Coretan Ramadhan Di Hari 1

On 13/09/2007, in Buku Transformasi Ramadan, Keluarga, Zikir Fikir, by Abu Saif | 6,881 views | Print Print | Email Email |

dscn0865.JPG

“Abi, petang ni buka puasa ya?”, tanya Yop kepada saya.

“Ya. Kenapa Yop?”, saya menjawab.

“Petang ni buka puasa. Tutup puasa bila?”, soalnya kepada saya.

Err, tergamam saya. Susah juga nak menjawab bila anak sudah belajar perkataan berlawanan ini.

“Tutup puasa bila habis bulan puasa la Yop”, saya cuba menjawab.

“Ooo…”, balasnya sambil berdiri melihat Abi dan Umminya bersiap untuk berbuka puasa.

Ramadhan tiba lagi. Ramadhan lepas kami berempat, kali ini berlima pula. Ia Ramadhan pertama untuk Imad.

Yop belum bersedia untuk berpuasa penuh, tetapi saya dan isteri mula sedikit demi sedikit memahamkan kepadanya apakah yang dimaksudkan dengan puasa itu. Naurah dan Imad pula seperti biasa. Menumpang suap kami berbuka.

BACA AL-QURAN

“Pandai tak Abi baca Quran?”, saya bertanya kepada Yop dan Naurah yang asyik mendengar saya membaca juzuk satu dan dua sejak semalam.

“Pandai. Huiyo… laju Abi baca!”, kata Yop.

“Bila laju baca, baru seronok. Nak baca laju-laju, Yop kena la baca Iqra’ selalu. Jangan malas-malas”, saya mengacah.

Saiful Islam mengangguk.

Saya sering menunggu kedatangan Ramadhan untuk mengambil peluang menambah credit hour saya membaca al-Quran. Ada beberapa kualiti penting dalam hidup ini yang amat saya harapkan dengan kedatangan Ramadhan.

Makan bersama ahli keluarga, solat bersama dan seterusnya membaca al-Quran sebanyak-banyaknya.

Inilah tiga perkara yang saya impikan pada setiap kedatangan Ramadhan.

Namun, apabila saya teliti jadual pengajian di UIA, peperiksaan yang bertimbun, dan jadual kerja isteri saya… maka kelihatannya peluang itu tidaklah sebanyak mana. Malah berkemungkinan besar, saya akan bersolat raya di hospital sahaja kerana isteri saya bekerja pada Hari Raya nanti. Tetapi itu lebih baik, berbanding menyambut Aidilfitri di kampung pada hari pertama, kemudian segera bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk bertugas pada hari kedua.

MENOLAK CERAMAH

Untuk mengoptimumkan kedatangan Ramadhan, saya terpaksa bertegas menolak kebanyakan permintaan ceramah, tazkirah Ramadhan dan sebagainya. Buat masa ini, komitmen tetap hanyalah tazkirah selepas tarawih di Surau al-Naim, Wangsa Maju pada 15 September dan 7 Oktober. Selain daripada Wangsa Maju, saya akan memberi dua lagi kuliah di Surau Tingkat 4 di KL Sentral yang terbuka juga kepada orang ramai, pada Rabu 26 September dan Selasa 2 Oktober.

al-naim.jpg
Saiz penuh peta ini boleh diperolehi dari Google Map

Selain daripada itu, sebuah program khusus untuk remaja akan diadakan di Masjid Tun Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Masjid Bulat di Seksyen 14 PJ. Program Anjuran Biro Remaja masjid berkenaan akan diadakan pada 6 dan 7 Oktober, namun sesi saya ialah Kuliah Subuh Interaktif pada pagi 7 Oktober. Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi jawatankuasa masjid berkenaan. Saya juga akan menyampaikan tazkirah Ramadhan di Surau Nurul Iman, Taman Minang Cheras pada 1 Oktober.

Itu sahajalah nampaknya kemampuan saya di sepanjang Ramadhan ini, di samping beberapa program kecil yang tidak saya catatkan.

Saya perlu mencari masa yang cukup untuk ibadah khusus diri saya di bulan ini, waktu mengulangkaji pelajaran sempena peperiksaan akhir yang bakal menjelang, serta masa untuk bersama keluarga.

PANJANG UMUR DENGAN AMAL

Apabila manusia berdoa minta dipanjangkan umur, ada perbincangan di kalangan ulama tentang keharusan dan faedah berdoa sedemikian rupa. Namun bagi saya, kita sering menyangka bahawa panjang umur itu ialah pada bertambahnya bilangan hari, bulan dan tahun. Tetapi di sisi Allah, cara Dia memanjang dan memendekkan umur kita jauh lebih unik dan tersirat.

Allah memanjangkan umur kita dengan meningkatkan kualiti hidup dan usia pada perkara yang bernilai lagi berfaedah. Umur manusia dipendekkan-Nya apabila manusia hidup tanpa makna, tanpa jasa, tanpa nama dan matinya terus dilupa.

Umat akhir zaman diuji dengan perasaan bahawa 24 jam sehari yang Allah sediakan untuknya itu terlalu pantas berlalu. Sedangkan dia lupa bahawa jumlah yang sama telah Allah berikan kepada generasi Islam yang lalu seperti Imam Nawawi. Namun, kepantasan masa berlalu itu lebih berpunca daripada banyakkan perkara tidak bernilai yang mengisi kehidupan kita, lantas kita gagal mengesan bekas dan kesan masa itu apabila menoleh ke belakang.

“Eh, lajunya masa berlalu”, kata kita setibanya Ramadhan.

Bukanlah masa itu yang laju berlari, namun kita yang perlahan mengejar dan memanfaatkannya.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, kerana ia mungkin yang terakhir buat kita… Ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Buah Tangan Menjelangnya Ramadhan Ramadhan tiba berulang masa. Di suatu ketika, ketibaan Ramadhan sinonim...
  2. Ramadhan: Separuh Masa Kedua Piala Taqwa “Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu...
  3. Soalnya di Mana Ramadhan Kamu? Sungguh menghairankan. Khabarnya dia itu sudah tertambat. Sudah diikat sepanjang...
  4. Ramadhan: Di Mana Bumi Dipijak… “Macam mana ni ustaz. Saya nak puasa ikut mana?” sms...
  5. Selamat Hari Raya… Taqabbalallah Minna wa Minkum! “BARANGSIAPA YANG MENYEMBAH RAMADHAN, RAMADHAN TELAH PERGI. BARANGSIAPA YANG MENYEMBAH...

 

20 Responses to “Coretan Ramadhan Di Hari 1”

  1. Sharudin says:

    Assalamualaikum ustaz dan pembaca

    Teramatlah setuju saya tentang panjang pendek hidup kita di dunia. Yang selalu saya ingatkan diri ialah bagaimana hendak menghidupkan kehidupan kita, yang sebenar. Masa itu relatif dan sains ada teori tentang itu.

    Terima kasih

  2. iskandar says:

    Assalamualaikum ustaz. Selamat berpuasa dan moga dimudahkan untuk mengahbiskan pengajian sarjan di samping meningkatkan amal ibadah di bulan Ramadhan. Jemput ke blog utk berkongsi pengalaman dalam menyiapkan sarjana saya.

    Kullu ‘am wa antum bikhair

  3. husna1399 says:

    assalamu’alaikum..

    Syukran Ustaz atas tazkirah..semoga Ramadhan kali inie lebih
    baik dan mendapat Redha ILAHI..

    Semoga ALlah SWT memberkati kehidupan Ustaz sekeluarga..

    Semoga Ummat Islam merebut peluang yang ada inie untuk menjadi hambaNYA..dengan itu Islam lebih terbela nasibnya di seluruh dunia..amiin.

    Kullu ‘am waantum bikhair.

  4. dhuat says:

    Kejor yob kejor :)

  5. Kak Ija says:

    Salam,

    Soalan daripada anak-anak ini kadang-kadang memang menguji minda. Pagi tadi anak akak yang kedua (yang paling aktif dan kuat menyakat, kategori Aaron bekas pelajar ustaz di Belfast?) bertanya selepas akak menegur kelakuannya menyakat tanpa henti sejak dari waktu sahur.

    Sambil kepalanya berada didalam bakul pakaian kakaknya (aksi menyakat kakak), “Mak, bagitau apa yang abang kena buat dari sekarang sampai tsunami (istilah bagi Hari Akhirat) untuk jadi baik dan masuk syurga?”

  6. Campden Grove says:

    Do Yop’s inquisitive questions not deserve but daddy’s witty responses?

  7. ahmh says:

    Pendapat mengenai panjang/pendek umur tu benar-benar membuka fikiran saya. Terima kasih saudara.

    Mengenai isu perlukannya masa untuk ibadah khusus untuk peribadi sempena Ramadhan, adakah ini yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w?
    Adakah pada waktu Ramadhan, nabi memperuntukkan lebih masa untuk ibadah dirinya berbanding ibadah berdakwah kepada masyarakatnya.
    Kalau dilihat dalam konteks zaman kita sekarang, pada bulan Ramadhan inilah surau dan masjid dikunjungi oleh lebih ramai umat, pada bulan inilah lebih ramai umat akan terbuka hati untuk mendengar dakwah, untuk memperbaiki diri masing2. Bukankah inilah masa yang paling baik untuk berdakwah, untuk menghubungkan manusia kembali kepada Allah, untuk menyampaikan penjelasan-penjelasan firmanNya kepada hamba-hambaNya.

  8. saifulislam says:

    sukar untuk saya justify apa yang dipersoalkan oleh brother ahmh.

    baginda saw membuat revision al-quran bersama jibril a.s di bulan ramadhan. para salafus soleh di era tabien juga mengurangkan majlis ilmu pada bulan ramadhan.

    saya tidak nafikan kepentingan majlis ilmu di bulan ramadhan, namun bagi yang mendengarnya mungkin mudah. akan tetapi bagi penceramah yang terpaksa travel jauh, membuat preparation dan sebagainya, ia mahu tidak mahu akan memakan masa dan tenaga yang diharapkan untuk SHARPEN THE SAW (Habit #7).

    maka, cadangan saya lebih berupa seruan kepada keseimbangan. imbangkan antara kesemuanya. oleh kerana saya lemah.. maka saya lebih gembira untuk mengajak sesiapa yang mahu menerima perkongsian pengisian dari saya, untuk hadir ke surau al-naim wangsa maju, atau surau kl sentral. ia lebih realistik untuk saya, daripada bermusafir di bulan ramadhan ke seluruh tanah air untuk berceramah sejam.

    saya tidak mampu untuk akses orang lain, tetapi saya tahu apa perasaan saya setiap kali berakhirnya ramadhan, tanpa saya dapat menyempurnakan beberapa amalan asas ramadhan. bukan untuk dakwah bermusim, tetapi untuk mengasah gergaji itu tadi.

    mungkin kita boleh dengar pandangan penceramah-penceramah lain…

    wallahu a’lam

  9. Muhammad says:

    Kalau datang banyak sangat permintaan nak suro buat ceramah/tazkirah/etc2…dan kalau tak mampu…tolak je ustaz.learn how to say no.kena ada management skill.Sekurang-kurangnya niat yang satu hari ‘aku’ akan penuhi jugak permintaan tu atas izin Allah.

    Daripada kita paksa diri dan tak dapat bagi ceramah/tazkirah etc yang berkualiti akibat sibuk dan gagal menyiapkan diri untuk setiap sesi,baik kita TANGGUH hingga satu tarikh yang diizinkan Allah.

  10. saifulislam says:

    insya Allah…

    wish that doing it as straight forward as the way you described

  11. babysitter says:

    Kenapa ustaz tulis ‘Semoga Ramadhan ini lebih bermakna, kerana ia mungkin yang terakhir buat kita… Ameen.’ Kalau macam ni ‘Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, Ameen… kerana ia mungkin yang terakhir buat kita’…

  12. irshadian says:

    kadang kala saya hairan mana ustaz dapat power n motivation sehingga ustaz menguruskan keluarga, pelajaran dan kerjaya. sedangkan saya hanya fokus 1, my study tapi kadang2 terbarai, paling saya kagum, time management ustaz. saya juga berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan segala assignment dengan harapan dapat fokus ibadat di ramadhan, namun masih berusaha menyiapkan asggmt2 itu.

  13. Amin Ahmad says:

    yakin dgn janji Allah s.w.t. yang akan membantu mereka yang membantu agamanya. Cuma tugas kita sekarang adalah memastikan apa yang kita buat betul-betul membantu agama, kerana hari ini kita kaya dengan slogan, belum tentu ia membantu agama (meski niat kita begitu).

  14. Kak Ija says:

    Assalamualaikum Irshadian,

    Ustaz menulis mengenai kehidupan ustaz untuk dijadikan qudwah bukan untuk menimbulkan kehairanan apatah lagi untuk dikagumi.

    Menulusuri tulisan2 ustaz, insyaAllah pembaca setia dapat merasakan apa yang ustaz lakukan adalah keinginan dalaman (burning desire).

    Matlamat ustaz tepat dan jelas, itu yang mendorong ustaz walau pun di dalam keadaan tidak berapa sihat.

    Lagipun hidup inikan ibadah, kalau betul assignment2 tu perlu disiapkan segera jangan rasa bersalah. Ustaz pesan yang perlu dijaga adalah kesepaduan dan keseimbangan.

  15. ummininasma says:

    Salam,

    Ramadhan kali ini saya berazam untuk seorang yang lebih baik. Lebih memahami kenapa saya menyembah Allah.

  16. Maryam Izza says:

    Salam… saya baru kali pertama melayari laman web ustaz… ternyata banyak ilmu yg boleh dikongsikan..saya juga suka artikel yg d tulis oleh ustaz dalam majalah Anis =) selamat menjalani ibadah puasa buat ustaz sekeluarga

  17. azwan19 says:

    selamat berpuasa semua…moga di redhai allah..amen.

  18. Husaini says:

    Salam’alayk, siri pertama Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz di Wangsa Maju boleh didapati di http://www.4shared.com/file/24425502/d9dae398/Tazkirah_Ramadhan__I__Taqwa_dan_Proaktif_sept07.html?dirPwdVerified=a93f2ae1

    Selamat mendengar dan sebarkanlah.
    Ramadhan Karim

  19. wawi says:

    terima kasih saudara Husaini kerana sudi berkongsi Tazkirah ustaz di Wangsa Maju.

Leave a Reply