Cinta Antara Planet

On 09/09/2007, in BUKU: Aku Terima Nikahnya, by Abu Saif | 12,883 views | Print Print | Email Email |

p9170216.JPG

“Sempena saya nak berumahtangga ni, apa kitab yang ustaz nasihatkan saya baca?”, tanya seorang anak muda kepada saya.

“Kalau ustaz cadangkan buku, boleh? Bukan kitab”, saya mengusik.

“Sama sahaja tu ustaz. Satu Bahasa Arab, satu Bahasa Malaysia”, beliau membalas.

“Bukan apa, susah orang nak terima kalau Men Are From Mars, Women Are From Venus oleh John Gray tu sebagai ‘kitab’!”, saya menyambung.

“Ustaz suruh saya baca buku tu? Kenapa?”, tanyanya seperti terkejut.

“Itulah, ustaz dah cakap, mesti anta terkejut punya”, saya tersenyum.

“Kenapa ustaz tak cadangkan saya baca buku Adab Perkahwinan oleh al-Albani ke, atau buku Tarbiyyah al-Aulaad fi al-Islaam oleh Abdullah Nasih Ulwan?”, beliau menyambung pertanyaan.

See, kalau ustaz sebut kitab-kitab tu, anta pun dah tahu dan faham kenapa buku tu perlu dibaca. Tapi buku John Gray ni, kalau ustaz tak sebut, rasa-rasanya anta terfikir tak untuk membacanya?”, saya menguji.

“Hmm, entahlah. Mungkin tak kot”, jawabnya perlahan.

Apabila adik-adik meminta nasihat tentang perkahwinan, saya tidaklah begitu bimbang dengan soal hukum. Terutamanya bagi mereka yang sudah biasa dengan usrah, program-program agama dan bahan-bahan bacaan berkaitan yang pelbagai. Soal hukum-hakam, kita tahu di mana hendak bertanya, dan bagaimana hendak menyelesaikannya.

Tetapi rumahtangga bukan terbina hanya atas kejelasan soal hukum fiqh. Malah jarang benar saya berbual dan berkongsi kisah tentang rumahtangga, membabitkan soal hukum. Hukum yang Syariatullah itu jelas dan cerah.

Namun ketetapan Allah bukan hanya sekadar pada apa yang halal dan apa yang haram. Hidup ini bukan hanya pada Syariatullah. Manusia saling berhubung dengan Sunnatullah. Psikologi manusia dan peraturan komunikasi.

Inilah yang menjadikan saya senang mencadangkan buku Men Are from Mars, Women Are from Venus oleh John Gray itu. Buku itu adalah hasil kaji selidik (survey) yang membabitkan jumlah manusia yang ribuan. Ia adalah kajian tentang tabiat manusia.

johngray.jpg

Kali pertama saya mengenal buku ini ialah pada tahun 2000 iaitu pada ulangtahun pertunangan saya yang pertama. Tunang saya ketika itu mengepos buku ini jauh dari Ireland ke London, dengan meletakkan harapan agar saya membaca dan menghayatinya. Semasa buku itu saya terima, senget juga wajah saya membaca tajuknya.

“Buang tebiat ke ni? Buku apa ni?”, saya mengomel sendirian semasa membuka bungkusan pos.

“Ustaz kena baca buku tu. Besar harapan Kak Muna tu”, kata Nasreel, housemate saya ketika itu.

Selembar demi selembar saya belek. Ternyata buku itu sungguh mengenyangkan. Mengenyangkan emosi dan fikiran saya, tentang betapa perlunya saya belajar tentang manusia. Khususnya insan yang bakal berkongsi kehidupan dengan saya hingga ke hujung usia.

APA YANG SAYA BELAJAR

Lelaki dan perempuan nyata berbeza. Ungkapan klasik al-Ghazzali dalam isu yang sama menyebut, “lelaki itu 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan pula 9 nafsu dan 1 akal”. Terjemahan itu telah mengelirukan saya walhal soal hawa nafsu, lelaki tidak mudah dibezakan dengan perempuan.

Selepas membaca tulisan John Gray, saya mengubah kefahaman saya terhadap kata-kata al-Ghazzali itu. Ungkapan beliau sepatutnya diterjemahkan kepada “LELAKI ITU 9 LOGIK DAN 1 EMOSI, PEREMPUAN PULA 9 EMOSI DAN 1 LOGIK“.

Fikiran, keputusan dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh logik dan rasional akal. Lelaki lebih selamat untuk dipertanggungjawabkan pada urusan-urusan yang perlu diputuskan dengan rasional dan bukan emosi. Maka saya akur pada ketetapan Allah yang menyerahkan persoalan Talaq di tangan lelaki. Maka lelaki yang lemah rasional dan sering emosional dalam kehidupan, adalah lelaki yang kurang kelelakiannya.

Namun, lelaki lemah emosi. Kelemahan itu menjadikan lelaki kurang sensitif dalam membaca bahasa emosi perempuan. Kekurangan daya emosi itu juga mungkin menjadi punca lelaki sukar melakukan perkara rutin dalam sebuah rumahtangga. Tanya sahaja seorang perempuan, berapa kali dalam hidupnya dia menyapu sampah, membasuh tahi di punggung anak, mengemas rumah dan memasak. Perempuan boleh melakukannya dengan rasa sejuk dan biasa, manakala lelaki terpaksa bermujahadah untuk membiasakan diri dengannya.

Perempuan yang dikurniakan Allah dengan kekuatan emosi berbanding logik dengan nisbah 9:1, menjadikan mereka guru terbaik pada membentuk anak-anak, khususnya di peringkat pra sekolah.

HUBUNGAN SUAMI – ISTERI

Akan tetapi, nasihat dan pandangan John Gray lebih saya aplikasikan kepada hubungan di antara suami dan isteri. Iaitu dua insan yang sangat perlu untuk saling memahami. Faham secara empathy dan cuba meletakkan diri di pihak pasangan.

Apabila isteri meluahkan pandangan, mengadu atau berleter tentang sesuatu perkara, amat perlu untuk seorang suami faham, bahawa tindakan itu selalunya bukanlah bertujuan untuk meminta pandangan dan idea kita ke arah penyelesaian. Sesekali ya, tetapi lazimnya tidak. Isteri-isteri sering begitu kerana mahukan perhatian. Mahukan layanan emosi dan bukti keprihatinan kita.

Maka janganlah pula suami terlalu cepat atau asyik mahu mencadangkan penyelesaian. Masalah-masalah itu sering boleh selesai hanya dengan kesediaan suami untuk menyayangi, atau dalam bahasa mudah… memujuk!

Namun ketahuilah wahai sang isteri, bahawa ia bukanlah suatu yang mudah bagi seorang lelaki. Makhluk yang gersang emosi dan kaya logik itu.

“Maafkan abang, andai diri ini tidak bijak menjadi pemujuk”, itulah suara hati saya semasa muhasabah diri tentang sikap saya terhadap isteri.

Saya tahu yang saya kurang pandai memujuk. Kekadang kaku dalam menunjukkan keprihatian. Malah sering juga tanpa disengajakan, memperkecilkan keluhan isteri… lantaran menilai keluhan itu dengan logik dan rasional diri sebagai lelaki.

“Masalah macam itu pun nak besar-besarkan”, itulah agaknya kesimpulan hati saya dan kebanyakan suami semasa mendengar pengaduan isteri.

Walhal isu itu besar… jika kita melihatnya dari sudut emosi, sebagaimana sudut isteri melihat dan menyuarakan isi hati. Maka nilaikanlah permintaan isteri dengan pertimbangan emosi, biar pun ia hanya secebis dari kemahiranmu sebagai lelaki.

“Maafkan abang!”, sekali lagi saya rasa bersalah. Salah bagi seorang suami, menilai isteri dengan penilaian lelaki yang gersang emosi.

BAGI SI ISTERI

Manakala bagi sang isteri, fahamilah jua bahawa suamimu berfikir dengan cara yang berbeza. Keputusannya banyak oleh pertimbangan akal, sesuai dengan bahu dan tangannya yang berat memikul tanggungjawab. Apabila suami bertanya, dia mahukan pandangan. Dia mudah rimas jika ruang berbincang diisi dengan esakan, tangisan, dan bukannya buah fikiran. Suami mencari penyelesaian, bukan sekadar perhatian dan perasaan.

Sama ada isteri itu seorang suri rumah, atau kerani, cikgu mahu pun doktor dan jurutera, nalurinya adalah naluri wanita. Kaya emosi dan mungkin kurang berminat dengan rasional dan justifikasi.

BELAJARLAH UNTUK SALING MEMAHAMI

Di sinilah perhargaan saya kepada buku Men Are from Mars, Women Are from Venus oleh John Gray kerana ia mengajar saya dan isteri untuk saling faham memahami. Pelajaran dari dua planet ini juga mendidik kami untuk memberi ruang kepada rasional dan emosi masing-masing berfungsi dengan baik, sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang diberi Ilahi.

Hal ini jugalah yang dibahas dengan panjang lebar oleh Stephen Covey dalam Habit #5 beliau iaitu Seek First to Understand, Then to be Understood.

Peraturan-peraturan ini bukanlah rekaan penulis seperti Covey dan Gray, namun ia adalah hasil kajian mereka terhadap tingkah laku manusia. Iaitu sebahagian daripada Sunnatullah… peraturan Allah dalam hubungan sesama manusia.

pc121051.JPG

SUAMI, ISTERI DAN KAWAN

Kerana soal emosi dan logik tadi, saya cuba untuk memahami sesuatu.

Sering saya ketemu, isteri-isteri tidak begitu berminat atau komited lagi dengan persahabatan mereka. Biar pun mereka ada ramai best friends semasa anak dara, hingga tidur berkongsi bantal dan mimpi, namun selepas berkahwin dan beranak pinak, mereka tidak lagi serapat dulu. Tumpuan dan attachment mereka sangat tertumpu pada suami dan anak-anak.

“Kalau Yang nak gi kedai dengan kawan-kawan, do some shopping, Abi tak kisah pun. Take your time. I’ll mind the kids“, saya membuka tawaran kepada isteri.

Bukan apa, saya sering rasa bersalah kerana selalu terpaksa meninggalkan isteri. Mesyuarat, bekerja out station, ceramah, program dan macam-macam aktiviti luar, menyebabkan saya sering meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Bukan bersuka-suka bercuti dan bercanda, tetapi tugas dan tanggungjawab yang menjadi punca.

Lantas, saya tidak keberatan jika isteri saya mahu mengambil sedikit ruang untuk beliau pergi menziarahi sahabat atau menghadiri kursus-kursus rasmi dan tidak rasmi. Waktu untuknya tanpa saya. Tetapi lazimnya isteri saya lebih prefer untuk berada di rumah. Dan sebahagian besar sahabat yang saya temui, mengakui hal ini.

Mengapa hal ini berlaku?

Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak. Kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperolehi dari insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak. Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana.

Namun bagi si suami, kehidupannya banyak dipengaruhi oleh rasional kerana itulah alat utama beliau berperanan sebagai pemimpin keluarga. Mungkin kerana itu, saya merasakan bahawa, si suami perlu kepada rakan berbincang. Sesekali suami perlu mendapatkan pandangan ketiga. Dan kerana ini, seorang lelaki yang telah berkahwin, tetap menjaga hubungannya dengan rakan karib, kerana beliau perlu kepada input-input yang membantu beliau membuat keputusan… terutamanya ketika berkonflik dengan isteri dan keluarga.

Janganlah si isteri salah faham, dengan menyangkakan suami yang pergi kepada sahabat karib itu, telah membelakangkan dirinya. Lebih mengutamakan sahabat dari isteri sendiri. Lebih percaya kepada orang luar dari teman hidup yang dinikahinya.

Jangan begitu.

Suami pergi berjumpa dengan rakan karibnya dengan motif rasional. Mencari panduan dan penyelesaian. Sedangkan emosi, perasaan dan kasih sayangnya tetap teguh pada isteri dan anak-anak. Suami memerlukan rakan bukan untuk urusan emosi sebagaimana yang sering difikirkan oleh si isteri.

Emosi dan perasaan itu eksklusif dan hanya ada antara suami, isteri dan anak-anak. Namun keperluan mendapatkan input rasional, izinkan suami mencarinya dari seorang rakan, kerana hasil perbualan mereka, akan memulangkan kebaikannnya kepada kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak.

MERAIKAN PERBEZAAN

Saya yakin, jika setiap insan menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, hidup kita akan seimbang. Bacalah buku Men Are from Mars, Women Are from Venus itu agar kita dapat belajar untuk saling memahami. Dengan bekalan Syariat Allah dan Sunnatullah… sempurnalah perjalanan sebuah rumahtangga.

istakmala.JPG

“Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki” (Al-Hadith)

You complete me“, itulah realiti hubungan antara suami dan isteri.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Cinta Antara Planet – Revisit Memandangkan sejak kebelakangan ini semakin ramai yang bertanyakan tentang isu...
  2. Masih Ada Cinta: Dua Sepasang Itu Masih Ada “Yop, cepatlah pakai baju sekolah ni!”, saya meninggikan suara. Terjejas...
  3. Cinta Seratus Peratus “Abang tidak cinta kepada saya sepenuh hati. Tidak seratus peratus,”...
  4. Cinta Itu Bukan Cinta Paksaan   Hari ini hari bekerja. Hari ini bukan hari perayaan....
  5. Tanggungjawab Tanpa Cinta “Kenapa mesti bercouple sebelum berkahwin?”, soal seorang ustaz dengan tegas....

 

43 Responses to “Cinta Antara Planet”

  1. Kak Ija says:

    Apa lagi adik2 sekelian, sahutlah seruan ustaz untuk membaca buku omputih seterusnya selepas 7 habits.

    Benar, dari sudut pandangan seorang isteri buku tersebut membantu akak memahami suami. Lelaki akan kurang bercakap apabila ada sesuatu yang difikirkannya tetapi perempuan sebaliknya.

    Syabas ustaz kerana berani mencadangkan buku ini. Benar, Rasulullah adalah orang yang paling lembut kepada isterinya, tetapi untuk menjiwai sesuatu watak kita perlu memahami pasangan kita juga.

  2. saifulislam says:

    Terima kasih Kak Ija.

    Saya juga masih bertatih. Apabila saya menulis entry ini, ia adalah proses saya mendidik diri sendiri dan mempositifkan graf turun naik kehidupan kita.

    Semoga pengalaman orang tua, mencerahkan perjalanan orang muda

  3. YeopMayuru says:

    Mudah²an tersemat di hati rasa pentingnya diri untuk memahami orang lain… Hati saya, hati sesiapa yang membaca…

  4. umn says:

    buku ‘Men Are from Mars, Women Are from Venus’ sangat popular di sini.. Selalu jadi top ranking di amazon.com.

  5. Sharudin says:

    Tersangatlah benar kata-kata Imam Ghazali dan rephrase oleh ustaz. Bila ada kenyataan-kenyataan begini, ia bukan bermakna semua tetapi secara purata. Tak nafi ada keluarga yang terbalik nisbalnya atau yang lebih teruk nisbahnya dari 9:1 menjadi 9.9:0.1 Jumlah mesti 10.

  6. lightnur says:

    Assalamualaikum

    Terima kasih, suatu peringatan yang berharga. Insha Allah saya akan belajar memperbaiki diri saya dengan meletak diri ditempat orang terutama suami saya agar saling memahami.

    Dari pemerhatian saya banyak sekali isteri-isteri yang meminta 24 jam pemerhatian dari suami sehinggakan suami terasa rimas dengan sikap ini. Untuk kehidupan rumahtangga yang seimbang, sangat penting dipihak isteri belajar memahami suami dengan meletak diri ditempat suami.

    Sangat setuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh ustaz bahawa “jika setiap insan menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, hidup kita akan seimbang”.

    Yang masih belajar untuk memahami suami.

  7. RIDWANTO UTM says:

    saya pun sangat berstuju dengan entry ustaz kali ini. 9 bulan berumah tangga ini saya masih lagi mencari keserasian terutama dalam soal komunikasi dalam hubungan rumah tangga…

  8. Salam Ustaz

    Sekadar berkongsi catatan

    Bekas Managing Director saya (berbangsa China) semasa saya berkerja di sebuah heavy industry beberapa tahundahulu pernah memberi contoh perhubungan suami isteri sebagai saranan kepada seorang pengurus yang membuat rungutan pekerja bawahannya (seorang jurutera) tiada “chemistry” sedangkan telah bertugas bersama lebih dari 5 tahun.

    Dengan nada marah, dia memberi contoh perhubungan suami isteri yang telah menjangkau bertahun dan dikurniakan beberapa anak, tiba-tiba sisuami memberi alasan untuk bercerai disebabkan tiada lagi “chemistry” di antara mereka berdua. MD ini (juga seorang akauntan berkelayakan) menegaskan walaupun secara dasar air dan minyak tidak boleh bercampur tetapi dengan proses tertentu ianya pasti boleh dicampur ataupun sekurang-kurangnya jika diletak air dan minyak di dalam satu gelas, ia masih selamat (maksudnya tiada akan berlaku sebarang reaksi kimia). Tambahnya lagi; pengurus itu sendiri yang bertanggung-jawab untuk mengujudkan “chemistry” dan bukannya menggunakan alasan itu untuk membuang atau menukarkan pekerja bawahannya ke tempat lain.

    Teringat kepada suatu panduan ringkas kekeluargaan di radio Era oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah; tidak ujud salah pilih jodoh (atau bukan jodoh yang sebenar) dalam perkahwinan, suami-isterilah yang memainkan peranan untuk berterusan membina, membaiki dan mengekalkan perjodohan antara mereka berdua itu.

    Wassalam

  9. uzair says:

    salam…hmmm mmg saya mencari2 buku yg sesuai nak dibaca sempena nak kawen ni..(harap2 cepat2 la skit)
    tima kasih ustaz.

  10. Isteri says:

    ‘Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak. Kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperolehi dari insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak. Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana.’…..tapi saya sentiasa cari peluang utk dapat shopping keperluan rumah dan diri sorang2 sebagai suatu kepuasan [ anak dah 5 dah] …… cam mane nih ustaz….tak betul la nisbah emosi ngan logik saya nih…

  11. raIHaN says:

    Seronoknya rumahtangga yg mengambil contoh dari kehidupan bahagia kekasih Allah..
    Namun naluri lelaki ini tetap menyimpan perasaan p*****mi yg amat tinggi..(chewahh)
    Baru la original lelaki.. :)

  12. ummininasma says:

    Salam.

    Sebelum kahwin dulu saya pun belikan buku yang sama untuk suami. Tergerak hati untuk membeli buku itu kerana hati kecil saya berkata realiti perkahwinan tidak semanis alam percintaan – bukan utopia. Justeru kefahaman dan komunikasi berkesan cukup penting untuk atasi konflik.

    Suami pada mulanya rasa keliru jugak bila terima buku tu… iyelah…saya macam nak tunjuk pandai..”nah baca buku ni supaya nanti pandai nak pujuk bila I merajuk” – bukan cam tu aihh. Hasrat cuma nak berkongsi ilmu.

  13. shiha says:

    Salam..

    Hadith yg terakhir tu “Apabila seorang hamba itu berkahwin…”, setuju benar separuh dari agamanya dah sempurna. Kerana perkahwinan tu memerlukan perkongsian fizikal dan minda dlm erti kata yang sebenar – benarnya. Interdependence. Banyak pasangan suami isteri yang kandas bila sampai ke bab ni. Saya sendiri akui banyak drama air mata sepanjang nak masuk 7 tahun berkahwin ni. Tapi itu lah proses yang dapat melengkapkan iman masing – masing. Nak tak nak kena harungi juga. Semoga Allah swt sentiasa memberkati perkahwinan kami dan semoga ia kekal hingga ke akhir hayat. Ameen.

    Suami saya juga sering membuka ruang untuk saya ke mana – mana bersama rakan2 perempuan, satu peluang yang dahulunya saya kurang ambil berat. Tapi of late saya faham, saya perlukan ruang itu untuk reenergize, dengan itu I can serve my family better. I need to love myself in order to love them more. InsyaAllah. Wasalam.

  14. ummi says:

    Salam.
    Setuju ngan Shiha. Perempuan kene belajar untuk mencintai dirinya sendiri untuk mencintai suami dan anak2nya. Kita sebagai perempuan memang dalam 10 tahun pertama perkahwinan akan merasa seolah2 tidak memerlukan kawan perempuan yang lain, sedangkan itulah support yang kita perlu terutama diwaktu2 emosi terlalu kuat melanda. Suami tidak dapat menampung kehendak emosi itu. Benar, Allah itu ada. Tapi sebagai manusia, kita masih memerlukan ruang untuk meluahkan apa yang terbuku di hati kepada manusia yang menawarkan telinga untuk mendengar dan hati untuk memahami. Oleh itu pastikan teman wanita yang ada, boleh dipercayai dan kuat berpegang kepada prinsip dan ajaran Islam supaya emosi kita yang dicurahkan untuk dikongsi tidak tercemar.

    Seperti kata raIHaN, orang lelaki memang nalurinya ke arah poligami. Itu fitrah yang perempuan tidak boleh menolak. Namun yakin kepada hukum Allah, serahkan segalanya kepadaNya. Poligami itu terletak pada kepimpinan seorang lelaki. Jodoh tiada manusia dapat menolaknya seperti juga kehidupan dan kematian. Kepada isteri2, berdoa supaya suami sentiasa adil (samada dalam keadaan monogami mahupun poligami) dan diperlihara Allah kepimpinan dan kelebihan yang ada padanya. Seek to understand, then understood.. Fitrah tetap fitrah.. SABAR itu besar ganjarannya. Walahu’alam.

  15. justr says:

    Nasihat yang pernah bagi pada saya, dan telah pun buku ini saya baca (pinjam buku ustaz juga dulu untuk baca).. dan AlhamduliLLah telah pun selamat berumahtangga dan buku yang sama juga saya hadiahkan kepada isteri saya..

    Sangat berkesan buku ini untuk memahami perkara tersirat dalam percakapan seharian antara suami dan isteri, dan bagaimana untuk suami atau isteri itu membantu/menyokong pasangan masing-masing dalam sesuatu situasi dengan tidak melakukan perkara yang kita selalu lakukan kepada rakan-rakan yang sama jantina.

    Perkara yang dibincangkan oelh John Gray ini dapat juga diaplikasikan dalam situasi bekerja dan berorganisasi, di mana ada pertembungan diantara lelaki dan perempuan..

    Highly recommended kepada semua lelaki dan perempuan, tidaklah hanya kepada yang baru nak berkahwin sahaja.

  16. Azree MH says:

    John Gray ini adalah salah seorang motivator paling laku di Amerika dan bukunya ini adalah antara best seller.

    Tetapi jualan bukunya jatuh merudum apabila tersebar berita beliau bercerai dengan isterinya. Hehe.

    Yang pasti isi dalam buku tersebut masih baik walaupun penulisnya sendiri bercerai.

  17. saifuddin says:

    eh saudara Azree MH, enta dah salah masuk kelab ni. ke enta dah menamatkan zaman bujang? hehe

  18. Azree MH says:

    Eheh, orang bujang pun kena baca buku-buku relation juga. Barulah hubungan sesama manusian pun kita bisa jaga. :D

    Saya ni memang suka main baca buku. Kalau hari minggu tiada di kedai buku memang rasa pelik je diri.

    Ada satu kedai buku di Amcorp Mall. Memang murah-murah harganya. Nama kedai tu ‘Excess Book’ atas kedai popular. Bukan jual buku terpakai tetapi memang buku yang baru-baru lagi.

  19. confirm org bujang pun kena baca?

  20. saifulislam says:

    orang bujang yang yang masih rasa malu-malu atau lucu apabila memperkatakan tentang hal ehwal perkahwinan, ia adalah salah satu tanda yang dirinya belum sampai masa untuk berkahwin.

    rasa macam main kawin-kawin dalam pondok mainan pulak

  21. ummizulfa says:

    Alhamdulillah, satu entry yang sangat praktikal.

    Saya juga sering merasa ditinggalkan oleh dear hubby walaupun tidaklah sekerap zaujah ustaz tetapi saya memahami walaupun terpaksa mujahadah perasaan.

    dan saya memahami suami perlu on and off break away dengan kawan-kawannya kerana keperluan logik tadi… seperti mana saya perlu break away sekali-sekala to take some times with myself, eventhough have to deal with my guilty feelings….

    Yang pasti, my hubby and my children complete me..

    Allahu’alam

  22. falah says:

    “orang bujang yang yang masih rasa malu-malu atau lucu apabila memperkatakan tentang hal ehwal perkahwinan, ia adalah salah satu tanda yang dirinya belum sampai masa untuk berkahwin.

    rasa macam main kawin-kawin dalam pondok mainan pulak”

    salam…emmm teringat ms kecik2 dulu, main kawin2 bwh rumah…hehehe jd pengantin la konon…lucu mengenangkan…
    emmm memang belum sampai masanya lg(utkku) ke arah 2….
    cz da rasa malu2 jgk..tpi tak lah rasa lucu pula…
    tapi bukahkah, org2 bujang pun perlu byk mbaca dan meluaskan pgthuan dlm semua aspek sbg persediaan sblm bertukar status…

    emmm, ustaz, nak tanya la…perlukah kita berusaha utk mendapatkan jodoh…atau tunggu dtg sendiri…
    andai perlu, bagaimana caranya….tambahan bagi yg pemalu ckt…
    ramai jg kwn2 kata jgn risau, ianya pasti ada…dan pgglah pd janji ALLAH dlm AN-NUR:26…emm memg pgg sgt pd janjiNYA itu…

    kuar tjuk ke soalan ni ek…skdr pohon pdgn ustaz dan tetamu lain yg lbh berpengalaman….
    terima kasih…;)

  23. syphoon says:

    alhamdulillah….

    syukran ustaz..

  24. Martyr says:

    Shukron atas perkongsian!

  25. masri says:

    Assalamualaikum WBT,

    Falah,

    rezeki, wang ringgit, kekayaan, miskin, maut dan jodoh semua Allah dha tentukan. Dan walaupun itu semua takdir Allah., Allah juga menciptakan kita kudrat, memberikan kita pilihan, macam wang ringgit, bukankah Allah yang menentukan, dalam masa yang sama kita tetap berusaha mencarinya. Maka samalah dengan jodoh, kita juga mesti mencarinya.

  26. azwan19 says:

    syukran….entri yang bagus…memberi input yang sangat berguna..

  27. Ustaz atau penghujung blog ini yg lain.

    Boleh nasihatkan di mana saya boleh dapatkan senaskah buku John Gray ini? Di kampus saya di UUM, beberapa buah kedai buku di Alor Setar dan Kangar juga tiada.

    Saya sudah berkeluarga menghampiri 11 tahun penghujung Disember ini. Esok adalah hari lahir isteri tersayang saya. Jenuh mencari buku untuk dihadiahkan kepadanya. (Bukannya ego tetapi saya tidak pernah menghadiahkannya bunga!). Akhirnya sekadar beberapa buku berkaitan isteri mithali, ibadat mendekati Allah dan seumpamanya dijadikan hadiah.

    Juga catatan kecil; buku-buku ini sekadar bacaan, hadiah yang sebenar ialah diri abang ini yang serba kekurangan, semoga hadiah yang tak seberapa ini dijagai dan dipelihara hubungannya sehingga akhir hayat. Tiada sekelumitpun rungutan di hati ini terhadap penjagaan sayang (kepada abang, anak kita, rumah, kereta, mertua, ibubapa, keluarga yang lain). Semoga dengan meningkatnya umur, dipanjangkan usia disamping diberkati segala amalan dan pekerjaan serta dimurahkan rezeki dilimpahi kesihatan yang baik. Amin.

    (Nota; 2 buah kereta kamipun biasanya dibasuh oleh isteri saya! Kalau saya disuruh, alamatnya ke kedai le!)

  28. nur says:

    terima kasih ustaz…banyak salah sangka saya terhadap suami selama ini. syukran.

  29. uzair says:

    buat hakim muhammad…buku yg ustaz maksudkan tu ada di rangkaian kedai2 buku Mph dengan harga RM45.90..tapi kalau kat utara ni tak pasti pulak kat mana ada MPH ni..kat Tesco Sg Petani adalah…alor setaq, kangar, tak tau pulak kat mana…

  30. uzair says:

    buat hakim muhammad ini adalah no phone mph Sg Petani 04-425 1250 bulih la kol tanya status buku tu..hmm

  31. la tahzan says:

    assalamu alaikum ustaz,

    barakALLAHu fikh…

    entry kali ni banyak menjawab persoalan hati selama 1 tahun berumah tangga.

    husband and wife are compliment each other.

  32. Sdr Uzair

    Terima kasih info tersebut.

    Wassalam

    Hakim Muhammad

    http://thejourney.weblog.uum.edu.my/

  33. wawi says:

    Sewaktu mula2 perkahwinan, suami menjadi driver yang setia menghantar dan mengambil sy dari usrah dan kelas2 pengajian. Mendedahkan diri sy kepada persatuan, supaya dapat bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling. Setelah mendapat anak yang kedua, segala aktiviti tersebut terhenti. Pada ketika tu, kesannya tidak berapa ketara. Tapi percayalah, as time goes by, pengajaran dan pengalaman tersebut really works. Sy sungguh beruntung kerana suami sy telah mendedahkan sy dengan aktiviti tersebut pada usia perkahwinan kami masih muda. Pada pendapat sy, jinak2kanlah isteri pada usrah dan kelas pengajian di usia perkahwinan masih muda kerana kesannya akan dapat dilihat selepas itu. insyalllah

    Sekarang ni bila anak dah ramai, suami mula mengumpul buku2 untuk dibaca. Kadang2 beratus-ratus habis untuk koleksi buku. Tambahan suami suka beli pakej. Cth Sirah Nabawiah Siri 1 – 5. Mula2 tu marah juga, cause beli buku ni bukan murah, tapi bila dikenangkan kembali, ini mungkin salah satu dari usaha beliau untuk mentarbiyyahkan saya. Untuk mempertingkatkan ilmu di dalam dada sy. Untuk memperkemaskan urusan mendidik anak2 yang semakin hari semakin membesar.

    ‘Emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak.’ – tepat sekali ungkapan ustaz.

    Untuk suami sy – Thank you very much!

  34. Nur says:

    Salam, ustaz..artikel yang begitu menarik. Usia perkahwinan saya baru 3 tahun ..tapi dalam 3 tahun tu banyak sangat bercanggah pendapat….lebih-lebih lagi pasangan saya seorang yang suka berhujah dan tidak suka kalah dalam berhujah…awal perkahwinan suami saya sangat mudah mengucapkan kata-kata kesat….hati saya sungguh tersentuh sehingga parutnya masih ada …namun, alhamdulillah setelah melalui beberapa proses pentarbiahan suami saya dah tidak sebaran dulu, dan jarang mengeluarkan kata-kata kesat…bagi saya seorang suami perlu pandai mengawal emosi dan bersabar dengan isteri..kerana kalau terlalu kasar akan menyebabkan isteri memberontak..tapi kalau terlalu lembut isteri pula pijak kepala..ustaz pula bagaimana cara melayan kak Muna? Pernah tak hatinya tersentuh? Nak tanya..dulu zaujah ustaz pakai tudung labuh rupanya..kenapa tidak dikekalkan lagi? atau saya yang tidak perasan? wallahu’alam..

  35. [...] ilmu tentang psikologi perasaan fitrah dari kejadian yang berbeza antara lelaki dan wanita, mencemarkan lagi apa yang telah sedia berlaku. Sesungguhnya, bila berbicara hal perancangan [...]

  36. 'Ammar says:

    Assalamu’alaykum, ustaz.

    Ana nak tanya, hadith yang terakhir tu ustaz dapat dari sumber mana? Apa darjat hadith tu? Ana nak quote hadith tu dalam post, tapi tak tahu sumber asalnya.

    JazakaLlah!

  37. [...] neraka yang bakal membinasakan baiti jannati yang dibina itu. Jangan lupa baca artikel saya, CINTA ANTARA PLANET“, saya menyelesaikan topik [...]

  38. [...] neraka yang bakal membinasakan baiti jannati yang dibina itu. Jangan lupa baca artikel saya, CINTA ANTARA PLANET“, saya menyelesaikan topik [...]

  39. Dira says:

    Ustaz,

    Saya telah membaca dua kali entry ini. Pertama, sebelum saya berkahwin, dan kedua, baru sebentar tadi saya membacanya semula setelah saya berumah tangga, dan kini saya sedang mengandung anak pertama berusia 7 bulan. Kesan pembacaan dan pemahaman saya terhadap entry ini berbeza sewaktu saya membacanya sebelum kahwin dan setelah melalui sendiri alam perkahwinan.

    Rupa-rupanya, bukan mudah untuk mengkomunikasikan perasaan hati kepada suami. Kerana pada kebiasaannya, suami saya akan diam membisu. Paling tidak, dia akan keluar dari rumah, menjarakkan diri dari saya seketika. Saya tahu, suami saya tidak tahu apa yang harus diperkatakan dan sebaik-baiknya ialah diam..

    Akhirnya, perasaan sedih ini saya lampiaskan sewaktu solat dan doa.. Pada kebiasaannya, setelah solat, saya akan ketemui jawapan pada setiap kesedihan saya…. Entry ini merupakan salah satu jawapannya..

    Bukan mudah untuk memahami hati lelaki.. sebagai isteri juga, saya perlu bermujahadah untuk memahami dan menerima ‘kegersangan emosi’ suami… Insya Allah, saya akan belajar dan akan terus belajar menerima dan memahami hati suami yang saya kasihi itu..

    Semoga Allah perkuatkan perkahwinan ini dengan keredhaanNya.. amin.. Terima kasih atas pengalaman dan ilmu yang dicurahkan, Allah jua yang mampu membalasnya..

  40. [...] yang bakal bergelar suami mahupun isteri dalam masa terdekat, ana kongsikan sebuah laman; Cinta Antara Planet untuk tatapan antum. Sebagai seorang yang cukup berpengalaman, Ustaz Saiful Islam punyai banyak [...]

  41. cahayaygterpelihara says:

    salam ustaz.. terbuka jalan n minda atas penulisan ustaz ini..cm andai bertemu dgn adam yang peratusan emosinya lbh tgi berbanding rasional..bgaimana pula?

  42. diana says:

    alahaiii..lepas 2 tahun baru saya baca artikel ni,al-maklumlah baru je bertatih mengenali SIO dan sekarang tengah baca satu-satu artikel dalam SIO;)
    thanx for the idea ustaz hasrizal, sebelum ni saya jeling je buku tu, malam ni nak terus cari buku tu kat kedai..hehe..

  43. alifismail says:

    Salam ust. menarik catatan ust ini. buat panduan untuk kami golongan muda. terima kasih ust.

Leave a Reply