan nanti, saya mengharapkan agar sistem pendidikan negara kita kembali bersifat STUDENT CENTRIC dan bukannya SCHOOL CENTRIC apatah lagi PPD CENTRIC!
Bakul sampahkanlah segala yang berkaitan dengan reputasi dan kemasyhuran sekolah, rekod perkhidmatan cemerlang pegawai pendidikan atau apa sahaja yang menyebabkan murid-murid itu sendiri bukan lagi satu keutamaan.
Apakah boleh dikategorikan sebagai salah laku yang serius apabila murid yang kurang cemerlang diarahkan oleh pihak sekolah mendaftar sebagai pelajar persendirian demi menjaga peratusan kecemerlangan keputusan peperiksaan? Kepada siapa salah laku ini patut diadukan?
Menyembah peperiksaan…. demikianlah perumpamaannya.
Atau mungkin kata kuncinya, hentikan campur tangan politik dan ‘pasaran semasa’ terhadap pendidikan negara.
Sekolah bukan gelanggang lumba kuda.
Ia tempat memanusiakan manusia.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
p/s: Secara tiba-tiba dua minggu sebelum berlangsungnya Majlis Perbincangan Meja Bulat Pemansuhan UPSR dan PMR, saya dihubungi oleh wakil Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa saya dijemput untuk menyertai sesi perbincangan itu. Tidak pasti jemputan dibuat atas kapasiti apa, saya mengalu-alukan peluang itu dan mengambil tindakan pantas membatalkan program di UNIKL-MIMET Lumut demi amanah yang besar ini. Sehingga sehari sebelum program, saya tidak menerima sebarang berita daripada pihak penganjur. Saya mengambil inisiatif menghubungi PIC pada 26 Julai 2010 dan amat mengejutkan, beliau memberitahu bahawa senarai peserta Majlis Perbincangan Meja Bulat Pemansuhan UPSR dan PMR itu telah disenarai pendek oleh pihak atasan dan persidangan itu juga ditunda!
Segalanya tanpa sebarang notis.
Saya kehilangan peluang menyertai persidangan itu, juga kehilangan satu program yang penting untuk klien dan syarikat kami, dan ironinya persidangan itu tidak ditunda seperti yang dimaklumkan.
Tindakan tidak profesional ini semakin mendesak saya untuk terus berusaha melobi rombakan sistem pendidikan negara kita!
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Apakah ada kes-kes di mana guru tersalah niat semasa mengajar anak murid?
“Sahaja aku mengajar untuk menaikkan nama sekolah..”
Di USIM, jam 8 pagi ini (Khamis) berlangsung Hiwar Tarbawi, Kewajaran Pemansuhan UPSR dan PMR..panelis Y.BHG. PROF. MADYA DATUK DR. ABDUL RAHMAN DAUD
(MANTAN PRESIDEN GURU-GURU MELAYU BARAT)
LEFTENAN KOR DIRAJA HASHIM ADNAN.. di DKZf1.2 FEM, USIM
salam ustaz,
dalam artikel di atas barulah terang jalan yang nak disuluh syeikh.
Insyallah, saya bersama ustaz~
Setuju sangat kalau banyak ‘A’ yang dikejar oleh murid, memaksa mereka belajar secara keras pada awal usia.
Keperluan semasa menurut peringkat umur kanak-kanak tidak dipenuhi,akan menjurus kepada ‘kecacatan psikologi/ personaliti’ apabila meningkat remaja dan dewasa kelak.
Kecik-kecik dah suruh belajar melampau, sampai muda-muda lagi dah pakai cermin mata tebal!
[...] This post was mentioned on Twitter by masjid portal, Fuad Nordin. Fuad Nordin said: ::SaifulIslam.Com:: Pendidikan Yang Berpaksikan Murid, Bukan Selainnya: Seawal 2006, saya sudah menangkap hasrat K… http://bit.ly/9FWIKD [...]
sangat setuju!
Kemahiran mengurus IQ, EQ dan SQ perlu lebih ditekankan secara individu. Bukan menilai jumlah A.
Saya juga salah seorang mangsa sistem pendidikan. Akhirnya memberontak dan menggagalkan diri sendiri di dalam SPM. Lebih teruk lagi apabila saya melompat ke tahun lima dari darjah tiga. setelah lulus Ujian PTS tahun 96. Kesannya bukan serta merta, tetapi jangka panjang. Mula bosan dengan kelas dan sekolah. Dan dahagakan pengalaman dari ilmu. Bukan dari guru dan buku.
saya tak mahu anak-anak saya nanti juga menjadi mangsa eksperimen sistem pendidkan yang tak berkesudahan.
Wujudkanlah masyarakat yang tahu mendidik anak-anaknya apa yang palin penting dan utama dalam hidup. Kebolehan ‘survival’ dari anasir negatif dan jahiliyah. semangat cintakan ilmu bukan sekadar berlumba tak ada garis penamat.
tiga tahun pertama kanak-kanak perlu diisi dengan rangsangan yang membina semua kecerdasan, emosi, kognitif, rohani, fizikal dan lain-lain.
semoga tidak ada lagi mangsa kekejaman sistem pendidikan, dan robot berjiwa manusia.
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada anak yang bijak seperti anda.Jemu dan kebosanan dalam menuntut ilmu perkara biasa berlaku jika kecintaan tidak dibina dan dipupuk. Kita akan sentiasa berulit dengan buku@bahan bacaan sehingga akhir hayat.Wallahua’lam.
sistem pendidikan skrg dh makin mengarut.semua nk tunjuk cemerlang.peperiksaan dh makin krg telus.budak2 disuap dgn pelbagai istilah dan ilmu yg tahap umur depa confirm pening.kpm nk jge kpi.jpn nk top 5.ppd nk jg standard nkra.gb/pengetua nk name dn new deal.guru dibebani dgn pelbagai tugas ‘sampingan’ dan karenah birokrasi pentadbir.sape yg rugi? ……murid poning…last skali cabut dr sekolah…seterusnya timbullah pelbagai masalah sosial yg kembali menghantui semua yg disebutkan sebelum ini…siapa mangsa sebenarnya?tgk kiri kanan – fikir sdri..
Ustaz patut tonton filem 3 Idiots. Filem Hindustan
betol3..filem yang agak sesuai dengan artikel di atas. pabila proses pembelajaran hanya mementingkan gred~
betul tu, bile segalanya tentang perlumbaan.
sejak dari awal lagi saya memang bersetuju dengan pemansuhan UPSR dan PMR yang berada dalam kerangka sistem penilaian sekarang.
ramai guru yang sependirian dengan saya, namun kami hanya penggerak dasar di paling bawah, bukan pembina dasar
saya secara peribadi juga merasakan sesak nafas dengan penilaian pelajar dan melonggok pelajar berdasarkan sistem hafalan dan muntahan ini sehingga kreativiti mereka dipinggirkan dan diasak untuk hilang
sayang sekali
dan sedih juga dengan tindakan wakil KPM terhadap ustaz
saya sendiri terasa dengan sistem ini…
melahirkan golongan exam-oriented student…
dan saya rasa memang patut untuk ditambah baikan sistem pendidikan negara ini…
dan satu lagi cadangan…
mungkin penambah baikan turut diperlukan pada subjek sejarah…
supaya para pelajar belajar untuk memahami pemikiran manusia, bukannya belajar untuk memuji ‘orang-orang’ itu….
kalau ustaz perasan betul-betul, ada ralat dalam silibus subjek sejarah SPM dan PMR sekarang…
Tidak bermaksud berspekulasi…”mereka” menapis berkali-kali siapa yang hadir perlu berada di pihak “mereka”. Segalanya telah dirancang samada mereka yg hadir dan keputusan yang bakal dikeluarkan…
JIka ini permulaan “membetulkan” kedudukan kaum muslimin yang sedang nazak di negara sendiri…maka ia akan jadi jalan yg paling berliku lagi penuh penuh ranjau lagi berduri….jarang yg selamat berada diatas
Ujian dakwah telah diperlihatkan untuk fasa yg selanjutnya…
Kita semua sudah bersedia
Salam Ustaz,
Saya telah menghantar cadangan ke Kem. Pendidikan untuk membaca buku ‘The Leader in Me’ oleh Stephen R.Covey.
Secara ringkasnya, buku tersebut memberi panduan cara-cara terbaik untuk mempersiapkan anak-anak kita agar sentiasa pandai berfikir sendiri, berdikari, mengambil inisiatif dan bekerjasama. Pencapaian akademik semata-mata tidak akan mencukupi. Terapkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk anak-anak kita berjaya mengharungi cabaran hari ini dan masa akan datang yang lebih kompleks dan di luar jangkaan. Kemahiran-kemahiran tersebut terkandung dalam buku ini!
selama ni kerajaan yg melirikkan dan melagukan utk ‘student centric’, tapi hakikatnya sebagai guru yang menyanyikan adalah tidak..
salaam semua,tak tahulah ke mana hala tuju pendidikan negara kita ni. saya pensyarah di uni mengajar ‘cream de la cream’ of the country yang majoriti telah hilang sifat rindu ilmu,boleh ke student sms bertanya,apa soalan yang akan keluar semasa exam,hancur hati saya sebagai pengajar..tapi inilah attitude sekarang,telah didoktrin dalam kepala..belajar untuk periksa..bila dah graduate..tak reti nak buat kerja sebab fakta dah dimuntah masa periksa..rasa takut nak pulang ke Malaysia, kerana anak-anak telah selesa dengan corak pembelajaran diluar negara yang mendidik anak secara holistik dan mengambilkira potensi anak dalam bibang lain bukan semata-mata AKADEMIK sahaja..Ya Allah semoga depermudahkan perjalanan hambaMu ini..ameen
Kenapa lah ustaz menjadi mangsa karenah mereka, dalam saat cuba menjadi manusia bertanggungjawab dan bertanggungjawab banyak lagi manusia yang tidak bertanggungjawab sesuka hati bertindak menyaksikan kerugian di pihak ustaz, semoga Allah memberikan ganti yang lebih baik buat ustaz, selamat melobi, kami menyokong usaha ustaz itu:)
Bukan salah ibu mengandung atau Bapa yang mendokong … kaji dulu anak yang tak menyokong.
Bukan salah sistem pemerintahan atau sistem aqidah, selalunya … tetapi salah penganut dan pengikut yang membawa padah.
ish tak lah tak boleh kritik sistem Pak Din.Sedang kan dalam ilmu hadis pun kita boleh kaji dan kritik hadis supaya dapat disaring.Ini kan pula sistem pentadbiran dan pendidikan negara yang kita tau terdedah kepada pelbagai anasir.
Islam itu adalah agama tegur-menegur (critik mengkritik membena) dan dwi parti itu adalah sistem pemerintahaan kritik mengkritik, sepatutnya yang membena, realiti yang perlu dibetulkan.
Secara spesifik di sekolah anak saya Men-3 (BB Sri Iskandar), waktu pembelajran dilajak hingga menlanggar waktu Solat Zohor tanpa ada ‘perintah’ behenti untuk solat berjemaah… Kemudian mereka ada masa kurang 20min untuk berhenti makan/solat sebelum sambung semula dengan kelas tambahan. Setibanya di rumah, satu lagi waktu solat dilanggar dan anak-anak kepenatan… dan menangguh solat Asar hingga jam 6:00 ptg.
Begitulahlah anak-anak sekarang diasak dengan routine harian yang seolah-olahnya mengenepikan pentingnya patuh bersolat jemaah diawal waktu. Berterusanlah routine itu sehingga di tahap Univesiti…
Hasilnya sekarang, kita lihat sendiri, ibubapa, anak-anak dan kebayakan suasana masyarakat terus terbawa-bawa dengan kebiasaan itu. Ironisnya, tidak juga kebanyakan mereka itu tertonjol akan pencapaian pembelajarannya.
Tak lain dan tidak bukan, isu ini memerlukan penggamatan dan analisis yang mendalam. Paling penting, jangan memburukkan keadaan sedia ada. Pendapat saya, aspek teknikal i.e tahap pembelajaran sains dan matematik harus dikekalkan, tetapi guru-guru dan agensi pendidikan harus mengubah pendekatan mereka. Yakni dari pendekatan yang exam-oriented kepada human-oriented. Ibu bapa juga memainkan peranan dalam membimbing anak-anak dalam sistem pendidikan. Perlu cakna hal-hal anak yang bersekolah, kenal guru-gurunya, kawan-kawannya etc.
saya dapat rasakan kita baru memandang ‘didalam kotak’ sistem pendidikan. Tapi saya dapat rasakan pemegang/pengurus sistem itu yang perlukan rombakan. Kerajaan, Menteri dan kementerian yang mengurus seharusnya ditukar atau setidaknya dirombak bagi memastikan matlamat pembangunan modal insan negara tercapai. ‘Angan-angan’ untuk menjadi negara maju pada 2020 akan menjadi kenyataan kalau dalam masa 10 tahun lagi jika kita masih lagi sibuk dengan mengeksperimen segala idea bernas yang terlintas dikepala pemimpin negara. PRU 13 memang penentu perubahan….
Saya ada meletakkan kata kunci di akhir tu, bahawa apa yang diperlukan ialah mungkin memberhentikan campur tangan ahli politik di dalam pendidikan. Menukar kerajaan belum tentu menjamin perubahan berlaku sekiranya PR mengekalkan pendekatan yang sama untuk impose keputusan-keputusan politik ke atas pendidikan.
Apakah mazhab PAS di dalam pendidikan? Belum jelas? Sebab itu semasa kempen pilihanraya lalu saya tegaskan pakatan rakyat jangan cakap nak buat ini dan itu terhadap pendidikan, sebaliknya cukup dengan bersetuju menyerahkan pendidikan kepada orang pendidikan dan sukan kepada orang sukan
Setuju pada ‘impian’ ustaz, serahkan permata kepada jauharinya. kalau ‘mereka’ (baca ahli politik) ada kesedaran ini maka mereka akan dilabel ‘muflis idea’ dalam istilah politik hari ini, tak kira PKR atau BN. Selagi pendidikan dibawah politik dan ia akan kekal sampai bila-bila. Calon lain mungkin ‘terbaik dari kelompok yang agak baik tu’, kita tak cuba kita tak tahu… tapi sekurang-kurang nya mereka ‘MENDENGAR’ dan mahu berbincang. Tapi yang ada sekarang, buat PEKAK dan bincang sesama mereka je…… mereka tak peduli pun ustaz batal temujanji perniagaan atau rugi pun. Adakah sistem di Turki lebih baik? harap ustaz boleh bagi contoh yang baik dari negara islam yang maju dan ‘berani’ tu… termimpi-mimpi ustaz jadi Menteri Pendidikan Malaysia….
Em, ini yang saya nak tanya ustaz, macam dah terjawab. maksudnya, campur tangan politik ni bukan dari sebelah pihak je, tapi kedua-duanya. Em, kita dah lama berdebat dan melihat kesan-kesan yang berlaku, jadi kepada 2 peneraju utama malaysia cari persamaan, iaitu persamaan aqidah. betulkan balik yang salah, memperbetulkan bagi yang benar. =)
Sorry Pak Din 31, orang-orang muda ni memang kuat semangat. selalu nak mudah aje… hehe
Duhai jiwa muda yang bersemangat, kekalkan semangat berjuang sehingga pengalaman mengambil alih. Ketika itu anda akan dapati perjuangan tidak menunggu PRU. Perjuangan tidak boleh menunggu sesuatu atau sesiapa, perjuangan perlu berlaku sekarang, kadang-kadang semalam, bermula dari diri muda yang bersemangat.
Antara memperjuangkan Islam dengan memertabatkan Islam, kata kuncinya ialah Isalm, maka tidak banyak perbezaan antara keduanya. Yang baru tidak akan dapat menukar sistem kewangan dengan sistem alternatif yang lebih kukuh, kelihatan hanya menghijaukan bahagian ranting dan tidak bahagian akar. Maka begitu juga akan berlaku pada sistem pendidikan.
Yang jelas selepas PRU13, 14, 15 atau 100 kita masih berada di dalam dwi parti … Hantarlah semangat berlebih itu ke Gaza, kalau boleh
terima kasih pak din, terharu dengan harapan tu. saya rasa pak din makan semeja dengan Abu Saif tapi saya pula makan semeja dengan tink tank UMNO…. pengalaman mungkin berbeza, tapi selagi kita menghala ke arah yang ‘sama’* saya pasti bersama. Panduan dari Pak Din, Abu Saif dan Zain YS amat diperlukan untuk check and correct…
p.s *(kita mungkin kena tetapkan apa dia islam yang kita sama-sama faham, islam kita tak sama dengan islam mereka! hasil sistem didikanlah sebenarnya).
i like this qoute..win-win..
Memang betul. Biarkan bidang pendidikan diterajui oleh pendidik. Begitu juga dengan bidang2 yang lain. Baik bidang sukan dan lain2. Ini tidak, bila dipegang oleh ahli politik, sebaik saja tukar ahli politik yang menerajuinya, bertukarlah polisinya. Yang jadi mangsa, anak2 dan masyarakat umum.
Salam, satu kupasan yang baik, rasanya SEMUA pihak di Malaysia perlu beri fokus kepada pendidikan secara holistik ni. Pendidikan untuk mendidik hati manusia, tak ignore common sense.. Kita semua kena berubah, berubah cari redha Allah, jangan remehkan perkara kecil, sebab kerana yang kecil boleh menyebabkan musibah besar.. seeru ‘ala barokatillah..
Cantilah Naz … mendidik hati (dan akal manusia) kerana hati itu adalah bahagian akal yang seka berubah-ubah (flip-flop). Hati itu qa-la-ba (bolak balik). Maka pendidikan ialah mendidik hati menjadi yakin kepada perjuangan.
Selamat berjuang bersama Abu Uwais …
I Allah, mudahan dapat jumpa Abu Uwais satu masa nanti..:)
[83] Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan.
[84] Katakanlah (wahai Muhammad): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan keturunannya dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam).
Anak bongsu (perempuan) saya baru di Tadika Lima Tahun, tetapi saya perasan dia cukup takut kalau “homework”nya belum siap. Pernah beberapa kali dia terjaga tengah malam (12.00 ke atas) dan terus mintak saya temankan dia buat kerja sekolah.Saya pula tidak begitu rigid – kalau saya nampak dia kepenatan, saya tidak akan paksa. Kalau cuti penggal, cikgu mesti bagi satu set kerja sekolah untuk dia siapkan. Adakah cara pembelajaran begini elok untuk pembangunan jiwa anak-anak? Mohon pandangan al-Fadhil Ustaz.
Bagi saya, selagi sistem pendidikan negara ditunjangi oleh orang politik, selagi itu sistem pendidikan kita tak ke mana…bila pendidikan exam oriented, keputusan peperiksaan boleh dimanipulasi di peringkat tertentu untuk memberikan gred yang diingini. Kalau di sekolah, 80% ke atas itu dikatakan A, kalau masa UPSR/PMR adakah takat ini digunakan atau direndahkan untuk memperlihatkan gred atau pencapaian UPSR/PMR untuk tahun berkenaan cemerlang…mungkin untuk mendapat ‘kecemerlangan’ tersebut, markah untuk A diturunkan kepada 55% sahaja..sekarang pula ditambah dengan kebenaran guru DG41-DG48 bergiat dalam politik, mangsanya…anak2 kita.
Sudah 2 kali saya menemani anak mengambil keputusan UPSR – sekadar menemani kerana saya bimbangkan tindakbalas mereka sebaik mendapat keputusan… setiap kali itulah saya terlihat anak2 yang tersandar lesu di dinding sambil memegang hphone, airmata berjuraian dengan kepala yang tertunduk… mungkin selepas memaklumkan keputusan mereka kepada ibubapa…melihat keadaan mereka hati saya cukup terhiris..ingin merangkul sekadar berkongsi apa jua yang dirasai tapi mereka melarikan diri sebaik dihampiri…jauh..jauh…mungkin kita sendiri sebagai ibubapa meletakkan standard straight A’s atas anak2, tapi turut menuding jari kepada sistem pendidikan…kita sebagai individu tak mampu mengubah sistem tapi kita boleh mengubah persepsi kita dan cara kita mendidik anak2…InsyaAllah secara berjemaah boleh merubah sistem suatu hari nanti…
sesak dada.mereka menjemput ke meja bulat kemudian mengatakan ia ditunda walhal tidak ditunda, petanda apakah golongan yang cuba merombak dan menambah baik sistem pendidikan malaysia.
mempolitikkan pendidikan adalah agenda bermotif dan tersembunyi. mangsanya rakyat dan memang tujuannya melahirkan manusia robot!
betul tu irshidan, nilai A tak beri apa-apa maksud pun.. lebih-lebih lagi yang berkecimpun dalam persatuan-persatuan islamik yang mana kadang-kadang terpaksa bertungkus lumus untuk sampaikan islam kepada masyarakat. dan merekalah yang banyak berhubung dengan manusia sebenarnya berbanding orang yang study je (yang hidupnya untuk diri sendiri). mindset exam yang tertanam dalam diri pelajar ni lah nak kita basuh balik..basuh kepada pendidikan hati..memang susah tapi tak mustahil bagi mereka yang ikhlas..
tapi kalau dapat kekalkan kefahaman ilmu dalam bidang kita ceburi macam saya farmai, itu lebih baik. saya cakap kat sini kefahaman, bukan skor, jadi mungkinskor kita rendah, tapi kita faham bidang yang kita ceburi tu, saya rasa itu lebih baik. macam mana pandangan saya?
Jangan pula disematkan diminda bahawa A tidak memberi apa-apa maksud … itu cakap orang merajuk!
Di SIO ni tak da yang akan pujuk … Kecemerlangan atau A itu perlu ada di mana sahaja, terutama dalam mendahulukan Sunnah Allah dan mengutamakan SyariatNya.
Yang menjadi masaalah atau robot itu ialah apabila A itu diperolehi melalui proses taklid (taat dan ikut semata-mata tanpa element fikir). Tepat sekali kata Naz, faham itu yang penting, berbanding jadi kita tak jadi Hafiz ayat sahaja, tetapi menjadi Hafiz faham ayat.
hahaha. saya tak merajuk pun, cuma nak bagitahu, kalau ber’study’ sampai tak bergaul dengan orang lain, kecerdasan emosi kita tak berkembang.
ye betul tu. erm, konklusinya, saya nak improve akademik saya sebab orang mukmin tak buat sesuatu dengan cincai. ok, walaupun dah sem 4, saya cuba untuk skor dalam exam final sem, tapi urusan dakwah tu tetap menjadi sebahagian dalam hidup saya.
salam ustaz.
saya pelajar B. Education ( TESOL) di New Zealand, tajaan MARA , dan alhamdulillah Allah telah memberi rezeki kepada saya untuk mengamati sistem pembelajaran New Zealand yang dikatakan yang ke-7 terbaik di dunia.
sistem pembelajaran di NZ bukannya exam-centred, malah management of the school itu sendiri hampir sepenuhnya dikawal Board of Trustees (equivalent to PIBG) , di mana Board of Trustees yang melantik guru-guru, dan mengawal perbelanjaan dana yang diberikan NZ government. tidak ada PPD sebagai orang tengah. ministry of education direct terus pada sekolah-sekolah ini. autonomous management. less bureauracy, more freedom for schools to have their own ways of teaching ( just have to follow certain standards)
meski wujud juga ranking-ranking tertentu untuk menilai sekolah ( decile ranking yang mempengaruhi jumlah dana yang diberikan), all in all ia lebih kepada pembangunan seseorang murid itu sendiri.
they don’t rush things so much. the teachers are more eager to experiment with the ways of teaching in order to enhance quality learning time.
dan saya tiba-tiba pandangan Persatuan Guru-Guru Besar Australia beberapa tahun lepas yang mencadangkan bahawa kanak-kanak sekolah rendah tidak wajar diberikan kerja rumah. – kita mesti rasa pelik bukan?
salam.
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada anda yg berpeluang belajar di luar negara. Tentunya yg terbaik dalam kalangan pelajar2 waktu itu anda seorg yg bijak dan terpilih utk belajar di negara asing yg memerlukan perbelanjaan besar. Justeru kebijaksanaan perlu juga diasuh dan diasah, maka terserlah lah keupayaan anda. Alhamdulillah dan tahniah. Bagaimana dgn sahsiah@ peribadi & lain2 potensi? Insya Allah bebrbekalkan ilmu yg seimbang, akan lahirlah insan.
alhamdulillah..kementerian dah mula buka mata..
tapi buka mata, buat perbincangan meja bulat, hanya untuk mencapai kata sepakat yang berbalik kepada tampuk asal, tiada gunanya..
mereka perlu berfikir demi kebaikan anak-anak masa depan, generasi pemimpin, bukan kepentingan mereka atau orang lain..
hentikan lah selfish act, untuk kebaikan generasi depan..biarlah generasi kita tak menjadi mana, tapi jangan biar generasi lain dapat padahnya.
saya yang baru menempuh alam pekerjaan ni pun, sedar memang ada mainan politik di mana-mana..bukan kerana kepentingan parti politik A atau B, tetapi pekerja dimanipulasi supaya tidak berfikir melebihi sistem..kadang-kadang kesian juga pada yang terkena..
wallahu’alam..
erm, maaf, zalizabrina. jangan kita negatif. memang dah lama kita suruh kerajaan ambil perhatian dalam hal pendidikan ini, jadi kita teruskan niat kita untuk lihat generasi Islam (bukan generasi bangsa melayu) akan datang faham Islam syumul itu. mesyuarat memang macam tu, bukan boleh dapat kata putus dalam sehari dua. Teruskan kerja dan bersabar. Itu jalan terbaik zalizabrina.
Allahu Allah.
Cuma button ‘like’ sajalah yang mampu saya tekan untuk nyatakan persetujuan saya akan perkongsian ustaz ini.
Ustaz, apa mungkin boleh ustaz sharekan di media tempatan yang lain; surat-surat khabar ternama khususnya; sebagai ‘surat dari pembaca’ setidaknya.
Insha-Allah pembaca lain yang mungkin lebih meluas liputannya daripada blog; turut sama menumpang fikir.
Berat sekali kan ustaz; tekanan sebagai pelajar.
Dulu-dulu cemerlang menyusun A,tapi kini merasakan diri lebih ‘terserlah’ dalam bidang bukan ‘kertas’.
Tapi siapa yang pandang cabang kemahiran yang lain? Sijil dan piala yang tersusun, takkan sama gah nya dengan nilai ‘A’.
Berat.berat.
Mahu berhadapan dengan keluarga, teman-teman.
“Bukan ini yang 9A duduk kelas pertama dulu ke?”
em, seolah-olah golongan A ni tak boleh fail dalam exam. itu yang seksa tu kan Murid..;)
ye saya setuju seolah-olah golongan A ini tak boleh dapat B dalam exam….kok dapat B,habis cikgu2 yang mengajar disalahkan sekali sedangkan kalau PMR dan UPSR kita boleh paksa anak dapat A, tapi bila dah ting: 4, dia kembali pada minat.Kok dipaksa budak yang tak minat jadi doktor menghafal segala mcm dalam Bio…dia takkan dapat A kecuali izin Allah.
Kitalah kadang2 yang terlalu mengharap anak 2 menyambung cita2 yang mungkin tak kesampaian
Assalamualaikum
sangat setuju dengan artikel ini
lepasan sekolah kita hari ini ramai yang tiada common sense,self confidence dan sebagainya..
kalau ada pon hanya sedikit.
p/s: masih ingat lagi di sekolah dulu ada cikgu yang pentingkan ranking dari apa yang murid faham,dapat ke murid tu serap nilai murni dari pelajaran tu dll.
yg mintak xnak belajar dlm gambar tu mesti org melayu tu..
Yang sedih bukan Melayu … Muslim!
jadi apa ada pada bangsa? Carilah Islam. Keluar dari zon selesa..
Kala ada orang bertanya … “salah siapa, Muslim ke Islam? …
Melayu tidak berada di zon selesa sebagai Muslim sekarang!
Terbalikkan daun-daun itu dan lihatlah bahawa ulat sedang memkannya.
erk, Naz tak faham lah Pak Din??
Dh jadi tabiat melayu rupanye.. huhu..
Sebab tu kita lihat ramai yang buat homeschool sekarang nih. Ramai dari kalangan kaum China yang dah pun bermula lama dulu, kini ada juga kaum kita yang dah mengikuti. Rasanya kalau ramai lagi yang ikut jejak langkah ini, maunya pihak berwajib akan lebih serius dalam kes ini memandangkan sudah ramai yang hilang kepercayaan terhadap sistem pendidikan negara.
kembali bersifat STUDENT CENTRIC dan bukannya SCHOOL CENTRIC apatah lagi PPD CENTRIC!
kembali bersifat ISLAM CENCRIC dan bukan kepada MUSLIM CENTRIC, berdasarkan kepada peringatan Mohammed Abduh, “Aku ke Paris dan melihat Islam tanpa Muslim, sementara di Kaherah …”
kembali bersifat SUNNAH CENTRIC dan bukan kepada SYARIAH CENTRIC, berdasarkan bahawa SUNNAH ALLAH itu yang memerintah Alam (makhluk termasuk manusia) sementara SYARIAH itu adalah subset kepada SUNNAH, kerana manusia adalah subset kepada Alam.
Jadi Naz, jangan sesekali salahkan Islam kerana Muslim yang tidak mengambil Islam secara menyeluruh. Kesan ketaranya ialah tidak dapat memilh unsur bercirikan Islam dengan unsur bercirikan Muslim, seperti di dalam isu pendidikan.
Saya merasakan Al-quran sangat sesuai jika keseluruhannya menjadi silibus kepada pendidikan. Ia syumul dan dapat membudayakan kehidupan. Lebih kepada amalan dan praktikal yang dapat membentuk kemurnian jiwa bekalan hidup sepanjang zaman. Malah Al-Quran juga merupakan asas kepada semua cabang ilmu lain dan dapat diperkembangkan sehingga peringkat lebih tinggi (IPT). Sistem sekarang terlalu banyak menfokuskan kepada teori dan pengetahuan semata. Belajar untuk periksa maka ilmu itu akan lenyap selepas periksa.
Qala TGNA fi al-kitab, “Wajah baru politik Malaysia”, mukasurat XXII berbunyi, “Sepatutnya orang Islam menggunakan ‘papan tanda’ ini dan dia boleh jadikan ‘papan tanda’ untuk dicontohi oleh orang bukan Islam. ‘Signboard’ yang dimaksudkan ini ada terkandung dalam surah Baqarah … ”
“Al Quran is a book of signs, not a book of science.” Tetapi banyak di dalam Al Quran yang mengajak kita melihat tanda-tanda kewujudan dan kekuadaan Allah di Alam ini. Sekiranya kita memahami Al Quran sudah pasti kita belajar untuk mengkaji dan memahami bagaiama Alam ini diurus oleh Allah. Ilmu meneliti pengurusan Alam ini dipanggil Ilmu Sains.
Jadi, jangan dirasa sahaja Al Quran sangat sesuai menjadi silibus. Silibus sekolah yang mengajar sains, membuktikan Al Quran itu telah dijadikan silibus. Malngnya apabila Al Quran disekularkan, maka element ilmu sains dan ilmu agamanya terpisah. Ini yang perlu diperbetulkan.
Salam’alaik ya Ustaz.
Ingatkan dapat berjumpa dengan di UniKL MIMET hari tu. Rupanya belum ada rezeki lagi.
Insyaallah, jika ada kelapangan, jemput2lah hadir ke sini. Rindu akan ilmu yang berguna dari ustaz lagi..=)
saya brsetuju dgn isu ini, tetapi ia tetap tak jadi kalau hanya melihat perubahan pada sistem semata..
Di pihak pelajar juga seharusnya perlu lebih ubah, belajar adalah dlm erti kata belajar sebenar2nya, bukan menghafal buku,..!
dan utk ini, cukup sy ringkaskan pandangan sy dgn mncadangkan filem “3 Idiots” utk tontonan dan diambil pengajaran darinya,..
walallahu’alam
sistem pendidikan sepatutunya berorientasikan pelajar apa yang baik untuk belajar.jika peperiksaan baik untuk pelajar,adakan.jika kemahiran baik untuk pelajar, wujudkan peluang tersebut.jgn berorientasikan guru,sekolah,masyarakat,negeri atau negara.tanya mereka apa yang mereka perlukan.beri mereka apa yang mereka perlukan.pastikan agama dan akademik seimbang supaya tidak tercicir salah satu dari landasan yang betul.
for once, someone has put into words what I’ve always felt about Malaysia’s education system… Education is supposed to produce humans, not a puck in other’s agenda!
Thank you ustaz!
Sesungguhnya Allah menentukan dalam kalangan manusia siapa yg diberi kelebihan ilmu, rezeki dll. atau sebaliknya yg disempitkan ilmu, rezeki dll.Bacalah Alquran dan tafsirnya,Insya Allah kita akan mendpt petunjuk.Jika utk manfaat manusia sejagat, maka akan mendapat barakah, sebaliknya jika kejayaan hanya utk individu maka kifarah@bala’ akan berlaku. Kita hanya perlu berusaha dan berdo’a. Wallahua’lam.
sistem sekarang x menggerakkan modal insan
kalau ade hanya sedikit sahaja