Soalnya di Mana Ramadhan Kamu?

On 12/09/2007, in Buku Transformasi Ramadan, by Abu Saif | 7,113 views | Print Print | Email Email |

syaitan.gif

Sungguh menghairankan.

Khabarnya dia itu sudah tertambat. Sudah diikat sepanjang Ramadhan ini. Bukan dengar-dengar, malah Nabi SAW sendiri yang memberitahu mengenainya:

sulsilatisysyayatin.jpg

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”

Soalnya, bagaimanakah kefahaman kita tentang hal ini?

Umpamakan syaitan itu seperti anjing yang tertambat. Apakah anjing yang ditambat tidak mampu menggigit? Tentu sahaja bagi mereka yang menjauhi anjing tersebut, akan terselamat dari serangan dan gigitan. Namun, bagaimana pula dengan yang mampir kepada anjing berkenaan? Duduk bersebelahan, mengacah-acah anjing yang geram tertambat? Tidak mustahil manusia dungu ini terkena gigitan, malah gigitan itu mungkin lebih serius kerana anjing sedang kemarahan.

Apabila Ramadhan mengikat syaitan dari bebas berkeliaran, ia hanyalah proses mengurangkan potensi syaitan menghasut manusia berbuat jahat. Seperti sebutan Nabi SAW pada sepotong hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

Ramadhan mengurangkan potensi syaitan.

Akan tetapi bagi yang menghabiskan masa Ramadhannya di tempat syaitan tertambat, di lokasi lagha dan maksiat tempat jin bertandang, maka bagaimana? Ketika syaitan tertambat, manusia pula yang mencari-cari syaitan dan mengisi Ramadhan dengan perkara sia-sia kegemaran Syaitan? Tidakkah mereka ini menyerah peha untuk dibaham dan menjadi mangsa?

Dan ketahuilah bahawa punca kejahatan manusia itu ada luar dan dalamnya. Jika anasir asingnya adalah syaitan, sumber paling merbahaya pula adalah hawa nafsunya sendiri.

“Apakah kamu tidak melihat orang yang bertuhankan hawa nafsunya sendiri?” (Al-Jaatsiyyah : 23)

Maka selepas pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat, sudah cukup lapangkah jalan kebaikan, dan sudah cukup susahkah jalan kejahatan?

Selepas segala kemudahan diberi untuk manusia berubah kepada kebaikan, sedangkan dirinya masih tetap melakukan kejahatan… siapa lagi yang dapat dipersalahkan melainkan dirinya sendiri?

Kejahatan di bulan Ramadhan adalah kejahatan tulen pilihan manusia. Hampir tiada campur tangan syaitan pada kedurhakaan dirinya. Dia yang memilih untuk jahat lagi keparat.

Sebagaimana puasa menjadi ibadah eksklusif antara hamba dan Allah Tuhannya, maka kejahatan di bulan Ramadhan juga akan dibalas secara eksklusif oleh Dia.

Soalnya, di manakah syaitan ditambat? Soalnya di manakah anda bakal menghabiskan masa di bulan Ramadhan ini? Apakah di tempat jin dan syaitan bertandang? Atau di tempat turunnya rahmat Allah pada zikir dan munajat?

Hati-hati semasa melangkah. Ingatlah lorong dan liku Jalan Taqwa pesanan Ubai kepada Umar.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Soalnya Siapa Kamu “Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Alhamdulillah, Turki tu bumi...
  2. Ramadhan: Di Mana Bumi Dipijak… “Macam mana ni ustaz. Saya nak puasa ikut mana?” sms...
  3. Mana Pintu Mana Tingkap? (Kemaskini) “Gajah ini bentuknya panjang. Macam batang buluh. Tapi lembut sedikit...
  4. Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan Sirna mentari di ufuk Syaaban Tiba malam yang penuh erti...
  5. Seloka Marhaban Duhai Ramadhan Sirna senja di mega Shaaban Menyambut tetamu bulan Ramadhan Berbuah...

 

26 Responses to “Soalnya di Mana Ramadhan Kamu?”

  1. tetamu dataran syam says:

    a’kum……

    entry yg sgt menginsafkan kepada sesiapa yg terbuka hatinya menerima ramadhan tanpa dibelenggu dengan hawa nafsu yang semakin mengigit dan mencengkam…….

    ramadhan bulan kebahagiaan,bulan maghfirah,bulan penuh barakah……amat bodohlah kepada manusia yang bertauhidkan ALLAH yang tidak mahu mengambil peluang yang terhidang sebegitu rupa untuk mentaqarubkkan lg diri kepada-NYA…….

    kita mengejar dan berharap agar dipertemukan dengan ramadhan yg akan datang dgn jangkaan bahawa kita akan dapat berjumpa ramadhan yang akan datang……tanpa disangka2 maut memanggil kita…..fikir2kanlah

  2. raIHaN says:

    Allahuakbar..hebatnya ujian dari pihak ‘nafsu’ plak ni..Ya rabb pelihara la iman kami..

  3. uzair says:

    salam…saya mendapat apa yang dicari. kenapa ya sbelum ini byk kuliah yg dihadiri tidak menjumpai kiasan yg mudah seperti ustaz berikan…
    sebelum ini tertanya2 jugak saya…syaitan telah ditambat ttp mengapa masih ada lg manusia yg berperangai syaitan Di bulan Ramadhan..

  4. natasha says:

    pinjam tazkirah ustaz nak tampal kat surau al-muttaqin kolej matrikulasi pahang boley?senang2 datang r bukak pose cni huhuhu

  5. han says:

    Assalamualaikum..
    artikel ni ade copyright x?
    kalau xde, saya nak sebar2kan.
    InsyaAllah..

  6. leyha says:

    Assalamualaikum…Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

  7. jahat lagi keparat?! aduhhhhhhhhhhhh…macam ditusuk tombak rasanya.

  8. ubai_upm says:

    Salam ramadan. Artikel yang bagus. Tapi ustaz, ape pesanan ubai pada umar tu ustaz?

  9. Sharudin says:

    Semuga Ramadhan ini dapat dipenuhkan dengan zikir dan fikir yang mengarah kepada pengawalan nafsu diri demi keredhaan Allah. Selamat bersyahur dan berpuasa.

  10. abuaslam says:

    Selamat berpuasa dan ‘menambat’ nafsu

  11. Kak Ija says:

    Salam ubai_upm,

    Jawaban ada di artikel “Fasting:Stronger or sleepier?”

  12. masmaira says:

    salam..terima kasih atas penjelasan ustaz yg amat jelas…mudah nak faham..dari zaman sekolah2 sok tertanya2 benda nie..lagi2 bila dah masuk maghrib tapi org ramai sebok bukak posa n berniaga..sampai terlepas solat maghribnya…huhu semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai dgn rahmatNya..amin

  13. yna says:

    assalamualaikum..ustaz..saya mint izin copy artikel ini untuk renungan sahabat2..terima kasih kerana menjelaskan..akhirnya saya faham..sangat ringkas..tapi sangat padat..wallahu’alam

  14. -akmal- says:

    Assalamualaikum, ustaz..
    Satu penerangan yang mantap lagi berkesan..
    Betul jugak, kadang-kadang kita pernah terfikir, mengapa dalam bulan Ramadan yang mulia ini, di mana syaitan sudah tertambat, masih ada lagi manusia yang melakukan kejahatan, kemaksiatan dan pelbagai lagi perkara lagha.. Semuanya tidak lain berpunca dari nafsu yang gagal disekat..
    Wallaahua’lam..

  15. layyinulharir says:

    salam…..article yang sngt menginsfkn, leh print n sebar dkt U ni. Bleh kn ustaz…

  16. [...] Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat” [...]

  17. wan says:

    assalamualaikum ustaz..
    saya nk minta izin utk sebarkan artikel ni, amat menarik dan educational, insyaallah dpt membuatkan umat Islam faham mengapa di bulan Ramadhan pun masih terasa godaan syaitan….

  18. sity says:

    syukur alhamdulillah. article ini sedikit sebanyak dpt memberi keinsafan kepada saya.

  19. laksamana sunan says:

    Salam Ramadhan…

    Artikel yang sungguh menyentuh perasaan & sanubari. Mesti direnungi oleh semua umat Islam.

  20. [...] “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat StudioMuslim menyarankan anda merujuk entri ini juga…Ibadah Itu Cinta by Azree MH on September [...]

  21. mims says:

    Alhamdulillah…semoga menjadi panduan :)

  22. [...] something interesting and…nice and good to ponder [...]

  23. Mazlina says:

    “Kejahatan di bulan Ramadhan adalah kejahatan tulen pilihan manusia. Hampir tiada campur tangan syaitan pada kedurhakaan dirinya. Dia yang memilih untuk jahat lagi keparat.” (quoted from abu saif)

    insaf..insaf..insaf.. Astaghfirullahal ‘aziim

  24. QasehQirana says:

    alhamdulillah, thanx ustaz…
    semoga ramadhan kali ini lbh ‘bersih’ dari yg sebelumnya..=)

  25. [...] Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat“ [...]

Leave a Reply